Saturday, September 25, 2010

Rubix Cube

Aku sebenarnya banyak keje... Pastu demam plak harini... Plan nak buat apa pun macam musnah je... Melepak berehat dalam umah sambil dijaga rapi oleh Flora. Pandai jugak dia ni nursing orang demam macam aku. Sudahnya dia tido atas aku sebab protes lambat bagi makan. T.T


Lepas tu habis semua plan aku konon-konon nak start buat report thesis, wat assignment yang banyak-banyak seperti dihempap oleh trak 10 tan yang perlu diselesaikan dalam minggu ni, kena antar minggu depan, study untuk test minggu depan semua... Semua tak jadi konon-konon akibat demam. Padahal boleh je kuar naik moto petang-petang pegi pasar malam beli yong tau foo.

Kemudian akibat konon-konon tak larat tahap kritikal akibat demam... Sudahnya melepak sambil meroyan main rubix cube siap cari cara nak solve dalam Youtube. Gila tak gila. Keje lain pulak dibuatnya.

Hasilnya, tadaaa~~!!! Rubix cube yang dah berzaman duduk dalam posisi macam dalam gambar kat atas tu akhirnya dah berjaya disetel dengan riang gembira. Takde short-cut -short-cut ok???



Hahahaha~~!!!!

P/S: Masih takde mood nak proceed buat keje. Sila lempang aku laju-laju sekarang.

4 comments:

NICK IRFAN said...

best kalau main rubix cube ni tp x best klu x dpt nk selesaikan... hehe

Anonymous said...

pucatnya muka...better test darah untuk denggi atau virus lain kalau demam berterusan..~!

RastaMat said...

congrats babe..
try maen rubix yg laen plak..
4x4 o 5x5..
lagi mencabar..
hehe..

Cik Agogo said...

::nick irfan::
siap gigih bukak youtube tu cari cemana nak selesaikan... hehehe...



::anon::
alhamdulillah demam tak melarat dan dah sihat. cuma ada sorang classmate masuk spital sebab disyaki denggi. takut jugak ni, da dekat2 final semua...


::rastamat::
haha... tu tunggu masa aku menganggur full time lepas final exam nanti... memang cari punyalahh!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...