Saturday, January 22, 2011

5 Sebab Kenapa Aku Sanggup Travel Balik Jejauh Dengan Moto.

PERINGATAN : Entry ni panjang dan penuh emosi.


1 - Jimat belanja.

Ini harus la aku letak paling atas skali... Sebab korang tau tak bahawasanya perjalanan aku dari Kuala Selangor ke Penang hanya RM16.40 dan dari Penang ke Kuala Selangor hanya RM15 sahaje? Lebihan RM1.40 adalah sebab tol Jambatan Pulau Pinang. Jauh berbeza bukan dengan beberapa hari yang lepas sebab Jonny rosak dan terpaksa stranded di Penang, maka aku terpaksa berhabis RM262 untuk balik dari Penang ke Kuala Selangor yang bersamaan hampir 15 ke 16 kali aku bleh balik ke Penang. Portion RM262 tersebut adalah seperti berikut;
  • Tambang bas Penang - Klang = RM37
  • Teksi Klang Central - Klang   = RM20
  • Bas Klang - Kuala Selangor   = RM5
  • Antar moto Skynet                 = RM200
Tu sekali balik tu. Bajet lari kot. Banyak tu lari. Korang yang jenis study dapat loan tapi masih mengharap duit mak bapak ujung-ujung bulan apa tau? Atau korang yang dah keje dan mengharap duit gaji tiap-tiap bulan, apa tau? Hanya orang yang hidup dia 100% bergantung hidup pada loan untuk hidup je bleh hayati sikit-sikit kesengsaraan nak kuarkan RM262 tu secara saja-saja camni padahal ada alternatif lain yang jauh berbelas kali ganda lebih murah. Silap-silap haribulan sanggup tak balik kampung demi kos yang begitu tinggi macam ni. Kalo kena time raya, baru true layan lagu Dendang Perantau depan pintu rumah. Lepas tu emo sorang-sorang dekat fesbuk sebab tak balik beraya walaupun raya haji.


2 - Puas hati balik sendiri sebab dapat jimat masa.

Ni aku letak second sebab selama ni aku balik naik moto memang jimatkan masa. Perjalanan cuma mengambil mase selama 4 jam 30 minit kalo aku buat gila sepanjang jalan pun nak belasah 120km/j sambil feeling-feeling bawak superbike dan di tempat-tempat berhenti rehat aku isi minyak terus ciao tanpa melenggang-lenggang kangkung tawaf food court RnR sebanyak 5-6 kali untuk pilih makanan yang ending dia aku akan beli karipap dengan Livita Honey je. Atau perut tak mengada-ngada buat hal nak berak pulak kat situ. Maklum la tandas bersih. Feeling nak membuang isi perut dan buang masa tu lebih gemilang dari biasa. 

Ala biasa-biasa pun aku balik paling lama pun aku balik dekat 7 jam. Tu pun sebab banyak berhenti sebab hujan lebat. Aku puas hati balik sendiri tu bukan apa, kalo kata eksiden, aku sendiri yang salah. Kalo naik bas, tapi eksiden. Itu bleh mendatangkan amarah sebab terasa seperti nyawa aku dipermain-mainkan dengan harga tiket yang aku bayar. Sama nilai dengan harga tiket tu. Apakah??? Ce cite, ce cite ngan aku apa benda safety yang perkhidmatan bas dalam Malaysia ni provide selain pemandu yang terlatih setara dengan pemandu F1 yang sibuk mengejar trip, kalo takde trip, takde gaji???


3 - Takyah berdepan dengan kerenah agen tiket bas yang super annoying.

Ini pun punca aku mengamuk dekat tempat tiket stesen bas Sungai Nibong Penang haritu. Sumpah annoying. Dah la duduk berkumpul ramai-ramai dekat tangga/kedai makan paling depan tu. Lepas tu pantang nampak orang naik tangga, even orang tu sebenarnya dah tau hala tuju tempat nak beli tiket dan dah jawap sesedap rasa pun masih nak PERASAN gile yang konon kita ikut dia untuk sampai ke kaunter tiket dia. Eiiii.... Tolongggg laa.... Lepas tu plak, sebenarnya kita dah biasa beli dengan satu-satu company ni dulu, tapi tiba-tiba entah mana datangnye manusia-manusia yang takde adab tiba-tiba datang berdiri keliling. Siap bising-bising suruh aku pegi ke kaunter dorang. 

