Tuesday, June 30, 2009

Basikal Tua

Sila baca entry ini dengan berlatar belakangkan lagu "Hidup Sederhana (Basikal Tua)-Sudirman"


Basikal ni banyak berjasa dalam hidup aku. Ok. Aku tipu. Ni basikal arwah bapak aku. Basikal yang besar kaler hitam tu tau? Bukan yang kecik kaler kuning tu. Ni jugak basikal tua kedua dier sebab basikal tua dier yang first skali tu kene curi. Ekceli basikal tu la yang banyak berjasa kat aku. Oh, ye... Kat sini juga aku nak ucapkan banyak2 terima kasih kepada semua yang sudi bagi dorongan dan galakan supaya aku kuat menempuhi dugaan kehilangan ayahanda tercinta.

Arwah bukan la peminat basikal tua. Tapi dia memang serasi dengan basikal ni. Cuba bagi mountain bike kat dier. Ade dier nak bawak basikal kaler2 camtu? Sejak zaman dier muda-kacak-bergaya lagi dier suka naik basikal. Tanyalah sapa2 yang kenal dier sejak kecik. Semua orang tahu dier pegi mana saja naik basikal. Cuma sejak berkeluarga je dier bawak kereta sebab ramai2 boleh naik. Tapi kalo pegi keje naik basikal la.

Dulu masa sebelum aku lahir, arwah selalu jugak bawak abang aku naik basikal pegi tengok kereta api masa dorang tinggal kat Nibong Tebal. Lepas aku lahir, takde dah nak ronda2 dengan basikal ni. Mana2 nak pegi semua naik kereta je. Cumanya masa pegi sekolah saja la arwah antar aku sampai kat jejantas dekat jalan nak masuk Taman Sri Nibong tu (skang dah takde jejantas...Dah jadi flyover kat situ) Itu la rutin hari2 beliau. Tambah pulak masa aku darjah 2 arwah dah pencen. Dia pencen awal. Jadi memang aku pegi sekolah, balik sekolah, pegi mengaji, balik mengaji, semua dia antar dengan basikal tu je.

Gigih dia kayuh basikal ni bawak aku pegi mana2. Sampai la aku dah besar pun kalo tempat tu dekat. Contoh macam dulu, masa aku keje kat kedai makan (skang dah jadi Bank Islam) kat Sunway Tunas tu. Kan dekat je ngan umah aku. Lintas jalan je. Tapi sebelum sampai jalan besar tu la arwah akan antar aku dengan basikal dari rumah. Takde la patah kaki pun kalo jalan. Tapi arwah tak suka aku jalan kaki. Dia lebih suka nak hantar aku pegi mana2 pun. Kalo jauh, naik la kereta.

Arwah bukan takde lesen moto. Ada je. Baru tahun lepas dia buat. Pakej untuk warga tua. Baik hati betul JPJ. Tapi kalo korang nak tahu, 3 kali je arwah bawak moto. Sekali masa penerangan nak amik L, sekali masa test moto dan kali terakhir adalah saja2 test bawak moto untuk antar aku pegi jalan besar tu nak pegi kedai makan tempat aku keje. Tapi aku rasa seronok lagi dia bawak basikal. Sebab dia bawak moto sangat slow dan berhati2. Aku syak dalam 8-10km/j. Tapi dia bawak basikal average dalam 10-14 km/j dengan sangat berhemah dan bersopan di jalan raya.

Tapi dengan basikal jugak la arwah "pergi". Dah ajal,kan? Genap 8 bulan 1 hari arwah mama aku pergi, dia pula menyusul. Sedih memang la sedih. Tipu la kan kalo tak sedih. Tapi kalo aku emo sangat pun bukan masa boleh diundur semula. Apapun cuma kenangan saja yang ada. Ramai juga orang terasa kehilangan beliau. Ramai juga yang kenal arwah dengan basikal tu. Tanyalah dari Sungai Nibong sampai ke Sungai Ara. Hanya arwah dengan kawan dia, (arwah juga) Pak Su In (Rahim) je yang selalu naik basikal tua kalo pegi mana2 pun.

