Sunday, August 9, 2009

Kenapa Mesti "Reverse Thinking" Dan Perlu Mengalah?

Kenapa bila aku cakap aku takde masa nak balas SMS sorang manusia ni tapi dia tetap tak paham2 dan asik keep on texting aku dan bile tak reply mula la enset aku akan diselubungi miskol tak kira masa?

Kenapa bila aku cakap "kita kan kawan biasa je" tapi sorang makhluk itu tetap menganggap aku anggap dier seseorang yang istimewa dan suke-suki sangat nak mesej aku walaupun tak penting dan sedia maklum akan kene marah dengan aku sebab SMS tak kena masa?

Kenapa bila aku cakap aku tak suka, tapi orang tu tetap ingat aku suka terhadap perhatian lebih2 yang dier bagi walaupun secara jelas lagi nyata aku highlight perkataan "tak suka" tu dengan huruf besar?

Kenapa keluar statement dalam mana2 artikel pasal percintaan yang menyatakan bahawa "perempuan ni lain yang dorang cakap, lain dalam hati bile2 mase je dengan mana2 lelaki?" Sape bingai yang buat statement camtu? Aku truly jenis cakap ikut ape aku rasa dalam hati. Tak caya leh cuba baca hati ngan fikiran aku. Confirm sama dengan ape yang kuar di mulut.

Kenapa seseorang tu mesti fikir simple statement sebagai complicated statement dan berusaha untuk cuba putar-belit kenyataan?

Kenapa mesti bila orang yang aku suka...Orang lain pun mesti sibuk2 jugak suka dengan dier? Takleh ke biar aku sorang je suke ngan dier sedangkan aku tau dier pun senang dengan aku?

Kenapa bila ada apape soal berbangkit tentang sesuatu dan melibatkan perebutan, aku yang mesti mengalah sedangkan aku yang terlebih dahulu memiliki sesuatu itu?

Kenapa tak pernah sekalipun dalam hidup aku berupaya memiliki sesuatu yang menjadi pilihan utama sedangkan aku hanya ditawarkan pilihan kedua?

Kenapa sesetengah orang masih tidak faham dan tidak boleh menerima sesuatu yang aku telah lakukan ataupun yang telah tersurat untuk aku sedangkan mereka telah melihat dengan jelas sebab dan punca aku jadi sebegitu?

Kenapa hidup mesti rumit?

4 comments:

profwacko said...

lagu "Selalu Mengalah" dari seventenn tu best.. baik ko dengar.

lavidalabelle said...

rumit itu indah juga satu masa nanti xD

nak kahwin pun lagi rumit.

Signorina Syima said...

betul!! hidup ini merumit kan...

sekarang nak pegi pukul sape???

Aslina said...

::rezan::
aku layan uprising je


::belle::
ha`ah...nak kawen pun rumit gak...mental jugak bace blog kazen citer pasal nak kawen


::kak syima::
tumbuk dinding je. itu je termampu skang...