Sunday, December 14, 2008

Budak2 Zaman Skang Weh!

Aku lepak2 kat umah sambil borak2 dgn anak2 buah aku. Sorang taon depan praskolah,sorang taon depan darjah empat. Tym borak2 tu,depa sempat tayang gambaq kelas masing2. Yang nak masuk praskolah tu siap tunjuk lagi yang mana jejaka merangkap pakwe dier masa taska tu. Siot lah! Kecik2 dah pandai kapel. Aku jugak masih single,apahal?

P/s: kalini xdak gambaq pasal aku update dengan enset je guna opera mini. Saja test.

Sunday, November 30, 2008

Main Masak-Masak Ngan Kak Syima

Wakaka!! Gile takleh blah kan tajuk entry kan...
Memang arini kitorang main masak-masak pun...
Dier dengan spaghetti bolognese dier...(tah betul tak aku eja nih)
Aku plak of course ngan mushroom cream soup aku tuh...
Hahaha!! Pasni harus la takyah susah2 beli Campbell Soup dalam tin tuh...
Gigih betul aku main masak-masak ni...Padahal esok aku ader paper...

Okeh...Tanpe buang mase, mari kite tengok bahan-bahan yang diperlukan untuk mushroom creamy soup nih...Thanx gak pade website ini sebab sini la aku blaja wat soup nih...Tapi ni aku wat style aku lahhh...Sape2 nak sukatan betul bleh pegi website tuh...

4-5 Mug air
1/5 Ayam bahagian dada
Setengah kotak susu segar Dutch Lady yang 1 liter tuh...
1 ketul kiub ayam Knorr
Cendawan butang potong ikut suka (1 tin boley...Setengah tin pun boleyy...)
2 Sudu kecik garam
Setengah sudu makan perasa Maggi Cukup Rasa (Tapi untuk nih aku gune perencah Mee Sedap perisa Ayam Bawang sebab mee dier dah selamat aku makan ngan kuah tomyam)
2 Senduk tepung gandum (kene bancuh hokee!!)

Cara-cara masak
  1. Ayam tuh...Bahagian daging tu korang cincang-cincang la dengan penuh perasaan...Macam dalam gambo nih... Haha!! Aku memang pro kalo tang bab cincang-cincang nih...

  2. Pastu rebus la ayam tadik...Kene rebus yg betulnye isi jek...Tapi dah aku ngan Kak Syima takmo bazir-bazir...Aku bantai letak segala2 dalam tu...Kulit, kepak, tulang suma skali jalan...Rebus sampai betul2 empuk laa...Tapi kalo takmo berminyak...Rebus la isi jek...


  3. Bile ayam tu dah cukup empuk, masuk plak kiub ayam sama susu segar mcm dalam gamba tuh...Biar dengan api yang pelan... Haha...Nampak tak periuk kitorang gune tu beso mane? Itu untuk 5-6 orang makan tu...Tapi bese laa...Orang lapo nak makan banyak sikit...


  4. Hurmmm...Pastu masuk la cendawan...Aku potong cendawan camni jek...

  5. Pastu masuk la bancuhan tepung gandum...Sori la gambo takde...Mula-mula dah cantek dah nak tangkap gambo...Tapi bancuhan tu bleh plak jatuh tumpah...Kene la bancuh lain...Lupa plak nak tangkap gambo sebab dah kelam-kabut nak masukkan dalam periuk tuh...Juge tak lupe perasa dan garam...Biar jap bagi sume2 tu mendidih sampai naik cam cream2 nampak sedap, bleh la tutup api...

Ni la dier hasilnye mase dalam periuk...


Ni plak hasil pas masuk dalam mangkuk...Ready untuk ditelan begitu sahaja atau makan ngan garlic bread...Sedap wooo...Rase macam kat Pizza Hut taww...

Yang terapung2 tuh cendawan yek...Jangan salah paham plak...Memang nampak macam pengat pisang...Tapi ini mushroom soup okee...Slurpp...Enjoy okee...

Rasenye walaupun dalam resepi untuk 5-6 orang makan...Tapi kitorang 2 orang makan pun...Bleh abeh licin jugakkk...

Thursday, November 27, 2008

Maksud Tersembunyi


Kawan adalah seseorang kita kenal bertahun2 lamanya dan yang hanya boleh berkongsi kegembiraan semata2...Tapi bila salah seorang kawannya tengah sedih atau susah, secara otomatik beliau akan melarikan diri.Kadang-kala, kawan juga merupakan kaki ampu yang paling hebat abad ini!!

Sahabat adalah seseorang yang baru dikenali, tapi gaya, perwatakan dan cara bersembang seperti dah 10 tahun kite kenal dier.Sahabat juga sangat caring terhadap sahabatnye yang lain hingga boleh mengakibatkan perasaan rimas yang terlampau. Mereka juga boleh dipercayai apabila berjanji untuk menjadi sahabat buat selama-lamanya.

Teman adalah seseorang yang boleh menghabiskan masa menemani kita dalam apa jua keadaan sekalipun. Tapi dier akan tarik muke kalo kite tak sudah2 suruh dier temankan. Contoh, terma teman tapi mesra.

Member adalah seorang yang suka sound direct ape yang dier rase tak berkenan terhadap member dier yang lain dengan harapan member tersebut akan ubah tingkah-laku serta bertukar seiring dengan kehendak member tadi yang mungkin ingin membuka satu membership club.

Kekasih adalah seorang yang sayang kite bile kite gembira, cantik dan segala yang best2. Beliau juga berkeupayaan mengawal kehidupan sesetengah individu biarpun sebelum ni mak ayah individu terbabit juga tidak pernah peduli untuk mengawal hidup anak mereka walaupun tanpa ikatan yang sah.Tapi boleh memaki hamun kita tanpa sebab munasabah bila dier telah bertemu dengan seseorang yang lebih baik atau lebih segala-galanya dari kita.

Musuh pula adalah seseorang yang sangat dibenci...Kadang2 dengan sebab, kadang2 tanpa sebab...Musuh juga boleh mengkritik/mengutuk kita tanpa segan-silu dan ragu2 hingga kadang2 kita rase menyampah nak mati ngan dier.Sesetangah musuh yang berguna akan mengutuk depan2...Manakala musuh yang hampeh biasanya akan memalukan musuhnya yang lain.Tapi bagi aku...Musuh adalah yang terbaik sekali untuk didampingi kerana seseorang yang telah mengaku dirinya sebagai musuh aku telah bertindak menjadi penasihat yang terbaik bagi aku untuk membezakan antara kawan, teman, sahabat dan kekasih.

THANX ReFfuNk_kid...KO DAH BUAT AKU SEDAR YANG KAWAN TAK SEMESTINYA KAWAN UNTUK SELAMA-LAMANYA...MUSUH JUGAK TAK SEMESTINYA HARUS KITA BENCI...

