Showing posts with label review citer. Show all posts
Showing posts with label review citer. Show all posts

Sunday, June 6, 2010

Lagenda Budak Setan

Da tengok movie ini??



Aku sebenarnye bukan la peminat cerita-cerita mellow penuh jiwang-jiwang yang seangkatan dengannya tu. Tapi aku punya la eksaited nak tengok cerita ni sebab aku pernah addict dengan novel dia dulu. Heh. Percaya atau tak dulu aku suka gila baca novel.

Cuma tak macam orang lain la. Orang lain makan berhari-hari baca novel. Aku plak novel tebal gila babi tu biasa aku boleh abeskan dalam masa tak sampai setengah hari. Hoh? Aku adalah jenis manusia yang baca laju-laju. Entah kenapa aku boleh baca semua isi satu page dengan hanya sekali imbas. Siap boleh ingat ayat yang best-best dalam tu kot. Novel je pun. Ko tak payah nak pikir panjang. Lain la kalau suruh baca klausa syarat apape ke. Sumpah sampai setiap perkataan pun aku sanggup siap eja betul-betul takut salah baca/salah paham.

Sekarang ni bagi aku novel? Aku boleh layan Ramlee Awang Murshid punya novel saja. Tu pun separuh hati. Tolong la kembalikan semangat aku baca novel. Komik pun dah kurang sekarang. Aku rasa sangat cacat tiba-tiba. Tu la pengaruh teknologi kuat sangat. Aku lebih suka baca blog. Heh.

Aku takde nak citer pasal sipnosis citer ke hapa. Sebab orang yang baca novel dia mesti da tau jalan cerita cemana. Cuma kalo yang belum tengok cerita ni, aku syorkan pegi la tengok. Tapi untuk orang yang pernah baca novel ni atau yang memang jenis minat cerita jiwang-sedih-tapi-agak-kelakar-dan-sweet je bleh tengok. Overall aku santai jugak tengok cerita ni. Takde la sedih sangat pun aku. Tak macam lelaki lembut sebelah kiri seat aku tu. Siap nangis bertisu bagai tengok Ayu kene pukul. Setakat touching sikit-sikit tu stendet la.

Nak tau kenapa?

Aku syak director dia ni jenis hardcore fan novel ni. Heh. Sumpah setiap scene aku tengok, flow ok, takde tergantung ke apa... Sambung elok-elok je semua macam dalam novel. Paling aku suka adalah setiap scene dalam citer ni adalah lebih-kurang dengan apa yang aku imagine masa baca novel dulu. Cuma hero-heroin la tak bajet pun Farid Kamil dengan Lisa Surihani. Tapi lepas tengok cerita ni, gigih jugak aku pikir siapa lagi yang layak bawak watak macam dieorang tu. Heh. Sumpah sweet.

Dan scene feveret aku, kenapa Kasyah tak suke pompuan jugak telah di visualise dengan baik. Heh. Itu yang aku tunggu-tunggu pun. Kalo baca novel, huh jenuh kot nak imagine pasal tu.

Kelemahan dalam citer ni pun benda remeh-remeh je. Macam, mase Ayu eksiden tu, kalo dia tunjuk cermin kereta pecah berderai cacak-cacak kat muka, pastu claim muka hancur teruk, ok la. Lepas tu time Kasyah tengah sedih-sedih, ape ke letak bunyi efek burung gagak bising-bising banyak-banyak? Sumpah annoying. Lepas tu yang kepala si Ayu terhentak dekat pasu sampai hilang ingatan pun lepas kuar spital takde parut tu beb!!! Aku syak hospital ada sponsor pakai bio-oil. Tu je la bende remeh-remeh yang buat slek sikit.

Lain-lain bagi aku memang sebijik feeling macam baca novel. Sampai ada yang kuar dari cinema tu, terus berazam nak cari novel dia. Aku la salah sorang tu sebab dulu aku ada novel tu. Lepas tu main passing-passing sampai aku tatau ada kat sapa last-last. Dah la novel pemberian ex aku. Nak cari  balik walaupun ex aku adalah gay sekarang.

Hoihh... Bukan senang tau aku nak layan cerita jiwang-jiwang macam ni, tauu!!!

Pendapat aku je lah. Orang lain aku tatau la. Aku pun bukan pro sangat pasal filem ni. Asal ok, pada aku ok lah. Heh. So, aku memang suka cerita ni. Sweet dan babak romantik ke apa jadah dalam ni takde nak buat aku muntah-muntah sebab loya. Semua sweet dan agak gila-gila.

