Saturday, August 29, 2009

Iklan

Lama dah nak war2kan mende ni...Tapi malas ya Rabbiiiii....Tatau nak kata lah. Sebenarnye nak welcoming new blogger...Padahal dah lama dah orang ni wujud dalam arena blog-berblog ni. So...Ni my kazen. Darweena... Sila2 la melawat blog beliau...Hehe...Leh tekan kat pic tu untuk pegi blog beliau.


Amaran: Kalo sape2 usya blog dia sebelum waktu berbuka, harap puasa anda steady dan jangan goyah bila tengok blog dia yang ada banyak gambar makanan. xP


P/S: Kak Syima...Kat blog dia banyak citer panjang2.

Hepotesis Ramadhan #4

Sepanjang 8 hari berpuasa...Lebih kurang 13-14 jam kot setiap hari...Jadi bersamaan dengan lebih kurang 107 jam sehingga jam ini...Cuma lebih kurang 25 minit je aku nampak matahari panas terik. Itupun tadi je. Apa dah jadi dengan hari2 lain? Masuk opis je rasa macam puasa kat Antartika. Baru 10 minit masuk opis, tangan dah sejuk macam ais. Nak pakai glove macam melampau pula...

Friday, August 28, 2009

Hepotesis Ramadhan #3

Kenapa aku pilih praktikal di negeri senirik? Sebab nanti takyah susah2 nak berebut beli tiket bas balik raya. Dengar2 tiket dah abes. Takkan nak bawak moto travel balik kampung? Moto dan lebuh raya adalah satu bende yang tak boleh nak ngam sangat sampai bila2.Kereta? Nak beli kereta mainan pun tak mampu...

Monday, August 24, 2009

Hepotesis Ramadhan #2

Jangan sesekali attend apape program yang ada makan2 seperti breakfast, lunch dan tea-time free bila bulan puasa. Rugi. By the way, boleh buat2 takleh posa...Biasalah, pompuan,kan? Tapi... Jawap la kat akhirat nanti...Phuh!!

Sunday, August 23, 2009

Hepotesis Ramadhan #1

Hujan dari pagi2 tadi sampai sekarang. Semakin lebat hujan, semakin sejuk umah. Semakin sejuk umah, semakin lapar perut. Semakin lapar perut, semakin berat kepala. Semakin berat kepala, semakin berat mata. Bila dah berat mata...Sendiri mau ingat lah. Zzzz~~~!!!

Friday, August 21, 2009

Hahhh~~!!!

Harini aku bersiaran dari opis. Sebab terkejut punye pasal. Serious. Hari2 kat opis...Bile dah macam takde hal apape sementara nak tunggu kul 9 lebih nak turun pegi production floor...Aku akan bace Utusan Malaysia Online dulu. Pastu baru la sibuk2 nak buat keje lain. Aku jugak memang particular tentang apape yang ada terpampang depan mata.

Tapi harini Utusan Malaysia Online nyaris2 buat aku kene heart attack.Korang tau kenapa? Sila tengok gambar print-screen yang aku letak ni dan cari apa yang tak kena kat sini...


Bleh klik besar2 untuk tengok jelas2...Utusan Malaysia oihh...Tolong la peka sikit...Ape tak dengar penyimpan mohor besar ke semalam?

Thursday, August 20, 2009

Bila La Sindrom Malas Ini Mau Hilang?

Sabtu ni start puasa. Jangan ponteng2 kalo takde sebab yang munasabah. Selamat berpuasa ye kepada semua umat Islam yang singgah ke blog ini. Kalo ada buat majlis berbuka...Jangan lupa jemput aku. Boleh tinggal pesan kat komen tu, kalo dekat, laju je aku pegi. Heheh~~!!

P/S: Banyak cerita. Tapi tengah malas. Nanti la aku taip entry lain bila rajin.

Friday, August 14, 2009

Serba Salah.

Rasa nak let go je Incik Vostro nih sebab nak laptop baru. Tapi sayang pulak sebab dier dah banyak berjasa kat aku. Haihhh...Susahnye nak buat keputusan.

Thursday, August 13, 2009

Uprising

Skang aku gile melayan single baru dorang dari album Muse, The Resistance. Lagu Uprising. Sile la layan. Memang cara la layan alternative dalam opis.


Oh, ye...Kat opis bleh layan YouTube. Ala...Bukan aku sorang je layan YouTube bila bosan2...Technician kat production floor pun kadang2 layan jugak.

