Monday, June 7, 2010

Tag Dan Award Dari Kak Ell =)

Kak Ell adalah sorang blogger yang senang dapat award dan suka bagi award dekat orang lain. Heh. Selalu award dia mesti ada sekali dengan tag. Tapi takpe laa... Aku pun dengan rela hati amik award ni dan jawap tag.

Ekceli ada 2 award kat entry dia yang ini. Tapi sebab mengada-ngada, aku amik 1 je. Heh. Memang dasar mengada-ngada kan... Ok, here goes the award and tag.


  1. Suka melukis tak?
    Dulu sangat suka melukis~~ Selalu wakil sekolah dalam pertandingan melukis. Heh.
    .
  2. Bosan-bosan suka buat apa?
    Bosan-bosan... Tido laa ape lagiii... Heh.
    .
  3. Kenapa siput babi berjalan lambat? Haha :DD
    Siput babi berjalan lambat sebab dia tak pasang turbo kat badan. Heh.
    .
  4. Cute tak orang yang bagi award ni?
    Akak Ell yang kasik award ni memang cute. :p
    .
  5. Orang-orang yang saya nak tag adalahhh..........
    Siapa yang terbaca post ni, kena amik. Kalo tak, tamau kawan!! Heh.

P/S : Macam menarik je nak tayang award-award dekat side bar semua. Tapi aku dilanda kemalasan untuk buat macam yang baru aku tengok dekat blog Pereka Cerita yang ni. Nanti la aku rajin, aku tukar segala-gala dalam blog ni. Heh.

Cinta vs. Suka Yang Rupanyaa...

"Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang.
Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.

Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga.
Tapi di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku...
Tapi jikalau kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum..

Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata...
Tapi di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja...

Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu..
Tapi di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar...

Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta...
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka...

Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis...
Tapi bila orang yang kita suka menangis, kita akan turut membuat dia gembira...

Perasaan CINTA bermula dari mata,
Perasaan SUKA bermula dari telinga...

Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita SUKA, umpama kita membuang telinga kita...

Tapi jika kita cuba menutup mata, CINTA berubah menjadi airmata.."

Aku cilok dari sini. Jangan risau... Da mintak izin tuan blog tu da pun. Heh. Sekarang aku dah dapat jawapan kenapa dulu aku takde nak stay sangat dengan ex-ex aku. Rupanya aku cuma suka je kat dieorang tu. Banyak term suka ni. Suka kacau, suka tengok, suka usya, banyak la lagi suka-suki lain. Sampai sekarang pun aku setakat suka orang je.

Sori, gambar syok sendiri dan takde kaitan. Heh.

Dan sukaaaaa sangat kacau orang, mana-mana pun, termasuk la dekat YM, fesbuk chat, etc. So, kawan-kawan sekalian, kalau rasa rimas sebab selalu kena kacau, lebih-lebih lagi buat pengikut aku yang berbondong-bondong suka follow aku pegi mana-mana pun dalam fakulti, peneman makan dekat kafe, geng-geng study sama-sama, kalau aku kacau korang lepas waktu kelas tu maknanya aku suuukaaaa sangat dengan korang. Suka jadik kawan korang. Terima kasih sebab sudi jadi kawan aku.

Cinta?

Apa benda tu?

Sunday, June 6, 2010

Kalau Aku Adalah...

Aku baru baca blog Ondscene pasal eksiden Myvi tersepit tu. Sebelum tu kuar notes dekat fesbuk maki-maki atendan stesen minyak BHP pasal eksiden tu... Beberapa hari yang lepas. Mula-mula aku buat bodo je sebab takde kaitan dengan aku pun, tapi sebab macam ramai sangat berminat nak pertikaikan, so aku pun saja plak nak membebel kat sini... Maklum la, internet laju-laju ayam sikit. Sempat la nak blogwalking sebelum dia kiok balik. Heh.

Banyak jugak komen dekat blog dia sampai malas aku nak baca. Semua sibuk gaduh pasal atendan stesen minyak tu dengan Akina. Tatau la sapa dia tapi sekarang aku cuba nak letak situasi aku berdasarkan komen-komen tu. Ada yang backup Akina, ada yang backup atendan stesen minyak tu. Macam-macam. Siap kuar segala jenis-jenis law la. Kena Google siap.

Kalau aku adalah Akina - Marah la pasal kita mintak elok-elok tapi kena gelak dengan attendan stesen minyak tu plak. Memang lepas tu gaduh dan mengamuk-ngamuk la jadinya. Normal la manusia macam tu. Lagipun ko cuba nak selamatkan nyawa orang kot. Pastu sedar cctv pun ada rakam muka ko, no plet keta, aksi melempar IC, dll. Sebab ada state dalam notes dia dekat fesbuk tu, jarak kejadian +/-500m je. Kita punya jarak penglihatan pun bleh tengok jauh-jauh lagi. Aku rasa atendan minyak tu pun bleh nampak eksiden tu (Kalau takde lindung bangunan tinggi-tinggi la. Mana la aku tau tempat tu cemana kan?) Tapi kalo aku dalam situasi dia pun aku tak puas hati kalo ko tengah serius panik, lepas tu orang yang ko nak mintak tolong tu boleh ajak bergurau pulak. Hangen atau tak???

Kalau aku adalah atendan stesen minyak - Buat apa nak argue lama-lama siap boleh gelak-gelak lagi dekat Akina yang tengah serius nak mintak tolong? Kata ada 2 orang, sementara sorang cakap2 dengan Akina, apa salah yang lagi sorang tu terus direct call polis kalo rasa Akina tu meragukan dia. Time beb! Time!! Ni dari notes yang aku baca dekat fesbuk tu aku dengan tak pasal-pasal imaginasi aku sungguh liar pikir atendan tu tengah gelak-gelak dengan kerenah panik Akina. Perompak, kalo nak merompak sekalipun, mana ada masa nak bergurau-senda bagai. Main serang terus takde cakap elok-elok punyalah. Lagipun sama-sama lelaki. Lepas tu lagi sorang tu terus sambung marah-marah balik Akina tu. Apa point dapat? Ada jugak komen tu cakap takleh bukak pintu sebarangan sebab sambung direct ke balai polis la apa benda semua. Hah! Lagi bagus apa... Kau bukak pintu, passing pemadam api tu, lagi sorang call polis. Eh, kata ada 2 orang lah. Takkan sorang lagi tengok saja kot. Takkan nak tunggu orang tu (Kalau Akina adalah perompak) kuarkan senjata nak rompak baru nak call polis?

