Friday, March 25, 2011

IKLAN URGENT - Boifren Segera Diperlukan.

Saya memerlukan seorang yang boleh digelar boifren dalam minggu ni. URGENT.

Kriteria adalah seperti berikut;

  • Mempunyai kedai buku yang boleh setel hardcover thesis sebanyak 3 copies. Termasuk pakej print berwarna tu kira paling wanted la...
  • Ada pekerja-pekerja super rajin sebab 3 copies tu perlu disiapkan dalam masa kurang 24 jam.
  • Mampu berkhidmat jugak untuk kawan-kawan saya yang lain.
  • Kawan-kawan saya ada laaa dalam 3-4 orang (confirm) dan lagi 3-4 orang (tak confirm) juga mempunyai kes yang sama seperti saya.
  • Boleh menawarkan harga super-duper murah tapi servis buat hardcover tu nak cepat, cemerlang dan cantik.

Lepas setel ni kita bleh clash secara suka-rela. Saya tak minat sangat nak ada boifren-boifren ni. Masalah ini terlalu urgent.

Tawaran terbuka kepada pemilik-pemilik kedai buku sekitar Kuala Selangor dan Shah Alam sahaja.

INGATTT!!! Total semua tu saya tanak lebih dari RM150. Kalo sekali ngan pakej print-print selaju-laju alam tu saya tanak lebih dari RM200 dan kertas cap Double A saya bawak senirik dari rumah.

Sekian.

(Semoga takde orang kecik hati atau terus merajuk tanak call dah kalo terbaca ni... Aminnn... )
Post a Comment