Showing posts with label Award. Show all posts
Showing posts with label Award. Show all posts

Wednesday, June 30, 2010

Award + Tag (?) Lagik... Heh.

Harini tatau nak update apa sebab perut pun nyanyi-nyanyi mintak diisi... Apasal laa selalu time duit limited, time tu jugak la perut buat hal mintak makan macam-macam... Padahal masa ada duit tuu... 2-3 hari tak makan pun takde hal... Tak komplen langsung perut ni. Haih.

Ok la. Proceed kepada award dengan tag. Heh. Baru terhegeh nak buat tag. Padahal dah berzaman dah orang passing tag dengan award tu.

First tag datangnye dari Hadra. Err... Kalo aku copy-paste soklan sekali ngan jawapan ko bley? Malas plak nak taip tiba-tiba. T____T. Tsk. Ok... Ok aku akan cuba gigih untuk menjawap.


1] Adakah anda happy sekarang?

Happy? Boleh tahan happy laa... Kalo sekarang ni... Dia punya feel happy tu kurang memberansangkan sikit berikutan kekurangan duit dalam bank dan juga wallet. Jadi bersabar je la tunggu loan masuk. Bukan untuk enjoy ye... Sepanjang idup aku takde istilah enjoy bila dapat loan. Masuk je loan, terus buat budget. Ye lah, orang lain kot nak enjoy dengan baki loan buat shopping beli baju baru la, kasut, moto, belanja awek... Aku ni nak guna buat beli pakaian dalam-dalam tu pun pikir 100-200 kali. Apa lagi nak enjoy ke arah yang bukan-bukan. Melainkan untuk Jonny. Haih. Tu penting kot untuk keselamatan diri sendiri. Hahahh..


2] Apakah benda yang boleh membuat anda happy?

Laptop tak hang, keje siap on time, Jonny full tank, takde orang ganggu dekat henset, seronok invisible dari orang lain, bila time boleh bawak diri sorang-sorang dalam fakulti tanpa gangguan sebab sekarang jadi macam tekanan pulak bila kawan-kawan baik dah ada, tapi orang-orang yang iye-iye jadik kawan baik untuk semester lepas masih mengharapkan aku lepak dengan dorang. Lepas tu masing-masing dah agak tak sebulu pulak tu dengan kawan-kawan baik aku yang sebelum ni. Haih...


3] Pernahkan anda menerima tag?

Pernah je... Banyak kali dah kot... Maklum la.... Blog ni pun dah berapa kurun dah bertempek dekat sini. Tapi blog cikai-cikai ni just untuk suka-suka je la. Takde la niat nak kumpul viewers paling ramai ke apa. Sapa nak baca, baca je la. Ade aku kisah kalo orang tak nak baca. Tu dia lari topik. T____T


4] Nyatakan warna yang anda suka.

Warna paling suka? Purple. Tak caya tengok je la gelang aku pakai ni. Punya la banyak batu-batu kaler purple kat sini. Dari kecik-kecik lagi suka dah ngan purple ni. Tatau la pasaipa. Tapi suka je la. Tak addict sangat sampai semua benda pun nak letak purple. Ehe. Tapi ada jugak la berangan cincin kawen nanti nak yang ada batu kaler purple. Bukan berlian pun takpe. Janji batu kaler purple.


5] Berikan 9 orang yang anda mahu tag. Sila beritahu kepada orang yang anda mahu tag supaya dapat respond.

Malas nak tag orang. Nanti kena sumpah jadi peti sejuk 3 pintu yang sarat dengan makanan di dalam. Heh.

*Mana no. 6? Aku terdelete kah? Tapi check balik kat Hadra pun takde no. 6. Keh keh keh.*


7] Nyatakan sesuatu tentang orang yang anda tag. Nak tulis panjang berjela pun takpe, asalkan anda happy.

Oh, takde. Terima kasih.


8] Ni soalan cepu emas nih. Adakah anda happy dengan apa yang anda ada?

