Saturday, November 13, 2010

Syndrom Down.

Bukan syndrom down yang penyakit tu.

Tapi semenjak-dua menjak lepas dapat tahu kenyataan-kenyataan yang agak menyakitkan seperti result exam yang ada seketul subjek phail tu dan jugak thesis yang status TS (tak selesai a.k.a tak siap) tu, aku rasa down sesangat.

Mana tak down nye... Ape yang aku harap, tak sama dengan yang aku dapat... Tiba-tiba aku terasa yang macam selama ni aku da jaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaauh sangat dari DIA. Mana la tahu DIA turunkan ujian macam ni kat aku. DIA je ingat aku... Sayang aku sebab bagi dugaan macam ni. Tapi aku?

Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sesuatu sedang kamu tidak mengetahui'' (Al-Baqarah, ayat 216)

Satu hari suntuk aku duduk termenung sorang-sorang fikir pasal ni. Ye lah, tak semua kita rancang tu akan berjalan lancar kalo takde keizinan dari DIA.

Aku mengaku... Hati aku ni semakin hari semakin jauh dari DIA walaupun DIA letak dugaan kecil, dugaan besar... Selalu aku fikir DIA tidak adil pada diri aku. Teruk rupanya hati aku ni... Padahal selama ni aku yang lalai. Leka sangat. Dapat yang bagus sikit je dah macam lupa diri lagaknye. Walhal tu sume pinjaman dan tak kekal.




Sesape yang add aku dekat fesbuk mesti perasan kan dua status terakhir aku yang menunjukkan aku memang nak menghilangkan diri dari semua orang. YM aku senyap, Skype aku pun senyap. Entah lah. Aku memang perlukan sangat-sangat masa untuk muhasabah diri. Tambah pulak skang ni duduk umah sorang-sorang. So, sangat sesuai.

Sorry la kalo mendadak hilang dari khalayak orang ramai dekat fesbuk tu. Ala, bukan penting sangat pun kalo aku ade atau tidak pun kan???

Cukup la blog ni je buat medium aku meluahkan ape jugak isi hati aku. Susah ni wey kalo nak cerita personal dengan orang, face to face. Biar orang baca takpe, jangan dengar. Lagipun baca ni ikut orang jugak la kan... Mana dia tau aku tengah sebak menangis ke waktu taip. Selalu orang baca takde perasaan pun. Kalo dengar lain, nanti boleh dengar nada teresak-esak tu lebih daripada jalan cerita. Dari buang masa tak paham apa yang aku sampai menangis-nangis nak cerita baik baca je. So, baca ah.

Tak pasti kenapa. Tapi semenjak-dua menjak ni memang aku emo-emo lebih-lebih sikit. Ada yang cakap, umur dah suku abad ni memang cepat benar emo nye. Huhuhh...

Friday, November 12, 2010

Friendster

Pherghhh... Dekat berkurun jugak aku tak jengah friendster. Terbukak hati nak jengah sebab Fazar ngan Din cakap friendster dalam ranking ke-3 site yang orang Melesia bukak. Ye lah, aku pun tamau ketinggalan jugak ye tak???

Haha. Sekali ada mesej dalam tahun ni jugak yang datangnye dari "bekas membe" aku yang pernah aku cakap dier macam nak elak aku je sejak raya tahun lepas. Memang sampai tahap berpatah arang berkerat rotan la aku jadinye. Siap bagi no. fon lagi.

Kenapa la hidup aku skang ni jadik macam orang yang dulu penah jadi kawan baik, lepastu dengan tak semena-mena cuba nak elak-elak dari aku, sebijik macam dah buang aku dari jadi kawan... Tiba-tiba contact balik. Macam sorang minah lahanat berhutang ngan aku tu, siap dah janji nak jumpe la konon semua setel bende-bende yang tak bagus antara kitorang, tapi last-last? Senyap macam tu saja balik.

Patut tak aku percaya minah lagi sorang ni jugak?

Tapi aku reply mesej dia dengan cara paling lahanat jugak la. Kalo tak sedar diri tatau nak cakap apa dah la... Banyak la contact-contact. Hati aku dah tahap takleh terima apasal dulu dier macam buang aku dari jadik kawan tu takde plak nak consider nak mintak maaf ke apa...

Teruk betul...

Wednesday, November 10, 2010

Kalau aku lelaki, mesti nampak serabai kan dengan rupe bermisai berjambang segala... Mujur jugak la aku pompuan.

Okeh. Sebenarnya 2 hari kot aku tak mandi. Haha. Penangan buat draft report thesis bagai nak gile. Bayangkan pegi presentation pun tak mandi sebenarnye. Ha. Bayangkan. Bayangkan.

Lepas tu konon dorang kasik chance aku upgrade report aku dan aku diumpan kalo draft tu bleh buat dorang puas hati dengan result sama analysis yang aku dapat tu... Okeh la lepas.

