Saturday, April 27, 2013

Pilihanraya

Da dekat2 pilihanraya ni, dengan manifesto2 tetiap partinye, dengan orang2 yang fanatik taksub partinye... Takde ke mana2 parti yang boleh menjanjikan perkara2 yang paling aku nak dengar sangat2 macam kat bawah ni...

1) Parking free lebih banyak, dan kalo boleh, kalo ada tukang kutip parking tu, semua kena berhemah sikit. Jangan gangster sangat. Petak parking ni kene bayar camne pun aku tak nampak motif kene bayar sebab tapak parking tak kena buat maintenance sangat. Kata nak kurangkan harga keta, apa hal kalo parking kena bayar.

2) Masih lagi pasal parking. Hapuskan sistem parking bermeter untuk bangunan yang punya opis, pekerja opis dia kerja 8 jam sehari. Aku tak kuase kot nak turun setiap 2 jam nak topap parking meter tu.

3) Pasal parking lagi, tapi parking jenis auto, yang bertiket tu. Kalo boleh pass bulanan takyah la caj mahal nak mampos. Sekali lagi, maintenance apa je yang wujud untuk parking ni. Alangkan setengah tempat tu, tandas masuk percuma pun masih boleh maintain suasana tandas yang superb.

4) Pasal jalan kecil2. Jalan kampung/bandaran. Tolong pay attention nak repair jalan secara berhemah sikit boleh tak? Jalan tak rata kot. Brape kali aku nyaris jadi superman masa bawak moto akibat jalan tar tak elok. Bukan bawak laju pun, 50km/j je. Alangkan 50km/j pon nak terbang. Apa lagi yang bedal 110km/j. Tapi belum lagi la dengar cerita orang meninggal sebab jatuh moto jalan tak rata/berlubang.

5) Masalah banjir. Hujan sikit banjir. Hujan sikit banjir. Apa ni? Pastu keta yang redah banjir, total lost. Mungkin elok jugak la kot harga keta turun.

6) Pasal insurans. Boleh tak kawal sikit agen2 insurans yang ada dalam Malaysia ni, kadang2 harga macam tak masuk akal, especially untuk keta or moto, tapi nak claim bukan main payah lagi. Ke camne longgarkan sikit syarat pasal insurans ni... Kasik murah sikit ke...

7) Tandas awam. Mana2 tandas awam yang berbayar, walaupon bayaran murah, tapi mesti la ada maintenance yang best, tiptop macam dalam shopping mall. Tandas shopping mall yang paling aku suka adalah dalam Gurney Plaza dan Straits Market, Straits Quay. Tu masuk free kot weh!!!

8) Atasi masalah jem. Korang tau tak sebabkan jem ni kadang2 ada sesetengah penunggang moto jenis terdesak dan berani mati suka2 hati je pecahkan cermin keta orang dan sambar beg penumpang kat sebelah seat driver? Ha, alert tak? Aku tanak cakap pasal yang bawak keta sorang, tapi beg letak kat seat sebelah, tapi pasal naik keta dua orang, still penunggang moto yg terdesak tu slambe boleh menyambar beg mangsa yang duduk sebelah seat driver.

9) Banyakkan kawasan riadah public yang secara percuma lengkap dengan swimming pool. Tak kuasa aku nak pegi Setia Pearl weh. RM15 utk whole day access gym, sauna, swimming pool rasa macam tak berbaloi... Huhu. Aku harap SPICE yg ganti PISA ni siap takde la caj merepek2 bukan2 dorang kenakan utk sekali masuk. Aku tak duduk kat apartment yang ada semua kemudahan camtu secara percuma, weh!

Hurmm cukup la 9 dulu kot. Nanti aku terfikir bende lain, aku tambah lagi.
Post a Comment