Friday, March 4, 2011

Sekadar Renungan

Berapa ramai antara korang-korang yang bergelar student yang pakai henset Nokia 3310 sebagai henset utama atau satu-satunya henset?

Berapa ramai antara korang-korang yang bergelar student pakai henset Nokia 3310 tadi TAKDE kamera compact yang agak selalu jugak di usung ke hulu dan ke hilir?

Berapa ramai antara korang-korang yang bergelar student pakai henset Nokia 3310, takde kamera compact, dan TAKDE mp3 player paling cikai jenis ala-ala thumbdrive tu?

Berapa ramai pulak antara korang semua ade henset Nokia 3310, takde kamera compact, takde mp3 player paling murah tu, dan TAKDE netbook/notebook?

Berapa RAMAI antara korang yang bergelar student cume ade henset Nokia 3310, takde kamera compact, takde mp3 player paling murah, takde netbook/notebook, dan mengabdikan hidup sebagai student U semata-mata pegi kelas, pegi library, pegi cafe, pegi cybercafe buat assignment, balik bilik sambung study, pastu tido TANPE merungut tak kuar outing weekend pun takpa? Jenis kera sumbang dan agak susah abes laa.

Berapa ramai antara korang-korang yang bergelar student yang cume ade henset Nokia 3310, takde kamera compact, takde mp3 player paling murah, takde netbook/notebook, tak ramai kawan, kaki study, tak pernah kuar outing even untuk release tension, DAN tahap gaban punya jimat-cermat. Fully bergantung pada loan belajar TANPA susah-susah menangis call parents tiap-tiap hujung minggu merungut takde duit?

Aku berani jamin setiap satu soklan aku tanya tu... Mesti bangsat-bangsat student sekarang ni pun at least dia ada sebijik mp3 player. Lepas tu weekend-weekend pun confirm punya la kuar. Sama ade ngan kawan-kawan atau kuar dating. Penipu besar la kalo takde. Kebanyakkan yang aku perhati dekat U aku, setiap kali aku melepak kat seksyen 7 untuk study, budak-budak UiTM, paling-paling miskin pun mampu duduk study berjam-jam dekat KFC sambil cilok wifi free kat situ. Dengan keadaan sekarang aku berani bet macam tu.

Aku nak sangat jumpa manusia-manusia yang jenis bersusah-payah study complete 4-5 tahun belajar pada masa sekarang, tapi STYLE belajar dia sebijik macam budak-budak U zaman 80-90 an dulu. Tapi bangsat-bangsat pun confirm la korang ada jugak kan kuar outing dengan kawan-kawan. Lepas tu upload gambar camwhore kat fb. Semua orang like. Semua orang komen. Suka.

Ada budak ni kat fb dia komplen dalam dilema nak kuar ngan membe yang cuma balik setahun sekali. Time nak kuar tu plak da dekat sangat dengan tarikh exam. Aku just bagi je cadangan yang aku selalu-selalu buat. Tangkap je gambar note-note yang penting letak dalam henset. Agak-agak bosan pun still bleh study. Agak kamera henset macam gampang bila tangkap gambar, why not amik je nota-nota tu print-screen, pastu crop je then transfer masuk dalam henset. Bleh je transfer gune memory card reader, takde bleh gune bluetooth, takde gune kabel. Kecuali kalo henset kau 3310 je la memang takleh. Takde kamera pun takleh wat. Bagi yg ade mp3 player murah pun rakam je la pe bende ko study masuk dalam tu. APA SUSAH?

Abes cikai semua-semua tu satu pun takde, bawak je nota kecik-kecik. Bukan ada orang nak gelakkan kat ko ke apa kalo usung nota merata-rata walaupun tengah outing ngan kawan-kawan. Tapi bajet-bajet la. Jangan sampai sepanjang masa pun nak berlakon konon study nota tu.

