Tuesday, March 15, 2011

Ye... Memang Salah Aku Pun... So??

Aku dah tak larat ni.

Ye lah. Salah aku. Memang aku sengaja pun. Dah rasa sakit hati. Apa penting sangat mende tu? Setakat buat model je takleh ke? Perlu ke nak dia berfungsi teruk-teruk? Nama pun prototype. Tak semestinya berfungsi. What's the point kalo tipu pun? Asal ade report sudah la. Deal. Abes satu masalah. Aku takde hal nak imagine tinggi-tinggi dan sediakan laporan pasal bende yang aku pasti sangat-sangat tu hasil dia. Nak putar pi-balik camne pun hasil dia tetap macam tu. Takde nak bertukar jadi angkasawan ke, jadi peti televisyen ke apa. Takde sape pernah jual prototype dia buat seumur hidup. Jual barang yang real selepas prototype tu adalah.

Pada aku prototype tu tak lebih dari lebihan sampah-sampah yang pernah wujud dalam hidup aku. Tak siapa peduli kewujudan dia sebelum dan selepas hasil yang sebenar menjadi kenyataan.

Macam la selama ni kau tak pernah menipu untuk lepaskan diri sendiri bila tersepit. Sama la macam situasi aku.

Kalo pun bende tu untuk rujukan 10-20 tahun akan datang, perlu ke nak pilih hasil aku sebagai rujukan dalam beratus-ribu bahan lain. Dunia ni luas.

Aku tak kisah la mende-mende tu semua.

Bodoh betul pasal sekeping kertas yang pada aku sebenarnye takde la bernilai sangat, tapi aku dah habiskan beberapa tahun untuk dapatkan dia. Profit? Belum tentu aku dapat kerja dengan hati yang senang-lenang menggunakan kertas tu. Tak boleh tak mesti nak jugak pengalaman.

So? Apa value sekeping ijazah tu? Bukannya boleh tebus buat bayar balik PTPTN yang RM81k tu.

Tak payah la nak bangga sangat.

Benda sijil tu buat display untuk tayangan umum je. Apa kalo tercatat bende-bende tak bagus kat sijil tu terus je nak reject? Dah la reject. Lepas tu judge pulak orang tu dengan macam-macam.

Apa hak kau pandai-pandai nak tentukan rezeki orang?

Ada aku guna sijil tu untuk dapat share 50% perniagaan usaha keringat orang lain? Tak perlu kan?

Ada aku guna sijil tu jugak untuk dapat umah milikan sendiri di saat rakan-rakan sebaya terkontang-kanting plan nak beli rumah sebagai pelengkap kehidupan setelah bergelar pekerja? Tak perlu jugak kan?

Semua ni nasib dengan rezeki lah.

Biar la DIA je tentukan.

Macam la kau boleh tentukan hala tuju hidup aku untuk jadi sampah masyarakat ke kalo aku tak complete untuk sijil tu atau keputusan aku tak setanding kesayangan kau, kau dan kau yang lain?

Buat apa nak seksa orang buat balik apa yang dia dah tak suka dan dah habis putus asa sampai hanya berdiam diri dan dituduh tak pandai nak defend diri sendiri?

Tu tandanya dia dah taknak amik peduli, tahu?

Tandanya dia dah bosan, tahu?

Tandanya dia nak berambus cepat-cepat dan teruskan kehidupan dengan senyuman walaupun mungkin jalan hidup dia payah dan sesah.

Itu semua ketentuan, tahu?

Rezeki masing-masing.

Memang la kita perlu ubah nasib tentukan apa yang terbaik untuk kita. Tapi bila kita dah tak larat dan terpaksa terima je apa pun terjadi walaupun buruk... Kau tetap nak salahkan dia atau Dia jugak?

Cerita pada aku apa yang perlu dibuktikan dengan hasil setebal 1/3 tebal pintu tu?