Wednesday, November 26, 2008

Santai...

Satu petang yang damai...

Brzzttt!!! (Effect enset aku vibrate)

Kacau ahh...Sape plak koling2 time aku bz nihh!!

Aku jawab...Tapi cepat je org tu letak...

Aku tengok nombor...Erm...Bukan dalam list contact...Abaikan...Sambung keje balik!!

Brzzttt!!! Bunyik lagii...

Lama...Aku jawap...Tapi orang tu tak pasan kot aku jawap...Aku suke diam je kalo jawap call...Biar orang sana cakap dulu...Kalo nombor dalam list contact aku, memang aku bagi salam dulu...

Pas 7 saat, dier letak.

Aku pun taip la sms bagi...

Sengal!! Xmo cakap,xyah la kol. Ape gatal sangat jari nak dail nombor aku ni? Ko sape? Ape masalah? Nak kne maki dgn aku?

Senyap.

Brzzttt!! Kali ni bunyi sms plak...

601227xxx36 telah meminta untuk berkongsi RM5 dari anda. Sila balas YES untuk meneruskan atau NO untuk membatalkan permintaan.

Huhhh?!! Ape jadahnye nih? Dah la aku tak kenal sape...Suke-suki plak mintak share topap ngan aku? Dengan hati yang panas aku reply balik NO kat maxis.

Hati dah terbakar tahap dewa dah...Aku pun taip sms lagi...

Oi babi!! Ko sape ah? Suke2 atok lu je mtk topap? Hangen btol la ak dgn babi pkai enset cmni. Lu membe gua ke x, gua ape pdulik? Kan da kne babi sedas...Pegi samak enset cepat. Rendam dlm lumpur 7x.

Main2 lagi ngan aku...Dah la aku tengah hangin tungang-terbalik punye wat latihan Strength nih...Dier tatau ke aku tengah tension study chapter bending nih...Lagi nak kasik hati aku panas!

Moral of the story,
Jangan cube2 nak miskol2 aku...Nak kol aku...Nak sms aku bende2 tak berfaedah pade musim exam...Buruk padahnye.

Gambar hiasan

Ermm...

Entry kali nih pasal pompuan plak...Smalam kan pasal lelaki...Tapi dun worry...Ni takde kaitan ngan kucing walau sikit pun...Cume ni untuk korang memahami dan mendalami maksud sebenar sesorang pompuan cube sampaikan...

Aku pun kebetulan jumpe kat Syok.Org...Ye laahhh...Tension2 ngadap notes...Nak jugak cuci mata bace artikel best2...Pastu excited plak nak share ngan korang...Kalo sape dah tau pasal artikel ni, sile abaikan saje...

Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu?
Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu?

Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum?
Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni!

Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek.
Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I.

Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la.
Makna tersembunyi: Tolong picit kepala.

Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi...
Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.

Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja.
Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?

Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik, memahami bla bla bla...
Makna tersembunyi: Hish... I rasa macam minat sesangat kat you la... Rasa macam nak jadi awek you je.

Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?
Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.

Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.
Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban.Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.

Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil.
Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.

P/S: Kepade kaum lelaki yg bace nih...Harap pasni korang lebih la memahami awek/wife korang...Bese la pompuan kan suke berkias2 sikit...

Tuesday, November 25, 2008

Kucing Jantan VS Lelaki


Haaa...Amacam tajuk kat atas nih? Macam gempak tak? Ekeke...Aku dapat dari buletin board kat frenster...Rase cam best je nak share kat sini...Ekekeke...Kredit to Miss Kucing Comel kerana telah mempamerkan persamaan/perbezaan ni dengan sangat cool...


1) Kucing jantan suka dibelai.
  • Ya, memang lelaki suka sangat dibelai oleh perempuan, tak kira la awek ke, isteri ke, ibu ke... Memang mereka suka dibelai tetapi AWAS, mereka mungkin akan mencakar anda jika anda mengasarinya. Jadi berlembut la dengan lelaki. Mereka tak suka yang wanita kasar.

2) Kucing jantan kuat makan & cepat lapar
  • Kucing memang kuat makan & akan mudah menjadi cepat lapar. Jadi, paham ajelah, bukan setakat makanan sehariannya aje yang perlu dijaga, "makanan" batinnya juga perlu dicukupkan. Jadi, jagalah makan minumnya. Seorang suami suka masakan isterinya.
  • Kepada yang bertitle Girlfriend, belajarlah masak dari sekarang. Yang bertitle isteri, masak lah untuk suami jika tidak mahu dia mencari lain. Jika tak tahu, belajarlah. Tak sia-sia kalau tambah ilmu rumahtangga ni.

3) Kucing jantan kuat tidur
  • Lelaki memang kuat tidur (tp ada juga yang jenis tak kuat sngt, tp bilangannya amat sikit). Dan kerana itu,bagilah peluang kepada lelaki untuk tidur secukupnya, jika tidak, ada yang akan mengamuk lebih teruk lagi jadi seperti kucing, dia tidak akan mengamuk tetapi akan beralih tempat tidur. Anda mahu suami anda beralih tempat tidurnya ka???? Jadi, jangan kacau time dia tidur.

4) Kucing jantan kuat merayap
  • Lelaki juga sama seperti kucing (selalunya lah). Mereka gemar merayap & melepak, selalunya dengan kawan2 (ni tak sama dengan kucing). tetapi sebagai penjaga kucing, selalunya kita akan melepaskan kucing kita keluar, kerana kita tahu dia akan pulang sendiri. Begitu jugak lelaki. Agak sama kan???
  • TETAPI, jika kucing mahal/baka baik, selalunya kita akan mengurungnya di dalam sangkar kan. Cuba kita lepaskan dia, confirm dia akan lari sebab dah jumpa kebebasan.Kesimpulannya, janganlah "kurung" lelaki.

5) Kucing jantan mahal/baka baik makan Friskies, kucing jantan kampung makan ikan lauk nasik
  • Sama cam lelaki, ada lelaki tastenya camni, ada lelaki tastenya camtu. Kita kena faham taste lelaki itu dahulu, sebelum kita buat satu relationship dengan dia. Kite kena saling memahami.

6) Kucing jantan tak suka dipaksa
  • Ermmm, ni memang sangat2 betul. Sama cam lelaki, lelaki ni amat pantang dipaksa. Dia paksa tak ape, (tengok kucing, dia akan mengiow kat tuannya selagi tak dapat makanan). Macam kucing, kita takleh paksa dia tidur, takleh paksa dia makan & takleh peluk dia dengan paksa. Nanti kena cakar babe!!! Janganlah memaksa lelaki. Bagi dia space dia tp dalam masa yang sama pantau. Jangan sampai dia main kayu 3 plak.

