Showing posts with label mood terapung. Show all posts
Showing posts with label mood terapung. Show all posts

Monday, January 30, 2017

Kahwin Budget Gaya Saya - Kad & Doorgift

Kali ni aku nak cerita pasal kad kahwin dengan doorgift. Sebab? Benda-benda ni berkait dan berkongsi dengan item no.2 dalam senarai iaitu ink printer. Ink printer tu aku beli sebab last time baki ink dari thesis aku tu cuma ngam-ngam untuk print atas tracing paper untuk doorgift. Pastu tak cukup untuk kad kahwin 😥

Kalau laa balance ink tu cukup untuk kad kahwin, maka tak perlu laa aku susah-susah masuk bajet ink dalam senarai. Ink original weh. Sebab printer aku yang guna ink pukal sebelum ni rosak. Terpaksa la guna printer satu lagi yang aku tak install ink pukal. Itu pun harga ink tu dapat diskaun RM 15 sebab aku trade-in 3 katrij ink masa buat thesis sebelum ni. Sepatutnya 4, tapi masa nak pegi beli tu satu katrij menyorok pulak.

Kad Kahwin

Kemain besar tajuk. Okey first sekali bab kad kahwin. Antara tools yang diperlukan untuk buat kad kahwin ni adalah

  1. Kreativiti
  2. Skill google image
  3. Skill photoshop
  4. Skill illustrator
First google je sample-sample kad kahwin kat google. Perati apa benda isi kandungan dalam sesebuah kad. Masa aku tengah prepare kad kahwin ni kebetulan time tu musim kahwin... Jadi belambak reference. Macam-macam jenis kad boleh buat... Tapi aku jenis malas nak serabut-serabut, maka benda simple-simple je la yang keluar dalam kad kahwin aku.



Ni kad design pertama aku. Masa tu tarikh kawen adalah plan bulan September 2016. Abang aku reject sebab nampak macam kedekut je satu A4 belah 4. Kecik dan sebagainya... Kesian orang tua yang tak nampak, jenuh nak tengok... 

Itu yang wujud second version. Satu A4 bahagi 3 pulak. Yang tu masa design tu dah decide tangguh tarikh kepada Januari 2017 haritu. Yang electronic version ada kat sini... Walaupun takde nama pengantin lelaki. Hahahahhh...

Ini yang printed version punye... 


Ni lepas test print satu A4, ada 3 set. Susah gak guna adobe illustrator nak set margin dengan offset nak bagi depan-belakang sama. Ye lah, aku takde formal exposure pasal adobe illustrator ni, bantai guna je janji kad siap.


Yang ni lepas dah confirm margin elok, depan-belakang offset tak lari banyak sangat pastu test potong... Ini la antara hasilnya walaupun ada nampak senget-benget sikit. Ala redho je sebab lepas dapat kad jemputan tu, takde maknanya orang nak simpan elok-elok buat frame ke apa, last confirm buang je... Tu je la ayat nak sedapkan hati aku yang "sikit perfectionist" bila kecewa sikit time potong senget-benget...

Jenis kertas pun sempoi je cari yang macam ni dekat Young Ones. Boleh laa dapat RM 0.70 sekeping. Tu pun kena merantau ke Young Ones Jalan Burma baru ada kertas yang warna putih. Kat Bayan Baru siap abes stok kot. So aku beli 5 keping yang warna pink. Buat testing print out. Rasanya ada jugak kot dapat kad jemputan warna pink... 😆


Lighting merapu sikit. Haha. Tapi percaya la kertas ni memang warna putih. Dan inilah code number kad tersebut in case korang nak cari kad yang elok untuk print cover assignment. Kad ni pun ada lebihannya so aku pun sedekah la kat anak buah aku yang darjah 3 dan form 2 in case cikgu mintak folio apape ke, dah save sebab cover page dah ada. Dia punya lebihan tu aku rasa cukup kot untuk cover folio anak buah aku yang form 2 sampai dia nak SPM nanti.



Doorgift

Part ni memang aku excited nak cerita... Sebab aku ada macam-macam plan untuk doorgift. Ada masa terasa nak tempah je... Ada masa excited nak buat sendiri... Ada masa plan nak bagi benda nampak macam mahal... Pilihan banyak... 

Aku beli tracing paper tu paling awal, dalam range lagi 10 bulan nak ke majlis (majlis yang bulan Januari tu) Mase tu aku beli tracing paper untuk spare bagi majlis bulan September 2016. Aku rasa aku beli masa aku pegi second DAT untuk Gas Malaysia. Dalam bulan Febuari-Mac 2016 camtu laa... Masa bulan April 2016 baru decide nak tangguh majlis ke bulan Januari 2017...


Tracing paper ni saiz A1 asalnye. Dalam RM 2.80 sekeping. Aku terbeli dalam 30 keping. Lepas beli dia potong dah aku kira balik, alaa terlebih pulak... Terlebih banyak pulak tu. Haha. Aku anggap je la masa tu belum buat bajet lagi...

Aku plan nak buat macam casing untuk doorgift aku la guna tracing paper ni. Dan benda ni bakal memerlukan kerja-kerja menggunting dengan tahap kesabaran tertinggi...

First option aku adalah nak bagi powerbank. Haa kau, happening tak nak bagi powerbank?? Aku reccee Alibaba.com dekat dua tahun follow up pasal powerbank. Mula tu memang nak ambik dah, tapi hujung-hujung ringgit Malaysia jatuh tergolek, dan meningkatkan kos aku dengan jayanya, last-last terpaksa la lupakan powerbank tu... 

Second option aku nak deal je dengan beberapa "brand" untuk doorgift dari Instagram. Yeszzaa aku nak survey apape, memang banyak study kat Instagram sana... Tapi malangnya dah antar email, antar whatsapp orang tak layan, maka kita kena la fikir option lain... Lagipun ada hikmahnya dorang tak layan sebabbb... Dengan tak disangka-sangka, dekat-dekat last minute (dalam kategori last 3 bulan nak nikah) terjadi drama yang tak dijangka dan jugak issue paling besar melibatkan duit... Nasib baik laa tak deal dengan dorang... Kalau tidak, tak tahu la camner nak bayar 😓

Sampai la ke option ketiga. Time ni nampak macam hipster jugak kalau bagi perfume. Kita pun start la study pasal perfume. Bayangkan orang lain lagi 6 bulan nak buat majlis kenduri, semua dah settle, aku ni, sampai level lagi 3 bulan nak buat kenduri, apa  benda pun tak berapa nak fikir lagi. Aku start paksa diri study pasal perfume paling bajet yang boleh aku dapat...

Daaaannnn.... Aku jumpa pelbagai jenis perfume a.k.a minyak attar dekat MYDIN!!! Sebotol besar dalam 700-800ml, range harga dari RM60-RM250. Opkos sebab budget limited, maka ambik paling murah je la...

Teringat lak pasal tracing paper tu, so aku start sort out plan aku... Tracing paper buat casing untuk botol 4ml perfume. So inilah rupanya... Ni lepas print out dan buat kerja gunting-menggunting.


First batch gunting-gunting. Abang aku ngan anak buah aku excited tolong gunting. Lepas tu tinggal abang aku je dan finally tinggal aku sesorang teruskan perjuangan menggunting. Bosan wey kerja gunting ni. Aku gunting sambil marathon movie kat laptop sepanjang beberapa weekend demi menyiapkan kerja gunting ni. Gila kot lagi 2 bulan nak kenduri, tapi tak siap-siap lagi. Aku sampai tahap give up kot...

Ni pulak minyak-minyak attar yang aku guna... Perfume... Minyak attar pun perfume gak kan? Haha...


Tiga-tiga botol ni bau basic je aku amik. Sebotol cuma RM 60. Kalau bau gempak-gempak branded macam Hugo Boss laa, Escape la semua mungkin mahal. Sebab nak save bajet, aku ambik yang ni je. Not bad la sebotol ni boleh isi dalam 200 botol 4ml. Tapi tak full 4ml la... Dalam 3ml lebih kurang camtu. Bawah ni gambar-gambar proses penuangan sendiri. Haha. Sebab kalau nak yang dah siap dibotol, RM 5 sebotol. Aku nak 500-600 camtu... Dah total mencanak ke RM 2500. Tak pasal je...



Hmm... Yang ni pun masa first batch jugak. Try taruh-taruh 100 botol 4ml. Takde la susah mana pun. Hehehe... 100 botol 4ml mase tu harganya cuma RM 50 je. So aku beli sikit-sikit... Total untuk minyak attar 3 botol 500ml dengan 600 botol 4ml hanyalah RM 480. Banyak kannn beza dari RM 2500 kalau mintak dorang isikan?? Huhuhh...

Bila combine semua perfume yang dah siap, dengan tracing paper yang dah digunting, maka dah siap-siap semua jadilah dia macam ni...