P/S: Malas aa nak letak lirik kat sini. Malas nak gugel.

Tuesday, August 11, 2009

Hahaha~~~ Tolong La Jangan Buat Lawak!!

Bzzttt~~!!

Bunyi enset aku vibrate dikala aku tengah lepak2 belek chip reject sambil fikir camne aku nak tengok ape bende yang wat dier reject dengan lebey mendalam. Malas aku nak layan enset sebab pakai smock yang ala2 jubah tuh...Kene angkat plak pasal enset dalam poket sluar. Tapi elok la aku pun memang dah rancang2 nak ciao dah dari production tu. Balik opis lepak sana plak.

Sesampai kat opis, aku pun belek la enset aku tu. Tah jadah mane la rajin nak antar SMS kat aku. Selalu2 bila bosan aku yang kacau orang. Tapi harini malas nak kacau orang, so tiba2 bila masuk SMS, aku syak Maxis memang saje2 nak kacau2 aku tengah2 hari buta.

Tapi silap beb.

Entah nombor mana 5 digit sesat antar SMS kat aku. SMS pulak tu kemain best. Memang sape2 dapat SMS tu boleh buat orang tu sumpah-seranah berbakul2 sebab hantar SMS last2 minute. Apa gila antar SMS camni?

Sila jalani pemeriksaan kesihatan bg elak penularan H1N1. Bw bukti anda bebas H1N1 pd hr pendaftaran. Layari www.unisel.edu.my utk maklumat lanjut. Dr UNISEL

Huhuhu...Antar SMS pun dah tengah hari rembang. Nak kene daftar pulak esok? Hari Rabu... Seb baik la aku dah daftar awal2.Nasib la tak dapat stiker pun. Bukan aku nak kene amik exam semester nih.

Kalo ye pun nak suruh student buat pemeriksaan kesihatan sekalipun...Inform seminggu awal ke...Tak boleh? Kalo wajib la...Confirm skang kene lempang laju2 dengan doktor... Mane nak rawat yang betul2 kene H1N1 lagi...Yang ter-eksiden ke...Atau yang apape lah. Pegi klinik, kene bayar lebih2 la kan? Huhu...

Rasa Macam Nak Pukul Orang. Sape Nak Kene Pukul, Sila Angkat Keyboard.

Walaupun aku tak lagi mengusung Bam2 ke tempat keje... Tapi Bam2 tetap berada disisi dan sentiasa on sebab dier sangat hebat dalam bab membunyikan alarm untuk aku bangun tido pagi2 pada jam 6.28 pagi. Kenapa 6.28? Suke aku la nak set pukul brape pun.

Tapi sejak 2 hari lepas, aku terpisah ngan Bam2. Sepupu aku pinjam. Aku ingat dier nak pulangkan sebelum aku balik keje semalam. Sekali sampai sekarang ni tak pulang2. Sekarang ade dengan makcik aku. Watdehel? Dah 2 hari aku tak bersama ngan Bam2. Rase macam nak mengamuk tak tentu pasal je sebab bende penting dalam hidup takde dengan aku.

Harini aku bad mood lepas balik keje sebab takde sape datang antar Bam2 balik. Tak pasal2 abang aku pun ala2 kene marah ngan aku sebab mintak tolong amik Aiman kat umah pengasuh, tapi bagi salam 3 kali, bunyikan doorbell banyak2 kali pun haram takde sape bukak pintu.

Siyes aku tengah bad mood dan rasa nak pukul orang.

Sunday, August 9, 2009

Kenapa Mesti "Reverse Thinking" Dan Perlu Mengalah?

Kenapa bila aku cakap aku takde masa nak balas SMS sorang manusia ni tapi dia tetap tak paham2 dan asik keep on texting aku dan bile tak reply mula la enset aku akan diselubungi miskol tak kira masa?

Kenapa bila aku cakap "kita kan kawan biasa je" tapi sorang makhluk itu tetap menganggap aku anggap dier seseorang yang istimewa dan suke-suki sangat nak mesej aku walaupun tak penting dan sedia maklum akan kene marah dengan aku sebab SMS tak kena masa?

Kenapa bila aku cakap aku tak suka, tapi orang tu tetap ingat aku suka terhadap perhatian lebih2 yang dier bagi walaupun secara jelas lagi nyata aku highlight perkataan "tak suka" tu dengan huruf besar?