7) Kucing jantan ada perasaan ingin tahu (curiosity)
  • Kalau kucing suka melihat benda-benda pelik dan lari untuk memegangnya, samalah dengan lelaki. Mereka suka mencuba benda yang baru dan benda yang tak pernah mereka rasa.Tengok sahaja Mat Gian, lebih 85% adalah org lelaki. Lelaki ni kan ada otak kan.... Lu pikirlah sendiri mana yang baik dgn yang buruk kan.

8) Kucing jantan akan merebut kawasan mereka
  • Ini selalu dalam kes lelaki samseng la ataupun Along. Nak rebut2 kawasan. Mereka nak tunjuk ego mereka. Biasa lah lelaki ni mesti nak tunjuk ego mereka. Layan!!!!

9) Kucing jantan ada yang ego/buat bolayan kat tuannya/org sekeliling
  • Kucing juga ada ego mereka. Tengok kalau kita panggil ia, "miow, miow mari sini", (kalau time ia tak lapar), mampus ia nak datang kat kita. (lainlah kalau memang kucing tu dengar kata/educated). Kalu kita kejar, ia akan lari. Macam lelaki jugak, makin dikejar, makin dia nak lari dari kita. Nama pun lelaki, mereka takkan nak tunduk,lebih2 lagi kepada perempuan. For sure anda kenal lelaki anda, guna la bermacam cara untuk lembutkan hati mereka. Tapi bukan minta mereka tunduk dengan kita ya.. Mereka perlu dihormati.

10) Kucing jantan takkan pernah setia kat seekor kucing betina
  • Kalau diikutkan ini tak berapa sama, tp ada persamaannya. Ikut kajian, hampir 78% (berdasarkan majalah Cleo keluaran bila ntah), lelaki takkan akan kahwin dengan girlfriend pertama dia (pls note: secara specificnya bukan cinta pertama tp first girlfriend pertama dia). Begitu juga dengan lelaki yg modern (of coz) dan bkn yang conservative, selalunya tidak akan berkahwin dgn first girlfriend dia.
  • TETAPI ada juga la species lelaki yang memang setia pada yang satu dari girlfriend pertama & jenis taknak tukar-tukar girlfriend/isteri (yang tu tak ikut perangai kucing la)
Kepade kaum lelaki yg terbace bende nih...Jangan la bengang2 atau marah2 yek...Ni sekadar suka2 jek...Tapi suka2 pun ader gak betulnye...Ekeke!!!

Hepi Besday, Kak Syima!!!

Ekeke...Setelah masuknye kul doblas tengah malam tadi...Maka, hari baru pun bermula...Yang penting skali...Hari tersebut adalah besday Kak Syima...Tapi malangnye...Pade bday dier yang best ni jugak la dier kene operate gigi...Ciaannnn...

Saje wat entry nih sebab nak suh dier amik kad besday kat sini...Tempek kat blog dier kat sana nun...
Wakaka!! Nah!! Amik kad nih...


P/S: Sori la kalo buruk... =p

Monday, November 24, 2008

Menyelesaikan Tag Jumie Part 2

Ni tagged bahagian 2...
Haihh...Nak kene list2 ni yang menguji minda sikit nih...
Okeh laa...Aku tabah je isi kehendak tag nih...
Agak2 tak best,jangan marah ehh...

Sila tulis 10 perkara tentang orang yang tag diri saya ini...(Cik Jumie Samsudin)

  1. Aku kenal beliau sejak Form 2...Beliau merupakan Penolong Ketua Kelas 2 Intan yang paling kool pada masa itu.
  2. Beliau sangat suke menyanyi...Aku adalah salah sorang peminat nomot satunye...Wakaka!!
  3. Dulu mase Form 2 beliau ader sekor labi2 yg bernama Popua...Wakaka!!
  4. Kitorang sama kelas sampai la Form 3.
  5. Beliau juga seorang yang peramah tahap dewa...Pherghhh!!!
  6. Beliau mempunyai seorang ayah yang paling glemesss dalam Penang...Woooo!!!
  7. Beliau seorang yang mudah menunjukkan emosi yang melampau seperti gelak kuat2, terlalu bersimpati dan segala emosi bile berhadapan ngan situasi yang sangat emosi...
  8. Beliau juga seorang yang garang...atutt...atutt!!
  9. Beliau mempunyai boifreng yang sangat dier sayang, iaitu Incik Shahril.
  10. Beliau sungguh pandai dalam bab2 memberi nasihat yang dengar cam kelakar tapi berguna jugak di kemudian hari... =p

Sila tulis 10 perkara tentang diri saya sendiri.
So...Skang aku kene list 10 bende pasal aku plak...Aduihhh...Gawat nih...Ape ade ngan aku nih?
  1. Aku bleh bercakap sambil senyum.
  2. Aku agak peramah laa...Ikut mood dan keadaan jugak.
  3. Aku gile mendengar Mp3...Takde hari aku pegi kelas tanpa mendengar Mp3 melainkan ketika enset rosak...
  4. Aku boleh bertukar menjadi garang, ganas, panas baran,kuat maki-hamun dan yang sewaktu dengannye bile ader orang sibuk2 ngusik aku time aku tengah tension.
  5. Aku jugak ske nyakat orang.
  6. Aku rajin membaca majalah yang kurang berfaedah seperti komik Apo?
  7. Aku sangat hyper-teliti kalo wat keje...
  8. Aku juga seorang yang kedekut tahap dewa.
  9. Aku kuat makan dan makan laju tapi tak gelojoh...Tak caya tanya Taqiyyah...
  10. Aku takleh tengok kucing...Sebab aku suka sangat kucing...Harus aku kejar dier sampai dapat!!!
++++Amaran!!! 10 facts kat atas nih takleh copy-paste tauuu!!!++++

Sila senaraikan 10 orang yang jadi MANGSA TAG yang seterusnya...

Dan saya yakin betul...Saya ingin tag mereka di bawah ni...

Menyelesaikan Tag Jumie Part 1

Starting time: 10.03 am

Name: Nor Aslinawati Bt Abdul Majid (aku tau Jumie suka baca ni sebab dia slalu sebut nama penuh aku!!)

Sisters: Takde!

Brothers: 1 iaitu, Incik Asrul

Shoe size: 4 or 5

Height: 150 cm

Where do u live: Most of time, Taman Desiran Malawati,Kuala Selangor...

Have u ever been on a plane: Banyak kali dah kot...

Swam in the ocean: Suke!! Suke!!

Fallen asleep at school: Huhh!! Banyak kali!!

Broken someone's heart: Tak terbilang banyaknye orang yg penah patah hati ngan aku...Why? Secret...

Fell off your chair: Mase darjah 3 pasal main jongket2 kerusi.

Sat by the phone all night waiting for someone to call: Penah skali...Tunggu bapak aku call balik...Tapi hampeh...Dier bleh plak lupa sebenarnye...Uuuuu~~~!!!

Saved emails: Email best aku tak penah buang...Biar terperap je dalam inbox tu...

What is your room like: Saaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaangat simple!!

