Takde ke yang jenis jujur habis yang buat aku senang hati dan confident yang dorang tu... Ehh... Dorang... Macam ramai la pulak... Yang dia tu agak-serius-dengan-aku?? Kalo ada jujur habis pun jenis bagi attention yang buat aku rimas-serimas-rimasnya sampai aku emo jenis marah yang mengakibatkan persekitaran aku jadi kurang sihat akibat macam-macam benda boleh terbang kalo ada yang salah tegur.
Aku da macam malas nak simpan harapan yang sape-sape nak serius dengan aku. Ramai sangat panggil aku sayang kot. Sampai lali sudah. Banyak pun aku rasa memain. Ehh... Tapi aku rasa walau cemana sempoi pun aku ni, tapi bila soal hati aku rasa aku jarang sangat nak kompromi. Banyak simpan dalam je. Tapi bila simpan dalam, makin orang sangka aku takde perasaan la. Makin ramai yang suka main-main dengan hati aku.
Salah ke aku nak letak harapan kalau orang tu rajin antar mesej, bagi perhatian? Sebab mungkin korang akan cakap aku percaya too much dengan mesej?
Salah ke aku nak letak harapan kalo antara mesej-mesej dia, dia, dan dia dulu ada berbunyi:
- Awk tetap insan istimewa
- Nk tambat hati awk la.
- Npe agknye ye, tp ati ni da trtawan.
- Btul la... Sye syg awk je.
... Dan lain-lain. Malas nak list banyak2... Makin aku baca dalam henset lama ni makin sakit hati rasanya...
Tapi tu bukan setakat datangnye dari "sorang". Dah 2-3 orang pun macam tu. Mesej lebih-kurang. Alangkan ada jenis tak pernah jumpa sekalipun berani mesej aku macam tu, lama-lama kau tak layan ke? Kalo jenis selalu jumpe plak, just say hi, sengih-sengih, dan main jeling-jeling. Eh, kalo jumpe sekalipun, kalo dah selalu buat camtu...
Aku perempuan beb. Walau keras cemana pun style aku, walau abes lasak sekalipun karakter aku, tapi aku tetap perempuan. Just nak remind diri sendiri yang aku ni perempuan. Kalo da layan aku macam tu, lama-lama aku pun cair jugak. Tapi?? Siapa la aku ni kan untuk orang peduli??
Memanglah atas sebab-sebab perkara lepas-lepas yang dah terjadi kat aku buat aku sikit keras, layan kaum berlainan jenis kadang-kadang macam singa betina, kadang-kadang macam layan-tak-layan sampai ramai kot yang terlupa yang aku ni perempuan.
Tak ke kau rasa sakit hati, rasa tertipu, annoying, semua lepas segala mesej-mesej yang 100% berjaya psiko hati sendiri sampai HAMPIR yakin bahawa ada jugak makhluk yang sudi nak rapat dengan kau, tiba-tiba orang tu hilang. Tak mesej langsung dalam jangka masa yang agak lama. Kau pun la tak berani nak kacau. Mungkin dia sibuk. Tapi dengan tak semena-mena tiba-tiba mamat yang ko harapkan ada hati sama kau, boleh pulak letak gambar yang 100% in love dengan orang lain dalam fesbuk. Siap ada dah bertunang. Kawen pun ada.
Tak ke kau rasa sakit hati? Rasa tertipu atau dikenakan secara teruk?
Ihsan dari Google
Remuk tak hati?
Kenapa mesti jadi kat aku? Aku rasa aku jarang nak dump orang, kecuali yang tahap membosankan hidup aku. Walaupun dia membosankan hidup aku, tapi aku dump dier sebab dier ade pompuan lain. Apa kau ingat aku jenis terbuka sangat ke kalo bab nak kongsi kasih sayang? Alangkan belum ada apape ikatan dengan aku dah pasang lain... Alasan dorang adalah aku konservatif sangat. Nak pegang tangan pun tak dapat, tapi couple. Lorhh... Apa punya sempit minda... Kata couple. Belum lagi nikah. Apa hak dia nak pegang-pegang aku? Salah ke aku nak jaga maruah sendiri? Kalo aku tak dump orang, orang dump aku secara diam-diam... Jugak sebab ada perempuan lain. Biar la dorang.