Ni yang lebihan masa kenduri haritu...


Okey la ade lebih dan mungkin plan nak jual je... Hehehe...

Tuesday, November 22, 2016

Tinggal sebulan lebih lagi nak habis 2016.

Dan aku giat scroll blog yang dah hampir setahun aku tinggal. Hampir semua cerita dalam ni buat aku tersenyum.

Kisah confession yang tak sengaja tentang aku dan dia.

Kisah suka duka jadi student repeat paper.

Kisah motor kesayangan.

Kisah seronok gila dapat jugak kerja walaupun sebenarnya lari dari study.......... Sampai la cerita ini:

RIVAL - 28 Julai 2012. 

Skarang dah 2016. Dah empat tahun cerita ni berlalu. Aku tak pasti nak bagi reaksi apa. Kebanyakkan yang terlibat dalam kisah ni pun hampir semua dah blah dari ECHO. Tinggal brape kerat je lagi. Dan disebabkan cerita ni, aku shut semua orang dari life aku. Sehinggalah sejak awal tahun lepas ada sorang yang aku rasa dia okay untuk aku bercerita apape je pasal aku. Dia jadi supervisor aku. Apape dia backup aku walaupun aku malas nak layan kot apape orang provoke aku. Hihihihh...

Dia sorang yang rapat dengan aku dalam kategori rakan sepejabat. Sebab outstation sama-sama jadi aku pernah terluahkan apa yang pernah jadi. Its not a big deal. Dia gelak je aku cerita. Sebab dia pun lebih kurang je. Cuma dia tak bertukar karakter macam aku. HAHAHA.

Dan masih, aku tak lupa satu apa pun detail sejak 28 Julai 2012 tu. 

Kata la kan mana tau kalau-kalau yang tak suka aku tu boleh ter-stalk balik blog aku nih, satu je la aku nak bagitau... Walaupun aku lari merajuk dari tempat aku belajar dulu, sekurangnya aku habiskan la jugak apa yang aku tinggal. Lepas tu, insyaAllah tak lama lagi aku pun akan sambung master jugak. 

Aku memang agak pendendam. Tapi biasanya aku malas nak layan. Tu je.

Friday, July 11, 2014

I'm Back :)

Yeah. I'm back.

Dah lama gila kan aku private blog ni... Dari Disember 2013 sampai semalam. Harini aku bukak balik. Pastu ubah page ni jadi kosong-kosong-kosong. Paling simple. Yelah, serabut tengok ada macam2.

Font tetap jugak tak berubah. Begitu jua hatiku pade Incik Jep. Hahaha... Memang takleh blah ayat.

Aku bosan ni sebenarnya. Sejak semalam, aku officially kena bond 6 bulan dengan opis aku. Officially. Takleh la nak lari cari keje lain. Tapi pehal aku nak cari keje lain kan? Macam malas je nak cari tempat lain. Dah 3 taon keje situ. Macam2 kerenah, macam2 orang dah aku jumpa... Langsung tak buat aku takut. Aku buat tak tau lagi ade la.

Yang kena bond gara2 benda ni lah...


Rajin baq hang bawak balik workbook ni kekonon nak prektis kat rumah. Tapi last2 tu la dia. Slambe je update blog. Maklum la sejak ade laptop baru ni... Semua benda nak testing. Takpe la. Semoga aku rajin dan entah? Okey kot.

Cuma tak sangka la kena bond 6 bulan. Haih... Lambat la pulak bulan Januari taon depan. Eh tapi lepas tu ada course lagi... Entah berapa lama pulak kena bond. Lagipun okey apa kena bond. At least aku takyah risau kena buang ke apa kalo aku buat hal. Tu pun kalo aku buat hal la. Ataupun kalo ada makhluk halus yang macam dulu2 tu yang kekonon buat aduan la sangat pasal aku  tu... Ala, yang konon teraniaya habis la sebab aku poyo kan... Konon aku kaki bodek la hapa semua... Tapi elok jugak la jaja cerita camtu. Kalo tak kerana cerita camtu, takde la orang percaya aku "boleh buat kerja". Terima kasih sangat sebab dengan cerita2 camtu, aku ada banyak ruang untuk buktikan kemampuan diri sendiri dan bukan sekadar "bodek" seperti yang didakwa.

Entah la. Aku malas nak amik peduli dengan hal2 camtu. Cuma sangat tak matang la kalo hal2 personal macam suka tak suka orang terbawak2 sampai ke keje. Sangat tak professional. Nampak sangat tak serious dengan keje. Penat je majikan bayar gaji kat orang tak professional tu.

Oh. Lastly. Hmm... I'm back. Haha...

Wednesday, September 19, 2012

Cuba Sedaya Upaya

Aku tak paham kenapa....

Dalam banyak2 manusia yang aku kenal, sejak aku mule serious dengan Incik Jep, mesti tunang orang yang hegeh2 contact aku balik tetibe cam nak konon mesra macam dulu... Gila apa??

Pulak tu yang sibuk-menyibuk kacau tu kan, ada yang pernah putus tunang sebab over mesra dengan kawan2 pompuan... Aku tau la limit nak berkawan camne... Perlu ke nak kene whatsapp hari2 tanya khabar la apa... Baik ko pegi mesej ngan tunang kau je... Sejuk gak hati dia... Alangkan aku ngan Incik Jep pon mesej sekali sekala je... Sejak2 busy ni, facetime pon jarang...

Tapi lahhh seriously aku tak paham manusia camni... Yang follow aku kat mana2 acc pon ada... Cam sial jugak rasanya... Korang dah tunang, jage la hati tunang korang. Aku pon dah ade orang lain. Pening tau tak pening...

Aku plak cam gigih elakkan diri dari dorang, tak balas mesej semua... Sendiri mau ingat la kenapa aku jauhkan diri... Tolong blaja jaga hati pompuan bakal jadi milik korang. Dia letak hantaran mahal2 tau plak korang bising kan???

Aku personally tak larat dah la kena serang dengan awek/tunang/bini orang walaupun sebenarnye aku tak hegeh langsung dengan laki dorang... Jage ah sama laki korang elok2... Aku wat tak tahu pon hegeh lagi kenapa? Nak kena siku??

Monday, September 10, 2012

Block Orang

Aku baru tau aku kne block dengan budak2 tu... See? Macam la aku hadap sangat nak stalk dorang... Takde maknanye nak tengok profile dorang. Baik aku stalk profile buah hati kesayangan jantung jiwa raga intan payung permata hati sayang...

Ada sesapa boleh bagitau aku camne nak untag nama dari gamba dorang tag kat profile dorang selain aku pun kne block dorang?? Malas nak memanjangkan list nama orang kne block ni... Unfriend dah buat dah. Ingatkan lepas unfriend takde la semak dengan notification merapu merapan. Apa motif aku kne block pun aku tatau. Tapi tak heran pun. Mcm la aku hegeh ngan orang camtu.

Da la rimas aku tengok dorang main komen banyak2 kat situ... Penuh notifications aku... Padahal bukan takleh chat je... Semak la hoi...

Thursday, August 9, 2012

Blaja Maths

Satu hari = 24 jam.
Kerja = 8 jam.
8 x 5 hari seminggu = 40 jam. Darab lagi dengan 4 minggu, untuk sebulan = 160 jam.
Darab lagi +/- setahun, ada 12 bulan = 1920 jam.
Campur OT, pumpang-pumpang paling koman pun dalam setahun, aku OT +/- 320 jam.

+/- 2240 jam je kenal aku, kenal cara kerja aku, dah sibuk canang macam 10 tahun kenal aku. Pastu sengsara abes sebab kena tengok aku hari2...

Angah kenal aku... Ini sibling aku, satunya abang aku dalam dunia ni.
24 jam - 8 jam = 16 jam (kata la dulu2 kecik2 pon occupy 8 jam dia tak nampak aku sebab dia skolah/kerja)

[16 jam x 5 hari seminggu x 4 minggu sebulan x 12 bulan setahun x 27 tahun aku hidup] + [24 jam x 2 hari seminggu x 4 minggu sebulan x 12 bulan setahun x 27 tahun aku hidup]
= 165888 jam  Angah kenal aku.

Tu Angah... Beberapa tahun aku blaja di negeri jauh dari dia pun, still dia kenal aku camne sebab at least satu hari, 3-4 kali aku call dia, SMS, tiap2 malam skype tanpa gagal (walaupun aku penah buat keja gila duduk atas bangunan dekat tangki2 air kat hostel tengah2 malam), sejak aku ada laptop, sejak arwah ayah aku ada, sampai arwah takde... Kau ade contact mak ayah, adik beradik tahap macam contact boifren? Takde kan? Kalo ade, alhamdulillah, korang memang super ohsem.

