Sunday, May 31, 2009

Mari Sing-A-Long Lagu Ini


Anyone Else But You-Michael Cera and Ellen Page


Ini adalah contoh copy-paste yang termalas sekali di dunia. Lagu ni dari filem Juno. Ntah knape tibe2 aku bleh admire dengan lagu ni. Siap bley sing-a-long lagi ngan lagu nih. Err... Tapi bab part-time lover dalam lagu nih... Err...Jangan tanya lah apa kena-mengena lagu ni dengan aku. Cuma suka sing-a-long saja. Jom nyanyi sama2.

Takde Keje

Hah! Sama tak muka kami?

Saturday, May 30, 2009

Entry Ini Berunsur Sikit Serius

Semenjak beberape hari ni aku tengok Buletin Utama ngan bukak2 surat khabar yang tak gemar membesarkan isu remeh-temeh [opps!]... Aku dapati Menteri Pendidikan dan jugak mereka yang terlibat dalam isu tu bersetuju untuk menghadkan bilangan mata pelajaran untuk student yang nak amik SPM kepada 10 mata pelajaran sahaja.

Sebelum ni aku pun pelik jugak la walaupun kagum gila ngan pencapaian budak2 yang amik mata pelajaran banyak2 pastu dapat straight A1 plak tu. Jeles pun ada sebenarnye. Tapi aku kabur gak ape motif dorang amik subjek banyak2 dan jugak subjek ape la yang dorang amik sampai banyak sangat tu. Ye la, aku pun penah amik SPM dulu. Baru tengok jadual exam yang berbelas2 muka surat tu pun dah pening. Ini kan pulak nak ngadap paper banyak2 tu...

Pastu plak aku dapati sesetengah skolah je plak yang kasik student dier amik berpuluh2 subjek. Ape motif pun aku tatau. Kalo skolah dier confident student tu bleh bawak sume tu, kira ok la...Tapi dalam hati kecik aku tetap anggap skolah tu saje nak cari publisiti murahan dan agak seperti exploit student bijak2 camtu [Hahaha...Abeh laa...Ada la kang skolah yang sentap ngan aku ni kang...]

Seriously tak adil kalo tibe2 student tu score gile babi. Dah la skolah biasa2 plak tu. Nampak sangat la seperti menidakkan keupayaan student2 skolah berasrama penuh, skolah sains, atau MRSM. Dah pulak dorang yang berhempas-pulas pulun PMR dulu, susah2 amik exam nak masuk asrama... Dah dapat, jauh dari parents... Ada yang tiap2 malam menangis la sebab takleh peluk mak sebelum tido...

Tapi bila ada yang lebih baik dari dorang tu, ramai orang sanjung2. Pastu plak ader yang lagi mulut macam celaka boleh plak kuar statement "Ala...Skolah kampung pun boleh score 20A1...Ko skolah hebat2 setakat 7-8A1... Sape pandang dah, bai..." Huh...Boleh mendatangkan kemarahan tu beb! Boleh otomatik wat budak tu down gile [contohnya; aku] Sumpah aku tak mengaku aku belajar kat skolah hebat dulu sebab camni.

Tak adil beb. Dulu aku kat MRSM Perlis, extra subjek yang kitorang boleh amik hanyalah Seni ngan Tasawwur. Aku sumpah la tak amik Tasawwur tu. Nak lebih2, cikgu cakap boleh...Tapi kitorang kene la pegi skolah2 berdekatan [paling dekat pun ntah bape puluh km dari maktab] untuk belajar subjek2 lain kalo gatal sangat nak amik subjek banyak2 nih. Tapi aku yakin, skolah2 camtu offer extra subjek yang limited camtu ada motifnya. Khusus untuk minat student masa kat IPT nanti. Tapi berpada2 la kan?

Yang amik banyak2 plak...Tatau la aku... Kalo dorang semata2 belajar banyak2 subjek tu tanpa minat... Walau hebat camne score pun susah jugak. Susah nak pilih bidang yang dorang cenderung. Maklum la... Semua sangat cemerlang. Last2 jadi macam aku...Haa...Hambik! Aku dulu budak sains gunaan. Amik Fizik, Kimia ngan Akaun. Tak indie la amik Bio pasal aku gemuruh bab nak belah2 katak. Tangkap katak boleh laa...Pastu mula2 pas SPM aku dapat tawaran matrik. Aku tolak pasal abang aku dah gula2kan aku untuk masuk ATMA. Katanya blajar situ dapat duit. Aku laju je setuju. Sapa tak suka duit kan?