Sangat-sangat happy dengan apa yang ada. Kecuali tak happy bila duit takde. Sume plan kene pospon. Heh. Lagipun Jonny ada, laptop ada, itu pun dah cukup buat aku happy. Kawan-kawan tu kire bonus la. Tapi kawan-kawan yang ok-ok la. Kadang-kadang ada kawan-kawan pun macam takde jugak. Family pun lebih-kurang je. So, takde efek pun idup. Cukup aa Jonny dengan laptop. Haha. Boifreng takde pun takpe. Enjoy je idup. Keh keh keh.



Second tag datangnye dari Cik Ailebiu. Pun dah berzaman dah. Tapi tag ni sekali dengan award. Jeng-jeng-jeng... Tayang award dulu kat atas baru letak tag dalam scroll di bawah dier. Haha. Poyo je nak display award luar scroll kan? Keh keh keh. Kisah ape aku.


Haa... Amik kau sekali nama dia stalker terhebat tu... Macam tau-tau saja aku suka stalk orang. Tapi memang fun apa stalk orang. Cuma jangan obses sangat la. Nanti orang yang kita stalk tu sedar diri lepas tu start perasan berguni-guni pulak. Tamau-tamau. Kita stalk secara wasatiah. Apa tu wasatiah? Sila bukak buku teks Pendidikan Islam tingkatan 4. Mungkin di situ ada. :)

Jom-jom tengok apa isi tag dia. Boleh aku membebel lagi kat situ. Heh.


1. Bagaimana anda dapat menjadikan blog anda sebagai medan dakwah ?

Err... Susah nak jawap soklan ni... Haih... Tapi ada la sikit kot unsur-unsur dakwah dalam blog aku ni walaupun aku sendiri tak berapa nak betul pun tatacara hidup. Hari-hari nak emo. Emo pasaipa aku pun tatau. Yang penting hari-hari mesti emo. Tapi aku rasa kalo wujud unsur-unsur dakwah pun, maybe nasihat-nasihat yang ringan-ringan (bukan ajak ringan-ringan, ok...) Tu pun nasihat yang ada pun berdasarkan pengalaman aku je la. Mana aku nak tau pengalaman orang lain sebab aku bukan orang lain tu. Lain la kalo pengalaman orang lain tu ada kaitan sikit-sikit secara parallel dengan aku. Secara series takleh sebab huru-hara sangat. Kalo takde kaitan, tu sekadar pandangan aku je. Selain untuk tarik trafik masuk blog, mungkin untuk tujuan publisiti. Heh. Gila lari niat tu. Apa soklan tadi? Pasal dakwah kan? Aku rasa jawapan aku ni dah ke laut pun sebenarnya. T_____T


2. Sumbangan anda selama menjadi blogger ?

Sumbangan aku selama jadik blogger? Aku support Earth Hour. Tu je la. Heh. Paling meriah entry yang tahun lepas punya. Tahun ni aku tak sedar pun Earth Hour bila. Sebab masa tu aku sibuk merayau dengan Fazar kat funfair Kuala Selangor haritu. Langsung tak ingat pasal Earth Hour. Yang aku tau Tesco kat sebelah tu je separa gelap. Tapi funfair tetap meriah. Semua orang bertumpu kat gerai henset tiruan tu. Situ lagi la meriah dengan lampu-lampu.


3. Apa yang anda dapat sepanjang menjadi blogger ? (positif & negatif)

Positif:

  • Dapat ramai kawan-kawan baru.
  • Dari dorang kadang-kadang aku dapat update berita semasa lagi laju dan fun dari baca akhbar online.
  • Boleh tengok ragam orang dan dari situ bleh blaja kenal diri sendiri. =)
  • Ramai sayang aku kat sini. Sob! Sob! Terharu nih...
  • Orang tetap sudi baca walaupun aku meroyan je kat sini.
  • Tekanan perasaan semakin reda bila luah kat sini dari bercerita kat orang secara terus. Oh, aku lebih suka bercerita pada benda yang kurang bagi respon atau benda yang biar aku luah semua sekaligus, hujung-hujung baru kasik komen. Kadang-kadang cerita dengan orang melalui phone atau face-to-face atau YM akan menyebabkan aku makin depress bila aku baru start cerita, orang dah respon. SMS tu another option yang aku jarang nak guna.
  • Speed menaip semakin laju dan tak payah tengok keyboard pun kadang-kadang.
  • Sebab blog ni jugak kadang-kadang aku malas nak kuar bersosial kat luar. Heh.
  • Boleh taip suka-suki hati dan takde sape nak marah sebab tak ikut format, tak formal atau ape je.
  • Rasanya orang lebih kenal aku kat sini dari kenal aku kat luar secara in person. Aku rasa kat sini lebih kepada diri aku sendiri dari realiti. Realiti tu, aku sapa entah. Kadang-kadang kat realiti tu cuma buat-buat hipokrit saje.
Negatif
  • Kawan-kawan kat luar aku dah tinggal yang betul-betul kawan baik saje. Kat fesbuk yang ramai-ramai tu hanya la fatamorgana. Ecewah!
  • Skill menulis aku macam semakin huru-hara. Sebab tulis blog ni ikut suka dan takde format.
  • Aku suka emo-emo kat sini. Buat luahan perasaan.
  • Aku semakin tak berapa pandai nak bercakap dengan orang. Ye lah, masa ko taip, mana ada ko cakap sorang-sorang apa yang ko taip. Jari je menaip sambil mata pandang screen. Siap terbawak-bawak dalam real life sekali kot. Pandang-pandang orang dengan harapan orang boleh baca fikiran aku. Hah. Hampeh bukan?
  • Masa aku habiskan depan laptop saja. Hahahahahaa... Tu pasal makin "comel" tu. T______T


4. Blog yang jenis macam mane (pada pandangan anda) yang anda suka stalk ?

Blog kepada blogger yang fofuler-fofuler je. Heh. Eh, taklah... Tipu je. Blogger yang aku rasa entry-entry dia ada unsur-unsur boleh motivate-kan aku, blog yang jenis personal yang ada cerita sweet-sweet pasal idup dia. Best woo baca blog macam tu. Rasa aduiyai seronok betul hidup beliau. Blog politik kadang-kadang je bila tajuk macam best. Blog-blog orang suka emo-emo pasal life dia macam aku ni pun suka jugak. Syok je baca dia dok kutuk orang. Sama-sama tambah dosa la dengan aku pun. Lepas stalk blog tu biasanya terus aku pegi dekat blog islamik sikit. Selalunye stok-stok ustaz-ustaz yang dah berpuluh tahun jadi ustaz punya blog. Aku kurang berkenan sikit dengan blog "ustaz-ustaz" yang muda-muda nih. Kadang-kadang cara dorang tulis pun emo je lebih. Fikiran tak macam orang-orang lama. Oh, lupe... Kadang-kadang aku terjumpa jugak orang-orang sebaya arwah ayah aku berblog. Tahap tak caya aku orang-orang umur tu blogging lagi. Atau maybe anak dia tolong taip ke apa kan... Tapi maybe tak kot sebab cerita dorang memang sebijik stok-stok arwah ayah aku punya cerita pasal dulu-dulu. Entah. Selalu blog yang aku suka stalk semua aku jadik follower je. Senang nak catch-up cerita baru dorang. Haha. Memang betul-betul stalker aku nih.


5. Tag 5 orang rakan blog anda.
Ini harus aku tag orang sebab ada sekali dengan award.

  1. Kak Syima
  2. Hadra
  3. Huda Luna
  4. Fndrocka
  5. Rezan



Okeh. Selesai sudah. Heh. Sesape yang berkenaan kene tag dekat tag kedua sekali ngan award seperti Kak SyimaHadraHuda LunaFndrocka, dan Rezan... Sile amik ye. Aku malas nak pegi shoutbox korang untuk buat kecoh-kecoh. xP

Monday, June 7, 2010

Tag Dan Award Dari Kak Ell =)

Kak Ell adalah sorang blogger yang senang dapat award dan suka bagi award dekat orang lain. Heh. Selalu award dia mesti ada sekali dengan tag. Tapi takpe laa... Aku pun dengan rela hati amik award ni dan jawap tag.

Ekceli ada 2 award kat entry dia yang ini. Tapi sebab mengada-ngada, aku amik 1 je. Heh. Memang dasar mengada-ngada kan... Ok, here goes the award and tag.