Ko tak rasa insecure ke sebab kau dah la kecik, kau pompuan, tiba-tiba datang dekat 7-8 orang LELAKI keliling ko masing-masing tak berenti-renti cakap suruh pegi kaunter sendiri. Tiba-tiba je kau terasa tension dan seperti claustrophobia. Sangat menakutkan dan menyakitkan hati ok? Sebab tu aku jerit dan terus tak jadi beli. Balik dekat kereta aku suruh abang aku je pegi belikan. Tapi dia beli tak dengan company Konsortium tu la sebab dia tipu dorang kata nak pegi tandas. See? Dorang yang menutup periuk nasi sendiri dengan perangai annoying macam tu. Lagi nak bising kalo customer tanak beli tiket dengan dorang. Kalo tak mampu nak gajikan pekerja, cukup hired sorang staff dekat kaunter tiket je, boleh? Tak payah ramai-ramai macam agent dekat luar. Perangai macam budak-budak baru nak up cari downline buat multilevel-marketing je.


4 - Tak suka menunggu a.k.a susahkan orang.

Part ni paaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaling bosan dalam sejarah aku balik dengan bas. Since aku sekolah menengah lagi la. Asal balik je, mesti kene tunggu orang amik dekat stesen bas. Pulak tu lama kau. Paling cepat pun kalo aku balik, turun kat Butterworth, pastu buat panggilan palsu cakap dah sampai padahal kau tengah berlegar-legar jalan-jalan cari makan, pekena semangkuk cendol baru terhegeh-hegeh naik feri. Bila dah sampai ke bahagian pulau, mata bercahaya-cahaya gemilang nampak orang tercangak-cangak cari kau. Haha. Baru tak rasa kena tunggu. 

Tapi semenjak kerajaan Penang baik hati buat stesen bas cantik mata memandang dekat tepi Tapak Pesta Pulau Pinang tu, dah tak boleh nak menipu lagi dah balik konon-konon nak turun kat Butterworth semata-mata nak berlengang sambil makan cendol. Maka kena la turun terus dalam pulau dan tunggu paling cepat selama 20 minit untuk arwah ayah datang amik. Itu pun mujur 20 minit. Kalo aku sampai pagi-pagi buta, paling cepat pun 40 minit. Kedatangan berserta bebelan kadang-kadang tu. Huhu. Terasa jugak kadang-kadang tu macam tak sudi je anak sendiri balik. Padahal bukan tiap-tiap minggu pun balik. Sebulan sekali pun payah. 3 bulan sekali balik pun nak kene bebel? Huuuu... 

Bukan aku tanak balik umah naik teksi ke apa, atau bas. Tapi paham-paham je la pagi-pagi buta pukul 4 pagi mana ada bas? Naik teksi plak aku takut sangat kalo jadi begini. Pengalaman aku sendiri beb, bukan dengar cerita-cerita orang. Macam haritu balik ke Kuala Selangor ni pun amik teksi tu pun dah cuak-cuak dah. Mana tak cuak nya sepanjang perjalanan tu pakcik teksi tu siap cerita dia bekas tahanan ISA dan ajak aku sembang pasal politik. Pulak tu macam takleh terima hakikat yang aku takde state parti mana aku suka. Ye lah, aku mana layan politik. Aku tak layan parti-parti ni semua. Pada aku kalo orang tu bleh wat keja, itu la yang terbaik, takyah nak kira la dia parti apa. Pakcik ni ahli majlis tertinggi PKR. Who? Wallahualam. Aku tak pandang muka dia langsung bila bercakap. Lantak nak cakap aku biadap ke apa, satgi kalo dia bajet aku parti lain kang, dia tinggal aku tengah-tengah jalan ke apa? Am I risk myself for that?? 

