Wednesday, July 13, 2011

Pathetic Vs. Annoying.

Aku penah suarakan yang aku single. Tapi takde la desperate sangat sampai ada yang kemain gila-gila match make la segala. No, no... Aku blom tahap desperate nak berlaki lagi. Aku hepi-hepi lagi dengan hidup sekarang.

Masalahnye bila ada manusia yang rasa aku selalu tegur dia kat fesbuk chat tu sebagai satu tanda yang konon aku nak kat dia. Let me name him as H. Dia rasa dia taknak kat aku maka dia kelam-kabut kemain introduce aku punya profile dekat kawan-kawan. Siap passing-passing no fon aku lagi bagai. Watdehel. Dah la tak tanya aku kalau-kalau no fon aku tu boleh ke tidak dier bagi dekat kawan-kawan. No respect kat situ. Number phone aku bukan la hak milik public ok?

Then it happen to be bila orang aku tak kenal LANGSUNG request add friend kat aku di fesbuk adalah kawan si H ni. Let me name him as W. Aku memang bangsa malas nak approve orang yang aku tak kenal sekarang ni jadi kawan kalau dia tak sertakan mesej kenapa aku patut approve dia. Wey, apa motif aku enable button message walaupun belum add aku as friend pon still boleh mesej aku in case nak bagitau apape. Kan senang? Tapi dah H ni iye-iye sangat suruh aku approve, asal aku chat je dia mesti mention bila nak approve kawan dia... Terpaksa ok?

Aku nak tegur orang kat fesbuk chat pon bermusim. Ikut mood aku dan bila macam aku suka nak sembang dengan sesape. Suka hati aku la kan kalo ada temporary feelings walaupun dengan kawan-kawan sendiri. Apa temporary feelings? Boleh tengok dekat blog terfaktab. Memang selalu sangat lah aku ada temporary feelings macam ni.

Biasa pon manusia yang kat fesbuk chat yang tibe-tibe aku jadi rajin nak chat tu pon selalu jugak tanya aku what if kalo dia ajak aku nikah. Selalunya jugak aku takde bagi jawapan apape. Kalo ada pon aku twist the fact. Aku bukan kenal dia sangat pon, just tumpang sekaki membahan gambar tadika aku dekat album kawan aku, memang la boleh je cepat ngam ngan aku. Dan so far takde la sangat chat jenis annoying ke apa dengan aku. Good enough la kan.

Paling takleh blah tu sibuk sangat match make aku dengan sorang kawan dia. W tu. Aku memang tak kenal, tak penah tumpang sekaki dok bakar-membakar gambar kawan-kawan aku macam mamat H ni dengan kawan-kawan aku yang lain. W adalah tak bercampur sangat dengan dorang. Camne aku nak tau dia jenis boleh bawak bergurau kasar ke halus ke kejam ke atau senang dibuat membe ke sebab tak macam H ni?

Then tadi masa aku tengah syiok-syiok terlelap lepas isyak sebab ngantuk sangat, ada la pulak manusia call. Aku jawap je la call sebab aku bukan ada masalah dengan sapa-sapa. Lagipun mana la tau kot-kot kawan-kawan lama aku call ke kan... Pasal ada sekali tu tergatal tangan ter-reset abes semua bende dalam phone aku sampai semua no phone dalam phone hilang. Tinggal yang penting-penting je dalam simkad.

Satu pantang aku kalo dah call, aku tatau sapa sebab aku tak penah save nombor tu, then orang yang call aku pon semestinya tau yang dia first time call aku, langsung tak kenal aku, tapi bila call suruh main teka-teki pulak sapa. Kalo mood aku ok, memang ah aku layan je. Kau bagi la hint banyak camne pon kalo dah aku cakap aku tak kenal, TOLONG bagitau kau sapa, nama apa semua. Jangan sampai aku tinggikan suara dalam phone. Memang la suara aku macam kanak-kanak, tapi sila jangan menyesal kalo dah cari pasal dengan aku. Aku jenis tak maki orang, tapi aku suka bagi ayat sentap makan dalam.

Ini cakap kawan. Nak kenal. Watdehel la nak kenal dah tu tak reti-reti nak bagitau nama? Kalo kawan sekalipun, takda nama? Lepas tu dah la hipokrit sangat claim cakap kenal aku la semua. BULLSHIT! Kalo ko betul kenal aku, ko takkan komplen kenapa aku cakap tak bunyi loghat utara. Semua kawan-kawan aku noticed pasal ni. Eventho yang baru kenal aku tak sampai sejam pun noticed benda ni. Kalo aku cuba cakap loghat utara pon selalunya memang boleh buat orang gelak kat aku dan slambe kutuk depan-depan tolong jadi diri sendiri.

Dah sampai part komplen tu memang aku mendidih dah la. Dah la aku tanya sapa lepas 5 kali baru jawap, pastu claim kenal aku, tapi ada hati nak komplen benda kecik macam ni. Memang aku sound tepek la sekali kat phone. Sejak keje drafting ni aku memang sensitif dengan bende-bende particular macam ni. Sekalipun benda tu kecik sekecik kuman.

"Kalo da tatau apape pasal aku, jangan la hipokrit sangat mengaku kenal la semua, paham?"

Terus aku letak tanpe tunggu apa explaination dari orang sebalik sana. Pastu datang la sms kat henset aku, baru gelabah tau aku bengang, marah. Ingat aku gedik sangat ke nak berkenalan la apa dengan orang? Ingat aku suka ke buat macam ni? Tau plak nak komplen cakap aku sombong.

Memang aku sombong. So? Ada masalah ke?

Kat status fesbuk aku update status emo-emo macam tu. Sampai orang yang buat salah tu mengaku jugak kat status tu. Aku dah puas hati betul orang tu yang salah. Sebab masa call dia boleh cakap nama orang lain. Memang watdefish betul orang tu. Aku tak perlu cuak sebab dah ngaku kat status, maka slambe aku unfriend beliau. Walaupun dah minta maaf. Lantak laa... Aku cuma tak suka manusia pesen macam ni.

Tu lah. Sapa suruh cari pasal dengan aku kan?

Bajet aku macam pompuan lain ke tergedik sangat nak layan orang macam ni?

Kalo ko approach aku cara elok, professional, aku tak kisah pon nak berkawan dengan sapa-sapa eventho aku tak kenal langsung. Tapi kalo dah cara pathetic dan annoying macam ni dengan harapan aku layan, sorry banyak-banyak la derrr...

Ada jugak yang bising sebab perangai aku macam ni ah mengakibatkan aku memang payah sikit nak couple atau kenal orang lain ala-ala citer sweet-sweet salah no fon kejadah lepas tu couple lepas tu kawen. Oh, no, no... I'm realistic person ok? Sebab aku realistic la aku amik engineering. Dulu la. Ah, tapi aku memang realistic lah. No fairy tales kejadah semua. Aku cuma boleh baca je. Nak menghayati ke, atau letakkan diri aku kat situ, no way.

Aku sombong. Kadang-kadang aku senang rapat dengan orang yang sekepala dengan aku, tapi tak semua. Memang sangat la rapatnya sampai sesetengah orang boleh misjudge relation kitorang. Percayalah, dah banyak kali pun macam ni. Tapi camtu je la. Relation cuma setakat kawan dan tak lebih dari tu. Bukan tak pernah cuba cross border, tapi memang tak boleh. Aku lagi senang berkawan.

Cuma jangan cari pasal dengan aku. Tu saje.

Wordless wednesday? Go to hell.

Tuesday, July 12, 2011

Random #70

Walau sesopan mane pon pompuan tu di tempat-tempat awam, walaupun dia nurse paling lemah lembut, percayalah kalo bagi dia bawak moto kat area jalan paling jem teruk dalam Penang, tak mustahil dia boleh kuarkan segala skill-skill rempit terpendam.

Serius.

Walaupun pakai baju kurung.

Eh, tu aku...

Sunday, July 10, 2011

Dating Dengan Abang Sendiri :D

Aaaaahahahaha... Tajuk macam loser. Tapi ni siyes harini sehari suntuk aku kuar ngan abang aku je. Sebab wife ngan anak-anak dia balik kampung, ada kenduri cukur jambul anak adik wife dier tu. Pastu dia ada event futsal plak, sebab tu abang aku tak ikut balik...

Kalo tinggal aku sorang-sorang kat umah bukan boleh caya... Silap-silap satu hari ada 24 jam nih, cuma tinggal 7-8 jam je waktu aku berjaga.

Lain-lain of course la diisi dengan hobi terhebat abad ini iaitu, TIDO.

Aku memang kaki tido yang tegar. Kalo boleh tido 24 jam, 24 jam tu la aku belasah tido. Tak peduli apa dah. Tapi sebab perut kena isi, kena solat, kena pegi kedai, kena sidai baju, kena mandi, kena tutup pagar, berak, so cukup la tu 7-8 jam untuk setel semua-semua tu kannnn....

Maka, beliau sejak semalam lagi dah tanya aku ade apape aktiviti tak untuk harini... Bila aku terkebil-kebil tengok dia sambil buat muka sadis yang takde sape ajak aku pegi mana-mana, jadi dia ajak la aku pegi event futsal dia. Tujuan utama opkos la untuk suruh aku jadi jurukamera peribadi dia kan... Hahaha... Bila lagi ye takkk...

Masalahnye aku bila sampai sana, orang lain sibuk bergambar pasukan dan gambar-gambar candid baju futsal sponsor, aku pulak sibuk kejar 2 ekor anak kucing yang comel. Aaaa... Teringat kat Bunbun dengan Oyen, anak Flora tu... Kucing 2 eko ni macam kembar. Tapi liar dan tak mesra alam sangat... Tak pernah mesra dengan orang kot. Tapi dorang saaaaangat comel!!!

Miaoooo~~!!