What's right beside u: Bateri lappy, headphone, dan jugak enset.

What is the last thing u ate: Oat+milo

Ever had...Chicken pox: Zaman kanak2 riang dulu penah laa

Stiches: Takde

Broken nose: Idung masih cute macam dulu

Do u believe in love at first sight: Uuuu...Perlu ke?

Like picnics: Suke!! Suke!!

Who was/were... The last person u danced with: Penah ke aku menari?

Last made u smile: Chat ngan Poknik...Ntah apape jek!!

Today did u...Talk to someone u like: Tak cakap ngan sape2 lagi pun.Chat ade la ngan Unie, Poknik dan Cik Apit...Harus ke aku suke dorang?

Kissed anyone: Err...Anak2 buah bleh consider ke?

Get sick: Bile banyak keje...Uwaaa~~!!

Miss someone: Aiman Hafiz...Dengar citer dier dah pandai merangkak...Err...

Who do u really hate: Backstabbers, orang suka janji tapi tak buat...Erm, ape lagi?

Do u like your hand-writting: Ikut mood...Adakalanya mcm celaka buruknye!!!

Are your toe nails painted: Dulu...Gune watercolor

Whose bed other that yours would u rather sleep in: Sambil berdiri pun aku bleh tidooo!!

What color shirt are u wearing now:Maroon

Are u a friendly person: Terlebih sudahh!!

Do u have any pets: Kucing2 yang suke bertandang ke rumah...Oren, Busuk dan Stokin

Do u sleep with the TV on: Never...Kang bapak aku hambat aku satu taman...

What are u doing right now: Jawap tag ni laa!!!

Can u handle the truth: Tarik napas...Lepas pelan2x...Pastu nangis/melompat2 gembira/blur/maki hamun secukup rasa...Bergantung pada situasi...

Are u closer to your mother or father: Both!! Tatau nak pilih mana satu...Tapi currently ngan my dad laa...Mum was passed away...

Do u eat healthy: I`m eat and healthy...Never thought about 'eat healthy'...

If u're having a bad day, who are u most likely to go to: My beloved brother!!! Incik Asrul...Help me...

Are u loud or quiet most of the time: Depends on my mood

Are u confident: Sometimes kot...Besenye over lagi ade laa!!

5 things I was doing 10 years ago:
  • Konfrontasi ngan bapak aku sebab dier suh pi skolah St. Georges
  • First time naik bas skolah pi skolah
  • First time aku bleh pi Kompleks Bukit Jambul sorang2
  • First time aku ader email sendiri
  • First time dapat biasiswa

5 things I would do if I were a billionaire:
  • Aku nak bukak company sendiri
  • Aku nak wat rombongan kaum kerabat aku pegi Mekah ramai2
  • Aku nak enjoy bercuti kat tempat2 yg aku tak penah pi
  • Aku nak makan makanan yg best2 kat dunia nih
  • Bayar zakat

5 of my bad habits:
  • Letak mode flight kat enset bile tension
  • Gigit sume kerak roti sekeliling roti baru makan roti
  • Suke cicah kopok goreng ngan milo panas
  • Suke wat banyak2 keje dalam satu masa
  • Suke duduk dalam gelap

5 places I've lived/living (banyak bleh?):
  • Toa Payoh,Singapore
  • Sungai Nibong Kechil, Penang
  • Beseri, Perlis
  • Sungai Besi, KL
  • Sungai Ara, Penang
  • Shah Alam, Selangor
  • Kuala Selangor, Selangor
I`m tagging:
SELAMAT MENJAWABBB!!!!

Saturday, November 22, 2008

Kenape Saye Suke Cuti Skolah

Ehehe...Ni namanya entry takdak keje...
Tengah lepak2 tengok cerita Keluang Man tadi, tibe2 ader plak iklan spesel cuti skolah...
So...Ape lagi...Suke la aku nak share ape bende yang best mase cuti skolah nih...
Nak2 plak kalo cuti akhir tahun camni...Wakaka!!

Dulu2 walaupun aku obses sangat pegi skolah dengan cemerlang serta tak penah ponteng...Tapi aku suke jugak cuti skolah nih...Cuti skolah akhir tahun ni best woo...Meh sini aku list ape yang best sangat cuti skolah bagi aku yang zaman skolah dulu agak skemalantong...

  1. Cuti skolah akhir tahun best sebab cikgu dah tak bagi homework untuk dibuat...So, gile babi la merdeka dari homework...Serta tak risau bukak skolah kene denda sebab lupa wat homework...
  2. Cuti skolah banyak gile kenduri...Maklum la aku ni kan kuat makan...Rare woo dapat makan nasik kenduri, ayam masak merah, sirap dll masa cuti skolah...Skali bleh belasah sampai 3-4 kali sebab satu hari ada 3-4 kenduri kene pegi...Balik umah siap boleh borak2 ngan arwah mama lagi...Bagi point umah mana masakan paling best...
  3. Slalu cuti skolah akhir tahun cikgu2 suke sangat anjur perkhemahan...Wat rombongan laa...Best woo jalan2...Yang tak best tu bile duit ilang...Aku penah alami peristiwa nih...Gile kecewa siot...
  4. Pade budak2 laki yang belum sunat tuh...Cuti skolah mesti thrill gile kan...Aku tak lepas peluang untuk gelakkan dorang...Wakakak!!! Tapi pastu aku rase cam jeles nak mati sebab dorang dapat duit banyak hasil lawatan orang ramai seumpama hari raya...
  5. Cuti skolah banyak citer best2 kat tv...Layan ahh...Ape lagi...Mak ayah pun takleh marah2 ape lagi bebel kalo asik ngadap tv sejak pagi sampai malam...
  6. Time cuti skolah ni la sedara-mara sume datang penuhkan umah...Nyampah jugak kekadang sebab barhari2 plak duduk umah aku...Siap aku kene lantik jadi maid wat itu-ini...Mane tahan weyy!! Tapi best gile time dorang nak balik...Dapat duit banyak woo...
  7. Lagi satu best bile mak ayah dapat duit lebih...Pastu secara otomatik taon depan masuk skolah balik dengan baju baru, kasut baru, pensel baru, beg baru...

Huhu...Tu je kot...Life aku kan macam bosan sikit mase zaman skolah dulu...Maklum la budak baik...So,agak2 ader lagi korang nak tambah...Sile komen dengan segera!! Terima kasih.

Friday, November 21, 2008

Tutorial Lepas Kelas

Uhuhu...Kene tag lagi...Diz time ngan Jumie la plaksss...
Tapi skang aku bz sangat nak kire bape markah yang aku bakal dapat untuk esok...
Dan jugak aku tengah bz siapkan mende presentation untuk Ahad ni yang aku tak ketahuan hala bile nak kene present...Takde sape pun nak inform kat aku ke?

Ok lah...Isnin depan ingatkan aku untuk pegi sini dan sini untuk jawap tag...

