Saturday, February 18, 2017

Post Review Akad Nikah

Erkk... Lama jugak tak update lepas last update pasal baju sanding tu. Rasanya tu saja la kot nak share pasal save cost ni. Hehe. Dan pada aku majlis tu meriah, walaupun aku nampak ade beberapa manusia macam dah tarik muka... Kau expect nak layanan cemaner? VVIP? LOL... Kau sape nak VVIP ni?

Majlis aku haritu 100% aku punya plan, tapi flow majlis, lantak kome la janji orang datang dapat doorgift, dapat makan, bab masa memang takleh nak jangka sebab awal-awal lagi time nak nikah dah spoil. Hahaha... Antara kejadian paling aku takleh lupa adalah... Part nikah tu la. Hehe. Kronologi citernye camni...


Khamis 22/12/2016
Husband aku (mase tu tunang lagi) touch down Malaysia pukul 9.00 malam. Kau ader, nak nikah lagi 2 minggu, tapi bakal suami baru sampai. Yang best tu, borang apa semua tak siap lagi. Orang lain biasanya 3 bulan sebelum nikah dah siap semua dokumen. Kitorang memang takleh nak elak sebab nak siapkan awal-awal adalah extremely terlalu awal. HIV test kan valid 6 bulan je... Last dia balik sini, bulan June 2015. 2 bulan selepas kitorang bertunang secara koboi. Hahahaha...


Jumaat 23/12/2016
Pukul 7.50 pagi lagi dia dah call tanya apa kena bawak untuk HIV test. Aku gelak-gelak cakap bawak diri je la... Pastu nurse situ buat pening pulak dah nak kene ada borang ke tak... Siap cakap ngan aku kot... Haha... Aku cakap, tak kisah, janji Pejabat Agama Selangor dapat keluarkan borang kebenaran nikah pihak lelaki dah cukup. LOL. Pastu aku teruskan buat keje aku kat opis, pukul 11.45 pagi camtu, bakal suami call cakap surat semua dah dapat. Mak oiii pantas betul Pejabat Agama Daerah Kuala Selangor ni... Siap tanya aku camner nak buat dengan borang ni supaya sampai kat aku at least hari selasa. Angah suggest pos laju je. So dia pun pos lajukan saje. Siap staff situ cakap insyaAllah sampai hari selasa kat aku. Yelah, isnin tu kan cuti ganti hari natal...

Harini jugak aku baru berani nak bagi kad jemputan kepada budak-budak opis aku. Semata-mata sebab mesej dalam post ini. Ha kau tak gile dapat mesej whatsapp camtu. Dah la macam musim kapal terbang terhempas je masa tu...


Selasa 27/12/2016
Takde nampak kelibat pos laju pun... So aku cancel cuti aku.


Rabu 28/12/2016
Ingat nak cuti untuk pergi pejabat agama, sekali aku tanya anak buah aku ade surat tak untuk aku, tiap sejam dia update... Tau pukul berapa dia update baru sampai? Pukul 4.50 petang. Esok je la aku EL untuk pegi pejabat agama... Okey la at least confirmed benda dah sampai. Aku sorang je kot dalam opis ni yang tiba-tiba je bagi kad kawen Jumaat lepas tanpa share dengan sape-sape bile tunang, bile kawen... Supervisor aku je la yang tau dan tak penting pun untuk dia sebarkan kat orang lain. Hehe.

Budak-budak yang lain pun ingat aku main-main je masa bagi kad tu. Semua macam biar betul minah ni. Stalk instagram, takde gambar dating. Stalk FB pulak asyik cerita main dengan kucing. Kerja kat opis, kalau kena stay, rileks je stay, takde masalah. Entah bila masa cari boifren pun tak tahu ler... Dengar gosip putus tunang pulak tu. Tetiba bagi kad jemputan? Sapa tak confuse...?


Khamis 29/12/2016
Aku pun pegi la pejabat agama. Tawakal habis ni, kena marah ke, kena reject permohonan ke redho jeee... Sebabnya tarikh submission ni cuma lebih kurang 5 hari bekerja untuk dorang proses. Padahal dalam SOP, paling lewat dia cakap boleh 7 hari bekerja. Itulah bulan 12 ni banyak benor cuti hujung tahun. Aku ingat dah kena reject dah sebab takde interview takde mende. Tapi alhamdulillah... Ustaz tengok tarikh settle borang yang lelaki tu pun macam terkejut sebab dari Selangor and baru settle last week. Agaknye dia pun rasa, nak marah sebab lambat pun, benda dah jadi.

Pastu ustaz yang handle daerah aku tu semalam ada la dia bertugas. Harini ustaz daerah lain bertugas, so dia cop abes semua, aku nampak aku dapat pengecualian temuduga... Fhewwwhh selamat beb. Haha. Kat Penang ni bakal pengantin yang pergi submit borang kena temuduga. Tapi aku pelik ah apesal aku dapat pengecualian... Balik rumah aku google kenapa... Rupanya sebab aku pegi kursus kahwin yang Majlis Agama Islam Penang anjurkan. Hihi.

