Gambar-gambar kat kem Jati Diri yang 3 hari 2 malam tu sebenarnye dari minggu lepas-lepas lagi kot dah ada. Aku je lambat pegi tengok sebab tatau nak tengok kat mane... Ehehe...
Nah klik je gambar bawah tu untuk tengok semua gambar-gambar yang ada. Haha. Layan...
Gamba ni adalah pekakas untuk main waterfall rapelling. Memang mencabar habes la habaq hang... Turun waterfall dengan air deras-deras... Berapa kali aku tergolek. Tapi bagus gak gambar aku tergolek takde dalam nih. Muahahaha...
Sunday, October 16, 2011
Saturday, October 15, 2011
Sandal
Baru aku perasan selama ni aku memang fokus kat satu brand je kalo beli sandal "lady like". Pulak tu satu-satunya brand yang aku rasa best bila pakai, selesa, tahan lasak dan saiz 6.
Ye. Saiz 6. Selama ni aku beli selipar jepun ke, kasut sport ke, semuaaaa saiz 4. Kecewa gila bila kaler idaman takde saiz. Termasuk kasut bowling pon saiz 4. Buat kena gelak kat kaunter je. Kali ni aku yang gelak besar.
Ada sapa-sapa tau pasal Zara's tak? Aku google asik kuar benda tak berkaitan je. Pedulik la sandal Gucci ke apa ke... Zara's jugak matching dengan kaki lebar aku. Dah la murah. Tahan sampai setahun lebih plak tu. Memang kene la dengan aku yang jenis malas nak shopping kasut macam pompuan lain.
Posted via Blogaway & HTC Sense
Dalam tag
phone blog
Wednesday, October 12, 2011
Eksiden.
Smalam kat simpang 4 Jalan Tengah tuh... aku jatuh moto. Dalam percubaan nak buat U turn sebelah Stream. Tatau la dia tak nampak aku ke atau memang pesen tak sabar-sabar nak jalan. Selalu aku nak U turn memang aku kat sebelah kanan mana-mana keta. Pastu kalo keta tu betul-betul nak U turn, memang dorang pon rapat ke kanan jugak sampai takde ruang moto nak mencelah. Habit Penang driver memang camtu.
Tapi makhluk smalam tu tah tamak ruang ke atau memang tak biasa bawak keta besar-besar, tapi bajet terer, tak pasti.
Tapi bodoh gila la duduk lorong kanan, tak masuk kanan, tapi nak pegi terus. Dah la signal moto aku mana ada untuk U turn. Ada je aku bagi signal nak ke kanan.
At least bagi ah aku lalu dulu.
Pastu langgar aku plak.
Siap pause lagi.
1 minit...
2 minit...
4 minit...
Dekat 5 minit aku cuba nak bangun. Dengan moto hempap aku lagi... nasib baik takde apape. Lebam je la sikit. Aku da la dengan letih-letih balik keje... dalam minggu ni aku belum rest lagi aku rasa. Hari-hari termasuk weekend ada hal. Pagi sampai malam.
Gigih jugak la nak bangun sendiri.
Sorang pon takde tolong.
Aku da bleh bangun tu, nak start moto balik, baru la owner keta tu kuar dari keta tanye aku ok ke tidak.
Apsal orang lain sibuk-sibuk hon je tapi tak tolong eh?
Apa dorang ingat driver tu langgar hantu ke sampai dia tak gerak-gerak lagi?
Siyes aku tak paham smalam.
Selalu aku tengok kat tv, drama-drama semua the moment they hit people, terus gegas kuar tengok orang kene langgar tu if takde ruang untuk lari sebab moto jatuh melintang jadi penghalang (kecuali 4x4 la. Bleh je naik atas keta lain. Baca: KL gangster)
Tak teruk pon. Aku je lebam-lebam sikit. Still boleh pegi keje lagi. See? Komited gila aku kan bab-bab keje ni? Huhu.
Kejadah la sangat komited. Baru nak lilit tudung dah mengalir air mata sebab tangan terseliuh takley nak angkat lelama.
So harini aku MC. Buat pertama kali seumur hidup masa dah kerja ni.
Posted via Blogaway & HTC Sense
Posted via Blogaway & HTC Sense
Dalam tag
phone blog
Sunday, October 9, 2011
Cengkerik.
Aku bukan la hebat sangat cakap omputeh nih. Tapi kalo bagi aku peluang bercakap... lantak la bahasa apa pon selamba aku belasah.
Yang penting confident supaya sesuatu kelas tu takde bunyi cengkerik walaupun lokasi kelas bukan la dalam hutan.
Kenapa orang jadi malu-malu nak mengaku kuasai sekurangnya 2 bahasa eh? Dah kelas tu in english kan takkan ko nak cakap dalam bahasa melayu plak kan?? Speakup je laa.
Client dah la pesen tak minat blaja bahasa melayu. Sekurangnya bina la keyakinan diri. Bagi kukuh. Boleh nampak la berapa kerat je buat kelas macam riuh.