Aku siap amik langkah berjaga-jaga awal-awal lagi dengan pisau dalam poket seluar. Black pepper spray? Aku jenis tak bawak handbeg. Lantak la orang nak cakap aku saiko ke apa. Tapi korang nak bertanggung jawab ke kalo tiba-tiba kuar berita aku kene bunuh dan dijumpai dalam semak? Jangan kata teksi je lah. Mana-mana lelaki pun (classmates yang aku tak rapat atau even ex-ex aku sekalipun) aku tumpang keta dorang kalo aku kene duduk sebelah seat driver tu memang berpeluh-peluh jugak la rasanya kecuali kalo orang tu aku betul-betul kenal dan selalu sangat buli untuk menumpang naik keta semata-mata untuk rasa air-cond, itu aku takde hal. Afterall dulu aku tumpang naik keta dengan kawan-kawan sekelas pun aku duduk belakang. Aku pun heran. Takde ke teksi yang kalo aku naik, dorang cuma bukakan pintu belakang je? Hey, I paid for U to drive me ok? Kasik chance la aku feeling-feeling datin-datin di seat belakang!

Dan semenjak arwah takde, paling lama aku tunggu untuk orang amik aku adalah selama 4 jam. Ye kawan-kawan... 4 jam... Dalam 4 jam tu kalo aku menggedik macam pompuan lain, kemungkinan polis nak temui aku dalam semak sangatlah tinggi. Dengan harga bas, tiket bas... Boleh mengakibatkan aku kehabisan duit bila sampai je dalam pulau. Maka nak taknak terpaksa la tunggu. Naik teksi? Nak aku ulang cerita ni lagi? Sampai umah pun belum tentu ada orang nak tolong bayarkan. Mana la tau akak ipar aku balik kampung ke... Abang aku blom balik dari keje malam ke... Kan satu hal nak suruh pakcik teksi tu tunggu bersama-sama. Nak mintak tolong jiran? Ko apa hal pagi-pagi buta nak ketuk pintu rumah orang untuk pinjam duit? Gila?


5 - Tak suka nak deal dengan Skynet Penang.

Ok. Ini yang aku nak cerita sebenarnya. Skynet Penang ni pada aku sangat la bermasalah. Skynet Kuala Selangor ni jenis rileks-rileks je. Siap manager dia pun pernah belanja aku air kotak teh bunga beli kat kedai berdekatan. Kamceng tak kamceng la... Aku bengang Jonny tak sampai-sampai lagi padahal abang aku antar sejak hari Rabu haritu. Ok la. Rabu, Khamis cuti Thaipusam. Jumaat keja. Sabtu separuh hari. Apa gila expect aku tunggu Isnin baru dapat moto? Wey, aku bank-in kat abang aku RM200 ok, bayar full lagi untuk moto tu sampai ke sini. Takkan sebab aku bukan somebody jadi moto aku besar tak muat lori dorang yang kata abang aku hanya 2 bijik tu je sebab barang-barang lain nak didahulukan, Jonny kene ignore? Abes tu aku bukan customer? Mana lagi penting? Dorang caj barang ikut kg. Bila lagi besar, lagi berat maka lebih mahal. Bila bayar mahal, of course la lebih patut diberikan prioriti. Betul tak?

Dah la dulu handle moto aku sampai calar-calar. Aku nak marah sangat pun tak boleh sebab sampai kat aku, dekat Skynet Kuala Selangor ni. Lepas tu mula la nak cakap takkan sesama MELAYU pun nak bising-bising kecoh-kecoh. Ha ni la habit MELAYU yang buat aku malas nak mengaku aku Melayu. Suka sangat dengan sikap tak apa tu. Kita ada hak sendiri maa... Kalo da dok asik dengan tak apa tu, senang-senang je la kene pijak. Aku terus-terang cakap, dulu memang aku jenis ikut je apa orang cakap. Tapi bila pikir balik, benda simple macam ni pun orang boleh pijak-pijak kita, camne plak dengan bende-bende lain? Soal negara semua? Wah, tiba-tiba masuk pasal kenegaraan plak.

