Monday, February 9, 2009

Khidmat Pelanggan Yang Paling "Sempoi"

Aku beli Incik Vostro dari 1 company nih...Nak aku reveal ke website dorang untuk tatapan korang tak? Mane la tau kot2 korang berminat ke nak beli dari sini. Aku namakan company ini ABS, ok? Aku juge harap korang atau sape2 pembace blog aku ni takde la nak kecoh2 pasal ape yang bakal aku taip nih...Aku tak suka nak gaduh2 dengan orang...Wat bazir bil telepon dorang je kang nak serang aku nih...

Kisah benar nih...

Sebelum ni aku beli Incik Vostro ni elok je payment aku dipotong dari loan PTPTpu...Ehh...Salah...PTPTN...Then...Sampai la ke akhir November 2008, tiba2 aku disuruh bank-in RM700 untuk payment bagi semester Disember nanti...Mana la aku ada duit masa tu...Aku plak baru je lepas kehilangan bonda tercinta mase tu...Bapak aku pun tak abeh berduka-nestapa lagi...Takkan aku nak mintak kat orang tua tu RM700...Mau kene heart-attack dia...Sebab sebelum tu aku dah mintak kat dia about thousand something untuk cover yuran pengajian aku kat sini...So, aku pun call la dorang nak citer situasi aku...Tapi dorang ni memang cam tak paham bahasa jek...Nak jugak2 suruh aku mintak duit ngan parent aku tu...

Last2 aku ignore je la. Dorang call pun aku wat tatau jek...Malas nak layan...Gile ko...Aku nak exam mase tu lagi nak kacau...Memang aku wat "bijak" je la... Sekali...Haa...Hambik ko...Sejak awal tahun 2009 sampai la sebelum loan aku masuk 5 Febuari lepas...Dekat 12 sms aku save...Itu pun yang sempat aku save la...Aku tak suka, aku delete je...Dorang call, haram aku tak jawap...Abeh kuat pun aku komplen kat abang aku mintak dier je setelkan...Huhu...

Note: Sila abaikan kesalahan ejaan...Sebab dorang memang sms aku camtu...Letih bai aku gelak masa cuba nak paham ape yang dorang ni nak...


-7 Januari 2009-
Perhatian: sila jelaskan pembayaran laptop/baki sebelum 8 jan 09, sekiranya tidak kami akan mengambil tindakan. Sila bayar dalam masa yang deberi. Pembayaran boleh dibuat di: xxxx bla...bla...bla...xxx. Selepas anda bank in sila sms kepada kami: xxx bla...bla...bla...xxx. Terima Kasih. ABS Sdn. Bhd

-9 Januari 2009-
Hai, sy dari ABS hendak mengingatkan berkenaan pembayaran laptop/baki sem 08/09. Sekiranya anda telah bank in sila hantar name, tarikh, no rujukan, amount dan bank yg digunakan. Kerjasama anda amat dihargai.

-12 Januari 2009-
Perhatian: Anda boleh membuat separuh pembayaran ansuran laptop sblm 13hb jan dan baki sblm 31 jan dan pembayaran boleh dibuat di: xxx bla...bla...bla...xxx. Sila talipon xxx bla...bla..bla...xxx utk sebarang pertanyaan. Mustahak - selepas "bank-in" ansuran tersebut, anda MESTI sms kepada kami: xxx bla...bla...bla...xxx. Terima Kasih. ABS Sdn. Bhd.

-15 Januari 2009-
Pemberitahuan? Pembayaran hendaklah dijelaskan sebelum 18 jan. Seliranya anda tidak dapat membayar dalam tempoh yang di beri, pihak kami akan mengambil tindakan seperti kenakan faedah dan sebagainya. Selepar pembayaran sila hantar maklumat pembayaran melalui sms name, Tarikh, no rujukan, jumlah pembayaran dan bank yg digunakan. Sila sms sekiranya ada masalah.