  1. Suka melukis tak?
    Dulu sangat suka melukis~~ Selalu wakil sekolah dalam pertandingan melukis. Heh.
    .
  2. Bosan-bosan suka buat apa?
    Bosan-bosan... Tido laa ape lagiii... Heh.
    .
  3. Kenapa siput babi berjalan lambat? Haha :DD
    Siput babi berjalan lambat sebab dia tak pasang turbo kat badan. Heh.
    .
  4. Cute tak orang yang bagi award ni?
    Akak Ell yang kasik award ni memang cute. :p
    .
  5. Orang-orang yang saya nak tag adalahhh..........
    Siapa yang terbaca post ni, kena amik. Kalo tak, tamau kawan!! Heh.

P/S : Macam menarik je nak tayang award-award dekat side bar semua. Tapi aku dilanda kemalasan untuk buat macam yang baru aku tengok dekat blog Pereka Cerita yang ni. Nanti la aku rajin, aku tukar segala-gala dalam blog ni. Heh.

Monday, May 10, 2010

Award + Tag (?)

Ni sebab lama gila kot tak blogging, tapi kadang-kadang rajin jugak singgah kat blog orang lain menyibuk-nyibuk bagi komen laa... Macam-macam la... Tak sedar diri kot busy. Tapi tetap sibuk nak terjah blog orang.

Pakej tag dan segala award-award ni datangnye dari Madam Lady Ell. Ececehh... Haha... Tapi award-award ni datang sekali dengan pakej tag. Adoilahh... Malas benau mo jawap tag. Tapi layankan je la...

First batch adalah dari 30 April yang lepas. Wah, siap batch-batch bagai... :)

Malangnya kene taip satu-satu pulak sebab tak pandai nak copy-paste dari blog Akak Ell ni. Disable eh??? Takpe... Takpe... :) Walaupun soklan berbunyi ala-ala cepu-cemas gitu. Layan je. Sorry je, ter-wat versi scroll takut panjang sangat :)






Tag pertama : About ideal guy??

1. How tall should he be?
I dont want him to be too tall from me. That will cause ppl to accuse me as his younger sister. Hahaha!!

2. What hair colour should he have?
Dark black with a bit brownish when under the sun. Hahahaaa... Boleyyy???

3. What kind of personality should he have?
Of course gentleman, funny a bit, and I really need him to guide me through the right path of life. :)

4. Older or younger?
Preferably older than me, thoo... But kinda weird now coz there are LOTS of guys younger than me "keep-on-chasing" me. Huhuhh..

5. What film actor should he most be like?
Actors are hypocrite. They can act like anyone. So, I want him to be himself. Looks can be "kawtim", maa!!

6. What singer should he most be like?
Lady gaga. Boleh??? Hahahahh... Mati lahhhhh!!!

7. Do they need to cook?
Not necessary. But it is a bonus if he could. :)

8. What is his best body part?
Chubby cheeks and his smile. So, later I'm not the only one that "akan kena cubit di pipi".

9. What car should he drive?
Kereta kebal pun boleyy...

10. What one thing completely turns you on?
Smiling. Huuu... :)

11. Who was the guy on your mind when you doing this survey?
Idk. Brader Lab, maybe. My friends, Rezan, Fazar, Mark Royston, etc (ramai sangat kawan-kawan). Dan Aiman Hafiz yang dekat rumah. :)

12. Tag 6 people to do this survey.
Saya mau tag... Hadra sorang. Hahahhh!!! Manyak kijam, bukan??

Tag kedua : Takde tajuk. Tapi semua ada 5 benda kena list.

5 Nama samaran kamu

  • As - Kawan-kawan yang biasa-biasa panggil camni
  • Nina/Ina - Relatives semua panggil camni
  • Acik - Anak-anak buah panggil camni
  • Asler - Coursemates. Haha. Sengal betul dorang.
  • Nor - Classmates yang berbangsa Arab :)


5 Tarikh penting dalam hidup

  • 7/7 - Besday senirik, Sue, Harith, dengan my own auntie. Haha. Share ramai-ramai.
  • 3/8 - First time rasa macam bekerja seiring dengan kos yang di amik (praktikal). Hahaha...
  • 22/6 - My dad leave me forever.
  • 21/10 - My mom leave me forever
  • 22/1 - .... 