Dan sekarang aku macam orang bengong je tunggu Jonny tak sampai-sampai. Memang la tak mati duduk umah, Tapi Jonny tu degil jugak. Sehari takde orang nak start dier, mula la nak buat hal. Ini entah berapa hari orang tak peduli kat dia. Dia merajuk, aku yang susah. Bukan orang-orang Skynet tu nak sponsor duit nak betulkan Jonny kalo dia merajuk jenis "lain macam".

Lori tak cukup, itu bukan masalah aku. Aku bayar, aku customer, so, customer is always right. Hello? Skynet is WELL KNOWN WORLD WIDE ok? Takkan tak boleh nak tambah capital dekat cawangan dorang yang sibuk sehari kene deal dengan banyak barang? Takkan tak boleh tambah lori? Lain la kalo Skynet ni local punya company. Bukan nak kutuk, tapi local ni ye lah. Semua pun cakap kita 1Malaysia, mesti mau tolak ansur. Wak lu la bertolak ansur. They should serve the best for customer so that customer will satisfied and keep on dealing with them. Walaupun aku amik engineering, tapi aku belajar entrepreneurship jugak lah!! Siap score lagi tu, tau tak? So, kalo nak ajak aku meniaga pun tarak hal lah! Kadang-kadang tu bila boss dorang Chinese pun kadang-kadang perangai macam lahanat jugak. Bajet bisnes bangsa dia je penting. Datang kemudian pun takpe. Asalkan bangsa sendiri. Cheh! Dah macam racist plak. Bwahahaha. Takleh lebih-lebih, nanti aku yang kene saman. Maklum la... Aku kan rakyat biasa je.

Ini kali kedua deal dengan Skynet Penang dan kali kedua ni jugak buat hal dengan aku. Aku takkan salahkan abang aku sebab aku tau dia da susah-payah antarkan Jonny siap dengan terpaksa balik jalan kaki sebab kawan dia tatau jalan pegi Skynet situ, lalu tersesat, lalu balik je. Nampak sangat la Skynet ni bukan la sibuk sangat pun sebab kawan abang aku tu deal la jugak dengan kurier-kurier ni. Keje kilang kan? Kilang kan banyak deal dengan kurier? Tapi most kilang dalam Penang semua guna DHL atau FedEx. Skynet ni tak la sibuk sangat. Company kecik-kecik je pun walaupun world wide. Entah apape je. Dah la dulu siap salah hantar Jonny. Terang-terang tulis poskod pun lagi nak baca alamat tu jugak. Cakap je la tak reti nak baca alamat. Its a basic knowledge tau tak baca alamat dari bawah ke atas. Walaupun aku bukan posmen atau despatch, tapi aku tau. Tengok? Tengok?


Dah la panjang sangat aku emo-emo kat sini. Senang cerita kalo korang nak bangkang tindakan aku balik kampung dengan Jonny tu, baik korang pikir masak-masak apa benda alternatif yang paling baik dan boleh tepis kesemua 5 sebab yang logik untuk aku tak balik Penang dengan Jonny. Nak sambung tengok hindustan ni kat TV3. Bwahahahah~!!!

4 comments:

Anonymous said...

fuuh. naik teksi best bila pemandu dia bercerita. layan je dgn cerita diorang.

Aslina said...

::matahari::
kene mcm aku nih? saiko kot ko nak suarakan pendapat ko. mcm horror je dier tanye pasal politik pastu macam nak emo2 plak ngan aku. haha.

Legasi Piston Pecah said...

tapi sakit gak naik motor...
lama-lama teringin naik kereta..

Aslina said...

::legasi piston pecah::
tatau la aku ni kebal ke apa, tapi aku balik naik bas haritu gilaaaa punya letih sampai boleh tido 12 jam direct. tapi kalo aku balik naik moto... lepas balik tu pun aku siap bleh travel pegi mana2 lagi siap dengan pakej stay up sampai pagi. ntah la... takde rasa letih pun.