Kak Syima... Osmet aku paling ohsem di muka bumi. Mak ayah dia pun kenal aku.
[16 jam x 5 hari seminggu x 4 minggu sebulan x 12 bulan setahun x 4 tahun serumah ngan dia] + [24 jam x 2 hari seminggu x 4 minggu sebulan x 12 bulan setahun x 4 tahun serumah ngan dia]
= 24576 jam Kak Syima kenal aku.

Kak Syima bukan dikalangan keluarga aku. Dia memang totally orang luar dalam hidup aku. Oh ye, value yang lebih kurang tu jugak, kawan2 sama hostel dengan aku, course mates aku, segala2 la yang kenal aku... Dalam lingkungan +/-30000 jam kenal aku. Dah macam flight test plak kan, kena terbang 30000 jam untuk dapat lesen pilot...

Korang tanak tanye Mark Royston, Jukhairi Selamat, Nur Salma Mazlan, Norazim Naim, Muhd Hafiz Azizan, Vimalan Perumal, Jabez John, Logarajan Vassu, Vikneswaran Balakrisnan, Thanesh, Satchiathananthan Nadarajah, Mohd Hazwan, Mohd Zaini, Mohd Fitri Alif Mohd Kasai, Mohd Fazar Azman, Shamsuddin Shukor, Muhd Khairul Hafiz Rusly, Mohd Fauzi Zainal Abidin, Mohd Afif Mansor, Zefarina Aliza Ghazali, Edi Farhan Juliah, Rozuaini Samin Taib, Merico Anchenk Abdullah, Fariz Ibrahim, Thinnakaran, Lee Yong Chern, Muhammad Nidal El Shanti, Muazzam, Rahmat... Budak2 mekatronik tak ramai pon...

Dorang ni pernah sekelas dengan aku, yang pernah satu kumpulan project ke apa benda ke dengan aku, yang pernah menyesal sebab lantik aku jadi wakil kelas, yang selalu lantik aku jadi ketua kumpulan, yang tak serik2 kena sound dengan aku sebab apa benda aku buat hasil mesti nak nampak perfect, yang dah 4-7 tahun kenal aku dengan perangai camni... Taknak tanya? Aku tak dapat nak bagi link fesbuk, tapi sebab fesbuk tu separuh hidup korang kan... Sila la search dorang...

Aku malas nak pikir benda2 camni... Tapi kat shoutbox tu ada lak stalker buat penilaian hidup aku tunggang langgang la apa... Mana dia tau tunggang langgang ntah... Takut jugak aku kalo2 siap pasang CCTV kat umah aku kan semata2 nak monitor aku dan pastikan aku adalah tunggang langgang... Yang pasti kalo tunggang langgang pun, takde la sampai tahap aku nak mengemis kawan. Sanggup lak jadi hipokrit semata2 nak orang suka la apa...

Kecoh!

OK. End. Lepas ni aku tanak amik port dah pasal ni... Harini saja sampai 2 entry naik sebab stalker tu. Ini entry last pasal tu. Kau suka, tak suka, aku peduli hapa... Blog ni wujud sebab suka2 je.

Sesapa yang follow aku, agak2 menyesal follow, boleh unfollow. Aku takde hal.

Aku remove chatbox tu sebab aku memang tanak 2 way communication kat sini. Biar aku sesorang je merepan. Ni personal space aku. Lemak la kan personal space pon nak kacau... Aku tak kisah orang baca, tapi aku kisah kalo orang komplen, lepas tu komplen langsung takde kena mengena dengan hidup dia... Benci tak benci, nak bukak page special sebab benci aku kat fesbuk pun tarak hal. Confirm tak glemer langsung.

Sunday, May 20, 2012

Lebih Setahun

Kalo tengok balik print-screen ni... Boleh tahan jugak result aku...

HAHAHA...

Last semester je cam hampeh sikit... Sebab satu paper je... Tu pon Prof tu memang bermasalah ngan aku dan sungguh kedekut markah. Eleh, mujur aku lepas subjek tu... Tu pon penat bertekak kot menyatakan pendirian aku tak MENGHAFAL CARA KERJA/SKEMA JAWAPAN SEM2 LEPAS. Kalo tak... Same macam Zef, sangkut sampai bebile atas tuduhan MENGHAFAL SKEMA JAWAPAN... Pala bana dia la hafal. Best student pon mana penah paham dia ajar apa. Tu lagi master segala penghafal. Kalo betul dia paham, apsal dia takleh jawap bila aku twist sikit mende2 yang "what-so-called" prof ajar guna Matlab? Ingat aku tak reti gune Matlab ke? Heh...

Rupanya tak abes lagi degree aku. Takde status degree dan jugak masih lagi ABSENT.


Entah. Aku malas nak pikir. Aku dah keje pon. Takde mase nak pegi sana setel. Kalo pegi pun bukan boleh setel. Ntah apape. Kalo pegi mintak balik tunggakan aku yang tetibe tadi tengok ade "-RM705.00" tu orait jugak. Camne nak setel negatif camtu? Kena pegi mintak balik la jawapnye... Gile kau nak halalkan? Hahahaha...

Status "ABSENT" tu? Ntah. Penat je kot aku karang surat. Macam takde sape peduli je.

Sebenarnya aku pon tak ingat ape terjadi tahun lepas. Kalo nak refresh pon, style semak entry2 aku yang lepas2 dalam blog ni. Tu pon masih blur tentang ape yang terjadi.

Aku rasa macam aku dah mengalami satu eksiden yang begitu dahsyat lalu hilang ingatan dan lupa segalanya. HAHAHAHA.

Statement keji.

Tapi to be honest....

Memang aku dah lupa semua pon.

Wednesday, May 16, 2012

MC Akhirnye

Dah... Tak tahan... Batuk, sakit dada, selsema, sakit kepala, terasa dunia berpusing, lapar, nak muntah, semua ada. Pakej. All-in-1. Nanti pegi klinik nak check tekanan darah sekali...

No matter how cool I was, camne tak cepat marahnye saye siap bersayang-sayang bagai dengan opismate yang buat error teruk2 la hape, tetap nak tahu paras darah tinggi camne...

Hari2 bekerja adalah stress. Nak pulak bila memang menyampah tengok orang yang kita tak berapa nak ngam perangai dia... Bila tah dia nak berambosss... Bulan Ogos, cepatlah tiba... Nak yang tinggal dalam team cuma orang yang betul2 komited dan boleh menerima teguran dengan hati yang terbuka sahaja.

Cepatlah Weekenddd!!

Rasa macam lambat gila minggu ni berlalu...

Bukan kejar hari gaji... Tapi minggu ni aku pegi keje dalam keadaan tak best... Ada batuk2, selsema, suara kejap ade, kejap sengau, kejap ilang... Biasanya ilang tu yang lebih dari ada... Rasa tak best :(

Nak MC, aku larat lagi pegi keje...

Wednesday, July 13, 2011

Pathetic Vs. Annoying.

Aku penah suarakan yang aku single. Tapi takde la desperate sangat sampai ada yang kemain gila-gila match make la segala. No, no... Aku blom tahap desperate nak berlaki lagi. Aku hepi-hepi lagi dengan hidup sekarang.

Masalahnye bila ada manusia yang rasa aku selalu tegur dia kat fesbuk chat tu sebagai satu tanda yang konon aku nak kat dia. Let me name him as H. Dia rasa dia taknak kat aku maka dia kelam-kabut kemain introduce aku punya profile dekat kawan-kawan. Siap passing-passing no fon aku lagi bagai. Watdehel. Dah la tak tanya aku kalau-kalau no fon aku tu boleh ke tidak dier bagi dekat kawan-kawan. No respect kat situ. Number phone aku bukan la hak milik public ok?

Then it happen to be bila orang aku tak kenal LANGSUNG request add friend kat aku di fesbuk adalah kawan si H ni. Let me name him as W. Aku memang bangsa malas nak approve orang yang aku tak kenal sekarang ni jadi kawan kalau dia tak sertakan mesej kenapa aku patut approve dia. Wey, apa motif aku enable button message walaupun belum add aku as friend pon still boleh mesej aku in case nak bagitau apape. Kan senang? Tapi dah H ni iye-iye sangat suruh aku approve, asal aku chat je dia mesti mention bila nak approve kawan dia... Terpaksa ok?

Aku nak tegur orang kat fesbuk chat pon bermusim. Ikut mood aku dan bila macam aku suka nak sembang dengan sesape. Suka hati aku la kan kalo ada temporary feelings walaupun dengan kawan-kawan sendiri. Apa temporary feelings? Boleh tengok dekat blog terfaktab. Memang selalu sangat lah aku ada temporary feelings macam ni.