Last word. Aku suka cikgu Loga. Hahahahahaaa...

P/S: Sesape yang jenis hati kaca-kaca, baca novel dia pun dah menangis, awal-awal aku nasihatkan bawak la tisu spare dalam 2-3 kotak.

Friday, January 15, 2010

10 Fakta Adnan Sempit Dan Kitorang

  1. Nyaris2 tak dapat tiket sebab da full dan sampai TGV dalam masa ngam2 dengan Sab bawak keta takleh nak lebih 100km/j.

  2. Hampir2 berkira2 nak main zero-point dekat pembahagi jalan nak masuk Jusco Bukit Raja sebab orang luar biasa ramainye pasal J-Card day. Huhuhh...

  3. Dapat seat sederet kami 4 orang belah tepi2.

  4. Bengang dengan orang belakang asik tendang2 kerusi. Ko nak buat acara keluarga muhibbah pun agak2 la kan...

  5. Orang belakang gelak macam pontianak. Kami cuba beat tapi tak dapat.

  6. Adore gila2 dengan quote, "kerana nila setitik, rosak rempit sebelanga" dan "I dont want banana fruit two times"

  7. Shaheizy Sam tetap comel tak kira masa dan keadaan sekalipun.

  8. Satu2nye rempit yang berhemah dan kantoi buat wheelie...

  9. Cat Farish sebagai penasihat pun kelakar jugak... Lebih2 lagi "penyanyi tetap" gerai beliau.

  10. Aku juga bercita2 nak tukar moto... Nak jugak Modenas GT 128. Sebab lebih ringan dan laju. LC 135 pun bleh kalah beb!! Penah test nih... Err... Jangan bagitau Jonny, ok?

Monday, October 5, 2009

Momok Seram Hangguk Lu~~!!!

Disebabkan hari minggu aku sangat bosan, laptop plak tak betul lagi sebab tengah dalam proses format... Tengah semangat nak format laptop, installer pulak wat spoil... So, aku decide la kuar umah, lepak umah kazen aku, Atin yang stay sebelah BJ tu. Niat asal nak pi tukar installer je. Tapi kalo tiba2 installer buat hal lagi, takyah ulang-alik bazir minyak Jonny tu.

Tapi rupanya dia ada plan lain. Tapi plan ni aku boleh menyelit la sekali. Sebab dier bukan kuar dengan orang lain pun. Dengan sedara2 jugak. Syifa. Sebab aku rasa kalo nak tawaf 1 BJ tu tak berbaloi sangat sebab takde mende yang best pun kat situ, aku pun offer la dorang tengok wayang. Syifa cakap dia nak tengok citer Momok. Katanya iklan kat tv nampak seram. Biar betul minah ni. Bukan dia penakut ke?

Layan je la. Mula2 aku tak confident dengan citer ni. Maklum la. Citer hantu Melayu. Mana penah seram pun. Spoil sana-sini. Habih kuat pun banyak mengarut. Dah la starting citer dah buat aku putus selera nak layan sampai abeh. Ada plak suara gema2 tu bebel2. Sepatah haram dia cakap aku tak paham. Baik takyah letak kan?

Tapi bila dah layan citer ni, aku rasa not bad la. Bukan pasal seram ke ape. Tapi LAWAK nak mati. Serius. Kami bertiga memang bersungguh2 gelak dalam panggung wayang tu. Tapi orang lain tak pulak gelak cam kami. Huhu. Aku syak dorang ni mesti jenis serius bila layan citer hantu. Nak gelak pun takut2.

Aku agak suka citer ni sebab ada feeling2 citer2 hantu zaman 80 or awal 90-an dulu2 (ke...Screen panggung tu yang dah patut kene ganti?) Dari style citer sampai la ke pelakon2. Memang ada feeling2 80-an/90-an la. Rasa klasik plak. So takde la aku rasa nak pukul orang macam lepas tengok citer seram "Congkak" dulu tu. Nak plak ada pelakon2 memang stok2 kelakar macam Abon dengan Pak Aziz Sattar tu... So, memang patut la korang layan citer ni kalo otak berserabut.

Sorry la kepada pengarah citer ni kalo dia bersungguh2 buat citer seram yang gampang seram. Tapi takde effect pun kat aku. Nescaya kalo korang tension, bila tengok citer ni, tolong tune kepala otak korang untuk tengok unsur2 kelakar dan boleh main teka2 samada salah satu part tu jenazah dah dimandikan ke belum. Betul. Jangan pikir ape. Layan je flow citer ni. Memang sungguh2 kelakar.

