Sunday, January 20, 2013

Mengundi

Harini pegi mengundi tadi. Pegi ditemani orang jauh. Hehe. Sape suruh dia belom tido lagi kan? Maka kene la teman aku. 5 tahun lepas aku pegi mengundi dengan arwah ayah. Taon ni pegi sorang2. Jadi lah, orang tu teman via facetime je.

Memang sepanjang jalan aku mengomel2 macam2 dengan dia. Tunjuk2 apa yang ada di kawasan aku mengundi, poster, siap replika bilik gerakan semua. Tapi tu la awal2 aku pakai earphone jadi orang tak perasan sangat aku tengah cakap ngan dia.

Masing2 cuba senyum2 pastu pose siap lambai2 kat aku pasal ingat aku tengah rakam video. Dah la tengah cakap sorang2 plak kan? =..="

Ada jugak yang siap tanya, tengah rakam gamba ke, dik? Haha. Sori la brader, saye tengah cakap2 dengan buah hati saye. Haha. Dah setel semua, facetime lagi. Memang tak abes2 facetime la harini sebab dier pun dah jadi macam excited nak tengok ape yang jadi kat sini :)

Kat fesbuk, aku post la gambar macam kat bawah ni :3


Ye la, saje kan? Sebab ada sesetengah orang kan pegi berdua-dua dengan pasangan. I iz jeles. Haha. Plus abang aku plak pusat mengundi dia kat lain. Nama je serumah. Tapi pusat mengundi lain2. :(

Dah post gamba camtu ade pulak kan saje pegi komen suruh kawen la jangan tunggu lagi... Senangnya cakappp...

Rukun nikah ade 5.
1) pengantin lelaki
2) pengantin perempuan
3) akad (ijab & qabul)
4) wali
5) 2 orang saksi.

Masalahnye kat sini, pengantin lelaki takde di dalam radius kawasan dalam Malaysia ni. Paham tak takde? Rukun nikah ni kalo tak silap aku semua pihak MESTI ada di tempat yang sama pada masa yang sama. Tak cukup satu, tak jadik kan?

So, bukan aku sesaje nak lambat2kan bende baik camni... Susah orang nak paham long distance relationship ni.

Post a Comment