Nak seribu daya. Taknak seribu dalih. Ini superhero aku yang sedarkan aku bende-bende remeh macam ni. Serius dier bukakan mata aku untuk tengok masa sekarang ni kemain la mudah lagi nak study di mana-mana.

Lagi satu. Pasal interview zakat semalam. Aku sebenarnye walaupun takde mak ayah, tapi aku hepi je ngan hidup aku sekarang ni. Serius takyah nak sedih-sedih cerita kat orang duit tak cukup. Yang penting kau dapat loan awal-awal sekali benda yang kau kena buat adalah tolak semua benda-benda penting kene bayar seperti yuran pengajian, umah sewa, thesis, project, buku teks, etc. Dah ada balance tu suka hati la ko nak buat apa pun. TAPI... Sila set limit untuk belanja. Aku selalu buat macam ni, selalu aku kene gelak dengan orang. Tapi aku peduli hapa. Duit aku. Aku kene manage sendiri.

Hasil dia? Orang yang aku expect sepatutnye hulurkan bantuan kat aku sebab aku student dan kemain la malas nak keje part time akibat mood nak buat assignment dan aturan kelas yang selalu macam ape je tak serupa student course lain yang aku kira normal, belum campur lagi tiba-tiba nak buat test pada bukan hari kelas pun boleh terfikir nak pinjam duit dengan aku.

Tu tandanya cemerlang kan cara aku handle duit? Tak payah nak hired AKPK nak tolong aku handle duit. Sudah la kene bayar dorang lagi dengar-dengar cerita.

Oh ye. Berbalik pada interview zakat semalam. Aku bukan la jenis suka nak amik tahu sangat pasal bantuan terhadap student-student yang jenis takde mak ayah macam aku ni, atau yang dalam kategori kurang berkemampuan. Tapi bila aku rasa aku berkemampuan nak uruskan diri sendiri tanpa bantuan, why not aku tolak je. At least bantuan tu boleh diberikan kepada orang-orang yang lebih memerlukan. Aku takut sangat bila terfikir yang aku tamak nak jugak bantuan walaupun aku sedar aku boleh urus diri sendiri tanpa bantuan tu, nanti bila dah mati nanti dipersoalkan kemana pergi duit bantuan tu, adakah aku buat perkara berfaedah dengan duit bantuan tu?

Korang tak terfikir ke nanti bila kat akhirat tu setiap apa kita buat dihitung? Termasuk la kalo seleweng duit yang diamanahkan untuk buat belanja sepanjang belajar, tapi buat beli benda-benda yang 100% sebenarnya mengikut kemahuan atau kawan-kawan dan bukan kepentingan langsung.

Semalam pun dorang yang interview aku dah pelik dah seolah-olah aku ade duit banyak je selama aku belajar tu. Walaupun aku cakap aku memang 100% bergantung dengan loan aku dapat je. Mase arwah ayah aku ade sampai la skang... Aku cuma mintak duit kalo betul-betul aku takde duit je. Takde langsung dorang nak kasik duit tiap-tiap bulan... Pelik ke kalo camtu? Ke tak normal bagi seorang student-student yang macam aku ni?

Phergh... Korang tatau betapa bersyukurnye aku jadi student engineering... Takyah kene pakai baju cantik-cantik bak pertandingan ratu cantik ke kelas... Kalo pakai sweater yang sama tiap-tiap kali pegi kelas pun kalo ada orang sound pun aku dah lali dengar... Kalo time formal, pepandai laa... Bukan takde kemeja korporat aku beli. Satu-satunye kemeja korporat yang aku ada. Jaket U pun bleh je untuk time formal-formal ni...