Tapi sad ending kot. Tadi aku pegi hantar draft thesis yang berunsurkan ilmiah yang aku pun macam tak caya bleh taip tebal-tebal macam tu... Examiner aku macam dah ok dah sebab improve la dari semalam. Setakat grammar error tu stendet la. Kata taip masa tengah mamai-mamai. Janji format dah cantek. Tapi dia macam tak puas hati satu benda. So, refer la kat koordinator plak.

Koordinator tu tanya pandangan examiner. Examiner cakap bleh je lepas, cuma ada sikit grammatical error tu je la, dengan graf yang dah asing tapi masih macam semalam. Dier nak style lain. Pastu koordinator bleh buat muka tak puas hati plak pasal examiner cakap report aku dah ok. Dia tak puas hati pasal tak pernah tengok projek aku jalan secara live. Video saje tak cukup. Aaaahahaha...

Pastu kitorang pegi jumpa supervisor aku plak. Aku macam sikit facepalm sebab aku tak pernah nak consult supervisor pasal report apatah lagi nak jumpa selalu. HAHAHA... Dorang bincang apa benda ntah. Pastu supervisor aku jumpe aku personally. Siap tanya aku dah berapa lama blaja kat situ weh. Ahahaha... Last-last dia cakap takpe kot kalo dia BAGI PELUANG untuk present lain next semester, tapi pastikan bende project aku tu bergerak. Wah kau... Berkias kot. Siap pesan nanti 22 November, pegi jumpa dia amik balik report tu dan repair apape yang patut.

Wah-wah-wah... Takde nak berterus terang kot cakap status thesis aku TS. TS tu macam tak siap la. Tapi sebenarnye aku tau dorang tak puas hati nak jugak tengok project tu gerak-gerak depan mata. Ye lah kau, pegi presentation naik moto. Abes la semua barai at first place. Hehehe...

Langkah pertama untuk menghadapi masalah TS-TS ni adalah amik lesen kereta. Sapa setuju?

Lepas tu baru fikir benda lain. Sekarang ni lepas tau status tu aku tak pasti kenapa aku sangat gembira tanpa sebab. Mungkin sebab aku tak payah nak allocate duit untuk buat hardcover tu kot. Haha.

Sekarang aku cuma perlu berharap supaya takde satu pun subjek yang perlu repeat semester depan. Agar nanti cuma thesis aku je yang tinggal. Nanti boleh balik Penang cari kerja dulu. Kalo la takde subjek fail, first thing akan aku buat pada first week start kelas 22 November nanti adalah setelkan transkrip diploma aku dulu-dulu tu.

Cari keje dengan diploma dulu saje la. Technician pun technician la... Janji kerja.

Whoah!! 22 November???

Siot cuti aku lepas final exam semester ni burn begitu sahaja. Takde serupa cuti langsung sebab tak balik Penang. Wuarghhh... Kembalikan cuti akuuuuu~~~~!!!

Sunday, November 7, 2010

Takut.

Ahad

Isnin

Selasa. Representation.


************************************************


Hmmm....

I feel sorry for them.

Takde jodoh, nak buat macam mana kan?

Saturday, November 6, 2010

Salah Orang Ngan Timing Eh??

Aku selalu tertanya-tanya...

Kenapa bila aku start suka dan saje-saje usya seseorang tu... Kenapa masa tuuuu jugak laaa ade je manusia lain yang usya dia jugak. Dan lebih berani dari aku. Apsal selalu camtu ha? Padahal sebelum ni bila aku takde nak bagi perhatian dekat orang yang aku tetibe nak usya tu, sape pun takde hingin nak usya dier. Plus, aku jugak la tempat dier kaco-kaco sebab kebosanan. Sampai ada masa aku yang rimas. T.T

Ye lah. Aku jenis sedar diri sikit. Sebab yang usya seiring dengan aku tu biasanya lebih lawa. Lebih cantik. Lebih nampak ala-ala gadis melayu. Aku apa ada? Cakap pun macam petir. Mulut takde insuran. Suka cari pasal. Dah tentu orang selalu pilih yang lebih baik. Tak gitu?

Lepas tu aku terfikir, perlu ke aku nak berubah ikut standard orang yang aku suka tu semata-mata untuk nampak ala-ala perfect gitu di mata dia? Perlu ke aku buang kawan-kawan yang dah lama bertapak dalam hidup aku semata-mata sebab dorang tu sama jantina dengan orang yang aku usya tu? Nanti dier jeles.

Kawan-kawan aku tu semua jenis susah-senang-sehari-suntuk-kuar-melepak-tanpa-peduli-bau-badan-sama-sama tu... Mana ada kot nak cari kawan-kawan macam ni yang sama jantina dengan aku? Koman-koman pun nak enjoy sehari, setengah daripada hari tu mesti kena balik rumah, mandi-mandi lepas tu keluar lain.


Kitorang masuk tv. Ko ada? Janji tv walaupun cuma cctv je.

Dalam hati cakap, tak perlu la nak hipokrit kot. Kalo aku ada dier dan perlu mengorbankan kawan-kawan, tu gila namanya. 

