Saturday, February 2, 2013

Kucing.

Bulan lepas, jumpa budak bulus ni masa new year. Kitorang assume dia baru umo sebulan lebih masa tu.

Tapi sepanjang 2 minggu first duduk ngan kitorang, makanan anak kucing dia tak layan, susu untuk anak kucing lagi la dia tak layan.

Dia suka makan nasik. Awal2 nasik ngan telur goreng. Pastu dia macam da boring makan nasik dengan telur goreng, bagi nasi kosong gaul ngan ikan bilis tumbuk. Belasah je makan. Kekadang tu bagi nasi kosong gaul dengan minyak bekas goreng ikan. Makan jugak. Nasi kosong semata2 pun makan. Nasi lemak lagi la dia makan. Memang gila nasik budak bulus ni.

Senang kot jaga dia. Air minum dia cuma air kosong je. Pastu sepanjang duduk ngan kitorang, takyah toilet train langsung. Asal nak membuang je laju je berlari2 ke tandas. Agak2 pintu tandas bertutup, selamba je lepaskan hajat depan tandas. Janji dekat ngan tandas. Sapa ajar, ntah.

Ni gambar bulan lepas.



Ni gambar tadi. Tak nampak banyak beza pon pembesaran dia. Perut je makin bulat.


Ke memang dia genetik tak boleh membesar?



Post a Comment