Showing posts with label kenangan silam. Show all posts
Showing posts with label kenangan silam. Show all posts

Saturday, July 29, 2017

Aku Bertunang Dulu Pun Long Distance Jugak... Nahh Throwback :D

Hai!

Lama tak menulis kat sini. Sibuk sampai blog ni pun dah macam terabai... Konon nak buat diary...  Peeegidah! 😅

Baru-baru ni viral pasal orang bertunang siap video call sebab tunangannya jauh... Haha langsung aku pon teringat mase aku bertunang dulu pada 25-April-2015. Kirenye throwback laa nih...

Al-kisahnye aku rileks-rileks je, walaupun semua bab-bab tunang tu last minute gila - family dia inform 3 hari sebelum confirm tarikh nak ke Penang, okeh? Haha takde laa aku sempat nak plan ambik mak andam, mini pelamin grand-grand ape bagai ... In fact, dia yang menggelabah lebih-lebih. Hahaha. Tapi tak kata la dia menggelabah sebab nak bertunang ke atau menggelabah sebab nak kena lalui final paper bahasa Korea dia... Paper tu masa tu dalam pukul 10 pagi waktu UK, so, mungkin family dia datang ke Penang dalam pukul 12.00 tengah hari atau 1 petang, kiranya kat sana baru pukul 5 atau 6 pagi gittew...

Dia punya menggelabah tu sampai hantar message kat FB aku pukul 6.45 pagi tanya family dia dah sampai ke belum... Kat tempat dia sana baru pukul 1 pagi 😁


Nampak dia punya menggelabah tu? Hahaha...

Entah la kenapa aku cool gila bab bertunang ni. Sebenarnya aku tak nak bertunang pun sebab dulu antara kawan-kawan aku, aku je yang jenis blur-blur sikit dalam hal-hal macam ni... Maklum laa aku masa tu dah takde mak untuk refer hal-hal camni... Ayah pun dah takde jugak, tinggal abang aku je yang handle semua ni...

Abang aku pun menggelabah la jugak sebab 3 hari nak datang baru nak inform. Dia pun tak tahu nak panggil sape orang-orang tua untuk bawak berbincang & bercakap bagi pihak aku ni ha. Sudahnye mak su la yang volunteer bercakap. Nasib baik la sebab wakil dorang yang bercakap pun perempuan juge. Sebab kebetulan hari yang sama, anak saudara Jep ni pun nak bertunang jugak. Hmm...

Disebabkan semua benda last minute decision, maka hantaran pun sikit-sikit aje. Tapi alhamdulillah, ramai sepupu aku sponsor benda manis-manis... Nampak sedap-sedap pulak tu... Hehe...



Mana satu hantaran aku, mana satu hantaran dorang pun aku dah tak ingat dah hahaha 😂 Cukup la majlis simple-simple camtu. Oldskool sangat bak kata orang. Kawan-kawan aku yang datang cuma sorang je. Tu pun aku mesej senyap-senyap dan kebetulan dia offday haritu. Huhuhu... Susah jugak sebab aku jenis tak banyak kawan sangat. Kawan-kawan sepejabat pun tak rapat. Even yang satu opis dengan aku mana tau aku bertunang dulu.

Dan hal bertunang ni aku punya la rahsiakan sampai la hari aku bagi kad jemputan kat opis. Memang terkedu la sorang-sorang sebab tak berapa nak percaya aku nak kawen. Hehe...


Ni suasana kat luar. Masa menaip ni pun air oren tu nampak sedap... Huuuiiihhh... Haha... Makanan pun abang aku minta maktam tolong sediakan. Gulai ikan kering, nasi putih, ikan termenung goreng garing, sambal belacan, kicap, ayam goreng sikit (semua lauk favourite abang aku, okeh? Haha) untuk lebih-kurang 40 orang tetamu. Jiran-jiran pun buat kuih-kuih sikit. Okey la last minute pun tetap meriah...

Aku?

Hahaha...

Dengan baju pun asal boleh, mekap ala-kadar, selamber je la... Tunang je kan? Bukannya pertandingan ratu cantik. Dan aku takde gambar family-family semua sebab elok settle, dorang pun kalut-kalut nak balik. Ahahah...


Make up sendirian berhad. Ni pun kira nasib baik la jiran aku tak suruh aku pegi cuci balik. Kira lulus la ujian mekap secara suka-hatinya... Takde primer, takde foundation, takde moisturizer, aku bedal je bb cream pastu ha lukis la apa yang aku nak. Sebab tu la nampak tak heavy sangat. Ni pun aku dah malas nak touch-up. Kang lebih-lebih macam badut pulak. Personally aku tak suka mekap.


Ni la  satu-satunya kawan aku yang aku jemput ke majlis bertunang tu. Yang lain-lain? Sorry guys, aku memang malas nak kabor kat orang... Yelah, aku rase  macam segan-silu pulak... Umo dah 30 tahun baru nak bertunang. Hahahahh... Jadi kita simpan aje la ye...


Ni kerja kawan aku yang tu lah. Mujur laa ade pin besor gedabak tu... Dia cakap at least ada la  jugak aksesori tambahan. Sebab aku memang jenis ignorance nak mati pasal hal kecantikan ni...  Haha. Ini pun pada aku da tahap  terpaksa sangat dah ni 😌


Boleh debor nak tau dorang bincang ape. Haha. Sungguh entah apape betul aku ni... Dan yes, sesi sarung cincin tunang kat luar tempat dorang bincang-bincang tu. Tanpe adenye mini pelamin, memang togel camtu je. Haha. Kata last minute kan? Harus la nampak macam last minute.


Acara menyarung cincin pun bermula... Ini kakak Jep ye. Bukan mak dia... 


Pose setelah cincin disarungkan. See? Rileks-rileks je kan majlis tunang aku? Haha. Malas nak panggil ramai-ramai masa tu. Kan bertunang perlu dirahsiakan... Sebab terlebih rahsia la  aku takde sangat dugaan bertunang macam orang lain. Kalau ada pun bab jarang-jarang didengar contohnya masalah duit. Tapi alhamdulillah semua berjalan lancar je walaupun setahun lebih jugak la kitorang bertunang...


