Friday, November 12, 2010

Friendster

Pherghhh... Dekat berkurun jugak aku tak jengah friendster. Terbukak hati nak jengah sebab Fazar ngan Din cakap friendster dalam ranking ke-3 site yang orang Melesia bukak. Ye lah, aku pun tamau ketinggalan jugak ye tak???

Haha. Sekali ada mesej dalam tahun ni jugak yang datangnye dari "bekas membe" aku yang pernah aku cakap dier macam nak elak aku je sejak raya tahun lepas. Memang sampai tahap berpatah arang berkerat rotan la aku jadinye. Siap bagi no. fon lagi.

Kenapa la hidup aku skang ni jadik macam orang yang dulu penah jadi kawan baik, lepastu dengan tak semena-mena cuba nak elak-elak dari aku, sebijik macam dah buang aku dari jadi kawan... Tiba-tiba contact balik. Macam sorang minah lahanat berhutang ngan aku tu, siap dah janji nak jumpe la konon semua setel bende-bende yang tak bagus antara kitorang, tapi last-last? Senyap macam tu saja balik.

Patut tak aku percaya minah lagi sorang ni jugak?

Tapi aku reply mesej dia dengan cara paling lahanat jugak la. Kalo tak sedar diri tatau nak cakap apa dah la... Banyak la contact-contact. Hati aku dah tahap takleh terima apasal dulu dier macam buang aku dari jadik kawan tu takde plak nak consider nak mintak maaf ke apa...

Teruk betul...

2 comments:

Anonymous said...

kenape mesti putus kawan? pelik aku. ramai pompuan aku bace blog derang crite pasal putus kawan sebab dulu2 derang ade buat lahanat kat diri si penulis.

aku pun ramai kawan buat lahanat. sampai gaduh2. bertumbuk berdarah. tade pulak aku putus kawan. yg berhutang sampai ratus2 tuh aku halalkan je la skang nih. malas aku nak mintak dah. relek je lepak minum skang. tade ungkit2 pun. herher.
ade siap kitorang pulau ramai2 mase kat university dlu. tapi dia jemput pegi private wedding ceremony pulak bulan depan. hahaa!

tell me why kene putus kawan?

tak baik dowh! hehehe! panas tak?

Aslina said...

hmm... ikut kan aku cool je janji dier mintak maaf lepas tu keep in touch dengan aku dah ok dah. cukup buat aku senyum lebar.

tapi masalah dorang ni skang, da tau buat salah dengan aku, lepas tu tibe2 contact aku balik, konon nak setel, mintak maaf semua... mcm yang aku nak la... keep in touch...etc...

tapi by the time dorang kene tunaikan janji dorang... contoh la nak jumpe aku... mintak maaf tu sume... tapi dorang tak muncul pun. aku bukan tak mintak personal contact sebelum tu, tapi dorang yang janji nak cari aku dan dorang sikit pun tak kasik hint camne nak contact dorang. mcm minah kat friendster ni... bagi no fon tapi no fon dier takleh nak call pun. takde dalam perkhidmatan...

consider dorang sendiri la yang nak putus kawan terus kan? atas kesalahan sendiri... aku ke yang nak putus kawan ni sebenarnye? dah la aku ditinggalkan macam tu saje... takde penjelasan pun tibe2 nak putus sahabat...

aku bukan pendendam beb...