Sunday, March 8, 2009

Tag Mengorek Rahsia Peribadi Part 1

Tag ini mengenai hal2 pasal aku...Datang dari orang yang sama...Kak Syima. Oleh itu enjoy je la kalo korang rase nak enjoy...Aku pun menyampah juga. Tapi ape boleh buat, layan jek. Akan datang ader lagi tag seumpama ini...Tapi lambat2 la aku nak publish pun...Takkan nak publish sekali harung kan? Baik aku tukar blog ni jadi blog untuk tag saja.

Nama ‘Timang-timangan’ anda oleh yang tersayang?
    # Time kecik2 dulu sume orang panggil aku "Sayang"/"Yayang"/"Chiang"-->sape tah pelat panggil aku camni.
    # Bile dah jejak kaki ke tadika, family aku panggil aku "Ina"/"Nina"
    # Masa tadika jugak bila aku tengok membe aku macam cool je adik dier panggil dier kakak, aku pun start paksa orang panggil aku kakak...padahal aku takde adik pun...Pastu timbul la spekulasi konon2 pasal bapak aku tu yang sulung dalam kuarge, so...Kazen2 aku yang lain tak kira la kecik ke besaq suma kene panggil aku "Kakak"
    # Sape lagi sayang aku? Oh, ex2 aku sume panggil aku merepek2 sikit...Antaranya "Laling"/"Mucuk"/"Honey"/"Dear" Err...Scandal2 aku pun camtu jugak...
    # Kawan2 aku plak biase je...Mase zaman2 skolah rendah dorang panggil aku "Aslina"
    # Elok je masuk skolah menengah, ada plak yang dah pandai2 nak shortform kan nama aku jadi "As" sampai la harini. Mula2 aku macam kena culture shock juga pasal tak penah ader orang panggil aku As.
    # Last2 dak2 kelas aku plak skang panggil aku macam2...Antaranya "Asler"/"Asparagus"/"Asimilasi"...Ntah apapa la...janji ada word "As" kat depan. Sabar je lahhh...

Anda seorang yang...
    SEMPOIIIIIIIIIIIIIII~~!!! Hahaha~~!!!

Describe apa membuatkan dia terlalu istimewa dimata anda...
    Jap!! Ape kene-mengene soklan ni dengan soklan2 kat atas? Ke aku yang "kopipes" soklan tak ikut flow? Takpe la...Jawap je...Sumone ini istimewa sebab MATAnya...Santek sangat!

Makanan n Minuman favourite anda
    Makanan...Yong Tau Foo lah! Aku sangat fanatik dengan yong tau foo nih. Lain2...Bihun Tomyam dan juga Maggi Goreng Ayam.
    Minuman...Limau Ais...Milo dan juge Ais Kosong [bile duit dah berkurang]

Favourite colour
    Black...Blueblack...Dark purple...Hah!! Apape yang gelap la...Pastu letak kaler2 yang lembut2 ditengah2nye...Contohnya pink. Kaler2 flourescent pun buleh...Kuning striking pun takpe...

Favourite song
    Lagu yang paling aku suka sepanjang zaman adalah lagu tema katun Wonderpets!!

Siapa yg selalu membuatkan anda tergelak
    Muhd. Aiman Hafiz Bin Muhd. Asrul Akmal

Sikap yg membuatkan anda stress
    Lecturer yang suka bagi esemen secara samar2...Pastu tak cakap betul2...Tau nak siap je...Last2 minit plak tu...Mental oww!!!

3 benda yg mesti ada dlm bag anda
  1. Wallet yang berduit beserta kad atm
  2. Henset yang bateri sentiasa penuh
  3. Kunci2 yang penting...Seperti kunci umah, moto, dll...

Kali terakhir anda beriya-iya menangis. Kenapa?
    21 Oktober 2008, jam 1.03 pagi...Dapat berita my beloved mum da tader untuk selama-lamanya...huhu

Perkara yg paling lucu atau memalukan dlm hidup anda
    Hah!! Ni bukan terjadi kat aku. Korang tau kan cup cake? Tapi ni saiz mini. Mende ni berlaku 2 tahun lepas. Masa tu anak buah aku yang second tu umo 4 tahun. Beliau merupakan penggemar cup cake tu. Leh kata sepanjang tahun la ader kuih tu. Termasuk la raya pun ada jugak kuih tu. Nak jadi citer...Masa raya tahun tu...Tabib yang merawat arwah mama aku datang umah. Beliau sangat tertarik untuk makan cup cake tu. Malangnye dier terus telan cup cake tu dengan muke yang penuh confident dan tak ragu2 TANPA MEMBUKA KERTAS YANG BALUT SEKELILING CUP CAKE tu...Bapak aku dah cover2 nak gelak...Aku plak...Control lagi...Pastu bile dier dah blah...Pecah perut bapak aku ngan aku gelak sambil membayangkan muke tabib tu kerut2 fikir kenape kuih itu sangat liat...Alahaiii...Anak buah aku pun pandai bukak kertas balut tu sebelum makan...huhu...