Okeh. Heh. Memang senang bukan kalo taip-taip nak condemn-condemn orang ni. Aku pun suka jugak nak kutuk-kutuk orang punya decision kadang-kadang. Padahal aku punya decision pun selalu-selalu pun kelaut jadinya. Lepas tu baru terhegeh-hegeh nak menyesal.

Cuma aku tak setuju je orang salahkan atau backup atendan minyak tu. Atau dok kutuk-kutuk Akina berlagak nak jadi hero. Pada aku Akina tu kira bagus la niat dia nak tolong. Mintak sampai dapat walaupun tak dapat-dapat. Orang macam ni la patut jadik contoh dalam buku sekolah-sekolah. 2 orang atendan minyak tu plak pada aku maybe dieorang macam aku lepas exam. Otak tertinggal merata-rata. Kalo tak tinggal merata-rata, mesti laju dah amik tindakan macam aku state dekat atas tu. Kata 2 orang kan... Entah lah.

Saja pun aku merepek kat sini. Sebab aku tetap nak salahkan pemandu Vios yang 2 orang tu. Dah la memandu secara melulu. Dengar-dengar kata bawah pengaruh alkohol lagi. Kesian kot dekat pompuan dalam keta Myvi tu. Tak pasal-pasal je mati sia-sia atas kecuaian orang lain. Kalau nak cuai pun sendiri-sendiri cuai, lepas tu sendiri-sendiri tanggung akibat cukup la. Ni nak tarik orang lain jugak. Grr. Geram tau tak...

Lagenda Budak Setan

Da tengok movie ini??



Aku sebenarnye bukan la peminat cerita-cerita mellow penuh jiwang-jiwang yang seangkatan dengannya tu. Tapi aku punya la eksaited nak tengok cerita ni sebab aku pernah addict dengan novel dia dulu. Heh. Percaya atau tak dulu aku suka gila baca novel.

Cuma tak macam orang lain la. Orang lain makan berhari-hari baca novel. Aku plak novel tebal gila babi tu biasa aku boleh abeskan dalam masa tak sampai setengah hari. Hoh? Aku adalah jenis manusia yang baca laju-laju. Entah kenapa aku boleh baca semua isi satu page dengan hanya sekali imbas. Siap boleh ingat ayat yang best-best dalam tu kot. Novel je pun. Ko tak payah nak pikir panjang. Lain la kalau suruh baca klausa syarat apape ke. Sumpah sampai setiap perkataan pun aku sanggup siap eja betul-betul takut salah baca/salah paham.

Sekarang ni bagi aku novel? Aku boleh layan Ramlee Awang Murshid punya novel saja. Tu pun separuh hati. Tolong la kembalikan semangat aku baca novel. Komik pun dah kurang sekarang. Aku rasa sangat cacat tiba-tiba. Tu la pengaruh teknologi kuat sangat. Aku lebih suka baca blog. Heh.

Aku takde nak citer pasal sipnosis citer ke hapa. Sebab orang yang baca novel dia mesti da tau jalan cerita cemana. Cuma kalo yang belum tengok cerita ni, aku syorkan pegi la tengok. Tapi untuk orang yang pernah baca novel ni atau yang memang jenis minat cerita jiwang-sedih-tapi-agak-kelakar-dan-sweet je bleh tengok. Overall aku santai jugak tengok cerita ni. Takde la sedih sangat pun aku. Tak macam lelaki lembut sebelah kiri seat aku tu. Siap nangis bertisu bagai tengok Ayu kene pukul. Setakat touching sikit-sikit tu stendet la.

Nak tau kenapa?

Aku syak director dia ni jenis hardcore fan novel ni. Heh. Sumpah setiap scene aku tengok, flow ok, takde tergantung ke apa... Sambung elok-elok je semua macam dalam novel. Paling aku suka adalah setiap scene dalam citer ni adalah lebih-kurang dengan apa yang aku imagine masa baca novel dulu. Cuma hero-heroin la tak bajet pun Farid Kamil dengan Lisa Surihani. Tapi lepas tengok cerita ni, gigih jugak aku pikir siapa lagi yang layak bawak watak macam dieorang tu. Heh. Sumpah sweet.

Dan scene feveret aku, kenapa Kasyah tak suke pompuan jugak telah di visualise dengan baik. Heh. Itu yang aku tunggu-tunggu pun. Kalo baca novel, huh jenuh kot nak imagine pasal tu.

Kelemahan dalam citer ni pun benda remeh-remeh je. Macam, mase Ayu eksiden tu, kalo dia tunjuk cermin kereta pecah berderai cacak-cacak kat muka, pastu claim muka hancur teruk, ok la. Lepas tu time Kasyah tengah sedih-sedih, ape ke letak bunyi efek burung gagak bising-bising banyak-banyak? Sumpah annoying. Lepas tu yang kepala si Ayu terhentak dekat pasu sampai hilang ingatan pun lepas kuar spital takde parut tu beb!!! Aku syak hospital ada sponsor pakai bio-oil. Tu je la bende remeh-remeh yang buat slek sikit.

Lain-lain bagi aku memang sebijik feeling macam baca novel. Sampai ada yang kuar dari cinema tu, terus berazam nak cari novel dia. Aku la salah sorang tu sebab dulu aku ada novel tu. Lepas tu main passing-passing sampai aku tatau ada kat sapa last-last. Dah la novel pemberian ex aku. Nak cari  balik walaupun ex aku adalah gay sekarang.