Event ni start pukul 8 pagi dan abes dalam pukul 1 tengah hari camtu laa... Jangan tanya la pasukan abang aku tu menang ke tidak... Haha... Wat sadis je jadi penyokong dia. Mujur la aku takde terlampau sangat siap nak buat-buat banner bagai... Hahah... Dorang nih asik kalah je... =..="

Tapi gaya main ala-ala pro la. Konon je laaaa......




Layan je 2 je gambar aku taruh. Gambar-gambar pon gune henset aku je. Sebab kamera abang aku problem dengan bateri. Tatau kenapa. Dah lama kot. Nak suruh tukar baru lettewww...

Lagi satu tujuan dia ajak aku sebab nak jumpekan aku (jumpekan???) dengan sorang membe sekampung aku yang macam dah lama gila tak jumpe. Kebetulan dorang keje satu kilang... Ala-ala jejak kesian aa nih. Tapi aku malas plak nak tangkap gamba aku ngan dier. Haha. Bukan sebab dier pompuan lahhh!!! Tapi sebab... Memang aku pon malas ah... Takde sebab. Haha. Lagipun dia busy la kan sebagai kapten salah satu pasukan pompuan yang bertanding... Tanak la kacau beliau bincangkan strategi dengan anak-anak buah kan lah sangat... :P

Dah habes event tu kan takkan nak terus balik melepak umah je kan... Bosan jugak jadinye... So, abang aku bagi cadangan pegi swimming kat PISA. Aku macaaammm... Erghhh... Nak pegi ke?? Dah la tengah lapar gila ni... Setakat pulun nasik lemak sebungkus je pagi tadi... Mana cukup kann... Tapi dah pikir bosan plak, maka aku on je...

Harini swimming kat PISA sangat la best. Macam hari berkenalan sedunia je aku rasa. Sebab ramai la plak ramah-ramah tegur aku dalam pool tu. Sorang pangkat akak, sorang lagi pangkat adik. Lain-lain tu biasa-biasa je sebab tak banyak sembang sangat. Cuma bila yang pangkat adik tu tego aku ah aku rasa macam biar betul budak ni....

Sebenarnye bukan pangkat adik pon laa... Macam pangkat anak buah aku je...

Kemain slambe lagi tego aku awal-awal tu...

"Nama ampa sapa? Nama kami Syazwani..."

"Nama kami Aslina..."

"Umok ampa berapa? Kami 6 tahun..."

Time ni aku dah tak tahan nak gelak dah... Tapi dalam air... Aku senyum je tak jawap...

"Awat ampa takmau jawap... Umok ampa berapa?? Sama ngan kakak kami ka??"

Masa ni dia siap tunjuk kakak dia yang aku rasa baru umo 12 tahun... Aku macam... Erghh... Biar betul budak ni dia nak samakan aku dengan kakak dia... Huhuhhh...

Kemain peramah lagi budak ni. Dah la comel macam Mia Sara tu... Pandai berenang lagi... Banyak bercakap... Aku rasa macam dalam rancangan Tom-Tom Bak sekejap... Hahahahah...

Aku balas ah...

"Kami dah 26 la sayang oiii... Hahahah..."

Dia blur-blur siap konon kira ngan jari lagi kan berapa banyak laa 26 tu... Yang orang lain sekitar-sekitar tu da senyum-senyum da tengok kami... Pastu ada geng budak-budak skolah rendah lain nak sembang ngan dia pon ingat aku kakak dia...

Budak ni kira dahsyat ah jugak... Anak buah aku yang darjah 2 pon tak berani pegi tempat yang aku lepak-lepak ni... Dalam lebih kurang 1.5m jugak laa... Tapi budak kecik ni slambe jeee... Adohaiii... Comel gileeee...

Oh ye adik-beradik dier seme terer berenang. Termasuk adik dier yang setahun lebih tu pon da pandai apung-apung diri dalam air. Tak ah macam Aiman haritu siap bergelut dengan air... Iskkk... Aku tanya Wani tu tak takut ke berenang kat tempat dalam camni... Dier jawap tak.... Siap main selam-selam lagi... Ok, aku kalah sikit main selam-selam ngan dia. Awal-awal je lah hoiii... Apa gila asik nak kalah ngan budak-budak jeee...Hahaha...

Lepas 2 jam lebih berendam dalam kolam tu... Orang pon macam makin ramai jee... Aku ngan abang aku pon blah ah... Da arr dengan lapar gile lagii... Mula-mula aku nak ajak dier makan satay kat Ah Basri tu... Tapi tutup plak... So, sep ah duit aku sebab kene ikut plan dia makan mekdi. Haha... Kalo satay tu aku ah blanje... Tapi da pegi mekdi... Aku pau dia GCB large. Hahah...

Aku rasa ni first time aku kuar ngan abang aku sehari suntuk kitorang 2 orang je... Kalo citer kat anak-anak dia ni confirm la dorang jeles sebab pegi berenang kat PISA tu ngan makan mekdi. Hahahh...

Ahhh... Pe salah kan kuar ngan abang sendiri dari kuar dating dengan boifren yang dah tentu-tentu la takde kene-mengena dalam hidup... Lagipon semalam sampai esok abang aku "membujang" sebab wife dia balik kampung... Hari wife dia balik kampung, dia keje... Harini ada futsal... Esok dier keje gak...

Takpe la, at least aku ada chance spend time ngan ahli kuarge sendiri. Nak-nak plak kan sementara tengah single lagi kan. Ah, macam la kalo aku ade boifren pon aku iye-iye nak kuar dating la segala... Dulu-dulu asik kene dump sebab pemalas yang amat nak kuar dating la punye pasal. Sanggup lagi kuar dengan kawan-kawan. Hahahahh... Lain la kalo dah kawen kot rajin la nak kuar sesame... Pffttt~~!!!

Next time yang tatau bila dia ajak pegi bowling plak. Tapi bowling kena ramai-ramai la. Takleh aa berdua je. Kang abes semua ke longkang.

Sila la jeles sebab aku ade abang yang tua 11 tahun dari aku tapi sporting macam rakan sebaya gini. Muahahahhaa...!!!

Friday, July 8, 2011

Tak Jadi.

Ada satu post tu kan aku cakap aku nak reveal 1 lagi blog aku lepas besday aku semalam. Post mana aku pun malas nak cari. Tapi sini nak cakap yang mende tu tak jadi lah.

Nasib baik jugak la aku tak cerita lebih-lebih dan abang aku plak memang jenis pelupa apa benda yang aku cerita dulu tu masa bulan Mac dulu kot pasal besday aku selain besday aku yang dia kena ingat tiap-tiap tahun sebab road-tax moto dia sama tarikh ngan besday aku. Huhu.

Tanak komen lebih-lebih coz benda memang tak jadi.

Anyway aku sangat gumbira dengan besday aku sebab orang yang aku sangat-sangat tunggu-tunggu tiap-tiap tahun antar wish besday akhirnye antar jugak wish untuk tahun ni. Dah la kemain lama lost contact sejak dia ikut husband dia pindah pegi Johor. Haish... Dah 2 orang anak dah "kembar-lain-mak-ayah" aku nih. Siyes lama gila tak contact. Aku ada 2 no fon dia. Satu memang nombor dia, satu lagi husband dia sebab dia pinjam no husband dia tahun 2009 dulu nak wish besday aku.

Besday kami sama. Tapi aku dah confuse mana satu nombor dia sebab 2-2 aku save dekat nama dia. Aku hantar mesej selamat hari raya tu dulu tak balas. Erm, tah-tah aku terhantar kat husband dia kot. Jangan sampai pinggan mangkuk terbang dah la. Aku tak sengaja. Aku lupa. Then senyap je sampai la tadi. Dah confirm betul nombor dia, laju-laju aku delete nombor husband dia.

Takut la weh. Bestfrend kot.

Aku tak suka orang anggap aku bukan-bukan. Walaupun aku bukan jenis tu.

Sempat la gosip-gosip sikit. Tunggu raya ni dia balik Penang. Lama sangat tak jumpe. Huhu.

Pasal apa yang aku bajet masa besday tahun ni kat post lama tu, biar ah rahsia. Biar ah aku sorang je yang tau. Biar ah aku sorang je yang tanggung rasa sakit, hati pecah-pecah kecewa, terluka apa semua. Dah dasar penipu kan. Nak buat apa lagi dah. Tapi ada kot yang rapat dengan aku tau. Itu pun kalo ingat la. Mungkin korang-korang boleh teka kot apa benda yang terjadi sebenarnya.

Life must go on kan. Cuma tadi comel jugak anak-anak buah aku. Hehe. Padah la ayah dorang citer kat dorang. Tak pasal bende surprise dah jadi tak surprise. Tak pandai simpan rahsia betul. Hihi. Abang aku pon satu jugak klakar. Ade ke suh besday girl sendiri pilih kek. Haha... Pastu balik umah, sambut la konon-konon sekali yang lebih-lebih tiup lilin tu anak buah aku yang bongsu tu. Haha. Iye-iye je cakap untuk besday dia. Wahaha. Setahun sampai 3-4 kali kot sambut. Kemain ske menumpang tiup lilin besday orang. Hahaha.


Kek yang besday girl pilih sendiri :D

Except, aku sedar kalo orang memang tak suka kita tu, apa kita buat pon dia tetap buat tak tahu dan memang takkan bersusah-payah nak tolong-tolong sebab memang dia tak suka kita. Aku patut sedar dan takyah lagi dah nak usaha gigih-gigih buat orang suka aku. Yang tak penting dalam hidup plak suka-suka je nak suka aku. Eh, tak suka lah!! Once again, sesapa yang rapat dengan aku je kot tau sape yang aku maksudkan. Terasa dia sampai rasa nak nangis, tapi aku tahan je sebab kalo aku nangis pon, aku nak ngadu kat sape?

Takpe lah aku kuat.