Agak susah kan nak cari manusia yang boleh terima kita seadanya? Tambah plak yang jenis pompuan macam aku. Ikut angin je nak jadik macam perempuan betul. Selalu angin lebih ke arah 50-50 walaupun bertudung. 

Aku pernah dulu sekali. Tapi masa tu life aku takde la macam sekarang ni. Masa lepas zaman sekolah dulu. Dengan first love konon-konon aku tu. Masa tu aku masih ada stok ramai kawan-kawan pompuan. Dan macam baik jugak la aku ni kan. Lepas tu aku sambung blaja dekat tempat yang aku kena tendang tu. Ramai lelaki melebihi pompuan kot kat situ. Pastu da start gaduh-gaduh sebab dier sangka aku mesti sosial gila lepas tu.

Lepas tu clash. Lepas tu aku kene kick out sebab fail. Bukan pasal dia ah. Tapi aku yang rebel pegi gaduh dengan lecturer. Lepas tu ok balik. Lepas tu masuk tempat aku belajar skang. Aku teramik course yang pompuan sangat minimum. Gaduh lagi. Sebab takleh terima hakikat yang classmate aku semua lelaki dan selalu hangout dengan aku dalam library sebab nak buat discussion.

Hoiii... Apa kejadah kot kena cemburu teruk-teruk dengan classmates aku tu semua... 

Ke aku yang tak berapa nak clear istilah couple tu cemana? 

Aku rasa aku tak suka kot couple-couple ni. Sebab aku lagi suka melepak beramai-ramai dari cuma kuar dengan sorang lelaki. 

Tambah lagi sebenarnya aku masih takut-takut dan trauma untuk rapat dengan sorang lelaki yang perlu dianggap istimewa. Yep. Trauma lagi. So, better aku keluar ramai-ramai. Dalam ramai-ramai tu pulak, aku pilih yang aku percaya macam dorang tu. Classmates aku semua baik-baik dan hormat perempuan.

Macam dulu. Tanya la mana-mana je lelaki yang penah ajak aku kuar sesame lepas tahun 2006 tu... Semua kat mulut je cakap best kuar ngan kau. Tapi dalam hati? Haha... Confirm menyumpah-nyumpah kebosanan. Melainkan ada aktiviti sampingan seperti tengok wayang secara marathon atau menghabiskan masa main bowling. Lain-lain? Haha.. Hampeeehhh...

Haishhh... Entah laa...

Oleh sebab aku bakal jadik penganggur sepenuh masa selagi sebelum dapat kerja ni, baik tutup mulut diam-diam dan jangan tanya aku soalan bila nak kawen. Pasal semua yang aku usya tu semua pun ada awek lain yang lebih baik dari aku usya dia sama. Selalu potensi untuk aku yang menang tu memang tipis pasal aku suka mengundur diri untuk bagi peluang kat orang lain yang lebih layak.

Haha.

Friday, November 5, 2010

Random #35

Eh, Deepavali punya lagu raya apa ah?? Selalu kalo raya mesti ada lagu raya... Banyak pilihan plak tu... Lagu Saloma ada... P.Ramlee ada... Taon Baru Cina pun ade gak lagu... Ala... Yang GongXi GongXi tu... Ni nak sing-a-long apa sempena Deepavali ni?

Ke aku yang tatau selama ni? Umah Ravi raya-raya Deepavali pun senyap je... Takde bunyi-bunyi lagu-lagu tamil hari raya...

.... Atau...

Perlukah aku layan lagu Gelimat sempena Deepavali kali ni?

Wednesday, November 3, 2010

Random #34

Hek eleh... Ada lagi kan manusia jenis pegi gigih kuarkan duit banyak-banyak lepas tu layout kat mana2 pastu tangkap gambar lepas tu tag kawan-kawan konon duit hasil join apa ke nama login fesbuk dapat 100... Padahal biar je la duit tu duduk elok2 dalam akaun... Berani sangat printscreen online banking statement laa... Display nama penuh ngan no akaun skali... Ada berani? Hah? Hah? Hah?

Aku butthurt tengok duit banyak-banyak ni sebenarnye...

Monday, November 1, 2010

Ehhh... Btol Ke Apa Nih?

Sume orang tau ngan suke pasal blog Hanis Zalikha kan? Tipuuu laaa tak kenal... Hehe... Aku salah sorang reader dier jugak. Kadang-kadang je over rajin nak tinggal komen.

Hahaha... Pastu mesti korang tau pasal video-video cute dari sorang mamat ni kepade Hanis Zalikha? Sweet kot. Heee... Mane punye ilham la dier dapat untuk wat video tu... =)

Aku ade la komen. Entah apape je kot aku komen. Maklum la tengah pitam-pitam ngadap thesis dengan final exam kan... Kene le release tension sikit. Layan jugak la video-video itu. Heh. Pegi la blog Hanis tu cari... Malas plak mau letak link kat sini. xP

Sekali ade plak pelawat guna nama dia. Tertanya-tanya aku mana link tu hala dan entah ye entah tidak mamat tu tinggal komen pasal aku komen blog Hanis.