Hoihh... Bukan senang tau aku nak layan cerita jiwang-jiwang macam ni, tauu!!!

Pendapat aku je lah. Orang lain aku tatau la. Aku pun bukan pro sangat pasal filem ni. Asal ok, pada aku ok lah. Heh. So, aku memang suka cerita ni. Sweet dan babak romantik ke apa jadah dalam ni takde nak buat aku muntah-muntah sebab loya. Semua sweet dan agak gila-gila.

Last word. Aku suka cikgu Loga. Hahahahahaaa...

P/S: Sesape yang jenis hati kaca-kaca, baca novel dia pun dah menangis, awal-awal aku nasihatkan bawak la tisu spare dalam 2-3 kotak.

Saturday, June 5, 2010

(T_T")

Sekarang internet kadang-kadang entah macam apa je... Sejak-sejak aku upload cerita berlagak aku tengok movie online tu. Heh. Sekali skang sudah susah nak online. Nak blogwalking senyap-senyap ke blog orang pun dah tak boleh. Nak stalk-stalk orang pun dah tak boleh. 

Bukak fesbuk lagi laa... Abeh ikan-ikan selalu bila berjaya bukak, mesti dah tahap kebulur yang amat. Adeihh... Jadi tu sebab takde update hari-hari. Update bila line cemerlang je. Heh. Jangan kecik hati ye bila singgah sini.

Tengok-tengok speed test tu balik. Malaysia di ranking ke 102 untuk download speed. purata 1.94 Mb/s. Upload plak no 82. Purata 0.74 Mb/s. Bila la nak naik ni? Singapore pun tangga ke-30. Thailand pun atas Malaysia ni. Rwanda? Bosnia Herzegovinia? Pun atas dari Malaysia. Huhu...

Friday, June 4, 2010

Harini Adalah Last Day Sekolah Bagi Budak-Budak Sekolah. Esok Start Cuti. Heh.

Dua minggu aku dekat sini, salah satu keje aku adalah amik anak buah aku balik sekolah. Maksud aku yang pompuan tu. Yang lelaki tu biasa nak balik jalan kaki dengan kawan-kawan dia.

Dari pemerhatian aku, anak buah aku yang pompuan tu agak ikut habit aku sikit-sikit. Masa sekolah rendah masa balik umah je mesti jadi antara orang paling-paling last keluar dari pagar sekolah. Aku pun tak tahu kenapa. Dan dia pun lebih kurang. Letih jugak la aku pegi awal-awal tunggu dia. Sekali keluar last-last. Dah la tu sorang-sorang pulak tu. Aku dulu ada la jugak kawan nak balik seiring sejalan. Sape lagi, Hwei Sue dengan May Qi la. Sebab tu tak ramai budak-budak nak kawan dengan aku dulu. Dieorang sangka aku Chinese.

Tapi aku yakin. Nanti dia sekolah menengah mesti ada semangat nak keluar kelas awal-awal. Aku pun dapat semangat keluar kelas awal-awal masa sekolah menengah adalah kerana nak duduk atas seat yang empuk dalam bas. Bosan kot asik kena berdiri je dalam bas. Pegi sekolah, berdiri. Balik sekolah, berdiri. Bas pulak pack macam tauhu sumbat. Haih. Rindu kot zaman berebut-rebut tempat duduk bila naik bas. Kalau kena berdiri, biasa bila pegi sekolah, lalu dekat area-area ada road block, driver bas tu suruh semua yang berdiri tu duduk. Sumpah rasa macam PATI. Oh, zaman dulu-dulu naik bas, driver bas tu kitorang panggil Achek. Tatau kenapa. Tapi semua bas pun sama. LOL! Nanti-nanti aku sambung cerita kenangan best-best naik bas zaman sekolah-sekolah dulu.

Sepanjang masa aku tunggu anak buah aku tadi... Demm!! Budak darjah 6 pun lagi tinggi dari aku. Terus rasa down dan malas nak pikir panjang-panjang dah. Siot betul.

Thursday, June 3, 2010

Takde Chance! Huh...

Incik Asrul agak down bile aku tunjuk blog Mantot yang ade citer pasal kenaikan interest keta. Beliau baru bercita-cita nak amik Exora memandangkan semua anak-anak beliau semakin membesar akibat kuat makan dan pengaruh kuat makan itu datangnye dari aku sepanjang dekat 2 minggu aku duduk umah.

Sekejap-sekejap makan kuih. Sekejap-sekejap aku buatkan nasik goreng. Sekejap-sekejap mintak aku buatkan megi. Sekejap-sekejap aku naik moto, pegi Giant Bayan Baru, belikan ais krim yang heaven punya. Sekejap-sekejap aku belikan coklat. Sekejap-sekejap mintak aku buatkan roti goreng salut telur. Hah! Tapi yang makin comel lebih-lebih tu adalah aku. Haha.

Sebenarnye dari taon lepas lagi dier nak hangkut keta tu. Tapi mase tu dier tak cukup duit plak untuk downpayment masa promotion sebab banyak mende nak kene setel. So, sekarang bile dier da ade simpan sikit-sikit untuk tukar keta, macam-macam pulak yang naik. Memang agak diluar kemampuan la. Walaupun tukar keta tu adalah actually keperluan untuk dia ngan family, bukan kehendak.

Ye lah, aku ada moto dan aku berani naik moto untuk long distance journey. Tapi, nak ke dier tengok adik pompuan dier ni naik moto sorang-sorang depan mata dia? Aku balik dari Kuala Selangor ke Penang haritu pun bukan depan mata dia dan dia tatau langsung plan aku nak balik naik moto je haritu. Bukan tak muat pun keta iswara tu kalo tambah aku sama... Tapi sebab keselesaan. Kadang-kadang aku ikut dieorang balik kampung (sebab kena paksa) pun aku kesian tengok gaya tido anak dier yang macam-macam dalam keta.