Ok. Lastly, buat tatapan peminat2 cerita seram.
Aksi meng-cover double-chin. Serius la wey aku makin chubby!!!

Soklan cepu-cemas.

Sapa nampak paling muda dalam gambar ini?

Dari kiri, Atin, Syifa dan aku. Hmpphh...Dah tentu aku out of list (bagi yang kenal aku la)

Saturday, July 18, 2009

Ini Cerita Last Week

Korang dah tengok Transformers? Pade yang dah tu tahniah la. Pade yang belum...Rugi wohh... Sungguh banyak besi2 buruk dalam citer tu untuk korang tengok dan gelakkan. Baru aku tau Bumblebee boleh menangis dan dier tak suke tuan dier yang lurus cam pembaris itu curang. Wakaka~~!! Best la... Last week layan marathon movies dengan membe blogger gak... ProfWacko... Haha...Tenkiu la banyak2 coz blanje... At least citer2 yang ko pick memang best dan bleh lupe jap masalah aku dengan nombor misteri yang call sehari sebelum tu. Saje nak tayang poster citer best tuh~~ Public Enemies dengan Transformers... 2-2 citer best.















Oh, ye... Pasal nombor tuu... Skang aku dah tawu dah sape yang call... Tapi skang dorang cam men tarik tali plak... Mula2 call aku Rabu lepas, time2 demam bagai nak rak dia bleh interview aku macam2. Hatiku dah ber-munge2 gumbira pasal ingatkan dapat... Skali time2 kalut wat report la bagai... Dier call balik suh apply lain thru website dorang. Tapi apape hal nanti jangan lupa inform sama tukang call tu. Aku tatau la nak letak harapan lagi ke tak kat situ. Dah la minggu ni jugak aku rasa mailbox aku tu penuh dengan email2 company seperti Agilent, Micro Modular System, dll... Mereject aku tanpe belas kesian. Uhhh...Kijammm...Kijammmm...

Thursday, April 9, 2009

Ada Apa Dengan Badut?

Sape penah layan citer IT ni awal 90`an dulu? Alaa...Citer badut seram masa kita kecik2 dulu laa...Seram gila kan rasa bila teringat balik? Aku punya la fanatik ngan citer tu masa tu sampai aku tak suka nak makan kat Mc Donald. Semata2 sebab Ronald Mc Donald tu adalah seorang badut. Rela aku pegi A&W masa tu sebab ada root beer.

Dah la masa layan citer tu...Aku baru first time belajar tido sorang2 dalam bilik. Nightmare tau! Kul 5 pagi aku siap meraung sorang2 kat dalam bilik. Arwah mama masa tu dah cuak dah...Skali aku cakap ngan dia aku teringat citer badut seram yang abang aku ajak layan sama2 malam tu. Teruk gak la abang aku kene marah. Mana taknya...Abang aku cabar aku. Kalo tak tengok citer tu...Aku tak bleh tumpang baca komik Gila-Gila yang dia rajin beli. Takpun dia nak report kat arwah mama yang aku slalu curi2 baca komik tu selit dalam buku teks Bahasa Inggeris.

Skang aku dah tak takut sangat dah ngan badut. Tapi aku nak sangat layan citer ni balik. Ada sapa2 rajin nak download citer ni tak? Aku malas nak download movie sebab lama sangat nak tunggu. Cukup la satu citer je yang aku download dulu...Pastu aku rajin mintak ngan Mark n the gang. Dorang rajin gak download movie. Tapi aku tak sure la dorang layan citer ni ke tak.

Nah, layan trailer citer ni yang aku rembat kat YouTube kalo korang ingat2 lupa pasal citer nih.

Monday, March 9, 2009

Citer Kegemaran Aku

Cakap banyak pun tak guna...Setelah berhempas pulas selama 8 jam [3 jam download, 5 jam convert ke dvd format]...

Akhirnya aku berjaya menonton citer kegemaran aku yang dulu aku simpan...Pastu kene rembat ngan kawan2...Pastu dier buat2 lupa dan terus aku tak dapat balik citer tu...Bile tanye...Dier boleh plak cakap orang len yang amik...Pastu tanye lagi orang len tu...Bleh plak dier wat2 hilang ingatan tak ngaku dier amik...Ape ke he nye yobbb?!!!