Sempat laa facetime dengan dia sebagai officially tunang dia 😃

Ni je la kenangan bertunang secara ringkas dan punya laa berahsia. Paling best skali, memandangkan family dia orang Selangor, jawa pulak tu, maka sesi suap gula yang diamalkan di utara ni takde. Dan takde sape pon peringat. Alhamdulillah la aku tak kene makan gula... Patut la orang tak perasan yang aku ni berdarah manis  untuk setahun lebih... Haha... Tapi tu cerita tahun 2015 la... Sekarang ni dah kawen pun... Cuma blom ade peluang duduk sekali je. 

Pantang ada masa free, facetime je kejenye... Ate rindu benor katenye... Sekali facetime, dekat 2-3 jam bergayut... Kalah couple bercinta. Hahahahh... Pastu kene pulak time weekend yang esoknye Isnin kene pegi kerja... Pegi kerja dengan mata panda laa jawabnya... Kadang-kadang tu dalam opis pun kitorang bergayut sambil aku tengah buat kerja. Thanks la sebab tempat duduk baru sangat strategik untuk kitorang bersantai-santai sembang facetime 😆

Oh ye, kadang tu ade jugak officemate buat lalu-lalang kat blakang semata-mata nak lambai-lambai abam Jep ni. Abam Jep ni memang peramah orangnya... Nak jugak tegur-tegur orang kat blakang walaupun sah-sah la orang blakang tu tak dengar sebab aku pakai earphone 😂😁😁


Tuesday, November 22, 2016

Tinggal sebulan lebih lagi nak habis 2016.

Dan aku giat scroll blog yang dah hampir setahun aku tinggal. Hampir semua cerita dalam ni buat aku tersenyum.

Kisah confession yang tak sengaja tentang aku dan dia.

Kisah suka duka jadi student repeat paper.

Kisah motor kesayangan.

Kisah seronok gila dapat jugak kerja walaupun sebenarnya lari dari study.......... Sampai la cerita ini:

RIVAL - 28 Julai 2012. 

Skarang dah 2016. Dah empat tahun cerita ni berlalu. Aku tak pasti nak bagi reaksi apa. Kebanyakkan yang terlibat dalam kisah ni pun hampir semua dah blah dari ECHO. Tinggal brape kerat je lagi. Dan disebabkan cerita ni, aku shut semua orang dari life aku. Sehinggalah sejak awal tahun lepas ada sorang yang aku rasa dia okay untuk aku bercerita apape je pasal aku. Dia jadi supervisor aku. Apape dia backup aku walaupun aku malas nak layan kot apape orang provoke aku. Hihihihh...

Dia sorang yang rapat dengan aku dalam kategori rakan sepejabat. Sebab outstation sama-sama jadi aku pernah terluahkan apa yang pernah jadi. Its not a big deal. Dia gelak je aku cerita. Sebab dia pun lebih kurang je. Cuma dia tak bertukar karakter macam aku. HAHAHA.

Dan masih, aku tak lupa satu apa pun detail sejak 28 Julai 2012 tu. 

Kata la kan mana tau kalau-kalau yang tak suka aku tu boleh ter-stalk balik blog aku nih, satu je la aku nak bagitau... Walaupun aku lari merajuk dari tempat aku belajar dulu, sekurangnya aku habiskan la jugak apa yang aku tinggal. Lepas tu, insyaAllah tak lama lagi aku pun akan sambung master jugak. 

Aku memang agak pendendam. Tapi biasanya aku malas nak layan. Tu je.

Monday, December 14, 2015

Kenangan & kekangan

Last post aku pun bulan September haritu... Ape eh yg aku cerita? Entah la... Tak perlu kot nak recall balik dlm post baru ni... Mungkin kot kiranya blog ni update 3 bulan sekali. Skarang pun dah Disember... Cepat je masa berlalu skarang ni...

Sebenarnya takde apa yang aku nak cerita sangat. Bukan sebab semuanya okey, tapi sebab terlalu banyak cerita, jadi aku tak tahu nak mula kat mana. Serious sekarang hidup aku kelam-kabut & agak serabut...

Serabut sampai banyak benda yang aku tengah fikir & plan tu boleh ke tidak akan aku jayakan nanti... Memang dah jadi tabiat aku akan plan semua awal2... Tapi selalunya apa yang aku plan memang akan menjadi... Cumanya, akan ada banyak pengorbanan dan side effect disebalik plan aku. Bukan semuanya akan berjalan dengan lancar.

Aku dah biasa dengan semua tu... Cuma kadang2 (selalunya lah senang cerita) kekangan tu datang dari segi kewangan. Ye lah, bukan rezeki aku punya duit lebih kan... Tapi tetap aku usaha nak cukupkan apa yang kurang. Mungkinlah.

Hmm...

Apa ye update baru? Rasa macam tak percaya je tinggal lagi 9 bulan untuk aku lepak di bumi Malaysia yang tercinta ni...

Well, yeah. Tak ramai yang tau aku akan berambus dari sini untuk selamanya (tengok la kalau rajin, balik la). Aku saje nak coretkan kat sini sebab sebelum ni, blog ni je la penghibur hati duka nestapa akibat selalu kena marah dgn Prof Syed Kadir. 

Rasa macam lama gila kan aku tak mention nama tu dalam blog ni. Ada la dekat 5 tahun gitu. Macam tak caya je pejam celik dah dekat 5 tahun kenangan terindah dalam hidup aku di Unisel tu dah berlalu... 

Tak rindu pun kat kawan2. Ye lah, budak nakal macam aku mana ada whatsocalled "bff" kat sana. I'm just a normal engineering girl yang comot & tah apape. Peminat pun takde. Yang minat moto aku ramai la dulu. Aku rindu life dulu je. Lepak rumah budak kelas, main kad sampai subuh, tak ngaku diri sendiri pompuan, dan lain2... Masa tu memang takde sorang pun budak kelas aku berkenan nak introduce kat mak dorang sebagai bakal menantu. Hahaha...

Tapi skang lagi la aku tak percaya yang aku dah jadi bini orang. Long distance pun, long distance la... Orang lain long distance kurang2 pun sebulan sekali boleh jumpa mesra2... Aku? Harap facetime je lah... Pastu manjang syahdu layan lagu jetlag... Its okay, 9 bulan lagi je tak lama :)

Again! Aku macam tak percaya... What? 9 bulan lagi... For real and finally I will be waking up next to my beloved husband. Tapi selain bangun pagi sebelah husband, kena jalankan tugas sebagai student balik. Thank you so much to Northumbria University because they're still holding my application due to some circumstances during my documentation preparation... They've been notified by the way.

