Sunday, February 3, 2013

Dosa pahala.

Aku bukan la terer sangat bab2 agama, tapi just musyikil je dengan sesetengah pendapat yang beriya2 cakap dosa sorang pompuan tu, penjaga (ayah, abang or even husband) yang tanggung. Bukan sikit2 tapi semua.

Aku rasa ragu2 sikit sebab aku penah terbaca hadis menyatakan setiap manusia yang dah baligh, tak kira lelaki ke perempuan, sempurna akal fikiran, kalo dia buat dosa, dia tanggung dosa dia sendiri. Special case untuk perempuan, if dia buat dosa, penjaga dia pun terlibat sama. Tapi dosa penjaga dia tanggung tu bukan la SEMUA DOSA pompuan tadi, tapi dosa sebab tak bimbing pompuan tadi dengan betul.

Sama jugak ibu bapa yang tak binbing anak dia betul2. Mungkin la cuma dapat dosa sebab lalai dalam mendidik anak (kecuali anak2 yang blom baligh, dosa tertakluk ke ibu bapa, cuma berapa kerat sangat budak2 belom baligh nak buat dosa besar?) Aku rasa pengertian baligh tu sendiri pon bukan sekadar tanda2 secara fizikal, tapi termasuk juga kemampuan berfikir. Sebab budak2 zaman skang sangat matang berbanding usia. Matang akibat pengaruh media.

Aku tak tahu. Tapi secara logiknya, kalo dosa seorang wanita ni semua husband dia tanggung, kenapa keluar juga hadis or even dalam AlQuran sendiri ada cerita Nabi Muhammad nampak wanita adalah penghuni neraka yang paling ramai. Maknanya terbukti la dosa2 sendiri, sendiri tanggung.

Let say, parents or husband dah didik wanita ni betul2. Tapi dia yang pilih taknak ikut apa yang diajari, aku rasa bukan salah org yang ajar tu. Cuma, org yg ajar dia (parents or husband) tu dapat tempias dosa dia sikit sebab dia pilih tak amalkan apa yang diajar. Well, I just can say tempias sebab tak adil untuk judge orang lain tak boleh membentuk dia.

Sometimes benda2 macam ni depends pade individu jugak. Aku tahu Allah s.w.t takkan bertindak secara tak adil untuk biar orang lain tanggung dosa orang lain. Kalo boleh tanggung dosa orang, apa motif kewujudan malaikat di kiri kanan kita untuk catatkan amalan?

Sama jugak mcm pahala... Kalo wanita tu amalkan kebaikan, dia dapat pahala, org yang ajar dia buat kebaikan pun dapat pahala. Aku percaya semua mesti adil.

Logiknya, kalo dosa boleh transfer, boleh orang lain tanggungkan, maknanya yang membuat dosa tu makin menjadi2 la dia sebab in the end nanti boleh kira dia clear dari segala dosa2. Senang2 ja dier masuk syurga sebab takde dosa, pasal dosa dia orang lain tanggung. Tak adil kan?

Just untuk renungan. Ini sekadar pendapat je. Perihal dosa pahala ni, sape lah kita nak judge kan. Allah s.w.t lebih mengetahui segalanya. Wallahualam.

3 comments:

ururu said...

ekceli. maksud tanggung dosa. maknenye dedua dapat dosa yg sama. bukan sorang je dpt dosa tu.

tapi tuh la. aku pun jahil. bapak/ suami mmg tak tanggung dosa anak/isteri. sebab dah selalu sangat dengar mende ni dari kecik. so aku pun bajet ianya betul.

"That no bearer of burdens will bear the burden of another" (al-Najm ayat 53:38)
http://quran.com/53/38

Aslina said...

Aku rasa "tanggung semua" tu macam kejam sangat bunyi dia. Sebab kata la pompuan xtutup aurat, sendiri dapat 1 bahagian. Pastu satu bahagian lagi panjaga dia dapat. Pastu on top of that penjaga dia dapat dosa tak tegur dia. Macam dah double. Sakit kot. Nak plak kalo pompuan tu jenis degil? Kesian gila.

ururu said...

kalu pompuan tuh jenis degil.. aku still salahkan penjaga.. cemane jaga/ajar anak/bini sampai jadi degil?

penjaga perlu tegur.. itu tanggungjawab mereka. amanah tu.
sama la tanggungjawab anak/bini untuk mendengar/mengikut teguran yg benar.

so kalu penjaga tak tegur.. mmg salah dia la. mmg patut la dpt dosa kot.. haha.. (itu yg aku rasa la)