Tuesday, September 14, 2010

Aaaa... Malasnye Nak Update...

T________T

Banyak nak citer. Tapi malas pulak nak menaip. Ala.. Malas-malas pun sudahnye dekat 1 page penuh aku membebel.

Raya agak best sebab aku berjaya membuatkan beberapa orang terkejut tengok aku balik kampung rupenye. Apa gila aku tak cukup gagah ok nak tinggal sorang-sorang dekat sana. Nak pulak bila tiba-tiba tadi Thinna antar SMS cakap kelas esok cancel. Sumpah aku malas nak balik. Kelas Khamis pun tengah pikir-pikir nak pegi atau tak. Ye lah. Tak patriotik la kalo tak cuti, ye tak?

Sebenarnye aku sikit geram dengan Prof. Entah la kelas dia Khamis ni wajib atau kelas ganti, tapi aku tetap sikit marah. Ye lah, bagi orang yang tahap mampu macam dia tu, macam la tak boleh tunggu lain kali nak buat umrah. Kalo haji tu aku bleh terima lagi sebab memang ikut giliran pun nak buat haji ni.Ini tak. Nak jugak amik waktu kelas. Sudahnya kitorang free waktu kelas, tapi busy nak ganti kelas waktu weekend.

Tahu la dier tu komited. Tapi agak-agak laa... Lain la dia, umur dah banyak, anak-anak, cucu-cucu, siap bercicit dah yang kena balik umah dia untuk sambut raya. Lagipun dia peduli sangat ke nak balik-balik kampung ni?? Tau la jugak subjek tu penting. Hmm... Rasa berbelah-bahagi tu.

Tapi entah lah. Komplen lebih-lebih pun... Yang dapat gaji triple dia... Sebab buat kelas masa cuti umum. Tapi kat kitorang takde plak nak bagi markah triple kalo masuk kelas dia. HAHAHA... Mesti la berkira, ok???

Hilang sikit mood raya aku bila terkenangkan kelas dia tu. Haish. Berkorban la sikit untuk masa depan. Satu sem ni je lagi. Next semester dah takde kat Unisel dah. Nanti rindu-rindu pulak kat orang tua tu. HAHA...

Ok lah. Kita cerita pasal raya pulak. Raya aku kali ni sungguh best sebab tindakan aku balik kampung naik moto tu mengakibatkan aku tak ditanya dengan soklan cepu-cemas bagi insan-insan yang masih single seperti aku. Lagipun aku tak abes study lagi agaknya. Sebab tu orang pun malas nak tanya. Tambah pulak aku adalah spesis sikit kanak-kanak. Ade ke orang kisah? Raya tahun lepas je aku ditimpa dengan soklan cepu-cemas terbabit. Tahun ni?? Selamaatttttt~~~!!!!

Sayang gila aku kat abang aku. Macam tau-tau je orang nak tanya soklan cepu-cemas tu kat aku. Ye lah, macam tahun lepas... Lepas sibuk-sibuk tanya aku abes blaja bila, mesti dorang sambung dengan soklan berbentuk bila nak kawen... Atau lebih moden, ada bf tak?? Lepas je orang tanya aku bila abes study, abang aku terus potong cerita aku balik kampung sorang diri naik moto.

Sumpah aku rasa popular sekejap walaupun lepas tu berbakul-bakul aku kene bebel dengan sedara-mara. Eleh. Dorang boleh la main sedap cakap je naik bas awam lagi selamat dari aku balik sorang-sorang naik moto...

Sapa cakap naik bas awam tu selamat? Cuba letakkan diri dorang dalam situasi aku. Aku cakap camni sebabnya dah 5 tahun aku guna khidmat bas balik ke Penang dari Kuala Lumpur. Macam-macam dah aku lalui. Dan aku sangat penat nak tunggu orang jemput aku dari stesen bas.

Tahukah korang bahawasanya aku membazir lebih-kurang 8-9 jam untuk balik naik bas berbanding hanya 5 jam untuk sampai betul-betul depan pintu rumah kalo balik naik moto?? Dari segi kewangan pulak, biasanya aku akan habiskan sekitar RM 65- RM 70 kalo balik dengan bas awam. Sekali balik. Pegi-balik je dah RM 140 maksimum. Cuba aku balik naik moto? RM 15 je untuk balik. Pegi-balik baru RM 30.