Kat ATMA tu aku dapat kos Sains Komputer. Aku suka gila pasal sebelum tu aku sangat la buta IT tahap tatau nak cakap macam mana lagi dah. Skang aku dah terer. Setakat C++ tu pejam mata pun boleh buat la. Haha. Bapak la riak. Tapi aku tak lama kat situ pasal aku suka cari pasal. So, kene la tendang. Pastu aku keje dengan Fokus Point sekejap. Dah aku jatuh hati dengan kerjaya optometris. Dorang jugak nak offer aku further study bawah tajaan dorang dalam optometry. Tapi sayangnya aku tak layak sebab aku tak amik Bio. Aku sambung blaja kat UNISEL...Aku dapat Mechatronics Engineering. Hambik ko. Jauh panggang dari api dengan ape yang aku score masa SPM dulu. Tapi aku rasa sistem pendidikan IPT kita dah terbuka.

Tak kisah la ko amik atau score apa sekalipun zaman2 SPM, tapi asalkan ada minat, slambe la ko proceed blaja kat IPT...Tak kisah la dalam atau luar negara. Tapi, bila dah amik banyak2 subjek tu kan...Tak ke pening nak pilih bidang ape yang berkenan kat hati nanti bila dah masuk IPT? Kena plak bila dah 2 tahun kau bergelumang dengan subjek2 tu, tiba2 plak semua ko suka. Ha? Camne? Tak sure plak ape relevannye pengalaman aku dengan had 10 subjek ni.

Apa yang pasti, bila dah hanya boleh amik 10 subjek tu, elok la galakkan pelajar2 tu amik subjek yang betul2 boleh membantu dorang amik kursus idaman dorang kat IPT kelak. Bukan ape, kalo tak kena dengan minat dorang...Nanti bukan2 plak dorang buat. Maklum la remaja sekarang bukan jenis pendam perasaan macam remaja dulu2. Ikut je ape kata mak ayah. Remaja skang nih cepat je memberontak. Betul la kan? Hehe. Apape pun... Pikir la sendiri ape yang terbaik untuk generasi sekarang dan akan datang sebab dorang ni la yang bakal nak memimpin negara kelak.

Friday, May 29, 2009

Kisah Kawan2 Aku

Banyak benda aku nak story kat sini masa aku balik kampung aritu... Maklum la cuti sebulan. Enjoy la beb! Tapi tak berapa nak enjoy sangat sebab sekarang kawan2 aku yang boleh beronggeng dengan aku di sana dah merudum jatuh kepada 2 orang. Iaitu Iryani dan Bazilah. Lain2 suma out of list pasal dorang dah kawen. Sori la aku tak masuk Jumie dalam list pasal dier free malam2 je...Aku kat sana mana boleh kuar malam2. Adifaizal pun dah merajuk ngan aku sebab takley kuar malam2. Mamat tu baru baek punya nak promote satu MLM kat aku. Huhu... Aku tak minat MLM la Faizal oi...

Ok. Kawan aku yang first aku nak story kat sini Iryani. Dier ni membe aku sejak tadika...Miahaha...Lama kan aku kenal dier? Beliau skang telah mempunyai kereta baru. Sila lihat gambar di bawah. Haha. Gila bai...Baru brape bulan keje dah pakai Vios. Dan paling aku kembang2 segala2 yang boleh berkembang adalah... Aku la orang pertama yang dier bawak jalan2. Haha. Mama dier pun jeles kat aku ok? Hehe... Masa cuti aritu aku telah jadik escort merangkap bodyguard tidak rasmi beliau semasa offday. Saja2 je ikut dier gi tempat keje dier. Dan sume yang keje kat situ ingat aku ni adik dier. Mentang2 la aku rendah sikit. Chaitt!! Kuar ngan dier jugak telah membuatkan mak dier warning kat dier supaya antar aku balik umah sebelum kul 9 malam. Huahuahua...

Boifreng baru beliau


Sebenarnya bukan aku takleh kuar sampai lewat malam ngan dier atau sape2. Tapi kene call inform bapak aku dulu la. Setiap setengah jam. Mana la aku sanggup? Dah la call abang aku. Bapak aku mana ada henset. Abang aku pun meluat nak tanya aku kat mana setiap setengah jam. So, better aku balik umah. Lagipun makcik ni offday hari Khamis. Kan malam tu ada citer Keliwon kat TV3...Mana boleh miss beb!! Sapa suruh dia offday hari Khamis,kan?

Membe aku yang kedua... Bazilah. Dulu aku ok je ngan dier nih. Nak kuar pi mana2 call je. Pastu ok je nak kuar. Janji dier pikap aku kat umah dengan Ego dier. Tapi kali ni cuti aku bawak moto aku balik bersama2. So, camne tah la mak dier tahu...Pastu mak dier dah tak kasik dier kuar ngan aku. Mak dier cakap tak logik aku tatau jalan2 kat dalam Penang tu. Tapi hakikat sebenar...Sumpah aku tak reti jalan kat sana. Nak pegi umah Mak Ngah aku pun aku siap sesat jalan lagi. Huhu... Aku pun tak paham kenapa mak dier kontrol dier lately. Sedih plak aku rasa. Aku suke kuar ngan dier coz bile kuar ngan dier slalu kitorang akan lepak di tepi pantai yang indah. Haha. Siyes. Aku suka ajak dier gi pantai lepak2 sana.