Tak sabar pulak rasenye nak jadi student balik, di tempat orang, dengan husband sendiri, ishh... Kene sabar banyak2 Aslina... Tak lari gunung dikejar. Kekadang rasa nak skip semua, dan terus je ke chapter disisi suami. Haha gedik sial... 

Aku tak tahu siapa yang akan baca ni, tapi tak mustahil korang yang baca akan muntah warna pelangi kalau aku teruskan elaborate perancangan aku untuk yang lepas bulan September taon depan... 

Camtu lah aku. Kejap excited, kejap takut, kejap nervous. Tiap2 hari, first thing in the morning, kalo husband tak call, confirm aku akan bangun dengan muka confuse tanya diri sendiri... What the hell am I thinking and is this the right choice that I've been made? Tak tahuuuu... 

Entahla nok, just go with the flow je lah. 
Eh ngantuk plak tetiba. Kite tido dulu k, papapai....

Sunday, December 30, 2012

Diari Platun

Blog ni last aku update adelah pade 23/12 haritu... Pastu senyap sunyi sampai la sekarang.

Padahal skang ni dah nak kene tido ni sebab esok keje... Last day keje utk tahun 2012. Pastu cuti, pastu rabu nanti dah kira sebagai keje di tahun baru. Haha.

Pehal tajuk diari platun?

Diari platun ni currently series yang aku boleh layan kat TV tetiap selasa. Sebab sesi ketenteraan dia lebih dari drama cintan-cintun.

Plus last week krismas adelah jatuh pade hari selasa maka citer tu takde pade malam tu. Pastu nanti new year pon jatuh pade hari selasa, maka mesti takde citer tu jugak nanti.

Hewhewhew... Aku adore gile dengan cerita tu sebenarnya...

Rindu gilaks dengan kehidupan zaman kadet yang pade masa kena hell semua2 tu masing2 down je... Tapi bila dah abes fasa camtu, bila sembang2 balik mesti masing2 tergelak2 balik teringat bende bodo2 yang sendiri dah buat semata2 sebab nak selamatkan diri dengan TEAM dari asik la kena denda :)

How sweet it was those days...

Bangun pagi dah kene standby-bed... Pastu baris pagi, check pakaian, pastu kawad or kelas hutan, pastu lunch, pastu lari balik pegi kelas hutan, or ethics, pastu tea time, pastu senaman petang or kelas renang or latihan tempur tanpa senjata, pastu dinner, pastu baris malam serah diri untuk "sesi ketahanan minda" dengan senior. Kira macam "happy hour" sampai pagi.

Tu la rutin 3 bulan pertama yang orang panggil fasa induksi. Masa tu blom start blaja/kuliah ikut course lagi... Dengan takleh outing, 7 hari seminggu takde cuti except ko sakit tahap nak meninggal. Haha. Takde la tahap nak meninggal, tapi boleh tahan laaaaaaa...

Sebab tu la berat aku masa tu dari 69kg, abes je fasa induksi tu berat aku jadi 48kg. Ha kau, memang lepas tu aku memang tak percaya la dengan produk pelansingan badan yang bersepah2 kat fesbuk tu...

So bile layan cerita tu balik, aku memang senyum sorang2 laaa... Teringat kot segala apa yg dorang lalui dalam citer tu memang semua benda tu aku penah lalui masa first year sebagai seorang kadet. Tapi first year je lah. The rest is history :)

Hehe... Tak caya aku penah jadi tentera? Meh jumpa aku tengok IC aku still kat blakang tu ada number tentera aku. Or bleh je korang nak check ngan kementah. Ade je rekod.

Gambar? Ade la dengan budak2 skot aku... Cube cari kat tag selongkar album ke mana... Aku malas nak cari. Heh.

Okey la nak tidur sudah... Malam ni takde orang nak dodoikan aku sebab internet aku da abes quota... :(

Buruk betul suara Incik Jep bila dah abes quota internet. Suara dia jadi ala2 optimus prime. Takpe lah. Memang da ngantuk pon :)

Hehe slamat malam semua.

Saturday, August 25, 2012

Kenangan

Seronok lak layan fb harini... Tengok gelagat kawan2 yang time skolah dulu yang dah kawen beraya dengan suami/isteri dan anak2 masing2.

Congrats juga kepada yang sambut raya dengan gelaran baru sempena kelahiran orang baru. Hehe.

Tak tahu kenapa, seronok tengok gamba2 raya dorang yang banyaknye dengan gamba keletah anak2, dan juge fesyen baju raye anak2. Haha. Comel je...

Bile tengok dorang ngan pasangan sekarang ni, tetibe teringat kat sesapa yang rapat dengan aku dan share kisah cinta monyet dorang. Macam tak sangka kan tengok depan mata sendiri jodoh memang rahsia Allah. Ye lah, siyes aku teringat ada yang nangis berguling2 sebab merajuk, gaduh, olololoo... Semua bagai nak rak dengan orang lain time zaman blaja2 dulu...

Tapi sekarang dengan orang lain yang lebih baik, boleh hargai dorang dan boleh membimbing dorang. Alhamdulillah... Seronok sangat tengok. Tak kurang jugak yang jodoh panjang dengan cinta monyet tu. Alhamdulillah lagi, sangaaaattt sweet :)

Bukan nak bukak kisah lama dorang, bahkan tak mention pun sapa, tapi kalo ada diantara korang baca ni, mesti tersenyum sendiri kan? Well, aku pun sama... Teringat2 balik segala apa dah aku lalui tu... Rasa macam... Hmm... Macam2 dah aku belajar, dan semakin kuat untuk terus jadi diri sendiri.

Kenapa ya aku bukak citer ni tiba2?

Haha... Sebab isnin ni Incik Jep dan membe rumahnye datang melawat Penang. Kebetulan lak aku cuti Isnin tu... Dan yang paling penting.... Aku berjaya gak cakap nak introduce Incik Jep sebagai bakal adik ipar kepade Angah. Tapi kan... Hmm je respon dia? Adeihh... Nasib baik sms je...