Ni bukti ni... Ni!! Ni!!!



Hahaha... Bengong pegi letak besar-besar bukti. Link tu ke sini. Sila la like page dia. Haha.

Ok la. Takde idea sebenarnye.

Tengah hepi-hepi pasal kuar dengan ya sohabat lama yang balik bercuti tak berapa nak lama... Ye la, plannye aku blanja tengok wayang semua... Pasal dia pun gigih memberi kata-kata semangat time aku down sebab thesis yang menjeruk rasa membakar jiwa tu. Sekali semua fully sponsored plak. Tengs la bebanyak... Hehe. Sori takde gambar aku ngan dia. Sebab aku pun malas nak tangkap gambar. Seronok berjalan-jalan punye pasal. Padahal round dalam Midvalley je pun. T.T"

Skang kalo bleh elak-elak gambar secara berdua je dengan mane-mane lelaki. Kang tak pasal-pasal plak kene gossip free. Tambah plak dah habeh blaja ni. Mesti kena aim saja je lah... *Oppss...*

Friday, October 29, 2010

Camne Aku Bleh Terjebak Dengan Korang Ha??

Kah kah kah... 


Sumpah aku pun confuse dan terdiam sambil sengih-sengih tatau nak jawap apa bila tiba-tiba Wan terkeluar soklan...


"Aku musyikil la cemana minah ni boleh sesat kat sini dengan korang ha?"


Hmmm...


Susah kot nak cerita sebab aku pun tak pasti camne aku boleh selambe je kuar melepak beramai-ramai dengan geng-geng engineering dan it happen to be aku sorang je pompuan dikalangan ramai-ramai tu. Padahal macam la takde budak pompuan engineering lain. Cuma masa tu aku saje tersesat ngan dorang. Eleh. Kalo tak pasal aku ade di tempat kejadian, mau sesat kot dorang cari arah Nasi Lemak Kapar tu. Yang tukang nak bawak ni pun segala main ingat-ingat lupa.


Since aku diploma, kawan-kawan baik aku yang aku selalu hang out adalah terdiri dari kalangan budak-budak TESL. Kalo tak TESL pun, maybe akan sesat sorang budak Medic, beberapa ketul budak IT dan jugak budak-budak Management. Selebihnya tukar semester lain, aku ngam dengan budak-budak Biotech plak. Sebabnya aku sewa rumah sekali aku seko-seko dengan semua tu senior-senior aku. Berani? Yeh. Aku sangat berani dan hasilnye, walaupun dorang senior-senior aku la semua, tapi semua kena buli dengan aku.


Haha. Apsal? Sebab si Apit la. Ramai kot admire Apit tu. Muke kemek pun orang suka. Heh. Pelik betul. 


Lepas tu setelah dua-tiga semester buat diploma, baru la aku kenal budak-budak sama course yang sebenarnya ada 11 orang saje. Otomatik dorang lantik aku jadi leader sebab konon aku rapat dengan lecturer. Ha. Rapat la sangat sampai boleh nego suh cancel je kelas bila masing-masing liat nak bangun pagi.


Tapi still aku takde la rapat sampai nak hangout keluar sekali dengan dorang. Sebab... Ntah. Setakat keluar makan-makan bile lepas kelas je aku join. Itu pun sekali-sekala. Nak kata jalan-jalan enjoy lepas habis exam... Ada ke budak-budak ni pernah nak ajak aku? Sudahnye aku join je la budak-budak TESL atau Biotech yang memang stok gamble je pegi mana-mana pun dan sempoi kentang walaupun tengah takde duit. Tipu la takde duit. Dalam poket masing-masing bawah RM30. Selambe ok?


Memang aku takde hati langsung nak campur dengan budak engineering. Kalo campur pun aku takde BFF. Macam pompuan-pompuan lain. Sampai ada la sorang budak Civil pernah tegur aku... Ni time dah masuk degree laaa...


"Ko ni takde kawan ke? Selalu aku tengok ko sorang-sorang je. Dalam kelas pun kadang-kadang dengan orang lain, kadang-kadang dengan orang lain..."


Selalu tengok aku beb! Pherh. Ada stalker jugak rupanya aku nih. Bangga sekejap.


Haha...


Yes. Bila masuk degree, aku cuma rapat dengan budak-budak yang sama-sama diploma dengan aku. Itu je yang aku kenal. Tapi tak menghalang aku nak mengeratkan silatulrahim dengan orang-orang lain... Hehe... Cuma, macam biasa la... Lepas sorang budak pompuan masa diploma aku tu blah taknak sambung maybe dia frust duit loan pertama kitorang kene cantas habis-habisan untuk cover yuran diploma dulu... Aku sorang je la pompuan dikalangan kawan-kawan aku.


