Sunday, February 24, 2013

Bateri keta kong!

Harini tadi ade jemputan suruh si Aiman ni join pertandingan mewarna kat D'Piazza Mall Bayan Baru... So awal2 la kan bertolak kuar umah semua pukul 7.45pagi... Senang aku nak cari parking kot... Haha...

Sampai je kat sana, aku ingatkan ade pertandingan mewarna boring2 macam aku ngan Zefarina penah tengok kat Sg. Besar dulu nun... Rupanya macam best je kelihatannya... Karnival kesihatan tuu... Siap ade senamrobik uolls!!! Wah, semangat waja aku join ngan muke tak malu walaupon pakai selipar.

Fun kot menari aerobik... Haha... Aku takleh nak snap gamba sendiri kot sebab sebok sangat bersimpang siur tangan menari2... Haha gambar. Eh termasuk skali acara mewarna tu. Meriah kan?


Ni wakil family aku. Nampak tak? Nampak tak akak ipar aku pun tolong warna sekali?

Haaa... Ada sorang uncle ni lagi best. Dia guna term gotong-rotong satu family mewarna. Aku rasa anak2 dorg ni takde feeling sangat pon, parents je yg nak tunjuk bakat ni ha...

Aku je tak join Aiman mewarna sebab aku sebok facetime dengan buah hati pengarang jantung. Haha. Mau tau la, abes aku bawak berjalan keliling hall sambil sembang gelak2 tengok phone macam tengah nak snap muka sendiri... Ada kot senyum2 ingat aku dah tak betul. Haha...

Ni time tengah buat2 musyikil kenapa ntah? Takde motip sebenarnya =..="

Pastu, ada la acara lain2 semua which is aku agak layan tak layan je sebab menggelupur bateri phone da nk abes. Pastu tak bawak charger serbaguna tu... Hurmmm... Pe lagi, bawak diri charge phone dlm keta la... Pastu masuk hall balik, tengok naga bergasak la, memacam. Ada video, tapi aku malas nak tempek kat sini.

Charge phone dalam keta yg statik okey, yang mana aku lupa langsung bahawa bateri keta jenis sel kering sangat la cepat kong. Tapi masa ni okey lagi. Steady. Caj pum secara cepat. Dari 10.45pagi sampai pukul 11.00pagi... Pastu kuar, cari dorang semua, bila tak jumpa terus pegi derma darah. Lepas derma darah baru jumpa ngan dorang, duduk2 balik, pastu rakam apape yang patut.

Derma darah... Kali ke... 4 kot? Tak bawak buku. Tapi mesti kne pose bajet comel :)

Elok je aku abes rakam budak pompuan cina menyanyi lagu bukan cinta biasa, bateri phone empty terus. Comel okey dia nyanyi... Jarang kot dengar chinese girl nak nyanyi lagu melayu... Hurmmm

Pastu apa lagi, pegi la charge... Kali ni lama sket. Dekat 2 jam jugak ah... Siap sempat whatsapp ngan Atin... Tau2 je la whatsapp... Lagi la makan bateri kaw2 punya... Dah la tengah charge phone, bukak aircond (tapi xhidup enjin keta), dengar radio lagi... Mana la bateri keta tu tak kong?? Dekat pukul 3 baru tutup semua, kuar cari dorang kat dalam dewan. Nak ajak balik. Waktu tido petang aku terganggu kot masa ni, sebab event camni...

Dah semua setting tune nak balik, sekali keta takleh start. Ah, jem. Takkan keta baru pon leh rosak?? Mana ada aku usik or modified apape...

Aku call car dealer tu, Kak Mizan call abang aku. Seb baek la abang aku dah balik, baru sampai dari camping... Dia tengok. Mula2 ingat starter prob. Ye la start je kuar bunyi huduh piang kot. Pastu baru perasan lampu2 dashboard semua padam. Huhu...

Start syak bateri. Kalo bateri, kena cari jumper je la. Sambung pastu start. Cam mustahil la bateri keta aku total damage... Padahal keta baru kot. Abang aku lak gelabah, dia siap tanya membe dia nak pinjam bateri keta. Pinjam bateri okey? Bukan jumper.

Abang aku antar kakak ipar aku ngan anak2 dia balik umah, pegi amik kawan dia, tinggal aku ngan keta. Takut woi boifren yang terutama ni kena culik... Haishhhh... Dalam hati aku berharap kawan dia setuju ah cari jumper je.

So dia ngan kawan dia siap angkut anak2 kawan dia tu lagi datang tengok keta aku. Kawan dia pon sangat kompiden yang keta aku hanya memerlukan jumper je buat nak charge bateri sekejap. So kitorang reccee cari kat Giant Bayan Baru. Mujur la ada kot. Huhu. Melayang duit aku sket. Takpe la demi buah hati si kumbang biru ku sayang.

So ni la dia pengajaran. Kalo nak charge phone, pastikan keta bergerak jugak supaya bateri keta pon akan dicaj semula... Jangan caj phone sesuka hati akibat mengalami kebosanan yang melampau pada waktu keta tengah statik. Caj skejap2 takpe tapi jangan melampau2 macam aku. Haha.

Lagi satu, penting ye kawan2, yang mana pemilik keta auto macam aku ni simpan jumper untuk kegunaan masa depan. Nak pulak pesen sengal cam aku... Boleh terfikir nak charge phone dalam keta yang tak bergerak siap bukak aircond, dengar radio, tanpe terlintas langsung difikiran akan segala akibatnya nanti...

So jumper la keta aku ngan keta abang aku... Dah steady, aku melenjan keta tu sampai dikejauhan 24.5km aku bawak semata2 nak bagi dia charge balik at least sampai 90%. Kalo tak, esok camne aku nak pegi keje hoi... 24.5km dalam Penang ni bersamaan dengan setengah jam lebih la sebab kira sekali jalan jem lagi. Jangan tatau sini weekend pun jem. Lenjan keta tanpa radio, tanpa aircond.

Tapi best ah. Rasa mcm dia reset balik brape L minyak pegi keta aku utk 1km... So far, sebelum bateri kong, 8.9L/100km.. Skang dah jadi 5.8L/100km. Good sign la kan makin sikit dia makan minyak utk 1km perjalanan. Tempat keje aku 15km kot...

Esok kita tengok lain, betul ke tipu dia punya reset tu. haha.

No comments: