Saturday, August 29, 2009

Iklan

Lama dah nak war2kan mende ni...Tapi malas ya Rabbiiiii....Tatau nak kata lah. Sebenarnye nak welcoming new blogger...Padahal dah lama dah orang ni wujud dalam arena blog-berblog ni. So...Ni my kazen. Darweena... Sila2 la melawat blog beliau...Hehe...Leh tekan kat pic tu untuk pegi blog beliau.


Amaran: Kalo sape2 usya blog dia sebelum waktu berbuka, harap puasa anda steady dan jangan goyah bila tengok blog dia yang ada banyak gambar makanan. xP


P/S: Kak Syima...Kat blog dia banyak citer panjang2.

Hepotesis Ramadhan #4

Sepanjang 8 hari berpuasa...Lebih kurang 13-14 jam kot setiap hari...Jadi bersamaan dengan lebih kurang 107 jam sehingga jam ini...Cuma lebih kurang 25 minit je aku nampak matahari panas terik. Itupun tadi je. Apa dah jadi dengan hari2 lain? Masuk opis je rasa macam puasa kat Antartika. Baru 10 minit masuk opis, tangan dah sejuk macam ais. Nak pakai glove macam melampau pula...

Friday, August 28, 2009

Hepotesis Ramadhan #3

Kenapa aku pilih praktikal di negeri senirik? Sebab nanti takyah susah2 nak berebut beli tiket bas balik raya. Dengar2 tiket dah abes. Takkan nak bawak moto travel balik kampung? Moto dan lebuh raya adalah satu bende yang tak boleh nak ngam sangat sampai bila2.Kereta? Nak beli kereta mainan pun tak mampu...

Monday, August 24, 2009

Hepotesis Ramadhan #2

Jangan sesekali attend apape program yang ada makan2 seperti breakfast, lunch dan tea-time free bila bulan puasa. Rugi. By the way, boleh buat2 takleh posa...Biasalah, pompuan,kan? Tapi... Jawap la kat akhirat nanti...Phuh!!

Sunday, August 23, 2009

Hepotesis Ramadhan #1

Hujan dari pagi2 tadi sampai sekarang. Semakin lebat hujan, semakin sejuk umah. Semakin sejuk umah, semakin lapar perut. Semakin lapar perut, semakin berat kepala. Semakin berat kepala, semakin berat mata. Bila dah berat mata...Sendiri mau ingat lah. Zzzz~~~!!!

Friday, August 21, 2009

Hahhh~~!!!

Harini aku bersiaran dari opis. Sebab terkejut punye pasal. Serious. Hari2 kat opis...Bile dah macam takde hal apape sementara nak tunggu kul 9 lebih nak turun pegi production floor...Aku akan bace Utusan Malaysia Online dulu. Pastu baru la sibuk2 nak buat keje lain. Aku jugak memang particular tentang apape yang ada terpampang depan mata.

Tapi harini Utusan Malaysia Online nyaris2 buat aku kene heart attack.Korang tau kenapa? Sila tengok gambar print-screen yang aku letak ni dan cari apa yang tak kena kat sini...


Bleh klik besar2 untuk tengok jelas2...Utusan Malaysia oihh...Tolong la peka sikit...Ape tak dengar penyimpan mohor besar ke semalam?

Thursday, August 20, 2009

Bila La Sindrom Malas Ini Mau Hilang?

Sabtu ni start puasa. Jangan ponteng2 kalo takde sebab yang munasabah. Selamat berpuasa ye kepada semua umat Islam yang singgah ke blog ini. Kalo ada buat majlis berbuka...Jangan lupa jemput aku. Boleh tinggal pesan kat komen tu, kalo dekat, laju je aku pegi. Heheh~~!!

P/S: Banyak cerita. Tapi tengah malas. Nanti la aku taip entry lain bila rajin.

Friday, August 14, 2009

Serba Salah.

Rasa nak let go je Incik Vostro nih sebab nak laptop baru. Tapi sayang pulak sebab dier dah banyak berjasa kat aku. Haihhh...Susahnye nak buat keputusan.

Thursday, August 13, 2009

Uprising

Skang aku gile melayan single baru dorang dari album Muse, The Resistance. Lagu Uprising. Sile la layan. Memang cara la layan alternative dalam opis.


Oh, ye...Kat opis bleh layan YouTube. Ala...Bukan aku sorang je layan YouTube bila bosan2...Technician kat production floor pun kadang2 layan jugak.

