Monday, June 28, 2010

Dilemma Sekarang.

Duit yang ada since balik dari Penang haritu hanya berbaki RM 83.30. Thanks la duduk Ipoh kawan-kawan kazen rajin nak belanja makan. Sungguh memahami dieorang. Uhukk... Aku terharu. Sobs!

Sekarang, err... Tadi, pegi kelas la konon-konon dalam kul 10 lebih, kelas pukul 10.30 pagi, dan macam takde, masa bawak Jonny tu, rasa lain macam. Handle asik goyang dengan nak belok pun macam huru-hara. Bawak la 80 km/j je dengan muke paling bosan lagi menyampah ke kelas sebab takleh speeding lebih 100. Takut terbabas, satu hal pula masuk hospital.

Sampai kat fakulti, tengok tayar macam ok, sebab Incik Asrul cakap, kalo bawak moto goyang-goyang sikit tu tanda tayar tak cukup angin. Time nak balik tu Mark cakap tayar blakang kena pam lain, dia rasa kurang angin. Ok. Gegas la pegi pam angin. Tapi all the way balik Kuala Selangor, handle masih jugak huru-hara. Mungkin aku tak reti pam sendiri. Heh. Memang tak reti pun. Bawak la 80 km/j balik dengan muke masih bosan sebab takleh speeding.

Sampai je kat kedai tayar tu, confirm la tayar Jonny bocor. Huhuhh... Patut la dengar bunyi macam ular masa pam tadi. Rupanya tayar bocor. Kecik je bocor pun. Dah tampal. Balik umah dengan senang hati. Tapi tadi belek-belek tayar tu balik, sekali nampak macam rekahan kecik. Uhh... Apa merekah-merekah pulak ni...

Lebih kurang sama besar ngan skru atas no plet tu je. Kene risau ke? Ke tak payah?

Haih... Cemana ni? Tukar tayar je RM 55 untuk 1 tayar BETUL-BETUL TUBELESS, kalo murah kadang-kadang selambe kedai tu tipu, tu belum campo bende lain nak servis sikit sebab lepas balik tu 1001 hal bende longgar-longgar dengan ada yang kene tukar sikit-sikit. Tubeless kalo buat hal memang lahanat jadinye hidup. Nanti nak makan lagi. Ok lah. Anggap makan tu tak berapa nak penting. Nanti nak isi minyak moto lagi. Full RM 5 tahan la untuk ulang-alik pegi kelas sebanyak 3x. Dalam erti kata lain, 3 hari RM 5. Jangan gatal-gatal nak suruh aku pindah umah. Sekarang aku tak cukup duit langsung untuk bayar even deposit umah kalo umah baru. Nasib baik la tinggal dengan Cik Osmet ni, nanti bila betul-betul loan dah masuk je, baru bayar sekali lump-sum untuk satu semester (5 bulan sekaligus). Ada korang jumpe osmet baik tahap macam ni? Ada? Ada? Ada?

Bukan tak try mintak dengan Incik Asrul. Pagi tadi dah antar SMS nak RM 50 sebab nak beli seluar 2 helai buat spare pegi kelas. Entah apa angin merasuk seluar tu sampai semua pun zip nak rosak. Siap reput-reput gugur dia punya besi-besi kecik tepi-tepi tu. Zip semua dah separa togel. Sekali Incik Asrul balas, tunggu nanti 1 Julai buley ka?? Ok. Tak payah nak buat-buat simpati ke apa. Dia pun kekurangan duit. Gaji dia masuk betul-betul hujung bulan. Tak macam government, 25 hb tiap-tiap bulan dah masuk. Baru mintak RM 50 tu. Belum lagi mintak RM 1000. Mau pitam dia berbuih-buih nak reply balik SMS.

Loan bila masuk ah??? Cepat-cepat la masuk wahai loan... Banyak bende penting nak dibuat dengan loan ni... Lebih-lebih lagi bila melibatkan soal keselamatan diri sendiri atas jalan raya.

Ada sapa-sapa kat sini tau tak, tayar moto tubeless tampal selalu bleh tahan berapa lama sebelum kene tukar baru dengan condition tuan dia gila speeding sampai kadang-kadang lupa keadaan tayar yang sebenarnye tahap nyawa-nyawa dugong tu. Tayar bermasalah adalah tayar belakang.

Sile komen, tengss...

Cukup-cukup la membebel kat sini. Huu...

6 comments:

Anonymous said...

berjimat cermat iye..

ayisy said...

Emmm... Bila duit dah kurang memang rasa sesak. Rasa tak selamat jek lagi2 bila tgh belajar. Lain la masa tgh cuti duduk rumah, duit sikit pun selamber jek. :P

Pasal motor tu, mmg bahaya kalau tayar bocor atau kurang angin. Sy pernah eksiden sbb tayar tergelincir masa hujan. Huhu..

epalejau said...

aku bukan takat osmet. tapi owner rumah sewa aku siap bagi aku 50% less untuk bulan terakhir aku, since kat umah tu aku sorang je sebab hosmet aku da kuar rumah..hahahah!

dan, bila aku cakap aku nak bayar sewa rumah secepat mungkin, tau dia cakap apa?

'pelahan2 k..nnt ada duit bayarla..'


FYI, aku tak byar bulan dari bulan Mac.


haaaa..
ko ingat ko sorang je ade?

Aslina said...

::uruchimaru @ kf::

sangat berjimat. heh.



::ayisy::

selalu start semester je memang macam ni... huhu... dulu ade arwah ayah, lain aa citer... dia da masak sangat asal start sem je mesti hidup anak dia ni huru-hara nak kena ada macam2...



::hadra::

ye lahh... ko owner umah terus camtu... nak harap owner umah aku camni... kata osmet aku, dia lambat bank-in 1 hari pun dah sibuk call2/email2 semua... so, menumpang kasih kat osmet je la... kekeke...

epalejau said...

erk..menumpang kasih ke namanya tu? ko menumpang kasih kat hosmet la. ;)

aku harap menumpang simpati kat owner, sebab rumet da takdek. kekekeke..;p

Aslina said...

::hadra::

lebih-kurang laa... kekeke... takde buah hati nak tumpang kasih... amik mana sempat je la...