Sila baca entry ini dengan berlatar belakangkan lagu "Hidup Sederhana (Basikal Tua)-Sudirman"
Basikal ni banyak berjasa dalam hidup aku. Ok. Aku tipu. Ni basikal arwah bapak aku. Basikal yang besar kaler hitam tu tau? Bukan yang kecik kaler kuning tu. Ni jugak basikal tua kedua dier sebab basikal tua dier yang first skali tu kene curi. Ekceli basikal tu la yang banyak berjasa kat aku. Oh, ye... Kat sini juga aku nak ucapkan banyak2 terima kasih kepada semua yang sudi bagi dorongan dan galakan supaya aku kuat menempuhi dugaan kehilangan ayahanda tercinta.
Arwah bukan la peminat basikal tua. Tapi dia memang serasi dengan basikal ni. Cuba bagi mountain bike kat dier. Ade dier nak bawak basikal kaler2 camtu? Sejak zaman dier muda-kacak-bergaya lagi dier suka naik basikal. Tanyalah sapa2 yang kenal dier sejak kecik. Semua orang tahu dier pegi mana saja naik basikal. Cuma sejak berkeluarga je dier bawak kereta sebab ramai2 boleh naik. Tapi kalo pegi keje naik basikal la.
Dulu masa sebelum aku lahir, arwah selalu jugak bawak abang aku naik basikal pegi tengok kereta api masa dorang tinggal kat Nibong Tebal. Lepas aku lahir, takde dah nak ronda2 dengan basikal ni. Mana2 nak pegi semua naik kereta je. Cumanya masa pegi sekolah saja la arwah antar aku sampai kat jejantas dekat jalan nak masuk Taman Sri Nibong tu (skang dah takde jejantas...Dah jadi flyover kat situ) Itu la rutin hari2 beliau. Tambah pulak masa aku darjah 2 arwah dah pencen. Dia pencen awal. Jadi memang aku pegi sekolah, balik sekolah, pegi mengaji, balik mengaji, semua dia antar dengan basikal tu je.
Gigih dia kayuh basikal ni bawak aku pegi mana2. Sampai la aku dah besar pun kalo tempat tu dekat. Contoh macam dulu, masa aku keje kat kedai makan (skang dah jadi Bank Islam) kat Sunway Tunas tu. Kan dekat je ngan umah aku. Lintas jalan je. Tapi sebelum sampai jalan besar tu la arwah akan antar aku dengan basikal dari rumah. Takde la patah kaki pun kalo jalan. Tapi arwah tak suka aku jalan kaki. Dia lebih suka nak hantar aku pegi mana2 pun. Kalo jauh, naik la kereta.
Arwah bukan takde lesen moto. Ada je. Baru tahun lepas dia buat. Pakej untuk warga tua. Baik hati betul JPJ. Tapi kalo korang nak tahu, 3 kali je arwah bawak moto. Sekali masa penerangan nak amik L, sekali masa test moto dan kali terakhir adalah saja2 test bawak moto untuk antar aku pegi jalan besar tu nak pegi kedai makan tempat aku keje. Tapi aku rasa seronok lagi dia bawak basikal. Sebab dia bawak moto sangat slow dan berhati2. Aku syak dalam 8-10km/j. Tapi dia bawak basikal average dalam 10-14 km/j dengan sangat berhemah dan bersopan di jalan raya.
Tapi dengan basikal jugak la arwah "pergi". Dah ajal,kan? Genap 8 bulan 1 hari arwah mama aku pergi, dia pula menyusul. Sedih memang la sedih. Tipu la kan kalo tak sedih. Tapi kalo aku emo sangat pun bukan masa boleh diundur semula. Apapun cuma kenangan saja yang ada. Ramai juga orang terasa kehilangan beliau. Ramai juga yang kenal arwah dengan basikal tu. Tanyalah dari Sungai Nibong sampai ke Sungai Ara. Hanya arwah dengan kawan dia, (arwah juga) Pak Su In (Rahim) je yang selalu naik basikal tua kalo pegi mana2 pun.
Sekarang dah takde la kelihatan seorang insan yang gigih mengayuh basikal untuk beli barang2 pasar pagi Sabtu, Ahad ngan Isnin, antar Amirul dengan Hasni pegi sekolah, beli surat khabar, beli kuay teow sup feveret aku, beli sarapan pagi, pegi masjid, pegi surau, pegi beli makanan tengah hari... Iskk... Mereka2 yang selalu nampak arwah pun mesti terbayang2 arwah naik basikal pegi mana2.
Kalau la masa tu boleh diundur semula...
Al-Fatihah untuk arwah ayahandaku yang tercinta...
5 comments:
Al-fatihah utk arwah..semoga roh beliau ditempatkan dikalangan org yang soleh
as, saya tahu awk kuat :)
::cinta cukulet::
terima kasih :-)
alfatihah....
isk isk aku sedey..uwaaaa...
::z0wie::
...
::kak rieha::
tu aje kenangan yang tinggal
Post a Comment