Sebenarnya banyak benda yang aku sedih sangat dan kecewa. Cuma rasa kecewa tu tak patut sangat la aku nak share kat sini. Ada benda patut aku simpan, ada patut aku citer.

Macam biasa, bila tiup lilin je orang sibuk-sibuk la kan suruh wish.

Aku takde apa nak wish. Aku ok dengan hidup aku sekarang. Tak la gempak sangat, tapi... Boleh laa kan... Still ada kawan-kawan untuk aku senyum tiap-tiap hari. Alhamdulillah. Cuma... Kalo bleh aku tanak la dengan orang yang tak suka aku kan. Tahan ke tiap-tiap hari tengok dia, tapi berlakon macam tak penah kenal sesama sendiri. Baik aku je yang blah. Teeetttt!! Kantoi dah sapa dia. Huhu.

Aduh, sebak ah plak bila pikir. Dah la. Nak tido nih. Pagi nanti keje. Cuti sempena besday sendiri pon bosan jugak sebab nak pegi bayar saman parking tadi slambe je kene gelak ngan pulis. Kaunter saman tu tutup plak. Adoi. Ingatkan pulis tak cuti. Kan sibuk dengan BERSIH-BERSIH tu...

Kepada kawan-kawan yang wish besday dekat fesbuk atau personally text aku wish besday, aku hargai sangat-sangat. Terima kasih banyak-banyak sebab masih ingat kat aku lebih-lebih lagi yang memang ingat besday aku dan takyah tengok besday reminder kat fesbuk.

Tuesday, July 5, 2011

Orang Lain Punye Pasal, Aku Pulak Yang Stress.

Aku balik umah tadi... Lepas maghrib je terus tertido dengan kepala yang serabut lagi berat pikir pasal harini keje aku sebenarnye sepatutnya boleh je settle, ikut macam target yang diperbincangkan masa keje dah abes untuk bulan Jun haritu, tapi bleh kata ada 2 tengah pending dalam list.

Stress jugak bila pikir client kitorang nih skang makin lama makin cerewet, sikit-sikit hantar email kat supervisor komplen pasal drafter-drafter nih. Tapi yang aku hangin tu, yang betul-betul suka buat masalah tu boleh plak buat-buat tak bersalah. Dah la tadi tak pasal je kene take over keje dorang half way sebab ada yang blah camtu je amik half day.

Langsung takde mulut nak inform supervisor. Supervisor ni pun kalut laa cari orang nak cover. Antaranya aku la jadi sasaran. Sudahnye sampai diri sendiri tak ter-cover. Tak sedar diri sendiri pon ada jugak bende urgent nak kene setel.

Adoyaii... Takleh tido dah pulak ni. Padahal sok nak kene gerak awal-awal nih. Huhuhh...

Stress kan pikir hal orang? Padahal orang tu macam tak kisah je pon.

Monday, July 4, 2011

Bungkusan Segera.


Ce teka apa di dalam?

Haha. Ini besdey present yang bakal di hantar ke UK untuk abang angkat tersayang. Wakakaka. Besdey beliau da dekat. First time ni wey hantar parcel jejauh. Siap gigih aku google pasal website Pos Malaysia nak tau rates penghantaran semua.

Harap-harap sampai sebelum 10 Julai ni. Dan harap-harap dier suke la kot pemberian yang tak seberapa nih.

P/s: Semua yang dalam kotak, luar kotak, bende last minute beli. Haha.

Sunday, July 3, 2011

Perang Status Kat Fesbuk.

Citer semalam. Aku terasa? Yeph. Aku sangat butthurt.

Hahahahaha...
My status. Sori la ye sesape yang like tu aku malas nak kaburkan. Cuma malas nak display komen je.


Status yang membalas status aku. Ini yang pertama. Hahaha...


Ini yang kedua. Ahahahahaha... Via Iphone beb... Aku pakai web je. 

Memang aku antara "top employee(s) of the month" bulan lepas walaupon baru lagi keje... so what kan?

Hahaha...

One of my fren jugak yang post nih. Aku crop status je. Malas nak crop muka dia siap dengan ada badge kat sebelah gambar tanda support BERSIH tu. Join jugak la gamaknya kot.. Malas aku nak balas balik letak status kat fesbuk sebab... Ye lah, kalo berani sangat meh aa join komen kat status aku tu. Tapi kemain plak kan buat status sendiri. Aku tanak plak pegi komen dia sebab nanti dia tau la aku terasa. Hahahaha................................

Sape-sape add dia mesti tau sapa tuan punya komen tu kan?

Aku tau citer pasal 10-20 tahun duduk dalam ISA sebab mempertahankan negara. And yes aku respect dorang sebab BERANI. Yang masuk ISA tu semua memang stok-stok abes berani mati berdepan dengan pemimpin dan tegur pemimpin tu. Just that pemimpin tu tanak accept dan dorang disumbatkan ke dalam ISA. Memang berani. I respect that.

Macam pakcik teksi yang layan aku bercerita dulu tu la. Dia pernah masuk ISA. Kenapa dia masuk ISA? Sebab dia berani tegur pemimpin secara direct. Nasib la orang yang dia tegur tu fikir dia satu ancaman pada negara, so dalam ISA la dia duduk. Brave enough. Respect that so well.

Tapi yang aku komen pasal jem-jem teruk la segala bagai ni...

Yang join perhimpunan ni yang dibuat di tempat awam adalah tak respect hak orang awam nak lalu-lalang di kawasan tu. Paham tak? Kalau dah hari-hari pegi keja pun sangkut dalam jem, pastu kebetulan hari tu je ada masa lapang nak berjalan-jalan hepi-hepi dengan family, tup-tup stuck dalam perhimpunan yang takde benefit langsung macam tu. Kau tak ke stress? Nanti anak-anak kecik merengek sebab rimas stuck macam tu, kau dari parents yang penyayang kang dah berani-berani nak marah-marah, lempang-lempang anak pasal ni. Just sebab ada orang lain yang nak glemer masuk tv dan BAJET SANGAT BERANI konon nak ber-revolusi lah sangat, terus bagi effect emo yang melampau kat orang lain. Tak patut ok?

My opinion, kalo dah berani sangat, suka kan cabaran, why not jadi macam pakcik teksi tu je. Confront terus dengan pemimpin yang anda tak puas hati. Even kalo nak demo pun, terus je ah pegi umah dia. Apa hal aku baca blog lain komplen dia guna duit rakyat untuk bayar bil letrik dan sewa kediaman tu sampai ratus-ratus ribu, tapi rakyat macam tak boleh nak demo depan umah dia. Why like that? Dulu buat umah terbuka kan kemain luas lagi kawasan umah beliau tu. Bab makan free korang takde nak pikir plak corruption sana-sini kan? Heh.

Kenapa nak jugak cabul hak ketenteraman awam di tempat awam untuk event macam tu? Sungguh la aku tak paham apa yang kawan aku maksudkan sebagai berani dan kena mengena dengan mempertahankan negara masuk ISA atau penjara ke selama 10-20 tahun... Dah ramai-ramai kat tempat awam tu berani apanya... Senang kot nak selamatkan diri :D

Aku pikir yang join perhimpunan ni kat mulut je support. Dalam hati sama je kecut. Manakan tidak, dorang berdemo di tempat awam, kalo tibe-tibe polis ambush situ... Berapa ramai je yang akan stay mempertahankan tindakan dorang? Lain-lain mesti la kebanyakkan terus lari kan? Paling-paling pun buat-buat macam tak terlibat. Kalo kene tahan, merasa la tido lokap sehari-dua. Pastu bila dah kuar buat press conference cakap tak puas hati sebab kena tahan dalam lokap padahal tak terlibat dalam perhimpunan tu. Lame lame lame.........

Aku bukan la pro kerajaan atau pun pro pembangkang. Aku rakyat biasa. Aku memerhati apa yang boleh aku perhati je. Aku komen apa aku tak puas hati. Aku berani confront dengan orang yang aku tak puas hati... Sapa kenal aku, tau la aku camne. Bukan jenis baling batu sembunyi tangan. Ikut orang lain sebab ramai yang buat. Aku bukan macam tu. So far selalunya orang yang aku tak puas hati je asik elak-elak dari jumpa aku.

Bila orang dah rasa dia cukup berani sebab join what so called revolusi macam ni, takleh ke cuba langkaui batas limit so that dia boleh jadi hero untuk orang lain. Bagi aku hero adalah orang yang berani dan sangat-sangat berani push diri dia lebih dari limit dan lain dari orang lain. If not takde la orang panggil dia hero kan? Sebab dia sama je macam orang lain yang claim dorang tu berani.

Macam aku cakap laa... Perhimpunan camtu kat kawasan awam... Kawasan orang ramai sepatutnya bebas ke mana-mana, berurusan, berjual-beli, akak-akak survey baju raya, kalo ada sale bleh beli henbeg baru, ngeteh lepak dengan kawan-kawan, MLMers promote bisnes, pelancong asing tangkap-tangkap gambar, bukan pelancong tayang DSLR, adik-adik bawah umo ber-cam-whore moncong itik nak letak dalam fesbuk, budak-budak ber-shuffle, couple dating sambil raba-raba #sarcasm dan jugak pengutip derma yang tawaf kawasan tersebut sambil membawa permit ber-laminate... Tak ke terencat aktiviti yang nampak biasa seperti weekend-weekend yang lain?

Aku penah je bertekak dalam YM dengan sorang budak yang support perhimpunan macam ni tahun-tahun sudah. Siap kuar dalil hadis lagi pasal evolusi nak buang corruption dalam kepimpinan bila sertai perhimpunan macam ni. Last-last aku tanya dia apa hukum menganiaya orang sekitar yang mencari rezeki halal di kawasan tempat perhimpunan itu dan dia takut perhimpunan tu jejaskan perniagaan dia.

Terus senyap sampai harini.

Kat kelas, kat YM, nampak aku pon dah tanak tegur dah.