Biasa pon manusia yang kat fesbuk chat yang tibe-tibe aku jadi rajin nak chat tu pon selalu jugak tanya aku what if kalo dia ajak aku nikah. Selalunya jugak aku takde bagi jawapan apape. Kalo ada pon aku twist the fact. Aku bukan kenal dia sangat pon, just tumpang sekaki membahan gambar tadika aku dekat album kawan aku, memang la boleh je cepat ngam ngan aku. Dan so far takde la sangat chat jenis annoying ke apa dengan aku. Good enough la kan.

Paling takleh blah tu sibuk sangat match make aku dengan sorang kawan dia. W tu. Aku memang tak kenal, tak penah tumpang sekaki dok bakar-membakar gambar kawan-kawan aku macam mamat H ni dengan kawan-kawan aku yang lain. W adalah tak bercampur sangat dengan dorang. Camne aku nak tau dia jenis boleh bawak bergurau kasar ke halus ke kejam ke atau senang dibuat membe ke sebab tak macam H ni?

Then tadi masa aku tengah syiok-syiok terlelap lepas isyak sebab ngantuk sangat, ada la pulak manusia call. Aku jawap je la call sebab aku bukan ada masalah dengan sapa-sapa. Lagipun mana la tau kot-kot kawan-kawan lama aku call ke kan... Pasal ada sekali tu tergatal tangan ter-reset abes semua bende dalam phone aku sampai semua no phone dalam phone hilang. Tinggal yang penting-penting je dalam simkad.

Satu pantang aku kalo dah call, aku tatau sapa sebab aku tak penah save nombor tu, then orang yang call aku pon semestinya tau yang dia first time call aku, langsung tak kenal aku, tapi bila call suruh main teka-teki pulak sapa. Kalo mood aku ok, memang ah aku layan je. Kau bagi la hint banyak camne pon kalo dah aku cakap aku tak kenal, TOLONG bagitau kau sapa, nama apa semua. Jangan sampai aku tinggikan suara dalam phone. Memang la suara aku macam kanak-kanak, tapi sila jangan menyesal kalo dah cari pasal dengan aku. Aku jenis tak maki orang, tapi aku suka bagi ayat sentap makan dalam.

Ini cakap kawan. Nak kenal. Watdehel la nak kenal dah tu tak reti-reti nak bagitau nama? Kalo kawan sekalipun, takda nama? Lepas tu dah la hipokrit sangat claim cakap kenal aku la semua. BULLSHIT! Kalo ko betul kenal aku, ko takkan komplen kenapa aku cakap tak bunyi loghat utara. Semua kawan-kawan aku noticed pasal ni. Eventho yang baru kenal aku tak sampai sejam pun noticed benda ni. Kalo aku cuba cakap loghat utara pon selalunya memang boleh buat orang gelak kat aku dan slambe kutuk depan-depan tolong jadi diri sendiri.

Dah sampai part komplen tu memang aku mendidih dah la. Dah la aku tanya sapa lepas 5 kali baru jawap, pastu claim kenal aku, tapi ada hati nak komplen benda kecik macam ni. Memang aku sound tepek la sekali kat phone. Sejak keje drafting ni aku memang sensitif dengan bende-bende particular macam ni. Sekalipun benda tu kecik sekecik kuman.

"Kalo da tatau apape pasal aku, jangan la hipokrit sangat mengaku kenal la semua, paham?"

Terus aku letak tanpe tunggu apa explaination dari orang sebalik sana. Pastu datang la sms kat henset aku, baru gelabah tau aku bengang, marah. Ingat aku gedik sangat ke nak berkenalan la apa dengan orang? Ingat aku suka ke buat macam ni? Tau plak nak komplen cakap aku sombong.

Memang aku sombong. So? Ada masalah ke?

Kat status fesbuk aku update status emo-emo macam tu. Sampai orang yang buat salah tu mengaku jugak kat status tu. Aku dah puas hati betul orang tu yang salah. Sebab masa call dia boleh cakap nama orang lain. Memang watdefish betul orang tu. Aku tak perlu cuak sebab dah ngaku kat status, maka slambe aku unfriend beliau. Walaupun dah minta maaf. Lantak laa... Aku cuma tak suka manusia pesen macam ni.

Tu lah. Sapa suruh cari pasal dengan aku kan?

Bajet aku macam pompuan lain ke tergedik sangat nak layan orang macam ni?

Kalo ko approach aku cara elok, professional, aku tak kisah pon nak berkawan dengan sapa-sapa eventho aku tak kenal langsung. Tapi kalo dah cara pathetic dan annoying macam ni dengan harapan aku layan, sorry banyak-banyak la derrr...

Ada jugak yang bising sebab perangai aku macam ni ah mengakibatkan aku memang payah sikit nak couple atau kenal orang lain ala-ala citer sweet-sweet salah no fon kejadah lepas tu couple lepas tu kawen. Oh, no, no... I'm realistic person ok? Sebab aku realistic la aku amik engineering. Dulu la. Ah, tapi aku memang realistic lah. No fairy tales kejadah semua. Aku cuma boleh baca je. Nak menghayati ke, atau letakkan diri aku kat situ, no way.

Aku sombong. Kadang-kadang aku senang rapat dengan orang yang sekepala dengan aku, tapi tak semua. Memang sangat la rapatnya sampai sesetengah orang boleh misjudge relation kitorang. Percayalah, dah banyak kali pun macam ni. Tapi camtu je la. Relation cuma setakat kawan dan tak lebih dari tu. Bukan tak pernah cuba cross border, tapi memang tak boleh. Aku lagi senang berkawan.

Cuma jangan cari pasal dengan aku. Tu saje.

Wordless wednesday? Go to hell.

Tuesday, July 5, 2011

Orang Lain Punye Pasal, Aku Pulak Yang Stress.

Aku balik umah tadi... Lepas maghrib je terus tertido dengan kepala yang serabut lagi berat pikir pasal harini keje aku sebenarnye sepatutnya boleh je settle, ikut macam target yang diperbincangkan masa keje dah abes untuk bulan Jun haritu, tapi bleh kata ada 2 tengah pending dalam list.

Stress jugak bila pikir client kitorang nih skang makin lama makin cerewet, sikit-sikit hantar email kat supervisor komplen pasal drafter-drafter nih. Tapi yang aku hangin tu, yang betul-betul suka buat masalah tu boleh plak buat-buat tak bersalah. Dah la tadi tak pasal je kene take over keje dorang half way sebab ada yang blah camtu je amik half day.

Langsung takde mulut nak inform supervisor. Supervisor ni pun kalut laa cari orang nak cover. Antaranya aku la jadi sasaran. Sudahnye sampai diri sendiri tak ter-cover. Tak sedar diri sendiri pon ada jugak bende urgent nak kene setel.

Adoyaii... Takleh tido dah pulak ni. Padahal sok nak kene gerak awal-awal nih. Huhuhh...

Stress kan pikir hal orang? Padahal orang tu macam tak kisah je pon.

Tuesday, June 28, 2011

I Guess I Know What Happen

Aku ignore je bleh? Macam tak penting je. Ini da tahap abang aku sendiri try call tapi takde berjawab.

Kamon la kamon. Aku takde mase da nak ke sana-sini, plan cuti yang entah belum tentu boleh jumpa takleh jumpa ni.

Adakah dorang bajet budak-budak yang patutnya aku abes sama ngan dorang tu belum dapat kerja, maka aku yang saje-saje dorang bagi sangkut ni pun belum dapat kerja?

Heh. Kamon la.

Aku rasa Allah balas direct kot apa usaha dorang berbaloi ke tidak. Yang memilih keje tu nak gaji beso, jawatan engineer tapi pengalaman sebenarnye takde tu blakang kire ah. Yang itu memang dasar memilih. Mak ayah bleh tanggung hidup dorang walaupun dekat setengah tahun menganggur.

Yang mana jenis yang aku cakap cilok FYP/tesis budak-budak engine U lain. Just modified sikit-sikit je tu. Ko tengok Allah balas camne? Result gempak pun still tak dapat keje. Tatau la kalo mereka pun jenis memilih kerja.

Ntah berapa kali ntah aku nak bangkitkan isu ni kat sini.

Kalo tak suka pun, just bagi yang mana dah lebih 3x present ni lepas je bleh? Sebab nak jaga reputasi tanak ada rekod student fail kan? So, bagi je la minimum grade. Lepas tu semua orang boleh teruskan penghidupan seperti sedia kala.

Mintak dekan je la approve bagi minimum grade je bleh?

Monday, June 27, 2011

Random #69

Merajuk.

Harini lunch makan roti ikan bilis je. Sebab kedai kegemaran lunch termurah RM1.80 sehari tutup. Tak sanggup beli nasik dari mamak berhampiran sebab apron dia kotor dan tak ketip kuku.