Kenapa keluar statement dalam mana2 artikel pasal percintaan yang menyatakan bahawa "perempuan ni lain yang dorang cakap, lain dalam hati bile2 mase je dengan mana2 lelaki?" Sape bingai yang buat statement camtu? Aku truly jenis cakap ikut ape aku rasa dalam hati. Tak caya leh cuba baca hati ngan fikiran aku. Confirm sama dengan ape yang kuar di mulut.

Kenapa seseorang tu mesti fikir simple statement sebagai complicated statement dan berusaha untuk cuba putar-belit kenyataan?

Kenapa mesti bila orang yang aku suka...Orang lain pun mesti sibuk2 jugak suka dengan dier? Takleh ke biar aku sorang je suke ngan dier sedangkan aku tau dier pun senang dengan aku?

Kenapa bila ada apape soal berbangkit tentang sesuatu dan melibatkan perebutan, aku yang mesti mengalah sedangkan aku yang terlebih dahulu memiliki sesuatu itu?

Kenapa tak pernah sekalipun dalam hidup aku berupaya memiliki sesuatu yang menjadi pilihan utama sedangkan aku hanya ditawarkan pilihan kedua?

Kenapa sesetengah orang masih tidak faham dan tidak boleh menerima sesuatu yang aku telah lakukan ataupun yang telah tersurat untuk aku sedangkan mereka telah melihat dengan jelas sebab dan punca aku jadi sebegitu?

Kenapa hidup mesti rumit?

Update! Update!

Isnin haritu last aku update. Alahaiiii...Malas betul nak update. Bukan takde citer. Banyak je citer mau share kat sini. Dari yang dulu2 sampai la sekarang2 ni. Banyak. Tapi nanti lah. Bila dah abeh praktikal 27 November nanti tunggu la aku update sehari sampai 5 entry. Kalo aku tak buat, korang boleh datang serang umah aku.

Woi...Woi...Jangan amik serius ok?

Ni pun saje2 je singgah. Ingat nak la jugak bercerita tentang betapa berjenis2 perasaan melanda diri masa praktikal. Ade suke, ade confuse, tapi banyaknye kagum kot. Maklum la blaja bende baru, memang lah. Anyway, aku baru seminggu memasuki alam separa kerja. Nama pun praktikal kan?

Anyway wish me luck la sampai abeh praktikal. Aku rindu sangat kat Bam2. Err...Tu nama enset aku yang dalam entry lepas. Skang dier cume berfungsi menjadi alarm aku bangun pagi2 sebab ringtone part chorus lagu "Face Down - Red Jumpsuit Apparatus" memang sangat kuat dan agak annoying. Masa kat umah sewa dulu rasa2 Kak Syima pun selalu dengar bunyik alarm tu memekak. Dah la bilik aku tinggi.

Result short sem bila kuar? Apa citer Poji kecoh loan dah masuk dalam Fesbuk padahal semester baru pun tak start lagi? Aku punye la bersabar tunggu kot2 Bank Islam antar SMS bagitau loan dah masuk. Tapi hampeh. Try tunggu minggu depan la tengok.

Aaa...Takleh tido ni...Tolong!!!

Monday, August 3, 2009

Gud Bye My Lover...Sob3x...


I`m gonna miss you till the next 3 months.
Waa~~!!!

p/s: Intel punye policy takleh bawak enset berkamera.

Saturday, August 1, 2009

Huaaa... Tinggal Sorang2...

Semua2 balik kampung secara mengejut tadi. Rasanya ada la kot sedara terdekat kakak ipar aku meninggal. Huhu. Dalam kelam kabut dorang nak bersiap balik ke Bota Kanan, tiba2 hujan. Satu umah lancarkan misi mencari payung. Semalam jumpa. Harini dah ilang. Bukan kene curik. Tapi dah susun2 sesedap hati, men campak2 barang sana-sini...Abeh sume barang2 tatau lokasi kat mane. Abang aku la SMS tanye mane pegi payung merah tu. Padahal dah nak sampai kampung dier dah. Aku yang bengong2 bangun pagi mase tu pelik tengok umah dah tak same cam semalam. Skang aku dah boleh organize event "Mencari Benda Tersembunyi" dalam umah aku. Sape nak join? Meh datang umah aku. Aku sorang2 kat umah ni. Bertemankan pekerje2 yang tengah repair umah. Aku lari nyorok dalam bilik. Malas nak kuar. Sape2 yang free sangat2 harini, jangan ragu2 buzz aku kat YM. Aku tengah bosan. Nak kuar jalan2 ngan Jonny, hujan tak reda lagi kat luar tu.