Lagi aku sedih, kalau aku tak dapat ikut dieorang balik kampung raya nanti... Maknanya kali ke-2 la aku beraya sorang-sorang kat umah. Hoiii... Sedih tau tak beraya sorang-sorang... Lain la kalo aku duduk belajar kat oversea... At least ada jugak kawan-kawan senasib. Still boleh berhubung ngan family pakai Skype. Tapi kes aku ni takbleh blah sikit. Dah la dalam negara sendiri. Sorang-sorang. Nak beraya umah kawan-kawan, semua ciao balik kampung. Aduh. Gila bosan kot.

Aku pelik la. Apsal interest kereta nasional melampau-lampau plak percent dia? Adakah keta nasional ni dieorang assemble diluar negara? Tak kan? Bila renung-renung balik ke blog Mantot tu... Cemana laa orang sini nak beli keta buatan sini? Membe-membe aku si Iryani tu pun pakai Vios, Kamil plak pakai Avanza, Zatul pakai Hyundai Getz. Dieorang cakap lagi berbaloi dari amik keta-keta nasional... Da la interest tinggi, harga lebih-kurang je dengan keta bukan nasional. TAPI, keta bukan nasional lebih selesa. Tak rasa apape ke dengan statement tu? Celik mata la sikit government sini oiii~

Wednesday, June 2, 2010

Lepas Ni Aku Tengok Movie Pun Cuma Cerita Melayu Saje.

Heh. Macam jahanam je tajuk kan??

Dengan bangga nak cerita... Sepanjang dah dekat 2 minggu aku duduk di Penang ni... Best betul life aku takde nak pikir pasal belajar sangat, pasal tesis, pasal fakulti punya persatuan tu la semua. Memang cuti abes lah!!

Tambah plak skang ni online pakai broadband Maxis kat umah. Wohhh... Super-duper laju bila datang mood dia nak laju-laju. Aku pun laju je layan movie-movie online takyah download. Heh. Cakap je citer ape... Sampai so far movie-movie dalam top 5 movies dekat Prof's Blog tu, dalam masa 3 hari je aku dah khatam 5-5. Hohohh~~

Ni speed test bandwidth dekat Kuala Selangor nun.


Ni speed test bandwidth dalam Penang ni. Hoho...

Bandwidth speed test ni adalah di amik dari blog Akak Ell kat entry sini. Gigih kot pegi cari balik. So far aku rasa agak puas hati jugak la dengan speed kat Penang ni. Kadang-kadang je macam celaka. Ada masa best.

Tambah plak skang ni Incik Asrul dah menyediakan beberapa kemudahan dalam umah supaye aku takde hati nak kuar berpoye-poye buat reunion dengan kawan-kawan... Sebab dia pun paham kawan-kawan aku tak semua ada masa free macam aku... Antaranya adalah TV baru... Peti sejuk yang penuh dengan macam-macam barang makanan, tunggu masak je... Tapi aku tak kisah pun tu semua... Janji dapat pakej internet yang laju ni pun aku dah suka gilaa...

Ah, lagipun balik-balik kuar dengan Iryani. Balik-balik kuar dengan Iryani. Jiran-jiran aku pun sampai jemu nak jadi busybody tengok ngan makhluk mana aku kuar dating. Dah la sama-sama pompuan. Heh. Nak buat cemana... Tu je kawan aku yang available. Lain-lain semua dah kawen. Malas aku nak menyibuk rumah tangga orang... Kang aku cakap nak kuar ngan kawan-kawan aku... Time tu la sibuk nak hangkut laki, anak semua. Ingat aku tak jeles ke?

Sekarang aku tengah layan movie Prince of Persia The Sands of Time buat kali ke-3. Heh. Sengal tak sengal. Tapi best woo walaupun confuse-confuse banyak sangat ulang-ulang sebab Dastan tu kadang-kadang gatal-gatal tangan nak test sand of time tu. Princess Tamina adalah comel, kuat membebel dan aku suka loghat dia bila cakap. Heh.

Syiok woo layan movie online. Macam layan dvd ori. Takde scene yang kena potong-potong. Takde subtitle yang makan dekat separuh screen macam dalam movie kat cinema. Pendek kata memang syiok habes lah.

Rasa macam takmau balik Kuala Selangor pulak. Heh.

Anda PHOTOGENIC?? Mari Join Contest Ini.

Kof! Kof! (Batuk la konon-konon kan..)

Antara aktiviti harini adalah berlegar-legar dekat blog yang aku follow-follow tu... Biasa la silent reader kan... Heh. Lepas tu terjumpe plak contest cenggini... Laju je la nak join sebab baru pas tangkap gamba tu hah. Dan ade orang cakap gamba tu lawa. *Wink!*

Hohh!!! Bukan senang orang nak puji aku kot... Tambah plak sama-sama pompuan. Maklum laa... Pompuan same-same pompuan ni kadang-kadang susah sikit nak puji orang cantik ke tidak... Lain la lelaki... Paling-paling pun macam classmates aku tu semua. Tiang lampu yang berkarat pun dieorang bleh kata cantik semata-mata nak perli aku. Huh! Makan dalam betul.

So, inilah penganjurnye...

Bleh tekan banner tu untuk ke blog beliau yang ber-contest itu. Heh.

Dan ini plak penyertaan aku. Heh. Punya la gedik katakan... Tapi usaha jugak nak join tu...


Gambar ini adalah tak ber-edit dan takde mekap langsung (Eh, bila masa aku pakai mekap?) Punca kewujudan gambar ini adalah aku bosan gila dekat umah dan mengemas-ngemas lemari pakaian yang masih lagi rupanya ada bertimbun pakaian main sumbat-sumbat je kat dalam. Rimas tengok. Heh.

Kenapa aku suka pic ni??

