Wednesday, June 29, 2011

Wordless Wednesday

Nakkkk jugakkk buat benda nih....


Khas untuk sesi wordless wednesday. Sengaja sorok dari publish dalam entry ini.

P/s: Jawapan kepada persoalan ini. Hanya blogger-blogger yang tengok je yang tau. Haha.

Tuesday, June 28, 2011

I Guess I Know What Happen

Aku ignore je bleh? Macam tak penting je. Ini da tahap abang aku sendiri try call tapi takde berjawab.

Kamon la kamon. Aku takde mase da nak ke sana-sini, plan cuti yang entah belum tentu boleh jumpa takleh jumpa ni.

Adakah dorang bajet budak-budak yang patutnya aku abes sama ngan dorang tu belum dapat kerja, maka aku yang saje-saje dorang bagi sangkut ni pun belum dapat kerja?

Heh. Kamon la.

Aku rasa Allah balas direct kot apa usaha dorang berbaloi ke tidak. Yang memilih keje tu nak gaji beso, jawatan engineer tapi pengalaman sebenarnye takde tu blakang kire ah. Yang itu memang dasar memilih. Mak ayah bleh tanggung hidup dorang walaupun dekat setengah tahun menganggur.

Yang mana jenis yang aku cakap cilok FYP/tesis budak-budak engine U lain. Just modified sikit-sikit je tu. Ko tengok Allah balas camne? Result gempak pun still tak dapat keje. Tatau la kalo mereka pun jenis memilih kerja.

Ntah berapa kali ntah aku nak bangkitkan isu ni kat sini.

Kalo tak suka pun, just bagi yang mana dah lebih 3x present ni lepas je bleh? Sebab nak jaga reputasi tanak ada rekod student fail kan? So, bagi je la minimum grade. Lepas tu semua orang boleh teruskan penghidupan seperti sedia kala.

Mintak dekan je la approve bagi minimum grade je bleh?

Monday, June 27, 2011

Random #69

Merajuk.

Harini lunch makan roti ikan bilis je. Sebab kedai kegemaran lunch termurah RM1.80 sehari tutup. Tak sanggup beli nasik dari mamak berhampiran sebab apron dia kotor dan tak ketip kuku.

Balik umah je, tengok kat dapo, ada plastik sampah berisi kulit durian. Frust. Dorang makan durian tak ajak. Padahal dah 2-3 hari lepas aku punya mengidam nak makan durian. Huhu.

Merajuk ah merajuk. Esok lapar baru pegi cari makanan balik.

Sunday, June 26, 2011

Meredah Taman Negara Pulau Pinang

Ramai tak orang tau yang Pulau Pinang pun ada taman negara? Haha... Aku yang dok Penang pun baru-baru tau je kewujudan tempat yang bernama Taman Negara Pulau Pinang ni. So, aktiviti weekend aku dengan kawan-kawan baik kali ini adalah hiking kawasan hutan yang bila dah naik taraf ni rasanya lebih senang kot nak main redah-redah tanpe bantuan renjer hutan.

Sebelum tempat ni diwartakan jadik taman negara, membe aku ni cakap laluan-laluan yang ada kat sini memang kebanyakkan bahaya untuk dilalui kalo tanpa guide dari renjer hutan. Tambah plak kalo jenis suka-suka nak isi masa lapang pegi tempat-tempat camni. Dari dok hiking dalam shopping mall tu apa dapat? Peluh pun tak luak. Ternak lemak lagi kot makin meriah ah kot. Dah la aku ni gaji pun blom masuk. Hehe.

Entry ni agak meriah dengan gambar-gambar. Sementara nak tunggu gambar-gambar abes loading, bleh la korang pegi buat sit-up 60x dulu. Ampun maaf la banyak-banyak kalo gambar-gambar aku nih makan bandwidth broadband korang. Huhuhu...

Gambar semua pun un-edited. Muahahahahaha. Agak malas lah nak usik... Eksaited nak citer punye pasal. Sape-sape nak gune gamba ni dikemudian hari nanti haruslah kredit kat aku tau tau tau??? Layan je ahhh... Sementara broadband tengah baik hati bagi upload gambar-gambar ni :P


Masitah, aku dengan Iryani. Kitorang plan bertiga je untuk hiking pade hari ini. Masing-masing muka ceria nak mampos sebelum tenat melantak bergelas-gelas air sejuk lepas meredah almost +/- 2.4km perjalanan pegi-balik dari keta ke tempat daftar nama ke dalam hutan ke tepi pantai :D Meriahhhh...

Next pictures korang kene scroll la sebab aku tanak blog ni panjang lebar ngan gambar. Panjang lebar ngan bebelan aku takpe. Ngahahaha... Sangat gila kuasa membebel ok?

Very-very the first check point :D














Next destination...... Time ni da lepas palang masuk dah... Santekkk rase tempat ni...














Pilih-pilih laluan mana suka... Reflect macam lampu-lampu tu dari henset aku je. Lupa plak bleh on flash. Haha...

Sebenarnye destinasi kami bertiga adalah naaaaaaaaakkk sangat berendam dalam Sungai Tukun yang sejuk salju di tengah-tengah hutan tu... Tapi apakan daya... Kat first check-in lagi akak kaunter tu bagitau Sungai Tukun tu takleh mandi sebab dalam proses penyelenggaraan.

Frust kat situ. Bukan tak buleh nak pi mandi laut. Tapi masing-masing tanak mandi laut pasal kawasan-kawasan berdekatan laut tu takde tempat shower air biasa. Melekit la kot nanti sementara nak salin baju, sampai kat tempat keta lagi... Balik umah nak mandi air biasa. Huhu...


Notis selenggara. Sob sob sob.... Tsskkkkk!!! *Nanges laju-laju*

Terus jalan-jalan lagi. Next destination ke tempat orang-orang USM buat kajian. Tak pasti kajian apa... Tapi kajian la. Nanti last-last satgi aku letak gambar pagar depa. Pagar tu cantik wooo... Muahahaha...




















Taraaa~~!!! Dah sampai ke tempat yang nak dituju lepas kecewa takleh pi masuk kawasan rekreasi Sungai Tukun...


Nak blaja kat USM takleh dulu... Dapat datang melawat kawasan penyelidikan dorang pun dah cukup hepi. Tempat ni siyes cantik. Sebenarnye boleh je lagi straight pegi ke Muka Head tempat light house sana... Tapi ni pun kami pegi dah pukul berapa... Dekat tengah hari... Sampai pun time panas terik membakar kulit-kulit muka... Takkan nak terus berjalan sampai ke hujung dengan lagi sejam perjalanan... Total perjalanan kami adalah lebih kurang 55 minit. Haha. Laju jugak la. Sebab estimate time dalam pamphlet yang kami dapat lebih kurang sejam 20 minit.

Enjoy the view kawasan penyelidikan ni. Siap ada jetty semua. Boleh naik bot actually datang sini. Kami ingat kena jalan kaki je ke sini =..=". Patut la rasa pelik kenapa ada orang macam pegawai penyelidikan situ dekat-dekat post guard tu macam tak kurus je. Bahahaha...















Finally... Baleeekkkk~~!!! Time balik ni kami nampak macam-macam wooo... Haha. Cerita gempak. Padahal nampak biawak besar je pun. Haha. Dan rasa de-motivated bila tengok wooohhh... Apsal tadi masa datang takdak tempat tinggi-tinggi yang melunturkan semangat nak balik ke rumah ni?











Tu je ah sesi jalan-jalan dengan kawan baik pada minggu ini. Entah bila bleh ber-aktiviti macam ni lagi. Tanak la letak gambar last kami semua camna. Bapak la sedih muka masing-masing. Air plak kat kedai makan tu sampai sorang 2-3 gelas. Makcik buat air tu punya la gelakkan kami tak hengat punya.

First time ni weh main redah-redah hiking setelah bertahun-tahun lepas sebelum SPM dulu pegi hiking dengan kadet remaja skolah. Aku plak lepas bertahun-tahun tinggalkan ATMA tu.

Nanti ada masa lapang lagi, kami plan nak kuar umah awal-awal pagi, terus shoot pegi tempat camping plak kat Pantai Kerachut. Harap-harap time tu masing-masing dah fit la. Nak redah 2.4km pegi dan 4.8km balik pulak nanti kan... Time ni pun kemain dok bising semputttt... Sempuutttt... Macam kumpulan Sepah punya 2nd round punya persembahan kat JB tu. Yang wat konon-konon talk show "Manisnya Kurma Itu" hahahaha...

By the way, kalo ada rasa tak senang hati tengok gambar tu... Sila salahkan kamera henset kami. Semua gambar-gambar tu kami blasah je amik guna henset aku (3.2Mp) henset Iryani (3.2Mp) dengan henset Masitah (2Mp). Memang betul-betul un-edited. Kami saja suka-suka maaa... Bukan pro buat program "Mari Meredah Hutan".

Peace!!!

Oh, lupa nak citer. Taman Negara Pulau Pinang ni masuk adalah PERCUMA!!!

Saturday, June 25, 2011

Knape Eh Ada Orang Rasa Tak Berapa Aman Tengok Orang Single?

Gyahahahaha... Tajuk berdasarkan status Cik Puan Paez kat pesbuk. Huhu.

Beliau membangkitkan isu "salah ke menjadi perempuan single? salah ke?"