Kenapa mesti jadi kat aku? Aku rasa aku jarang nak dump orang, kecuali yang tahap membosankan hidup aku. Walaupun dia membosankan hidup aku, tapi aku dump dier sebab dier ade pompuan lain. Apa kau ingat aku jenis terbuka sangat ke kalo bab nak kongsi kasih sayang? Alangkan belum ada apape ikatan dengan aku dah pasang lain... Alasan dorang adalah aku konservatif sangat. Nak pegang tangan pun tak dapat, tapi couple. Lorhh... Apa punya sempit minda... Kata couple. Belum lagi nikah. Apa hak dia nak pegang-pegang aku? Salah ke aku nak jaga maruah sendiri? Kalo aku tak dump orang, orang dump aku secara diam-diam... Jugak sebab ada perempuan lain. Biar la dorang.
Kalau la CUMA SORANG je dalam dunia ni yang buat aku macam tu... Boleh la nak label aku over-over-over emo. Tapi cemana bila dah lebih dari 5 orang? Salah aku ke? Awal-awal semua cakap sayang aku, simpati dengan aku atas apa yang terjadi kat aku almost 5 tahun lepas, bla, bla, bla, lepas tu siap kutuk kaum sendiri yang buat aku macam tu, bla, bla, bla, dan tiba-tiba terbagi harapan kat aku... At the end, dorang sendiri act macam mamat yang awal-awal dorang kutuk sebab tak hargai aku tu.
Kau tau hati aku dah hancur gila tahap teruk sebenarnya bila wujudnya orang-orang macam ni sampai sumpah aku rasa takut gila nak commit relationship. Fobia. Amat-amat fobia. Sakit. Bila seseorang perempuan tu dah "get used" of being dumped, dia akan jadi kebal.
Luaran orang tak pernah nampak aku menangis sebab hal ni. Ye. Pada aku memang remeh. Tapi sebenarnya aku pun macam PEREMPUAN lain jugak. Apepun aku still perempuan. Ada masa aku touching dengan semua ni. Tapi bukan depan orang la. Cuma sekarang ni too much. Sampai aku takleh nak tahan dan kena luahkan kat sini memandangkan aku tatau kat mana lagi nak luahkan.
Salah ke aku nak hepi? At least ada sikit rasa disayangi oleh orang lain selain keluarga sendiri? Aku tak mintak banyak pun. CUMA SIKIT je. Kalo putus tengah jalan sebab hal-hal lain, ok, aku tak kisah. Aku boleh terima. Asalkan sebelum putus tu dapat la sikit aku feeling-feeling macam orang lain jugak. Sekurang-kurangnya aku yakin sikit orang tu pernah sayang aku. Itu saje.
Sape taknak bahagia beb? Orang gila pun nak duduk dalam hospital bahagia. Tengok? Nama pun bahagia jugak.
Kepada yang lain-lain tu, terima kasih sebab dah berjaya hancurkan selumat-lumatnya hati aku.
Aku sangat menghargai jasa kalian. Terima kasih banyak-banyak supaya lepas ni aku akan jadi lebih kebal dan almost takkan percaya dengan lelaki.
P/S: Lepas ni sape-sape berani nak buat luahan perasaan emo-emo pasal boifren tinggal ke apa, pastikan kisah korang tu lagi dahsyat dari kisah aku kat atas ni. Kalo tak... Memang aku tak layan. Cerita kene cerai dengan suami, aku boleh accept lagi.
P/S: Lepas ni sape-sape berani nak buat luahan perasaan emo-emo pasal boifren tinggal ke apa, pastikan kisah korang tu lagi dahsyat dari kisah aku kat atas ni. Kalo tak... Memang aku tak layan. Cerita kene cerai dengan suami, aku boleh accept lagi.