Sekarang dah takde la kelihatan seorang insan yang gigih mengayuh basikal untuk beli barang2 pasar pagi Sabtu, Ahad ngan Isnin, antar Amirul dengan Hasni pegi sekolah, beli surat khabar, beli kuay teow sup feveret aku, beli sarapan pagi, pegi masjid, pegi surau, pegi beli makanan tengah hari... Iskk... Mereka2 yang selalu nampak arwah pun mesti terbayang2 arwah naik basikal pegi mana2.

Kalau la masa tu boleh diundur semula...

Al-Fatihah untuk arwah ayahandaku yang tercinta...

Sunday, June 21, 2009

Ohh...Tak Bestnya...

H1N1.

Sempena tengok Buletin Utama. Berita pasal SRJK (C) Jalan Davidson kene tutup seminggu.

Best bila...
  • Bley cuti time kene kuarantin.
  • Lepak umah sambil tengok tv.

Sikit gila bestnya...

Sangat tak best bila...
  • Time kene kuarantin takley ngade2 nak bercuti2 Malaysia.
  • Nak pegi kenduri2 pun takley.
  • Jiran2 mesti cuak2 je nak sembang.
  • Kuar pun kene bagitau kat pihak berkenaan.
  • Takleh beramah-mesra dengan orang lain.
  • Duduk umah saja pun bosan juga.
  • Baru bersin sikit dah cepat2 kene inform hospital.

KENAPA LA BABI TAK PUPUS HAA?

P/S: Kemalasan nak gugel gambar babi sebab dah 2x display gambar babi kat sini. Rasa kurang sopan. Haha.

Pegi Ganu Part 1

Entry ini penuh gambar dan kadang-kala boleh menyebabkan sesetengah orang merasa loya dan pening2 bila tengok. Tambah2 pula dengan aksi2 agak melampau dari penaip entry ini dan mereka yang terlibat. Ini cerita versi aku. Haha. Agak2 nak versi lain boleh pegi ke sini dan sini. Itu pun kalo dorang hapdet laa...Kalo takde jangan kecewa...Layan je kat sini. Sama jugak kan? Tapiii...Walaupun pengalaman tu lebih kurang sama sebab sama2 pegi...Dan kebetulan 3-3 blogger...Tapi takde kopipes2 tau...Ini original punye expression lagi tawww~~

Err...Expression ke experience ha?















Gambar paling atas belah kiri tu...Boleh la diabaikan. Tu gambar hiasan je. Jangan contohi dier. Tau nak tido jek. Huhu. Seterusnye dah sampai kat Ganu. Nampak tak itu replika besar sotong sama udang? Hah. Sotong besar2 camtu la nanti yang bakal kitorang kaut dan sebat nanti. Cakap memang kencang. Ntah ade ke tidak sotong besar tu dalam laut. Sama besar dengan bot tu. Apape hal pun aktiviti pertama bila dah sampai sini, semestinya makan. Membe Incik Organizer hangkut kami sume gi makan kat tempat yang bapak ah ramai orang breakfast kat sini. Sungguh ajaib bila tengok gaya2 orang yang datang makan kat sini. Macam kitorang ni bese jek. Tapi yang lain, pherghh...Macam nak pegi kenduri kawen. Tak salah aku kalo kat Penang, orang nak pegi makan sarapan kat kedai ada yang selenge je pakai baju tido pegi makan kat kedai. Huhu. Takjub aku melihatnya. Siap ade yang sempat kontrol macho lagi masa nak tunggu meja kosong.

Tapi bagi aku, Terengganu ni macam Penang jugak la. Kalo orang Penang breakfast makan nasik kandar, tapi orang Terengganu ni makan nasik dagang. Kira untuk harini aku boleh la survive kat sini. Best jugak nasik dagang rupanya. Ada ikan tongkol. Aku suka ikan ni. Tapi masa pengagihan makanan tu sebenarnya aku pilih yang paling takde tulang seperti gambar kat bawah. Malas nak cari2 tulang, walaupun tulang dier besar2.

Ini la rupe nasik dagang yang mahal di kedai yang feymes.

Seterusnya lepas kenyang isi perut, ingatkan boleh la balik homestay. Berehat2 dulu ke...Nanti baru sambung perjalanan. Tapi jangkaan aku sungguh meleset sama sekali. Boleh plak test jalan2 jap seround-dua. Tapi tak jauh mana pun. Area2 situ jugak. Seperti...




Di sini...







Di sana...







Dan di sinun...