Sementara tunggu aku nak hapdet blog aku yang tak bape nak senonoh ni...Korang layan je la 3 soklan Engineering Math nih...Tahap dewa tau nak jawap...Tutorial ni aku cilok baeekkk punye dari mana tah laa...Aku pun dah lupe...Lecturer aku mase diploma la nih...Dier suh kitorang jadik bijak-pandai macam tukang jawap soklan ni...Confirm tetiap sem bleh amik Anugerah Dekan...




Puan!! Puan!! Tolong semak tutorial saye ye...Pastu bagi markah skali...Saye takmo la markah cikai2...Saye nak puan kasik A+ terus untuk subjek ni...Hokee?

Hokee waklu!!!

Thursday, November 20, 2008

Aku Nervous.Siyesss!!

Ini adalah persediaan untuk 22 November 2008.
Lantak la ape orang nak kutuk pun.
Tapi aku memang ader masalah ngan subjek nih skang.
Walaupun aku tak penah repeat subjek ni...
Tapi kawan2 aku ader banyak citer pelik2 disebalik subjek ni sejak zaman aku diploma sampai la ke degree...


Misalnye...
N (bukan nama sebenar) amik subjek ni wat kali kedua setelah sem lepas dier telah meninggalkan kertas jawapan dalam exam hall kosong sekosong-kosongnye sebab blank. N ni otai dalam kelas aku skang, okeee!!
L (bukan nama sebenar) telah repeat subjek ni sebanyak 4x masa diploma dulu. Degree ni pun aku nampak lagi muke dier sebagai classmate aku...
Aku sendiri pun mase diploma dulu nyawa2 ikan je result subjek ni...Tapi tak la hina sangat sampai kene repeat...
Begitu juga dengan beberapa orang membe2 lain yang dah amik subjek ni tak kurang dari 2x...
Budak2 sem lepas yang blaja ngan Prof pun...Bile aku mintak tunjuk ajar...

Dorang cakap, "Prof ajar ape tah sem lepas...Siyes aku tak paham...Ni next sem aku nak repeat subjek ni..."



Aku pun tak paham apsal subjek ni dasat sangat!!!

Tuesday, November 18, 2008

Aku Memang Suka Nak Suruh Korang Klik2 Nih!!

Hehehe...Amacam? Korang lepak2 kat blog aku layan segala aku merepek2 ni kadang2...Mesti rase bosan gak kan? So, ape kata korang ilangkan rase nyampah atau nak muntah bace blog aku dengan video clip Muse nih...Mesti korang pelik plak...Mane la datangnye video clip kat blog aku nih...Ekeke...Tu lah...Aku pun baru discover tadik...Tapi video clip tu setakat video clip je la...Takde kene-mengene pun ngan lagu yang aku letak kat blog nih...Sekadar suke-suki jek...Tapi korang jangan terkejut plak tengok brader rambut biru baeeekkk punye jamming depan PC korang tuh...
Ape lagi? Sile la tekan pade mende aku bulatkan kat lagu aku letak kat atas tuh...Nak out, tekan `Esc` jek...Okeee laa...Selamat melayan banging yek...Pade yang kat opis tuh...Jangan sampai boss tawu sudah...Ekeke!! Ok la babai...Aku nak sambung study Control System nih...Walaupun esok adalah paper Entrepreneurship...

Atau...Pilihan lain...Korang layan je la mende nih sampai aku abeh final dengan paper-paper bleh tahan hardcore sampai lepas 1 December 2008 nanti...Mase tu akan aku hapdet sampai lebam...Tapi sume sebelum aku balik kampung laa...Okey lah...Aku ciao dulu...

Monday, November 17, 2008

Layankan Saje...

Huh!! Tadi aku layan 2 movie skaligus kat tv...Ye lah...Ader estro...Ekekeke!! Slumberlantong la layan muviee nih...Walaupun sume muvie nih muvie lama...

Citer pertama: The Nanny`s Diaries (2007)

Sangat la best citer ni...Hehehe...Pasal Annie Braddock yang sangat blur ngan future dier lepas grad, tapi pastu dier jadik nanny kepade budak cute yang bername Grayer selepas insiden dier selamatkan budak tuh dan mak budak tu, Mrs.X telah salah dengar name dier...Hape ke pekak...Dier cakap name dier Annie, tapi orang tua tu dengar 'nanny'. Sangat takley blah hokee!!Akhirnye dier amik keputusan keje je ngan dorang dan terpakse tipu mak dier sendiri cakap dier keje kat bank.Kene buli ngan majikan yang obses gile babi ngan persatuan2 yang entah apapa je. Pastu jatuh chenta ngan penjage lift apartment tuh...Aku terpakse confess yang dey all berdua sangat la hawttt!! Last2 dier kene buang keje sebab Mrs. X tu discover dier date ngan Incik Jage Lif itu... Tapi takpe, at least dier merdeka dan berjaye menyedarkan Mrs.X tu tentang kepentingan berade disamping anak sendiri...Moral of the story...Grad hebat camne pun, kalo blur ngan future+takde planning mase depan tak gune jugak...

Citer kedua: The Letter Of Death (2006)

Citer ni pasal citer hantu...Sari ngan Nattaya nih cube nak cari punce kematian geng2 kelas dier. Dorang discover mende nih punce dari 'kawan baik' Sari ni dulu... Sorang budak yang lurus bendul jugak laa...Dier dendam sebab bagi dier, sebab classmates dier laa...Mase depan dier jadik ntah apapa...Dier kene tolong pakcik dier langsaikan hutang hospital laa...Pakcik dier tensen gile, pastu bunuh diri...Dier pun tensen gak, pastu bunuh diri...Tapi dier wat surat suh teka ape nama penuh dier...Maybe kalo dapat teka dorang selamat kot...Entah la!! At the end, walaupun Sari ni baik ngan dier, tapi Sari jugak la ala2 membe yang backstabber...Dier dapat cari nama penuh antu tu pun tak gune sebab last2 dier pun mati sebab bunuh diri jugak...Motif citer ni adalah dendam...


Satu je aku confuse ngan citer2 hantu yang dikuarkan oleh sume produser filem sepelusuk dunia...Tader satu pun citer hantu yang buat aku rase takut tahap gampang...Rase sedih ngan terluka lagi ade laa...So, kesimpulan kat sini, jangan takut bile tengok citer hantu...Sume citer hantu tuh sad ending, serta banyak berunsurkan dendam...Takleh ke kiter bermaaf-maafan jek? Biar mati dengan tenang?Tapi, kiter kene hayati betul2 citer2 hantu tu supaye ape yang dah jadik dalam citer tu kiter takkan repeat balik dalam life kiter supaye kiter pun tak jadik hantu seperti dalam citer tuh...Hahaha...Citer hantu yang lain sikit dari yang banyak2 citer penah aku tengok ni pun maybe Casper je la kot...Dier hantu yang friendly...

Sunday, November 16, 2008

Tag Terakhir Pade Hari Ini...Wahahaha!!!

Haha...Skang sampai la turn tag terakhir pada hari ini (harapnye lah!!) Takpe...Takpe...Aku masih ader banyak lagi mase untuk dibazirkan!! Hahaha!! So, mari kite tengok apekah arahan tag yang selanjutnye...

*Here are the rules*

1. List these rules on your blog.
2. Share 7 facts about yourself on your blog.
3. Tell 6 unspectacular quirks of yours.
4. Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs.
5. Link the person who tagged you.
6. Leave a comment for each blogger.

SHARE 7 FACTS ABOUT YOURSELF ON YOUR BLOG...
  1. Orang slalu ingat aku budak skolah menengah, padahal aku dah berusia 23 tahun!
  2. Aku penah BEBERAPA KALI kene tahan ngan polis sebab disyaki lari dari rumah serta mencuri IC kakak aku (padahal aku tader kakak pun!) sebab tu aku dah serik nak kuar malam2 kecuali nak balik kampung!!
  3. Aku boleh bercakap sambil senyum (buat Eman, I takyah cakap loghat negeri Perak pun I boleh cakap sambil senyum tau!!)
  4. Aku tak penah mekap bile kuar umah atau berjalan2...Sepanjang hidup aku selama 23 tahun ni jugak cume 3x je aku penah mekap...First mase persembahan mase darjah 3, second mase dinner konvo kat fakulti aku, third sebab Kak Syima volunteer nak mekapkan mase nak pegi kenduri ex-buddy* aku, Akin.
  5. Aku boleh ngadap laptop selama 32 jam tanpe henti bile gelabah nak siapkan esemen!!
  6. Aku sangat mesra alam, haiwan dan manusia...Aku boleh berborak dengan somebody baru aku jumpe seolah2 aku dah kenal dier selama sepuluh tahun tapi at the end mesti aku lupa nak tanye nama dier sape...
  7. Aku tak pandai tiup belon!! Siyes...Aku tak reti nak tiup belon...

TELL 6 UNSPECTACULAR QUIRKS ABOUT YOURSELF
  1. Aku cepat perasan mende dah berubah kedudukan walaupun sangat la remeh-temeh je bendenye.
  2. Aku over teliti kalo wat keje...Haha!! Memang mampus la sape2 yang slalu jadi ahli group esemen ngan aku...Sebab tu aku tak suke group ngan org yang takleh wat keje ngan aku!!
  3. Aku suke sangat pinjamkan duit kepade kawan2 dengan harapan time aku terdesak dorang bley la tolong...Tapi setengah tuh hampeh nak mati...Lari begitu sahaja!!
  4. Aku ni nampak je cam berani mati dan ganas...Tapi hakikatnye aku sangat la lembut hati!!
  5. Bile aku boring, aku akan cube kemas umah...Sekemas yang boleh...Tapi aku malasss sangat nak lipat baju!! Aku suka sangat cuci pinggan-mangkuk lepas masak atau makan...Aku tak penah nak biar!!
  6. Bile gelabah atau tension, aku akan buat bodo dan off enset (atau skang ni dah advance sikit...Aku letak flight mode jek) dengan sume orang termasuk la pakwe2 aku terdahulu...Sebab tu aku senang je clash!!

TAG 7 PEOPLE AT THE END OF YOUR POST...

Ngapain mesti 7?!! Tau la 7 tu best...Sebab IC aku bersepah2 nombor 7...Huhuhu...

  1. Linda
  2. Jumie
  3. Mark
  4. Lain2...Aku dah tak mampu nak pikir wat mase nih!! Suke citenye aku nak maklumkan, sape2 nak jadik kawan aku...Harus selesaikan tag ni dulu, sekian, terima kasih!!

Orang yang telah ngeTAG saye pade kali ini adalah...
Kak Rieha!!!
Ye...Sile bagi tepukan gemuruh kepada beliau...!!! Clap!! Clap!! Clap!!

Sape wat tag ni, nanti aku bagi komen ye!






buddy: term yang dorang gune untuk menunjukkan roommate atau membe rapat mase kat Akademi Tentera Malaysia (ATMA), or now Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)... Damn miss those days!!Nanti aku citer pengalaman aku setahun kat sane sebelum kene tendang, hokee!!

Tag...Tag...Tag!!

Ape ade ngan tag nih? Aku yang newbie pun dah kene tag...Pulak tu tagged yang jenis bergambar plak tuh...Apehal laa ngan gambar...Haihh...Tapi aku xske nak utang2 nih...Jadik memandangkan aku tengah senang hati skang sebab keje banyak dah abeh, so...Aku pun dengan senang lenang la nak jawab tag Kak Rieha yang pertama nih!!

Law & Order!

1) Take a recent picture of yourself or take a picture of yourself right NOW!.
2) DON'T change your clothes, DON'T fix your hair...just take a picture. 3) Post that picture with NO editing. 4) Post these instruction with your picture. 5) Tag ur frens

Ni lah hasilnye...
Now turn aku nak bagi balik tag nih kepade orang pertama yang menghadiahkan aku tag, iaitu Cik Linda!! Yang lelain...Erm...Aku kekurangan kawan la...Hahaha!! Sape nak jadik kawan aku sila buat tag ni segera!!

P/S: Sila abaikan kotak double A kat blakang...Baju Kelab Disney Malaysia yang aku pakai serta possing aku yang agak seksi!!

Aku Blogger Baru Nak Blajo Pun Kene Tag Jugak?!!

Huhuhuhuhu...Cam tak adil jek rase...Aku yang baru nak kenal erti berblog nih, tibe2 plak kene tag dengan Linda... Adeihhh...Kene Snap gambo "workstation" plak tuh...Ntah ape tah la rupe workstation aku...Bukannye aku dah keje pun!! Haha!! Ok la...Agar tak menghampakan permintaan Cik Linda nih, aku pun ngan berbesar hati sebesar stadium gigih menghasilkan tag ni untuk kepuasan hati beliau...Hehehehehe~~~

Arahan:

Snap work station and then taruk link blog anda kat bawah gambar work station anda
iaitu bersebelahan dengan link-link blog yang ada
tengok contoh yang saya dah buat nih
begitulah seterusnya sampai bila-bila, ok
sekiranya tag ini berkembang... pasti akan ada banyak link-link di bawahnya
kalau tak... terencat la dia... ha ha ha...lastly...
tolong pass tag ini pada tujuh (7) blogger lain...
Sooo...Nilah hasilnyer!!!
Sile jangan gelak tengok workstation aku yang simple nak mati...Memang ni la tempat aku lepak2 wat esemen, YM ngan kengkawan, wat blog dan sebagainye sambil ditemani bantal2 pemberian kengkawan aku sempena bday aku yang lepas2 (dorang memang tawu aku kaki tido yang tegar...Sebab tu dorang adiahkan bantal jek!!)