Biar la. Dia pon macam aku kot jenis malas nak pikir lebih-lebih janji hati puas.

If you know me, I'm sure you know what I mean.

Its your choice. All these are not more than my point of view. Correct me if I'm wrong.

Sebab aku mana amik port sangat bab-bab politik ni. Aku concern ketenteraman awam je sebab aku adalah orang awam. Aku suka Malaysia sebab aman damai, rakyat boleh bergurau-gurau dengan kaum-kaum yang lain, boleh belajar banyak bahasa (tiba-tiba patriotik).

Heh.

Opsssss........... Cukup-cukup ah aku bicara soal begini dalam blog ni. Takpe, esok lusa aku sambung buat citer lain plak. Tak suka sebenarnya nak buat citer pasal pendapat camni. Sebab pendapat aku ni kan apa la sangat kan....

Saturday, July 2, 2011

Bersih? BERSIH Sangat Ke?

Ahahah... Tajuk memang tak makan saman...

Terus terang cakap aku sangat-sangat laa tak berapa nak bersetuju kalo buat perhimpunan-perhimpunan macam ni. Lebih-lebih lagi bila guna nama BERSIH. Bersih sangat ke BERSIH? Berapa ramai pemimpin yang dorang aim tu sebenarnye amik peduli pasal BERSIH ni? Ke dorang semua lagi sedap layan citer hindustan kat TV3 kat umah dari amik port dengan rakyat-rakyat yang terlebih semangat nak buat perhimpunan.

Aku paham apa benda yang dorang cuba nak buat. Nak sampaikan. Request. Tapi kan... Dari dorang gelabah nak berhimpun kat tempat awam yang sudahnya setakat masuk TV untuk glemer, dan jugak ada la kot beberapa makhluk yang bertuah dapat menginap dalam lokap sempena kejayaan perhimpunan tu... Aku rasa macam buang masa je lah.

Aku bukan pro sapa-sapa. Tak bias pun. Tapi aku cuma pikir keadaan orang yang kebetulan lalu situ dan tak terlibat langsung dengan benda macam tu. Kan tempat tu hak milik awam. Just nak lalu-lalang kalau tiba-tiba ada hal ke kan... Tak pasal je kene heret sama sebab saspek terlibat dalam perhimpunan tu.

Aku tengok kat fesbuk. Lokasi dia kat masjid.

Aku tengah bayangkan kalau la tiba-tiba hari tu sorang kariah kawasan tu meninggal dunia. Kebetulan nak kebumikan dia kat tanah perkuburan situ. Eh, kat situ ada tanah perkuburan ke? Ataupun nak sembahyangkan jenazah dalam masjid tu. Waktu tu. Bayangkan. Takkan laa nak tangguhkan pengkebumian jenazah semata-mata untuk benda macam tu kan?

Tambahan pulak...

Camne plak rupa kawasan tu selepas perhimpunan BERSIH tu? Adakah akan bersih atau lebih bersih berbanding sebelum perhimpunan? Rasanya kalo dorang berhimpun ramai-ramai macam tu, masing-masing pegang pekakas-pekakas membersih lagi bagus. Dapat pahala gotong-royong bersihkan kawasan masjid. Alhamdulillah.

Sebelah lain pemikiran aku mengatakan bagus jugak perhimpunan ni. Tau kenapa?

Dah namanya buat di masjid. Tak malu ke tunjuk muka kat masjid semata-mata untuk perhimpunan tu. Tak nak datang awal sikit supaye boleh semayang zuhur jemaah dulu ke bang?

Keh keh keh.

Kalo kat Sogo tu... Kacau ah kan time sale kot. Eh, ada sale ke skang?

Friday, July 1, 2011

Ok. Skang Memang Makin Tertekan

Tertekan. Yeah. Agak tertekan bila dah start keje. Lagi haru bila ramai dah tau umo sebenar aku. Camne bleh kantoi ni? Adussssssss...

Aku bukan tertekan dengan kerja... Jauh sangat la nak rasa tertekan tu sebab aku hepi buat keje. Kemain lagi habiskan job-job yang ada tinggal 2-3 bijik sebelum masuk 1 Julai dan tukar ke system baru. Time takde keje je aku stress.

Oh ye, pagi nanti kitorang ada video conference dengan sikit jamuan makan-makan. Sebabnye? Aku pun tak pandai nak explain. Haha. Dah la kene pakai baju hitam esok. Sebab takde t-shirt company. Wakakaka. Sangat la orang baru keje situ kan??? Agak-agak kalo aku pakai t-shirt "Angry Bird" tu kene gelak ke tidak? Tu je kaler hitam yang macam ok dan t-shirt hitam yang masih elok yang aku ada...

Oh berbalik pade topik.

Aku tertekan kenapa?

Tibe-tibe macam bertambah je orang start tanye bila nak kawen?

Warghhh~~!! Aku ni dah la macam budak-budak lagi. Haritu kuar hiking pun orang lain rileks je pegang makan nasi lemak tu kat tangan. Aku ikut style kawan-kawan aku tu makan, sudahnye sampai ke siku aku belasah makan. Sampai ke siku kau sambal melekat. Hishhh... Anak sapa ah ni tangan tak bedung makan tersepah-sepah kalo takde protokol...

Tadi makan durian pun comot-comot. Abes kene baju. Nampak sangat diri sendiri pun tak terjaga, camne plak nak jaga 1 keluarga? Huhuhhh...

Dah ah ada plak membe-membe kategori membe baik boleh bawak bergurau tu slambe je tanye pasal aku punye hantaran agak-agak berapa. Cheh. Tanya aku apa kejadahnye nih?? Macam la aku minat nak amik tau semua tu. Aku dah la confuse nak consult ngan sapa. Dah takde mak ayah kot. Lagipun kawan-kawan aku tu tanya je. Bukan bermaksud apa pon. Satgi aku pi consult orang bukan-bukan satgi depa salah paham ke, mati ah aku. Kang tak pasal-pasal je malu.

Aku penah jugak nak tanye abang aku.

Tau jawapan dia apa?

Dia jawap...

Nanti dia consult dengan semua sedara-sedara terdekat aku, seperti mak-pak sedara aku yang duduk berdekatan nih, mak-mak sedara aku yang suka sangat amik tau hal-hal aku, dan jugak mak-pak mentua dia. Adoyaiiiiiiiiiiiii................. Apsal dia tak list skali dengan segala ketua kampung ke, ayahanda ke, abang kawasan ke, kak long ke... Eh over plak. Kang pekida saman blog ni kang. Kuikuikuikui....

See? Aku dah cakap. Tanya aku memang takde faedah. Sebab aku malas nak amik tau kerana kena consult dengan macam-macam orang. Baek ah tanye direct je ngan abang aku ke sapa ke. Alaaaa... Kengkawan aku tu mana la bleh caya sangat... Tanye je lebih... Option laaa kan... Setakat tanya je laaaa... Macam jugak kau nak beli henpon baru... Dah abes tanye siap demo dengan spec semua pun belum tentu kau nak beli kan... Lagi kuangajo ko blah camtu je (macam ex-ex aku dulu)...

So, camni jugak ah situasi aku... Memang sumpah aku tatau apape pasal ni. Punca dia? Sebab aku rasa yang tanya-tanya tu semua jenis bukan serius pun, sekadar bertanya. Lagipun sebab aku memang malas nak cari yang steady, kapel macam orang lain, being serious in relationship, so ignore je lah.

Bukan aku tanak serious... Time aku serious, orang ingat aku memain. Bila aku macam layan-tak-layan, kena marah plak pasal tak serious. So, let it be. Tak salahkan kalo kita punya ramai kawan? Serious tak serious lain citer. Cuma aku ada sikit masalah bila ada orang start rapat dengan aku. Ini memang masalah dalaman dalam diri aku. Bukan masalah kene pelalau ke apa kebende ye Cik Syima... Saye rase takde sape nak dengki dengan saye sebab saye memang malas nak amik tau hal orang lain. Tapi? Ntah. Malas jugak nak percaya benda-benda "orang buat" ni.

Kalo ikut aku yang jenis malas nak pikir panjang, memang ajak kawen koboi pun aku on je. Wahahaha. Malas kot aku nak pikir segala macam la kenduri la pejadah grand nak mati... Tayang pelamin tempah memahal, jamu orang ramai berkhemah-khemah makan. Bukan murah. Dah la kebanyakkan kenduri yang aku penah attend semua jamu nasik, lauk pauk yang mak aihhhh............ Dorang ni buat kenduri kawen raikan pengantin ke atau menempah maut cepat-cepat ni?

Ce pikir ehh... Kebanyakkan lauk-lauk kenduri semua kira sedekah tuan empunya majlis kepada orang ramai... Dah tentu la free kan... Makan free sapa nak tolak kan ye tak? Pastu plak kena jenis tamak haloba semua benda nak try macam aku ni... Dah takde makna dah kau pakai baju cantik-cantik pegi kenduri vogue the vass kalo dah bertebiat makan mengalahkan hantu raya... Ce citer ngan aku lauk kenduri mana YANG BERKALORI RENDAH?

Siyes skang aku memang dah start concern pasal health. Lepas kene "basuh" dengan Sya ngan Ila pasal kepentingan memakan sayur. Aku malas ah nak amik sayur sebab aku memang tak makan. Plus aku memang suka je makan nasik, kuah dengan sosej. Murah pun murah. Ha. Bab berjimat memang aku la paling cekang skali. Cekang = hebat. Aku rasa aku akan lebih concern pasal life lepas kawen. Itu pun kalo kene paksa berfikir jugak la. Watpe nak bazir berbelas-belas ribu nak buat persiapan semua untuk just satu atau dua hari kepade orang-orang yang blom tentu dengan senang hati nak tolong kita time kita susah. Ye. Pikir balik. Pade yang dah lepas atau bakal buat persiapan gempak-gempak sila jangan serang atau pukul aku sebab entry ni eh? Aku just luahkan apa yang aku nampak je. Bagi manusia yang berkesedaran sivik mempunyai hutang PTPTN sebanyak RM81k macam aku, every single cent spent will be counted. So, I need to know every single cent I'll invest or my future husband invest will be get back the at least about half of the spending profit. Fair and square tak bunyinya? Pegi mampos la sekali seumo hidup ke hapa... Janji untung mesti mau ada. Untuk kegunaan masa depan. Apa gila bazir duit camtu saje tanpa profit???

