Saturday, September 4, 2010

Kali Pertama Dan Terakhir Buat Kuih Raya.

Lepas arwah mama takde, ni boleh kira ni la kali pertama balik berkecimpung dalam bidang pembuatan kuih raya. Ini pun secara ad-hoc. Jadik assistant je sebab serumah. Sebenarnya yang beriya-iya nak buat kuih raya ni adalah osmet aku tu ha. Ikut hati aku, macam malas-malas je nak tolong.

Konon-konon sibuk nak buat esemen la bagai kan punya la bagi alasan tamau tolong. Last-last melepak sama buat kuih. Macam-macam jawatan jugak rupanya ada walaupun buat kuih paling simple dalam dunia kuih-muih raya. Antara jawatan aku dapat adalah bukak apa benda cup kecik tu, sprinkle-sprinkle gula apa benda yang kecik-kecik kaler-kaler tu, susun kuih dalam tray sebelum bakar la, on plug ketuhar la, jawap call laa, tengok fesbuk, amikkan air untuk chef nak minum la, ngan macam-macam la lagi.

Paling takleh blah adalah part aku gigih bukak cup tu secara susah-payah. Serta sesi aku kantoi tak pandai tiup belon sebab bukak cup tu secara susah-susah. Sebab chef ajar main tiup-tiup je untuk cerai-cerai benda cup-cup tu. Last-last pandai jugak aku cerai-cerai cup tu guna dua jari saje. Cheh! Awal-awal taknak ajar yang tu.

Lepas kejadian buat kuih-muih raya yang baru sejenis tu, aku bertekad...

Tahun depan dan tahun-tahun akan datang, bila dah keje, ada duit sendiri semua, aku akan beli je kuih raya. Main tempah-tempah ikut suka.

Sumpah jemu buat benda yang sama secara banyak-banyak.

Kesimpulannya aku takde la setabah orang lain dalam hal-ehwal buat kuih raya. Jadi aku kagum berabis la dengan orang-orang yang amik tempahan buat kuih raya banyak-banyak tu. Kalo takde orang macam aku ni, sape lagi kan nak beli kuih raya dari usahawati-usahawati yang muncul pada musim raya-raya ni?

Nak tengok hasil kuih raya kitorang?

Bahaya sikit kuih ni. Gambar dia aku cilok dari fesbuk cik osmet.


Takut tak? Takut tak?

Siap seal dengan stiker forensik. Itu je selotep yang ada dalam umah. Selotep lain mana pi entah. Nak kuar pi beli pun, malam sangat dah. 7E kat sini bukan boleh harap nak jual selotep. Time orang nak biasanya dah sold-out.

Sapa nak rasa kuih ni, nanti pi la raya umah osmet aku kat JB nun. Pi kat blog dia mintak alamat umah, okeh?

1 comment:

Signorina Syima said...

mengekek baca sorang2 kat opis ni... hadoii...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...