Monday, June 25, 2012

Tak Sabar :')

Harini aku on leave. Konon untuk pegi kenduri cousin la kan yang Ahad semalam tu... Sekali keta tak muat. Tak dapat ikut. Tak sedih pon. Angah pun cakap nak pegi ngan flight pun tak jadi sebab lepas mesyuarat koperasi tu cuma flight pukul 7.25pm ngan 7.30pm je available. Orang tu nak pegi awal, so nanti boleh balik awal.

Aku pulak semalam konon nak renew passport. Sampai dah ok la standard2 time orang kuar umah hari Ahad kan... Dalam 9.30pagi. Pastu perut buat hal. Lepas perut buat hal, pegi tangkap gambar. Takleh blah nak gelak tengok gambar sendiri. Sejak bila tah kemain kening nak kena tunjuk sampai abes tah. Tapi aku apa peduli... Belasah je... Sumpah tak berapa nak best gambar berbanding gambar dalam passport sebelum ni. Dah la macam cerah melampau, padahal kulit makin gelap. Redha je lah.

Isi borang, pegi kaunter nak amik nombor, sekali nombor dah abes sebab hari Ahad rupanya bukak halfday je. Ok fine. FINE... Balik dengan hati yang agak terluka. Esok (harini jelah setel)

So, harini kemain awal aku kuar. Time2 aku nak pegi opis tu kuar. Memang laju servis dia. Masa collect passport aku perasan passport dah macam cantik sikit la. Rasa macam banyak benda shining2 yang aku rasa mungkin untuk safety kot. Siap ada note tulis passport tu ada alat elektronik sensitif. Jangan lipat, tebuk atau dedahkan pada suhu yang ekstrem. Wow. Camne nak pegi Antartika? Situ suhu extreme kan? Hehe.

Dulu passport yang kena bayar RM100 tu untuk 2 tahun cuma ada 32 pages. Skang ni kau bayar RM100 (untuk 2 tahun) atau RM300 (untuk 5 tahun) kau tetap dapat 48 pages. Aku amik RM100 sebab rasa macam patut aku bayar RM300 tu dapat 6 tahun. Haha. Boleh pikir camtu?

Ngam2 semua setel sebelum pukul 11 pagi. Sebab aku janji dengan agen keta tu nak sign agreement dengan bank pasal keta tu pukul 2 petang. Phuh. Tak join family gathering (konon2... Tu la reason aku apply annual leave) pun kemain busy la kan ke sana sini. Soal keta tu bayar bulan2 setel sebab dia cakap tolak terus dari akaun aku. So aku takyah susah2 pikir nak kena bank-in ke apa. Seb baek pilih Maybank. Ye lah, opis aku bayar gaji ikut Maybank. Sekali jalan setel kan?

Ni dah ade passport ni, saving dalam akaun pun walaupun tak cukup lagi nak bayar downpayment, tapi dah cukup untuk buat biaya tiket pegi-balik ke Newcastle Upon Tyne, berdasarkan gambar kat bawah ni ha. Hahahahaha...


Kemain kau kan, tarikh nak 13-17 Julai... Tarikh dijangka orang tu konvo... Tapi kau sendiri tak konvo2... Wahahahaha...

Memang tak boleh belah harga dia okehhhh... Dah la perjalanan berjam2... Huuu... Ni baru UK... Camne aku nak pegi US nanti??? Waaaaa :'(

Bukan aku risau harga tiket... Tapi aku risau keadaan aku dalam flight. Cam menakutkan je kat udara lama2 tu... Memang la ada stop skejap di mana2, tapi still... Aku ni bleh ke nak survive perjalanan flight camtu? Aaaaaa...