Friday, July 31, 2009

Effs Dalam Hidup Aku Dan Aku Benci Mereka.

Hah. Kemain besar lagi huruf F dalam blog aku kali ini. Knape aku pilih huruf F ni? Sebab aku dan beberapa insan yang mempunyai nama dengan huruf F ni tak brape nak ngam la. Bukan setakat tak ngam. Memang tahap takleh terime dek akal la ngan peel dorang nih.


Kisah 1
Insan yang namanya ada huruf F dan yang pertama skali cari pasal dengan aku adalah masa darjah 2. Beliau dengan suka hatinya menumbuk aku dengan rasa tak bersalah. Citer lanjut leh tekan sini. Ni kisah silam. Tapi aku dah takde nak benci sangat pun sebab bile ingat balik memang klakar abes. Dan sejak dari insiden ni la yang memupuk semangat jadik kaki pukul dan suke cari pasal dengan orang dalam diri aku. Sangat kurang ciri2 keperempuanan, ok?


Kisah 2
Orang kedua dengan huruf F yang aku MENYAMPAH adalah masa kat ATMA dulu. Beliau merupakan "budak Putera" alaa... MTD tuh. Aku menyampah sebab dier suke memperkotak-katikkan ketinggian aku, pastu bajet bagos serta suke mengutuk ex aku sesedap rasa. Dier kutuk aku takde taste? Watdehel laa... Suke hati aku la kan aku nak kapel ngan sape pun mase tuh. Masa tu juga ex aku bukan dikalangan mereka dengan huruf F.


Kisah 3
Ni sorang mangkuk dengan nick name saje start dengan huruf F. Tapi, ade aku kisah? As long as dier mempunyai huruf F dalam nama dier. Nyaris jugak la aku ter-sehidup-semati ngan dier. Tapi memandangkan parents dier tak brape berkenan, pastu da lama konon kapel (tak lama pun, setahun lebih. Itu pun jumpe 3-4 bulan skali). Tengah2 aku pecah kepala nak exam, dier leh cakap nak clash ngan aku. Mak dier suh kawen ngan sepupu dier sebab aku tak brape nak pentingkan dier dan lebey pentingkan blajar. Watdehel... Memang la aku lebih sayangkan mase depan aku, sengal. Tak rugi pun kalo tak kawen ngan mamat nih. Tapi skang dier la manusia yang terhegeh2 nak aku balik. Siap menyamar jadi orang lain semata2 nak aku balas SMS dan konon2 menyambung kembali hubungan yang dah putus. Dier jugak cakap, yang konon2 mak dier suruh kawen tu, tipu jek. Bila aku tak layan, maki aku balik cakap aku tak sedar diri dan takde sape nak kutip aku selain dier. Boleh? Boleh jalan daa~~~


Kisah 4
Ini citer tunang orang. Namanye juge bermula dengan huruf F. Dan sejiban same ngan ex aku yang tak brape nak masuk kategori ex tu. Dier nih rasanya masa tu ader krisis dengan tunang dier kot. Dan sumpah mase tu aku tatau dier dah bertunang. Ajak aku kuar temankan dier beli tiket bas. Pastu kantoi ngan tunang dier. Bagus gile la tunang dier serang aku. Padahal aku nih ade ciri2 nak rampas tunang orang ke? Tahun lepas dorang da slamat kawen. Huh. Sangat manyusahkan hidup aku. Kene serang dengan orang lain sebab salah orang lain.


Kisah 5
Ni ex aku. Tapi tak brape nak masuk sangat kategori ex. Lebih berat ke ex-senior. Juga mempunyai nama dengan huruf F. Dier ngan aku konon2 nak test power. Tapi silap besar la kan. Aku pun bukan caye sangat dengan bekas2 senior aku nih. Lebih2 lagi yang keje beruniform. Haa... Kene la same2 test power. Tapi aku hebat sikit kot sebab IQ aku tinggi sikit dari dier. Bajet hebat jugak nak pasang awek 2-3. Tapi malangnye, aku kene serang lagi dengan awek dier lepas tau dier ader affair ngan aku, padahal aku yang first? Watdehel lagi? Sape rampas sape tah, aku pun malas nak amik port. Tak membantu meningkatkan pointer aku pun.


Kisah 6
Tadi aku citer sumenye lelaki. Ni satu2nya pompuan yang nama dengan huruf F yang aku benci. Sampai tahap kalo jumpe, memang aku pukul cukup2 sampai kurus. Dier dulu merupakan antara "kawan baik" aku. Tapi skang memang kalo sebut pasal dier, mention even one word, aku boleh bertukar jadik Hulk versi wanita. Dier dulu baik ngan aku. Slalu pretend konon2 dier lelaki. Nak kata pengkid...Tak layak. Nak kata tomboy pun jauh skali. Tapi suke sangat la bajet konon2 aku ni "awek" dier. Geli bai! Aku layan je. Isi masa lapang. Tapi takde la nak wat bende bukan2. Sumpah tak tipu. Pastu suke blanje aku macam2. Seperti bawak gi jalan2...Tengok wayang...Blablabla... Tapi pinjam duit aku sampai skang tak bayar. RM400 beb. Skang dah lesap begitu sahaja. Memang takleh pakai kawan camni. Cilakak betul.


Kisah 7
Mamat ni baru2 nak jadik membe aku. Cara tegur la bagai bagi komen, konon macam dah biasa dengan aku. Ehh...Ko orang baru nak kenal aku, aku tak kenal pun ko sape, tapi gaya sangat annoying konon2 macam membe2 lama aku. Kalo membe2 aku, nak wat2 annoying takpe, coz aku memang kenal dorang camne...Skang hambik ko. Aku dah block ko dalam Fesbuk. Puas hati aku. Annoying sangat.Dah la kat Fesbuk tu macam takleh nak komen kat orang lain. Sibuk2 jugak kat post aku. Menyemak dan annoying.


Huhu...Letih juga wat citer 7 in 1 nih. Semua pasal orang2 dengan huruf F. Tapi tak semua orang dengan huruf F aku benci. Masih lagi wujud yang aku sayang. Contohnye "adik" aku. Fatin Fazlina tu. Hmm... Tapi aku rasa aku memang ader curse la dengan orang dengan huruf F nih. Terutama jejaka dengan huruf F yang aku baru2 kenal. Ade je wat aku marah dan rase nak maki hamun secukup rasa. Kalo dah lama kenal takpe la...Kazen2 aku yang lelaki pun bersepah juga dengan huruf F nih.

Rumahku Oh, Rumahku Part 2

Rumah aku dah dekat 50% siap dibaiki. Pastu plak aku pun dah tukar port. Takde dah nak bersantai2 kat luar umah atas kusyen sambil ngadap Pangsapuri Seri Intan depan umah. Bukan ade apape yang best pun. Nak skodeng orang jauh skali. Semua tinggal situ dah tua. Haha.

Ni keadaan umah aku skang. Rasanya Ahad ni siap la semua tampalan2 dan sesi mengecat dalam umah aku nih. Melihatkan gambar kat bawah ni... Ader sape2 tak volunteer nak tolong aku dengan family abang aku kemas umah?

Harus la gambar sekecik alam aku letak pasal sepah gila!

Bawah ni plak port aku melepak. Hari2 sebelum ni dan harini. Tapi harini best lagi kot. Leh golek2. Rase2 mesti korang leh pikap kan knape kusyen kat luar dalam gambar kiri tu banyak yang hilang kan? Ader nasi lemak siap kat port baru gambar kanan tu. Aku baru nak sarapan tadi ni ha...








p/s: Hijau kan umah aku?

Thursday, July 30, 2009

Kenangan Bersamamu

Kenangan bersamamu kasih...
Seumpama mimpi di dalam mimpi...
Terasa engkau di sisi...
Menemaniku saban hari...

Kau banyak berjasa padaku...
Kau teman sejatiku kala sunyi...
Kau penghubung kala aku mau privacy...
Kau penyelamat kala orang lain menyampah...

Tapiii...

Aku harus melepaskan kau pegi...
Kerana telah tiba masanya ku cari pengganti...

Kerana kau...

Telah patah!


Sori la sajak aku tak se-best Cinta Cukulet. Haha.
Headphone dah patah. Kene beli baru. Tapi selagi wayar belum putus... Selagi tu leh gune lagi. Sabar2...Nanti nak beli yang flexible. Leh pakai bila pakai helmet.
Bosan oww naik moto takde hiburan nih.

p/s: 4 line kat atas tu lagu Damasutra. Suke2!!