Tapi aku sangka banyak yang aku akan sama dengan kawan-kawan aku tu. Sekali banyak pulak yang tak sama... Sampaikan aku boleh terlepas pegi praktikal dulu dari dorang. Sudahnye... Sebab jadik camtu... Aku kembali sorang-sorang dalam fakulti. Takde best friend or what so ever. Dan sebab tu aku mudah hang around dengan classmates yang lain. Ye lah. Dah sorang. Duduk pulak umah sewa yang housemate jenis tak kisah gile babi macam Kak Syima. Dier jenis tak busybody macam ex-housemate aku yang dulu-dulu tu... Asal hilang je semua cakap aku kuar ngan boyfren la ape jadah. Padahal aku hilang pasal aku pegi umah cousin aku. Samade kat Shah Alam tu atau umah mak anjang kat Puchong. Memang aku suka pi sana weekend. Lebih-lebih lagi time-time takde duit. Masa duduk Unisel Shah Alam tu nak pi mana pun semua tak guna banyak sangat duit. Sejak pindah campus baru... Pikir 200-300 kali nak pegi Shah Alam kalo bukan dengan transport sendiri.


Sebab tu la agaknya aku boleh tiba-tiba kamceng dalam geng tu. Siap kuar tengah malam tu ramai-ramai aku sorang je pompuan. Entah. Aku percaya kot dorang. Semua jenis nakal tapi baik. Touching gila sebab masa tu semua cakap dorang bodyguard aku. Keselamatan aku adalah priority dorang. Tskk... Terharu kau...


Tapi sebab aku sorang pompuan gak... Abeh sana-sini tak pasal-pasal aku kene bahan. Semua nak bahan aku kawen dulu la... Dok kenen-kenen dengan sesape je dalam geng tu lahh... Ingat lelaki tak suke bergosip ke? Lagi dahsyat kot style gosip dorang... Adoiyaiii...


Memang hidup aku adalah untuk dibahankan oleh kawan-kawan rupanya...


Dorang antar aku balik umah pun dekat pukul 3 pagi.


Haih. Aku memang takkan lupe soklan kat atas tu dengan kenangan hangout dengan dorang sampai ke pagi. Nanti-nanti bila semua dah keje, tatau la bila lagi kan dapat hangout camni. Kalo dapat hangout pun maybe tak seramai macam malam tu. Tambah plak kalo masing-masing dah ada komitment kan... Sebagai contoh, salah sorang atau dua-tiga orang dah sibuk plan nak kawen lepas ini. EXCLUDE aku ye. Masih takde calon T_T. 


Hoh... Baru berapa hari dah abes belajar dah start rindu-rindu dekat kawan-kawan yang lain tu.


Sebenarnya tak abes lagi ni. Tengah nervousapatriosa sebab bila-bila masa dalam next week kena re-present balik tesis. Hardware aku takyah nak upgrade apape... So, malas aku nak bawak dannnn... Cuma pegi berlengang present pasal result dengan analysis saja boleh??


Takyah nak komplen la eh apsal aku bleh hangout ngan dorang la, aku sorang pompuan laa, aku sosial la semua... Tujuan aku adalah nak share pasal value of friendship... Sad thing is aku memang kekurangan kawan-kawan pompuan... Sebab tu aku hangout ngan dorang ni je. 


Lagipun malam tu je last kitorang nak gather lepak sesame... Lepas ni mana boleh dah kot kalo masing-masing start busy dengan keje semua kan...


Memang indah kot zaman belajar ni... Lagi touching bila nak berpisah dengan kawan-kawan yang selama beberapa tahun dok kutuk-kutuk depan-depan, dok sekeh-sekeh, tolong sign attendance dalam kelas semua... I'm gonna miss them la lepas ni. Time konvo nanti pun belum tentu lagi bleh jumpa camni...

Random #33

I'm officially "penganggur" sampai dapat kerja dikemudian hari. Sebarang notis akan diberitahu kelak.

Ohhh... Bahagianya perasaan ini... Harap-harap takde la paper yang gatal-gatal lecturer dengki kasik sangkut untuk di-repeat semester depan. Letih sudah... Hahaha...

Sunday, October 24, 2010

Saya...

Makan tak kenyang, tido tak lena, mandi tak basah sebab nak yang ni.

HTC Aria!!!!

Tekan gambo bleh pegi link yang ada spec-spec dia semua...

Ada sape-sape baik hati nak hadiahkan??

Henset saye skang ni elok lagi, tapi dah sikit cacat dari segi rupe paras. Dan jugak buat saye hangen gaban bile suka-suka hati dia off sendiri-sendiri bila waktu-waktu kecemasan.

Biasakan, Bila Dah Jadi Baru Menyesal...

Ehem. Aku suka stalk. Stalk profile kat fesbuk la... Mana lagikan sumber terkini sekarang? Apa benda pun nak tules kat wall. Even nak pegi berak pun nak bagitau satu dunia maya. Boleh tahan sengal perangai camtu. So far aku belum la sampai tahap tu.

Hehe. Sebenarnye aku saje je stalk profile orang yang beberape minggu lepas aku ade crush... Oh, sungguh buruk perangai bila sebenarnye crush tak sampai sebulan kat orang. Lantak la... Hati sendiri kan...

