Sejak seminggu yang lepas, time2 aku lepak2 kat umah setelah balik dari campus... Tiba2 rasa keamanan hidup agak terganggu dengan suara kanak2 6 tahun ke atas yang agak annoying tengah gaduh2. Pastu baru aku perasan. Oh, cuti skolah dah rupanya. Nasib baik jugak la aku kat sini amik short semester [walaupun tak tentu lagi aku nak abiskan atau tak atas sebab2 yang sadis dan pilu]. Kalo aku kat Penang? Mesti hidup aku dalam bahaya sekarang.
Mana taknya... Cuti skolah ni kan sinonim dengan kenduri-kendara. So, banyak la kenduri2 kat kawasan umah aku kat Penang tu. Tapi aku pelik kenapa aku tak nampak kelibat khemah kenduri kawen kat area umah sewa aku sekarang ni. Mungkin dorang tengah belajar bijak wang agaknya. Planning buat kenduri hujung tahun saja. Berbalik pada keadaan di Penang. Dah tentu banyak jemputan kenduri menerjah ke rumah aku. Biasanya saudara2 la.
Dulu kecik2 aku sangat suka pegi kenduri kawen dan buat2 tolong2 kat situ sebab masa dulu skolah aku ada wat ala2 report card pasal tolong ibu-bapa atau masyarakat masa cuti skolah...Sibuk la aku tolong2 sana-sini sebab nak bapak aku sign. Hehe. Skolah korang dulu ada ke camni? Bagus gak aku rasa sebab nak bagi student bergaul dengan masyarakat dan taat kepada ibu-bapa.
Sekarang aku dah jadi trauma nak pegi kenduri kawen. Bukan pasal pelamin roboh atau pengantin mekap macam celaka, tapi pasal tak sanggup nak hadap sedara2 aku kat umah kenduri tu. Antara soklan yang popular ditujukan khas untuk aku adalah, "Hang bila lagi?" Adeiii...Dia ingat nak cari calon untuk kawen seumur hidup ni sama macam nak buat order Pizza Hut delivery ke? Bila aku sekadar senyum, maka panjang lebar la ceramah dari mak sedara aku tu. Ntah apa dier pikir aku pun tak tahu. Ingat aku tak laku agaknya.
Tapi betul la kot. Aku single lagik. Haha. Sebenarnya malas nak serius dalam apape perhubungan. Sebab selalunya aku yang kene pijak. Bukan sebab terlalu percaya, tapi mungkin agak mengabaikan pasangan. Pada aku, takde apape ikatan, watpe nak kawal lebih2? Tapi selalunya kebebasan tu telah disalahgunakan. Last2 aku jugak la yang kene mengalah. Tapi orait juga. Hilang satu beban. Tak payah susah2 aku nak jaga hati orang lagi dah. Jaga moto lagi baik. Boleh juga bawak berjalan2.
Cuma takut sikit la bila pasal turn kenduri kawen ni. Kuarge sebelah bapak aku...Aku tak risau sangat pasal ada lagi 12-13 orang lagi sepupu aku yang belum kawen selain aku. Tapi yang buat aku jiwa kacau dan malas nak balik kampung ni sebelah arwah mama aku. Dah la majoriti tinggal dekat2 dengan umah aku...
Korang tau dalam ramai2 sepupu aku sebelah arwah mama aku tu, cuma tinggal 5 orang je termasuk aku yang belum kawen? Tolak sorang dah bertunang. Tinggal 4. Paling muda pun adik kepada yang dah bertunang tu. 21 tahun... Dengar2 dier pun tak lama lagi je tuh. Ah, yang single makin pupus. Lagi satu takley blah, anak kepada sepupu aku juga dah kawen dan mempunyai anak. Lagi 2 tahun bila budak tu dah pandai bercakap, mesti mak ayah dier introduce aku sebagai "Tok Cik"... Muda2 lagi dah dapat title "atuk"
Adeiii...
2 comments:
sila duduk di kuala selangor ni saja...
tak yah pening2 nak dengar soalan depa...
::kak syima::
itu lah...kuala selangor agak membahagiakan walaupun kadang2 annoying dengan jiran...hehe
Post a Comment