Rasenye osmet aku busy kot sebab beliau takde kasik komen pun pade isu tersebut. Oleh sebab aku tengah bosan-bosan tahap dewa ni... Maka aku pun saje ah nyibuk-nyibuk juge kat status beliau tu. Tapi dier single jenis lain... Single je, but not available. Osmet aku tu pon macam sama gak kot. Hehe. Tatau ah bile status single not available dorang tu jadik tinggal not available je terus. Aku pon tak sabo tunggu. Kekekeke...

Lain la aku... Relationship kat pesbuk tu hanye la saje-saje tau tak. Haha. Syim Harrera tu adalah cik osmet aku dulu. Nama beliau adalah Syima. Bukanlah Hasyim atau apa-ape ade bunyi syim-syim nama lelaki tak kira hujung pangkal. Maka jangan la nak berharap sangat situasi makan nasik minyak aku dalam kadar terdekat nih. Haha!!

Sebenarnye tak sangke ade yang tertipu rupenye.

Erm, berbalik pade tajuk... Dulu-dulu kan beberapa bulan yang lepas kan aku ade wat operasi delete friends secara besar-besaran kat fesbuk tu. Dari 998 makhluk aku dah add sampai tinggal 368 je makhluk yang tinggal. Banyaaakkk aku delete. Yang tak kenal, yang aku kenal pun aku delete jugak. Tak kira apa. Sebab ada yang aku delete tu, dah kawen, da tunang, even in relationship pun ada. Dan aku cuma kenal si lelaki je. Pasangan dia langsung aku tak kenal.

Even kawan baik pun terpakse je aku delete untuk elakkan situasi entah apape ulang-ulang terjadi pade aku.

Aku admit aku memang selesa kenal lelaki ramai-ramai dan baek ngan dorang as friend. Malangnye kan... Bile seko-seko dah start in relationship atau commitment, pasangan dorang plak rase insecure dengan kehadiran aku dalam kelompok geng-geng dorang. Malas aku nak print-screen segala bentuk "kata-kata bijak" dari pasangan dorang yang tak kenal siapa aku. Padahal aku bukan la hot mana pun. Nak kata cun... Cun lagi peti sejuk kat pantry opis aku tu.

Tak paham aku kenapa ada yang tak aman tengok pompuan-pompuan sempoi macam aku ni single dan geng-geng ngan lelaki je. Tapi skang since aku dah keje, takde dah la geng-geng dengan lelaki je. Hepi betul aku dengan environment keje yang tak sexist macam skang ni. Lelaki ngan pompuan kat sini balance je. Dan aku mule pandai ade geng-geng pompuan. Wahahah. Tahniah untuk diri sendiri. :D

Still, aku tak paham kenapa ye orang tak suka tengok pompuan single eh?

Bende-bende ni applies kat aku dalam dunia fesbuk je. In real life, tak ramai sangat peduli aku siapa. Even kalo dorang yang bagi ayat-ayat indah kat aku tu kenal aku in real life, mesti dorang agak takde hal la kot aku geng-geng ngan lelaki-lelaki tu. Coz aku tau, aku bukan ah dalam kategori taste kawan-kawan aku. Muahahahaha... Hoiii... Kawan-kawan aku dulu tu semua jenis high taste tau... Aku pun tak sampai standard dorang. Dengan tinggi pun tak cukup... Kejadahnye kan...

Lagi satu pesen tak aman tengok orang single ni adalah orang-orang tua yang sedar dan tau umo aku berapa. Muahahaha... Kalo buleh semua nak match-make kan. Wakakakakakaka... Ape la silap salahnye kalo aku single... Bukan effect penghidupan sesape pun... Aku tau ah ramai kengkawan aku skang ni dah masuk fasa upload gamba kawen banyak-banyak kat fesbuk serta gamba pegi honeymoon. Tak pun gambar anak-anak sampai beralbum-album... Tapi tak bermakna aku pun kene ikut jejak langkah dorang kan? Kan? Kan?

Parah betul la ramai pulak manusia tak aman tenteram tengok orang single-single ni. Bukan aku yang nak pun single-single nih... Tapi nak buat camno kan... Jodoh tu bukan macam beli topap kat Sinda Minimarket. Mintak je terus dapat, pastu bayar dan blah.

Dulu-dulu time blaja masa diploma dulu penah ah rancang ah konon-konon kan kawen time umo 24-25 ke ape kan... Tapi nampak gayenye macam da lepas je tahap plan-plan tu. Konon-konon kapel pun semua tinggal separuh jalan je. Hmm... Takpe ah. Rileks aaa dulu kan... Baru 26... Apa ada hal sangat... Kekeke... Umo je 26... Tapi rupa semua macam 18. Itu yang penting. :D

Friday, June 24, 2011

Agak-Agak Ah Nak Pakai Sun Shade Pun...

Bleh tahan hangen aku dengan sebijik keta pagi tadi. Dah la cuaca takde ah panas terik sangat harini. Lagipun baru pukul 7.45 pagi kot. Redup. Tapi mengada-ngada letak sun shade kat cermin tepi driver tu. Macam la tengah panas membahang. Keta dah sedap hati tinted gelap nak mampos.