Last aku kuar ngan dier... Mak dier bising. Tiap2 10 minit call. Lagi dasat dari bapak aku suruh abang aku call aku. Aku penah jugak tanye dier apsal dasat sangat dier kene control...Tapi dier cakap, dier pun tatau. Maka berlarutan la sesi luahan perasaan pada hari itu. Aku syak la...Mak dier tahu kot pasal dier ader 'someone' secara senyap2 dan jugak pikap aku sebagai alasan untuk jumpe mamat tu. Huh...Memang la kadang2 aku kuar ngan dier ni aku rasa seperti dipergunakan. Tapi, ape boleh buat? Dah kawan2. Yup. Aku memang lemah sikit bab kawan2 nih. Tatau la knape.

Maybe sebab kawan2 aku sangat sikit kot. Sebab tu la aku sanggup wat ape je kat dorang nih. Janji maintain kawan2. Hurm... Nanti kalo la dorang dah kawen kan...Takde dah la membe2 aku untuk ajak kuar same2 bile aku balik kampung. Bukan aku takmo campur ngan orang dah kawen ni... Tapi tengok la ada sekali tu... Aku ajak kawan2 aku men bowling... Yang dah kawen siap angkut anak2 lagik... Kalo da besar takpe gak... Ni baru 3-4 bulan. Meraung la budak tu kat tempat bising2 camni. Haishhh...Yang baru2 kawen plak tak abeh2 lagi ke nak mengenyeh...Kat umah sudah la...Takyah la nak tunjuk2 yang korang baru kawen...Huhu...Siyes aku tak paham la ngan dorang ni. Bukan jeles, ok? Dari aku nak have fun, jadi meluat plak nak ajak dorang lain kali.

Huhu... Itu la sikit sebanyak pasal kawan2 aku kat Penang tu hah. Aku bukan ader ramai kawan sangat pun. Ada aku kisah orang nak label aku sombong atau kera sumbang? Janji aku tak kaco idup orang lain sudah, kan?

Fakta : Kenapa Aku Tak Suka Naik Teksi

Aku memang tak suka naik teksi. Lebih2 lagi kalo sorang2. Kalo2 terpaksa dan sangat darurat skalipun aku akan cuba sedaya-upaya aku buat2 muka kejam dan tidak peramah.

Macam kat sini la, sebelum aku dapat motor aku tu...Hari2 naik bas. Kalo miss bas nak masuk campus, kalo dah lambat gile nak gi kelas, aku naik teksi. Tapi teksi sini cam haram sikit. Dah la seat longgar, pintu cam nak roboh, driver plak banyak cengkadak caj seploh hengget satu teksi. Padahal ape la salahnye kasik diskaun kat aku yang kelam-kabut nak gi kelas ni,kan? Jarak yang sama, naik bas baru singget. Naik teksi seploh kali ganda. Gila apa? Bill Gates pun boleh bengkrap.

Sebenarnye tu bukan la isu utama aku nak citer kat sini. Aku memang tak suka naik teksi sejak...Ermm...Dalam 4 tahun lepas la... Ni citer masa aku study kat Shah Alam. Aku dulu ngan Sal nih agak2 kerek sikit bab2 nak naik bas. Maklum la, kitorang masa tu malas nak tunggu bas yang sentiasa penuh tu agak2 kurang orang untuk kitorang naik. Tahan aje la teksi. Nak dijadikan citer, kitorang cam 'sangkut' ngan satu teksi nih. Bukan sebab drebar dier ensem ke ape...Tapi camne tah nak dijadikan citer pakcik tu baik ngan kitorang. Siap kasik no phone, supaye kalo ader apape, nak kemana2 emergency ke atau tak emergency... Boleh je contact dier. Any time. Sal suka la. Aku pun suka jugak sebab kadang2 naik dier tak mintak bayaran pun. So, officially-nye pakcik tu dah otomatik jadik ala2 private driver kitorang.

Naik beca lagi bagus,kan? Eh, kat Shah Alam ada beca ke?Ini gambar aku Google,ok?

Dulu kat Shah Alam ada teksi2 dari kalangan keta kenari. Memang meriah la teksi2 nih sebab driver2 dier suke letak macam2 aksesori kat dalam keta. Antara teksi paling horror yang penah aku ngan Sal naik sebelum sangkut ngan teksi sorang pakcik ni adalah, teksi yang bertemakan spider. Gile letak labah2 fluffy yang besar gile kat dalam keta. Seb baik la ala2 teddy bear. Kalo sipder betul...Mau ramai kene sengat. Haha.

