Sekarang aku tengah harap yang aku masih lagi seorang kanak-kanak yang sungguh gembira dengan zaman tadika beliau. Serius. Apa aku tau, masa tadika dulu sangat la fun. Ko tak payah susah-susah pikir pasal nak cari duit sara diri sendiri. Abeh kuat pun masa tadika tu, takde orang dewasa lain nak tanya kau macam-macam. Atau ko tak payah nak pikir nanti darjah satu kau masuk sekolah mana. Itu parents kau nanti jawapkan.
Indah gila bukan?
Malangnya manusia membesar. Bukan setakat saiz badan je, umo pun makin naik jugak. Bila umo dah naik... Benda pertama yang kau akan rasa takut nak hadap adalah bila habis sekolah. Maksud aku lepas SPM. Aku siyes takut dowh dulu. Entah apape je aku pikir. Cemana future aku. Last-last aku ended up macam ni. Macam apa aku sekarang.
Redha je la.
Kepada adik-adik aku yang masih sekolah lagi tu, takyah la korang nak buat-buat nampak macam dewasa. Serious tak fun. Aku pun tak paham kenapa budak-budak sekarang suka sangat nak fast-fowardkan masa. Tau la kebanyakkan yang nak fast-fowardkan masa ni kebanyakkan yang dah ade konon-konon what-so-called-beloved-bf/gf. Adoi. Masa korang banyak lagi ok? Maybe sekarang korang cinta-mati-habes dekat dia. Maybe nanti korang jumpa orang lain. 1/1000 je kemungkinan korang stick dengan orang yang sama macam makhluk-yang-dajalkan-aku-sampai-kene-buang-belajar-sebab-fail-satu-subjek dulu.
Ok. Kenapa aku cakap life aku sekarang tak fun? Sebab kau kene jawap macam-macam soklan kurang bijak dari makhluk yang tak berapa nak paham segala peraturan idup, rezeki tu semua datang dari Allah. Bukan nak kutuk adult lain, tapi cuba la paham betapa malasnya la nak jawap soklan-soklan macam tu. Kalo sekali tanya takpa la. Ini tiap kali jumpa macam takde soklan lain.
Tambah pulak bila kau da takde mak-ayah untuk back-up kau. Nak harap sibling? Dia pun entah-entah terus buat-buat tak dengar atau tumpang sekaki menyakat. Bukan tak pernah aku kena macam tu. Tipu la kalau tak berapa sakit hati. Tapi memang agak perit pun. Tambah pulak lepas tu kau kena bebel berjela-jela tanpa motif dengan orang yang konon lebih dulu makan garam dari kau. Cair telinga ni tau tak?
Kenapa life lepas SPM adalah tak fun?
First orang sibuk-sibuk akan tanya kau sambung belajar mana lepas ni. Kalau result kau gempak la. Kalo result kau macam hampeh, terus kau kene bebel lagi. Kene tiau macam-macam untuk part 1. Lepas tu akan sambung bila kau cakap kau kerja "tak stendet" sebab SPM hancur. Bela kambing pun boleh jadi jutawan apa, kalo kau ada kesungguhan. Lemah betul orang yang judge bukan-bukan ni sebab SPM tak cemerlang. Sapa punya kerja ni letak standard taraf hidup bagus bila SPM kau bagus???
Option lagi satu adalah, lepas SPM kau cemerlang, kau sambung belajar. Macam budak-budak pandai lain kau masuk tahun asas konon-konon. Lepas tu kau ada masalah personal dan membe kau buat palat dengan kau. Super-duper palat sampai kau kene dismiss belajar. Lepas tu kena tiau lagi cakap menghabeskan duit mak-ayah. Padahal masa kau mula-mula masuk tahun asas tu, duit mak ayah langsung kau tak usik. Siap dapat elaun lagi dan boleh bagi dorang RM200 sebulan. Sebab elaun masa tu adalah RM600++. Aku tak ingat.
Dah kau kecewa bagai nak rak sebab tak pernah gagal, siap pernah buat-buat nak bunuh diri, tapi tak jadi sebab bunuh diri secara toreh tangan adalah sakit. Lagi sakit bila darah kuar banyak-banyak. Tak percaya? Cuba buat. Lepas tu nanti bila berjaya mati, jadi hantu datang cerita pada aku rasa dia macam mana. Jangan lupa cerita sekali azab kubur dekat aku supaya cepat-cepat aku taubat. Heh.
