Sunday, April 28, 2013

Cakap Orang

Aku suka gambar ni. Serious. Suka hati la korang nak cakap apa, tapi memang aku suka gambar ni.

Tapi sebenarnya aku pun takde sebab apesal aku boleh suka dengan gambar yang aku sendiri edit.

Kitorang berdua kadang2 ade penyakit edit gambar masing2 letak sebelah2 kekonon bergambar sekali la kan.

Semalam tu sebab bosan la aku sampai post gamba tu kat album dlm profile aku. Bosan sebab takleh nak kuar umah, keta takde Angah pinjam, pastu nak kuar ngan moto lak hujan... Main Candy Crush dah lebam dah. Boleh kira gambar aku dengan dia yang aku upload ada berapa. Memang tak banyak gambar kitorang bersama2.

Kalo ada pun, dia je la upload, pastu tagged aku. Life aku couple dengan dia, tak macam couple lain. Weekend je spend masa sama2 dating. Kitorang takde. In fact, aku jumpa dia real life pun baru 2x.

Camni la long distance relationship. Bila rindu jadi macam2. Edit gambar la, kadang2 antar msg. Tak kira la fbchat ke, whatsapp ke, wechat ke, walaupon time zone berbeza, walaupon sedar, time antar tu, tah2 orang kat sana tido ke, atau dia antar, tapi aku tengah tido ke kan, tetap tak peduli. Janji luahan hati tu sampai.

Orang senang je bagi cadangan suruh kitorang kahwin cepat2. Tapi dorang tak penah terfikir. Aku syak la tak pernah agaknya, pasal ongkos dia nak balik sini... Memang la orang cakap boleh buat majlis simple, tapi tau kan protokol pasal nikah dalam Malaysia ni camne?

Pastu skang aku ade komitmen keje kat sini, dia plak ada komitmen keje kat sana. Yang mana biasa suruh aku kawen cepat2 ni semua bajet dia kat luar negara tu just untuk outstation. Hakikatnya tak. Dia kat luar negara tu keje kat sana sebab dia memang serve kat sana. Jadi kalo aku pilih untuk kawen cepat, memang aku kene let off everything. EVERYTHING.

Masalahnya, aku sendiri tak bersedia nak buat pengorbanan sebesar itu.

Kitorang serasi. Sangat2 serasi. Sebab sangat2 serasi jugak la aku jadi takut plus sangsi... Lepas kawen kalo, dia akan berubah tak? Sebab aku masa tu aku dah korbankan seluruh life aku tinggalkan Malaysia untuk dia, tetiba dia berubah?

Aku percaya kalo bende2 macam tu jadi, memang aku akan hilang pedoman. Aku tak cukup kuat. Aku susah nak terima orang yang aku dah get used dengan habit dia, karektor dia, by long distance selama 15 tahun, tetiba boleh tukar watak sekelip mata sebab tinggal sekali.

Honestly aku takde sape2 dalam dunia ni except abang aku dengan family dia, pastu sepupu aku, Atin. Tapi dorang ada life dorang dan kalo terjadi bende tak sepatutnya antara aku dengan dia, aku sorang2. Aku takde parents nak mengadu.

Pastu ada yang sambung, ko buat je la solat istikharah mintak petunjuk. Ingat senang2 je ke camtu... Kadang2 kita kene sabar sebab nak absorb cerita sebenar. Petunjuk tu bukan datang semata2 dalam mimpi. Ye lah, alangkan mimpi sendiri pun kadang2 aku tak paham, ni kan plak yang ada petunjuk2.

Senang cakap la, aku dah terbiasa dengan long distance relationship ni. Takkan lepas kawen pun nak stay long distance relationship jugak kan? Keje aku bukan la hebat mana sangat untuk aku pujuk dia aku kena maintain stay sini. Dia dengar gaji aku pun dia gelak. Gaji dia berkali ganda gaji aku kot. Takkan dia nak let go kerja dia sebab aku tanak ikut dia?

Entah la. Aku tak larat nak jawap. Letih. Dan sememangnye aku cemburu gila dengan couple atau married yang rajin spend time dengan partner masing2. Aku memang takde peluang ah camtu. Paling2 pon dia tatap muka selenge aku bangun tido tetiap pagi via facetime je.

Tak tahu la, cakap2 orang kan? Sampai bila pun takkan habis orang bercakap. Semua sibuk nak bagi pendapat. Semua pikir pendapat dorang saje betul.

Oh, last but not least. Agak2 kalo la kitorang decide nak kawen luar dari Malaysia je, agak2 ramai tak sedara-mara rasa kecik hati sebab kat overseas jarang la plak aku dengar pasal hantaran 9 berbalas 11 ni. Nak pulak jenis tak suka bercampur dengan community orang melayu kat sana...

Agak2 camne eh?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...