Siapa yang tetapkan standard camni? Or is it adat? Kena ikut? Apa lagi penting? Agama ke adat? Kalo ikut agama kan kemain la simple-simple je. The messy thingy yang kena ada planner la kejadah semua ni sebab adat. Atau definisi adat mengikut aku adalah, ikut apa yang orang terdahulu dah buat. Cuma ikut peredaran zaman dan juga memerlukan semangat daya saing yang tinggi. Nak cakap banyak pasal agama pun takleh sangat pasal subuh pun kadang-kadang aku miss.

Bab kawen ni aku ter-emo sikit sebab si Sol laa nih.

Betul la kan dilema betul jadik manusia single nih. Haha.

Ok. Sepanjang korang baca entry ni, berapa banyak perkataan MALAS yang korang jumpe? Camtu la tahap malasnye aku nak pikir bende lain selain rutin harian pegi keje, lunch dan balik keje.

Wednesday, June 29, 2011

Wordless Wednesday

Nakkkk jugakkk buat benda nih....


Khas untuk sesi wordless wednesday. Sengaja sorok dari publish dalam entry ini.

P/s: Jawapan kepada persoalan ini. Hanya blogger-blogger yang tengok je yang tau. Haha.

Tuesday, June 28, 2011

I Guess I Know What Happen

Aku ignore je bleh? Macam tak penting je. Ini da tahap abang aku sendiri try call tapi takde berjawab.

Kamon la kamon. Aku takde mase da nak ke sana-sini, plan cuti yang entah belum tentu boleh jumpa takleh jumpa ni.

Adakah dorang bajet budak-budak yang patutnya aku abes sama ngan dorang tu belum dapat kerja, maka aku yang saje-saje dorang bagi sangkut ni pun belum dapat kerja?

Heh. Kamon la.

Aku rasa Allah balas direct kot apa usaha dorang berbaloi ke tidak. Yang memilih keje tu nak gaji beso, jawatan engineer tapi pengalaman sebenarnye takde tu blakang kire ah. Yang itu memang dasar memilih. Mak ayah bleh tanggung hidup dorang walaupun dekat setengah tahun menganggur.

Yang mana jenis yang aku cakap cilok FYP/tesis budak-budak engine U lain. Just modified sikit-sikit je tu. Ko tengok Allah balas camne? Result gempak pun still tak dapat keje. Tatau la kalo mereka pun jenis memilih kerja.

Ntah berapa kali ntah aku nak bangkitkan isu ni kat sini.

Kalo tak suka pun, just bagi yang mana dah lebih 3x present ni lepas je bleh? Sebab nak jaga reputasi tanak ada rekod student fail kan? So, bagi je la minimum grade. Lepas tu semua orang boleh teruskan penghidupan seperti sedia kala.

Mintak dekan je la approve bagi minimum grade je bleh?

Monday, June 27, 2011

Random #69

Merajuk.

Harini lunch makan roti ikan bilis je. Sebab kedai kegemaran lunch termurah RM1.80 sehari tutup. Tak sanggup beli nasik dari mamak berhampiran sebab apron dia kotor dan tak ketip kuku.

Balik umah je, tengok kat dapo, ada plastik sampah berisi kulit durian. Frust. Dorang makan durian tak ajak. Padahal dah 2-3 hari lepas aku punya mengidam nak makan durian. Huhu.

Merajuk ah merajuk. Esok lapar baru pegi cari makanan balik.

Sunday, June 26, 2011

Meredah Taman Negara Pulau Pinang

Ramai tak orang tau yang Pulau Pinang pun ada taman negara? Haha... Aku yang dok Penang pun baru-baru tau je kewujudan tempat yang bernama Taman Negara Pulau Pinang ni. So, aktiviti weekend aku dengan kawan-kawan baik kali ini adalah hiking kawasan hutan yang bila dah naik taraf ni rasanya lebih senang kot nak main redah-redah tanpe bantuan renjer hutan.

Sebelum tempat ni diwartakan jadik taman negara, membe aku ni cakap laluan-laluan yang ada kat sini memang kebanyakkan bahaya untuk dilalui kalo tanpa guide dari renjer hutan. Tambah plak kalo jenis suka-suka nak isi masa lapang pegi tempat-tempat camni. Dari dok hiking dalam shopping mall tu apa dapat? Peluh pun tak luak. Ternak lemak lagi kot makin meriah ah kot. Dah la aku ni gaji pun blom masuk. Hehe.

Entry ni agak meriah dengan gambar-gambar. Sementara nak tunggu gambar-gambar abes loading, bleh la korang pegi buat sit-up 60x dulu. Ampun maaf la banyak-banyak kalo gambar-gambar aku nih makan bandwidth broadband korang. Huhuhu...

Gambar semua pun un-edited. Muahahahahaha. Agak malas lah nak usik... Eksaited nak citer punye pasal. Sape-sape nak gune gamba ni dikemudian hari nanti haruslah kredit kat aku tau tau tau??? Layan je ahhh... Sementara broadband tengah baik hati bagi upload gambar-gambar ni :P


Masitah, aku dengan Iryani. Kitorang plan bertiga je untuk hiking pade hari ini. Masing-masing muka ceria nak mampos sebelum tenat melantak bergelas-gelas air sejuk lepas meredah almost +/- 2.4km perjalanan pegi-balik dari keta ke tempat daftar nama ke dalam hutan ke tepi pantai :D Meriahhhh...

Next pictures korang kene scroll la sebab aku tanak blog ni panjang lebar ngan gambar. Panjang lebar ngan bebelan aku takpe. Ngahahaha... Sangat gila kuasa membebel ok?

Very-very the first check point :D














Next destination...... Time ni da lepas palang masuk dah... Santekkk rase tempat ni...














Pilih-pilih laluan mana suka... Reflect macam lampu-lampu tu dari henset aku je. Lupa plak bleh on flash. Haha...

Sebenarnye destinasi kami bertiga adalah naaaaaaaaakkk sangat berendam dalam Sungai Tukun yang sejuk salju di tengah-tengah hutan tu... Tapi apakan daya... Kat first check-in lagi akak kaunter tu bagitau Sungai Tukun tu takleh mandi sebab dalam proses penyelenggaraan.

Frust kat situ. Bukan tak buleh nak pi mandi laut. Tapi masing-masing tanak mandi laut pasal kawasan-kawasan berdekatan laut tu takde tempat shower air biasa. Melekit la kot nanti sementara nak salin baju, sampai kat tempat keta lagi... Balik umah nak mandi air biasa. Huhu...


Notis selenggara. Sob sob sob.... Tsskkkkk!!! *Nanges laju-laju*

Terus jalan-jalan lagi. Next destination ke tempat orang-orang USM buat kajian. Tak pasti kajian apa... Tapi kajian la. Nanti last-last satgi aku letak gambar pagar depa. Pagar tu cantik wooo... Muahahaha...




















Taraaa~~!!! Dah sampai ke tempat yang nak dituju lepas kecewa takleh pi masuk kawasan rekreasi Sungai Tukun...


Nak blaja kat USM takleh dulu... Dapat datang melawat kawasan penyelidikan dorang pun dah cukup hepi. Tempat ni siyes cantik. Sebenarnye boleh je lagi straight pegi ke Muka Head tempat light house sana... Tapi ni pun kami pegi dah pukul berapa... Dekat tengah hari... Sampai pun time panas terik membakar kulit-kulit muka... Takkan nak terus berjalan sampai ke hujung dengan lagi sejam perjalanan... Total perjalanan kami adalah lebih kurang 55 minit. Haha. Laju jugak la. Sebab estimate time dalam pamphlet yang kami dapat lebih kurang sejam 20 minit.

Enjoy the view kawasan penyelidikan ni. Siap ada jetty semua. Boleh naik bot actually datang sini. Kami ingat kena jalan kaki je ke sini =..=". Patut la rasa pelik kenapa ada orang macam pegawai penyelidikan situ dekat-dekat post guard tu macam tak kurus je. Bahahaha...















Finally... Baleeekkkk~~!!! Time balik ni kami nampak macam-macam wooo... Haha. Cerita gempak. Padahal nampak biawak besar je pun. Haha. Dan rasa de-motivated bila tengok wooohhh... Apsal tadi masa datang takdak tempat tinggi-tinggi yang melunturkan semangat nak balik ke rumah ni?











Tu je ah sesi jalan-jalan dengan kawan baik pada minggu ini. Entah bila bleh ber-aktiviti macam ni lagi. Tanak la letak gambar last kami semua camna. Bapak la sedih muka masing-masing. Air plak kat kedai makan tu sampai sorang 2-3 gelas. Makcik buat air tu punya la gelakkan kami tak hengat punya.

First time ni weh main redah-redah hiking setelah bertahun-tahun lepas sebelum SPM dulu pegi hiking dengan kadet remaja skolah. Aku plak lepas bertahun-tahun tinggalkan ATMA tu.

Nanti ada masa lapang lagi, kami plan nak kuar umah awal-awal pagi, terus shoot pegi tempat camping plak kat Pantai Kerachut. Harap-harap time tu masing-masing dah fit la. Nak redah 2.4km pegi dan 4.8km balik pulak nanti kan... Time ni pun kemain dok bising semputttt... Sempuutttt... Macam kumpulan Sepah punya 2nd round punya persembahan kat JB tu. Yang wat konon-konon talk show "Manisnya Kurma Itu" hahahaha...