Aku nak tahu sangat punca dier clash. Err.. Putus tunang. Aku rasa aku bebas cerita kat sini pasal bekas tunang dia langsung tak kenal aku dan for the time being ni dier takde access internet dan aku rasa dia langsung tatau aku ade blog tapi aku musyikil kenapa dia boleh tau aku ada twitter haritu. Itu perkara pelik dan jadik sebab kenapa aku taip ni laju-laju dan publish awal-awal sebelum dia balik ke tempat yang dia ada access internet. By the time dia ada access internet aku dah letak cerita lain. Brilliant!!

From apa yang aku berjaya stalk tu... Macam masing-masing sibuk menyalahkan masing-masing yang tak paham diri masing-masing. That guy pun salah jugak sebab based ok the story situ dia pegi layan ex girlfren dia. Watdehel la awak dah bertunang tapi nak mesej-mesej manja-manja dengan ex-gf? Sedangkan jarang mesej dengan tunang.

Haha. Dah tentu cik tunang terasa ye tak. Kalo cik tunang dia mempunyai hati sekeras konkrit ringan ciptaan budak-budak civil yang menang pertandingan konkrit tahun-tahun lepas tu lain cerita la. Lepas tu bleh plak kan kuar citer yang tunang dier kuar tengok wayang dengan orang lain. Hmm... So, tahniah untuk diri aku sendiri sebab dah tau sikit-sikit punca dorang putus tunang tanpe perlu sibuk-sibuk tanye tuan punye diri yang mungkin akan menyebabkan tuan punye diri akan berasa sensitif lalu menangis berbaldi-baldi tanda kesedihan.

Tak best la kan buat orang sedih.

Malam ni jugak aku belajar satu benda.

Kalo nak emo-emo dekat orang ke apa, jangan sesekali nak up dekat wall fesbuk tu. Tak semua kawan-kawan kita akan bagi semangat secara rasional dan sama rata untuk kebaikan kedua-dua belah pihak... Tapi ramai jugak yang akan cuba bakar lagi ketegangan yang ada.

Terdapat jugak yang akan stalk untuk tahu cerita sebenar.

Macam aku.

Eh, mana pegi cerita pasal tanggungjawab semua tu?

Ada. Dan lepas stalk jugak aku rasa aku sangat la tak bersedia untuk ada tanggungjawab atau ada komitment dengan sape-sape ke apa ke. Sebab aku tak ready lagi nak kawal hidup orang, aku tak ready lagi nak jadi orang yang super-duper jeles bila pasangan ter-rapat sikit dengan orang-orang yang sama jantina yang jauh lebih hot dari aku.

Aku tak ready. Aku masih mengamalkan kehidupan yang super-duper sempoi serta tak amik peduli untuk hidup orang lain. Entah. Memang aku tak bersedia.

Friday, October 22, 2010

Give Away Nazz@Purple

Tengah sikit senang hati. Konon nak menghabeskan masa dengan tido T.T. Tapiii... Takleh tido plak. Ada gangguan SMS. Sebab umah dia takde letrik dan dier bosan. KACO LA FAZAR NIH~!!!

So, malam kang sambung tido selama yang buley.

Eh... Tengah blogwalking-blogwalking ni terjumpe plak pasal giveaway yang tak kena buat apape. Rilek-rilek letak banner dengan link je.

Jom ah join! ^_^


Klik gambar untuk pegi baca syarat-syarat lalu join. Heh.

Adik Angah

Ini adalah petikan SMS Incik Asrul (Angah) kepade adiknye (da tentu aku) yang sengal-sengal ubi sebab nak exam...


Part 1

Angah :  angah dah stat guna gps dah nnt nak p sana cuma kena bagi alamat ja.

Aku : klao bagi www.google.com buleh?

Angah : ....

Part 2

Angah : ¿¿¿¿¿¿¿¿¿¿¿¿¿¿¿¿¿¿¿¿¿¿¿¿¿¿¿¿¿¿¿¿¿¿¿¿¿¿¿¿¿¿¿¿¿¿¿¿¿¿¿¿¿¿¿¿

Aku : pe bende angah cube nak tanye ni?

Angah : angah tanya bila nak balik sini.

Aku : [=.="]>


LOLed xP.

Sori kalo tak klakar.

Thursday, October 21, 2010

Laa... Smalam Tu Spotcheck Jugak Rupenye...

Kah kah kah...

Aku baru tau semalam time nak masuk exam untuk paper Fuzzy tu yang ramai-ramai berkumpul depan pintu tu rupanya spotcheck rupa-diri student.

Aku tau pun tadi... Pasal Din cakap, "Semalam pun siap ada spotcheck."

Mula-mula pelik jugak kan spotcheck ape kebendenye kan... Pastu dier cakap ramai kena sebab pakai jeans. Kawan-kawan kitorang jugak yang kena pun... Kad matrik kene amik. Keh keh keh.

Tau apsal aku blur???