Thanks la Iryani sebab heret jugak-jugak aku pergi kursus kahwen tu walaupun dalam hall tu masa tu aku sorang je join kursus tanpa hala-tuju yang jelas. So, dah cop semua, staff pejabat agama bagi resit bukti pembayaran proses kebenaran nikah dan dia cakap nanti borang semua time nikah tu, ustaz bawakan. Siap bagi no fon pendaftar nikah daerah aku lagi kat resit tu, minta wali aku call dan arrange tarikh nikah & masa nikah.

Okey. Part ni aku dah lega sikit. SIKIT je tau? Hahahaha... Angah pun call pendaftar dan arrange dengan orang kat masjid tu insyaAllah majlis nikah tu akan berlangsung pukul 10.00 pagi. Katanya ada 2 pasangan haritu...

Dan tibalah hari nikahnye...

Sabtu 7/1/2017


Nampak? Gembira drive sendiri okeh? Dari rumah pukul 6.45 pagi keluar, pegi jemput 2 manusia ni kat Vistana Hotel, terus pegi ke Kompleks Bukit Jambul untuk make up. Nasib baik la aku jenis muka takde masalah. So tak sampai sejam Kak Ani mekapkan aku, sebab actually Kak Ani pun macam lambat sikit sampai ke butik dia. Hahaha...

Lepas makeup dalam pukul 8.15 pagi tu, dapat berita yang rombongan yang bawak duit mas kahwin stranded dekat highway sebab ada eksiden. Estimate lambat la sampai, mungkin 11.00 pagi kot dorang sampai. So aku bawak kereta pegi rumah, tanya Angah, cemana... Duit lain ada la tapi dalam matawang lain... Boleh tak guna? Haha... Angah cakap, haritu dalam borang tulis ringgit Malaysia, maka baik pegi airport gi tukar kat money changer. Aku pun macam hah? Perlu ke? So berangkat la aku, bakal suami dengan "pengapit-la-sangat" bakal suami ke airport untuk tukar duit...

Ni la antara punca aku tak amik photographer. Kalau tidak, mau pening dia nak follow aku ke hulu-ke hilir untuk buat mini movie persiapan nak nikah. Aku sendiri pun rasa dah macam Fast and Furious dah aku drive ke sana ke sini... 

Pastu kitorang terus ke masjid sebab mase tu dah pun pukul 9.30 pagi. Kat masjid tu yang ramainye yang rombongan pengantin yang lain. Siap dengan photographer, berdulang-dulang hantaran... Huntung laa ade hantaran... Tapi aik? Dah ada 2 pasang pengantin. Campur kitorang dah 3 pasang. Bakal suami aku dah cuak-cuak siap pegi menyibuk kat majlis orang nak tengok penolong pendaftar tu tanya soalan macam-macam ke tidak. Hahahaha... Sampai la 2 pasang pengantin tu siap, tapi kitorang ni takde apape terjadi.

Untuk isi masa lapang menunggu, kitorang bergambar... Hahahaa...


Aku siap layan sama kursus haji kat situ masa tu. Yang family aku plak dari ramai-ramai datang sejak pukul 9.45 pagi untuk akad nikah yang dijangka pukul 10.00 pagi tu, sudahnya tinggal Kak Syima, Kak Lina, Kak Ti dengan anak buah aku Hasni je sebagai wakil family aku. Bapak sedih kan? Orang lain family belah pompuan biasanya ramai semua, tapi aku time nikah hanya dorang je yang teman. Actually sebelum tu ada la beberapa orang lagi, tapi sebab dah lama sangat tunggu. Sampaikan yang stranded kat highway tu sempat datang sebelum kitorang akad nikah...

Plan pukul 10.00 pagi kononnya last-last pukul 11.30 pagi baru akad nikah. Yang paling style, pendaftar tu cakap staff pejabat agama tak inform apa-apa pun kat dia pasal kitorang, pasal akad nikah dan pasal borang kitorang yang dia kena bawak. Sebab tu la dia ada kat situ ajar kursus Haji sampai pukul 11.00 pagi baru habis. Haaaa mabeles bukan? Aku tak sure ada orang rakam ke tidak part pendaftar tu cakap dia boleh nikahkan kitorang sebab aku bawak resit bukti pembayaran proses kebenaran nikah. First time ever katanya. Nasib baik la aku bawak! Hahahaha...

Aku masa tu tatau nak gelak ke nak nangis. Sebab nampak sangat badi "terabai" aku yang dari Unisel terbawak-bawak sampai ke hari nikah. Angah yang akadkan suami aku. Hehe. Comel gila... Sebab suami aku confident je, Angah yang tergagap sikit. Hehehe... Kesian kat semua family husband yang ada kat situ. Mesti kebosanan tunggu sampai sejam setengah, pastu ada masalah camtu plak... So, basically aku tak sempat nak berlakon nangis-nangis masa time baca taklik sebab borangnya takde. Pendaftar tu suruh pegi Pejabat Agama hari Isnin nanti je untuk sign dan ambik. LOL.