Balik umah je, tengok kat dapo, ada plastik sampah berisi kulit durian. Frust. Dorang makan durian tak ajak. Padahal dah 2-3 hari lepas aku punya mengidam nak makan durian. Huhu.

Merajuk ah merajuk. Esok lapar baru pegi cari makanan balik.

Friday, June 24, 2011

Agak-Agak Ah Nak Pakai Sun Shade Pun...

Bleh tahan hangen aku dengan sebijik keta pagi tadi. Dah la cuaca takde ah panas terik sangat harini. Lagipun baru pukul 7.45 pagi kot. Redup. Tapi mengada-ngada letak sun shade kat cermin tepi driver tu. Macam la tengah panas membahang. Keta dah sedap hati tinted gelap nak mampos.

Sape tak kenal keta punya sun shade bleh tengok ini.



Bukan tak kenal... Mana la tau korang panggil bende lain ke kan... Sumber dari sini.


Kenapa aku hangen?

Aku da la naik moto. Bukan la laju mana pun... Tapi sebab dia mengada-ngada letak sun shade, maka dia tak berapa nampak aku sangat dari tepi. Dah tu jenis tak confident nak cross-over. Apa punya jenis ntah. Kalo ye pun jangan la main teragak-agak nak jalan... Sudahnye aku plak yang kene stop bagi dia lalu dulu...


Haa... Lebih kurang camni ah gambaran dia... Dah la keta beso... Avanza... Disebabkan dia teragak-agak nak lalu, aku macam ke tepi sikit macam aku pun nak ikut laluan dia... Keta dari arah blakang aku plak laju kemain dan terlebih confident plak yang aku bukan jalan terus. Slambe himpit aku ke tepi. Nasib baik aku sempat elak sikit. Kalo tak, tergolek aku pagi tadi sebab Avanza mengada-ngada pakai sun shade walaupun hari blom panas terik.

Lain ah driver dia jenis kene penyakit albino. Ini driver spesis kulit sawo matang dalam Avanza tu... Alergik panas terik apa kebendanya...

Kalo aku tak stop... Dia pun laju jugak nak cross aku. Tapi bila aku macam slow, dia jadi teragak-agak. Apa la bebalnye manusia.... Huarghhh... Stress aku la dengan keta besar-besar camtu. Keta blakang aku pun satu... Jalan kemain punya luas, kat aku jugak nak himpit.

Grrr...!!!

Tuesday, June 21, 2011

Aaaaaaaaaaaa.... Takleh Sambung Tidoooooooo..........

Dah pukul 3 lebih. Aku dah tido tadi dalam pukul 11 lebih... Besenye memang aku lena sampai pagi pastu liat sangat nak bangun pagi untuk mandi, subuh dan pegi keje. Hehe. Tapi skang aku terjaga, rasa gelisah nak mampos lepas tu terus takleh tido sampai skang.

Ada 2 sebab aku gelisah nih.

Satu pasal keje.

Camne ntah tadi bleh plak kecoh-kecoh suruh post-pending semua job arini. Padahal post-pending tu bese end of the week macam ari Jumaat. So, ada 2 job dah aku ter-post pending. Yang sudahnye ada yang cakap tak payah. Tu baru separuh. Bertambah malang plak sebab ada 2 job DTOW. Yang aku takleh proceed mula-mula. Tapi tak lama lepas tu Telstra dah respond suh supervisor (sebenarnye big boss aku) update software aku untuk bace drawing tu. Tapi still takleh jugak. Ntah camne tibe-tibe datang drawing lain under job tu.

Aku pun sambung ah wat. Yang tu salah satu dari 2 job yang aku ter-post pending. Lepas tu dalam rekod untuk job tu plak, manager da suh semorang update masa by end of the day tiap-tiap hari sebab tak logik ah biar internal clock tu jalan sepanjang hari termasuk time dah balik keje pun jalan lagi tapi lepas siap keje claim bape jam je wat keje tu. Haha. Aku tau korang tak paham gambaran camne keje aku. Tapi tak kisah aku nak citer jugak sebab aku takleh tido skang ni. Hahaha.

Ok. So, memandangkan ada 2 jugak job "in-progress" aku kene update masa, salah satu plak yang DTOW tapi dah boleh proceed tu... Maka yang DTOW tu laa aku tersilap buat dah complete. Padahal sepatutnye kat column complete tu kene pastikan betul-betul nilai dier 0. Maknanya keje tu still in progress. Tapi sebab awal-awal masa aku DTOW job tu dier tulis 0, pastu aku copy-paste barcode project tu, aku ingat dier still 0 la. Lupa plak bende tu bleh auto-update jadi 1 once ko dah letak barcode project. Maka, bila aku update time terus la dia proceed cakap aku dah complete. Padahal separuh pun tak sampai lagi keje tu. Dah la post-pending. Siap cakap complete.

Alahai... Cuak aku ah. Memang ah kat sini semua orang ok, takkan marah-marah style maki-hamun semua. Tapi aku nyesal jugak la. Careless mistake tu. Isk. Tunggu fail audit feedback je la kot kan. Haha. Mati ah tukang audit tu mesti list panjang berjela salah aku padahal sebenarnye keje blom siap lagi. Ish. Aku memang ada masalah insecure sebab tu ah skang aku tengah risau tak memasal je nih sampai takleh tido. Huhu.

Kedua aku gelisah dan gelabah pasal...

Hmm...

Tibe-tibe aku rase kenape ah lelaki yang aku kenal mesti complicated gila? Takde ke jenis straight to the point dan stick to the point till the end? Kenapa mesti complicated? Pulak tu dia punya complicated tu kalah pompuan. Dan masalahnye aku pun tak la sampai tahap complicated sampai macam tu.

Kenapa aku cakap complicated?

All these while dekat 3-4 orang yang aku kenal... Tibe-tibe jenis tak tentu pasal ajak aku kapel. Dah la jumpa pun tak pernah. Sebab dorang ni stok stranger semua, maka memang aku amik masa konon nak kapel. Wey, ingat aku ada masa ke nak kapel-kapel ni semua? Dengan nak date la segala. Dah la banyak bende lain aku nak pikir. Tetibe datang orang-orang jenis ni tambah beban.

Lepas tu paling aneh sekali adalah... Dorang ni antara golongan yang jenis gigih untuk pastikan aku betul-betul percaya kat dorang konon bersungguh-sungguh la kan nak kapel dengan aku. Ada sampai satu tahap sanggup bazir kredit hari-hari call aku, SMS aku walaupun aku tak balas, bukan sehari-dua... Ada tahap setengah tahun pun ada. Gila kau gigih tak gigih. Aku memang jenis susah nak percaya selagi dorang tak prove betul-betul siap contact abang aku semua. And they did.

Yep. Siap ada yang dah kenal baik ngan abang aku. Ye ah, aku mana ada sapa-sapa kan. Mak ayah pun da takde. So, abang aku je ah tukang approve. Tapi dia mana amik kisah sangat pasal bende-bende ni. Sape nak kawan ngan aku, dier ok je asalkan tak ubah aku jadi makhluk bukan-bukan sudah ah. Masa aku kat umah sewa dulu abang aku siap skype aku bagitau manusia ini-ini mintak permission nak kenal aku ngan lebey dekat. Huhu.

Lepas tu dah tunjuk kegigihan sebegitu, maka aku pun baru ah setuju kapel konon-konon for very first stage. Wey, first love aku dulu tu pun siap datang bercuti kat Penang dengan makcik and adik dia tau semata-mata nak kenal ngan family aku. Aku memang serius dengan orang yang jenis da tanye-tanye family aku je. Yang mana aku sesaje kapel-kapel untuk isi masa lapang suka-suka dulu tu, memang sesaje je buat memain. Dah tak berani nak berterus-terang ngan family aku. Naseb ah. Memang jadinye easy come easy go je ah.

Ok. Aku nak tanye korang sikit. Pe motif orang tu tunjuk dia punya gigih nak kenal ngan aku, siap contact abang aku semua, bukan jenis seminggu-dua punya kegigihan... Tapi lebih daripada 4-5-6 bulan. Mesti ramai pikir dia betul-betul serius dengan aku kan?

Tak. Salah. Tak serius langsung.

Saje memain dengan aku dan jugak family aku.

Last week aku dapat tau one of them yang gigih gile babi tu dah kawen. Last year aku dapat tau salah sorang dah bertunang, other ada yang da kawen.

So, what the heck is that???? Kenapa sanggup bazir masa nak suruh aku percaya kaw-kaw tentang konon niat dorang suci lagi murni. Kalo awal-awal cakap nak jadik kawan biasa, cakap je la awal-awal nak jadi kawan biasa. Ini, tetibe takde angin, takde ribut tetibe cakap nak serius dengan aku. Tak kisah walau ape pun keadaan aku. Siap tunjuk kegigihan dengan mintak permission abang aku semua. Wasting ur time, wasting my time.