Alahai...

Saturday, August 4, 2012

Jamming

Harini sehari layan lagu2 Muse yang lama tu... Yang jenis pumpang2 bising tu...

Lalu terkenang zaman2 dulu kemain meriah sibuk buat "Battle of the Band"... Opkos la kat tempat aku study dulu... Meriah kot... Bukan setakat Battle of the Band yang gig kat mini stadium tu je... Siap battle sampingan sepanjang sem dekat kedai makan area mesin ATM tu... Aku pon dah lupa apa nama bangunan tu... Dah la tetiap malam situ ala2 candle light dinner :)

Candle light dinner sebab ade lilin je menerangi tetiap meja... Tapi hiburan kau jangan harap la dapat lagu stock mellow2 bagai... Hari2 layan lagu pesen pop rock, indie la, ntah apape jenis lagi ah... Sambil2 tu tengok la band mana nak jamming... Sape2 nak tunjuk bakat pon boley... Masa tu k-pop pon tak in lagi... Jadi boleh tengok la budak2 campus tu menyerlahkan bakat indie dorang...

Oh ye... Apa khabar ntah jamming studio tuh... Aku rase salah sorang membe aku tengah teruskan perjuangan handle jamming studio yang actually bukak secara kecik2 sampai jadik lengkap masa blaja subject Entrepreneurship... Hoho... Universiti lain ade ke blaja subject tu, bukak bussiness terus jalan sampai sekarang?? Setahu aku kebanyakkan U semua just buat proposal macam nak meniaga, tapi tak jadi ape pon...

Wah, rindu kot pegi jamming... Dari berkaraoke je kan... Tak mencabar langsung. Hehehehehehh :P



Antara lagu feveret untuk jamming, yang paling evergreen lahhh... Tapi masalahnye sorang pun takde bersuara sedap macam Matt Bellamy ni hah... Serta merta jeles nak mampus dengan Kate Hudson sebab ade tunang cam Matt nih...

Takpelah aku ade Incik Jep. Walaupon tak la rock sangat, tapi nantikan next year tengok dier perform dalam Voice of UK, untuk taon 2013 nanti. Cheerio!!

Tuesday, July 31, 2012

Wahh!! Juniorku!!

Tadi tengok2 kat chatbox tu, lalu ternampak ini,

Laa... Sayangnye takde tinggal link ke apa kan... Boleh jugak melawat2 balik dan untuk pastikan betul ke tidak...

Sebab since aku pernah duduk Kuala Selangor, pastu dulu pernah ade sejarah sket dengan orang belah2 Sungai Besar sana nun, lalu dulu kerap la merayau2 area2 sinun sampai ke Sungai Nibong, Selangor tu... So, aku discover di Selangor pon ade Sungai Nibong dan Sekolah Kebangsaan Sungai Nibong...

Tapi aku Sekolah Kebangsaan Sungai Nibong kat Penang... Malangnye junior aku ni takde tinggalkan link untuk aku pegi menjejak dia... Kat fesbuk aku ade buat group untuk batch aku je... Tapi yang aku kenal je la aku boleh biar orang add... Yang aku tak berapa nak kenal... Perlukan penyiasatan lebih terperinci... Hehe...

Anyway, kalo bace post ni, datang la balik, tinggal2kan la link. Boleh saye pegi melawat :)

Sunday, May 20, 2012

Lebih Setahun

Kalo tengok balik print-screen ni... Boleh tahan jugak result aku...

HAHAHA...

Last semester je cam hampeh sikit... Sebab satu paper je... Tu pon Prof tu memang bermasalah ngan aku dan sungguh kedekut markah. Eleh, mujur aku lepas subjek tu... Tu pon penat bertekak kot menyatakan pendirian aku tak MENGHAFAL CARA KERJA/SKEMA JAWAPAN SEM2 LEPAS. Kalo tak... Same macam Zef, sangkut sampai bebile atas tuduhan MENGHAFAL SKEMA JAWAPAN... Pala bana dia la hafal. Best student pon mana penah paham dia ajar apa. Tu lagi master segala penghafal. Kalo betul dia paham, apsal dia takleh jawap bila aku twist sikit mende2 yang "what-so-called" prof ajar guna Matlab? Ingat aku tak reti gune Matlab ke? Heh...

Rupanya tak abes lagi degree aku. Takde status degree dan jugak masih lagi ABSENT.


Entah. Aku malas nak pikir. Aku dah keje pon. Takde mase nak pegi sana setel. Kalo pegi pun bukan boleh setel. Ntah apape. Kalo pegi mintak balik tunggakan aku yang tetibe tadi tengok ade "-RM705.00" tu orait jugak. Camne nak setel negatif camtu? Kena pegi mintak balik la jawapnye... Gile kau nak halalkan? Hahahaha...

Status "ABSENT" tu? Ntah. Penat je kot aku karang surat. Macam takde sape peduli je.

Sebenarnya aku pon tak ingat ape terjadi tahun lepas. Kalo nak refresh pon, style semak entry2 aku yang lepas2 dalam blog ni. Tu pon masih blur tentang ape yang terjadi.

Aku rasa macam aku dah mengalami satu eksiden yang begitu dahsyat lalu hilang ingatan dan lupa segalanya. HAHAHAHA.

Statement keji.

Tapi to be honest....

Memang aku dah lupa semua pon.

Saturday, May 19, 2012

Hilang

Anak buah aku addict dengan henpon.

Si Aiman yang kecik tu la.

Aku pon bagi la phone aku yang banyak berjasa, tapi aku dah tak guna da since aku ade henpon baru taon lepas.

Skang phone tu dah hilang.

Sedih gila.

Nak miskol dah tak dapat dah sebab simkad dalam tu dah lama expired.

Aku bagi kat Aiman pon sebab dalam tu banyak gila games, lepas tu takkan terjadi kredit berkurang atau bil melambung sebab dia tertekan call atau antar SMS kosong kat tah sape2... Biar dia layan phone tu sampai lebam.

Tapi harini dah hilang.