Tag 6 rakan anda
    Ahh...Ini yang aku malas nih...Sape rasa dier berani...Buat ah tag nih...Ekeke...

Saturday, March 7, 2009

Aku Perlukan Pendapat Korang

Ini bukan poll...Just nak tau pendapat korang jek dalam hal nih.
Especially yang masih lagi belajar tak kira la di mana...Masih tadika kalo ader blog dah pun aku admit je pendapat dier. I`m open maa~~!!

Korang rase...Better untuk seseorang lecturer tu tak kisah la korang suke atau menyampah dalam kelas dier untuk,
    [a] Masuk kelas awal/on time dan dapat habiskan kelas awal
    [b] Masuk kelas lambat tapi habiskan kelas on time

Bukan aku tak suke masuk kelas...Tapi rasenye aku prefer lecturer tu masuk on time la supaye aku tak rase masa aku tak terbuang untuk tunggu dier masuk kelas. Ye, aku rase cam aku ader masalah sikit dengan lecturer yang suke betul masuk kelas setengah jam lambat.

SETENGAH JAM, ok?

Bayangkan korang boleh tengok masa yang termasuk dalam kategori membazir tu terbang2 camni...Kalo seminit bersamaan dengan sebuah jam loceng boleh terbang...Mesti rase takleh blah tengok 30 bijik jam loceng telah berlegar2 di udara menandakan 30 minit masa telah terbuang untuk tunggu dier masuk kelas,kan? Owh, imaginasi aku terlalu tinggi la plak.

Berdasarkan ape yang aku dapat tau daripade ex-student politeknik yang sambung blaja kat tempat aku...Kalo lecturer tak masuk dalam jangka masa 15 minit...Kire kelas batal la secara otomatik...Ekeke...

Masa itu emas.

Eh, bak kata sorang penceramah motivasi mase aku skolah2 dulu...

Masa itu maut.

Ahah!! Lagi ngeri kan dengar?

So, aku nak tawu la pendapat korang dan citer la sikit pengalaman korang yang agak2 related dengan isu masa nih. Actually aku amat particular dalam bab2 masa nih. Ye la,kan? Aku taknak la dengar ayat biasa yang berbisa seperti...

"Alaa...Janji Melayu...Memang lah...Cakap nak jumpe pukul 9 pagi...Pukul 10 pagi pun belum tentu dia datang..."

Owhh...Sangat berbisa tau! Cuba la ikut bangsa lain seperti Jepun ke...Atau mana2 negara yang rakyat dier sungguh patuh mengamalkan ketepatan masa. Malu jap aku jadik orang Melayu. Eh? Ape kaitan? Lantak la...Janji korang kene la citer sikit pengalaman korang dalam situasi camni.

Friday, March 6, 2009

Cerita Sukan

Malaysia di mata dunia.

Suatu ketika dahulu, kira2 berbelas tahun nan lepas...

Kita sume amat menggilai sukan "Bowling" di mana telah membawa skuad Malaysia jadik antara yang terhebat la dalam dunia. Time tu aku masih skolah lagi...Kot? Maka berlumba2 la budak2 kelas aku tulis biodata ahli sukan idola mereka adalah Shalin Zulkifli. Ramai gile nak jadik macam dier. Tibe2 bile dah naik skolah menengah, kat skolah aku pun ader tertubuh kelab baru, iaitu kelab bowling dengan harapan dapat melahirkan bakat2 seumpama Shalin di masa depan. Sukan ini penah mengharumkan nama negara kerana kehebatan pemain2 seperti Shalin.

Kemudian,kite sama sekali tak kenal atau tahu pun kewujudan sukan yang bernama "Skuasy" nih. Tapi dalam tempoh yang sama...Tibe2 je kite skali lagi jadi tumpuan dunia sebab Datuk Nicol Ann David telah berjaya menawan ranking nombor satu dunia kerana kehebatan beliau bermain skuasy dengan cemerlang. Secara tiba2 jugak ramai pulak classmate aku jadikan Nicol ni sebagai idola dorang. Owh, aku penah juga borak2 dengan Nicol ini ketika zaman skolah. Maklum la aku dulu agak gemar melepak isi masa lapang kat Convent Green Lane tu bile rase takde gunenye aku lepak lama2 kat skolah aku selepas aktiviti ko-kurikulum. Masa tu sumpah aku tak kenal dier sape. Aku kan peramah. Pas berbulan2 lepas tu aku bukak surat khabar bahagian sukan, tepuk dahi jugak la aku sebab rupanya aku pernah lepak2 sekejap ngan Nicol nih. Padan la pengetua skolah dier asik usya aku dari jauh macam la aku nak kidnap Datuk Nicol tu.