Ni la citernye...Tahun 2002 punye citer...Zaman2 aku amik SPM dulu2...Tapi aku tak sure la citer ni masuk cinema Malaysia ke tak sebab citer ni agak dasat gak la unsur2 keganasan dier...Aku bleh teruja nak beli dvd pirate citer ni pasal tengok video clip lagu Muse yang tah sape2 tah modified menggunakan citer nih...

Di kesempatan ini aku nak mengucapkan berbanyak2 terima kasih kepade Incik Xord kerana tanpa pertolongan cemas darimu, takde la aku bleh layan citer ni lagi dah...Untuk sinopsis citer ni, anda bolehla ke sini.

Terime kasih Xord!!
Jasamu dikenang!!!

Hehe...Sebenarnye aku dah termalu jap pasal keterujaan aku layan citer ni aku hampir lupe nak ucap terime kasih kat dia sampai aku kene perli sat kat ym...Huhu...Sori la babe...Aku excited sangat la...Hehe...

P/S: Mula2 aku rase cam kene tipu gak sebab aku dah download 7 part .rar file...Bile extract setiap satu file...Sume kuar output yang sama...Skali Xord pun dengan baik hati la explain kat aku yang sebenarnye file2 tu memang aku kene download sume kalo kurang salah satu...Takleh nak extract...Sebab file2 tu terpisah secara realiti...Tapi bersambung dengan baik dan lengkap secara virtual...Hurm...Sungguh bijak rupanya mereka...

Thursday, March 5, 2009

Blogger-hopping Sana-Sini

Harini aku malas nak update apape sebenarnye...Tapi dah singgah2 kat blog orang sana-sini...Tibe2 aku rase nak komen something dari satu blog yang sempat aku singgah tadi...

Citernye pasal muvi "Geng:Pengembaraan Bermula" tu la...Refer la sini kalo berani...Haha!!

Secara peribadi aku suke gile citer tuh...Baru tengok skali pun rase cam nak tengok lagi 14 kali...Malangnye time aku pegi tu dah nak sipi2 dah cukup 14 hari syarat wajib tayang oleh Finas.Huhu...Aku bleh terbabas tengok citer tu pun sebab dah tatau nak bagi adiah ape kat kazen kesayangan aku tu...Merangkap adik la sebab aku tak penah ader adik. Maklum la...Aku kan yang paling bongsu dalam kuarge.

Nak aku review ke? Aku baru teringat pasal citer tu pun dah separuh mati aku gelak...Ape tah lagi nak share review citer tu dengan korang...Mau gigil2 aku nak taip sini...Silap2 haribulan...Pecah plak keyboard laptop aku sebab aku takleh nak tahan tekanan taip terlalu kuat sebab gelak terlampau...Siyes korang takkan rase rugi beli tiket mahal2 nak tengok citer ni sebab memang berbaloi...Silap2 haribulan korang akan kuar balik pas abeh muvi tu dan beratur sekali lagi untuk beli tiket untuk tayangan seterusnye.Rugi oww kalo sape2 tak tengok citer ni. Buang la ego korang tu...Sekali-sekala layan kartun, ape salahnye...Takkan jadik cacat pun otak kalo layan.

Oh, ye...Pasal berita kat blog itu... Aku harap sangat la ramai pihak membuka mata tentang potensi citer ni dan betapa rakyat Malaysia tak berasa jemu untuk menonton citer kartun ala2 fantasi camni berulang kali bersama2 dengan keluarga masing2 berbanding nak bagi laluan pada citer2 lain yang belum tentu lagi satu keluarga boleh bersantai menonton bersama2. Contohnye citer hantu2 ke...Seram2 ke...Takkan korang nak angkut kanak2 bawah umo menonton sama? Boleh trauma seumo hidup oww~~~!!

Friday, February 20, 2009

Aku Tak Sangke Citer Ong-Bak 2 Itu Kelakar Abes...

Kepade penggemar citer aksi...Aku nak bagitau...Citer Ong-Bak 2 adalah citer aksi yang boleh tahan kelakar untuk ditonton... Tapi memang wajar la kan...Nape nak serius bertumbuk2 sepanjang masa, kan?