Abih la mission part 1... Tunggu mission part 2 plak yang lebih mencabar. Sebelum exit browser, korang layan la gambar kanak2 rebina yang begitu teruja bila pertama kali menjejakkan kaki ke Terengganu. Sampai takleh nak duduk diam2. Satu je la bagus dorang ni...Bukan jenis Anak Wayang. Ni real punye teruja. Kiutkan mereka? Sila muntah jika bersetuju.















Aku malas nak update sebab malas nak upload gambar. Siap leh pegi kedai KTR, balik, pegi 7 Eleven, makan cikedis, minum air mineral 1.5L sampai abeh pun belum abeh lagi upload. Sebab aku lupa nak resize gambar. Padan muka aku dan korang.

Saturday, June 20, 2009

Bukan Entry Jalan2 Lagi

Esok hari bapa. Saje nak wish kepada sume yang bergelar bapa terutama bapak aku dan jugak abang aku. Tak lupe juge kepada mereka yang bakal bergelar bapa. Misalnye Tn. Rahmad. Hubby buddy aku. Hihi. Ok la. Selamat hari bapa. Sebenarnya aku tatau nak taip apa.

Ini adalah bapak aku. Hensem kan beliau? Sila ngaku beliau hensem. Kalo tak, aku lempang laju2 dengan penampar Jepun celup aku.

Err... Ada tak lagu yang menunjukkan pengorbanan ayah? Aku takmo la letak lagu Mawi tu. Bapak aku sihat walafiat lagi kat umah tu.

Huhu...Windu kat bapak aku. Nak tepon dier la. Bapak aku dah maju skang. Dah ada enset senirik. Semoga beliau tak kucar-kacir nak reply SMS. Entah2 lagi advance dari aku kot. Jangan marah aa Apak... Tak indie la kalo marah, kan? Kan? Kan?

P/S: Aku sikit cacat dan pelat sebab panggil ayah aku "Apak" tatau la knape. Tapi memang beza la aku ngan abang aku. Arwah mama pun aku panggil "Mama". Padahal abang aku rileks je panggil "Bapak" dan "Mak".

Personality Aku Ke?

Huahuahua... Dalam bosan2 mau pilih company mane nak wat praktikal, saje la gi usya2 blog orang. Skang aku suke skodeng blog orang senyap. Malas la mau letak komen. Ntah la knape. Mungkin manyak runsing2 kot. Mana dengan terkejut tibe2 kene psiko supaye gi praktikal semester depan... Mana dengan projek lagi. Ntah la budak2 ni. Janji skang sume tu hampir2 nak setel. Mungkin lah.

Blog pun agak terabai. Kata nak update pasal pegi Terengganu haritu pun masih lagi takde mood. Banyak sangat kot bende nak setel... Tapi skang aku gile men game dalam fesbuk. Sape2 yang rajin on fesbuk mesti selalu je nampak aku online. Kadang2 aku layan jugak kuiz merepek2 kat situ. Kadang2 aku pulun game je lebey.

Ok2. Skang aku nak citer pasal personality test yang aku hangkut dari blog Kak Syima.

Ehh...Jap2...Aku rasa aku penah buat dulu... Leh tengok kat sini. Dulu itu la yang betul. Skang aku rasa aku dah berubah sikit. So, ada la 2-3 jawapan yang agak berbeza kat situ. Biasa la. Dulu ader mengharapkan orang. Skang kan dah solo balik. Gi mampus sama itu pengkhianat. Huhu...Namau emo2 lagi...Dah, ni la nye huraian pasal aku. Agak baru la. Fresh lagi.

Your view on yourself:

You are down-to-earth and people like you because you are so straightforward. You are an efficient problem solver because you will listen to both sides of an argument before making a decision that usually appeals to both parties.
[Hmm...Tu lah. Aku memang jenis sound direct. Takde nak pusing2 je ayat. Biar cepat paham dan cepat wat keje, pastu cepat siap. Pasal problem solver tu, wallahualam la. Skang aku cepat emo.]

The type of girlfriend/boyfriend you are looking for:

You are a true romantic. When you are in love, you will do anything and everything to keep your love true.
[Skang aku dah berubah jadik romantic plak ke? Dulu munye bukan smart-looking people ke? Luckily i`m not in love again]

Your readiness to commit to a relationship:

You are ready to commit as soon as you meet the right person. And you believe you will pretty much know as soon as you might that person.
[Ni masih sama macam dulu. Sape nak jadik right person aku? Ngaku cepat! Kalo tak aku tembak.]