Tahun lepas...

Giliran "Badminton" pulak mengharumkan nama negara bila mana Datuk Lee Chong Wei pulak berjaya menawan ranking badminton nombor satu dunia setelah puas sukan badminton dikutuk teruk oleh mereka yang rase-bajet-pandai-sangat bermain-badminton. Tapi kali ni aku lebih bangga sebab jurulatih beliau adalah orang Malaysia juga...Hebat rupanya rakyat Malaysia ni.

Aku?

Aku bukan pengkritik sukan pun. Nak bersukan jauh sekali la. Last time aku betul2 bersukan pun masa kat ATMA jek. Itu pun sebab sukan tu wajib untuk keep fit. Gile ape tentera tak fit? Camne nak lawan penganas2 nanti? Tapi aku kan suke melawat blog2 mereka ini dan ini tentang pandangan mereka mengenai bola sepak negara. Sila baca entry2 mereka yang sebelum2 itu untuk mendapat gambaran yang lebih jelas lagi. Serius. Kenapa bola sepak?

Sebab...

Aku memang takleh blah dengan pasukan bola sepak Malaysia nih. Glemer dah cukup dah. Dressing dah macam Beckham. Rambut kena kaler2 dan cacak2. Tapi main bola? Bila la nak masuk world cup nih? Kalo bola ni boleh main secara solo, baru kite boleh kuarkan pemain2 terhebat agaknye. Agaknya la. Mungkin.

Dorang patut menonton Wonderpets untuk lebih menghayati erti kerjasama dalam pasukan.

Ape yang penting?

KERJAAAAAAASAMA!!!


Macam dorang nih. Hebat bukan?

Suka hatilah bile orang cakap isu ni dah basi.Aku tatau nak tulis apa. Lagipun satu hari ni, lepas balik dari test subjek Engineer & Society tengahari tadi, aku dah habiskan untuk baca entry mereka mengenai bola sepak Malaysia... Dan juga semalam aku ada baca Harian Metro online pasal Kementerian Belia dan Sukan nak bagi insentif kat Datuk Nicol tu. Aku jeles ok.

Test Tadi Memang Cara La!!

Harini aku ada test. Subjek supercool favourite aku pun ada test. Aku malas nak study sebenarnya. Bukan hapa...Sepanjang minggu ni banyak pulak kelas dan test beserta kuiz yang terbatal atas sebab...Ntah! Aku pun tak sure.

Tapi aku cuma nak cakap test tadi memang "cara" la...Bukan ape...Pada aku laa...Rugi oww kalo pulun study...Rasanya lah. Sebab soklan yang dalam test tu langsung takde kene-mengene dengan ape yg wujud dalam nota...Rasanya lebih kepada beri pendapat. Ntah la.Aku ni jenis student yang naive sikit. Malas nak pikir maksud tersirat sesuatu soklan. Ape yang aku nampak dan ape yang aku paham, itu la yang aku jawap. Aku berharap curse soklan mase aku amik subjek R&D dulu takkan berulang lagi. Serik wooo~~!!

Takleh blah gak bile aku tengok lecture theatre harini full house. Satu kerusi kosong pun takde dalam kelas tu. Rupanya ramai yang amik subjek tu...Hahaha!! Lecturer tu plak dah tengok full house camtu...Sempat jugak dier cakap dier tak jadi nak buat test haritu. Ader budak yang suke. Ader pulak yang bengang. Skali boleh plak dier cakap "Just kidding just now...Today really got test..." Ohhh...Apakahh...

Pastu dah tunjuk apekah soklan2nye...Ramai jugak la ternganga sebab macam tak sama ngan nota. Ye la...Nota banyak citer camne nak jadik engineer...Apa itu engineer...Apa itu engineering...Camne nak jadik professional engineer...Pastu etika sebagai engineer...Tu je la...Tibe2 antara soklan yang kuar adalah...

"What do you have in mind if engineers do not mean for engineering?"
Apa dalam fikiran anda jika jurutera bukan untuk bidang kejuruteraan?