Sebab, masa aku sibuk sarung kad matrik nak masuk hall, tiba-tiba ada sorang ni tarik kad matrik aku. Bleh plak aku pandang muke dier balik dengan rupe sikit tak puas hati pastu tarik balik kad matrik aku, ngan selambe je masuk exam hall tu, dan duduk seperti takde apape yang terjadi.

HAHAHA...

Mujur jugak. Kalo tak, kene saman lagi la nampak gayenye.

Sebab aku pun pakai jeans. Jenis yang ada scratch-scratch plak tu. Lagi ranggi.

Kalo yang kene saman tu tau nih, mesti lagi berbulu-bulu bengang.

Gila saman betul dorang sekarang ni.

Sunday, October 17, 2010

ESOK START FIRST PAPER DAN HARINI AKU DEMAM TERUK-TERUK...

HUWAAAA~~!!!! :'(

Saturday, October 16, 2010

Perlu Ke Nak Upload Ke Youtube Segala??

Thesis aku. Benda hardware haritu akibat aku pegi present naik moto, secara otomatik dah jahanam di tengah jalan. Circuit takyah citer la. Macam mosfet yang super sensitif tu dah takleh nak guna je. Ntah.

Tatau ape jadik.

T_T"

Pastu ramai pulak sibuk-sibuk suruh upload gambar analysis semua ke youtube la ape bende la. Deyy... Mana aku ada masa nak buat tu semua...

Huhuhh...

Entah. Aci tak kalo aku tak buat tu semua... Suka hati aku la kan thesis aku??? Lagipun aku bukan la hebat sangat ke apa benda sampai nak upload macam-macam seperti Poji tu. Ye lah, aku ade account youtube... Tapi malas nak layan upload. Selalu sehari semalam belum tentu habis upload.

Sekarang ni tengah runsing dengan macam-macam.

Mana ke final exam lagi. Mana ke thesis kene major correction lagi. Mana ke apa benda lagi...

Aduihhh...

Dah-dah. Nak pi mandi, pastu nak gerak ke Unisel. Berdating dengan kawan-kawan tersayang sambil study.

Takde mood aku semester ni...

Tapi gigihkan jugak sebabbb...

27 Oktober 2010 tepat jam 12.00pm aku unofficially graduate.

Habis exam.

Tapi nanti kene present thesis lagi. Jangan la nak buat pasal nak letak status TS pulak kat aku ni nanti. Sedih tau... Dah la benda complicated nak mati.

Search online pun mende tu buat untuk 2-3 orang satu group. Aku bantai buat sorang-sorang. Agak-agak lompang sana-sini, mampus la.

Ahhh!!! Tawakal...

Countdown hari nak habis je. Lepas tu nanti enjoy puas-puas walaupun takde duit...

Sunday, October 10, 2010

Benda ni la yang buat hidup aku hampir separuh gila sebab...

  • Start masuk bulan September kot baru dapat hidayah dan petunjuk untuk proceed thesis.
  • Sebelum-sebelum tu hidup masih enjoy. Langsung takde ciri-ciri nak pikir mase depan.
  • Cuti raya haritu hidup aku agak tak keruan akibat ke kedai hardware semua tutup.
  • 2 minggu nan lepas, sejak 27 September 2010 sampai ke semalam, berderet-deret dengan test.
  • Test-test tu semua pun aku menoyol dengan sepenuh hati tanpa kantoi. Teknik? Rahsia.
  • Dalam minggu lepas jugak aku dah plan elok nak hantar je kedai menatang ni. Alasan? Tak cukup alat-alat nak buat. Ye lah. Umah aku bukan workshop ye tak?
  • Minggu ni, Isnin... Berkobar-kobar nak pegi antar kedai. Membe ajak Selasa je.
  • Selasa plak. Aku punya la excited nak antar kedai, sekali kawan tu pulak barai pegi tido sampai tengah hari. Sudahnya delay.
  • Rabu apa aku buat ha? Study ke apa? Tak ingat pulak.
  • Last-last Khamis baru pegi potong perspex. Itu pun macam mengarut je.
  • Jumaat baru gelabah hantar nak buat je kat kedai.
  • Semua yang kat kedai tu blur dengan apa aku nak buat sebenarnya. Mintak aku bawak sketch esok je bukak kedai setengah hari.
  • Sabtu test tu, pepagi aku antar sketch kat kerani. Balik dari test aku tak nampak progress apa. Tepuk dahi sekejap pasal kali ni manager pun tak paham aku nak buat apa. Dia kata rumit.
  • Cakap je la nak tunggu aku berada di tempat kejadian baru nak boleh buatkan. Huhuhhh...
  • Time balik plak brader kedai tu bleh mintak no fon. Aku bagi pasal mati-mati ingat untuk contact bagi balance Isnin (esok) ke apa pasal aku bayar deposit. Sekarang dia rajin-rajin nak sms aku tanya khabar. WTF????
  • Sabtu boleh rilek-rilek lagi kan. Padahal Isnin ni dah nak kena submit final draft ngan slide show. Kuar shopping drill set, riveter, gergaji besi kecik, macam-macam tools lagi. Sumpah bilik aku jadi workshop mini. Burn RM200 beli semua tu.
  • Harini baru pulun buat semua. Nasib baik la kedai hardware sini Ahad pun bukak. So, tak cukup skru ke apa kejadah tu semua boleh pegi beli dengan senyuman melebar sebab tokey tu pening dengan request aku. Mintak benda pelik-pelik.
  • Sekarang tangan aku dah melecet teruk sampai rasanya nak makan pun kene pakai sudu garfu je. Takleh kene kuah panas-panas dan nasik panas-panas.
  • Selasa ni present kalo lecturer komplen nampak macam hantar kedai, memang tak ragu-ragu aku tumbuk dia kat situ jugak. Yelah, aku antar kedai pun last-last sebenarnya untuk tau dorang guna tools apa untuk sambung itu-ini. Sebab tu Sabtu tu laju je aku pegi kedai beli. Nasib baik la affordable.
  • Ni la hasilnye. Tapi circuit tak berusik lagi. Tengah takde mood lagi pasal nanti circuit pun main mende panas-panas jugak. Solder tu panas jugak apa. Dah la tangan melecet, lagi nak tambah kan??