At the end, sehidup semati dengan orang lain.

Tak baek aa weh mempermainkan hati, limpa, jantung dan perasaan anak yatim piatu macam aku.

Nasib baik ah aku takde power macam mak Si Tanggang. Kalo tak, seko-seko aku sumpah mati pucuk. Padan muke kang sampai mampus takde zuriat. Kenapa mesti camtu eh? Nasib baik ah aku punya level kepercayaan tu tak berapa nak tinggi sangat.

Senang je sebenarnye nak bagi aku percaya. Antar je rombongan meminang secara mengejut. Dah. Mesti aku rasa tacing gile ah lepas tu. Ini setakat nak ajak kapel. Apa barang. Tatau alamat umah aku, track je ah IP aku ni hah. Hahaha... Kan teknologi di hujung jari skang. Apa ada hal ye tak?

Siyes aku tak paham motif budak-budak tu semua. Nak kata baru kenal erti hidup atau baru baligh, masing-masing yang gigih-gigih tu semua dah lebih suku abad dah idup kat muka bumi. So, then... Well done. Memang lelaki-lelaki itu semua best actor. Kalah ah pelakon terhebat dunia.

Buleh sesape explain tak kenapa jadi begitu? Especially lelaki. Anyone? Selain dari maybe dorang rasa dorang dah hebat sangat kot sampai bleh buat aku macam tu. Ish. Tak baek btol.

Wednesday, April 6, 2011

Rasa Ini...

Whoaa... Lama tak tulis secara berjiwang-jiwangan. Semua jenis entah apape je entry aku kat sini...

Balik-balik emo sana emo sini dengan pihak-pihak yang konon lebih matang dan macam bagus. Heh.

Paling best aku malas nak layan dah orang tolong-tolong khabo kata confuse nak cakap good news ke bad news. Sampai aku rasa-rasa macam ada orang bajet bagos serba-serbi tu takde kat fakulti sebab nak check-recheck-recheck dan recheck report aku konon demi menjaga kualiti (sekali lagi KONON!!!) student-student yang dikuarkan oleh dorang.




Hambek la kau nak recheck sangat. Check sampai muntah. Nak sangat check, aku bagi sekaligus yang setebal-tebal alam. Proof-read la kau sampai lebam.




-----------------------Berbalik pada tujuan asal aku----------------------------



Aku rasa ramai kot yang tahu aku ni jenis senyap-senyap je kengkonon tetibe ade la kan rapat ngan tah sape-sape plak kan lebih dari kawan baik. Ye lah kengkonon. Tak pun style syiok senirik. T___T

Biasalah loser memang suke syiok-syiok senirik nih.

Selalu tu macam sekejap je la ok. Rapat abes. Selalu contact-contact. Tapi setakat contact-contact tu pun kadang-kadang pun macam bleh buat aku high dalam dunia sendiri sekali gus ala-ala syiok sendiri. Tambah pulak bila orang tu pun kengkonon lagi menjanjikan bulan la bintang la apa la semua. Jumpa jangan harap la aku nak jumpa-jumpa orang ni.

Entah apa masalah aku ni. Kemain suka lagi layan perasaan dekat strangers. Dah la mati idup balik tak kenal tah sape-sape ntah stranger tu. Ajak jumpa, langsung elak. Tapi gedik layan perasaan ngan manusia macam tu. Sumpah sebijik perangai loser. Kalo cerita kat orang pun, first impression orang-orang yang kenal aku mesti,

"Sewel apa minah ni bleh pi syiok kat orang yang da la tak kenal... Jumpa tak penah... Tapi kenal camtu-camtu je... Sewel... Sewel..."

Bukan tak penah kene tipu... Ala bukan teruk pun, tipu perasaan je bukan tipu duit ke apa kan... Tapi orang tengok aku kene tipu sebab layan-layan perasaan kat stranger ni pun tak paham sama ada betul aku frust atau memang aku jenis takde perasaan. Agak-agak emo pun jenis sikit-sikit je pastu luah kat blog. Abes luah, lupe camtu saje. Senang kan?

Sebab aku jenis takde perasaan jugak la budak-budak sekelas ngan aku hari-hari tengok aku pun siap boleh main "Peraduan teka mood Aslina" pada hari itu. Hepi ke sedih ke apa ke sama je riak muka. Muka ketat style mintak lempang.

Senyum-senyum ni zaman skolah time innocent dulu-dulu je derrr... Siap masuk dalam testimonial sijil berenti skolah. Tak caya bleh check.

Berbalik pade soal hati tu sebenarnye dalam keadaan suke-suki aku simpan perasaan dekat stranger yang memang langsung la aku tak kenal tu semua... Dan sangat suka main-main dengan perasaan sendiri sebab macam dah serik la konon couple-couple ni. Entah mana silap sampai aku serik sangat tu aku pun tak pasti. Sebab aku cuma ada 1 pengalaman pahit dan trauma je sampai aku macam dah-tak-kisah-lelaki-tu-nak-serius-ke-tak-ngan-aku-jadi-aku-apa-pedulik. Sebab tu la jugak aku mudah mengalah dengan orang lain walaupun konon la sebelum tu lelaki tu bermatian janji bulan bintang angkasa kat aku.

Macam baik gila kan aku selalu je bagi peluang kat perampas amik je orang yang konon cinta mati ngan aku. Siap mengalah secara terhomat lagi. Kene maki ke apa takyah nak citer la sebab bende tu memang biasa.

Aku tak kisah langsung hati kene hancur lumat-lumat ngan lelaki.

Dah awal-awal cakap takde perasaan kan?

Kalo pun aku konon pernah sumpah kata aku cinta mati kat sape-sape sebelum ni, tapi dier tinggalkan aku sebab jumpe awek lagi cun dari aku... Aku takkan tergamak nak terjun bangunan walaupun banyak blog orang pernah describe kalo diduga soal hati, memang rasa tahap end of the world la punya berat nak tanggung.

Bila aku cakap aku takde apape perasaan kecewa, langsung orang tuduh aku bukan la cinta mati sangat dengan lelaki tu. Mungkin sekali aku buat dorang objek untuk isi masa lapang.

Tapi sape dorang nak judge aku camtu kan? Walau camne teruk pun aku sayang orang, once orang tu da tinggalkan aku, tapi aku takkan sampai tahap nak bunuh diri. Abes sangat pun aku menangis kalo rasa nak nangis, lepas tu aku tido. Esok aku dah lupa apa dia.

Hell yeah. Its really easy to be me. Sama macam komputer. Once ko dah isi tahap tepu data sampai overwrite, lepas tu kau format, then nothing left to remember. Senang kan?

Aku tatau sampai bila aku akan jadi macam ni. Aku pun macam dah lali je jadi orang takde perasaan camni. Susah nak cakap. Dalam hati dalam dada penuh rasa kecewa ke apa tapi tak terluah secara zahir. Sudahnya nampak aku takde perasaan. Lepas tu senang-senang orang cakap aku belum jumpa lagi orang yang betul-betul buat aku terdetik kecewa dan merana sampai parah kalo ditinggalkan.

Nak jadi sampai macam mana lagi?

Nak tengok aku jadi macam mana lagi?

Skang ni aku rasa macam rasa yang lama tu datang balik.

Sebijik rasa macam sekarang ni...

Dia hadir sama macam orang lain. Skrip pun tak lari banyak dengan dorang yang penah hadir dalam hidup aku sebelum ni. Janji segala pun sama macam yang sebelum-sebelum ni.

Senyap tiba-tiba pun sama jugak macam yang sebelum-sebelum ni. Cuma kesudahan senyap tu entah la sama ke tidak dengan yang sebelum-sebelum ni. Kalo sama... Nak buat camne kan... Sape la aku ni ye tak?

Cuba untuk taknak percaya dengan semua ni... Tapi... Tah laa... Memang aku sedar diri la aku sapa. Bukan bagus sangat untuk demand yang baik-baik untuk aku... Mengalah je lah... Kalau tu je jalan terbaik buat aku.

Bukan tak pernah aku cuba nak jadi macam orang lain... Pernah kene kawal macam duduk dalam zoo... Tapi dalam masa yang sama, aku selalu sangat pikir hal orang, jaga hati orang, tanak orang kecewa ngan aku, tak gedik macam awek-awek orang lain yang kalo balak tak contact dah gedik-gedik nak merajuk. Aku suka diam. Diam bukan bermakna aku tak amik berat... Tapi aku consider orang lain keje, sibuk tak macam aku... Last-last apa aku buat tu semua buat amik kesempatan cari yang lain. Alasan kata aku tak peka. Biar la.

Bukan mati pun kalo takde pasangan ni. Cuma tahan telinga dengar orang mengumpat je la. Nasib baik la rupa aku tak nampak macam umo sebenar sangat. Jadi, aku tak kisah. Layankan je.