Haa...Ape korang nak jawap?
Huhu...Ape korang pikir?
Mungkinkan begini?

Thursday, March 5, 2009

Blogger-hopping Sana-Sini

Harini aku malas nak update apape sebenarnye...Tapi dah singgah2 kat blog orang sana-sini...Tibe2 aku rase nak komen something dari satu blog yang sempat aku singgah tadi...

Citernye pasal muvi "Geng:Pengembaraan Bermula" tu la...Refer la sini kalo berani...Haha!!

Secara peribadi aku suke gile citer tuh...Baru tengok skali pun rase cam nak tengok lagi 14 kali...Malangnye time aku pegi tu dah nak sipi2 dah cukup 14 hari syarat wajib tayang oleh Finas.Huhu...Aku bleh terbabas tengok citer tu pun sebab dah tatau nak bagi adiah ape kat kazen kesayangan aku tu...Merangkap adik la sebab aku tak penah ader adik. Maklum la...Aku kan yang paling bongsu dalam kuarge.

Nak aku review ke? Aku baru teringat pasal citer tu pun dah separuh mati aku gelak...Ape tah lagi nak share review citer tu dengan korang...Mau gigil2 aku nak taip sini...Silap2 haribulan...Pecah plak keyboard laptop aku sebab aku takleh nak tahan tekanan taip terlalu kuat sebab gelak terlampau...Siyes korang takkan rase rugi beli tiket mahal2 nak tengok citer ni sebab memang berbaloi...Silap2 haribulan korang akan kuar balik pas abeh muvi tu dan beratur sekali lagi untuk beli tiket untuk tayangan seterusnye.Rugi oww kalo sape2 tak tengok citer ni. Buang la ego korang tu...Sekali-sekala layan kartun, ape salahnye...Takkan jadik cacat pun otak kalo layan.

Oh, ye...Pasal berita kat blog itu... Aku harap sangat la ramai pihak membuka mata tentang potensi citer ni dan betapa rakyat Malaysia tak berasa jemu untuk menonton citer kartun ala2 fantasi camni berulang kali bersama2 dengan keluarga masing2 berbanding nak bagi laluan pada citer2 lain yang belum tentu lagi satu keluarga boleh bersantai menonton bersama2. Contohnye citer hantu2 ke...Seram2 ke...Takkan korang nak angkut kanak2 bawah umo menonton sama? Boleh trauma seumo hidup oww~~~!!

Wednesday, March 4, 2009

Owh, Aku Hampir Terlupa Akan Hal Ini!

Last month aku ader kasik teka-teki bergambar tu...Ingat tak? Kalo tak ingat sila ke sini...Atau kalo malas, tengok je gambar kat bawah tu.

Malangnya...Seperti biasa, takde sape pun dapat meneka dengan betul dalam comment bagi entry itu...Huhu...Kesian korang ehh...Tapi ader sorang insan ni berjaya teka dengan betul...Cumanya dalam ym je la...Malas pulak aku nak copy-paste conversation kitorang...Eheh! Private la sikit kan...

Then...Aku dah tanye bapak aku pasal jawapan itu...Gambar menatang dalam besen ala2 penapis seperti di atas adalah... Drumroll plz...


NYAT-NYAT

Hehehe...Pelik kan nama dier? Tatau plak aku ape name saintifik dier sebab puas aku google pasal natang nyat2 ni tapi takde plak kuar ape yang aku nak. Menurut bapak aku yang dah 66 tahun hidup di atas muka bumi ini...Nyat2 nih lebih kepada kuarge ketam. Tapi kulit dier lembut...Rase plak cam udang. Huhu...Cara nak makan dier adalah goreng je dalam kuali atau makan begitu sahaja (tapi korang sanggup ke nak makan dier hidup2? Dah la comel, kiut...Pastu nak kene makan pulak)

Menurut bapak aku lagi...Nyat2 nih bukan semua pantai dier boleh idup...Macam kat Penang tu...Dalam island, natang ni cuma boleh ditemui kat pantai Batu Feringghi dan pantai Pasir Panjang kat Balik Pulau ni jek...Kat pantai Teluk Bahang tak wujud pun menatang nih...Ye, zaman muda2 bapak aku pun boleh tahan hebat juga, jadi dier pernah la makan natang nih...Dier cakap kat aku...Kalo tak bese makan boleh jadik mabuk. Kesannye memang bapak aku mabuk. So, dah dengar citer dier...Aku pun tak jadi la nak try makan mende nih...Bukan ape...Mana la tau kot2 genetik mabuk makan menatang ni boleh turun kat aku pulak...Macam jugak mabuk laut tu...Tapi aku tak mabuk laut ye!