Padan ngan muka sendiri pasal buat keja last minute la woiiii...!!!!!

Sapa suruh wat last minute ye tak???

Total mende aku abes untuk project ni...

  1. Masa kuar beli mende wat circuit ngan Fazar = RM 260
  2. Kuar beli mende circuit sendiri = RM 100
  3. Beli tools siapkan hardware sendiri = RM 200
Total baru RM 560.

Kira ok la kan. Sendiri buat plak tu. Sebenarnya RM 300 lebih je kot. Pasal tools tu untuk masa depan pun bleh pakai. Nanti umah aku sendiri dah ada tools dah. Takyah tunggu nak berlaki baru dalam umah ada tools. Huhuhh...

Hoiii... Takde mood nak buat analysis ni cemana??? 

Mood oh mood tolong la datang... Esok Isnin nak kene submit final draft ngan slide show dahhh... Selasa present...

Tapi boleh tak esok aku buat-buat lupa nak antar??? Aku antar masa presentation jeee... xP

Wednesday, October 6, 2010

T_________T"

Thesis presentation awal 2 hari iaitu pade 12 Oktober 2010.

*Pitam*


Yang lain-lain tu masih same macam dalam list yang sebelum ni...

Jadual exam pun rasa macam ada yang da bertukar. Tapi tak pegi check lagi. Esok kot baru nak pegi tengok.

See... Semua orang pun buat keja last minute. Ini semua dah jadi budaya. Aku pun tak paham apasal semester ni banyak sangat benda dah last-last minute pun takde progress.

Dari kitorang student, membawak ke lecturer. Sibuk last-last minute time university lain sibuk-sibuk cuti sedap-sedap pasal study week, dorang bantai buat test. Bukan satu-dua... Tapi berderet-deret dan ke tahap hari-hari pun ada test. So far sepanjang aku buat degree ni haram aku tak kenal study week yang jenis cuti-cuti boleh balik kampung mintak restu mak ayah macam university lain tu apa kebendanye. Sumpah la takde. Lepas tu kewangan, unit exam pun macam takde mende je last-last minute ni. Siap takde acara mengambik slip exam dekat dewan. Pilu rasa hati kot tak dapat memeriahkan suasana dalam dewan macam semester-semester lepas.

Last-last minute jugak haritu terjah website Unisel tu tetibe nampak majlis konvo. Time-time exam. Huh?? Bley expect ke majlis konvo tak meriah kene senyap-senyap sebab fakulti engineering dekat sebelah dewan ada exam. HAHAHA...

Takley nak imagine.

Mungkin sebab banyak sangat cuti kot.

Bertuah gila duduk Malaysia. Banyak cuti.

Dah dah dah... Pegi buat thesis nun. Study test esok sekali. Taunye merepek sini jeeee...

***********UPDATE*************

Ohh... Salah tengok. Konvo 20-22 November rupenye. Haha... Ke laut dah segala... Semua pun nak salah-salah tengok. Haih...

Friday, October 1, 2010

Aku Tak Sempat Nak Update Lebih-Lebih Sebab...

Sila lihat list di bawah;

27/9 - Digital Signal Processing test 1
28/9 - Sensor Engineering quiz
29/9 - Fuzzy Logic test 2
30/9 - Digital Control System test 2
2/10 - Signal & Systems test 2
4/10 - Digital Signal Processing test 2
5/10 - Sensor Engineering test 2
7/10 - Digital Control System test 3
9/10 - Signal & System test 3
14/10 - DATE SUGGESTED TO PRESENT THESIS.
15/10 - Sensor Engineering final exam
18/10 - Digital Control System final exam
19/10 - Signal & Systems final exam
20/10 - Fuzzy Logic final exam
22/10 - Digital Signal Processing final exam

Agak-agak lepas 22/10 tu kot baru aku bleh update sampai lebam. Rasa macam robocop pulak sampai hampir hari-hari pun ada test.

Study week??

Apa benda tu?