Sape tak kenal keta punya sun shade bleh tengok ini.



Bukan tak kenal... Mana la tau korang panggil bende lain ke kan... Sumber dari sini.


Kenapa aku hangen?

Aku da la naik moto. Bukan la laju mana pun... Tapi sebab dia mengada-ngada letak sun shade, maka dia tak berapa nampak aku sangat dari tepi. Dah tu jenis tak confident nak cross-over. Apa punya jenis ntah. Kalo ye pun jangan la main teragak-agak nak jalan... Sudahnye aku plak yang kene stop bagi dia lalu dulu...


Haa... Lebih kurang camni ah gambaran dia... Dah la keta beso... Avanza... Disebabkan dia teragak-agak nak lalu, aku macam ke tepi sikit macam aku pun nak ikut laluan dia... Keta dari arah blakang aku plak laju kemain dan terlebih confident plak yang aku bukan jalan terus. Slambe himpit aku ke tepi. Nasib baik aku sempat elak sikit. Kalo tak, tergolek aku pagi tadi sebab Avanza mengada-ngada pakai sun shade walaupun hari blom panas terik.

Lain ah driver dia jenis kene penyakit albino. Ini driver spesis kulit sawo matang dalam Avanza tu... Alergik panas terik apa kebendanya...

Kalo aku tak stop... Dia pun laju jugak nak cross aku. Tapi bila aku macam slow, dia jadi teragak-agak. Apa la bebalnye manusia.... Huarghhh... Stress aku la dengan keta besar-besar camtu. Keta blakang aku pun satu... Jalan kemain punya luas, kat aku jugak nak himpit.

Grrr...!!!

Wednesday, June 22, 2011

........

Tatau aku nak letak tajuk ape.

Yang penting aku hepi. Semalam punya citer tu... Gampang ngade-ngade je buat cuak lebih. Padahal takde ape sangat pun. Tapi dia punya cuak sampai rasa nak berenti keje. Haha. Hiperbola sangat aku ni kan?

Over betul perangai.

Kali ni aku terjaga sebab dalam perut sangat la ada orkestra. Lepas maghrib tadi tertido tak sedarkan diri sambil laptop on dan juge broadband cilok macam harta sendiri. Boleh la on laptop sendiri ni. Setelah beberapa lama tak on. Pastu tengok-tengok da ter-off. Alang-alang da terjaga ni, on la balik.

Ok ah kan. Bleh jugak tules-tules sini.

Tak sabar nak tunggu weekend ni. Pegi berhutan. Eh meredah hutan. Ke Taman Negara Pulau Pinang. Sori la aku bukan kaki shopping. So, kalo nak kuar dengan aku at least kene ada aktiviti. Setakat tengok wayang... Hmm... Sekali-sekala bleh la. Nak ukur shopping complex sambil window shopping, dah tak larat dah. Kadang-kadang pilih pegi Queensbay Mall tu bukan sebab nak jalan-jalan dalam mall tu... Tapi duduk tepi pantai kat situ. Atau tengok orang main layang-layang.

Letih kot jalan dalam mall ni. Mesti je nak singgah mana-mana fast food/restaurant. Ye lah dah jalan mengeluarkan haba kat tempat ber- air - cond. Pastu marah pada diri sendiri sebab dah makan fast food terlebih kalori. Entah apape.

Wahahah. Konon nak mengkuruskan diri la konon kan. Celah mana tah kurus kan. Eh lama tak swimming. Sabtu ni belasah ah pegi umah cousin tu. Ahad baru meredah hutan. Isnin hari keje jadik zombie sebab letih.

Susah btol nak turunkan berat macam masa study kat ATMA dulu. Eleh, kawan-kawan kat situ yang da jadik officer semua pun dah PJK je masing-masing. Perut Jauh Ke depan. Hehe. Aku ok ah kot. Maintain je nampak kecik. Tapi berat ya ampun... Ntah sape je caye berat aku yang amat berat mata memandang ni. Hahahaha...

Tapi dalam dilema jugak nak tambahkan berat ke nak turunkan berat. Ye lah... Naik moto tu... Haritu abang aku bawak aku pegi mana tah dia komplen tak rasa bawak aku naik moto. Dia lebih suka angkut wife dia dari aku sebab at least rasa la jugak ada orang kat blakang dia. Means, rasa la berat tu. Bawak aku rasa macam naik moto sorang-sorang. Aku plak naik moto skang ala-ala terhuyung-hayang. Kuat betul angin kat Penang ni. Kalo lagi ringan aku, boleh terbang terus kot pegi keje.

Ahhh... Yang penting aku masih sihat dan comel. Hahaha. Part comel tu la aku suke. Ramai je cakap aku comel kat sana. Hahahaha. Terbaek skali adalah, semua ingat aku 21 atau 22. Yeay!! Suka... Suka... :D

Kalo aku buat petition mintak tukar tahun lahir kat dalam mykad bleh tak?

Tuesday, June 21, 2011

Aaaaaaaaaaaa.... Takleh Sambung Tidoooooooo..........

Dah pukul 3 lebih. Aku dah tido tadi dalam pukul 11 lebih... Besenye memang aku lena sampai pagi pastu liat sangat nak bangun pagi untuk mandi, subuh dan pegi keje. Hehe. Tapi skang aku terjaga, rasa gelisah nak mampos lepas tu terus takleh tido sampai skang.

Ada 2 sebab aku gelisah nih.

Satu pasal keje.

Camne ntah tadi bleh plak kecoh-kecoh suruh post-pending semua job arini. Padahal post-pending tu bese end of the week macam ari Jumaat. So, ada 2 job dah aku ter-post pending. Yang sudahnye ada yang cakap tak payah. Tu baru separuh. Bertambah malang plak sebab ada 2 job DTOW. Yang aku takleh proceed mula-mula. Tapi tak lama lepas tu Telstra dah respond suh supervisor (sebenarnye big boss aku) update software aku untuk bace drawing tu. Tapi still takleh jugak. Ntah camne tibe-tibe datang drawing lain under job tu.

Aku pun sambung ah wat. Yang tu salah satu dari 2 job yang aku ter-post pending. Lepas tu dalam rekod untuk job tu plak, manager da suh semorang update masa by end of the day tiap-tiap hari sebab tak logik ah biar internal clock tu jalan sepanjang hari termasuk time dah balik keje pun jalan lagi tapi lepas siap keje claim bape jam je wat keje tu. Haha. Aku tau korang tak paham gambaran camne keje aku. Tapi tak kisah aku nak citer jugak sebab aku takleh tido skang ni. Hahaha.

Ok. So, memandangkan ada 2 jugak job "in-progress" aku kene update masa, salah satu plak yang DTOW tapi dah boleh proceed tu... Maka yang DTOW tu laa aku tersilap buat dah complete. Padahal sepatutnye kat column complete tu kene pastikan betul-betul nilai dier 0. Maknanya keje tu still in progress. Tapi sebab awal-awal masa aku DTOW job tu dier tulis 0, pastu aku copy-paste barcode project tu, aku ingat dier still 0 la. Lupa plak bende tu bleh auto-update jadi 1 once ko dah letak barcode project. Maka, bila aku update time terus la dia proceed cakap aku dah complete. Padahal separuh pun tak sampai lagi keje tu. Dah la post-pending. Siap cakap complete.

Alahai... Cuak aku ah. Memang ah kat sini semua orang ok, takkan marah-marah style maki-hamun semua. Tapi aku nyesal jugak la. Careless mistake tu. Isk. Tunggu fail audit feedback je la kot kan. Haha. Mati ah tukang audit tu mesti list panjang berjela salah aku padahal sebenarnye keje blom siap lagi. Ish. Aku memang ada masalah insecure sebab tu ah skang aku tengah risau tak memasal je nih sampai takleh tido. Huhu.

Kedua aku gelisah dan gelabah pasal...

Hmm...

Tibe-tibe aku rase kenape ah lelaki yang aku kenal mesti complicated gila? Takde ke jenis straight to the point dan stick to the point till the end? Kenapa mesti complicated? Pulak tu dia punya complicated tu kalah pompuan. Dan masalahnye aku pun tak la sampai tahap complicated sampai macam tu.

Kenapa aku cakap complicated?

All these while dekat 3-4 orang yang aku kenal... Tibe-tibe jenis tak tentu pasal ajak aku kapel. Dah la jumpa pun tak pernah. Sebab dorang ni stok stranger semua, maka memang aku amik masa konon nak kapel. Wey, ingat aku ada masa ke nak kapel-kapel ni semua? Dengan nak date la segala. Dah la banyak bende lain aku nak pikir. Tetibe datang orang-orang jenis ni tambah beban.

Lepas tu paling aneh sekali adalah... Dorang ni antara golongan yang jenis gigih untuk pastikan aku betul-betul percaya kat dorang konon bersungguh-sungguh la kan nak kapel dengan aku. Ada sampai satu tahap sanggup bazir kredit hari-hari call aku, SMS aku walaupun aku tak balas, bukan sehari-dua... Ada tahap setengah tahun pun ada. Gila kau gigih tak gigih. Aku memang jenis susah nak percaya selagi dorang tak prove betul-betul siap contact abang aku semua. And they did.

Yep. Siap ada yang dah kenal baik ngan abang aku. Ye ah, aku mana ada sapa-sapa kan. Mak ayah pun da takde. So, abang aku je ah tukang approve. Tapi dia mana amik kisah sangat pasal bende-bende ni. Sape nak kawan ngan aku, dier ok je asalkan tak ubah aku jadi makhluk bukan-bukan sudah ah. Masa aku kat umah sewa dulu abang aku siap skype aku bagitau manusia ini-ini mintak permission nak kenal aku ngan lebey dekat. Huhu.

Lepas tu dah tunjuk kegigihan sebegitu, maka aku pun baru ah setuju kapel konon-konon for very first stage. Wey, first love aku dulu tu pun siap datang bercuti kat Penang dengan makcik and adik dia tau semata-mata nak kenal ngan family aku. Aku memang serius dengan orang yang jenis da tanye-tanye family aku je. Yang mana aku sesaje kapel-kapel untuk isi masa lapang suka-suka dulu tu, memang sesaje je buat memain. Dah tak berani nak berterus-terang ngan family aku. Naseb ah. Memang jadinye easy come easy go je ah.

Ok. Aku nak tanye korang sikit. Pe motif orang tu tunjuk dia punya gigih nak kenal ngan aku, siap contact abang aku semua, bukan jenis seminggu-dua punya kegigihan... Tapi lebih daripada 4-5-6 bulan. Mesti ramai pikir dia betul-betul serius dengan aku kan?

Tak. Salah. Tak serius langsung.

Saje memain dengan aku dan jugak family aku.

Last week aku dapat tau one of them yang gigih gile babi tu dah kawen. Last year aku dapat tau salah sorang dah bertunang, other ada yang da kawen.

So, what the heck is that???? Kenapa sanggup bazir masa nak suruh aku percaya kaw-kaw tentang konon niat dorang suci lagi murni. Kalo awal-awal cakap nak jadik kawan biasa, cakap je la awal-awal nak jadi kawan biasa. Ini, tetibe takde angin, takde ribut tetibe cakap nak serius dengan aku. Tak kisah walau ape pun keadaan aku. Siap tunjuk kegigihan dengan mintak permission abang aku semua. Wasting ur time, wasting my time.

At the end, sehidup semati dengan orang lain.

Tak baek aa weh mempermainkan hati, limpa, jantung dan perasaan anak yatim piatu macam aku.

Nasib baik ah aku takde power macam mak Si Tanggang. Kalo tak, seko-seko aku sumpah mati pucuk. Padan muke kang sampai mampus takde zuriat. Kenapa mesti camtu eh? Nasib baik ah aku punya level kepercayaan tu tak berapa nak tinggi sangat.

Senang je sebenarnye nak bagi aku percaya. Antar je rombongan meminang secara mengejut. Dah. Mesti aku rasa tacing gile ah lepas tu. Ini setakat nak ajak kapel. Apa barang. Tatau alamat umah aku, track je ah IP aku ni hah. Hahaha... Kan teknologi di hujung jari skang. Apa ada hal ye tak?

Siyes aku tak paham motif budak-budak tu semua. Nak kata baru kenal erti hidup atau baru baligh, masing-masing yang gigih-gigih tu semua dah lebih suku abad dah idup kat muka bumi. So, then... Well done. Memang lelaki-lelaki itu semua best actor. Kalah ah pelakon terhebat dunia.

Buleh sesape explain tak kenapa jadi begitu? Especially lelaki. Anyone? Selain dari maybe dorang rasa dorang dah hebat sangat kot sampai bleh buat aku macam tu. Ish. Tak baek btol.

Sunday, June 19, 2011

Selamat Hari Bapa.

Tadi aku baru lepas tengok rancangan Nasi Lemak Kopi O kat TV9. Segmen apa ntah... Tapi kisah pasal sorang gadis terlantar sejak eksiden 6 bulan lepas.

Teringat uh kat arwah mak. Sebijik macam tu. Siap 5 tahun terlantar camtu. Takde plak nak masuk rancangan TV. Eh, lupa... Kami duduk umah teres. Mana buleh masuk TV. Kot kami duk umah papan mungkin ah kot kan.

Bukan nak compare pasal arwah mak dengan yang kat dalam TV tu. Gadis tu mak dier ah jaga. Sian jugak ah mak dier kan. Arwah mak ni plak... Arwah ayah yang jaga. Sempena hari bapa hari ni... Nak citer ah sikit pasal setianya arwah ayah jaga arwah mak masa dia sakit tu. Bukan sekejap. 5 tahun. Kalo orang lain aku tatau ah bleh tahan ke tak tengok wife sakit-sakit tu siap nak kena angkat untuk mandikan, bagi minum ikut time, bacakan surah-surah... Nasib baik ah ada abang aku tolong-tolong.

Harini hari bapa. Memang teringat ah kat arwah. Kalo dulu masa dia ada, tiap-tiap hari pukul 10 pagi mesti tengok citer P.Ramlee kat Astro Prima. Hari-hari jugak teman dia tengok. Lepas tu mesti dia cerita pasal arwah wan (atok lelaki) penah keje dengan seniman-seniman tu semua kat situ. Dia citer pasal arwah tok (atok pompuan) suka masak untuk dorang. Hehe. Klakar... Lepas studio Jalan Ampas tu tutup, bangsawan pun macam da tak glemer dah, atok ngan wan balik sini, Penang jual pulut udang.

Arwah ayah terer oo wat pulut udang. Pulut udang dia buat memang terbaek ah. Dulu pernah sekali dia tunjuk camne nak buat pulut udang paling sedap. Malangnya aku ah tak salin resipi. Lepas tu siap skip-skip lagi malas nak balut pulut udang kecik-kecik macam yang orang jual kat pasar malam. Sebab sedap, maka aku ikut nafsu buat yang besar-besar. Makan 3 ketul je dah kenyang. Mana taknya. Besar lengan kot. Haha. Aku gile makan pulut udang oh masa tu.

Bagi sape-sape yang tak kenal pulut udang... Ni ah pulut udang. Sumber: Google


Bayangkan tahap kemalasan aku adalah seperti menggabungkan dua pulut udang dalam gambar ni menjadi satu. Besar tak besar?

Hahaha...

Tapi tu semua tinggal kenangan.

Harini, dan tiga hari lepas tu...

Genap la 2 tahun arwah ayah pergi meninggalkan aku dengan abang aku. Tak sangka cepat betul masa berlalu. Aku harap dia gembira la kat sana dengan arwah mak sambil-sambil perhati kami kat sini dari sana. :D

Aku jugak berharap, kalo datang ah jodoh aku dengan mane-mane lelaki, kalo bleh aku nak jenis setia macam dier kat arwah mak. Hehe. Ini kebanyakkan aku baru test sikit terus ajak clash. Memang takleh caye. Bahahahaha. Tambah-tambah plak yang jenis nak sangat-sangat tau rupa aku camne sebab aku jarang jugak tayang muka kat blog. Kat fesbuk pun jarang jugak. Cuma skang je kat fesbuk aku letak gamba betul. Lepas tu bersepah je nak berkenalan. Entah apape. Tu pasal siap kuar entry macam haritu tu.

Haha. Kepada semua ayah-ayah yang ohsem di dunia ni, aku ucapkan selamat hari bapa. :D

Saturday, June 18, 2011

Update Je Ah.

Lalala~~ Dah 15 hari rupenye tak update apape kat sini.

Ini bermakna dah 2 minggu aku keje. So far so good.

Sebenarnyekan... Banyak aku nak citer pasal tempat baru aku keje tu. Termasuk la rupenye aku banyak kali kene left out sebab dorang lupe aku nak start 6 Jun haritu. Tu la... Call untuk confirmation awal sangat. Hehe.

Tapi aku tak amik hati pun sebab at least bile being left out ni kebanyakkan attention akan diberikan kepade aku. Dan ye.... Semua orang kenal aku. Haha. Sampai ke paling big boss kat situ pun kenal aku. Kenal sebagai newbies yang paling out standing.

Dan semua tertanye-tanye... Aku penah ke gune software yang dorang gune sebab aku paling laju catch up dalam batch yang masuk sama minggu dengan aku. Jawapan aku memang rileks gile. Aku memang kaki software. Haha. Kaki software? Aku suke explore apa yang aku tak pernah cuba. Huhu.

Tapi tu la. Ending dia tempat yang aku blaja tu jugak dapat nama. See? Aku tak suka betul usaha aku, dari diri aku, tapi tempat aku belajar tu jugak dorang recognize. Sama macam masa praktikal kat Intel dulu. Siap dorang call lecturer aku request student dari situ praktikal kat sana. Tapi ape aku dapat? Lecturer-lecturer yang suke buat palat dengan aku. Sampai skang rasanya aku tak lepas-lepas lagi bendelah tesis tu. Pehal ntah.

Aku ada masa nak jumpa kemain banyak dalihnye. Aku call tanak jawap. Aku mesej sebab aku betul-betul takde masa nak jumpa dah, iye-iye plak suruh jumpa. Tak paham aku.

Bende tu aku request senang je. Takyah bazir masa aku, takyah bazir masa dorang nak allocate masa nak tengok aku present ntah kali ke berapa. Tak suka, fine. Bagi je aku D. Paling minimum untuk lulus. Bukan aku takde buat keje. Bukan aku takde effort. Report kemain setebal-tebal alam tu tanak pulak belek. Padahal awal-awal dulu masa mula-mula tu dah nyaris dah nak lepas sebab report aku memang takde masalah. Saje nak susahkan orang ke atau ape?