Haaaa... Jawapan dia adalah sebab aku nampak cerah dalam pic nih. Wakakaka~~ Yerp. Sejak ade moto ni, jarang orang cakap aku semakin cerah. Lepas tu, lepas tu, dekat fesbuk pulak my brader homeroom dolu-dolu cakap nampak macam warga Korea. Terus saya pun berangan nak tekel mamat-mamat Korea. Hoho.

Ada lagi yang aku suke pasal pic ni. Mata aku nampak macam besar dan agak-agak menggoda gitu. Haha. Macam Puss In the Boots dalam citer Shrek tu. Masa dia jadi gemuk gile dan wat-wat mata comel suruh Donkey tolong jilat ekor dia. Sebab dia gemuk gila dan tak sampai nak jilat ekor senirik. Wakaka~~

Oh! Oh! Lastly suke pic ni sebab aku still nampak mude remaja macam budak-budak skolah menengah gitu... Woaahh... Meriah kot tak sedar diri tahun ni dah nak masuk 25 tahun. Wakakaka!!

Ok. Ok. Habis la kot entry agak berbaur syok sendiri ni. Sebagai pelengkap syarat-syarat penyertaan yang lain, dengan ini saya berbesar hati nak tag 3 orang. Terutama yang sekarang nampak macam jarang-jarang dah update blog. Haha. Bunyi macam kejam. Tapi memang kejam pun. Muahaha~~

Mereka adalah (Drumroll, plezzz...Dum-dum-dum-chengggg!!!) ;

Tuesday, June 1, 2010

Semoga Mereka Yang Dalam Misi Konvoi Bantuan Tu Selamat

Sejak semalam mana-mana blog, website, twitter, facebook, banyak update pasal status serangan tentera Israel ke atas kapal konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza tu. Memang banyak tak masuk akal dakwaan tentera Israel tu. Takde sebab pun dieorang nak tahan kapal tu. Dah la yang naik kapal tu pun semata-mata nak hantar bantuan je. Senjata pun takde. Tapi entah apape je media yang sokong Israel tu belit-belitkan cerita.

Cakap banyak pun tak gune laa... Sebab aku memang tengah malas menaip sekarang sebab aku pun tatau cerita sangat. Versi terkejut-tergempar je tahu pun. Kalo nak tulis pun banyak sangat kat sini. Apa pun, kalo nak tahu sikit detail pasal cerita ni dan kenapa aku cakap Israel belit-belitkan fakta bagi nampak penghantar bantuan kemanusiaan tu sebenarnye ala-ala terrorist... Bleh pegi ke blog Joe. Situ siap ada versi komik lagi untuk kite nilaikan sendiri hampeh tak hampeh Israel ni...

Sebelum je ke? SEMASA dan SELEPAS mananya? --> Link.

Monday, May 31, 2010

Aku Suka Page Translator


Korang pernah perasan mende ni tak kalo gune browser Google Chrome? Aku pun tak pasti cemana menatang ni boleh wujud tak atas tu... Tapi sebab tadi tengah sengal-sengal ubi, aku pun gatal jari pegi menekan "Translate" tu. Abeh 1 page aku ni dia alih bahasa. Sumpah kelakar.

Entry aku sebelum tu dari emo-emo nak mati la konon-konon, terus jadi kelakar. Sekarang aku tengah gigih berfikir... Cemana laa kalo orang-orang dari luar negara nak baca blog aku? Paham ke dieorang apa yang aku taip ni kalau gatal-gatal pegi tekan translate tu??

Heh. Korang kalo ada jumpa mende tu. Cuba la tengok. Mesti entry yang paling serius akan jadi paling kelakar. Atau patut di-tong-sampah-kan saje.

Tersisih Ke?

Hmm... Baru abes 'melancong' tengok album gambar kawen, tunang, pre-wedding yang kena tagging la macam-macam lagi dekat fesbuk.

Adala sekali kan aku up entry pasal aku sorok-sorok alamat taknak orang antar kad jemputan sampai ke umah? Ala, tapi ada jugak sampai pun. Bukan satu, tapi lima!! Haha. Mejik pulak rasanya. Okeh laa... Pada yang jemput, tapi aku buat-buat sibuk tak datang, aku minta maaf sangat-sangat. Aku buat-buat sibuk sebab aku memang poket tahap kurang berduit dan aku perlu fikirkan benda lain yang lebih munasabah yang boleh dibuat dengan duit yang aku ada. Sebab aku masih lagi pelajar. Takde income. Nak buat part-time pun tak sempat. Cuti 'lama' sangat. Tapi, terima kasih kerana menjemput.

Cuma dalam banyak-banyak yang menjemput tu... Walaupun aku rasa budak yang menjemput tu ingat lagi atau tak ngan aku sebab kebanyakkan yang menjemput tu pun besenye dekat-dekat 10 tahun tak jumpa, tapi masih gigih cari-cari kawan-kawan untuk dijemput ke majlis kawen dorang. Aku sangat-sangat hargai, ok? Walaupun tak rapat sangat pun sebenarnya. Aku cuma agak sikit rasa tersisih bile ada dikalangan kawan-kawan aku yang aku kenal sekarang tu, aku sikit pun tatau bile dieorang kawen atau tunang. Memang la pointless jemput aku sebab memang aku takkan peginye pasal aku balik kampung. At least sampaikan pakai SMS pun ok kot. Janji bagitau, kan? Ajak-ajak ayam pun takde hal la kot. Sebab memang aku tak pegi kalo jauh (Elehh... Dekat pun ko tak pegi. Contohnye wedding Nonie. Padahal aku tatau jalan sebab kedekut nak bagi alamat umah untuk penghantaran kad kawen)

Dan skang tibe-tibe aku rasa wedding aku nanti (kalo aku kawen la)... Aku nak buat tertutup je. Untuk sedara-sedara, jiran tetangga yang sederet ni, dengan kawan-kawan yang betul-betul rapat je. Yang jenis susah-senang dorang, aku ada... Atau susah-senang aku... Dorang ada. Malas dah nak pikir pasal soal kecik-kecik hati ni segala. Dah la aku takde sape sangat kalo nak buat grand-grand pun. Kesian abang ngan kakak ipar aku nanti kalo aku kawen, dieorang kene ganti arwah ayah ngan arwah mak aku untuk urusan macam-macam ni segala. So, biar la buat secara kecil-kecilan dah la. Aku tak kisah pun.

Eh, bunyi entry aku kali ni macam kecik hati je kan? Lalala~~

Friday, May 28, 2010

Sekitar Africa Cup 2010

Ok. Video ni cukup untuk explain 2 sebab.

  • Kenapa ruang tamu umah aku kemain la lapang gila macam tak pernah wujud perabot, padahal dekat-dekat area tv macam-macam ada...
  • Kenapa anak buah aku yang last tu tido terkedang macam gambar paling bawah tu.




Hasilnye beliau sangat letih sampai tido macam ni...


Oh, ye... Harini aku adalah full-time baby sit beliau... Haha... Senang betul mau jaga dia sebab sekarang dia adalah sangat berdikari.

Soklan hari ini :

Berapakah umur beliau?

Sekadar suka-suka je. Takde adiah pun. Penganjur dah bengkrap. Huhuhh..

P/S: Pihak-pihak berkenaan sila amik perhatian dengan semangat beliau bermain bola sepak. Heh.

Thursday, May 27, 2010

Nakal-Nakal Aku Pun Rupanya Aku Agak Baik Budaknye. Heh.

Semua akibat komen dekat status fesbuk aku la tadi. Dah belek-belek balik gambar-gambar kat situ... Gambar-gambar dalam laptop... Bleh kata sebenarnye aku takde pernah pun bergambar berdua-duaan ngan mane-mane laki. Haha. Aku pun tak pasti cemana bleh jadi macam tu... Tapi yang pastinye kalo tangkap gambar pun mesti nak ramai-ramai. Kalo dua orang, sure sebelah aku tu pompuan.

Walaupun macam ramai gila je makhluk yang aku penah kapel, sepah-sepah classmate aku adalah lelaki...Tapi siyes tak pernah ada gambar berdua-duaan ngan lelaki. Kalo ada pun, cuma ngan anak-anak abang aku... Si Mirul dengan Aiman tu... Paling banyak pun dengan Aiman. Tak pun cuma gambar-gambar aku dengan arwah ayah aku je.

Eh... Apsal aku takde gambar dengan lelaki secara berdua-duaan ni?? Apsal? Apsal?? Macam takleh terima je apsal....

Ekceli pernah ada. Dengan classmate. Ngan Daus. Tu pun macam artis kot punya request nak bergambar dengan aku masa pegi piknik ramai-ramai masa diploma dekat Ulu Yam. Tapi mana pegi entah gambar tu. Tatau la kalo dia dah bakar. Heh.

Nak tengok jugak ke gambar aku dengan lelaki? Takpe la. Tunggu aku da kawen je nanti. Bleh bergambar puas-puas. Nak buat aksi-aksi terlampau pun takde sape nak larang. Kata dah sah kan??? Heh.

Bagus jugak tak pernah ada gambar berdua-duaan dengan ex-ex aku dulu ni. Takde la teruk sangat kalo ingat balik pun. Siap bleh buat tak kenal kot kalo ingat balik. Maklum la. Tak pernah ade gambar sama-sama. 

So, aku agak clean la dari gosip-gosip entah apape ataupun... Ahh... Kalo tak caya pun bleh je datang check laptop aku ni hah... Kalo nak jugak suh upload, celah mana aku nak upload entah dah nama pun takde. Walaupun letak status merepek-repek dekat fesbuk ke atau mana-mana social network lain, tapi tetap takleh caya jugak weh. Takde bukti. Haha....

Nak kata aku kolot??

Silakan. Heh.

Wednesday, May 26, 2010

RSVP


Hoiii~~~ Banyak gila wedding via fesbuk dan maybe attending. Wuuu~~

formspring.me

Ask me anything http://formspring.me/aslina

Kembali Cerita Pasal Stalker

Kali ini adalah real stalker. Bukan merapu macam hari tu (: Haha. Ok...Ok... Back to the story.


Aku sendiri tatau kenapa aku terus stalk dier, padahal sebenarnye takde bende pun nak stalk sangat. Nak kata aku jeles tengok dier ngan awek baru tu... Maybe ade la sikit. Cuma... Entah. Tak puas hati kot. Gile ape hari-hari kot aku stalk page dia dekat fesbuk. Tengok ape dier update la semua... Kebanyakkan asal dier update ke apa, mesti ada awek tu pun sepah-sepah komen kan.

Aku pernah letak dier dalam limited profile sekejap. Sebab aku rasa macam sakit hati bila dier buat tak peduli kat aku sejak ade orang tu. Maybe betul la kot aku ade sesuatu yang bila sape-sape tibe-tibe confess sayang aku sebagai someone precious dalam life dorang (wek~ sila muntah) lepas tu, mesti dalam tempoh terdekat ada awek lain yang agak cun sangkut dengan dorang. Siyes weh aku dah lali kene serang dengan perampas. Sampai aku pun confuse sapa merampas sapa nih. Tapi aku tak peduli pun... Lantak dier la. Janji tak kacau pointer aku cukup laa...

Tapi selalunye kalo orang tu ade orang lain pun tak lama la kekal. Haha. Dan bende ni terjadi kat dier. Sehari sebelum aku balik Penang, aku nampak status dier macam orang kecewa. Sangat tak bleh blah. 2-3 hari sebelum tu aku dah remove dia dari group limited profile aku. Dia da bleh access la apape yang aku letak kat wall aku. Pelik gak aku tiba-tiba je join komen-komen kat page aku. Sebelum ni mana ada sangat.

Berbalik pada dia yang nampak macam kecewa tu... Aku takde la terus nak terjah tanya pasal awek ke apa. Maklum la, orang ni pun spesis sengal babun macam aku jugak. Kadang-kadang tak dapat makan nasik goreng dekat cafe fakulti tu pun aku punya tahap kecewa macam kene cerai talak 3 sekaligus. So, aku tegur la tanya apahal? Dia cakap serik nak bercinta. Dia macam nak terus cerita kat aku. Tapi laju je aku potong cakap, aku nak blah dulu. Tido sebab pagi tu aku nak jalan jauh. Haha. Macam jahanam perangai. Padahal aku offline untuk group yang aku letak dia je, tapi still dok menyembang dengan classmate aku sampai dekat pukul 3 pagi. Hoho.

Skang aku online pun lebih banyak aku offline chat atau invisible dekat YM. Kalo tiba-tiba aku ter-online, laju plak dier buzz aku. Ye lah. Aku ni jenis kawan yang orang cari time susah je. Time senang takde sape pun nak share dengan aku... Tapi bila aku buat macam tu dekat orang, ramai pulak yang marah-marah. Cakap aku sombong la segala. Hmm... Complicated jugak kan??

Tapi takpe. Sekarang aku tau dier single balik dan aku pun dah tak stalk dier. Memang aku buat tak heran pun dah kat dier. Sebab tak perlu nak amik tau hal orang yang konon pernah suke kat aku... Tapi hujung-hujung dier plak ada orang lain. Bila frust dengan orang lain, cari aku balik nak cerita. Sudah la wey. Walaupun aku sendiri kurang percaya dengan confess dier dulu-dulu tu... Tapi layankan je. Buat isi masa lapang. Lepas tu dia dapat la apa dia nak. Dan walaupun aku tak pernah jumpe dier, tapi lepas ni memang aku betul-betul yakin takkan jumpa dier.

Adeihh... Cukup la kot. Tak larat da nak taip. Heh.

Tuesday, May 25, 2010

....

....

Apa nak tulis ni? Lupa pulak. Haha.

Ohh! Ohh!!

Tapi ada satu soklan...

Kenapa pekedai sibuk-sibuk sorokkan gula???

Monday, May 24, 2010

Di Mana Ada Kemahuan, Di Situ Ada HIGHWAYYY~~

Sorry la takde gamba-gamba mengiring aktiviti balik kampung dengan moto nih... Sibuk sangat nak save bateri untuk dengar MP3 sepanjang jalan. Apa ingat tak boring ke balik sorang-sorang naik moto... Lain la kalo naik keta... Ada la jugak radio ke... Apa ke...

Perjalanan aku start pukul 7.25 pagi laaa... To be exact. Sebenarnya aku cuak jugak nak balik sorang-sorang dengan motor ni. Punya la macam-macam pikir kot. Siap puji-puji lagi si Jonny tu jangan la buat hal tengah-tengah jalan raya. Tak ke haru kalo tiba-tiba nampak kelibat aku tolak moto sorang-sorang tengah-tengah highway. Silap-silap nanti masuk Buletin Utama.

Macam aku citer dulu... Punca utama aku balik dengan moto ni bukan nak buat semua orang risau ke apa... Tapi sebab nak jimat belanja. Ye lah, aku mana ada sumber kewangan yang tetap dah skang. Nak mintak lebih-lebih pun segan-segan. Kalo balik lama-lama ni plak... Kalo takdak moto, takleh idup aku. Naik bas? Tolong laa... Dah serik kot sejak ada lesen moto ni. Haha.

Sebenarnye perjalanan aku ni berpandukan Google Map untuk cari jalan kuar ke Highway Utara-Selatan tu. Siap lalu dekat Unisel. Last-last rupanya kalo lalu ikut jalan lingkar-lingkar yang horror dekat jirat cina... Ada Kota Puteri... Sampai ke dekat-dekat umah Kak Rieha pun bleh pi highway tu. Atau baik aku ikut Klang je... Haha. Entah apape. Buang masa sikit kat situ. Tapi takpe la... Tatau lagi kan?? First time balik sendiri-sendiri ni. Jalan yang aku ikut tu pun boleh tahan mencabar. Macam jalan ke Balik Pulau. Nasib baik la aku dah terer kontrol moto. Kalo tak... Sumpah bleh jatuh tersungkur buat kali ke-3... Banyak selekoh tajam sebelum kuar highway tu. Tapi rasanya itu la paling dekat pun nak kuar highway.

Dah kuar highway... Lega gilaaa... Seronok plak lalu kat laluan kecemasan tu. Haha. Sapa suruh takde laluan moto kan? So, aku ikut je la laluan kecemasan tu. Bawak pun setakat 100 km/j je. Tak berani nak lebih-lebih (poyo!!). Sepanjang jalan tu nampak la orang bawak moto besar-besar tu bawak moto laju je... Ramai-ramai. Mula-mula rasa kagumlah!! Tapi tak lama lepas tu aku rasa bosan tengok dorang. Pantang nampak hentian sebelah, berenti. Nampak hentian rehat je, berenti. Tak fun langsung. Entah bila nak sampai destinasi dorang, aku pun tatau laa... Nasib baik la aku jalan solo-solo. Takyah nak pikir sapa-sapa nak berenti makan ke apa...

Oh, ye. Minyak plak... Sebelum bertolak dulu, brader workshop yang best tu dah setelkan Jonny. Siap letak minyak hitam campur ngan 1 tin ape-ke-nama-menatang-tu-aku-pun-dah-lupa, tapi untuk takmo enjin panas sangat. Haha. Dia pun sedia maklum tahap bawak moto aku cemana. Kalo boleh takmo stop-stop. Memang spesis suka jalan jauh-jauh aku ni. So far, sebelum bertolak, aku dah isi RM5 minyak. Kira full la tuh... Tahan la untuk dari pukul 7.25 pagi tu sampai ke tepat kul 10 pagi. Sebenarnya cuak tu. Tanda minyak dah tahap bawah dari line merah tu. Tapi tak nampak stesen minyak. Huhu... Nasib baik la pastu R&R Tapah tu ada stesen minyak. Letak full. Betul-betul punya full = RM7. Selama ni aku ingat paling full pun RM6.50 je. So, perjalanan ada lagi 2 jam setengah, bak kata brader stesen minyak tu. Sumpah dia tak caya aku nak jalan sampai Penang. Haha. Dont judge me by my physical ok. Nampak je kecik tapi ada semangat yang BESAR punya. Heh.