Lepas majlis selesai, kitorang check-in hotel juga secara tawakal jugak. Dorang dah stay situ, aku je la pompuan sorang tiba-tiba ikut sekali lepas majlis tu. Sebab surat nikah sementara yang warna hijau tu pun takde. Haha. Survive la jugak sampai hari isnin tanpa kena tangkap basah. Mujur duduk hotel 5 star. Kalau duduk hotel bajet, honeymoon dalam lokap kot agaknye. LOL. Kira kalau kena tangkap basah tu, aku taktau nak salahkan sapa. Sebab pejabat agama pun tak buat keje inform ustaz tu pasal hal kitorang. Dan masa submit tu, aku rasa aku berjaya push the limits untuk Pejabat Agama Daerah Barat Daya Penang. Yelah, SOP kata seminggu baru dapat surat kebenaran. Tapi terbukti sebenarnya kurang dari 5 hari pun boleh. Eleh. Gelabah. Selangor boleh approve dalam masa sejam... Apehal kau ambik sampai 5 hari kan? Aku rasa 3 hari je sebenarnya boleh siap bende tu... Sebab ustaz bertugas ikut kawasan rotate bertugas kat pejabat agama tu selang 3 hari... Anyway, pada bakal-bakal pengantin luar sana, jangan buat kerja gila last minute macam aku. Hahahaha...


Isnin 9/1/2017
Hari Isnin tu seperti yang diminta oleh pendaftar pada Sabtu haritu, perkara pertama sebelum bertolak ke KL adalah ke Pejabat Agama Daerah Barat Daya nun di Balik Pulau. Hmm... Aku la drive sebab aku je tau jalan nak ke sana. Kesian kawan dia pening sebab jalan Balik Pulau tu berbukit dan berlingkar-lingkar. Sampai je kat Pejabat Agama, kena tunggu sekejap sebab pendaftar @ ustaz tu tengah buat sesi kaunseling untuk pasangan lain. Haha. Masa bagitau kat kaunter tu kata ustaz suruh datang, orang lain dah pandang semacam je...

Yelah, selalunya yang datang ni atas sebab sesi kaunseling. Kat tangan aku ade inai lagi kot. Pejadah kaunseling. Haha. Siap dengar ade couple cakap-cakap lagi macam tertanya-tanya eh dorang ni kene kaunseling ke ape? Layan je.  Lepas inform kat kaunter tu, kawan dia sibuk tangkap gambar kitorang kat pejabat agama tu... Tak lama pun duduk depan tu... Pastu kitorang pun dipanggil ustaz masuk dalam pejabat dia untuk "sesi kaunseling".

Ustaz tu pun keluarkan la segala borang-borang yang sepatutnya diserah masa hari akad nikah haritu. Kene baca taklik pe semua lah, depan ustaz. Jep gedik nak baca taklik dalam bahasa inggeris. Haha. Ustaz tu pun layankan je la... Pas habis tu dah sign semua, check nama & ic kat surat nikah sementara, ustaz tu pun bagi la sepatah-dua kata. Sebenarnya best jugak ada pengalaman macam ni sebab bukan senang kita dapat dengar nasihat-nasihat dan tazkirah daripada ustaz secara peribadi lepas baca taklik... Ustaz tu siap cakap kitorang sebenarnya special & bertuah sebab masuk "sesi kaunseling" awal-awal sebelum ada masalah. Masa ego masing-masing masih rendah dan masih baru nak belajar kenal antara satu sama lain.

Rasa insaf la sekejap lepas masuk "sesi kaunseling" tu. Siap Jep pun tanya soalan-soalan berkaitan taklik yang dia baca... Sebab kitorang kan ade masalah lain yang menyebabkan kena duduk berjauhan buat sementara waktu... So far takde masalah sangat pun... Cuma dia cakap komunikasi tu penting. Jangan sampai hilang hormat antara satu sama lain. InsyaAllah kitorang takkan lupa segala nasihat ustaz sampaikan tu...

Apepun, terima kasih la pada yang sudi hadir walaupun buat muka sebab tak dapat layanan VVIP. Ye lah, nak raikan aku, aku la pengantin, aku la driver kereta sendiri, dengan pengapit takde semua, dengan letih organize doorgift, pasang pelamin, settle baju semua... Rasanya masa kenduri tu more to fake smile kot. In fact betul-betul letih gila... Memang aku style tak ikut apape pantang dah kot untuk seri pengantin la whatsoever. Wedding ni memang sempoi gila, jangan kata bridesmaid, pengapit pun tak sempat nak assign sebab memang dalam 2 bulan sebelum wedding, aku pulun habis buat semua doorgift sendiri macam  dalam post ni. Siap movie marathon kau punya menggunting tracing paper tuh...