Btw, bila aku buat luahan macam ni sekurang-kurangnya aku sedar jugak yang rupanya ada lagi side sensitive dalam diri aku yang masih lagi ada jugak perasaan untuk dikongsi dalam bentuk tulisan dari apa yang orang nampak aku secara berdepan... Yang berdepan ni selalu nampak aku macam hepi takde masalah dan takde perasaan.

Dah. Cukup.

Esok bleh start lupakan semua.

Thursday, March 31, 2011

Saya Penunggu, Saya Ok. :(

Letih.

Masih belum selesai-selesai lagi. Tak habis-habis meeting-meeting.

Aku?

Pasrah je rezeki lari. Macam la dorang bleh ganti balik rezeki-rezeki yang lari tu. Terpaksa plak aku sedapkan diri sendiri yang aku takde "jodoh" dengan rezeki-rezeki yang bertandang tu.

3 tawaran interview terpaksa tolak. 2 tawaran keje yang dah confirm pun terpaksa tolak. Sebab benda ni tak setel-setel.

Apa penyakit ntah kalo hardware aku taknak gerak time demo nak pertikai sangat-sangat tu.

Lagi satu penyakit.

Haritu cakap orang lain check draft report. Orang lain tu cakap sikit je kene betulkan. Semalam orang lain tu terhegeh-hegeh pulak mesej tengah-tengah malam kata tengah hari tadi nak jumpa. Alih-alih bila pegi jumpa tadi... Dia takda. Lepas tu siap kita call dia dan dia explain tujuan dia nak jumpa tu melalui call je. Hampeh tak? Penat je pegi.

Pastu tiba-tiba ada kawan lain call cakap;

"Ko punya report ni sapa check sebenarnya? Kenapa aku nampak ada depan bilik koordinator plak? Siap banyak pulak tu conteng-conteng kat report ko. Macam salah banyak je..."

Hoh?

Selama ni orang lain tu check draft aku secara berilusi ke apa? Ke tipu? Kenapa bleh ada depan bilik koordinator plak??

Kenapa tanak cerita hal sebenar je? Kenapa la balik-balik cakap tunggu, tunggu, tunggu??

Satu pantang besar dalam hidup aku adalah tunggu. Lebih-lebih lagi tunggu yang jenis sia-sia tau tak?

Jap. Kalo dorang "sangkutkan" akuuu... Apa dorang dapat? Puas hati ke tengok aku kene struggle balik dengan project lain dan dorang sendiri kena pening kepala nak handle nanti. Macam sekarang ni. Puas hati tengok mungkin aku tak dapat keje, takleh nak sara diri sendiri sebab dorang sekat macam ni?

Kalo dorang puas hati macam tu, apa dorang dapat? Ada dorang nak tanggung hidup aku lepas tu? Dah la benda-benda ni semua aku kuar modal sendiri, buat sendiri, nak claim tak boleh, mintak nasihat, bleh plak entah mana hala tak related punya nasihat. Aku nak kehidupan aku sendiri lepas ni. Ada kelulusan, ada kerja. Takde kelulusan pun aku still dapat kerja. Dan time kerja aku taknak pikir pasal mende-mende macam ni kalo masih tak selesai. Kenapa ni?

Korang judge aku tak tahan pressure. Aku boleh buat kerja dalam keadaan tekanan yang teruk. Aku pernah depress teruk sampai dekat setahun kene amik ubat, tapi aku still bleh perform dapat dean list. Aku penah kene maki, kene pukul, kene macam-macam masa zaman kadet tu, masa keje part-time... Macam-macam keje part time aku buat, cedera takyah nak cakap la... Bersepah-sepah parut kat badan. Tapi takde hal. Asalkan takde kene tunggu.

Yang aku hangen sampai ke tahap hampir-hampir hilang akal ni kalo disuruh tunggu.

Janji harini, dah pegi, tak dapat kene tunggu. Esok pulak, tukar janji lain, last-last? Tunggu.

Abes blog aku jadi blog negatif semenjak-dua menjak ni. Semua akibat tunggu.

I just need a YES or NO answer.

Kan simple?

Wednesday, March 30, 2011

Saya Emo, Maka Sila Abaikan Saya.

Harini aku.........


Refresh page fesbuk dekat 138 kali. Tunggu update sape-sape share kat wall pasal Cityville. Sebab nak collect donut, collect gift, entah apape lagi. Takde? Bosan. Dah la aku block abes semua game lain. Tinggal ni je ada nye.


Refresh dashboard kot-kot ramai-ramai blogger update secara pukal. Setiap 3 minit aku refresh sejak pukul 12 tengah hari tadi. Meroyan ni weh. Takde apape. Ok. Bosannnnnnnnnnnnnnnnnn gilossss.........!!! Nak blogwalking... Aku tengah kumpul semangat nak jalan-jalan ke blog-blog baru-baru kenal blog aku tinggalkan link ni. Pun takde semangat. Phuhh...


Refresh email kot-kot ada company gigih panggil interview untuk keje. Pun takde. Yang ade email merepek-repek yang sampai. Waaaa...........!!


Oh, aku tak bukak twitter. Kalo bukak pun setakat tengok time line penuh dengan mende merapu-rapu je wat hape.

Sesungguhnye aku kebosanan yang amat sangat.

Sebenarnye tunggu call. Penting gila. Tapi macam buat-buat lupa je ni. Aaaa... Aku malas la nak tunggu ni wey. Boleh gila aku dengan menunggu ni... Oh whaaaaiiiii...... Yang call nye kawan-kawan aku jeeee... Urgghhhh... Aku takmo korang call la weyyy... Time-time camni kalo ada boifren call kot-kot caring nak manje-manje mintak pelempang pun sah-sah kene maki dulu ngan aku.... Itu pun kalo ada la. Nasib baik takde. Kalo tak sia-sia je klesh tanpe banyak soal.

Hurghhh...

Seksa jiwa weh... Apa la susah sangat bagi je aku lepas mende ni... Suruh je pegi buat hardcover je terus? Kenapa mesti ada yang sengal-sengal nak consult orang tu, orang ni, they choose u, so u la decide... Aku gi bako jugak kang fakulti ni...

Bako bako bakooo~~!!!!

Serius ni beb. Kalo dorang sesaje failkan aku sebab aku tanak pegi menghadap mana-mana lecturer, memang aku lari terus je tanpe banyak soal terus keje ke mana-mana. Ada aku kisah dorang cakap aku qualified ke tidak?? Ada company tu kisah kalo katanya aku belajo separuh jalan???

Aku ngan kawan baik aku ni pun tengah debor tahap tatau nak cakap ape dah ni. Haishhh... Apahal la tibe-tibe ko nak strict bagai? Tibe-tibe je ke takut kene soal kat akhirat sebab luluskan aku adalah bende tak patut? Abes selama ni ko masuk kelas mengajar ala-kadar tu, pastu senang-senang hati je cancel kelas, buat ramai orang tak puas hati tu, buat keje tak ikhlas, buat ramai orang tak suke ko tu takde plak nak kene soal kat akhirat??

Kamon la weh.

Friday, March 25, 2011

Keje Gila

Aku ke yang da gila?

Present 14 haritu. Pastu da la sedap-sedap hati main tukar-tukar examiner. Semester lepas 2-2 ada. Lepas second sebelum kene hold tu, salah sorang je ada. Then haritu pun salah sorang tapi orang lain jugak yang ada. Sekali tadi tengok list, orang lain pulak jadi examiner.

Sape gila? Aku ke dorang?

Bleh plak kan lepas tu bagi orang yang demam campak tu jadi examiner aku, padahal masa present beliau sikit pun tak berade di tempat kejadian dan tatau apape pasal ape yang aku buat. Lepas tu plak kene collect balik draft report dari orang yang demam campak tu. Mana ntah examiner yang sihat walafiat tu. Kalo aku pegi jumpe supervisor plak mesti last-last pakcik tu suruh pegi jumpe koordinator balik. Bila jumpa koordinator, sah-sah aku kene marah macam tadi suruh tenung betul-betul apa kata-kata notis depan bilik dia.

Aku ingatkan yang demam campak tu dah abes mc. Sekali Selasa next week baru dia masuk keje balik. So paling jahanam pun agak-agak mungkin Rabu kot aku dapat balik draft yang sebenarnye takde mende dah nak kene betulkan. Rasanya check-check tu semua konon buat syarat je.

Lepas tu part paling best dalam dunia ni kan... Khamis adalah hari last antar thesis siap hardcover, siap tanak dengar apa pun alasan kalo lambat antar. Padahal kalo antar tahun depan pun belum tentu thesis ko dah setel masuk rekod library. Thesis 3 tahun lepas pun still ada bertiga-tiga duduk dalam bilik koordinator tu macam tukun...

