First, happy mother's day kepada semua yang bakal bergelar ibu dan jugak yang dah lama bergelar ibu. Yang baru-baru bergelar ibu pun boleh jugak. Tak lupa juga dekat yang pegang tittle ibu saudara, ibu tiri, ibu angkat, segala jenis ibu la. Termasuk ibu roti skali. Selamat hari ibu.
Lama kot tak merepek kat sini. Sibuk gilaa... Mana dengan report pre-tesis, exam lagi. Leh kata 2-3 minggu lepas sangat pack. Sampai nak main game plants vs.zombies pun takde masa. Sumpah. Tapi aku pelik gak sebab kawan-kawan aku ada yang selambe khatam berkali-kali game tu. Last-last sekarang tengah struggle siapkan report pre-tesis sebab due date dia esok. Aku bleh rileks-rileks lagi. Next exam paper adalah hari Khamis. 13 Mei dan yang last adalah 18 Mei. Lepas tu lepak barang seminggu-dua sebelum struggle siapkan hardware projek tesis. Lagi cepat siap lagi bagus.
Aku tengah takut sebenarnya dengan result semester ni. Macam merapu lebih je jawap exam haritu. Tapi aku masih ada talian hayat (peluang repeat) lagi skali. Orang lain semua dah kali ke-3. Dengar pun takut. Entah apa la susah sangat subjek tu. Senang je pun. Tapi bila masuk exam, benda-benda yang selama ni kau tak pernah nak confuse atau tau kewujudan dia untuk buat orang confuse, tiba-tiba je ada.
Haih.
Lagi kesian bila exam tahap killer-killer tu sederet dalam seminggu. Aku yang repeat ni mungkin la takde hal. Tapi nampak dah 2-3 semester dah admin suka letak subjek killer-killer dalam 2nd year tu sederet dalam minggu exam. Adakah berunsurkan sabotaj untuk galakkan student repeat benda yang sama berulang-kali?? Gila la kejam kalo macam tu. Dah la kalo 3x fail terus kena buang tanpa kompromi. Haih. Takut sungguh.
Dah la 1 jam kredit = RM250. Subjek killer tu 3 jam kredit = RM750. 2x amik = RM1500. 3x amik = RM2250. Gila kot. Bukan tamau study betul-betul untuk lulus. Tapi bila dah ada 2-3 paper tahap killer duduk sederet dalam minggu exam. Maunye tak pitam??? Atau kalo rasa paper tu tak killer sekalipun, tapi dalam minggu exam, hari-hari kau ada paper. Pulak tu siap bonus hari last tu ada 2 paper sekaligus. Pagi dengan petang. Macam membe aku. Nasib baik la dia masih waras lagi aku nampak. Mental kene kuat ah. Susah kot nak jadi macam dia.
Haa... Mula la menyesal amik engineering. Kalo tau dulu... Amik je kursus memasak. Sekarang aku mungkin dah jadi chef.
1 comment:
aku tak nyesal dengan apa course aku masa degree dulu. walaupun sekarang aku da keluar dari field aku, tapi i learnt many things from there.
Post a Comment