Pesanan lain pada bakal pengantin, agak-agak kalau duit memang lebih untuk buat majlis, please la suruh orang yang terdekat dengan korang yang paling korang percaya untuk handle majlis. Tolong la jangan buat semua SENDIRI. Aku dah lalui dan memang letih gila babi. Nak spend time dengan suami pun rasa macam... Boleh tak satu hari nak off whole day? Haha gitu... Dah la macam kes aku ni, lepas akad nikah tu, 8 hari je 24 jam aku boleh disisi suami. Lepas tu dah kne tinggal sebab dia kena balik UK balik. Wuuu... Long distance relationship again...

Apepun, thanks sebab sudi baca and seriously walaupun dah sebulan lebih, tapi aku still takleh move on dengan cerita kahwin aku. Hehehehehe...

Friday, February 10, 2017

Kahwin Budget Gaya Saya - Make up dan Baju Sanding

Bab make up dengan baju sanding ni pun boleh tahan jugak renyahnye nak bersiap...

Tapi bab ni aku reveal la jugak kot muka pasangan hidup aku yang tersayangs itteww...


Make Up

Make up ni asalnye sepupu aku nak mekapkan... Aku siap fly pegi Singapore kot untuk testing mekap ni. Mujur laa tak kene tahan balik sebab PTPTN tu. Itu pun hantu juga aku baca kat satu portal blog tu. Kesian orang tu dah excited nak bercuti ke  Bandung tapi tak dapat sebab sangkut PTPTN. Terlebih pulak cerita pasal brader tu... Okey ni la dier mekap yang aku testing untuk sepupu aku mekapkan aku di hari bahagia nanti... Ececehhh...


Mekap ni ambik masa dekat 2 jam. Time tu la tetiba hidung gatal la, pipi gatal la... Tangan takleh duduk diam. Aku pun sebenarnya tak boleh duduk diam-diam untuk walaupun 10 minit. Haha. Memang manjang je la kene marah dengan sepupu aku... Abaikan mulut aku tu... Memang uneven macam tu. Tapi bibir tu la yang pantang orang tak nampak tetiba je kene kiss (aww...!!) 🙈

Memandangkan sebelum ni ada sikit issue pasal tak jadi kawen tu. Pastu aku pun sibuk malas nak ambil peduli sebab semua kejadian tak terduga tu berlaku dalam bulan NOVEMBER. Bulan tu penuh kot jadual aku dan tak terkejar apa pun. Siap tak communicate dengan sesapa sangat masa tu sebab sibuknye tuhan aje yang tau. So, cousin aku cancel abes cuti dia. Aku tau pun masa bulan December sebab masa tu abang aku sibuk pegi memanggil ke sana sini. Dia pun sound aku kenapa aku tak inform dia yang aku still teruskan jugak kahwin. Aku cakap aku sibuk dengan konvo, IELTS, apply universities, kerja, training, target achieve, bla bla bla.  Memang sumpah aku sibuk sampai dengan bff sendiri pun tak mesej. 

Pastu aku pun macam... Hurmm... Try tanya Kak Syima tengok dia available ke tidak... Tapi dia pun since asyik push pasal baju, so aku berkira-kira jugak nak ke tanak. Dia letak harga RM250. Lepas diskaun kalau tak RM150 nikah, RM250 sanding. Kata professional kann... Itu pun aku berfikir-fikir jugak sebab memang major problem aku masa nak kenduri tu adalah DUIT. Sebabnya almost RM10k aku simpan abes camtu je tahun lepas semata-mata nak abeskan degree aku selepas merajuk hampir 5 tahun. Pastu tahun 2016 pulak sibuk beli-beli barang nak buat majlis sikit-sikit. Huhu. 

Sampai la dalam awal bulan Januari, tetiba tunang aku suruh aku cari baju sanding sama warna dengan baju songket yang dia ada



Kemain baju dia ada kauu... Meriah makngah... Dia nak jugak kuning diraja tu... Aku pun pergi laa ke Kompleks Bukit Jambul sambil merayau-rayau tanpa hala tuju ke tingkat tiga yang aku rasa ada banyak ambik tempahan baju. Kalau boleh tempah, takkan tak boleh sewa kan? Haha. Bodo jugak aku. Pegi tanya semua cakap takde bagi sewa. Padan muka. Last-last nampak satu kedai ni, Best Budget Bridal. Jumpa tokey dia Kak Ani teruihhhh...


Asalnya nak tanya pasal baju je. Tunjuk la gambar bakal suami itu. Sekali dia cakap ada yang hampir-hampir sama warna, tapi takut tak match. Dia pun nak tengok gambar baju-baju tu for real. Hmm nak kata apa, 5 Januari saja la yang available...

Tiba-tiba terpandang notis dekat pintu yang mengatakan mekap nikah + sanding cuma RM220 je... Hahahaha... Laju je mesej Kak Syima kata cancel khidmat dia. Nak amik yang ni lah. Kata dekat ngan rumah tu tipu je. In the end nak make up kena pergi ke butik dia jugak. Tapi takpe sebab bakal suami dan kawan dia stay kat Vistana. Alaa lagipun Kak Syima sampai pon dah pukul berape mase nak akad nikah tu? Mau mekap kat masjid aku kalau ikut time dia sampai tu...

