Sunday, September 5, 2010

Iklan Raya

Sana-sini orang kepoh pasal iklan raya TV3 yang tak masuk akal tu. Tapi iklan tu memang buat orang pening pun. Tambah-tambah yang jenis imaginasi tinggi menggunung macam aku. Mula-mula tu aku sangka imaginasi aku je yang tinggi sangat sampai sangka tu iklan Hari Natal instead of Hari Raya, tapi dalam versi Hari Raya.

Tapi lepas terjah beberapa blog, memang banyak pun benda yang buat imaginasi aku cakap tu iklan Krismas bukan Hari Raya tu ade la betulnye. Memang la kot niat nak kasik nampak 1 Malaysia ke apa... Tapi tu bukan dah tahap 1 Malaysia tu... Tu da macam nak samakan perayaan dah tu.





Iklan Raya TV3 2010

Pada pendapat aku, tiap-tiap perayaan ada identitinya sendiri. Buat apa susah-susah Hari Raya nak tiru style imaginasi Krismas?? Macam identiti Hari Raya selalunya ada cerita pasal balik kampung, salam mintak ampun mintak maaf, budak-budak hepi dapat duit raya, main mercun, pasang langsir, etc.

Atau paling gempak sekali, muka ceria setiap kali tunggu pengumuman penyimpan mohor besar yang feymes tu. Agak-agak nak buat moden sikit, boleh buat style webcam ke apa ke... Still suasana raya. Cuma cara iklan TV3 tu sikit tak masuk akal in terms of takde identiti raya sangat. Entah la kalo aku taksub sangat dengan identiti perayaan ni. Eh, tapi why not aku anggap tiap perayaan ada signature dier seniri kan?? Baru laa sekali pandang, ahahh!! Aku tau... Ni mesti pasal perayaan bla...bla...blaaa... Kan??? Atau korang nak cuba tengok perayaan seperti hari Gawai dalam bentuk Deepavali pulak?

Neway, dalam banyak-banyak iklan raya kat TV kan, aku paling suka iklan ni. Nampak la jugak macam 1 Malaysia. Tapi masa ni kita ada kongsi raya kan??





Iklan Raya Marlboro 1997

Korang camne? Apa iklan raya paling best yang korang suka???

Iklan-iklan Petronas pun best jugak. Tapi takkan la aku nak tempek semua kat sini. So far iklan-iklan Petronas tak pernah spoil mood raya aku dan dalam banyak-banyak iklan Petronas, yang tahun ni punya la boleh buat aku hampir pecah perut gelak. Dengan klasik hitam-putih dia... Haha...!!!





Iklan Petronas 2010

Yep. Arini mood aku layan iklan raya dari layan lagu-lagu raya. Sambil tengok cerita Isabella kat TV3. Oh, rasa sungguh zaman dulu-dulu harini.

Cuma aku sikit musyikil... Apsal dulu-dulu punya iklan pendek-pendek je ha? Sekarang punya iklan... Macam tahap short-film dah. Tapi best kot zaman dulu-dulu. Iklan pun tak banyak sangat kan? Oh, ye... Agak-agak rindu nak tengok iklan lama-lama dekat Youtube, pegi la subscribe cenel Abangcantik.

Rindunya nak sambut raya macam zaman dulu-dulu... Masa duduk kat umah kampung dulu... Dengan sepupu-sepupu... Haihh... Rindunyeeee...~~!!!!
Post a Comment