Ini pulak pandangan Incik Ahmad Fauzi a.k.a Paweng yang baru 25 tahun bernafas di atas bumi ini (Aku tatau plak kalo2 dier penah sampai ke planet lain). Beliau merupakan satu2nye pemenang dalam teka-teki kali ini (Tepuk!!! Tepukk!!!)...Tapi beliau telah memilih untuk menghurai pasal nyat2 ni secara panjang lebar dalam ym. Umah dier pulak terletak kat tepi pantai dan dier begitu mengenali menatang ini. Mungkin dah terlalu rapat agaknye.

Katanyaaaaaa... Kalo dier balik kampung...Selalu dier akan cari mende nih...Senang je nak cari, katanyaaaaaaa...Tapi natang ni cepat mati atau mematikan diri...Slalu jumpe time2 nak cari remis. Dier dapat name nyat2 tu bersempena kalo letak dier dalam air...Akan kuar sikit bunyi yang kiut seperti "nyat...nyat...nyat" Sebab tu agaknye natang ni memilih untuk tinggal dalam pasir di tepi pantai.

Huhu...panjang betul citer pasal nyat2 nih...

Tuesday, March 3, 2009

Transformers!!

Ni bukan nak ulas pasal katun transformers kat tv tu...

Tapi lebih kepada mengimbas kenangan silam...
Aku yang 4 tahun lepas dan skang...
Sume ni gara2 entry Kak Syima yang ini la...Dah aku pun tibe2 teringat kisah transformasi aku yang ni...Huhu...Dulu memang la jahilliah habes...Skang pun bukan lebih baik sangat...At least bile dah share ngan korang ni aku rase korang akan lebih mengenali aku lagi...Dengan lebih mendalam kot? Haha~

Ni aku 4 tahun lepas...
Zaman2 jahilliah dulu ni...Berubah begini sebab satu kes...Ah...Lupakan saja hal itu...Ramai jugak pompuan yang tergoda ngan "kekacakkan" aku satu masa dulu...Tapi sayangnye aku tak macam pengkid lain...Aku kurang duit dan kurang tinggi...Lebih kurang macam Amir dalam Raja Lawak tu la! Tapi hensemkan? Sila muntah jika sudah bersedia.

P/S: Lengan gebu kat sebelah tu, yg lengan baju kaler kuning tu, Salma punye...



Ni aku skang...Dah 4 tahun tapi rambut aku masih panjang ni je...Aku nak rambut panjang cam Lan vokalis Kristal tu...Bapak jeles aku tengok panjang rambut dia...
Perbezaan lain dalam gambar ini adalah...Aku semakin chubby...Owhh~~!!! Tidakkkkk~~!!!! Sekarang lebih grrrlish. Tapi itulah...Setiap perubahan aku pastinye bakal mengundang gelak yang hebat dari kawan2 yang penah kenal aku dari dulu dan sekarang...

Ape yang pasti, setiap manusia pasti akan berubah...

P/S: Gambar second tu aku baru je snap tadi...Letih2 buat esemen...Aku snap la gambar sepam-dua...

Oh,ye...Citer pasal kes ape yang telah terjadi pada aku 4 tahun lepas sampai aku berubah dengan begitu drastik tu...Off record ye? Biar la aku dan individu2 yang aku percaya je yang tahu. Tak perlu untuk dikongsikan bersama2 satu dunia maya. Ecewahh ayat... Hehe~~!!

Sunday, March 1, 2009

Pegang Tangan Awek Boleh, Tapi Nak Jabat Tangan Ngan Pompuan Lain Tau Plak Haram?

Kali ni aku nak citer pasal salam...Bukan pasal bagi salam “Assalamualaikum” tu ke ape...Taaakkk...Ni pasal salam yang jabat2 tangan tuh...Aku bukan ape...Skang ni aku rase a bit annoying la dengan dak2 kelas aku...

Ok2 back to the issue. So, aku nak citer pasal isu jabat tangan nih. Dalam Islam HARAM bagi kite bersentuhan walaupun hanya tangan antara lelaki dengan pompuan, tapi kadang2 aku tengok dalam tv dorang rileks je jabat tangan antara lelaki dan pompuan. Pastu aku terpikir pasal isu “professionalism”. Bukan aku nak halalkan yang haram...Tapi bagi aku laa...Jangan jadik hipokrit sangat...Jabat tangan tu tak salah aku tak sampai 3 saat pun...Kadang2 aku rasa lagi cepat dari tu...Kadang2 kalo ko shake hand goncang2 pun tak sampai 10 saat...Selalu pun camtu kan? Bile sign2 apape agreement mesti nak shake hand, ala2 akad nikah gitu. Kat tv pun slalu tunjuk.