 By the way, aku suka sangat dengan kerje aku sekarang. Tak jadik engineer pun takde hal. Aku declare diri sendiri arkitek. Haha. Kalo real arkitek, dorang deal dengan plan bangunan... Aku plak hari-hari deal dengan plan fibre optic. Jenis underground punya plan. At least lepas ni aku takkan maki-maki hamun lagi dah kenapa banyak sangat penutup besi yang tak sama rata dengan jalan. Dan aku lebih paham perjalanan cable, antena fibre optic yang kebanyakkan gunanya untuk internet, dan segala jenis communication yang lain.

Tapi masalahnye aku bukan handle peta-peta dalam Malaysia ni. Skang banyak project dari luar Malaysia, especially kat Australia. Memang handal gak aku handle peta-peta kawasan dalam Australia tu. Hehe.

Walaupun keje ni contract je... Tapi aku harap bleh la kot aku sambung setahun-dua sebab keje langsung tak stress. Weekend bleh bersantai-santai. Keje memang terhad dalam opis je. Kalo melawat site-site tu lain citer la. Of course la site semua luar Malaysia. Peluang jalan-jalan tempat orang tu. Hehe. OT pun ada... Tapi so far takde kepentingan sangat untuk buat over time tu. Lain ah kalo rasa nak study software tu lagi atau memahirkan diri. Nak belajar sendiri kat umah, beli pirate memang tak dapat ah.

Dan lagi satu sebab kenapa aku iye-iye sangat nak keje sini adalahhhhhhhh.......

Hari-hari aku bleh pakai baju cantik-cantik.

Muahahaha. Macam gampang tak statement?

Situ takde uniform. Takyah pakai formal. Just smart casual. Macam pegi kelas dulu. Tapi pegi kelas dulu... Sepanjang budak-budak tu kenal aku selama 3 tahun diploma, 3 tahun degree... Mana penah dorang tengok aku pakai dress ke apa kejadah baju-baju comel-comel lain. Balik-balik tengok aku dengan jeans, sweater, tudung. All blacks macam pembunuh bersiri.

Keje sini aku bleh pakai baju warna-warni. Yang penting takkan ada orang nak bahan aku sampai 4 keturunan sebab aku pakai style budak-budak TESL atau Business ke tempat keje sebab takde seko makhluk yang sama tempat blaja aku tu di tempat aku keje.

Haha. Siyes ah aku pun tak caye aku bleh berubah sampai camtu.

Dan jadik perhatian jugak sebab dorang cakap baju aku comel-comel. Muahahahahaha....

Kalo tak, dulu baju-baju camtu kalo wujud dalam koleksi aku pun, aku pakai bile kuar outing ngan osmet aku je. Pegi kelas jangan harap ah. Imej rempit tetap dikekalkan ketike ke kelas dulu.

Skang pegi keje pun masih merempit juge. Tapi skill dah tinggi skang sebab hari-hari sangkut dalam jem teruk. Mujur laa ade Jonny. Kalo aku pandai bawak keta je, entah kene shift keje pagi, masuk pukul 7 pagi tu... Pukul 5 pagi kot aku dah kene gerak dari umah agaknye.

Nampak je kat tempat keje kiut. Tapi atas jalan raye masih ganas macam dulu.

Heh.

Eh, banyak pulak citer aku kan. Tu laa citer 15 hari tak update. Sori ah takde gambar sebab gune laptop pinjam dan juge broadband pinjam. Takde feeling nak transfer gambar. Tapi memang takde gambar pun. Hehe.

P/s: Paling-paling-paling penting kat situ adalah.... Semua ingat aku baru 21 atau 22 tahun. Wahahahaha... Hepi yawww feeling-feeling muda. Padahal tak sedar diri dah dekat 26 nanti.

Oh ye. 7 Julai nanti satu Penang cuti tau. Dorang seme sambut besdey aku. Muahahahahaa.... Sumpah aku tanak pindah keje kat negeri lain sebab takde speciality camni.

Friday, June 3, 2011

Random #68

Dalam satu situasi kemalangan jalan raya. Kelihatan sebuah lori sederhana besar terbalik dan sebuah superbike Naza yang handle dan tank minyak hancur.

Persoalan kat sini...

Lori tu langgar superbike, lori boleh terbalik eh?

Gile kentaaaaaaaaaaaaanggggggggggggggggggg~~~!!!

Wednesday, June 1, 2011

Flora & Flora

Terubat tak kerinduan yang ada?

Terubat tak? Terubat tak?


Flora dah kurusss... Huhuhhh... Anak dia yang haritu tinggal seko je. Yang kaler sebijik macam dia. Eh, sebijik macam kucing jahat yang kitorang tak suke tu. Sama ah kaler oren gak.

Budak tu duduk luar. Biar dia kat luar. Nakal sangat. Dah ajar suruh behave, tanak dengar. Degil. Padan muke duduk luar. Biar mak awak je kat dalam umah.

Dah lah. Busy ni. Kbai.