The seriousness of your love:

You like to flirt and behave seductively. The opposite sex finds this very attractive, and that's why you'll always have admirers hanging off your arms. But how serious are you about choosing someone to be in a relationship with?
[Flirt memang best. Mende ni pun masih sama macam yang haritu. Dan aku masih lagi tak serius untuk terlibat dalam relation dengan sape2. Ape? Yang kat fesbuk? Itu team wonderpets. Memang la.]

Your views on education

Education is very important in life. You want to study hard and learn as much as you can.
[Ini memang betul. Tak kire ape terjadik, aku tetap nak study sampai bile2. Eayy...Nenek umo 78 tahun pun ley dapat pHd lagi pe? Kan?]

The right job for you:

You're a practical person and will choose a secure job with a steady income. Knowing what you like to do is important. Find a regular job doing just that and you'll be set for life.
[Aku dah set yang aku memang nak jadik engineer. Hihihi]

How do you view success:

You are confident that you will be successful in your chosen career and nothing will stop you from trying.
[Ini sikit beza dari dulu. Skang aku dah confident nak jadik sorang engineer yang berjaya.]

What are you most afraid of:

You are concerned about your image and the way others see you. This means that you try very hard to be accepted by other people. It's time for you to believe in who you are, not what you wear.
[Ini pun dah berbeza dari dulu. Dulu konon2 aku dependent sangat kat orang lain. Mungkin sebab skang tengah frust sebab tak sama dengan Mark kot. So, skang aku ader fear yang baru. Ni la diernye. Cuak juga.]

Who is your true self:

You like privacy very much because you enjoy spending time with your own thoughts. You like to disappear when you cannot find solutions to your own problems, but you would feel better if you learned to share your thoughts with a person you trust.
[Huh? Dulu dapat unpredictable. Skang suka privacy plak. Patut la semenjak-dua menjak ni aku buat kuiz dalam fesbuk pasal future tempat tinggal aku asik dapat tanah perkuburan je...Huhu]

Thursday, June 18, 2009

Bonggol Oh Bonggol...

Knape la susah2 tambah bonggol2 kecik dan agak tinggi kat depan main gate tu?

Gayat aku nak bawak moto...Sudah la amatur. [akibat kene tegur dengan Incik Pulis itu hari. Skang aku dah bersopan-santun dan berbudi-bahasa menunggang moto]

Dulu2 boleh save minyak. Skang tak pasti brape ratus kali aku kene brek untuk naik bonggol tu hah. Sape la bijak sangat buat bonggol. Takmo orang merempit, baik korek lubang banyak2. Huhu... Huaaa...Takley jugak jimat minyak camni...Hampeh aaa...

Cuba teka. Dari jalan belakang tu sampai ke fakulti kejuruteraan, ada berapa bonggol?




SEBELAS TAU TAK?!!!!


Hebat, kan?


...

Monday, June 15, 2009

Huaaaa...Letih2...


Ahli2 rombongan lawatan sambil belajar ke Terengganu.
Lokasi: Masjid Terapung


Haha...Aku baru balik dari Terengganu weh. Cinta Cukulet...I dah sampai kat negeri U~~~!!! Haha...First tym ni jejakkan kaki kat Terengganu. Sebenarnya ada misi lain ke sini. Esok2 la aku citer ok? Skang masih malas2 dan masih dalam proses nak edit2 gambar. Kasik bergaya sikit. Entry ni bertujuan untuk korang rase sejuk sikit hati bila tengok gambar kami yang sangat baik dan bersopan bila bergambar berlatar-belakangkan masjid. Baik kan kami?

Hujung belah kanan tu memang maintain rock. Takleh nak tegur2 dah. Anak sapa la tu kan...

Tuesday, June 9, 2009

Jonny Sudah Tidak Cacat

Hah? Sapa Jonny? Mesti korang tertanye2 kan sape Jonny nih...

Jonny ni adalahhhh...

Moto aku
! Haha...Moto pun mau kasik nama kan...

Entry ni lama dah aku nak upload, tapi tah...Banyak sangat citer lain yang lebih best untuk aku upload...Hihi...

Dulu Jonny ni agak cacat. Sebab tukar absorber. Ye la, masa tu aku baru mula cuba2 bawak moto. Pastu bleh plak eksiden dan jatuh moto kat stesen minyak. Tokey moto tu pun dengan prihatinnya telah menukarkan absorber itu jadik lebey rendah sikit...Sebab absorber tu jugak la sape2 yang tumpang moto aku dan mempunyai berat badan yang agak melebihi paras normal mesti rasa seperti diperli2 untuk menurunkan berat badan...

Hehe... Absorber tu rendah la. Itu la... Aku mana minat nak pakai moto yang sama taraf dengan ketinggian dan kekiutan aku nih... Senang citer agak tak sedar diri jugak la aku nih...Mwahaha~~!!!

Tapi tu la... Masa mula2 pikap moto ni lepas pos balik ke Penang itu hari, walaupun bapak aku pasrah je pasal aku bawak balik moto...Tapi ader gak dier komplen2 lebih berkenan jika moto aku berwarna merah. Macam LC kawan abang aku. Huhu...Itu lah, dulu aku nak LC tak bagi... Tapi LC memang best laa...Huhu...

Dah banyak kali aku lenjan LC orang, tapi tu la... Aku senirik pun takley amik LC. Tokey kedai moto itu telah gula2kan abang aku dengan berkata LC mudah hilang. Abang aku dah la tak brape yakin dengan keupayaan aku menjaga barang2 yang sama besar dengan aku seperti moto. Pasrah je la beli Jonny... Honda Wave 125... Tak kisah la...Janji aku takyah gaduh2 dengan pakcik bas Selangor tu.















Tengok la berbezaan dulu dan sekarang...Tengok la...Tengok laa... Kiri tu absorber cacat kaler merah, kanan tu dah normal. Lepas ni, kalo aku nak pikap sape2 pun, rileks je... Cuma tahan sikit la...Seat moto aku tak brape nak empuk...Hehe...

Monday, June 8, 2009

Berikutan Pasal 3R Semalam

Serious wey tak lena tido aku bila pikir statement Rafidah semalam...

Sekarang aku tengah bayangkan satu benda. Kan kerajaan sibuk2 buat kempen satu rumah satu komputer? Sampai ke ceruk kampung dorang terjah untuk kempen ini. Dah tentu makcik2 kat kampung pun takkan nak biar anak2 dorang je men game online la, chatting, YM, Fesbuk, Frenster, semua tu kan?

Mesti ada jugakkan usaha dorang nak dekatkan diri dalam bidang IT. Maklum la sekarang nak cari resipi pun boleh sekadar klik saja. Tak caya bleh tengok iklan2 TM... Maju makcik2 sekarang nih.

Apa yang aku tengah bayangkan?

Dulu, makcik2 ni biasa lepak2 tepi2 tangga umah atau buat mesyuarat tingkap kat dapo umah macam dalam citer2 melayu kat tv. Mesti sekarang lebih maju, kan?

Buat conference kat YM siap dengan webcam.

Amacam? Hebat tak?

Sunday, June 7, 2009

Akibat Menonton Rancangan 3R Tadi

3R musim baru memang best. Paling best bila tajuk pertama musim baru ni berkaitan dengan privasi. Mula2 sekadar antara adik-beradik dan jugak pakwe ngan makwe...Alaa...Pasal check email la...SMS laa...Tangkap gambar sekali la... Pastu bila skop luas sikit...Baru aku tau rupanya ada jugak orang kene buang kerja sebab main Fesbuk. Kira dahsyat jugak la kan penangan komunikasi zaman sekarang ni kan? Makin canggih, makin kurang privacy kiter. Uishh...Ngeri la jugak bile pikir.

Paling tak boleh blah skali statement Rafidah...

"Bayangkan jika anda nak kahwin nanti, bakal mak mentua anda buat carian kat internet... Apa akan keluar nanti?"

Sepantas kilat aku Google nama aku. Hasil dier boleh tahan jugak la. Nasib baik bukan aku sorang je ada nama camtu. Dan yang pasti semua nampak macam baik2 je. Tak tahu la kalau bakal mak mentua aku tu boleh sampai kat blog nih...

Macam horror jugak la kalo dapat bakal mak mentua yang kaki internet ni kan?

Musim Cuti Skolah = Musim Kenduri Kawen

Sejak seminggu yang lepas, time2 aku lepak2 kat umah setelah balik dari campus... Tiba2 rasa keamanan hidup agak terganggu dengan suara kanak2 6 tahun ke atas yang agak annoying tengah gaduh2. Pastu baru aku perasan. Oh, cuti skolah dah rupanya. Nasib baik jugak la aku kat sini amik short semester [walaupun tak tentu lagi aku nak abiskan atau tak atas sebab2 yang sadis dan pilu]. Kalo aku kat Penang? Mesti hidup aku dalam bahaya sekarang.

Mana taknya... Cuti skolah ni kan sinonim dengan kenduri-kendara. So, banyak la kenduri2 kat kawasan umah aku kat Penang tu. Tapi aku pelik kenapa aku tak nampak kelibat khemah kenduri kawen kat area umah sewa aku sekarang ni. Mungkin dorang tengah belajar bijak wang agaknya. Planning buat kenduri hujung tahun saja. Berbalik pada keadaan di Penang. Dah tentu banyak jemputan kenduri menerjah ke rumah aku. Biasanya saudara2 la.

Dulu kecik2 aku sangat suka pegi kenduri kawen dan buat2 tolong2 kat situ sebab masa dulu skolah aku ada wat ala2 report card pasal tolong ibu-bapa atau masyarakat masa cuti skolah...Sibuk la aku tolong2 sana-sini sebab nak bapak aku sign. Hehe. Skolah korang dulu ada ke camni? Bagus gak aku rasa sebab nak bagi student bergaul dengan masyarakat dan taat kepada ibu-bapa.

Letak gambar orang nanti kene bayar royalti...Letak gambar dorang, tak perlu kot?

Sekarang aku dah jadi trauma nak pegi kenduri kawen. Bukan pasal pelamin roboh atau pengantin mekap macam celaka, tapi pasal tak sanggup nak hadap sedara2 aku kat umah kenduri tu. Antara soklan yang popular ditujukan khas untuk aku adalah, "Hang bila lagi?" Adeiii...Dia ingat nak cari calon untuk kawen seumur hidup ni sama macam nak buat order Pizza Hut delivery ke? Bila aku sekadar senyum, maka panjang lebar la ceramah dari mak sedara aku tu. Ntah apa dier pikir aku pun tak tahu. Ingat aku tak laku agaknya.

Tapi betul la kot. Aku single lagik. Haha. Sebenarnya malas nak serius dalam apape perhubungan. Sebab selalunya aku yang kene pijak. Bukan sebab terlalu percaya, tapi mungkin agak mengabaikan pasangan. Pada aku, takde apape ikatan, watpe nak kawal lebih2? Tapi selalunya kebebasan tu telah disalahgunakan. Last2 aku jugak la yang kene mengalah. Tapi orait juga. Hilang satu beban. Tak payah susah2 aku nak jaga hati orang lagi dah. Jaga moto lagi baik. Boleh juga bawak berjalan2.

Cuma takut sikit la bila pasal turn kenduri kawen ni. Kuarge sebelah bapak aku...Aku tak risau sangat pasal ada lagi 12-13 orang lagi sepupu aku yang belum kawen selain aku. Tapi yang buat aku jiwa kacau dan malas nak balik kampung ni sebelah arwah mama aku. Dah la majoriti tinggal dekat2 dengan umah aku...

Korang tau dalam ramai2 sepupu aku sebelah arwah mama aku tu, cuma tinggal 5 orang je termasuk aku yang belum kawen? Tolak sorang dah bertunang. Tinggal 4. Paling muda pun adik kepada yang dah bertunang tu. 21 tahun... Dengar2 dier pun tak lama lagi je tuh. Ah, yang single makin pupus. Lagi satu takley blah, anak kepada sepupu aku juga dah kawen dan mempunyai anak. Lagi 2 tahun bila budak tu dah pandai bercakap, mesti mak ayah dier introduce aku sebagai "Tok Cik"... Muda2 lagi dah dapat title "atuk"

Adeiii...

Thursday, June 4, 2009

Ko Rase Ko Cantik?

