Thursday, June 4, 2009

Ko Rase Ko Cantik?

Haha. Sambil2 korang baca entry aku ni...Ada baiknya korang bukak skali lagi background lagu "Chantek- Altimet". Aku bukan nak marah sapa2. Jauh sekali nak mendengki2. Tapikan kadang2 tu musyikil juga macam mana orang nak klasifikasikan cantik itu. Lebih2 lagi kat orang lain. Contoh macam aku kat kaunter kewangan tadi la. Is sibuk2 plak suh aku giat akak kaunter tu wat keje cepat sikit. Haha. Alasan? Sebab lambat gile gak la wat keje. Aku cakap, tak baik buli orang2 cantik. Nanti bapak aku marah. Haha. Apa kaitan? Tah. Aku rasa akak tu cantik jek tiba2 sebab baki penyata aku sekarang dah jadik negatif. Secara rasminya UNISEL telah berhutang dengan aku sebanyak RM625... Cheh! Takde kaitan kan?

So far la kan... Kalo tanya aku pasal nih, definasi cantik yang pernah aku dengar dan aku sangat setuju adalah dari Mdm. Honey Khoo. Cikgu seni aku masa form 2. Dia cakap, orang yang kita boleh kata dier cantik ni apabila kedudukan mata, hidung, dan mulut dier balance dan simetri dengan bentuk muka. Contoh? Erra Fazira. Apsal aku cakap dier cantik? Haritu aku tengok citer Joe dan Faridah kat Astro Ria malam tu dan masa tu jugak Yanti tertanya2 apa cantiknya Erra nih? Aku pun jawap je ape yang patut. Tu pandangan orang2 seni. Wey, walaupun aku amik engineering, tapi aku masih berjiwa seni tau?

By the way, semua makhluk yang Allah jadikan ni cantik. Tapi takley la nak perasan lebih2. Nanti leh jadi riak. Syirik kecil bak kata Asmak, membe baik Jumie. Sebenarnye entry ni takde kaitan nak cari gaduh dengan sape2 pun. Cuma sekadar nak luahkan pendapat aku je pasal isu kecantikan nih. Bak kata satu iklan, "Kecantikan adalah hak milik setiap insan."

I santek kan, uolls? Penuh seni gitteww...

Tapi kan... Erra Fazira tu mungkin dah agak sikit tua untuk aku cakap cantik. But, no offence! Dier cantik lagi. Cuma aku sikit menyampah bile sibuk2 nak wat rancangan "Gugu-Gaga-Erra" tuh. Hadoiii...Sian anak dier ah. Tak privacy. Tapi. Aku ada sorang yang pada mata aku dier sangat cantik. Serius tak tipu. Hari2 aku bukak Tagged, mesti aku usya gambar dier. Cukup wat hati aku gembira. Tambah2 plak haritu dier balas komen aku dan I found that she happen to be my junior. Harus la junior. Aku dah 5 tahun lebih kat UNISEL tu hah...

Ohh...Tidak... Aku suka tengok muka dier je. Sumpah. Tapi aku bukan lesbian. Tak caye tanye Azmi. Huhu. Geng2 Wonderpets biasa takkan mengecewakan aku kan? Apa aku nak citer ni sebenarnye? Saje merepek petang2 sebab takde sape aku nak kaco dalam YM ketika ini. Azmi...Cepat la repair laptop tuh...Ok lah. Gua calo, bebeh...Nak tengok Sepanbob kat TV9.
Post a Comment