@liyaNNuar / sedetik hati / ada sesuatu disebalik cerita / zara / ezo / Lepidop Tera / bataraguru / diari pelangi / aku aslina

Haha...Cam menarik jek...Tapi part pass kat 7 blogger lain tuh aku tak berani sikit...Al-maklum la, aku ni orang baru...Salah tuju kang...Tak pasal2 kene aku kene pukul plak ngan blogger tegar yang lain...Huhuhu...So...Aku main taip pakai sebelah mata je nih...Sape2 yang kene tuh, ampun la sesangat...Especially yang kat bawah nih!!

  1. Kak Syima
  2. Kak Rieha
  3. Kak Emi
  4. Jumie
  5. Dila Raden
  6. Dani
  7. Sape2 la yang sudi...Wakaka!!!
Dah...Tu saje kot...Keh3x!!!

Saturday, November 15, 2008

Minggu Yang Suweyyy~~!!

(Minggu Tu Tak Suwey Pun, Cume Idup Aku Je Huru-Hara Sikit!!)

Hahaha!! Untuk entry kali ni, korang klik je kat mana2 hari yang korang terase nak bace... Sori la sebab wat ubah suai camni...Abeh komen2 korang yang terdahulu...Tapi kalo nak komen ke hape bengang ke, nyampah, tak puas hati, sile kembali ke page ni untuk mengomen (jgn plak korang gi tekan Home kat post hari yg korang pilih tuh...korang tekan je balik button back kat browser korang) occayy~~!!

ISNIN

SELASA

RABU

KHAMIS

JUMAAT

SABTU

AHAD

Ngeee~~!!! Saje je aku wat camni supaye korang ader activity sikit nak click2 nih...Hahaha~~!!! Korang kene paham tabiat orang sengal nak exam ni camne...Abeh ngan blog2 pun dier buat sengal2 jugak...

Friday, November 14, 2008

Demam Exam Part 2

Hahaha!!!
Mcm drama la plak siap ader part2 nih...
Dengan ini aku nak mengumumkan aku dah pun berjaya amik slip menduduki peperiksaan...
So, nanti aku dah bleh amik exam...

Ni slip exam aku...Jangan tanya subjek ape yg aku amik sem ni...Mcm tak confident nak score je...

Mesti korang pelikkan...Dah amik slip exam pun nak kecoh dalam blog...Bukan hape...Aku rase dalam banyak2 sem aku belajar kat UNISEL nih...Ni la first time aku amik clearance slip secara jujur dan berhemah...Hehehe...Biasa tu mcm2 taktik aku wat untuk dapatkan slip exam secara senang...Senang cakap...Banyak jugak la aku menipu nak dapatkan slip exam nih...Kak Syima pun penah join komplot taktik aku nak dapatkan slip exam percuma sem lepas...ngeh3x!! Maklum laa...Student yang tergolong dalam kategori rakyat termiskin macam aku nih, mana la mampu nak selesaikan tunggakan yuran yang penah skali mencecah RM10,000 sekaligus...Ye lah, loan aku masa diploma dulu mana la cukup nak tampung kos pengajian aku masa diploma tu dulu...Sebabnye aku cuma dapat separuh jek dari loan yang sepatutnye...Bile dah sambung degree nih...Terkulat2 jugak la aku nak setel...Tambah plak sejak masuk degree nih dorang dah strict dah soal bayar yuran nih...

So far, alhamdulillah la sume dah setel...Tunggakan aku pun sebenarnye dah cecah RM0...Termasuk sem ni tauu!! So, next sem dapat loan aku dah bleh angkut sebijik Lela Cun...Haha!! Aku nak beli moto...Aku bermasalah ngan pengangkutan skang...Nanti aku sambung dalam next post pasal hari2 malang yang aku kene lalui dalam minggu nih...

Wednesday, November 12, 2008

~Demam Exam~

Mcm wish luck untuk diri sendiri jek...Haihh!!

Memandangkan aku dah berjaya mendapatkan clearance slip...
Dah confirm lagi jelas dan nyata esok aku akan berjaya amik slip exam...
Harini nak pulun abehkan esemen group ngan individu...
Smalam sampai tersengguk2 aku ym ngan Mark nak siapkan esemen group tuh...Dari berempat, sorang drop subjek tu, tinggal tiga...Dari tiga...Sorang tu mcm kitorang malas nak contact jek...baik siapkan berdua...Ececeyy...Ikut lagu "Berdua Lebih Baik" la plak...Adeihh...

Dah laa...Aku nak sambung wat esemen nih...Doakan aku bleh abehkan arini jugak!!!

Sunday, November 9, 2008

Aku di Mana Nih?

Ciri-ciri:

Pengkid
> Berpakaian dan bergaya seperti lelaki (pakaian dan cara hidup)
> Tubuh badan dan rambut sama seperti lelaki
> Menjalin hubungan dengan wanita sehingga ada yang bercinta dan melakukan seks
> Membengkung payudara
> Suka wanita cantik
> Menganggap diri seperti lelaki yang boleh menjaga pasangan, terutama apabila diganggu

Tomboi
> Perwatakan seperti lelaki
> Ada perasaan terhadap lelaki
> Bukan lesbian (suka sesama jantina atau pengkid)
> Minat terhadap aktiviti lasak dan mencabar
> Ada sikap kasar dan ganas

Lesbian
> Perwatakan sama seperti wanita sejati
> Homoseks (lesbian)
> Memiliki sikap cemburu
> Suka wanita cantik

Harini bace Harian Metro online...Bukan bace online je...siap gigih kuar gi kedai nak dapatkan Harian Metro yang convensional tuh...Maklum la...Tak stim plak rase bace yang online punye...Hehehe!!!Atas tu petikan online yang aku copy-paste...Malas nak taip...

Dalam banyak2 expose pasal isu fatwa pengkid nih...Aku sangat tertarik ngan konon2 ciri2 seorang pengkid, tomboi dan lesbian...Huhuhu...Nak bagi aku lebih terkejut dan confuse...Adakah aku dalam golongan berkenaan? Bukan hape...Banyak dalam fact ciri2 tu kene kat aku... Camno nih? Dan hampir 100% fact tomboi tu ader kat aku...Memang kau berperwatakan cam lelaki walaupun aku pakai tudung...Kalo tak...Takkan la kengkawan aku kdg2 boleh lupa aku ni satu2nye pompuan yang hangout dalam geng dorang...Tapi yang fact lesbian tu aku memang takleh blah!!!

Paling best...Aku memang suka wanita cantik...Haha!! Macam Camilla Belle, Vanida Imran etc...Mo citer pun panjang sangat laa...Adakah aku confuse ngan diri sendiri? Tapi siyes...Memang aku suke tengok dorang...Dan dalam hati aku tader sikit pun rase jeles ngan dorang sebab dorang cantik...Hihihi!! Sesungguhnye dorang memang hawttt!!!

