Monday, September 15, 2014

Terima Kasih Kerana Melayan Saya :)

Terima kasih kepada:
1. Mardziah - dari explain pasal game, terus melarat ke isi hati...
2. Huda Luna - tetengah malam pun sudi layan whatsapp aku :*
3. Kak Syima - walaupun tengah sopping kat Langkawi sampai exceed 129kg lugages, tapi sudi lagi layan call saye ;P
4. My beloved cousin, Fatin - yg emo bagai nak rak, tapi jangan risau... Takde benda buruk jadi.
5. Iryani - hang ade bagi pendapat 2-3 ayat je haritu...

Sebab rajin melayan aduan aku haritu... Rasa macam first time ever rasa sedih sebab tergugat dengan kehadiran orang lain dalam relationship... Thanks sebab suruh aku fikir betul2 & siasat abes2... Yang ending dia malam ni, saat ni, aku baru tersedar sesuatu...

Memang selama ni aku tak pernah ambil pusing pasal apa yang dia buat, life dia, aku tak pernah gaduh sekali pun dengan dia for the sake of "open minded" thingy... Sekali sebab satu mesej suruh accept friend request kat facebook tu betul ubah 100% siapa aku selama ni, apa perasaan aku kat dia.

Maap la kalo entry ni rasa macam "babilah apa pompuan ni tulis"... Tapi ada aku kisah pasal pendapat orang... Hewhewhew...

Tadi aku antar mesej macam merajuk2 kekonon nak tarik diri la bagai (apa gila lepas celebrate 1000 days in relationship nak tarik2 diri pulak) kekonon tanak lukakan hati perempuan lain yang beriya2 mengaku tunang (padahal cikgu je pun) kekonon abes pasrah laa kan... Macam2 la ayat pasrah tahap poyo nak mampus aku bagi kat dia... Last2 dia suruh aku pikir balik apa gila dia nak bertunang dengan bini orang...

Skang aku betul2 sedar yang aku dah pandai jeles, pandai takut kehilangan dia, pandai risau sampai tak jadi nak buat apapun sebab kes tu amik alih hampir 100%  kapasiti otak aku yang tak berapa nak cerdas ni...

Selalunya kapasiti otak aku terbahagi kepada 3 seksyen:
1. Jeffri Ramli - 60%
2. Kereta - 25%
3. Kerja - 15%...

Tapi sebab cikgu bahasa korea dia tu punye mesej kat aku, maka partition otak aku otomatik berubah menjadi:
1. Cikgu bahasa korea yg gedik - 85%
2. Jeffri Ramli - 10%
3. Kereta - 2.5%
4. Kerja - 2.5%

Tu pasal Jumaat lepas memang aku pissed off gila2 dalam opis. Kebetulan pulak Mark Orman (entah apa dia dendam sangat pasal technical TPNI dengan aku pun aku tak pasti laa) cari pasal gila2 ngan aku... Dia attack keje salah orang operator yg berpotensi tinggi sampai orang tu rasa nak resign time tu jugak... Memang gile ah. Sampai nak nangis aku cakap, audit dia bagi semua beyond our capabilities. Dulu masa zaman aku join production, Barry Walker rajin attack aku. Skang bertambah sorang lagi saiko... Tambah dengan 85% masalah peribadi time tu. Perfect combo!!

Now aku lega sangat2 dah cerita abes pasal kerisauan aku pada dia... Syukur laa dia paham kenapa tetiba aku tak jadi diri aku bila sungguh2 upset dengan hal nampak remeh camni. Remeh ke? Satu perkataan tu pun dah cukup buat aku rasa mcm loser gila kot...

Yep now aku mengaku aku takut gila kehilangan dia. Memang gila2 takut kehilangan dia ditangan orang lain. Walaupun ada something yang kitorang tak berapa boleh nak share in common... Misalnye aku dengan kereta, dia dengan muzik. Tapi aku boleh lagi layan muzik bila aku tukar option favourite aku ke art & craft. Kira boleh align lagi la...

Seriously aku nangis okey bila dia cakap, holiday kali ni memang dia nak spend masa dengan aku sebab nak kenal aku dengan lebih rapat lagi, since long distance relationship ni sebenarnya sakit sangat2 untuk dihadam... Dan bila dia cakap aku sebagai best thing ever happens in his life...

Rasanya sekarang no more independent woman, strong girl dalam diri aku... Makin mudah sensitip pulak sekarang. Abes la dia. Moga2 dia takkan pernah jemu dengan aku...


Sunday, September 7, 2014

Banyak la pulak....

Saje belek2 gambar2 yang aku transfer dari phone ke laptop...

Belek2 blog jugak....

Baru tau rupanya aku banyak hutang update trip jalan-jalan.

-Trip pegi Cherating, Pahang
- Trip pegi Sabah
- Trip pegi Taman Negara Penang - part 2 (part 1 kat sini)
- Trip pegi Universal Studios Singapore
- Trip kemanusiaan Tzu Chi ke Pahang

Bulan November ni nanti ada lagi trip jejalan jelajah 1 Malaysia & China. Huhuhh...

Terus rasa malas nak update... HAHAHA!!