Dan ustaz-ustaz tu sangat pelik sebab aku selambe je bleh survive takyah susah-susah nak mintak bantuan. Alaa... Lagipun aku mana ada adik-beradik bawah-bawah aku dah... Bukan kene tanggung kuarge ke apa. Cukup la tu duit loan yang ada. Nanti dah keje lain citer laa... Pelan-pelan berubah laa...Aku pun sangat tak setuju dengan kebanyakkan student-student U yang aku jumpe sekarang ni semua nak kene berlagak macam dah keje. Belanja nak besar. Makan nak mewah. Outing kena selalu ada konon untuk release tension. Aku rasa aku cool je tak perlu sangat semua tu. Tension-tension aku meroyan kat sini. Biar korang seme baca pun turut sama meroyan macam aku. Bwahahaha... Keji tak?

Haishh... Sorry la kalo ada yang terasa-terasa atas ape bende yang aku bebel kat sini. :D

Ni cuma pendapat aku. Cuma satu je kene ingat. Walau sesusah mana pun hidup kita, tapi ingat laa... Ada lagi orang yang jaaaaaaaauh lebih susah dari kita. Dapat sambung belajar dan dapat loan yang termasuk elaun sara diri pun cukup laa kan?

Tak payah susah-susah nak join konon MLM apa kejadah tu untuk hidup senang konon bleh tolong parents. Tugas kita yang diberi peluang untuk sambung belajar ni adalah belajar, belajar, belajar. Benda-benda tahyul macam MLM tu nanti dah abes belajar pun boleh je bikin. Kalo terpengaruh sangat, galak gedik sangat nak buat, cube pikir balik. Upline korang tu dah cukup kaya macam dia claim tu ke sampai nak kene tarik korang join. Baik kaji habis-habis dulu korang punye upline sebelum join. Kalo dia pun stok makan megi sampai habis semester, baik lupekan je la....

Dahhhhhhhh... Panjang pulak membebel kali niii... Haishhhh...

5 comments:

Anonymous said...

woha!


erm. kau pun tahu aku macam mana dan back ground aku macam mana kan?(based of my entries)

aku hidup di kalangan kawan2 aku bekerja walaupun belajar.

even kerja kat macd, jadi penjaga kat hotel, atau kerja kat kedai fotostat, tapi gaji masyuk rm500,even mereka ni ada yang tak tidur lagi dah masuk kelas,

majoriti pelajar uitm diulit kemewahan duit loan, dan habiskan macam tu je.

tapi biasanya orang yang dah tahu susah, dia tak mudah nak flunk,

kau dah kat uitm s.alam ke?

Aslina said...

::matahari::
aku still kat unihell ni ha. wahahahaha...

aku tak bape puas hati sikit pasal bila aku rasa aku mampu sara hidup sendiri, tapi orang anggap aku sombong tanak terima bantuan. padahal, aku mampu, baik dorang bagi je kepade yg betul2 kurang mampu. itu cerita pasal zakat. bukan bleh buat main2.

second plak pasal rasa confuse nak utamakan kawan ke study sebab nak dekat final. kan skang bleh je 2-in-1. lagipun beb... budak2 unihell skang aku langsung tak nampak junior2 aku jenis sempoi macam aku. semua stok2 paling bangsat pun pakai blekberi eventho ciplak made in china punya. tapi still canggih weh. tu pun komplen tak cukup masa nak study. heran aku heran.

± said...

kalau kau mampu, kau berhak tolak bantuan tu dan itu bukan sombong namanya. itu pikir jauh..yg nak kenal soal kat alam akhirat nanti bukan dorang, diri kita sendiri

budak2 zaman skrg tak kira student u ke tak, semua nak ikut trend. kalau tak folo, ketinggalan. dah folo, soru x lepas

aku lebih suka buat hal sendiri dari layan manusia2 yg hanya pandai menilai aku dari luaran. buang masa

Aslina said...

::Dark Half::

yesszzaaa... buat hal sendiri lagi best dari nak ikut trend atau ikut kawan2...

bab bantuan tu... tolak2 pun tapi terpilih jugak nak buat camne kan... terima je la :D

Anonymous said...

entri kau ni bagi aku idea kat sarkasis. hehe.