-22 Januari 2009-
Hai, kepada pelajar2 kami ingin memberi tahu anda berkenaan pembayaran ansuran\baki laptop. Anda diberi amaran utk membayar ansuran laptop sebelum 25 jan 2009. Sekiranya anda tidak menjelaskan pembayaran tersebut kami akan mengambil tindakan terhadap anda. Sila ambil perhatin terhadap pembayaran anda. Sekiranya anda ada masalah sila call atau sms kami. Selepas anda bank in sila hantar maklumat pembayar. Tk

-28 Januari 2009-

Perhatian: Anda dikehendaki membayar Rm700, kami telah memberi tempoh yg sangat panjang utk menjelaskan pembayaran ansuran laptop. Tarikh akhir pembayaran ialah 31 jan 2009. Pembayaran boleh dibuat di: xxx bla...bla...bla...xxx. Sila talipon xxx bla...bla..bla...xxx utk sebarang pertanyaan. Mustahak - selepas "bank-in" ansuran tersebut, anda MESTI sms kepada kami: xxx bla...bla...bla...xxx. Terima Kasih. ABS Sdn. Bhd.

-29 Januari 2009-

Perhatian: Anda dikehendaki membayar ansuran laptop, kami telah memberi tempoh yg sangat panjang utk menjelaskan pembayaran ansuran laptop. Tarikh akhir pembayaran ialah 31 jan 2009. Pembayaran boleh dibuat di: xxx bla...bla...bla...xxx. Sila talipon xxx bla...bla..bla...xxx utk sebarang pertanyaan. Mustahak - selepas "bank-in" ansuran tersebut, anda MESTI sms kepada kami: xxx bla...bla...bla...xxx. Terima Kasih. ABS Sdn. Bhd.

-3 Februari 2009-
Perhatian: Anda dikehendaki membayar laptop/baki pembayaran sebelum 5 feb sebelum pukul 5pm, sekiranya tidak kami akan kenakan faedah 1.5% dan Pembayaran boleh dibuat di: xxx bla...bla...bla...xxx. Sila talipon xxx bla...bla..bla...xxx utk sebarang pertanyaan. Mustahak - selepas "bank-in" ansuran tersebut, anda MESTI sms kepada kami: xxx bla...bla...bla...xxx. Terima Kasih. ABS Sdn. Bhd.

See? Rajin kan dorang sms aku? Skandal2 aku pun tak rajin nak sms aku...Huhu...Sedih gila...
Ada yang aku reply...Mengarut2 la aku reply...Tapi dorang wat tatau je...Call pulak...Jangan cerita la...Satu hari sampai 2x dorang cuba call aku...Tapi haram aku tak jawap.

Last2 dorang call Azim. Aku musyikil gak camne dorang bleh dapat no enset Azim... Rasanya aku letak penjamin tu abang aku dengan kazen aku...Huhu...Dah Azim plak amik alih jadik informer kat aku...Mark dah gelak2 kat aku cakap aku sedang "dikejar ah long"...

So...Pada 5 Februari 2009, tepat jam 7.09 pagi Bank Islam sms aku bagitau loan dah masuk. Tapi masa tu aku still wat flight mode kat enset...Sudahnya kul 9.45 pagi baru aku tau loan dah masuk...Aku tunggu jugak lagi sms kot2 dorang potong RM700 tu dari loan aku...Tapi takde mende pun...Cuma tempat aku belajar ni je yang dah kebas RM5000++ dari loan aku untuk yuran semester ini.

Kul 10.56 pagi aku pun terhegeh2 la masuk Bank Islam punye portal nak wat transfer kepade ABS nih...Dah siap semua aku pun sms butir2 peribadi aku...Dan untuk pengetahuan korang...Aku ter-transfer-kan sebanyak RM800...Sebab aku mati2 ingat tarikh haritu ialah 6 Februari...Then dorang call aku...Aku tak jawap jugak...20 saat pastu masuk satu sms dalam inbox aku...

ABS : Kenapa u bank in 800

Aku : Kata dgn 1.5% tu. Xpe la. So, next balance brape?

Rajin dier nak reply ni...Dah kire aku main sms ngan dorang ni plak.

ABS : Sepatutnya 700 tapi u dah bayar 100 lebih so u cuma tinggal 600 for next sem

ABS : Ptptn unisel dah masuk ke

Aku : Baru masuk je. Pukul 7 pg td dpt sms alert. Then td abeh klas, rush g cc buat online transaction [Teetttt!! Aku tipu...Pagi tu mana ada kelas!!]

ABS : Ok tq


Huarghhhh!!!! Aku lega gilaaaaaaaaaaaa dorang takkan kacau aku atau Azim dah lepas ni...

No comments: