- Last day submit report project micro.c
yang bak kata lecturer itu lebih tebal, lebih baik-dan aku bercita-cita untuk taip cerita sang kancil dengan buaya di dalam dekat tengah-tengah muka surat, harap-harap dia tak sedardengan tayang hardware. Tayang je la kot. Apa gila beli mahal-mahal barang lepas tu bagi kat lecturer terus? PIC tu adalah multipurpose dan boleh di-recycle untuk projek lain. Kan? - Submit assignment MCS yang super-duper taf dia punya soklan. Boleh bikin kau mereng dan langsung lupa apa benda Mr.Ahamed Khan tu ajar selama 1 semester sejak Januari haritu. Rasa-rasa kena layan cerita My Name Is Khan kot baru boleh dapat inspirasi.
- Presentation pre-tesis. Siot betul tak buleh pospon buat 3rd May. Sekarang hampir semua makhluk mekatronik adalah bersesak-sesak napas nak siapkan slide dengan nak pahamkan betul-betul projek yang nak dibuat? Aku? Kelam-kabut belajar guna Visual Basic secara online. Sampai berpeluh-peluh ni. Mujur final draft report masih boleh nego untuk antar pada 3rd May (last). Lega sekejap sebab masa terserempak dengan Ee (budak mekanikal) dia cakap pre-tesis dia tak sampai 30 pages pun. Arhh... Lega. Sebab aku baru lepas delete SEMUA bab methodology.
- Petang Jumaat yang mulia itu, pada jam 2.30 petang, ada test CIMLab. Mampus nak ingat command-command robot, axes dia, uhh... Nasib baik la ada soklan objective jugak. Boleh main tembak-tembak. Aku harap brader lab la yang jaga. Harap-harap Pn. Hashimah ada hal. Harap-harap lah.
- Malam tu aku nak study signal betul-betul. Untuk test 3 pada keesokkan hari, 1 May jam 9.00 pagi. Gila kot aku takmau dah repeat paper ini. Terpaksa jadi rajin.
Dan pada pukul 12 tengah hari, 1 May 2010... Aku nak tido sepuas-puas hati sampai ke 2 May 2010. Oleh itu, jangan kacau. Hahaha~~!!!
Doakan aku masih waras sampai hari sebelum final exam. Kalau agak-agak aku dah gila nanti, korang datang la melawat aku di hospital sakit mental sambil membawa 1 barrel KFC. Orang gila mana peduli dah pasal diet-diet ni, kan?
Doakan aku masih waras sampai hari sebelum final exam. Kalau agak-agak aku dah gila nanti, korang datang la melawat aku di hospital sakit mental sambil membawa 1 barrel KFC. Orang gila mana peduli dah pasal diet-diet ni, kan?