Ok. Ok. Aku memang suke menyimpang topic. Berbalik kepada tajuk asal. Aku ngan Sal ni takde la nak gedik2 sangat ngan pakcik teksi kenari. Cuma kami ni agak peramah orangnya. Sampai la kepada satu ketika. Aku ngan Sal nak balik kampung. Sal bernasib baik la sebab ramai sangat pulun nak antar dier ke stesen bas. Al-kisahnya aku balik sehari lewat dari Sal nih. Aku bukan takde membe. Tapi masa tu aku agak segan nak mintak bantuan kawan2 yang aku tak bape nak rapat sangat. So, aku pun call la pakcik ni pick up aku kat depan guard. Aku nak balik kampung malam tu jugak.

Setelah beberapa lama tunggu, pakcik tu pun sampai la. Tapi aku takley duduk belakang coz masa tu jugak dier nak antar 3 orang dak UiTM balik kolej. Hurm...Takpe la memandangkan aku pun cam kenal baik ngan pakcik ni, aku tak kisah la duduk depan pun. Aku sebenarnye nak pegi KTM Shah Alam. Terus ke KL. Nak balik malam tu jugak2. Tak tahan rindu sangat kat pintu umah kat kampung. Tapi dah antar budak bertiga tu, pakcik ni bawak teksi macam biasa. Tapi tibe2 melencong ke jalan yang aku cam sangat tu jalan pegi KTM Batu Tiga. Memang bapak la horror jalan tu. Sebab keta tak banyak lalu kat situ.

Dah tu plak dalam teksi nih, pakcik tu dah lain macam. Dari bersembang hal-ehwal akademik aku, dah melencong ke masalah rumah tangga dia. Ada aku kisah? Pastu macam2 la dier citer bende2 yang aku tak expect sorang orang tua akan bercerita kat aku. [Take note. Bende ni 4 tahun lepas. Masa tu aku masih innocent] Sambil2 tu tangan dier dari gear melarat ke paha aku. Babi betul. Gosok2 plak. Pastu melarat pegi tangan aku. Suka2 hati dier je. Aku dah cuak gila. Dalam hati nak aje aku bukak pintu teksi dan terjun. Tapi nanti aku tatau jalan balik umah pulak kan?

Aku tepis2 la. Wat2 call orang. Kebetulan ada plak orang naik moto belakang teksi tu seolah2 macam follow kitorang jek. So, aku dah lega sikit. Siap cakap kat pakcik tu yang moto belakang tu balak aku. Huhu. Nak menipu pun tak hagak2,kan? Skali Mat Moto tu belok gi simpang lain plak. Pakcik tu dah semacam dah cakap aku tengok. Dalam masa aku sibuk2 tepis tangan babun pakcik tu [banyak bulu, ok?] sebelah tangan aku lagi seluk dalam beg aku carik pisau yang selalu aku bawak kemana2 untuk safety. Mampus pi la kawan2 aku dulu label aku psiko sebab bawak pisau pi merata2 tempat. Safety first beb!

Jumpa pun pisau tu. Pakcik tu pun dah memang lain macam dah. Dah la merepek2 dier citer kat aku. Kurang kasih sayang la. Babi betul. Kalo kurang kasih sayang apahal plak anak ko sampai 6 orang? Aku nekad. Srappp!!! Aku toreh tangan pakcik tu. Darah gile babi beb. Aku siap ugut lagi suruh cepat2 drive pegi KTM tu, kalo tak, kalo dier buat hal lagi, tak ragu2 aku nak tikam dier kat situ jugak. Phuh. Dalam hati aku, Allah saje yang tahu. Tapi kontrol. Takleh bagi nampak cuak. Memang masa tu aku macam tak caya je aku berani sampai camtu. Ala, lagipun bukan pakcik tu je mangsa torehan aku. Ada sorang brader ni pun sama jugak. Itu nanti la aku citer. Itu memang salah aku pun ikut orang yang tidak aku kenali.

Pakcik tu speeding sampai ke KTM Batu Tiga. Aku blah turun. Pakcik tu pun turun jugak. Dier mintak maap ngan aku. Dier suh aku jangan citer kat sapa2. Memang aku tak citer kat sapa2 pun. Tapi skang aku sebar secara meluas kat dalam blog. Haha. Tapi tu pengajaran beb. Jangan baik sangat dengan pemandu teksi. Aku pun tatau la knape bende ni jadi kat aku. Lepas tu, Sal ajak aku naik teksi lagi, aku dah takmo. Aku citer sume kat dier. Tapi aku pelik. Sal pun penah naik teksi sorang2 dengan pakcik tu. Pada aku Sal lebih hot dari aku. Tapi knape mesti aku yang kene camtu. Pelik juga.

Apape pun, lepas je aku sampai kat KTM Batu Tiga tu, aku tak jadi pegi KL. Aku beli tiket pegi KTM Shah Alam. Aku balik umah kazen aku,nak tenangkan hati. Gile betul. Aku rasa kalo pakcik tu bawak teksi kat Shah Alam lagi, kalo la korang naik teksi dan kot2 la nampak sorang lelaki tua bawak teksi beserta parut memanjang kat tangan kiri... Kemungkinan besar itu adalah hasil ukiran aku. Tatau la kalo pakcik tu guna Bio-Oil.

Tak lama pas kejadian tuh, aku tengok banyak plak kempen2 nak elak harrasment camni. Lebih2 lagi kerajaan syorkan guna penyembur lada sulah tu. Aku rasa kalo aku guna la penyembur lada sulah malam tu...Sapa nak drive teksi tu sampai ke destinasi sepatutnya? Dah la aku takde lesen keta nih. Huhuhu... Moral kat sini, all girls, berhati2 la walau di mana pun anda berada.

Tuesday, May 26, 2009

Malas nak letak tajuk.
Aku takde mood nak update apape.
Mengantuk pun ada nih...

Cuaca kat luar baekkk punye gelap dan sejuk2 serta menarik2 mata aku untuk terpejam lena dari sibuk memikirkan umah bersepah serta perut yang lapar...

Sesungguhnye tido itu memang nikmat time2 sejuk camni.

Aku baru nak belajar2 tido time2 cuaca nak hujan serta sejuk2 camni sebab sebelum ni aku begitu mudah mengantuk bila cuaca panas terik. Bayangkan la dulu masa kat ATMA, time2 kawad tengah2 panas terik aku boleh tertido sambil berdiri. Akibatnya aku kene ketuk kat kepala. Dan dapat title 'Flower Horn'. Benjol dapat, nama baru pun dapat.

Sudah la. Aku nak tido.
Kejutkan aku esok pagi je,ok?

Monday, May 25, 2009

Pagi2 Bute Dah Sibuk Jawap Tag!!

Ape la nasib oii...Aku baru beberape hari tak melawat blog...Pastu aku pun ngambik kesempatan pagi2 buta setelah sampai dari Penang ni lepak kat McD sambil online...Tengok2 kat shoutbox tu bende pertama aku nampak adalah tag...Aku pun buat la tag ni...Sebab aku tengah takde keje skang...Kalo ada tag2 lain tu sila komplen kat komen kat bawah nanti...Maklum la...Melayu mudah lupa [eh, aku Melayu eh?]

Jawapan untuk soklan Cik Nughul tuh...Aku SENTIASA single la weyy...Ahaha!!!

1) APAKAH HUBUNGAN ANDA DENGAN DIA (INSAN YANG MENGETAG ANDA)?
Hah...Susah nak jawap nih...Err...No komen boley? [Eceh...Macam artis la plak...] Haha!! Aku ngan insan yang ngade2 nak tag aku ni adalah membe2 blogger saje...Siyes! Sumpah tak tipu...

2) 5 IMPRESSIONS TERHADAP SI DIA
Hoihh...'Si Dia' mana ni? Tukang campak tag ni ke? Huhuuu...Ape tah impression aku kat dier...Antaranya selalu buat aku rasa lapar...Pastu...Buat aku geram je bace entry dier...Bleh buat aku sama2 emo macam dia dalam entry2 dia...Aku rasa aku ngan dier ader chemistry yang kuat bab2 maki2 orang...Hah...Apa lagi satu? Alaaa...Time ni plak la otak aku jem...Pandai2 la pikir lagi satu tu...

3) PERKARA YANG PALING MEMORABLE DIA PERNAH LAKUKAN KAT AWAK?
Berkaitan sapa ni? Soklan biar la terang sikit... Ko penah buat ape kat aku ni Nughul oii? Buat cup cake pastu antar kat aku pun tak penah...Haha...

4) PERKARA YANG PALING MEMORABLE DIA PERNAH CAKAP KAT AWAK?
Ape ko penah cakap kat aku ni Nughul? Ko penah cakap ngan aku ke? Bukan kite saling balas2 komen saje ke? Wakaka~~!!!

5) KALAU DIA KEKASIH AWAK, AWAK AKAN?
Hah? Astagfirullahalazim... Aku bukan lesbian la dowww~~!!!

6) KALAU DIA MENJADI MUSUH ANDA, ANDA AKAN?
Mana bleh jadik musuh...Kuota musuh aku dah penuh laa...Limited untuk Iman sorang je jadik musuh aku...Mana boleh share2 ngan orang lain...

7) KALAU DIA JADI KEKASIH ANDA, DIA PERLU IMPROVE DALAM?
Kalau eh? Haha... Ko kene improve dalam penggunaan bahasa2 sopan-santun lagi ayu...Wahahaha~~!!! Boleh tak gitu?

8) KALAU DIA JADI MUSUH ANDA MUNGKIN KERANA?
Kerana Iman dah takmo jadik musuh aku kot... Hah! Iman!! Baik ko cakap...Ko jadik musuh aku sampai bila2,kan? [sambil mengacu pistol semi-auto kat kepala Iman]

9) OVERALL IMPRESSION TENTANG DIA?
Hah...Impression aku kat minah nih? Ntah laaa... Dier ni maybe emo macam aku la jugak kan?

10) THE MOST DESIRABLE THING TO DO TO HER/HIM?
Aku nak ko menari tarian Hawaii boley tak Nughul? Puhleezzzz...Nak sangat tengok...Hahaha!!

11) APAKAH ANDA RASA TENTANG PANDANGAN ORANG TERHADAP ANDA?
Hah!! Sapa pandang aku...Sila bayar RM50 untuk 3 saat cepat!! Sapa pandai2 komplen pasal aku plak kene caj lebih2 sikit...Termasuk caj tersembunyi...

12) THE CHARACTER OF YOU FOR YOURSELF...
Aku seorang yang kejam. Serius...Cuba la cari pasal ngan aku...Nanti korang akan terima la padahnya...Seperti yang telah terjadik kepada orang2 yang penah cari pasal ngan aku...Mwahaha~~!!! [Gelak bitch dan super jahat]

13) ON CONTRARY, THE CHARACTER YOU HATE ABOUT YOU...
Ape yang aku menyampah ngan diri aku ni hah? Haaa...Aku saaaaaaaaangat pemalas nak study...Melainkan kene ugut moto kesayangan aku tu nak kene bakar oleh Mark Royston...Secara otomatik aku menjadi rajin study...Kan Mark, kan?

14) THE IDEAL PERSON YOU WANT TO BE WITH...
Ideal person? Aku nak orang macam membe2 aku... Macam Mark ke... Tu kira ideal la kot...Haha...

15) FOR PEOPLE WHO LIKE YOU, TELL SOMETHING ABOUT THEM...
Sape suka aku tu...Tandanya dier dah tak lama dah tu...Ape aku nak cakap setelah itu adalah..."Arwah tu baik budaknye..."

16) 5 PEOPLE YOU TAG...
Laaa...Kene tag lagi 5 orang ke?
- Kak Syima
- Cinta Cukulet
- Hadra
- Zowie
- ProfWacKo [tiba2 aku teringat kat ko plak...Haha...Hapa kes?]

Sori la weyyy...Aku malas nak letak link...Mwahaha...Kepada yang berkenaan tu paham2 sendiri la yehhh...

17) NO. 2 ADA HUBUNGAN DENGAN SIAPA?
Dier ada hubungan kekeluargaan dengan mak ayah dier...Betul la kan?

18) IS NO. 3 MALE OR FEMALE...
Hadra, ko female kan? Haha...

19) NO. 1 BELAJAR APA?
Skang akak tengah belajar ape,kak?

20) IF NO. 3 DENGAN NO. 5 ADA RELATIONSHIP... IS IT A GOOD THING?
Ermmm...Jap nak pikir...Bagus ke Rezan ader relationship ngan Kak Syima? Huhu...

21) MACAM MANA DENGAN NO 5 DAN NO 4?
Rezan...Ko tak kenal Zowie kan? Haha...

22) NO. 4 SINGLE KE?
Zowie...Ko tak single kan?

23) SAY SOMETHNIG ABOUT NO 3 ...
Hadra tu baik budaknye...Bersopan santun...Berbudi pekerti mulia laa...Bak kata orang...Kalo nak cari calon menantu...Bleh contact dia laa...

21) NO 2 KELAKAR KE?
Owhh...Sangat la kelakar...Kalo masuk Raja Lawak kat Astro, korang semua patut undi dia....

Wednesday, May 20, 2009

Sama Tak Serupa




Ni Wonderpets kat dalam TV...






Ni Wonderpets kat umah saya...


Jom2 teka mana satu Lenny, Tuck ngan Ming Ming dalam gambar ni.
[Seriously ini adalah idea Incik Asrul, iaitu ayah dorang...Hahaha~~!!!]

Saturday, May 16, 2009

Takutnye!

Macam2 virus tengah bertebaran di udara. Sila berhati2.

Hapdet ringkas. Haha. Boring la wey! Tengah ketaq tunggu result exam ni.

Cadbury Break Dan Hari Guru

Macam banyak je bende nak kene sambut dalam bulan Mei kan?
Mula2 dulu besday abang aku...Eheh! Macam penting jek. Nak buat camno...Bro kesayangan aku tu lahir pada 1 Mei...Hari Pekerja. Hihi.

Pastu sambutan Hari Ibu pulak. Pastu harini Hari Guru. Aku dapati ader kawan2 aku dah selamat jadik cikgu skang. Bagus la... Semoga anak murid korang tak buli korang sudah la. Aku nak jadi cikgu...Macam tak layak je. Tunggu aku sebesar Adibah Noor baru la aku berani nak jadi cikgu. Haha!!

To Linda, Cikgu Rashid dan juge blogger2 lain yang jadik cikgu... Aku nak ucapkan Selamat Hari Guru. Tak lupe jugak kepade classmate aku masa skolah rendah dulu. Aliff... Ko ingat tak ko kene denda ngan Cikgu Anita dulu sebab gagap jawap soklan dier? Tak sangke plak ko plak skang dah jadik cikgu. Ekeke...