Aku paling suke part pompuan yang terselit celah pokok dalam gua yang Tien (Tony Jaa) nak tolong tu, dalam ujian terakhir dier nak jadik insan yang power se-power Power Rangers...Mule2 bajet ayu gila ah...Pastu bertukar jadik rimau...Siap ader custome lagi...Haha!! Gile betul...Tu lawak sikit jek...Part Tien nak gi tuntut bela kat tempat dier kene blaja tarian tu...Awek tu muncul lagi...Kali ni pakai custome burung gagak...Apa motif kene pakai custome aku pun tatau ah...Tapi lawak gile ah...

Lain2 yang klakar...Tien kene blaja menari...Haha!! Gile ape pewaris takhta kene blaja tarian dulu...Pastu elok jugak la dier kene kidnap...Baru la true dalam landasan untuk menjadi seorang ong-bak yang tegar...

Suke hati aku la baru nak review pasal citer nih walaupun aku dah tonton citer ni minggu lepas bersama2 Ahmad Fauzi. Oh, ye! Fauzi nak jual laptop dier yang canggih-manggih itu...Nak tawu details pasal laptop beliau yang bakal dijual tu bleh pegi sini.

P/S: Citer itu jugak takde kaitan langsung dengan Ong-Bak 1. Tony Jaa memang stylo!

Monday, November 17, 2008

Layankan Saje...

Huh!! Tadi aku layan 2 movie skaligus kat tv...Ye lah...Ader estro...Ekekeke!! Slumberlantong la layan muviee nih...Walaupun sume muvie nih muvie lama...

Citer pertama: The Nanny`s Diaries (2007)

Sangat la best citer ni...Hehehe...Pasal Annie Braddock yang sangat blur ngan future dier lepas grad, tapi pastu dier jadik nanny kepade budak cute yang bername Grayer selepas insiden dier selamatkan budak tuh dan mak budak tu, Mrs.X telah salah dengar name dier...Hape ke pekak...Dier cakap name dier Annie, tapi orang tua tu dengar 'nanny'. Sangat takley blah hokee!!Akhirnye dier amik keputusan keje je ngan dorang dan terpakse tipu mak dier sendiri cakap dier keje kat bank.Kene buli ngan majikan yang obses gile babi ngan persatuan2 yang entah apapa je. Pastu jatuh chenta ngan penjage lift apartment tuh...Aku terpakse confess yang dey all berdua sangat la hawttt!! Last2 dier kene buang keje sebab Mrs. X tu discover dier date ngan Incik Jage Lif itu... Tapi takpe, at least dier merdeka dan berjaye menyedarkan Mrs.X tu tentang kepentingan berade disamping anak sendiri...Moral of the story...Grad hebat camne pun, kalo blur ngan future+takde planning mase depan tak gune jugak...

Citer kedua: The Letter Of Death (2006)

Citer ni pasal citer hantu...Sari ngan Nattaya nih cube nak cari punce kematian geng2 kelas dier. Dorang discover mende nih punce dari 'kawan baik' Sari ni dulu... Sorang budak yang lurus bendul jugak laa...Dier dendam sebab bagi dier, sebab classmates dier laa...Mase depan dier jadik ntah apapa...Dier kene tolong pakcik dier langsaikan hutang hospital laa...Pakcik dier tensen gile, pastu bunuh diri...Dier pun tensen gak, pastu bunuh diri...Tapi dier wat surat suh teka ape nama penuh dier...Maybe kalo dapat teka dorang selamat kot...Entah la!! At the end, walaupun Sari ni baik ngan dier, tapi Sari jugak la ala2 membe yang backstabber...Dier dapat cari nama penuh antu tu pun tak gune sebab last2 dier pun mati sebab bunuh diri jugak...Motif citer ni adalah dendam...


Satu je aku confuse ngan citer2 hantu yang dikuarkan oleh sume produser filem sepelusuk dunia...Tader satu pun citer hantu yang buat aku rase takut tahap gampang...Rase sedih ngan terluka lagi ade laa...So, kesimpulan kat sini, jangan takut bile tengok citer hantu...Sume citer hantu tuh sad ending, serta banyak berunsurkan dendam...Takleh ke kiter bermaaf-maafan jek? Biar mati dengan tenang?Tapi, kiter kene hayati betul2 citer2 hantu tu supaye ape yang dah jadik dalam citer tu kiter takkan repeat balik dalam life kiter supaye kiter pun tak jadik hantu seperti dalam citer tuh...Hahaha...Citer hantu yang lain sikit dari yang banyak2 citer penah aku tengok ni pun maybe Casper je la kot...Dier hantu yang friendly...