Tapi ape yang aku tak puas hati tu...Dalam kelas aku...Dak2 nih bajet2 alim pulak. Aku tak kisah kalo yang tak nak salam dengan aku tu Merico. Dier pun aku nampak alim jugak orangnye. Yang buat aku hangin dan agak terhina tu...Kalo ye pun tak nak salam...Takyah la mention kuat2 “Haram!“ tu...

Ape korang rasa, tibe2 lelaki wat2 hulur tangan kat ko...Ko tengok dier dengan muke terpinga2 pastu dier bleh sound kat ko dengan kuat sebut word, “Haram!”

Ehh...Bukan aku tak blaja agama ok...Tapi kalo ye pun, just say it nicely la...Macam , “Eh,” saje ke...Aku tak la terasa sangat. Ni dier boleh sebut word HARAM tu kuat2...Aku terasa cam aku ni seekor babi yang haram tu plak. Bukan sebab aku cepat terasa ok...Tapi kalo dah selalu ko wat camtu, tak ke dalam otak aku akan digest mende lain?

Dah la Merico wat camtu kat aku...Secara otomatik bile aku hangout makan2 kat cafe dengan Mark, atau ngan Satchia ke atau classmates aku yang lelaki2 tu [eh, jap...selama ni aku ader ke sekelas ngan pompuan lain? Erm...Ader kot...Tak perasan plak...Hehe] Dak2 kelas aku yang lain pun praktikkan ape yg Merico wat kat aku. Kalo dalam kelas aku tak heran la beb...Tapi kat public cam cafe? Bull shit la...Ape orang pikir kat aku nanti? Ada jugak la yang pandang2 sambil bisik2...Huhu...Ye, aku dah biasa jadik bahan umpatan...Tapi diz topic make me think that the word “HARAM” yang dorang slalu sebut tu dah sikit sebanyak membuatkan aku rase cam aku ni bukan manusia ke...Kene samak ke kalo salam ngan aku?

Satu je aku nak cakap...Bleh blah arr kalo korang rase jijik atau nak ikut cara hidup Islam plak dengan tak nak salam dengan aku, siap cakap “HARAM” tu kuat2...Padahal korang senirik bile kuar date dengan awek...Tak hengat...Bukan setakat shake hand yang 3-10 saat tu dah...Kalo boleh pegang tak nak lepas...Bukan pegang taknak lepas...Lebih dari tu pun ada...Senirik pikir la...So, jangan hipokrit sangat ok?

Aku pun first time shake hand dengan lelaki yang takde ikatan apape ngan aku pun mase mule2 aku keje kat Focus Point dulu...Takkan la ko nak biar orang depan ko melanguk hulur tangan nak salam ngan ko...Terpakse jugak aku ketepikan sekejap soal haram bersentuhan tangan nih. Wehhh!!! Ni setakat shake hand secara professional, ok? Ape setakat shake-hand 3 saat tu pun cukup untuk wat korang atau orang shake hand dengan korang tu rase ghairah ke? Tolong ahh...Aku benci situasi camni. Sori la kalo entry ni agak emo, berwarna-warni dan agak menyentuh sensitivity orang2 kuat agama.


Ini personal opinion aku! Jangan nak provoke lebih2 pulak!

P/S: Better cam gambar ni je senang!

Saturday, February 28, 2009

Tag Dari Membe Blog Yang Baru~~ Ecehhh~~!!!

Tag nih datangnye dari Cidimidi...Bulan lepas punye stok tag...Alalala...Sowie ahh...Gue tatau la nak panggil lue ape...Ekeke...Mule2 aku ingat nak wat memain gak tag ni seperti mana tag2 yang sebelum nih...Hajat hati nak je aku letak segala2 pasal Incik Vostro tapi tak baik la plak...Orang baik2 tag aku suh citer betul2...Baik aku citer betul2 je kan?

Aku syak laa...Tag ni mesti bersempena Valentine`s Day aritu...Ape jadah layan Valentine2 nih? Senak perut aku memikirkannye...Huhu...Tapi demi tak nak kene tuduh sombong sebab tak jawab tag...So, aku gigih jugak menjawab tag ini setelah gigih dan bersusah payah eliminate list skandal2 aku...Hehehe...Sila muntah skang kalo menyampah.