4 tahun weh phone tu ngan aku... Berjasa besar. Kena baling la hape, tapi still function. Dan phone tu jugak banyak mengukir kenangan hampeh dengan ex2. Termasuk betapa kucar-kacirnya idup bila dier dulu tu pegi padam semua nombor budak kelas aku, dan SMS dorang waktu aku sangat2 memerlukan dorang maklumkan pade lecturer kenapa aku takleh datang kelas (mase tu arwah ayah meninggal)

Huuu... Sedih kot.


Antara kenangan yang tinggal.

RIP.

Monday, May 14, 2012

Hari Ibu?

Gamba ni wujud kat fesbuk haritu bukan sempena Hari Ibu pon... Hari2 pon aku ingat kat arwah, hari ibu pebendanya... Upload pasal jeles tengok orang lain upload gambar dengan ibu masing2... Aku cuma ada gamba ni je yang semenggah dan nampak mesra... Gamba lain bukan takde, tapi ade je orang lain menyelit dalam gamba antara aku ngan mama... Kalo ade yang kami berdua pon, gamba tak elok... kodak tu jadi macam mana ka... bila cuci, nampak gambar bertindih... Al-maklum la zaman-zaman ni mana wujud DSLR ke kamera henpon ke apa lagi kan... Semua pakai kodak jaa... Siap tak sure mana satu dah guna, mana satu baru beli... Bila pi cuci, gambar bertindih, baru la pakat nak mengamuk tengok gambar tah ape je jadinya...

Gamba ni antara gamba yg aku tak expect orang like sampai 19 orang kat fesbuk... Termasuk buah hati pengarang jantung pon jadik org ke-19 like gamba nih... Hahaa... Actually gamba ni aku free hair... Edit sket bagi nampak pakai tudung... Tu pon still comot-momot lagi... Gamba ni mase aku form 4 rasenye... Dalam aku dok renung gamba ni sebab rindu banget kat arwah, tetibe aku terpandang gelang kat tangan aku tu...

Gelang tu da hilang... Ade laa barang kemas milik aku yang hilang... Tatau mane pegi... Cuma rantai je tinggal kat aku skang... Nasib baik ade... Kalo hilang gak, menangis aku... Dah la semua barang kemas aku punya memang limited edition... Takde design tu dah kat mane2 kedai... Yang gelang macam aku pakai dalam gambar tu, mungkin laa ade lagi jual kat kedai emas... Tapi dah tak sama sebab 5-5 syiling kat gelang tu syiling special edition jugak arwah beli kat Mekah... Satu set ade 5 bijik... Huwaa...

Tetibe cam nyesal lak tak amik peduli sangat pasal barang kemas hak milik aku dulu... Bila pikir2 balik... Memang semua yang aku ade, arwah susah2 cari untuk buat limited edition, untuk aku sorang je... Tak sama ngan orang lain... Macam rantai aku sekarang ni... Kau ade jumpe rantai yang bila kau perhati dia punya "karangan" tu bukan gelung2 atau bentuk biasa mcm padi ke apa yg kau tengok kat kedai emas lain... Tapi bentuk ikan2... Haa... Lain kan? Tanak attach gamba sini, nanti ade lak antar kedai tiru... Tak best. Haha...

Rantai ngan loket arwah tengah pakai bentuk macam medal tu pon aku tak jumpe... Iskk... Mane la pegi yeh...Tanye abang ngan akak ipar aku, dorang ade simpan ape je... Tak related dengan aku langsung... Hurmm...

Tapiii... Comel kan aku dalam gamba tuh? Heheheheee :P

Sunday, September 18, 2011

Nametag Skolah.

Start harini, kalo rajin pasni aku nak reveal koleksi-koleksi bende yang aku simpan atau penah ade. Sebab nak story pon hidup aku makin hari makin bosan plak skang. Nak citer pasal tempat keje... Malas la plak. Pe barang cerita aku buat OT hari-hari nak kumpul duit nak kawen ye tak?

Nak citer pasal makan... Lunch aku bukan menarik pon... Balik-balik nasik ngan ikan atau nasik ngan ayam. Sayur aku malas nak makan. Kedai makan tu takde buat kangkung goreng belacan. Semua sayur aku reject buta-buta je. Lebih-lebih lagi taugeh. Memang dasar diskriminasi.

Nak citer pasal zaman aku kecik-kecik kang nauzubillah nakal aku nih, dari elok-elok orang sangke aku pompuan melayu terakhir sebab tiap-tiap hari Jumaat aku pakai baju kurung pegi opis kang orang pikir aku samseng dalam Penang plak... Nama je pakai baju kurung, tapi rempit pegi opis tetap macam selalu-selalu. Eh.

So, untuk first-first nih aku reveal nametag zaman skolah yang aku simpan lagi sampai skang... Epic kan kumpul nametag. Senang kengkawan lama nak add kat fesbuk. Dah gadoh aku letak muke aku dorang tak ingat la... Tak kenal nama sangat lahh...


Paling atas tu masa skolah rendah. Second masa lower secondary. Skolah seme pompuan. Batch aku je suci murni nametag kaler putih. Bajet suci ah kan... Next, zaman-zaman budak baik aku mase kat MRSM Perlis. Jangan main-main aku setiausaha PRS tu.

Disebabkan aku yang pegang jawatan setiausaha, maka PRS bukan lagi Pembimbing Rakan Sebaya, tapi dah bertukar jadik Pelingkup Rakan Sebaya... Sebabnye aku la antara kaki tido yang tegar. Sampai budak bilik aku, siap panggil budak bilik sebelah kumpul ramai-ramai tepi katil siap bacakan Yaasin sebab nak suruh aku bangun tido. Nasib baik la takde yang perangai over jahanam sebut "Marabbuka" tepi telinga slow-slow... Kalo ada, bukan setakat meloncat terjun katil je, tah-tah terus aku buat solat sunat taubat sekali... Last tu...

Eh, satu nametag je bukan time skolah.

Paling bawah tu. Zaman kena lanyak macam buruh kasar atau zaman kadet busuk dekat ATMA. Tu je lah kenangan yang ada. Aku skuadron bravo dulu. Sapa kenal Kechek Flower Horn... Ahaha... Aku lah tu... Hari-hari kene starlight kat dahi tak pon kene tunjal ngan cota sebab tido dalam baris... Memang benjol la dahi. Aku serba-boleh apa... Tengah-tengah panas terik, berdiri tegak pon aku boleh tido tanpe tumbang.