Haha. Sambil2 korang baca entry aku ni...Ada baiknya korang bukak skali lagi background lagu "Chantek- Altimet". Aku bukan nak marah sapa2. Jauh sekali nak mendengki2. Tapikan kadang2 tu musyikil juga macam mana orang nak klasifikasikan cantik itu. Lebih2 lagi kat orang lain. Contoh macam aku kat kaunter kewangan tadi la. Is sibuk2 plak suh aku giat akak kaunter tu wat keje cepat sikit. Haha. Alasan? Sebab lambat gile gak la wat keje. Aku cakap, tak baik buli orang2 cantik. Nanti bapak aku marah. Haha. Apa kaitan? Tah. Aku rasa akak tu cantik jek tiba2 sebab baki penyata aku sekarang dah jadik negatif. Secara rasminya UNISEL telah berhutang dengan aku sebanyak RM625... Cheh! Takde kaitan kan?

So far la kan... Kalo tanya aku pasal nih, definasi cantik yang pernah aku dengar dan aku sangat setuju adalah dari Mdm. Honey Khoo. Cikgu seni aku masa form 2. Dia cakap, orang yang kita boleh kata dier cantik ni apabila kedudukan mata, hidung, dan mulut dier balance dan simetri dengan bentuk muka. Contoh? Erra Fazira. Apsal aku cakap dier cantik? Haritu aku tengok citer Joe dan Faridah kat Astro Ria malam tu dan masa tu jugak Yanti tertanya2 apa cantiknya Erra nih? Aku pun jawap je ape yang patut. Tu pandangan orang2 seni. Wey, walaupun aku amik engineering, tapi aku masih berjiwa seni tau?

By the way, semua makhluk yang Allah jadikan ni cantik. Tapi takley la nak perasan lebih2. Nanti leh jadi riak. Syirik kecil bak kata Asmak, membe baik Jumie. Sebenarnye entry ni takde kaitan nak cari gaduh dengan sape2 pun. Cuma sekadar nak luahkan pendapat aku je pasal isu kecantikan nih. Bak kata satu iklan, "Kecantikan adalah hak milik setiap insan."

I santek kan, uolls? Penuh seni gitteww...

Tapi kan... Erra Fazira tu mungkin dah agak sikit tua untuk aku cakap cantik. But, no offence! Dier cantik lagi. Cuma aku sikit menyampah bile sibuk2 nak wat rancangan "Gugu-Gaga-Erra" tuh. Hadoiii...Sian anak dier ah. Tak privacy. Tapi. Aku ada sorang yang pada mata aku dier sangat cantik. Serius tak tipu. Hari2 aku bukak Tagged, mesti aku usya gambar dier. Cukup wat hati aku gembira. Tambah2 plak haritu dier balas komen aku dan I found that she happen to be my junior. Harus la junior. Aku dah 5 tahun lebih kat UNISEL tu hah...

Ohh...Tidak... Aku suka tengok muka dier je. Sumpah. Tapi aku bukan lesbian. Tak caye tanye Azmi. Huhu. Geng2 Wonderpets biasa takkan mengecewakan aku kan? Apa aku nak citer ni sebenarnye? Saje merepek petang2 sebab takde sape aku nak kaco dalam YM ketika ini. Azmi...Cepat la repair laptop tuh...Ok lah. Gua calo, bebeh...Nak tengok Sepanbob kat TV9.

Monday, June 1, 2009

Masih Lagi Mood Tak Brape Betul

Aku ada 3 wishes sekarang. Harap2 ada la pari2 yang tersinggah dan terbaca blog aku nih.
Wishes aku adalah:

  1. Ada seseorang menyanyi lagu yang aku ajak korang sing-a-along semalam sambil men gitar. Dah tentu la yang diharapkan tu berlainan jantina. Baru romantik. Suruh Ekin yang men gitar untuk aku nak buat apa?

  2. Tak payah pening2 pikir pasal final project tu, tapi bila start buat dan dah siap, group aku adalah yang termantap dan terhebat. 7 minggu dari sekarang.

  3. Aku ada lesen P moto skang. Leceh la nak pegi QTI ngan test. Mana nak ingat bende aku belajar masa nak amik L awal tahun ni itu hari...

Harap2 ada la pari2 yang prihatin. Gud nitez kawan2. Kena tido awal sebab pari2 tak suka kehadiran mereka diskodeng...Zzzz...

Dorang ni pun takpe. Aku tak kisah...