Aku la bakal pengantin paling sempoi masa tu pegi jemput tunang dan kawan dia DRIVE SENDIRI okehhhh??!! Hahahahaa...


Nampak nih? Hahaha... Waktu ni tengah kalut sebab rombongan bawak duit mas kahwin terkandas kat highway dan mungkin tak sempat nak sampai on time. Tengah drift ke airport ni sebab nak tukar matawang. Buat backup. Bawah ni pose comel sikit la untuk make up nikah ni...


Aku suka gambar ni sebab aku nampak cantik giler dalam gambar ni. Hahaha... Yelah takde orang nak puji kannn... Selamber la puji diri sendiri... Aku dan suami selamat dinikahkan pada pukul 11.30 pagi atas sebab-sebab tertentu. Yang tu pun kena buat satu entry special. Sebab aku rasa dalam Malaysia ni takde lagi kes macam kitorang. Even orang cakap tentera selalu apape bab kahwin last minute pun masih lagi tak sampai tahap macam kitorang. Kitorang ni kritikal sangat dah. Hahaha...

Ni pulak makeup sanding. Aku suuukaaa gila mekap dia sebab aku nampak sweet dan lain gila sampai tak kenal muka sendiri. Hahaha... Photo credit to Best Budget Bridal




Baju Sanding

Aku rasa aku dah cerita kot kat atas tu tentang betapa dramatiknya husband aku nak suruh cari baju yang sama. Sampai baju aku jahit lace dengan manik-manik kat sini pun kena reject. Ala baju kat dinding warna hijau tu. Asalnya kitorang nak buat baju nikah dan sanding tu pakai baju yang sama je sepanjang hari. Tu plan awal.

Tapi bila 5 Januari tu masa buat appointment ke butik Best Budget Bridal tu, suami aku tu pulek yang rambang mataaa... Aku kata dah, antara dia dengan aku, dia lagi particular dan semangat tengok benda-benda yang cantik lagi proper untuk majlis kitorang... Even kalau korang tanya pasal wedding dream dia, secara detail dia boleh cerita nak itu ini. Memandangkan budget tak mengizinkan maka, wedding kitorang haritu pun dia cakap bersyukur dah at least ada wedding yang semenggah macam typical wedding. Takde la rupa wedding orang kena kahwin paksa atau kena tangkap basah.

Dannnn...  Baju-baju yang dia ada macam gambar kat atas tuh langsung takde satu pun yang match, sooo... Dia cakap pejam mata je la ambik sepasang sewa. Masa tu Kak Ani takde, ada staff dia je. Staff dia call tanya boleh ke tak... Alhamdulillah boleh... Rupanya, sebab aku book mekap tu. Kalau tak kerana mekap tu, memang dorang tak ambik la job last minit.

Memang last minute sangat-sangat kot. Rekod butik dia. Sebelum ni last minute tu cuma dalam tempoh seminggu sebelum majlis. Ni last minute yang jenis 2 hari sebelum majlis. Kau boleh hadam tak?  Hahaha... Anyway thanks banyak-banyak sebab staff Kak Ani semua sempoi-sempoi. Ambik la measurement. Memandangkan 2-2 pun bersaiz comel, so pilihan terhad. Kak Ani tengok sketch pelamin aku, dan memang nasib baik sebab aku amik warna yang jenis apa jua warna baju yang gelap-gelap boleh masuk. Huhu. Nasib baik giler...

Kak Ani caj RM400 untuk sewa sepasang baju dan aksesori tambahan. Not bad la. Kitorang dah takut ingatkan last minute dia nak caj kaw-kaw. Tapi alhamdulillah cuma RM400. Sekali dengan mekap RM600. Memang recommendable la untuk bakal-bakal pengantin yang bernasib malang dengan budget macam kitorang ni...

So, inilah bajunya...


Aku suka jugak gambar ni sebab selama aku face-to-face dengan suami aku, dari first time tahun 2010 dulu, pastu tahun 2012, walaupun aku pakai heels, dia tetap juga lagi tinggi dari aku. This time memang pertama kali seumur hidup aku sama tinggi dengan dia... Hehehe...

Wednesday, February 8, 2017

Kahwin Budget Gaya Saya - Katering, Henna & Cincin

Ini part paling kritikal dalam list majlis aku haritu. Sebab apa kritikal? Katering ni pasal makan-makan... Orang kata antara perkara yang akan orang ingat sampai bila-bila dalam satu-satu majlis kahwin tu mesti pasal makanan dia... Yang ni je la yang aku deal dengan orang paling awal pun. Lain-lain semua last minute... Hehehe


Katering

Katering ni aku start cari dalam bulan hujung bulan Febuari 2016. Masa tu untuk majlis September 2016 tu... Itu pun bukan berdasarkan pergi kenduri sapa-sapa kutip name card catering... Taaakkkk...!! Nehiii...!! Aku bukak instagram je cari... Cari punya cari, sebab bajet nak buat kenduri kecik-kecik je dalam kurang dari 500 orang, so terjumpa la catering ini...