Lepas isi minyak... Makan dulu. Mencekik megi goreng dengan seketul paha ayam dan air milo. Cost me RM6.80. Bapak ah mahal. Padahal tak kenyang pun. Nasib baik tak amik nasi campur dengan keli. Keli highway dengar-dengar citer adalah sungguh mahal. Pastu sambung perjalanan lagi. Heh. Tapi aku adalah eksen ok? Hentian sebelah tamau singgah. Tapi R&R singgah. Haha. Cuma R&R Sungai Perak je tak singgah. Sebab rasa malas nak belok masuk. Tak baik membazir minyak. Next aku stop dekat R&R Semanggol. Siap beli air yoghurt tu. RM4.80. Time ni aku SMS orang-orang berkenaan bagitau aku ada lagi 68 km untuk sampai Penang. Heheh. Tapi aku tetap tak SMS abang aku. Takut dia terus call sambil bebel-bebel.

Dalam 68km tu sebenarnya minyak bleh survive lagi sampai masuk umah aku dalam pulau tu... Tapi sebab time lagi 14km nak masuk jambatan Pulau Pinang tu tiba-tiba minyak berada bawah paras line merah tu... Singgah la dekat tol Juru pi isi minyak. Padahal takyah isi pun takpe. Isi tu adalah RM6. Full tank. Sampai ke rumah, tank maintain full sampai ke harini. So, actually kalo aku nak topap minyak pun sebenarnya topap RM2 pun dah cukup untuk sampai depan umah ni...

So far ni la pengalaman pertama aku balik sorang-sorang naik moto dan aku tak serik nak balik naik moto lagi lain kali. Best woo... Dah la open air. Kalo naik keta kene bayar tol. Tapi naik moto ni kene bayar tol dekat jambatan Penang tu je. RM1.40 je. Total cost aku balik naik moto ni adalah;

  • Servis moto sebelum balik = RM 52 (tukar minyak hitam + tambah ubat tu cuma RM28, kalo benda lain tak buat hal... Tapi sebab tukar kasut brek tayar belakang, tu pasal jadi macam harge tu...)
  • Makan + minum sepanjang jalan = RM 11.30 --> paling mahal. Lain kali bawak bekal, senang.
  • Minyak = RM 18 (sebenarnye boleh buat RM 15 je. Tapi sebab pikir masa depan. Heh)
  • Tol = RM 1.40 (atas jambatan Pulau Pinang je)
Total untuk balik kali ini adalah RM 82.70

Kalo aku balik naik bas ekspress + hantar moto pakai skynet sebab aku cuti 2 minggu takleh hidup tanpe moto, adalah RM 238. Tu pun bajet harga tiket bas masih lagi RM 38... Dan bajet RM 20 untuk bas dari Kuala Selangor ke Pudu ke Bukit Jalil tanpe campur makan+minum. Serta harga hantar moto guna skynet RM 180. See... Sangat jimat bukan??

Next time aku target kos balik ke Penang adalah RM 47.40 (takde makan+minum. Next time bawak je bekal megi goreng buat sendiri. Lebih sedap dari beli kat highway)... Sebab kasut brek tu bukan selalu pun kene tukar. Bila dah haus gila je baru tukar. Al-maklum la Jonny pun dah setahun umonye...

Aku sampai rumah semalam ngam-ngam pukul 1 tengah hari. Abang aku macam terkejut jugak aku sampai umah dengan berhelmet. Tapi takleh nak bebel la. Sebab aku pun dah selamat sampai umah.

Dier ada jugak tanya aku cost aku balik tu semua. Especially minyak. Hoiyehhh... Aku beat dia kot bab minyak. Style aku lagi save. Dia banyak ikut jalan lama. Dia buat tu ari minyak dekat RM 30 lebih. Aku berjaya cut sampai jadi RM 18 je... Or actually RM 15. Yang penting minyak tu jimat... Minyak hitam tu pun kalo sebelum perjalanan dah tukar... Takyah susah2 tukar lagi dah... Cuma tambah cooler tu je RM 8 satu tin. Heh. Memang total lebih murah dari naik bas lah. Puas hati.

Lastly... Lepas ni aku tak serik nak balik naik moto, yeayy!!!

Padahal ada pun semester depan je lagi di Unisel ni. Heh.

Saturday, May 22, 2010

Aku Cuba... Gigih Jugak Nak Update Blog Tiap-Tiap Hari... Tapiii...

Hah? Apa tapinye??

Tapi tiap kali aku on laptop je... Tangan mesti gatal click mouse bukak games. Addict la nih skang. Banyak masa lapang. Konon-konon la banyak masa lapang.

Haih. Gila main Plants Vs. Zombies untuk second time sebab nak dapat gold plate di muke depan. Haha.

Pengaruh kawan-kawan la nih.

Eheh. Main game tu otak berjalan jugak apa? Walaupun lepas exam haritu dah tinggal otak tepi jalan. Best woo main game strategi tanam-tanam pokok nak musnahkan zombie tu semua. Sesuai sangat untuk orang yang dulu suka main Farmville dekat fesbuk.

Haha. Ok la. Nak sambung perjuangan menghapuskan zombie. Untuk hiburan korang, terimalah lagu khas untuk korang... Siap boleh karaoke kalo suka. *Sila stop radio dekat blog aku ni kalo nak layan lagu ni*

THERE'S A ZOMBIE ON YOUR LAWN.