Camne ni?
Kata technical engineer.
Posted via Blogaway & HTC Sense
Dalam tag
pendapat saya,
phone blog
Friday, October 7, 2011
Pengotor.
Kah3... susah kan bila bukan sorang yang perhati kita sepanjang kita kat tempat dia...
Dah la aku jenis bawak barang pada kadar paling minima... standard la pakai baju ulang2 dan pade mase yg sama segan nak pinjam washing machine orang...
Maybe aku tak peduli sangat sebab aku takde bau badan yang kuat kot... tah... sebelum ni aku lepak ngan budak-budak kelas aku sampai dua hari berturut-turut sebab nak buat tesis tu siap ulang-ulang pakai baju yang sama takde plak yang bising...
Yeah. Aku mungkin slamber kat luar je nampak pakai baju yang sama... tapi kat dalam sape tau kan... hahaha... eh pe aku merepek... dah2... suke hati lahh!!
Posted via Blogaway & HTC Sense
Dalam tag
pendapat saya,
phone blog
Malam Jumaat.
Haha. Aku nak tanye pe bende yang menerjah kepala korang bile baca tajuk tu?
1. Malam Jumaat banyak antu merayau.
2. Malam Jumaat baca Yaasin.
3. Malam Jumaat untuk yang da kawen je.
4. Malam Jumaat... Esok Jumaat. Last day keje untuk week nih.
Aaa... Takley tipu-tipu. Tak baek. Huhu. Tahyul je yang percaya no.1 tuh...
Bukan nak citer sangat pasal malam Jumaat ada apa pon... Aku je stress sikit malam tadi. Stress sebab... Erm... Terasa lebih-lebih sket je. Tapi still ada effect la dalam hidop.
Lalu membawak la diri ke tepi pantai. Dengar deruan ombak. Camtu laa aku bila stress. Takde maknenye nak terapi shopping segala. Gila apa tengah serabut-serabut lagi nak shopping. Kang tak pasal bertambah stress waktu beratur nak bayar. Nak pegi shopping butik... Sama je. Rakyat Penang ramai sangat kaki shopping.
Berani pulak kan aku pegi tepi pantai sorang-sorang, cari port yang memang orang tak duduk, pastu layan perasaan sorang-sorang kat situ. Malam Jumaat pulak tuh. Ye ber-tahyul lagi...
Ok la da ngantuk. Nak tido dulu. Gudnite semua.
Posted via Blogaway & HTC Sense
Dalam tag
phone blog
Wednesday, October 5, 2011
Sunday, October 2, 2011
Lari.
Aku sebenarnya bukan la jenis manusia yang kuat sangat macam yang orang kenal aku berdasarkan apa yang dah aku lalui sepanjang hidup ni.
Kadang-kadang aku kalah jugak. Pastu aku lari. Lari dari orang, lari dari masalah. Macam skang. Aku dah jadi macam pelarian. Aku pun tak paham apa masalah aku. Kata pegi kem jati diri haritu bleh buat aku makin berjati diri. Tapi makin pengecut lari-lari macam ni ape citer? Mungkin aku bercuti je kot masa tu... makan angin je lebih sambil beraktiviti lasak.
Ramai jugak bising hidup aku dah semakin lifeless. Semenjak-dua menjak ni aku pon sedar aku macam lifeless. Hidup aku kat opis je. Tu pun da macam jarang cakap dengan orang. Kecuali kalo tech support. Plus overtime dalam keterpaksaan lagi... parah betul.
Gambar-gambar happy hour release tension masa kem jati diri haritu tah mana hala tah peginye. Takde tanda2 penganjur nak upload pun. Takkan nak lari elak-elak macam aku jugak...
Ntah la. Aku dalam bas ni. On the way balik Penang. Dari Putrajaya. Kadang-kadang tu menipu ni berkesan jugak untuk aku melarikan diri dari semua ni. Mungkin aku nak berehat. Cuti yang panjang untuk susun balik hidup menghala ke jalan yang benar.
Aku cuma perlukan sorang kawan yang boleh lead aku berfikir dari sudut lain. Yang berani tegur aku tanpa ada rasa "kau kan blaja tinggi, tapi apsal nak aku tegur jugak salah kau?"
Aku rasa sepanjang pelarian aku ni....
Aku da jumpa sorang.
Takpe ah. Kawan je pun. Bukan sahabat. Membe dia pun cakap dia tak layak jadi sahabat. Haha. Bengong.
Apa ntah aku cari sepanjang lari-lari camni. Ingat best ke lari dari masalah?
Sekurangnya lepas berlari ni aku dah bersedia untuk terima satu tembakan tepat di kepala. Nice one. Heh.
Posted via Blogaway & HTC Sense
Posted via Blogaway & HTC Sense
Dalam tag
phone blog
Subscribe to:
Posts (Atom)