Kira serba-boleh la jugak kan?

Sunday, June 19, 2011

Selamat Hari Bapa.

Tadi aku baru lepas tengok rancangan Nasi Lemak Kopi O kat TV9. Segmen apa ntah... Tapi kisah pasal sorang gadis terlantar sejak eksiden 6 bulan lepas.

Teringat uh kat arwah mak. Sebijik macam tu. Siap 5 tahun terlantar camtu. Takde plak nak masuk rancangan TV. Eh, lupa... Kami duduk umah teres. Mana buleh masuk TV. Kot kami duk umah papan mungkin ah kot kan.

Bukan nak compare pasal arwah mak dengan yang kat dalam TV tu. Gadis tu mak dier ah jaga. Sian jugak ah mak dier kan. Arwah mak ni plak... Arwah ayah yang jaga. Sempena hari bapa hari ni... Nak citer ah sikit pasal setianya arwah ayah jaga arwah mak masa dia sakit tu. Bukan sekejap. 5 tahun. Kalo orang lain aku tatau ah bleh tahan ke tak tengok wife sakit-sakit tu siap nak kena angkat untuk mandikan, bagi minum ikut time, bacakan surah-surah... Nasib baik ah ada abang aku tolong-tolong.

Harini hari bapa. Memang teringat ah kat arwah. Kalo dulu masa dia ada, tiap-tiap hari pukul 10 pagi mesti tengok citer P.Ramlee kat Astro Prima. Hari-hari jugak teman dia tengok. Lepas tu mesti dia cerita pasal arwah wan (atok lelaki) penah keje dengan seniman-seniman tu semua kat situ. Dia citer pasal arwah tok (atok pompuan) suka masak untuk dorang. Hehe. Klakar... Lepas studio Jalan Ampas tu tutup, bangsawan pun macam da tak glemer dah, atok ngan wan balik sini, Penang jual pulut udang.

Arwah ayah terer oo wat pulut udang. Pulut udang dia buat memang terbaek ah. Dulu pernah sekali dia tunjuk camne nak buat pulut udang paling sedap. Malangnya aku ah tak salin resipi. Lepas tu siap skip-skip lagi malas nak balut pulut udang kecik-kecik macam yang orang jual kat pasar malam. Sebab sedap, maka aku ikut nafsu buat yang besar-besar. Makan 3 ketul je dah kenyang. Mana taknya. Besar lengan kot. Haha. Aku gile makan pulut udang oh masa tu.

Bagi sape-sape yang tak kenal pulut udang... Ni ah pulut udang. Sumber: Google


Bayangkan tahap kemalasan aku adalah seperti menggabungkan dua pulut udang dalam gambar ni menjadi satu. Besar tak besar?

Hahaha...

Tapi tu semua tinggal kenangan.

Harini, dan tiga hari lepas tu...

Genap la 2 tahun arwah ayah pergi meninggalkan aku dengan abang aku. Tak sangka cepat betul masa berlalu. Aku harap dia gembira la kat sana dengan arwah mak sambil-sambil perhati kami kat sini dari sana. :D

Aku jugak berharap, kalo datang ah jodoh aku dengan mane-mane lelaki, kalo bleh aku nak jenis setia macam dier kat arwah mak. Hehe. Ini kebanyakkan aku baru test sikit terus ajak clash. Memang takleh caye. Bahahahaha. Tambah-tambah plak yang jenis nak sangat-sangat tau rupa aku camne sebab aku jarang jugak tayang muka kat blog. Kat fesbuk pun jarang jugak. Cuma skang je kat fesbuk aku letak gamba betul. Lepas tu bersepah je nak berkenalan. Entah apape. Tu pasal siap kuar entry macam haritu tu.

Haha. Kepada semua ayah-ayah yang ohsem di dunia ni, aku ucapkan selamat hari bapa. :D

Thursday, May 19, 2011

Selongkar Album #5

Lama haih tak buat edisi selongkar album. Haha...

Kali ni gambar yang terpilih adalahhhhhhhhhhhhhh.........................


Haaa... Mana nak cari dah bas kilang camni skang??

Dulu depan umah lama aku adalah port parking bas kilang. Gambar ni memang lama dari edisi selongkar album yang ini. Masa dalam gambar tu orang-orang JKR dah modified longkang depan umah aku.

Oh ye. Longkang depan tu jugak laa aku penah jatuh kat dalam tu. Bau diaaaa... Phehhhhhhhhhhh...!!! Seminggu kau bau dia tak hilang... Nasib baik la masa tu cuti skolah (tadika je pun. Kecoh lebih). Hazab jugak la duduk umah dok mandi bunga la bagai. Terbahek lahhh.... Bahahaha...

Aku merasa mandi bunga sejak tadika okeyyy... Hahaha...

Monday, May 16, 2011

Lali Owww Kene Cop- Cop Ni...

Cop = bagi gelaran kat seseorang. Hihi :D

Masa aku kecik-kecik zaman-zaman skolah dulu, takde kawan, suka terperap kat rumah dan berkawan baik dengan tv, ada kawan-kawan cuma kat skolah, nakal sorang-sorang, suka baca buku cerita la hapa... Orang cop aku "anak mak" sebab dunia aku kat umah je malas nak kuar gi mana-mana...

Masa skolah plak aku bukan la kaki study sangat, tapi alhamdulillah la dapat keputusan baik-baik, kawan-kawan tak ramai, suka buat hal sendiri, sesekali aktif dalam kelas, kadang-kadang muka aku je wakil skolah dalam apape bende akademik masa skolah rendah...Dah kene cop plak "berlagak pandai".

Masa time-time aku abes skolah dulu... Lepas tu ada laa kan sibuk sikit kenal orang lalu kapel la sangat konon-konon lalu aku tak pasal-pasal di cop "gatal".

Lepas aku clash dan bukan main malas lagi nak serius dengan sapa-sapa sebab pulun fokus pada study la sangat... Time ni la orang sibuk-sibuk tanya apsal takde boifren? Tak pasal-pasal aku kene cop "tak laku" plak...