Mar Catering... 
Instagram: @mar.catering
Facebook: https://www.facebook.com/marcateringsg2

Sebabnye? Dalam banyak-banyak yang aku survey, dorang ni je offer paling murah sekali pakejnya untuk 500 orang. Siap tak payah pening nak cari khemah la, kuih-muih la dan sebagainye. Ni pakej yang aku ambik.


Not bad la kan... Yang handle catering ni pun friendly... Sebab takde nak bising-bising masa aku mesej cakap nak tengok harga dulu, pastu baru nak book. Mahupun bila aku mesej cakap yang kenduri postponed ke 7 Januari 2017. Haa... Kalo katering lain, mau berjela aku kene bebel dulu sebab bagitau tukar tarikh dalam masa kurang dari 3 bulan sebelum tarikh awal rancangan majlis. 

Dan katering ni jugak flexible sebab awal-awal masa book, dia mintak deposit RM300 je. Aku rasa aku just whatsapp dia nak book dalam 25 atau 26 Febuari tu, pastu nak bayar, dalam 2 atau 3 Mac kot baru bayar deposit. Aku tak bank-in, in fact, abang aku pergi usya-usya dulu... Dah yakin sikit baru bayar... Pastu awal April aku topup lagi RM200. Pastu cerita tangguh. Pastu aku ignore...

Bulan Ogos camtu abang aku pulak sambung bayar RM1000. Pastu bulan December dekat nak hujung-hujung jugak la baru settle lagi RM2200. Pun ihsan abang aku jugak... Hihihi... Dorang still tenang je dengan client yang spesis apa benda pun dekat last minute baru settle... Adoiyaii... Serious la kalau katering lain mau dah kena hingaq kaw-kaw dah... Macam IIUM Confession punye page haritu kata katering depa nak duit 2 bulan sebelum majlis musti settle semua...

Masa bulan Nov-Dec 2016 kecoh jap pasal katering lari, katering menipu, tapi aku bolayan... 100% aku percaya catering ni. Food testing pun tak pergi. Haha. In the end,

ALHAMDULILLAH, SEMUA ORANG PUJI SEDAP...!!

Terliur aku dengar biras-biras dan adik ipar aku cerita karipap sedap laa... Lauk-lauk semua best-best la... Mee kari pun sedap. Eh mee kari tu mak ndak aku yang buat. Hehe... Aku je tak dapat rasa sangat semua tu sebab kelaparan dari subuh sampai ke malam. Masa makan beradap pun tak lalu nak makan sangat sebab perut dah masuk angin 😭

Mar catering memang best. Abang aku siap mintak name card dorang lebih-lebih sikit untuk recommend kepada sepupu-sepupu, saudara-mara yang nak buat kenduri... Harga dorang ni serious berbaloi. Nak pulak time-time camni orang cari jalan nak jimat belanja je...


 Mana gambar makanan dalam ni?? Maaf, takde plak gambar makanan-makanan dari katering ni kat majlis aku. Gambar orang dah habis makan je ada.


Makan beradap dan kek juga katering ni sediakan. Nampak pengantin yang kelaparan... Hahaha... Sampai kamera pun tak pandang. Tu yang kena bahan sampai tergelak-gelak tapi cover tu...

Sebab tu aku tak guna khidmat wedding planner. Sebab kita boleh mix-match ikut budget. Tapi not advisable. Bapak ah letih habaq hanggg... Pasalnye handle almost 80% secara sendiri. Nak harap husband, dia boleh bagi pandangan je lah. Nak harap family abang aku, abang aku sorang je yang rajin follow-up. Itu pun sebab aku bercerita. Orang lain mana ambik port sangat...


Henna

Henna ni pun aku gigih heret tunang aku pegi kedai henna dekat Little India sana. Maaf la aku lupa nama kedai dia. Tapi dia ada 2-3 file corak-corak henna untuk tangan. Hehe. Aku buat kat tangan jeee... Pastu amik yang simple tapi nampak la jugak ada henna ditangan... Kalau tak nanti orang bising pulak... Awal-awal aku plan nak cari kat pasar malam je, tapi takleh expect kan, entah-entah orang lukis henna tu tak datang haritu ke pasar malam kan dah haru??

Lagipun petang tu pukul 6-7 malam kitorang ada fitting baju sanding, so tak sempat la kot nak terkejar-kejar ke pasar malam...

Ni la dier henna yang dah siap dilukis, tunggu kering, maka boleh kopek-kopek dia punya yang kering-kering tu... Harga untuk sepasang ni cuma RM20 je. Sebab kau cakap kat dia suka-suki nak lukis henna sambil berlagak ala-ala tourist. Biasa untuk kahwin-kahwin aku dengar ada sampai RM50 pun ada... Huu...