Transformation gender...Gambar hiasan...Takde kaitan ngan artikel...Haha!!

Friday, November 7, 2008

Aku Pun Ada Kat Sini!!!

Sememangnya student2 tempat aku blajar ni sangat la kreatif dalam bab2 buat event...Tak kisah la mendatangkan duit ataupun saja suka2...Tapi slalunya lebih kepada mendatangkan duit la...Contohnye tadi, mase nak gi kelas, lalu kat FPI, nampak kanopi Charity Car Wash...Tak sempat plak nak click sape nye event kat banner tu...Tapi yang pastinye ramai jek beratur menanti keta/moto dicuci...Hehe...
Khusyuk je dey all cuci keta tengah2 panas...huhu...

Tu satu event...Next event kat fakulti aku plak...Fakulti kejuruteraan...Hehe...Student2 civil organize Unisel`s Green Day...Meriah gak laa...Macam2 maklumat pasal alam sekitar bley dapat kat sini...Acara yg ader, jawab kuiz laa...Kire berat pokok plastik laa...Kire bape tin minuman dalam akuarium laa...Tapi yang paling aku suka...Pameran ular yang nampak cam baru nak membesar...Huhu...Aku suka gile ngan ular nih...Ingat nak bela la seko...Tapi bile pikir balik...Kang ape aku nak jamu dier makan? Aku pun soru slalu miss...Haha!!
Saksikan betapa meriahnye event nih...






















Ekceli banyak lagi gambo...Tapi cukup2 la kan?
Lupe plak nak cakap...Bukan teka2 je...kuiz pun ada jugak tadi...
Sape jawap sume betul dapat la adiah...Ala simple jek...
So, aku pun dapat gak adiah...Keychain jek...Orait la dari tader...
Mark plak dapat pen dakwat hijau...Keh3x!!

Ni la keychainnye... =p

Thursday, November 6, 2008

Pemandangan Terlampau yang Biasa di Lihat Dalam Panggung Wayang


Hehe...Untuk entry kali ni special sikit...Tibe2 je aku ingat nak citer pasal peel manusia dalam panggung wayang yang betul2 bikin hati jadik panas je sampai kekadang bleh hilangkan mood nak layan citer yang selama ni punye la sabar dinantikan...

Entry ni bersempena peristiwa Incik Azri nak pegi berdating dengan awek pujaan hati...Hahaha!! Tu lah...Sape suh citer nak kuar tengok wayang ngan awek yang ingin di'tackle'...Apepun aku doakan kejayaan ko tekel budak tu yek... =p

Ok..Back to our topic...

Penah tak korang beli tiket memahal nak layan citer best2 kat panggung wayang, tapi tibe2 plak ader manusia2 yang ntah mana datangnye rase dengki wat perangai yang sampai korang rase cam nak bakar je dier hidup2 time tu jugak...Penah tak? Kalo penah...Jom layan beberape perangai yang takleh blah mase tengok wayang...

  • HENSET FROM HELL
Memang wat orang sakit jiwa ngan perangai camni...Dah la ringtone macam funfair...Bleh plak dier wat bodo je takmo jawab...Bukan reti nak silent ke hape...Tah2 pekak kot...Pastu sesetangah yang lain plak, biler dah jawab...Bleh plak dier bantai cakap kuat2 ngalahkan kat pasar malam...Bleh kene sawan doww duk dekat2 ngan orang camni...

  • KERUSIMU TEMPAT LETAK KAKIKU
Penah tengok tapak kasut sebelah muka? Tak kisah la kasut buatan Gombak ke mana2 sekalipun, tapi lemak aa bile dah letak kat seat orang...Lain la kalo takde orang kat depan tuh...

  • PENCERITA YANG TAK DIUNDANG
Tau la awak tu dah penah tengok citer ni...Nama pun citer best...Harus la repeat banyak kali baru puas kan..? Tapi tak payah la sibuk2 nak citer pasal babak berikutnya...Orang lain pun nak layan gak citer tuh...Ape, aku bayar tiket memahal semata2 nak dengar awak citer je ke? Itu satu peel...Yang lagi satu plak...Tak cukup ngan sarikata kat screen, macam2 kata2 lagi plak dier bantai pi tambah macam tak paham bahasa!!

  • PELAKON KANAK-KANAK
Tak salah kalo bawak anak2 tengok wayang sama2 nih...Ape kata orang, bersantai bersama2 keluarga? Haa...Tapi...Tolong laaa tengok2kan anak korang tu kat mana...Ngan ape terjadi kat dorang...Orang bayar tiket memahal nak tengok wayang...Bukan nak tengok anak korang wat wayang...Huhuhu...

  • KAKI KENCING
Kejap2 bangun pegi tandas. Kalo duduk seat hujung skali takpe gak...Ni abeh satu row kene ngelak...Bile datang balik, boleh plak sesat cari seat...Adeihhh~!!! Lenkali pakai pampers la senang...

  • TAK RETI DUK DIAM2
Ni pun satu masalah jugak...Tatau la ape masalah dier sampai takleh duduk statik diam2...Menyusahkan betul...Nak plak yang tibe2 ala2 tinggi lampai duduk kat depan seat...Pastu kalo dier hormat orang kat blakang, takpe gak...Ni kepala dier sekejap2 ke kiri...sekejap2 ke kanan laa...Boleh tak kalo aku cakap, orang camni kadang2 aku rasa cam nak pancung je kepala dier?

  • KAPEL YANG GERSANG
Ni paling aku takleh blah...Penah je aku dapat seat sebelah kapel nih...Tau la kat panggung wayang tu gelap...Tapi...Kalo nak wat projek sangat pun...Blah la pi tempat lain...Kalo dorang tu duduk diam2 takpe gak...Ni mengganggu pemandangan betul ah...Aku nak concentrate tengok wayang pun payah...Sebab banyak sangat backup voice dari dorang...Bosan dowww~!!

  • KAKI TIDO YANG TERLAMPAU
Ni pun sama taraf gak takleh blah...Tau la kan awak terpaksa teman awek tengok citer yang langsung bukan taste awak...Atau tersalah beli tiket bajet citer tak best...Tapi respek la sama orang lain pun nak gak layan citer tu...Maybe tak best bagi awak, tapi best gile bagi orang lain...Nak tido tanda protes skalipun cover2 la sikit...Ini tak...Berdengkur kalah bunyi serombong kapal...Gilee...Nak tido balik umah laaa~~!!!


Haha!! Ni je la yang dapat aku list...Agak2 ader lagi nak tambah, sila la state kat komen tuh... =p

P/S: Ader sape2 nak gi tengok wayang tak? Kalo ader tiket lebih...Jangan segan2 nak contact aku...Dah 4 bulan aku lost contact ngan panggung wayang nih...=p