5 Perkara yang kamu buat semalam

  • Pegi kenduri.
  • Pegi umah cousin.
  • Tolong angkut barang-barang Yanti
  • Main game Plants vs. Zombies
  • Tido

5 Perkara buat kamu gembira

  • Chocolates... Gembira gila kalau dapat.
  • Assignment dah siap.
  • Final exam confident boleh wat dengan cemerlang.
  • Berjalan-jalan dengan Jonny.
  • Tido puas-puas.

5 Drama/ Filem kegemaran kamu

  • Equilibrium (all time favourite)
  • Dead Silence
  • Madagascar
  • Resident Evil 1, 2, 3
  • Lets Go To Prison

5 Hobi kegemaran kamu

  • Jalan-jalan dengan Jonny
  • Surf internet + blogging + facebooking
  • Main game. Dalam laptop, dekat henset, semua-semua la
  • Tengok movie.
  • Tido.

5 Orang yang kamu suke/ sayang

  • My only brother dengan family dia.
  • Lecturer baik-baik yang tak prejudice.
  • Blogger + facebook frens.
  • Arwah mak dan arwah ayah.
  • Secret.

5 Tempat percutian idaman kamu

  • Makkah. Leh gi haji + umrah.
  • Pulau-pulau cantik-cantik dekat Sabah.
  • Jepun
  • Switzerland.
  • Alaska. Haha. Boleh??

5 Sebab kenapa kamu jawap soklan ini

  • Baru teringat.
  • Takde keje.
  • Malas nak sambung study MCS.
  • Bosan.
  • Ada kerajinan untuk menaip.

10 Orang yang kamu nak tag!!
Uhh... Malas ah nak tag orang. Sapa suka, sila buat.

Ini adalah award-award yang dikurniakan seiring dengan sesi jawap tag bagi batch pertama nih.










Phewww~~!!! Abeh pun satu batch. Ini second batch plak.

Second batch adalah pada 2 Mei yang lepas. Haha. Nasib baik la dapat yang second part punye. Kalau kena buat yang cari 8th picture dari 8th folder tu saya buat-buat tak nampak saja la ye. Hahahh~~!!

Tag : 10 things that makes me happy :)

  1. Assignment siap. Paling happy ni. Takleh tido malam kalo tak siap.
  2. Kelas cancel. Yippaaa~~!!!!!
  3. Cekelat. Yang betul-betul warna coklat dan bukan spesis gula-gula yang warna-warni.
  4. Annoying Orange dekat Youtube. Currently la.
  5. Makan free orang belanja.
  6. Tengok wayang dengan kawan-kawan.
  7. Baca blog orang + facebooking.
  8. Main game dalam laptop takde sekat-sekat/hang.
  9. Jalan-jalan dengan Jonny.
  10. Tido yang terlebih-lebih dari cukup.
Dan ini awardnyaa... Ngahahahahahhah....!!!!


Sorry ye Kak Ell. Saye baru abes setel tag + award akak. Terima kasey banyak-banyak. Sekarang saya mau sambung tengok movie. 

P/S: Hadra!!! Sila sambung semua-semua tag ni pulak ye. Haha. 

Sunday, April 5, 2009

Aku Takde Idea Nak Tulis Entry Apape Sebab Ade Orang Dah Amik Alih Sepenuhnye Laptop Aku

Huhu... Isnin lepas Fauzi kehilangan laptop. Maknanya dah seminggu jugak dier tak belek2 email dier. Bukan email je, Fesbuk la, Frenster la, Tagged la... Memacam la! Banyak gile kejenye bile online nih. So, aku hanya mampu pandang terkebil2 sambil wat muke kesian sebab aku nak main Mafia Wars kat Fesbuk aku. Tapi hampeh! Tak dilayan langsung. Siap wat2 tak nampak lagi...Wuuu~~~!!!! Aku tersisih...Waaaa~~~!!!
[Ye...Dier sangat gigih datang dari Lumut ke Kuala Selangor semata2 nak check email. Sebenarnye nak jumpe aku jugak. Next week dier gi sailing untuk 2 minggu. Tu pasal gigih gak datang nak jumpe aku. Aku juge dah pass adiah bday kat dier... Merdeka wohh sebab dier pegi sailing!!! Stop la jumpe untuk 2 minggu. Sebenarnye nak halau beliau bile da datang sini... Rase tak sampai hati plak... Lagipun mak sedara dier kat sini. Takpe la kan??]