P/S: Malas aa nak letak lirik kat sini. Malas nak gugel.

Tuesday, August 11, 2009

Hahaha~~~ Tolong La Jangan Buat Lawak!!

Bzzttt~~!!

Bunyi enset aku vibrate dikala aku tengah lepak2 belek chip reject sambil fikir camne aku nak tengok ape bende yang wat dier reject dengan lebey mendalam. Malas aku nak layan enset sebab pakai smock yang ala2 jubah tuh...Kene angkat plak pasal enset dalam poket sluar. Tapi elok la aku pun memang dah rancang2 nak ciao dah dari production tu. Balik opis lepak sana plak.

Sesampai kat opis, aku pun belek la enset aku tu. Tah jadah mane la rajin nak antar SMS kat aku. Selalu2 bila bosan aku yang kacau orang. Tapi harini malas nak kacau orang, so tiba2 bila masuk SMS, aku syak Maxis memang saje2 nak kacau2 aku tengah2 hari buta.

Tapi silap beb.

Entah nombor mana 5 digit sesat antar SMS kat aku. SMS pulak tu kemain best. Memang sape2 dapat SMS tu boleh buat orang tu sumpah-seranah berbakul2 sebab hantar SMS last2 minute. Apa gila antar SMS camni?

Sila jalani pemeriksaan kesihatan bg elak penularan H1N1. Bw bukti anda bebas H1N1 pd hr pendaftaran. Layari www.unisel.edu.my utk maklumat lanjut. Dr UNISEL

Huhuhu...Antar SMS pun dah tengah hari rembang. Nak kene daftar pulak esok? Hari Rabu... Seb baik la aku dah daftar awal2.Nasib la tak dapat stiker pun. Bukan aku nak kene amik exam semester nih.

Kalo ye pun nak suruh student buat pemeriksaan kesihatan sekalipun...Inform seminggu awal ke...Tak boleh? Kalo wajib la...Confirm skang kene lempang laju2 dengan doktor... Mane nak rawat yang betul2 kene H1N1 lagi...Yang ter-eksiden ke...Atau yang apape lah. Pegi klinik, kene bayar lebih2 la kan? Huhu...

Rasa Macam Nak Pukul Orang. Sape Nak Kene Pukul, Sila Angkat Keyboard.

Walaupun aku tak lagi mengusung Bam2 ke tempat keje... Tapi Bam2 tetap berada disisi dan sentiasa on sebab dier sangat hebat dalam bab membunyikan alarm untuk aku bangun tido pagi2 pada jam 6.28 pagi. Kenapa 6.28? Suke aku la nak set pukul brape pun.

Tapi sejak 2 hari lepas, aku terpisah ngan Bam2. Sepupu aku pinjam. Aku ingat dier nak pulangkan sebelum aku balik keje semalam. Sekali sampai sekarang ni tak pulang2. Sekarang ade dengan makcik aku. Watdehel? Dah 2 hari aku tak bersama ngan Bam2. Rase macam nak mengamuk tak tentu pasal je sebab bende penting dalam hidup takde dengan aku.

Harini aku bad mood lepas balik keje sebab takde sape datang antar Bam2 balik. Tak pasal2 abang aku pun ala2 kene marah ngan aku sebab mintak tolong amik Aiman kat umah pengasuh, tapi bagi salam 3 kali, bunyikan doorbell banyak2 kali pun haram takde sape bukak pintu.

Siyes aku tengah bad mood dan rasa nak pukul orang.

Sunday, August 9, 2009

Kenapa Mesti "Reverse Thinking" Dan Perlu Mengalah?

Kenapa bila aku cakap aku takde masa nak balas SMS sorang manusia ni tapi dia tetap tak paham2 dan asik keep on texting aku dan bile tak reply mula la enset aku akan diselubungi miskol tak kira masa?

Kenapa bila aku cakap "kita kan kawan biasa je" tapi sorang makhluk itu tetap menganggap aku anggap dier seseorang yang istimewa dan suke-suki sangat nak mesej aku walaupun tak penting dan sedia maklum akan kene marah dengan aku sebab SMS tak kena masa?

Kenapa bila aku cakap aku tak suka, tapi orang tu tetap ingat aku suka terhadap perhatian lebih2 yang dier bagi walaupun secara jelas lagi nyata aku highlight perkataan "tak suka" tu dengan huruf besar?