By the way, kalo ada rasa tak senang hati tengok gambar tu... Sila salahkan kamera henset kami. Semua gambar-gambar tu kami blasah je amik guna henset aku (3.2Mp) henset Iryani (3.2Mp) dengan henset Masitah (2Mp). Memang betul-betul un-edited. Kami saja suka-suka maaa... Bukan pro buat program "Mari Meredah Hutan".

Peace!!!

Oh, lupa nak citer. Taman Negara Pulau Pinang ni masuk adalah PERCUMA!!!

Saturday, June 25, 2011

Knape Eh Ada Orang Rasa Tak Berapa Aman Tengok Orang Single?

Gyahahahaha... Tajuk berdasarkan status Cik Puan Paez kat pesbuk. Huhu.

Beliau membangkitkan isu "salah ke menjadi perempuan single? salah ke?"

Rasenye osmet aku busy kot sebab beliau takde kasik komen pun pade isu tersebut. Oleh sebab aku tengah bosan-bosan tahap dewa ni... Maka aku pun saje ah nyibuk-nyibuk juge kat status beliau tu. Tapi dier single jenis lain... Single je, but not available. Osmet aku tu pon macam sama gak kot. Hehe. Tatau ah bile status single not available dorang tu jadik tinggal not available je terus. Aku pon tak sabo tunggu. Kekekeke...

Lain la aku... Relationship kat pesbuk tu hanye la saje-saje tau tak. Haha. Syim Harrera tu adalah cik osmet aku dulu. Nama beliau adalah Syima. Bukanlah Hasyim atau apa-ape ade bunyi syim-syim nama lelaki tak kira hujung pangkal. Maka jangan la nak berharap sangat situasi makan nasik minyak aku dalam kadar terdekat nih. Haha!!

Sebenarnye tak sangke ade yang tertipu rupenye.

Erm, berbalik pade tajuk... Dulu-dulu kan beberapa bulan yang lepas kan aku ade wat operasi delete friends secara besar-besaran kat fesbuk tu. Dari 998 makhluk aku dah add sampai tinggal 368 je makhluk yang tinggal. Banyaaakkk aku delete. Yang tak kenal, yang aku kenal pun aku delete jugak. Tak kira apa. Sebab ada yang aku delete tu, dah kawen, da tunang, even in relationship pun ada. Dan aku cuma kenal si lelaki je. Pasangan dia langsung aku tak kenal.

Even kawan baik pun terpakse je aku delete untuk elakkan situasi entah apape ulang-ulang terjadi pade aku.

Aku admit aku memang selesa kenal lelaki ramai-ramai dan baek ngan dorang as friend. Malangnye kan... Bile seko-seko dah start in relationship atau commitment, pasangan dorang plak rase insecure dengan kehadiran aku dalam kelompok geng-geng dorang. Malas aku nak print-screen segala bentuk "kata-kata bijak" dari pasangan dorang yang tak kenal siapa aku. Padahal aku bukan la hot mana pun. Nak kata cun... Cun lagi peti sejuk kat pantry opis aku tu.

Tak paham aku kenapa ada yang tak aman tengok pompuan-pompuan sempoi macam aku ni single dan geng-geng ngan lelaki je. Tapi skang since aku dah keje, takde dah la geng-geng dengan lelaki je. Hepi betul aku dengan environment keje yang tak sexist macam skang ni. Lelaki ngan pompuan kat sini balance je. Dan aku mule pandai ade geng-geng pompuan. Wahahah. Tahniah untuk diri sendiri. :D

Still, aku tak paham kenapa ye orang tak suka tengok pompuan single eh?

Bende-bende ni applies kat aku dalam dunia fesbuk je. In real life, tak ramai sangat peduli aku siapa. Even kalo dorang yang bagi ayat-ayat indah kat aku tu kenal aku in real life, mesti dorang agak takde hal la kot aku geng-geng ngan lelaki-lelaki tu. Coz aku tau, aku bukan ah dalam kategori taste kawan-kawan aku. Muahahahaha... Hoiii... Kawan-kawan aku dulu tu semua jenis high taste tau... Aku pun tak sampai standard dorang. Dengan tinggi pun tak cukup... Kejadahnye kan...

Lagi satu pesen tak aman tengok orang single ni adalah orang-orang tua yang sedar dan tau umo aku berapa. Muahahaha... Kalo buleh semua nak match-make kan. Wakakakakakaka... Ape la silap salahnye kalo aku single... Bukan effect penghidupan sesape pun... Aku tau ah ramai kengkawan aku skang ni dah masuk fasa upload gamba kawen banyak-banyak kat fesbuk serta gamba pegi honeymoon. Tak pun gambar anak-anak sampai beralbum-album... Tapi tak bermakna aku pun kene ikut jejak langkah dorang kan? Kan? Kan?

Parah betul la ramai pulak manusia tak aman tenteram tengok orang single-single ni. Bukan aku yang nak pun single-single nih... Tapi nak buat camno kan... Jodoh tu bukan macam beli topap kat Sinda Minimarket. Mintak je terus dapat, pastu bayar dan blah.

Dulu-dulu time blaja masa diploma dulu penah ah rancang ah konon-konon kan kawen time umo 24-25 ke ape kan... Tapi nampak gayenye macam da lepas je tahap plan-plan tu. Konon-konon kapel pun semua tinggal separuh jalan je. Hmm... Takpe ah. Rileks aaa dulu kan... Baru 26... Apa ada hal sangat... Kekeke... Umo je 26... Tapi rupa semua macam 18. Itu yang penting. :D

Friday, June 24, 2011

Agak-Agak Ah Nak Pakai Sun Shade Pun...

Bleh tahan hangen aku dengan sebijik keta pagi tadi. Dah la cuaca takde ah panas terik sangat harini. Lagipun baru pukul 7.45 pagi kot. Redup. Tapi mengada-ngada letak sun shade kat cermin tepi driver tu. Macam la tengah panas membahang. Keta dah sedap hati tinted gelap nak mampos.

Sape tak kenal keta punya sun shade bleh tengok ini.



Bukan tak kenal... Mana la tau korang panggil bende lain ke kan... Sumber dari sini.


Kenapa aku hangen?

Aku da la naik moto. Bukan la laju mana pun... Tapi sebab dia mengada-ngada letak sun shade, maka dia tak berapa nampak aku sangat dari tepi. Dah tu jenis tak confident nak cross-over. Apa punya jenis ntah. Kalo ye pun jangan la main teragak-agak nak jalan... Sudahnye aku plak yang kene stop bagi dia lalu dulu...


Haa... Lebih kurang camni ah gambaran dia... Dah la keta beso... Avanza... Disebabkan dia teragak-agak nak lalu, aku macam ke tepi sikit macam aku pun nak ikut laluan dia... Keta dari arah blakang aku plak laju kemain dan terlebih confident plak yang aku bukan jalan terus. Slambe himpit aku ke tepi. Nasib baik aku sempat elak sikit. Kalo tak, tergolek aku pagi tadi sebab Avanza mengada-ngada pakai sun shade walaupun hari blom panas terik.

Lain ah driver dia jenis kene penyakit albino. Ini driver spesis kulit sawo matang dalam Avanza tu... Alergik panas terik apa kebendanya...

Kalo aku tak stop... Dia pun laju jugak nak cross aku. Tapi bila aku macam slow, dia jadi teragak-agak. Apa la bebalnye manusia.... Huarghhh... Stress aku la dengan keta besar-besar camtu. Keta blakang aku pun satu... Jalan kemain punya luas, kat aku jugak nak himpit.

Grrr...!!!

Wednesday, June 22, 2011

........

Tatau aku nak letak tajuk ape.

Yang penting aku hepi. Semalam punya citer tu... Gampang ngade-ngade je buat cuak lebih. Padahal takde ape sangat pun. Tapi dia punya cuak sampai rasa nak berenti keje. Haha. Hiperbola sangat aku ni kan?

Over betul perangai.

Kali ni aku terjaga sebab dalam perut sangat la ada orkestra. Lepas maghrib tadi tertido tak sedarkan diri sambil laptop on dan juge broadband cilok macam harta sendiri. Boleh la on laptop sendiri ni. Setelah beberapa lama tak on. Pastu tengok-tengok da ter-off. Alang-alang da terjaga ni, on la balik.

Ok ah kan. Bleh jugak tules-tules sini.

Tak sabar nak tunggu weekend ni. Pegi berhutan. Eh meredah hutan. Ke Taman Negara Pulau Pinang. Sori la aku bukan kaki shopping. So, kalo nak kuar dengan aku at least kene ada aktiviti. Setakat tengok wayang... Hmm... Sekali-sekala bleh la. Nak ukur shopping complex sambil window shopping, dah tak larat dah. Kadang-kadang pilih pegi Queensbay Mall tu bukan sebab nak jalan-jalan dalam mall tu... Tapi duduk tepi pantai kat situ. Atau tengok orang main layang-layang.

Letih kot jalan dalam mall ni. Mesti je nak singgah mana-mana fast food/restaurant. Ye lah dah jalan mengeluarkan haba kat tempat ber- air - cond. Pastu marah pada diri sendiri sebab dah makan fast food terlebih kalori. Entah apape.

Wahahah. Konon nak mengkuruskan diri la konon kan. Celah mana tah kurus kan. Eh lama tak swimming. Sabtu ni belasah ah pegi umah cousin tu. Ahad baru meredah hutan. Isnin hari keje jadik zombie sebab letih.

Susah btol nak turunkan berat macam masa study kat ATMA dulu. Eleh, kawan-kawan kat situ yang da jadik officer semua pun dah PJK je masing-masing. Perut Jauh Ke depan. Hehe. Aku ok ah kot. Maintain je nampak kecik. Tapi berat ya ampun... Ntah sape je caye berat aku yang amat berat mata memandang ni. Hahahaha...