Hah!! Tadi aku jalan2 kat 7E... Lama belek2 coklat untuk anak buah aku [Teettt!!! Tipu].Tibe2 aku nampak cekelat Cadbury Break. Terus aku teringat kat Cikgu Azilah [If I not mistaken sebab aku agak ingat2 lupa nama dia]. Sebab dia dulu kerap kali "dera" student2 yang dapat markah rendah dalam subjek Fizik dulu. Dia ajar aku masa Form 5... Dan jugak roommates aku [cubemates la konon2 masa tu]. Aku siap borong banyak2 lagi cekelat tuh. Wat stock in case aku dapat markah rendah atau sape2 dapat markah rendah dalam Fizik. Hehe. Ye la. Kat koop mana ada jual ma. Mahal! Kene outing kuar gi The Store Kangar tu baru bleh beli. Haha.

Anyway, dier ada la cara dier kan nak ajar kitorang bagi pandai. Nak plak kene ajar budak pemalas macam aku. Haha. Subjek akaun aku pandai la masa tu. Rajin pun rajin nak buat latihan banyak2... Tak macam Fizik. Dia suh wat semua latihan dalam buku contoh2 past year paper Fizik SPM pun aku tak siapkan... Dah time nak kutip, baru aku copy-paste dari kawan2... Haha... Perangai aku memang jahanam dan pemalas gile dulu. Tapi malas2 pun aku rasa aku bijak. Mwahaha!!! [Masuk bakul angkat senirik plak].Tapi last2 SPM aku dapat A2 jugak untuk Fizik. Terima kasih banyak2 la buat beliau. A1 aku dulu 2 subjek jek. Tak la hebat macam budak2 lain. Aku ni pemalas sikit bab2 nak buat ulang kaji. Hehe.

Hanya Math Moden dan Prinsip Akaun je aku dapat A1. Itu pun sebab cikgu yang ngajar 2-2 subjek tu sangat kiut dan pandai buat lawak dalam kelas. Walaupun aku kene admit yang Cikgu Leman yang ajar Math Moden tu suka berlawak kasar ngan aku. Ye. Sebab aku "paling comel" dan rendah dari segi fizikal berbanding kawan2 lain. Huhuhu. Selalunya dia berdiri kat sebelah aku time ucap hormat dan pastu slambe je blah sambil cakap, "Nasib baik saya tinggi sikit dari awak". Oh, sangat la hampeh. Ahaha. Tapi tu sume kenangan jek. Aku sayang semua cikgu2 aku dulu. Yang ngajar aku dari dulu sampai skang.

Kepade cikgu2 Tadika Kemas Sungai Nibong, Madrasatul Tarbiatul Auladiah Sungai Nibong Kechil, Sekolah Kebangsaan Sungai Nibong, St. George`s Girls School, MRSM Beseri Perlis... Lecturer2 kat Akademi Tentera Malaysia, dan jugak yang kat Universiti Industri Selangor...

Aku nak ucapkan Selamat Hari Guru untuk semua~~!!!

Friday, May 15, 2009

Menjelang Pertemuan Manchester Dan Arsenal

Haha...
Saje takde keje nak buat...

Hapdet camni pun ok gak kan?

Kalo tak hapdet nanti Hadra nak bunuh aku...



Bakal pemain Malaysia 20 tahun akan datang

Sunday, May 10, 2009

Untukmu Ibu

Oh, ibu
Kau disiram bayu pagi
Kehilangan terasa kini dan kesepian
Dan aku...
Bagai purnama gerhana
Diibarat lautan kering
Tiada tempat ku layarkan
Hasratku ini
Masih belum sempat
Ku buktikannya padamu
Ibu tersayang
Kucurahkan rasa hati

Ku tatapi potretmu berulang kali
Ku renungkan kalimah yang diberi
Tuhan yang esa
Ampuni dosa ibu
Tempatkan mereka
Diantara kekasih2-Mu

Oh ibu
Kau kasih sejati
Ku taburkan doa
Untukmu ibu
Ampunilah dosaku
Sejak ku dilahirkan
Hingga akhir hayatmu...


Saat ini
Kuteruskan hidup
Tanpa bersamamu ibu...

Ibuuu!!!

Mama!! Achik rindu kat mama...Huhu...

Hari Ibu

Harini, 10 Mei 2009. Hari ibu. Hati aku tibe2 rase cam tersentuh sangat bile dengar lagu untukmu ibu nih. Nak plak si Mamat ni nyanyi. Masa aku kecik2 dulu aku addict gila dengan exist sampai skang. Dorang group paling best. Hah! Kalo ader group exist baca entry ni, sila bagi penghargaan kat aku sikit ok?

Hurm... masuk ni dah setahun la mama aku takde. Tapi ekceli dah dekat 6 tahun aku sambut hari ibu secara tak normal. Kesian gila la kat aku. Korang tau? Aku teringinnnn sangat nak peluk mama aku tu. 6 tahun aku tak peluk dia. Kalo peluk pun tak kesampaian. Tak best.