Kenapa keluar statement dalam mana2 artikel pasal percintaan yang menyatakan bahawa "perempuan ni lain yang dorang cakap, lain dalam hati bile2 mase je dengan mana2 lelaki?" Sape bingai yang buat statement camtu? Aku truly jenis cakap ikut ape aku rasa dalam hati. Tak caya leh cuba baca hati ngan fikiran aku. Confirm sama dengan ape yang kuar di mulut.

Kenapa seseorang tu mesti fikir simple statement sebagai complicated statement dan berusaha untuk cuba putar-belit kenyataan?

Kenapa mesti bila orang yang aku suka...Orang lain pun mesti sibuk2 jugak suka dengan dier? Takleh ke biar aku sorang je suke ngan dier sedangkan aku tau dier pun senang dengan aku?

Kenapa bila ada apape soal berbangkit tentang sesuatu dan melibatkan perebutan, aku yang mesti mengalah sedangkan aku yang terlebih dahulu memiliki sesuatu itu?

Kenapa tak pernah sekalipun dalam hidup aku berupaya memiliki sesuatu yang menjadi pilihan utama sedangkan aku hanya ditawarkan pilihan kedua?

Kenapa sesetengah orang masih tidak faham dan tidak boleh menerima sesuatu yang aku telah lakukan ataupun yang telah tersurat untuk aku sedangkan mereka telah melihat dengan jelas sebab dan punca aku jadi sebegitu?

Kenapa hidup mesti rumit?

Update! Update!

Isnin haritu last aku update. Alahaiiii...Malas betul nak update. Bukan takde citer. Banyak je citer mau share kat sini. Dari yang dulu2 sampai la sekarang2 ni. Banyak. Tapi nanti lah. Bila dah abeh praktikal 27 November nanti tunggu la aku update sehari sampai 5 entry. Kalo aku tak buat, korang boleh datang serang umah aku.

Woi...Woi...Jangan amik serius ok?

Ni pun saje2 je singgah. Ingat nak la jugak bercerita tentang betapa berjenis2 perasaan melanda diri masa praktikal. Ade suke, ade confuse, tapi banyaknye kagum kot. Maklum la blaja bende baru, memang lah. Anyway, aku baru seminggu memasuki alam separa kerja. Nama pun praktikal kan?

Anyway wish me luck la sampai abeh praktikal. Aku rindu sangat kat Bam2. Err...Tu nama enset aku yang dalam entry lepas. Skang dier cume berfungsi menjadi alarm aku bangun pagi2 sebab ringtone part chorus lagu "Face Down - Red Jumpsuit Apparatus" memang sangat kuat dan agak annoying. Masa kat umah sewa dulu rasa2 Kak Syima pun selalu dengar bunyik alarm tu memekak. Dah la bilik aku tinggi.

Result short sem bila kuar? Apa citer Poji kecoh loan dah masuk dalam Fesbuk padahal semester baru pun tak start lagi? Aku punye la bersabar tunggu kot2 Bank Islam antar SMS bagitau loan dah masuk. Tapi hampeh. Try tunggu minggu depan la tengok.

Aaa...Takleh tido ni...Tolong!!!

Monday, August 3, 2009

Gud Bye My Lover...Sob3x...


I`m gonna miss you till the next 3 months.
Waa~~!!!

p/s: Intel punye policy takleh bawak enset berkamera.

Saturday, August 1, 2009

Huaaa... Tinggal Sorang2...

Semua2 balik kampung secara mengejut tadi. Rasanya ada la kot sedara terdekat kakak ipar aku meninggal. Huhu. Dalam kelam kabut dorang nak bersiap balik ke Bota Kanan, tiba2 hujan. Satu umah lancarkan misi mencari payung. Semalam jumpa. Harini dah ilang. Bukan kene curik. Tapi dah susun2 sesedap hati, men campak2 barang sana-sini...Abeh sume barang2 tatau lokasi kat mane. Abang aku la SMS tanye mane pegi payung merah tu. Padahal dah nak sampai kampung dier dah. Aku yang bengong2 bangun pagi mase tu pelik tengok umah dah tak same cam semalam. Skang aku dah boleh organize event "Mencari Benda Tersembunyi" dalam umah aku. Sape nak join? Meh datang umah aku. Aku sorang2 kat umah ni. Bertemankan pekerje2 yang tengah repair umah. Aku lari nyorok dalam bilik. Malas nak kuar. Sape2 yang free sangat2 harini, jangan ragu2 buzz aku kat YM. Aku tengah bosan. Nak kuar jalan2 ngan Jonny, hujan tak reda lagi kat luar tu.