Yang atas tisu tu yang aku kopek-kopek sebab geram tengok dia terangkat-angkat sebab dah kering. Haha... Masa ni husband aku sibuk nak makan nasi kandar. Aku macam biasa tak lalu nak makan... Punca dia, order roti canai, roti canai takde, pagi je... Order megi goreng, takde, lepas Jumaat baru start buat goreng-goreng... Huhu... Lapar laa akuu... Sudahnya pukul 7 malam baru makan mee sizzling kat Giant Bayan Baru...


Cincin

Cincin ni kitorang beli last minute dekat Kompleks Bukit Jambul. Itupun asal ada je orang cakap. Sebab kitorang dah malas nak fikir, budget pun macam dah tahap maximum je pasal masa tu baru lepas bayar RM600 untuk baju sanding dan mekap...


Ni je la gambar cincin yang nampak pun. 2-2 silver.  Malas nak fikir. Jangan kecam pulak sebab  cincin kitorang katanya macam takde nilai, masa kedepan-kedepan takleh gadai. Gile ape walau sengkek camner sekalipun, aku takkan gadaikan barang-barang pemberian orang kat aku... Sebab aku ni sentimental sikit orangnya... Tengok la kasut yang husband aku bagi 5 tahun lepas, walaupun dah rosak, aku simpan lagi (sebenarnya tatau bila nak hantar pegi repair)...

Genap Sebulan....!

Pheww~~ genap sebulan bergelar isteri orang. Perasaan? Sama je. Hahaha... Siap kawan baik sendiri pun tak caya yang aku dah kawen... Ye lah kan sebab husband jauh. Sama je la macam zaman-zaman single sebelum ni.

Story pasal kenduri bajet tu nanti je la sambung lain... Sebab sekarang macam busy 😀

Happy monthiversary for us! 😍

Untuk tatapan korang... Gambar photoshoot kitorang di planet lain. Ni pun pegi balik hari. Hahaha...

Maaf la merapu punya photoshop edit. Rindu laki baaaiiii...



Jadik laa kan... Time limited kot nak outdoor. Sebab tetamu datang sampai lepas katering angkut khemah pon datang lagi. Baik kite raikan tetamu, ye dok? Photoshoot tu nanti la 2-3 tahun lagi kot baru update lain 😁😁

Sunday, February 5, 2017

Kahwin Budget Gaya Saya - Hand Bouquet dan Pelamin

Helo helo aku kembali... Cerita pasal mekap dengan baju sanding aku postponed dulu yer... Nanti senang-senang aku cerita lain...

Skarang ni aku nak cerita pasal hand bouquet dan pelamin...


Hand Bouquet

Hand bouquet aku adelah hand made. Tapi hand bouquet tu masa nikah je aku pegang sebab match dengan baju dan veil.


Match kan bunga tangan tu dengan baju semua? Abaikan muka yang bengkak tu... Nak blame jurukamera, takleh sebab jurukamera adalah tak berbayar 😭. Redho je lahh... So kepada stalker yang tengah stalk ni mesti puas hati sangat kan nampak macam aku tak berapa nak cantik kat sini. Tapi boleh kutuk dalam hati atau depan pc or phone je la. Bukannya aku dengar pun. Kutuk lebih-lebih pun yang kahwinnye aku. Hohohohh...

Hand bouquet aku kosnye hanya RM 37.60. Actually boleh dapat 2 hand bouquet dengan harga ni... Sebab aku beli:
  • 10 kuntum bunga warna soft blue
  • 10 kuntum bunga warna cream
  • 10 kuntum bunga warna pink
  • 20 tangkai "Kacang kuda" berdaun
  • 1 meter reben warna dark pink
  • 1 meter reben warna cream
  • 1 meter reben warna biru muda

Aku guna cuma 5 kuntum je setiap satu warna bunga dan hanya 10 tangkai je kacang kuda yang terlibat. Belasah je susun. Dah memang tangan seni kan... Maklum la SPM dulu subject seni aku dapat 2A. Terer la tu kan... Hehehe... 

Botol tu aku recycle je... Sebelum ni aku ade beli Pantene Leave-on Hair Treatment ke apa benda entah. Yang botolnye camni. Credit to Hairmergency
Pe lagi, koyak la dia punya cover dan tinggal la botol transparent macam dalam gambar kat atas tu... Pastu reben yang semeter tiap satu tu mula-mula aku nak lilit warna cream je. Pastu rasa macam eh bosan. Nak campak mana biru dengan pink? Sudahnye aku pintal-pintal macam buat dandan rambut. Pastu lilit je keliling botol dan tadaaa...!! Jadilah dia simple hand bouquet. Untuk nikah je la. Sanding aku guna bridal tu punya.


Cantikkan? Thanks, aku memang kreatif. Muahahaha...


Pelamin

Pelamin ni aku DIY sendiri. Ha kau gigih kan? Kata sendiri nak jadi wedding planner diri sendiri, ha ambik kau. Memang letih bila urus segala benda sendiri. Tapi yang lawak tu, dalam pada kata nak urus sendiri, sehari sebelum wedding pun sempat tengok wayang cerita Rogue 1 dengan tunang tersayang (masa tu belum jadi husband). Sampai cashier kat wayang tu pun husband aku pi tanya boleh tak dapat diskaun? Esok kitorang nak nikah ni... Haha kau hado??? Budak tu gelak-gelak pastu cakap laa bukan orang nak kahwin sibuk ke? Korang siap boleh tengok wayang? 

Pelamin ni aku deal dengan Sewa Barang Kahwin Penang 
Instagram: @sewabarangkahwinpenang
Facebook: Sewa Barang Kahwin Penang


Mula-mula memang aku nak sangat buat DIY sebab kalau nak ke bridal, matilahnakkk... Macam-macam kena ambik rasanya. Dah la bajet pun nanhado. Actually tanak pelamin pun tapi bila fikir balik, tempat yang aku nak guna buat majlis tu, part ada langsir cantik, lighting pulak haru-biru. Maka dah ditimbang kati lebih-kurang, okey la ambik je pelamin. Simple je tak sarat bunga sebab aku tau kalau bab bergambar ni selagi ada ruang sumbatkan aje... 

Aku google. First option aku nak cari Something Borrowed By Nawal... Tapi takde yang dekat. Maka dalam dok google tu melintas la facebook page atas ni. Hmm... Aku pun laju je la mesej dia. Tengah malam woi aku mesej. Haha. Pukul 1-2 pagi camtu. Dia respond pulak tu. Sembang-sembang lebih kurang tanya lokasi, esoknya aku nak pi cari tengok...

Sampai je kat lokasi... Lahaiii... Opismate aku rupanya. Adeh. Aku ni tak campur dengan orang sangat kat opis, so memang aku tak tahu pun opismate aku Kak Munick ni buat service camni... Total cost barang-barang aku sewa hanyalah RM200, security deposit RM100. Nak banding kat bridal, huhu mampos mak nakk... 

Antara item yang aku sewa dengan dia:
  • Jetset = RM40
  • Karpet bulu grey = RM25
  • Daun putih sedozen + bunga = RM10
  • 4 bantal bulat pink + biru = RM20
  • Sofa kacang = RM60
  • Juraian blink-blink 8 pcs = RM8
  • 3 kain backdrop - 2 cream, 1 pink = RM15
  • Sepasang bunga + pasu = RM20
  • Sepasang stand kayu pallet = RM10
Aku takde idea nak buat camner ni semua. Sembang-sembang dengan dia, terus keluar idea nak buat camner. Balik je rumah, aku buka laptop, buka paint apps, terus sketch sebab takut lupa. Ni la rupa sketch aku:
Hahaha... Rupa kartun bukan? Alaa... Kengkonon kan nanti dah ambik barang, boleh passing sketch ni kat orang lain mintak pasangkan... Ye lah harap macam tu... Sudahnya yang pegi pick-up barang-barang semua bakal pengantin jugakkkk... Husband aku takde lesen kereta pun selamba heret pegi ambil barang jugak... Sebab takut 1 kereta je tak muat... Nasib baik la pergi dua kereta...




Muat-muat 2 kereta... Lepas ambik tu ada appointment pulak dengan butik bridal tu sebab nak tunjuk baju-baju yang husband aku ada... Konon nak match laa kan... Sudahnya match celah mana entah la satu pun tak padan. Maka terpaksa la sewa baju sanding sepasang... Ikut luck pulak tu baju mana yang muat nanti. Yelah. Nak nikah dengan kenduri 7 Januari. Benda-benda ni semua settle 5 Januari. 6 Januari pukul 6 petang kena pegi fitting.

Lepas ambil barang ni, pegi butik tu semua, aku dengan tunang aku masa tu tatau dah nak buat apa. Nak balik rumah aku, sape pun takde kat rumah. Ada wifi je la. Takut jugak kena tangkap khalwat kang... Haa... Nak balik rumah untuk majlis pun masih takde sapa jugak. Tu yang sudahnya hantar barang ke rumah majlis, lepas tu keluar balik pegi Queensbay Mall tengok wayang. Hahahaha...

Lepas keluar Queensbay Mall, lepak McDonalds Setia Pearl pulak sampai pukul 12 tengah malam... Pastu hantar tunang aku tu ke rumah majlis. Dia tidur sana sorang-sorang. Hehehe...

Barang pelamin? Aku ingatkan 6 Januari tu ada la insan yang sudi nak tolong pasangkan... Sudahnya aku jugak dengan tunang aku pasang sendiri. Ada la Hasif tolong sikit-sikit. Dan jugak anak buah aku Hasni dengan Aiman. Dan inilah hasilnyaaa...


Sama tak macam yang aku sketch kat atas tu? Hahaha... Ni la pelamin mini aku. Pelamin ni standard pelamin tunang orang lain je... Tapi aku buat pelamin sanding. Sanding la sangat... Setakat bergambar jerrr...