Sape kekasih anda?
    Kekasih takde...Skandal ader la!! Tu pun 7 orang...Tapi dalam ramai2 tu terselit la sorang paling aku suke, sayang dan macam2 lagi...Hehehehehehehe~~~


Macam mana dia melamar anda?
    Hah?!! Melamar? Ape bende melamar tu? Hahahahaha~~!!! Menyamar aku tau la!!


Aper perkara paling BODOH pernah dilakukan kat korang?
    Ade ke patut suh aku wat butterfly clap depan orang ramai kat Jusco Bukit Raja...
    Tau la dier ex-senior aku kat ATMA dulu...Huhuhu...
    Tapi...Sebagai ex-junior yang memang jenis degil tak bertempat...Aku tak ikut pun...Lantak la pe nak jadik pun...Tapi aku penah jadikan dier tebusan aku...Cadang2 nak mintak duit kat Panglima TLDM...Tapi...Tak jadik ah...Aku kan baik...Kang aku masuk lokap...Takleh grad pulak...


Korang still KAPEL lagi ke?
    KAPEL? Ape tu? Couple yang ini aku tau la...Hehe...


Sila TEMPEK gambar GF/BF korang. [Aku tukar sikit tajuk. Ini skandal aku]
Aku letak gambar paling skema...Boleh? Popeye version comel dalam uniform. Gile besau aku tempek sini...Sila bunuh aku segera kalo korang kenal dier.


Senaraikan 10 perkara yang korang SUKA pasal dia?
  1. Mata dier hazel
  2. Mata dier hazel
  3. Mata dier hazel
  4. Mata dier hazel
  5. Mata dier hazel
  6. Mata dier hazel
  7. Mata dier hazel
  8. Mata dier hazel
  9. Mata dier hazel
  10. Eh...Aku dah sebut belum mata dier hazel?


Ape korang nak cakap bile GF/BF korang nak BUANG korang dari life dia?
    Sila berenti merokok dengan kadar yang segera.INGAT MATI


Mereka yang di TAG oleh saya ialah:
  1. Jumie
  2. Kak Syima
  3. Kak Rieha
  4. Sape2 yang rase seronot nak citer pasal pakwe betul atau hubby dorang.Huhu...

Seminggu Aku Ilang...Korang Rindu Aku Tak?

Wahahaha~~!!
I`m back setelah seminggu menghilangkan diri...Dah la tak post notes cakap aku takde, kan? Hehehe...Aku balik kampung ah...Nama pun mid-term break...Harus la balik kampung.

Tapi cuti ni aku tak enjoy sangat pun...Sudah la umah cam huru-hara...Assignment pun tibe2 menimbun...Arghh~~!! Hilang kenikmatan cuti...Sudah la nak jumpe Jumie tak dapat...Sorry, naa...Aku takleh kuar malam2 la kat sana...Nanti bapak aku sepak je aku suh tido luar terus...Takmo ah aku...Huhu...

Ah...Takpe la korang tak rindu kat aku pun...Aku tak kisah...Lalala~~~


Melihat pada time posting entry ni...Korang agak aku katne time tu?

Saturday, February 21, 2009

Award Untuk Yang Cute2 Saja



1. Copy Badge “2008 Cute’s Blogger Award” untuk diletakkan di blog anda

2. Link atau ceritakan kembali siapa yg memberikan award ini kepada anda
    Award ni datang dari Cik Nughul yang suke bebel...Kire2 sebulan nan lalu...Ekeke!!

3. Setiap blogger hendaklah menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum pemenang seterusnya
  • Boleh tido dengan nyenyak di mana2 sahaja walaupun tengah berdiri
  • Bile makan roti mesti nak abehkan kulit keliling roti dan baru makan isi
  • Suke makan keropok goreng celup dengan milo panas
  • Sangat cerewet kalo wat keje
  • Suke bace komik Apo? dan majalah E-Ring
  • Anak ke-5 dari 2 orang adik beradik (Ha! Pening...? Hehe)
  • Sangat suke kanak2
  • Takde dan maybe takkan ader lesen keta
  • Tak takut dengan serangga
  • Tak boleh tiup belon

4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan menyertakan nama mereka di blog anda.

Alalalala~~~!!! Cek malaeh la nak pilih 10 penerima award...Sebab korang yang melawat blog aku ni sumenye kiut2...Adeihhh...Amik je la sape2 suke, hookeee!!!

Friday, February 20, 2009

Aku Tak Sangke Citer Ong-Bak 2 Itu Kelakar Abes...

Kepade penggemar citer aksi...Aku nak bagitau...Citer Ong-Bak 2 adalah citer aksi yang boleh tahan kelakar untuk ditonton... Tapi memang wajar la kan...Nape nak serius bertumbuk2 sepanjang masa, kan?