Yup. Aku rapat sangat ngan mama aku. Dier segala2nya. Dulu dier bebel kat aku. Aku tak suka. Tapi tu la skang paling aku rindu sangat2. Dulu dier bising sebab aku malas belajar walaupun aku pandai. Tapi skang aku sunyi. Takde sape nak bising kat aku macam dier bising kat aku. Kalo ada pun feel tak sampai. Aku jugak dah 6 tahun tak makan ketam sebab takde sape nak masak ketam masak merah kat aku. Bapak aku haram la nak bagi aku masak sendiri ketam tu. Dia takut ketam tu buli aku. Ade ke? 6 tahun jugak aku tak merasa laksa mama aku masak walaupun aku boleh masak laksa tu setanding dia.

Suma kenangan beb. Sedih beb!
Kepade sume yang masih ade ibu...Hargailah ibu korang.
Tak kira la ibu kandung ke... Ibu angkat ke ape... Dier tetap ibu korang. Sila hargai ye.

Saturday, May 9, 2009

Isu Semasa

Hari2 aku bukak surat khabar Utusan Malaysia yang bapak aku rajin sangat nak beli tu...Hari2 jugak la citer pasal politik kat Perak... Pasal sape layak jadik pemimpin PAS... Pasal rempit yang suke meragut sampai nyawa wanita2 yang bergelar ibu melayang... Pasal Tomok menang One In A Million... Dan jugak komplen pasal doktor konon2 curi tulang. Ntah ape nak jadi la kan...

Komplen sikit2 sudah la...

Jom kita tengok reaksi Aiman Hafiz tentang isu ini.

Hah! Dia komplen dorang tu sume busuk dan gile glemer. Sebab tu jadik camtu...

Anyway...Selamat Hari Wesak.

Haha.

Friday, May 1, 2009

Aku Sampai di Penang

5816

Hah! Baik korang amik nombor ni gi beli.
Confirm menang first prize.

Aku kat pudu semalam, dari Uncle Muthu aku tanya sampai la ke Peah...
Semua dapat tiket nombor nih.

Masa beza2. Uncle Muthu beli kul 8 pagi. Orang kaunter janji kul 8 malam bas tu ada.
Kak Jijah punya citer lagi best. Dari minggu lepas beli tiket ni. Nak balik Butterworth. Cuma ada bas nombor ni je. Tu pun orang kaunter cakap kul 10 malam. Pulak dah.

Aku sampai Pudu dari Kuala Selangor kul 7 malam. Aku nak beli tiket on the spot. Tapi takde. Brader ulat tu cakap paling awal kul 10 malam. Aku follow dia. Pegi kaunter. Brader kaunter plak cakap paling awal kul 11 malam. Aku dah nak ngamuk dah. Tadi kata kul 10 malam. Dan2 dia mintak maaf. Ada 3 pilihan. Kul 1030, 1130 dan 1230. Babi!

Aku tatau nak buat ape kat situ sampai kul 10. Aku antar sms kat semua kawan2 aku mintak teman aku kat Pudu. Hampeh. Semua out-station. Aku pegi McD. Dengan harapan nak ber-wifi. Tapi hampeh jugak. Last2 aku main mahjong sambil tengok couple sebelah "makan beradap". Paling takley blah. Kiss kat dahi. Adeihh... Pengantin baru kot...Kata aku untuk sedapkan hati.

Dah kul 10 malam. Pegi kat platform 16. Jumpe Mamat. Mamat tibe2 peramah. Borak tanya macam2. Last2 aku berjaya korek yang tiket bas dia juga sama nombor macam aku. Ahh...Sini saja dekat 60 orang tunggu dan aku berani kerat jari semua tiket ada nombor bas sama.

Pastu brader pegang walkie talkie bawak kitorang tawaf Pudu. Ntah mana2 tah dia campak kitorang 60 orang ni. Pastu dia panggil Sungai Petani. Tunggu kat lain. Butterworth, tunggu lain. Aku terpisah ngan Mamat. Tapi jumpa Peah pulak. Dia beli tiket kul 9 malam. Brader kaunter cakap bas kul 10 malam. Time tu aku dah jem sebab dah masuk kul 1130 malam, bayang bas pun tak nampak. Peah jugak cakap nombor bas dia 5816.

Kul 12 malam baru aku naik bas dengan Peah.

Semua watak dalam citer ni rekaan sebab aku terlupa nak tanya nama dorang. Ala, dorang pun macam ingat nak tanya nama aku.

Pegi la beli nombor tu tengok tuah korang.

Oh,ye...Kepade dak2 UNISEL...Rupanya ID hotspot kita available kat mana2 je kan? Aku login kat wifi TM Broadband kat Stesen Bas Sungai Nibong pakai ID hotspot kita jek. So, berbaloi jugak la bayar seratus satu semester untuk kemudahan wifi campus. Tiba2 aku sayang UNISEL. Boleh?