Lepas recover dari segala rasa sedih, palat dan sebagainya, kau semangat balik nak belajar dan amik keputusan sambung diploma. Jadilah, kan? Diploma saja. Sebab dah serik dengan tahun asas. Mula la rasa menyesal tolak tawaran matrik dulu. Tapi semua da lambat. Biar la. Dah kau masuk diploma, belajar dah macam best, dapat kenal kawan-kawan baru, elok je kau abes diploma tiba-tiba kau jadik sikit down sebab kawan-kawan yang sebaya kau yang lain ada setahun lagi tamat degree. Punya la kau rasa nak ikut rentak kawan-kawan sebab orang-orang sekeliling kau asik bagi komen tak membina sebab kau cuma ada diploma je, kau pun sambung la degree.
Itu pun amik masa jugak. Tambah pulak bila parallel dengan peningkatan umo kau. Dah la lepas diploma pun kau tak kerja. Tak pasal kena tiau lagi. Tapi sebenarnya mak ayah kau tak kisah langsung kau nak sambung belajar. Yang sibuk-sibuk adalah sedara-sedara lain. Macam la aku guna duit dorang nak belajar pun.
Sekarang bila dah degree, tambah pulak kau buat degree pun di tempat yang sama kau buat diploma... Ada saja manusia tak puas hati tengok aku selalu takde dengan family. Sebab pegi belajar. Dia punya feeling tu konon-konon macam kau merantau pegi bertapa je. Siot betul imaginasi.
Lebih-kurang tinggal 2-3 sem sebelum abes degree, mula la orang lain sibuk-sibuk tanya bila nak abeh?
Boleh sabar tak? Course aku amik bukan course masakan yang setahun setengah pun boleh complete master. Bila aku cakap sikit lagi nak abes tu, kene tiau lagi. Entah apa dorang pikir. Cuba orang-orang yang tiau aku seperti makcik-makcik aku tu amik degree engineering macam aku tengok. Boleh tak boleh survive dengan complete dalam masa 3 tahun macam aku?
Lepas tu, sekarang memandangkan ramai sangat kawan-kawan aku dah pun ada kerja steady, stabil semua sibuk-sibuk kawen dalam tahun ni, tak pasal-pasal aku pun kena tempias benda yang sama.
Dah la buah hati pun takde. Kerja jauh sekali la sebab ujung tahun ni baru aku abes. Mana kerja pun tak tentu hala lagi, dah sibuk-sibuk tanya aku bila nak kawen. Nak bayar kursus kawen pun belum tentu aku mampu lagi kot?
Tapi aku tau. Manusia ni semua stok tak puas hati punya jenis. Kalo aku kawen sekali pun, next question yang bakal aku dapat mesti,
Bila plak kau nak beranak?
Oh, dem!
Kenapa la aku mesti face macam-macam ni???
Dulu aku suka jugak nyakat-nyakat orang yang lebih tua dari aku dengan soklan-soklan macam tu. Tapi tu cerita masa aku sekolah-sekolah dulu la. Saja kan menyakat orang lebih tua dengan soklan bila nak abes belajar, bila kerja, bila nak kawen, bila nak ade anak, etc... Tapi sekarang bila dah terkena batang hidung sendiri... Siap emo-emo lagi dekat blog macam ni.
Lepas ni aku takkan tanya sapa-sapa dah dengan soklan macam ni. Especially yang lebih muda dari aku dan mempunyai life yang lebih-kurang macam aku. Ye, cerita-cerita dekat atas tu adalah memang pasal life aku.
Dah. Cukup la bebel. Aku nak siap-siap pegi campus study untuk next paper esok. Kalo aku duduk umah lepak-lepak ni nanti satu apa pun tak jalan.
1 comment:
hehehe :) rasa macam semua kisah dalam entry ni aku da tauuu..tapi tetap syok aku nak baca :)
manusia as..kan ko jugak yang cakap, ko da tau camne nak balas kat depa yang banyak tanya tu..tapi takpe, kena tunggu ada majlis pengebumian dulu..
Post a Comment