Thursday, March 31, 2011

Dengki.

Bleh tak aku nak mengamuk secara berleluasa kalau kuar berita takde budak-budak senasib macam aku semester lepas yang TS tu?

Boleh tak?

Sebab ada je yang sama cerita macam aku semester lepas, hardware tanak gerak, second presentation pun lebih-kurang, tapi aku at least semester lepas report siap tebal-tebal on time ok? Ada tu aku dengar separuh report pun tak abes lagi. Tu satu.

Lagi lain-lain pulak, sebab ada jugak manusia ber-report nipis tapi lepas tapi membe aku sorang semester lepas kene tuduh ber-report nipis lalu kene TS. Sangat berkuasa veto ok tukang bagi TS tersebut.

Dan lagi.

Yang aku sibuk-sibuk emo sampai refresh segala macam benda sampai beratus kali tu plak, baru jap tadi tengah-tengah malam jam 12.30 a.m aku baru dapat SMS dari beliau. Ye. 12.30 malam tuan-tuan dan puan-puan. Bak kata kawan-kawan aku berdua yang lain tu tak lain tu terngigau aku la tu time tido.

Adakah aku sangat saiko sampai orang tu terngigau lalu antar SMS sentap jiwa dan raga yang membuatkan aku pulak takde selera nak tido sampai waktu camni.

Sentap la weyyy... Sat kata dalam SMS tu bleh pegi bikin hardcover. Tapi dalam masa yang sama dia cakap jugak belum tentu la diterima. What? Apa gila aku nak bazir duit pegi buat hardcover super urgent tapi bende tu belum confirm acceptable? Maknanya potensi untuk fail tu masih terbuka luas.

Makna kata kalo aku fail, maka semester seterusnya aku kene buat balik apape pun project dan submit balik report project itu dalam bentuk hardcover. Woiii... Sapa nak bayar ni woiiii... Keje serius nak suh aku bazir duit ni namanya... Ingat hardcover kat Seksyen 7 tu murah-murah macam kat UPM ke? Nak pegi UPM nak kejar yang murah pun satu hal jugak bila pikir bab duit minyak.

Apa susah sangat degree kat U ni? Aku tengok budak-budak U lain atau kos lain bahagia je bleh pilih buat FYP atau pegi praktikal atau engineering project secara berkumpulan atau pilih dua dari tiga tu. Atau buat semua tapi FYP ada option buat case study. Ye kawan-kawan, saya pernah di-offer case study, tapi oleh sebab case study takde buat project yang tahap membazir duit maka, case study saya ditolak mentah-mentah. Tau sapa offer case study tersebut? Plexus. Ye lah. Tak femes. Tapi dia subcon company femes-emes seperti Honeywell dan lain-lain tau. Sila jangan pandang sebelah siku.

Ke aku salah amik kos ni? Ujung-ujung baru tak minat ni payah gile kot.

Sorry la dalam minggu ni memang takde entry yang buat orang senang hati baca selain berkerut dahi sama teruk macam aku sebab tak puas hati dengan orang lain.

Oh ye dan sesape rase nyampah tu sile la un-folo sebab aku tau entry aku banyak unsur-unsur negatif dan benci-membenci. Kan tak baik untuk kesihatan blog. Sebab tu aku tanak promote sangat blog aku ni ha. Takde pengetahuan am pun. Sekadar diari biasa-biasa seorang manusia yang jenis pandai bersyukur sikit-sikit dengan apa yang ada dan tak puas hati banyak dengan orang sekitar.

No offense. Heh.

Ini memang entry super-duper lahanat punya dengki.

2 comments:

Anonymous said...

ko amik degree jadik pengebom berani mati lah! lol.

Aslina said...

::ururules::

ha'ah kan... sesuai sangat tu ngan aku. haha...