Cemana aku cakap 8-9 jam tu? Haa... Pasalnye tiap kali aku balik Penang, aku mesti balik dengan POKET KOSONG. So, by the time aku sampai stesen bas, dalam wallet aku cuma akan tinggal RM 2 kebawah. Tak cukup untuk naik bas. Apatah lagi teksi. Tambah pulak bila aku balik sampai Penang pukul 3-4 pagi. Kena kalo time tu abang aku keja malam, aku kene tunggu sampai pukul 7.15 pagi baru dia datang pikap aku kat stesen bas.

Hoii... Sila pikir baik-baik ok... Mujur la time-time camtu takde sape sibuk nak culik + rogol + bunuh aku tau??

Cuba bila jadi kejadian macam tu? Takde dah korang nak baca blog aku lagi kan?

Lagipun setiap kali aku balik Penang je, masa arwah ayah ada pun, mesti at least aku kene tunggu dalam sejam dekat stesen bas tu walaupun stesen bas dengan umah aku tu takde sampai 15 minit perjalanan.

Aku jeles ok dengan orang lain. Macam dulu kazen aku cakap dia datang Penang. Naik bas waktu sekian-sekian, lepas tu nak arwah ayah pikap dia kat stesen bas. Tuuuu diaaaa... Lagi setengah jam bas minah tu nak masuk jambatan, arwah dah bising-bising dah cakap lambat nak pi amik dia... Cuba kalo anak sendiri? Bukan tak pernah aku tipu dia cakap dah sampai kat stesen bas masa aku baru dekat atas jambatan Penang tu. Tapi sudahnye 10 minit jugak la aku tunggu. Point aku kat sini adalah aku benci menunggu.

Aku jadi serik dan sangat-sangat serik untuk menunggu sebab ramai orang tak paham bahasa aku letih, takde mood nak beramah-tamah sibuk-sibuk nak ajak aku bersembang. Lain la topik orang tu hal-hal akademik, aku boleh lagi terima. Ni sibuk-sibuk nak tanya hal personal. Sudahnya aku jawap je aku janda anak 5. Terus diam taknak tanya dah. Padan muka.

Bab tunggu dan bab bajet memang aku takleh nak kompromi. Kenapa tak naik kereta?? Ehh... Korang ade ke sponsor aku amik lesen keta atau beli keta?? Helloooo???

Balik dengan moto actually masa aku lebih fleksibel. Boleh balik bila-bila masa pun. Tau tak haritu balik raya ni aku pack barang 10 minit sebelum aku kuar umah untuk balik Penang? Stylo kan? Ada ke orang nak buat macam aku ni??? Mati la nanti lepas kawen kang kene bebel dengan laki aku. Ehh?? Kawen ke aku nanti? Hak hak hak hak...

Cakap pasal kawen... Aku rasa maybe lambat lagi kot aku ni kawen... Mana taknya, haritu nak tengok Resident Evil: Afterlife pun budak kaunter tu boleh confirm betul-betul dengan Iryani dengan Kak Ana yang aku ni dah lebih 18 tahun. Muka over muda sangat ke aku ni? Kalo nak kata sebab tinggi... Aku rasa aku lebih tinggi sikit dari Kak Ana. Tapi aku yang di-aim-nye. Hampir-hampir jugak tu nak mintak IC. Huhuhh... Cemana ni nak daftar kursus kawen? Nanti tak pasal je pendaftar tu sibuk bahankan aku konon baru habis skolah dah sibuk-sibuk nak pegi kursus kawen. Aku dah 25 ok????

Abang aku dah pasrah dah rasanya bila aku cakap aku kawen lambat lagi. Ye lah. Underage apaaaa.... Hahaha... Sian dier kene jaga aku lagi. Hehehe...

Tengok?? Malas-malas pun berjela-jela entry aku membebel kat sini. Hahaha...

Selamat Hari Raya ke-5...

2 comments:

epalejau said...

ko memang kannnnn..dari dulu bising pasal nak balik penang naik Johnny ko tu. hahaha..takpe, asalkan ko bleh bawak pandu cermat jiwa selamat. :')

selamat raya, as! :') takpe, kital lumba sape kawen dulu. hahahahah! statement takleh blah. aku ada dua kakak lagi yang tak kawen tauuu.alaaaa!

Aslina said...

::hadra::
ko same la mcm iryani... ape bende ntah dorang gosip 2 beradik tu... pasal iryani nye crush... ade aku pegi menyibuk, dier cakap lagi 5 tahun kot baru kawen sebab tunggu aku dulu kawen. haha... aku cakap maybe aku takde kat melesia baru nak gelabah... hahaha... sudahnye mcm ko jugak laa... nak lumba sape kawen dulu... dah la aku ni underage... hehehe...