Cerita pada aku siapa yang mahu hasilkan balik sebijik-sebijik apa benda yang aku buat walaupun benda tu cuma imaginasi melampau yang kadang-kadang memerlukan sedikit skill menipu yang maha hebat pernah aku ada ni?

Cerita pada aku semua.

Dah la cukup aku emosi kat sini.

Bukan boleh nak ubah apa pun yang dah terjadi. Biar la aku bawak diri je. Lari dari orang ramai. Lari dari masalah yang aku sesaje ciptakan sendiri. Aku dah letih. Betul-betul letih.

Kalo tak kerana sekeping kertas tu...

Aku tak kisah pun apa bakal terjadi pada aku.

Nilai hidup aku bukan ditentukan oleh sekeping kertas tu. Walaupun masyarakat memandang tinggi nilai sekeping kertas tu... Tapi bukan aku.

Sekeping kertas tetap juga sekeping kertas walaupun tulisan diatasnya bertintakan emas.

Walaupun sekeping kertas bisa menyelamatkan nyawa orang dari hukuman.

Tu semua tak lebih dari nasib. Hanya usaha, doa dan tawakal je boleh ubah nasib orang. Bukan sekeping kertas tu. Orang tak pernah ada sekeping kertas tu pun elok je jadi usahawan terbilang dengan usaha dia sendiri. Apa lagi aku nak kejar sekeping kertas yang dah bertahun-tahun membazirkan masa hidup aku.

Hmm...

Elok.

Hari Khamis ni ada final paper, bukan nak study. Sibuk cerita pasal semalam.

Ye aku ngaku la salah aku.

Aku mampu cakap kat sini je.

Aku tak mampu nak berterus-terang bahawa aku memang sengaja pun buat macam tu. Dah bosan, muak dan jemu dengan apa yang terjadi tahun lepas. Menyesal? Tak ada. Mungkin bakal kerjaya aku nanti mungkin berdepan dengan banyak nyawa... Tapi apa yang aku buat untuk haritu bukan bernilai pun kat hidup sapa-sapa.

Aku taknak peduli dan taknak ambil tahu.

7 comments:

Anonymous said...

kau, fokus stadi k, apa2 yang kaitan dengan lepas tu, pergi mam sama mereka.

asalkan kita boleh jadi lebih baik pada masa akan datang

Aslina said...

yup. aku da givap dah ngan bende2 yg merepek selain exam. fyp a.k.a thesis tu da buat hidup aku sangat2 sengsara walhal who cares kalo bende tu real ke fake...

profwacko said...

oi... gud luck untuk final paper.
takkan nak ulang lagi kan?? huhu..

Aslina said...

::rezan::

final paper tu aku tak risau dah sebab aku yakin aku btol2 sihat time exam esok... sem lepas tu nak wat camne kan aku demam... yang aku hangen ni pasal thesis tu laa...kejam gila kot... sebab baru2 ni membe aku takde apape masalah ngan hardware, report antar on time, tibe2 dapat major correction 3 minggu. aku mcm tak puas hati la jugak apa dorang ni nak sebenarnye??? kalo aku punye hardware tak bergerak tu lantak la... janji report siap. sem lepas lagi dah report siap. tapi mcm gampang tanak kasik lepas jugak. dah la time present pun macam takleh blah. bukan 2-2 examiner ada serentak. sem lepas orang ni ada, org tu ilang. pastu haritu orang tu ada org ni plak takde. aku guna barang murah2 recycle dah tuduh aku tak serius.buat menatang tu pun aku kene kuar bajet sendiri tak pikir plak.

epalejau said...

i guess i know what happened.
laling, be strong k!

ko sangat tabah,
ATLEAST pada aku.
:)

Aslina said...

::hadra::
aku tension. tu je. bukan aku je. ramai tension pasal dorang ni mcm main tarik tali...

siap ada komen kat fb lagi camne la dorang ni grad dorang punye master...

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

salam
ini kan manusia dan kehidupan