Aku tatau nak taip ape sebab skang pun dah kul bape dah... Memang aku tak berpeluang nak berkasih-sayang ngan laptop senirik. Ni pun aku taip laju2 sebab dier tengah isap rokok dan tunggu giliran nak gune balik laptop nih. Uuu~~!!! Kejam tak beliau?

Kat sini aku nak upload award2 yang dihadiahkan oleh Zowie yang dah berkurun lama aku peram. Nah aku tempek dah kat sini. Tapi award2 ni suma ada syarat plak dah. Syarat2nye sama jek sume. Kene tulis komen megenai orang yang send ini award.


Erm...Komen mengenai orang yang kasik award ini...

Alamak...Kene komen ke? Erm...Zowie nih aku kenal time kat group dalam Frenster. Hehe...Bleh rapat plak ngan dier nih. Erm...Tak penah la lagik jumpe beliau secara live...Tapi dier ni happening jugak orangnye. Kelakao...Baik dan juga bersopan santun. Lastly, aku bleh la nak cakap dier ni seorang usahawati yang berjaya. [Eh? Betul ke term usahawati itu?] Nak komen lebey2 pun kang terkomen bukan2 kang kene sumpah jadik peti sejuk plak kan? Huhu... Neway, thanx la pasal kasik award comel2 kat aku nih.

Aku takde award la nak buat bagi kat kawan2 lain. Rasanya kene men passing2 award kot. Cukup la yang ni kot. So, suma yang jadik FOLLOWER aku tu...Anda WAJIB amik award ni tempek pulak kat blog anda. Buat masa nih...Ini je la award untuk aku yang aku dapat kesan. Orang lain kalo penah bagi award kat aku tapi aku belum display, sila komplen dengan kadar segera dan jugak tinggalkan link ke award anda dalam komen.Sekian, terima kasih.


P/S: Mende ni memang aku schedule. Mesti korang bengang sebab aku cakap je bz, tapi satu hari kuarkan post sampai 2-3 skali harung. Ahaha!!

Saturday, February 21, 2009

Award Untuk Yang Cute2 Saja



1. Copy Badge “2008 Cute’s Blogger Award” untuk diletakkan di blog anda

2. Link atau ceritakan kembali siapa yg memberikan award ini kepada anda
    Award ni datang dari Cik Nughul yang suke bebel...Kire2 sebulan nan lalu...Ekeke!!

3. Setiap blogger hendaklah menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum pemenang seterusnya
  • Boleh tido dengan nyenyak di mana2 sahaja walaupun tengah berdiri
  • Bile makan roti mesti nak abehkan kulit keliling roti dan baru makan isi
  • Suke makan keropok goreng celup dengan milo panas
  • Sangat cerewet kalo wat keje
  • Suke bace komik Apo? dan majalah E-Ring
  • Anak ke-5 dari 2 orang adik beradik (Ha! Pening...? Hehe)
  • Sangat suke kanak2
  • Takde dan maybe takkan ader lesen keta
  • Tak takut dengan serangga
  • Tak boleh tiup belon

4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan menyertakan nama mereka di blog anda.

Alalalala~~~!!! Cek malaeh la nak pilih 10 penerima award...Sebab korang yang melawat blog aku ni sumenye kiut2...Adeihhh...Amik je la sape2 suke, hookeee!!!

Monday, January 19, 2009

Keh3x!! Award ke? Hehe...

Tengah belek2 blog Kak Rieha untuk usya dan kire tag ape ke lagi yang belum dijawap...Sekali rupe2nye terselit award...Hurm...Susah2 saje...Takpe la...Tempek je la kat sini...Tak rugi ape pun, kan...?

Ni hah...


Hehe... Sori la kalo korang rase nampak cam cacat je entry nih...Tapi...Award ni rasenye kene passing2 kat kawan2 lain kot...

Aku malas la nak letak name sape2...Cume sape2 yang singgah blog aku...Amik je la award ni tempek kat blog korang ye...