Tapi dalam dilema jugak nak tambahkan berat ke nak turunkan berat. Ye lah... Naik moto tu... Haritu abang aku bawak aku pegi mana tah dia komplen tak rasa bawak aku naik moto. Dia lebih suka angkut wife dia dari aku sebab at least rasa la jugak ada orang kat blakang dia. Means, rasa la berat tu. Bawak aku rasa macam naik moto sorang-sorang. Aku plak naik moto skang ala-ala terhuyung-hayang. Kuat betul angin kat Penang ni. Kalo lagi ringan aku, boleh terbang terus kot pegi keje.

Ahhh... Yang penting aku masih sihat dan comel. Hahaha. Part comel tu la aku suke. Ramai je cakap aku comel kat sana. Hahahaha. Terbaek skali adalah, semua ingat aku 21 atau 22. Yeay!! Suka... Suka... :D

Kalo aku buat petition mintak tukar tahun lahir kat dalam mykad bleh tak?

Tuesday, June 21, 2011

Aaaaaaaaaaaa.... Takleh Sambung Tidoooooooo..........

Dah pukul 3 lebih. Aku dah tido tadi dalam pukul 11 lebih... Besenye memang aku lena sampai pagi pastu liat sangat nak bangun pagi untuk mandi, subuh dan pegi keje. Hehe. Tapi skang aku terjaga, rasa gelisah nak mampos lepas tu terus takleh tido sampai skang.

Ada 2 sebab aku gelisah nih.

Satu pasal keje.

Camne ntah tadi bleh plak kecoh-kecoh suruh post-pending semua job arini. Padahal post-pending tu bese end of the week macam ari Jumaat. So, ada 2 job dah aku ter-post pending. Yang sudahnye ada yang cakap tak payah. Tu baru separuh. Bertambah malang plak sebab ada 2 job DTOW. Yang aku takleh proceed mula-mula. Tapi tak lama lepas tu Telstra dah respond suh supervisor (sebenarnye big boss aku) update software aku untuk bace drawing tu. Tapi still takleh jugak. Ntah camne tibe-tibe datang drawing lain under job tu.

Aku pun sambung ah wat. Yang tu salah satu dari 2 job yang aku ter-post pending. Lepas tu dalam rekod untuk job tu plak, manager da suh semorang update masa by end of the day tiap-tiap hari sebab tak logik ah biar internal clock tu jalan sepanjang hari termasuk time dah balik keje pun jalan lagi tapi lepas siap keje claim bape jam je wat keje tu. Haha. Aku tau korang tak paham gambaran camne keje aku. Tapi tak kisah aku nak citer jugak sebab aku takleh tido skang ni. Hahaha.

Ok. So, memandangkan ada 2 jugak job "in-progress" aku kene update masa, salah satu plak yang DTOW tapi dah boleh proceed tu... Maka yang DTOW tu laa aku tersilap buat dah complete. Padahal sepatutnye kat column complete tu kene pastikan betul-betul nilai dier 0. Maknanya keje tu still in progress. Tapi sebab awal-awal masa aku DTOW job tu dier tulis 0, pastu aku copy-paste barcode project tu, aku ingat dier still 0 la. Lupa plak bende tu bleh auto-update jadi 1 once ko dah letak barcode project. Maka, bila aku update time terus la dia proceed cakap aku dah complete. Padahal separuh pun tak sampai lagi keje tu. Dah la post-pending. Siap cakap complete.

Alahai... Cuak aku ah. Memang ah kat sini semua orang ok, takkan marah-marah style maki-hamun semua. Tapi aku nyesal jugak la. Careless mistake tu. Isk. Tunggu fail audit feedback je la kot kan. Haha. Mati ah tukang audit tu mesti list panjang berjela salah aku padahal sebenarnye keje blom siap lagi. Ish. Aku memang ada masalah insecure sebab tu ah skang aku tengah risau tak memasal je nih sampai takleh tido. Huhu.

Kedua aku gelisah dan gelabah pasal...

Hmm...

Tibe-tibe aku rase kenape ah lelaki yang aku kenal mesti complicated gila? Takde ke jenis straight to the point dan stick to the point till the end? Kenapa mesti complicated? Pulak tu dia punya complicated tu kalah pompuan. Dan masalahnye aku pun tak la sampai tahap complicated sampai macam tu.

Kenapa aku cakap complicated?

All these while dekat 3-4 orang yang aku kenal... Tibe-tibe jenis tak tentu pasal ajak aku kapel. Dah la jumpa pun tak pernah. Sebab dorang ni stok stranger semua, maka memang aku amik masa konon nak kapel. Wey, ingat aku ada masa ke nak kapel-kapel ni semua? Dengan nak date la segala. Dah la banyak bende lain aku nak pikir. Tetibe datang orang-orang jenis ni tambah beban.

Lepas tu paling aneh sekali adalah... Dorang ni antara golongan yang jenis gigih untuk pastikan aku betul-betul percaya kat dorang konon bersungguh-sungguh la kan nak kapel dengan aku. Ada sampai satu tahap sanggup bazir kredit hari-hari call aku, SMS aku walaupun aku tak balas, bukan sehari-dua... Ada tahap setengah tahun pun ada. Gila kau gigih tak gigih. Aku memang jenis susah nak percaya selagi dorang tak prove betul-betul siap contact abang aku semua. And they did.

Yep. Siap ada yang dah kenal baik ngan abang aku. Ye ah, aku mana ada sapa-sapa kan. Mak ayah pun da takde. So, abang aku je ah tukang approve. Tapi dia mana amik kisah sangat pasal bende-bende ni. Sape nak kawan ngan aku, dier ok je asalkan tak ubah aku jadi makhluk bukan-bukan sudah ah. Masa aku kat umah sewa dulu abang aku siap skype aku bagitau manusia ini-ini mintak permission nak kenal aku ngan lebey dekat. Huhu.

Lepas tu dah tunjuk kegigihan sebegitu, maka aku pun baru ah setuju kapel konon-konon for very first stage. Wey, first love aku dulu tu pun siap datang bercuti kat Penang dengan makcik and adik dia tau semata-mata nak kenal ngan family aku. Aku memang serius dengan orang yang jenis da tanye-tanye family aku je. Yang mana aku sesaje kapel-kapel untuk isi masa lapang suka-suka dulu tu, memang sesaje je buat memain. Dah tak berani nak berterus-terang ngan family aku. Naseb ah. Memang jadinye easy come easy go je ah.

Ok. Aku nak tanye korang sikit. Pe motif orang tu tunjuk dia punya gigih nak kenal ngan aku, siap contact abang aku semua, bukan jenis seminggu-dua punya kegigihan... Tapi lebih daripada 4-5-6 bulan. Mesti ramai pikir dia betul-betul serius dengan aku kan?

Tak. Salah. Tak serius langsung.

Saje memain dengan aku dan jugak family aku.

Last week aku dapat tau one of them yang gigih gile babi tu dah kawen. Last year aku dapat tau salah sorang dah bertunang, other ada yang da kawen.

So, what the heck is that???? Kenapa sanggup bazir masa nak suruh aku percaya kaw-kaw tentang konon niat dorang suci lagi murni. Kalo awal-awal cakap nak jadik kawan biasa, cakap je la awal-awal nak jadi kawan biasa. Ini, tetibe takde angin, takde ribut tetibe cakap nak serius dengan aku. Tak kisah walau ape pun keadaan aku. Siap tunjuk kegigihan dengan mintak permission abang aku semua. Wasting ur time, wasting my time.

At the end, sehidup semati dengan orang lain.

Tak baek aa weh mempermainkan hati, limpa, jantung dan perasaan anak yatim piatu macam aku.

Nasib baik ah aku takde power macam mak Si Tanggang. Kalo tak, seko-seko aku sumpah mati pucuk. Padan muke kang sampai mampus takde zuriat. Kenapa mesti camtu eh? Nasib baik ah aku punya level kepercayaan tu tak berapa nak tinggi sangat.

Senang je sebenarnye nak bagi aku percaya. Antar je rombongan meminang secara mengejut. Dah. Mesti aku rasa tacing gile ah lepas tu. Ini setakat nak ajak kapel. Apa barang. Tatau alamat umah aku, track je ah IP aku ni hah. Hahaha... Kan teknologi di hujung jari skang. Apa ada hal ye tak?

Siyes aku tak paham motif budak-budak tu semua. Nak kata baru kenal erti hidup atau baru baligh, masing-masing yang gigih-gigih tu semua dah lebih suku abad dah idup kat muka bumi. So, then... Well done. Memang lelaki-lelaki itu semua best actor. Kalah ah pelakon terhebat dunia.

Buleh sesape explain tak kenapa jadi begitu? Especially lelaki. Anyone? Selain dari maybe dorang rasa dorang dah hebat sangat kot sampai bleh buat aku macam tu. Ish. Tak baek btol.

Sunday, June 19, 2011

Selamat Hari Bapa.

Tadi aku baru lepas tengok rancangan Nasi Lemak Kopi O kat TV9. Segmen apa ntah... Tapi kisah pasal sorang gadis terlantar sejak eksiden 6 bulan lepas.

Teringat uh kat arwah mak. Sebijik macam tu. Siap 5 tahun terlantar camtu. Takde plak nak masuk rancangan TV. Eh, lupa... Kami duduk umah teres. Mana buleh masuk TV. Kot kami duk umah papan mungkin ah kot kan.

Bukan nak compare pasal arwah mak dengan yang kat dalam TV tu. Gadis tu mak dier ah jaga. Sian jugak ah mak dier kan. Arwah mak ni plak... Arwah ayah yang jaga. Sempena hari bapa hari ni... Nak citer ah sikit pasal setianya arwah ayah jaga arwah mak masa dia sakit tu. Bukan sekejap. 5 tahun. Kalo orang lain aku tatau ah bleh tahan ke tak tengok wife sakit-sakit tu siap nak kena angkat untuk mandikan, bagi minum ikut time, bacakan surah-surah... Nasib baik ah ada abang aku tolong-tolong.