Skang kalo aku bukak topik kawen ke apa ke, atau saje-saje sembang-sembang kosong, dan saje buat-buat survey tanye pasal kursus kawen ke, pasal belanja macam-macam pasal kawen ke, walaupun aku sendiri single... Tak pasal-pasal jugak aku kene cop "sangap". Pejadah celah mane sangap padahal aku mana ada citer lucah pun... Haishhh...

Skang aku nganggur. Korang nak cop ape plak??

Bahahahaha...

Sunday, May 8, 2011

Selamat Hari Ibu

Hari ibu sebenarnye bile? Aku belasah je la post time ni... Tengok macam ramai sangat post pasal hari ibu nih...

Dulu masa kecik-kecik, aku langsung tak pernah nak amik kisah pasal hari ibu ni... Memang langsung tak amik peduli la. Yang paling takleh blah, hari ibu pun biasa aku buat macam biasa-biasa. Takde apape sambutan atau saje-saje buat arwah mak aku rase dihargai. Abes kuat aku merajuk tanak makan nasik sebab takde kacang botol goreng tu ada laa...

Ish ish ishhh... Memang takleh blah kan perangai??

Lepas tu masa aku skolah menengah kot, cikgu seni aku kemain lagi semangat suruh kitorang buat hasil seni tak kira jenis apa pun sempena hari ibu. Memang la aku ni terer melukis dan agak kreatif masa tu sebab selain duit arwah bagi untuk pegi skolah, sumber kewangan aku yang lain adalah buat kad cantik-cantik dan jual kat kawan-kawan. Memang best masa tu modal tak banyak mana tapi kawan-kawan kemain sanggup lagi bayar sebab aku buat kad untuk dorang :D

So, ada la aku buat kolaj. Tapi mana tah pegi dah hilang. Maklum la pindah umah, lagipun dah lama kot... Berbelas tahun pun. Mesti la hilang. Tambah plak jenis tak amik peduli macam aku ni kan...

So, dari situ aku alert pasal hari ibu ni. Tetiap tahun la konon-konon buat kad cantik-cantik untuk mak aku. Tapi biasanya dia gelak-gelak je tanya aku balik nak buat apa dengan kad ni? Besdey dapat kad, hari ibu dapat kad, hari merdeka dapat kad, ntah hapa-hapa hari pun aku asik pulun bagi kad je. Kalo bagi jajan kot boleh jugak makan. Hehe. Comel je aku rasa mak aku komplen.

Lepas tu gigih laa kan malu kene komplen asik bagi kad je... Maka aku pun mulakan langkah buat sesuatu yang istimewa. Wahahahahaha... Yaaaa... Memasak. Bukan setakat masak air ngan goreng telur goreng atau buat megi je tau?? Lebih spesel dari itu.

Masak kuayteow goreng ala-ala campak-campak nama dia. Haha. Aku pun tatau nak bagi nama apa kan... Memang best la kot sebab mak aku siap tambah 5 kali. Phergh. Bukan senang beb. Dah la aku goreng style macam kat pasar malam tu. Bukan buat banyak-banyak secara pukal. Takpa la janji dia hepi. Kenyang kan senang hati :D

Hehee... Senyum aku sorang-sorang bile teringat balik pasal arwah mak ni.

Tapi skang ni semua tinggal kenangan je. Dah 8 tahun aku layan hari ibu dengan lagu "Untukmu Ibu" nyanyian Exists tu. Selalu jugak nangis sampai tertido dengar lagu tu bila layan perasaan. Cuba jugak untuk jadi kuat tiap kali dengar lagu tu tapi takleh. Mungkin sebab aku rapat sangat dengan arwah kot.

Walaupun aku ada ramai kuarge angkat yang sudi add aku jadik family member dorang yang dah memang sedia ramai, tapi tetap tak sama ngan arwah. Ye lahhh... Orang lain dah time besar-besar masuk skolah menengah dekat-dekat nak abes SPM mana rapat sangat dengan mak ayah dorang. Kadang-kadang tu aku tengok ada yang kecik-kecik lagi pun dah pandai melawan cakap mak ayah.

Ish ish ishhh...

Aku ni nakal-nakal aku pun, walaupun kene denda mengarut-ngarut dulu pun, tapi aku rasa makin aku membesar, makin aku rapat dengan mak ayah. Haha. Siap dengan pengalaman kene perli dalam surau mase kuliah maghrib lagi. Dah siap makan pun mak suapkan... Depan orang ramai plak tu. Haha. Bukan sakit ke hapa. Saja mengada-ngada. Eleeehhh... Tukang perli tu jeles lettewwww...

Diam tak diam dah 3 tahun arwah takde kat muka bumi ni. Sebelum tu dia sakit 5 tahun... Kesian... Rindu plak ngan dier. Korang tau tak dah 8 tahun jugak la aku tak makan kari ketam, pajeri nanas, dan jugak kacang botol goreng. 3-3 menu tu kalo dia yang masak memang superb sampai kalo kata gajah lalu lalang dan nak terpijak aku sipi-sipi pun aku tak sedar ouh. Nak masak sendiri tak feeling plak makan sorang-sorang... Huhuhhh...

Haishh... Melayan kenangan je la kan sambil feeling-feeling dengar lagu tu. Sedih betul. Tapi mengada-ngada layan jugak kan...

Korang sempena hari ibu ni buat ape untuk mak korang?

P/s: Aku dah post da aritu... Tuko tarikh je la sebab aku macam malas nak wat entry baru. Hahah... Ape da punye perangai...

Sunday, February 6, 2011

Woww~~ Public Phone.

Takde gamba.

Tadi kuar pegi nak isi minyak moto konon-konon supaya esok boleh pegi kelas on time. Tapi tak jadi sebab orang ramai. On the way balik nampak la ada orang masih lagi gune kemudahan public phone untuk bergayut.

Whoaaa... Sangat oldskool ok? Kat Kuala Selangor ni masih lagi terdapat 2-3 bijik public phone yang masih berfungsi dengan baik.

Phergh. Teringat kenangan kumpul kad phone dulu-dulu. :D

Tuesday, December 7, 2010

Random #42

Aku penah post pasal "Bagi Dirimu" tu dulu. Alaa... Lagu mellow-mellow tu la. Rupenye tajuk asal adalah "Hanya Kawan". Sape lagi nak cari lagu tu rasanya bleh la pegi link ini. Siap bleh download lagi lagu tu nanti. Sila-sila la layan diri ok?