Wednesday, July 29, 2009

Rumahku Oh, Rumahku

Harini kite bersiaran langsung dari Penang. Ingat tak announce yang aku buat dulu? Pasal abang aku nak pasang internet kat umah? Sebenarnye dier dah hangkut satu broadband cap Maxis. Skang aku ley join Kak Rieha gune red broadband (time ni je la. Nanti loan masuk, nak angkut broadband cap Celcom plak. Kat Bestari Jaya tu Celcom je yang ada line 3G) Hoho. Harini aku nak citer pasal rumah aku. Eh, suke hati aku la nak citer pun. Blog aku. Korang yang sibuk2 nak bace ni, terime je la. Haha!

Rumah aku ni takde la hebat macam rumah2 yang dalam tv yang besar gampang tu... Tapi at least ade la tempat berlindung untuk family aku ni hah. Dulu rumah ni okey je. Tapi setahun kebelakangan ni dah tahap dewa retaknye. Kalo biar lama2, bleh runtuh jugak la umah nih. Ekceli bukan umah aku je camni. Leh kata semua rumah teres kat sini camni. Lebih2 lagi yang belah belakang. Maklum la sini dulu bekas sawah. Tapi dah tambun2 bertahun2 leh la nak buat umah kat sini.

Jom layan gambar. Sebelum dan selepas. Tapi skang dalam process lagi. So, aku pun slambe lepak luar umah online. Sambil layan angin sepoi2 bahase kat luar ni hah. Hoho.

SEBELUM











Kemain lagi horror,kan keretakan dalam umah aku nih? Ini sebelum. Yang ader laci2 belah kanan tu gambar kat dapo. Bila nak masak je risau2 takut2 serpihan2 cat jatuh melayang kat dalam periuk. Haha. Yang kiri tu plak dekat2 dengan bilik air.


SELEPAS












Ni gambar selepas. Tapi yang kiri tu kat bilik air tu la. Kanan tu kat belah depan umah aku. Bagus la orang2 yang repair ni. Retak sekecik alam pun dorang gigih nak betulkan. Contohnye retak dalam bilik abang aku tu. Bukan la dasat sangat. Tapi ok la kan. Kot2 lama2 nanti membesar jugak. Baik dorang betulkan awal2... Ye tak?

Anyway, aku tetap hepi balik sini biar ape pun terjadi kat umah aku. Maklum la kan duduk umah senirik lagi best kan? Rindu la kat Jonny. Nanti petang2 baru nak pikap dier kat SkyNet. Sabar ye Jonny~~ Skang jugak tengah belek2 dokumen apape yang patut untuk diangkut bersama masa first day praktikal nanti. Alaa...Tinggal minggu depan jek... Huhu... Nebesnye...Nebesnye...

Tuesday, July 28, 2009

Rare Tak Lepak Depan Stesen Bas Camni?

Aku sampai Penang awal gila...Kul 4.15 pagi dah sampai. Abeh kat semua orang aku inform aku dah sampai. Ni kes teruja sebab ader kredit la nih (bukan macam Si Pipi tu. SMS pun nak balas kat blog). Skang aku nak kecoh2 kat blog plak. Selalu aku nanti naik lepak2 kat atas Stesen Bas Sungai Nibong tu hah. Tapi dah sebab ngangkut kotak yang segitu besar, lepak kat depan pagar je la. Tak larat aku nak naik turun tangga bawak natang alah ni. Nampak dari luaran je konon printer. Tapi petai pun ada dalam ni tau. Aku harap petai dalam ni tak berwarna-warni kot2 ink tertumpah mase driver bas speeding.

Terima la gambar 'rare' dari aku untuk tatapan korang. Bateri laptop tinggal 51% je nih. Sebab awal2 lupe nak setting Power Plan to Power Saver. Huhu. Mati la nak tunggu sampai kul 7 pagi nih untuk abang aku datang pikap aku kat sini.

Rare kan? Korang brani wat camni?

Ramai jugak pandang pelik aku kat sini. Maklum la duduk bersimpuh baeekk punya. Jangan memain. Semenjak-dua menjak ni aku dah lebih ke arah 'Pompuan Melayu Terakhir' apsal tah. Tapi aku syak sejak pakai baju kurung masa presentation haritu.

Rare betul perubahan aku. Harap2 tahun depan aku masuk campus balik, takde la makhluk nak bahan aku atas sebab2 pertukaran yang tak brape nak disengajakan nih. Mark pun takde nak bahan2 aku...Waaa~~