Harini hari bapa. Memang teringat ah kat arwah. Kalo dulu masa dia ada, tiap-tiap hari pukul 10 pagi mesti tengok citer P.Ramlee kat Astro Prima. Hari-hari jugak teman dia tengok. Lepas tu mesti dia cerita pasal arwah wan (atok lelaki) penah keje dengan seniman-seniman tu semua kat situ. Dia citer pasal arwah tok (atok pompuan) suka masak untuk dorang. Hehe. Klakar... Lepas studio Jalan Ampas tu tutup, bangsawan pun macam da tak glemer dah, atok ngan wan balik sini, Penang jual pulut udang.

Arwah ayah terer oo wat pulut udang. Pulut udang dia buat memang terbaek ah. Dulu pernah sekali dia tunjuk camne nak buat pulut udang paling sedap. Malangnya aku ah tak salin resipi. Lepas tu siap skip-skip lagi malas nak balut pulut udang kecik-kecik macam yang orang jual kat pasar malam. Sebab sedap, maka aku ikut nafsu buat yang besar-besar. Makan 3 ketul je dah kenyang. Mana taknya. Besar lengan kot. Haha. Aku gile makan pulut udang oh masa tu.

Bagi sape-sape yang tak kenal pulut udang... Ni ah pulut udang. Sumber: Google


Bayangkan tahap kemalasan aku adalah seperti menggabungkan dua pulut udang dalam gambar ni menjadi satu. Besar tak besar?

Hahaha...

Tapi tu semua tinggal kenangan.

Harini, dan tiga hari lepas tu...

Genap la 2 tahun arwah ayah pergi meninggalkan aku dengan abang aku. Tak sangka cepat betul masa berlalu. Aku harap dia gembira la kat sana dengan arwah mak sambil-sambil perhati kami kat sini dari sana. :D

Aku jugak berharap, kalo datang ah jodoh aku dengan mane-mane lelaki, kalo bleh aku nak jenis setia macam dier kat arwah mak. Hehe. Ini kebanyakkan aku baru test sikit terus ajak clash. Memang takleh caye. Bahahahaha. Tambah-tambah plak yang jenis nak sangat-sangat tau rupa aku camne sebab aku jarang jugak tayang muka kat blog. Kat fesbuk pun jarang jugak. Cuma skang je kat fesbuk aku letak gamba betul. Lepas tu bersepah je nak berkenalan. Entah apape. Tu pasal siap kuar entry macam haritu tu.

Haha. Kepada semua ayah-ayah yang ohsem di dunia ni, aku ucapkan selamat hari bapa. :D

Saturday, June 18, 2011

Update Je Ah.

Lalala~~ Dah 15 hari rupenye tak update apape kat sini.

Ini bermakna dah 2 minggu aku keje. So far so good.

Sebenarnyekan... Banyak aku nak citer pasal tempat baru aku keje tu. Termasuk la rupenye aku banyak kali kene left out sebab dorang lupe aku nak start 6 Jun haritu. Tu la... Call untuk confirmation awal sangat. Hehe.

Tapi aku tak amik hati pun sebab at least bile being left out ni kebanyakkan attention akan diberikan kepade aku. Dan ye.... Semua orang kenal aku. Haha. Sampai ke paling big boss kat situ pun kenal aku. Kenal sebagai newbies yang paling out standing.

Dan semua tertanye-tanye... Aku penah ke gune software yang dorang gune sebab aku paling laju catch up dalam batch yang masuk sama minggu dengan aku. Jawapan aku memang rileks gile. Aku memang kaki software. Haha. Kaki software? Aku suke explore apa yang aku tak pernah cuba. Huhu.

Tapi tu la. Ending dia tempat yang aku blaja tu jugak dapat nama. See? Aku tak suka betul usaha aku, dari diri aku, tapi tempat aku belajar tu jugak dorang recognize. Sama macam masa praktikal kat Intel dulu. Siap dorang call lecturer aku request student dari situ praktikal kat sana. Tapi ape aku dapat? Lecturer-lecturer yang suke buat palat dengan aku. Sampai skang rasanya aku tak lepas-lepas lagi bendelah tesis tu. Pehal ntah.

Aku ada masa nak jumpa kemain banyak dalihnye. Aku call tanak jawap. Aku mesej sebab aku betul-betul takde masa nak jumpa dah, iye-iye plak suruh jumpa. Tak paham aku.

Bende tu aku request senang je. Takyah bazir masa aku, takyah bazir masa dorang nak allocate masa nak tengok aku present ntah kali ke berapa. Tak suka, fine. Bagi je aku D. Paling minimum untuk lulus. Bukan aku takde buat keje. Bukan aku takde effort. Report kemain setebal-tebal alam tu tanak pulak belek. Padahal awal-awal dulu masa mula-mula tu dah nyaris dah nak lepas sebab report aku memang takde masalah. Saje nak susahkan orang ke atau ape?

 By the way, aku suka sangat dengan kerje aku sekarang. Tak jadik engineer pun takde hal. Aku declare diri sendiri arkitek. Haha. Kalo real arkitek, dorang deal dengan plan bangunan... Aku plak hari-hari deal dengan plan fibre optic. Jenis underground punya plan. At least lepas ni aku takkan maki-maki hamun lagi dah kenapa banyak sangat penutup besi yang tak sama rata dengan jalan. Dan aku lebih paham perjalanan cable, antena fibre optic yang kebanyakkan gunanya untuk internet, dan segala jenis communication yang lain.

Tapi masalahnye aku bukan handle peta-peta dalam Malaysia ni. Skang banyak project dari luar Malaysia, especially kat Australia. Memang handal gak aku handle peta-peta kawasan dalam Australia tu. Hehe.

Walaupun keje ni contract je... Tapi aku harap bleh la kot aku sambung setahun-dua sebab keje langsung tak stress. Weekend bleh bersantai-santai. Keje memang terhad dalam opis je. Kalo melawat site-site tu lain citer la. Of course la site semua luar Malaysia. Peluang jalan-jalan tempat orang tu. Hehe. OT pun ada... Tapi so far takde kepentingan sangat untuk buat over time tu. Lain ah kalo rasa nak study software tu lagi atau memahirkan diri. Nak belajar sendiri kat umah, beli pirate memang tak dapat ah.

Dan lagi satu sebab kenapa aku iye-iye sangat nak keje sini adalahhhhhhhh.......

Hari-hari aku bleh pakai baju cantik-cantik.

Muahahaha. Macam gampang tak statement?

Situ takde uniform. Takyah pakai formal. Just smart casual. Macam pegi kelas dulu. Tapi pegi kelas dulu... Sepanjang budak-budak tu kenal aku selama 3 tahun diploma, 3 tahun degree... Mana penah dorang tengok aku pakai dress ke apa kejadah baju-baju comel-comel lain. Balik-balik tengok aku dengan jeans, sweater, tudung. All blacks macam pembunuh bersiri.

Keje sini aku bleh pakai baju warna-warni. Yang penting takkan ada orang nak bahan aku sampai 4 keturunan sebab aku pakai style budak-budak TESL atau Business ke tempat keje sebab takde seko makhluk yang sama tempat blaja aku tu di tempat aku keje.

Haha. Siyes ah aku pun tak caye aku bleh berubah sampai camtu.

Dan jadik perhatian jugak sebab dorang cakap baju aku comel-comel. Muahahahahaha....

Kalo tak, dulu baju-baju camtu kalo wujud dalam koleksi aku pun, aku pakai bile kuar outing ngan osmet aku je. Pegi kelas jangan harap ah. Imej rempit tetap dikekalkan ketike ke kelas dulu.

Skang pegi keje pun masih merempit juge. Tapi skill dah tinggi skang sebab hari-hari sangkut dalam jem teruk. Mujur laa ade Jonny. Kalo aku pandai bawak keta je, entah kene shift keje pagi, masuk pukul 7 pagi tu... Pukul 5 pagi kot aku dah kene gerak dari umah agaknye.

Nampak je kat tempat keje kiut. Tapi atas jalan raye masih ganas macam dulu.

Heh.

Eh, banyak pulak citer aku kan. Tu laa citer 15 hari tak update. Sori ah takde gambar sebab gune laptop pinjam dan juge broadband pinjam. Takde feeling nak transfer gambar. Tapi memang takde gambar pun. Hehe.

P/s: Paling-paling-paling penting kat situ adalah.... Semua ingat aku baru 21 atau 22 tahun. Wahahahaha... Hepi yawww feeling-feeling muda. Padahal tak sedar diri dah dekat 26 nanti.

Oh ye. 7 Julai nanti satu Penang cuti tau. Dorang seme sambut besdey aku. Muahahahahaa.... Sumpah aku tanak pindah keje kat negeri lain sebab takde speciality camni.

Friday, June 3, 2011

Random #68

Dalam satu situasi kemalangan jalan raya. Kelihatan sebuah lori sederhana besar terbalik dan sebuah superbike Naza yang handle dan tank minyak hancur.

Persoalan kat sini...

Lori tu langgar superbike, lori boleh terbalik eh?

Gile kentaaaaaaaaaaaaanggggggggggggggggggg~~~!!!

Wednesday, June 1, 2011

Flora & Flora

Terubat tak kerinduan yang ada?

Terubat tak? Terubat tak?


Flora dah kurusss... Huhuhhh... Anak dia yang haritu tinggal seko je. Yang kaler sebijik macam dia. Eh, sebijik macam kucing jahat yang kitorang tak suke tu. Sama ah kaler oren gak.

Budak tu duduk luar. Biar dia kat luar. Nakal sangat. Dah ajar suruh behave, tanak dengar. Degil. Padan muke duduk luar. Biar mak awak je kat dalam umah.

Dah lah. Busy ni. Kbai.