Credit to Ehoza.com punye forum la pasal sebelum ni aku tatau langsung pasal lagu ni rupanya kat situ. Entah makhluk mana ntah passing kat aku dan aku betul-betul tak ingat.

Random #41

Tibe-tibe aku rase aku suke ngan lelaki yang betul-betul tak reti masak. Haha. Imagine how sweet they are if they hardly try to cook something for their lover.

Hehe. Macam arwah ayah wat mase arwah mama demam. Comel gila ok gigih memasak sampai nasik goreng that suppose to be sedap with tempting color, tiba-tiba turned out to be super-duper MANIS?


Haish... Rindunya kat dorang...

Friday, November 12, 2010

Friendster

Pherghhh... Dekat berkurun jugak aku tak jengah friendster. Terbukak hati nak jengah sebab Fazar ngan Din cakap friendster dalam ranking ke-3 site yang orang Melesia bukak. Ye lah, aku pun tamau ketinggalan jugak ye tak???

Haha. Sekali ada mesej dalam tahun ni jugak yang datangnye dari "bekas membe" aku yang pernah aku cakap dier macam nak elak aku je sejak raya tahun lepas. Memang sampai tahap berpatah arang berkerat rotan la aku jadinye. Siap bagi no. fon lagi.

Kenapa la hidup aku skang ni jadik macam orang yang dulu penah jadi kawan baik, lepastu dengan tak semena-mena cuba nak elak-elak dari aku, sebijik macam dah buang aku dari jadi kawan... Tiba-tiba contact balik. Macam sorang minah lahanat berhutang ngan aku tu, siap dah janji nak jumpe la konon semua setel bende-bende yang tak bagus antara kitorang, tapi last-last? Senyap macam tu saja balik.

Patut tak aku percaya minah lagi sorang ni jugak?

Tapi aku reply mesej dia dengan cara paling lahanat jugak la. Kalo tak sedar diri tatau nak cakap apa dah la... Banyak la contact-contact. Hati aku dah tahap takleh terima apasal dulu dier macam buang aku dari jadik kawan tu takde plak nak consider nak mintak maaf ke apa...

Teruk betul...

Tuesday, August 10, 2010

Aku La Yang Memalukan Tu.

Rasanya fenomena video clip kat Youtube pasal emak Khairuddin tu dah sampai pun kepenghujung. Anak makcik comel tu pun dah reply video mak dia kat Youtube tu... Rupanya video tu adalah salah satu teknik mengiklan. Memang super cool la makcik tu dengan anak dia... Aku tau pun dari Joegrimjow. Nice one!!


Dah tu pegi la gigih terjah site si Khairuddin nih. Sebab dia da suruh mak dia stop wat video dan pegi je website dia (-.-"). Sekali rupanya ada contest... Hadiah dia memang da bomb lahh... Rambang mata sekejap tengok duit... Heh.


Tengok?? Besar-besar dia highlight untuk blogger. Hah, apa lagi? Jom la join ramai-ramai!!!

Cerita untuk contest.

Hehe. Actually aku takde sangat kenangan yang memalukan dengan arwah mama ni sebab selalunya dia yang malu dengan aku. Tapi dia tak kisah dan masih bangga depan kawan-kawan sebab punya anak macam aku.

Paling aku tak boleh lupa sekali adalah masa aku umur 5-6 tahun camtu la. Rasanya bleh dimaafkan kot sebab aku blom mumaiyiz lagi masa tu +_+" (Baek punye cover kan???) Err... Masa tu kenduri kawen sape ntah. Aku pun dah lupa...

Masa tu aku rasa aku dah habis jujur la. Tak pandai nak menipu lagi... Kat kenduri tu, makan memang sedap lah... Semua superb lah. Maklum la kan orang tu agak kaya la jugak kan... Sekali time ketibaan pengantin... Rilek-rilek je aku boleh sound kuat pulak tu dengan tanpa rasa bersalah walau sekelumit pun...

"Mama... Kenapa perantin tu tak cantik??"

Oh, aku sikit pelat dan perantin tu adalah pengantin actually. Aku rasa mama dah blushing gila dah masa tu dan bercita-cita nak tampar je aku sebab mulut jujur sangat. Tapi last-last aku kene cubit je pun. Merah-merah jugak la pipi gebu aku ni... Kesian mama... Aku plak malukan dier... Huhu... Anyway, aku marah jugak ngan dia masa tu sebab cubit aku depan sorang budak kecik hensem... Kan da malu aku kat budak hensem tersebut... =P

Ok apa, aku jujur... Masa kecik-kecik dulu aku punya taste boleh tahan jugak sebab arwah suka langgan majalah Wanita, jadik aku tumpang la baca sekali... Tapi lebih pada tengok gambar saje lah... By then aku bleh la bezakan cantik dengan buruk pada mata aku. Kanak-kanak kan jujur... =)

Aku sengih-sengih sendiri je bila teringat cerita ni. Arwah selalu cerita balik kat aku dengan tujuan gurau-gurau. Kadang-kadang dia cerita jugak kat kawan-kawan dia... Malu agak malu jugak la sebab ada kawan-kawan dia yang selambe suke hati je refer aku dengan ayat,

"Ooo... Ni la budak yang komplen pengantin tak cantik tu kan?? Haa... Dah besaq pun noo..."

Malu gak la sikit-sikit. Haha...

------------------------------------------------------------------

Sorry la kalo citer tu tak kelakar... Sebab sepanjang hayat dia dengan aku, aku rasa jarang sangat aku rasa malu dengan dia. Aku mengada-ngada dengan dia lebih-lebih tu ada lah... Sampai tahap kena bahan dalam kuliah maghrib dekat surau masa form 5 sebab makan suap-suap dengan arwah, macam jarang jumpa... Padahal tiap-tiap bulan pun parents datang melawat aku kat hostel. Btw, aku yang ngade-ngade suruh suap pun.


Eleh, tukang tazkirah tu jeles la tuh.

-------------------------------------------------------------------

Hah! Korang yang ada banyak citer kelakar tu apa lagi? Join la contest ni cepat... Nak tunggu telur di hujung tanduk ke baru nak join?? xP