Mana aku nak cari tempat boleh buat 3 set hardcover dan printer super laju untuk print out thesis yang kalo la aku kene betulkan sikit-sikit style manja-manja mintak penampar tu antara Rabu hingga Khamis dalam jangka masa Rabu tu mungkin selepas 8 pagi dan kene hantar Khamis sebelum jam 5 petang...

Plus-minus 32 jam direct. Tolak 3 jam perjalanan dari umah (Kuala Selangor)-campus-umah membe (betulkan + print)-Seksyen 7 Shah Alam buat hardcover- Seksyen 19 tumpang tido-Seksyen 7 kutip balik hardcover- campus (hantar semua).

Haritu print senget-senget pun amik masa dekat 4 jam tunggu abes 2 set. Kalo 3 set ntah bape lama ntah nak tunggu. Lepas tu yang kata urgent tu plak, takkan tukang buat hardcover tu tak payah tido malam nak siapkan hardcover aku. Itu pun kalo aku sorang la... Kalo lagi 2-3 orang request benda yang sama? Mau tak kene sawan tukang buat hardcover tu?

Anyone?

Terus terang cakap aku tanak bayar banyak-banyak untuk benda yang aku tak suka dan telah memusnahkan hampir 6 tahun life aku Diploma-Degree.

Macam la lepas ni aku nak jadi engineer.



Sapa nak hired aku jadi despatch? Pizza delivery? McD delivery?

Aku ada kebolehan seperti;

  • Menyelit tepi-tepi lori tanpa rasa takut, bawak moto 110km/j (yang belum modified) walaupun redah jalan kampung atau jalan-jalan kawasan taman perumahan... Highway apatah lagi kan... Atau moto yang dah modified apatah lagi kan... Macam tak biasa pulas sampai 140km/j dalam campus tu...
  • Ada personal record 4 jam 30 minit dari Kuala Selangor ke Pulau Pinang.
  • Tak pernah kene saman dan mampu berlakon baik depan polis trafik.
  • Boleh bekerja dalam suasana paling menekan perasaan. Makin tertekan, memang aku akan pulas minyak sampai habis.
  • Ayah kepada rempit tegar dengan mekanik moto kat Kuala Selangor ni respek abes kat aku bila tau personal record aku tu. Ha, kao mampooo???
  • Boleh mengingat jalan setelah sesat sekali. Standard la sesat. Tapi sesat-sesat aku pun takde la melarat sampai lambat ke majlis orang dulu. Sesat teruk pada waktu malam je. Kalo siang-siang takde maknenye nak sesat larat teruk-teruk tu...

Okeh. U tell me nak antar resume yang mana? Untuk position engineer ke atau position bleh jalan-jalan tak kira masa tu macam despatch?

Sengal laaaaaaaaaaaaaaaaaa......

Bila aku bleh balik Penang nihhh???

Grrrrr!!!!

Tuesday, March 15, 2011

Ye... Memang Salah Aku Pun... So??

Aku dah tak larat ni.

Ye lah. Salah aku. Memang aku sengaja pun. Dah rasa sakit hati. Apa penting sangat mende tu? Setakat buat model je takleh ke? Perlu ke nak dia berfungsi teruk-teruk? Nama pun prototype. Tak semestinya berfungsi. What's the point kalo tipu pun? Asal ade report sudah la. Deal. Abes satu masalah. Aku takde hal nak imagine tinggi-tinggi dan sediakan laporan pasal bende yang aku pasti sangat-sangat tu hasil dia. Nak putar pi-balik camne pun hasil dia tetap macam tu. Takde nak bertukar jadi angkasawan ke, jadi peti televisyen ke apa. Takde sape pernah jual prototype dia buat seumur hidup. Jual barang yang real selepas prototype tu adalah.

Pada aku prototype tu tak lebih dari lebihan sampah-sampah yang pernah wujud dalam hidup aku. Tak siapa peduli kewujudan dia sebelum dan selepas hasil yang sebenar menjadi kenyataan.

Macam la selama ni kau tak pernah menipu untuk lepaskan diri sendiri bila tersepit. Sama la macam situasi aku.

Kalo pun bende tu untuk rujukan 10-20 tahun akan datang, perlu ke nak pilih hasil aku sebagai rujukan dalam beratus-ribu bahan lain. Dunia ni luas.

Aku tak kisah la mende-mende tu semua.

Bodoh betul pasal sekeping kertas yang pada aku sebenarnye takde la bernilai sangat, tapi aku dah habiskan beberapa tahun untuk dapatkan dia. Profit? Belum tentu aku dapat kerja dengan hati yang senang-lenang menggunakan kertas tu. Tak boleh tak mesti nak jugak pengalaman.

So? Apa value sekeping ijazah tu? Bukannya boleh tebus buat bayar balik PTPTN yang RM81k tu.

Tak payah la nak bangga sangat.

Benda sijil tu buat display untuk tayangan umum je. Apa kalo tercatat bende-bende tak bagus kat sijil tu terus je nak reject? Dah la reject. Lepas tu judge pulak orang tu dengan macam-macam.

Apa hak kau pandai-pandai nak tentukan rezeki orang?

Ada aku guna sijil tu untuk dapat share 50% perniagaan usaha keringat orang lain? Tak perlu kan?

Ada aku guna sijil tu jugak untuk dapat umah milikan sendiri di saat rakan-rakan sebaya terkontang-kanting plan nak beli rumah sebagai pelengkap kehidupan setelah bergelar pekerja? Tak perlu jugak kan?

Semua ni nasib dengan rezeki lah.

Biar la DIA je tentukan.

Macam la kau boleh tentukan hala tuju hidup aku untuk jadi sampah masyarakat ke kalo aku tak complete untuk sijil tu atau keputusan aku tak setanding kesayangan kau, kau dan kau yang lain?

Buat apa nak seksa orang buat balik apa yang dia dah tak suka dan dah habis putus asa sampai hanya berdiam diri dan dituduh tak pandai nak defend diri sendiri?

Tu tandanya dia dah taknak amik peduli, tahu?

Tandanya dia dah bosan, tahu?

Tandanya dia nak berambus cepat-cepat dan teruskan kehidupan dengan senyuman walaupun mungkin jalan hidup dia payah dan sesah.

Itu semua ketentuan, tahu?

Rezeki masing-masing.

Memang la kita perlu ubah nasib tentukan apa yang terbaik untuk kita. Tapi bila kita dah tak larat dan terpaksa terima je apa pun terjadi walaupun buruk... Kau tetap nak salahkan dia atau Dia jugak?

Cerita pada aku apa yang perlu dibuktikan dengan hasil setebal 1/3 tebal pintu tu?

Cerita pada aku siapa yang mahu hasilkan balik sebijik-sebijik apa benda yang aku buat walaupun benda tu cuma imaginasi melampau yang kadang-kadang memerlukan sedikit skill menipu yang maha hebat pernah aku ada ni?

Cerita pada aku semua.

Dah la cukup aku emosi kat sini.

Bukan boleh nak ubah apa pun yang dah terjadi. Biar la aku bawak diri je. Lari dari orang ramai. Lari dari masalah yang aku sesaje ciptakan sendiri. Aku dah letih. Betul-betul letih.

Kalo tak kerana sekeping kertas tu...

Aku tak kisah pun apa bakal terjadi pada aku.

Nilai hidup aku bukan ditentukan oleh sekeping kertas tu. Walaupun masyarakat memandang tinggi nilai sekeping kertas tu... Tapi bukan aku.

Sekeping kertas tetap juga sekeping kertas walaupun tulisan diatasnya bertintakan emas.

Walaupun sekeping kertas bisa menyelamatkan nyawa orang dari hukuman.

Tu semua tak lebih dari nasib. Hanya usaha, doa dan tawakal je boleh ubah nasib orang. Bukan sekeping kertas tu. Orang tak pernah ada sekeping kertas tu pun elok je jadi usahawan terbilang dengan usaha dia sendiri. Apa lagi aku nak kejar sekeping kertas yang dah bertahun-tahun membazirkan masa hidup aku.

Hmm...

Elok.

Hari Khamis ni ada final paper, bukan nak study. Sibuk cerita pasal semalam.

Ye aku ngaku la salah aku.

Aku mampu cakap kat sini je.

Aku tak mampu nak berterus-terang bahawa aku memang sengaja pun buat macam tu. Dah bosan, muak dan jemu dengan apa yang terjadi tahun lepas. Menyesal? Tak ada. Mungkin bakal kerjaya aku nanti mungkin berdepan dengan banyak nyawa... Tapi apa yang aku buat untuk haritu bukan bernilai pun kat hidup sapa-sapa.

Aku taknak peduli dan taknak ambil tahu.