Aku paling suke part pompuan yang terselit celah pokok dalam gua yang Tien (Tony Jaa) nak tolong tu, dalam ujian terakhir dier nak jadik insan yang power se-power Power Rangers...Mule2 bajet ayu gila ah...Pastu bertukar jadik rimau...Siap ader custome lagi...Haha!! Gile betul...Tu lawak sikit jek...Part Tien nak gi tuntut bela kat tempat dier kene blaja tarian tu...Awek tu muncul lagi...Kali ni pakai custome burung gagak...Apa motif kene pakai custome aku pun tatau ah...Tapi lawak gile ah...

Lain2 yang klakar...Tien kene blaja menari...Haha!! Gile ape pewaris takhta kene blaja tarian dulu...Pastu elok jugak la dier kene kidnap...Baru la true dalam landasan untuk menjadi seorang ong-bak yang tegar...

Suke hati aku la baru nak review pasal citer nih walaupun aku dah tonton citer ni minggu lepas bersama2 Ahmad Fauzi. Oh, ye! Fauzi nak jual laptop dier yang canggih-manggih itu...Nak tawu details pasal laptop beliau yang bakal dijual tu bleh pegi sini.

P/S: Citer itu jugak takde kaitan langsung dengan Ong-Bak 1. Tony Jaa memang stylo!

Wednesday, February 18, 2009

Ngehehehe~~!!!

Baru dapat balik printer...Printer aku canggih...Ade scanner skali...
Mood aku tengah tak baik sebab miscommunication pasal printer tu...
Benci doww bile nak print, tengok2 dier display ink level low...

Nak mengurangkan gejala bad mood dan jugak nak menghiburkan hati...
Aku try la gune scanner tu...Bukan ape...Sebelum ni...Bile printer ni buat hal takmo print sebab masalah ink...Terus effect kat scanner...Aku nak scan lubang idung pun tak dapat...Frust oww...

Disebabkan scanner dah berfungsi dengan baik...Aku nak share dengan korang gambar ni.
Ni adalah gambar berukuran pasport yang pertama aku. Tujuan tangkap gambar ni adalah untuk pasport pegi ke Singapura. Oh, ye...Aku membesar kat sana...Ngehehehe~~!!
















Hehehe...Dulu dan skang...Rase2 same je kan muke aku...Tak banyak berubah...Bukan tak banyak berubah...Tak berubah langsung, boleh?

P/S: Mana lagi hot? Hahaha~~!!!

Monday, February 16, 2009

Yahoo Mesengger Pun Bleh Kene Hack Ke? [Part 2]

-Entry Ini Takde Gambar-

Huhu...Ni la dier conversation Xord dengan "minah" itu...Minah ke? Ntah laa...Aku pun tak pasti...Susah aku nak syak sape2...Aku pun bukan kenal sangat dengan mana2 budak IT...Bukan ape...Conversation dorang tu banyaknye berkisar pasal IT...Aku plak dah semakin rabun dengan IT skang ni...Nak pulak kalo bab2 operating system...Mati la aku blur...

Nah untuk tatapan korang...Layan jek...


@$L!N@ (13/2/2009 5:49:38 PM): weh
@$L!N@ (13/2/2009 5:49:43 PM): baru aku bleh online
@$L!N@ (13/2/2009 5:49:59 PM): mase aku nak reset pasword buat kali ke-5
@$L!N@ (13/2/2009 5:50:11 PM): aku tgk profile akunye info dah kene tukar
@$L!N@ (13/2/2009 5:50:31 PM): tibe2 poskod jadi 68500
$y@zn! (13/2/2009 5:50:38 PM): oh
$y@zn! (13/2/2009 5:50:40 PM): ok
@$L!N@ (13/2/2009 5:50:47 PM): dah tu ader email lain plak
@$L!N@ (13/2/2009 5:50:54 PM): yantieo@yahoo.com
@$L!N@ (13/2/2009 5:51:00 PM): ntah sape la
@$L!N@ (13/2/2009 5:51:07 PM): ape dier carut kat ko?
$y@zn! (13/2/2009 5:52:01 PM):
    (17:04:22) chronic_imp: hey
    (17:04:30) xord xavier: pe?
    (17:04:36) chronic_imp: blh blah
    (17:04:45) chronic_imp: aku gersang
    (17:04:54) xord xavier: huh?
    (17:04:59) xord xavier: pe?
    (17:05:04) xord xavier: pejadah ko nih?
    (17:05:09) chronic_imp: borinkkkk
    (17:05:17) xord xavier: tido la
    (17:05:27) chronic_imp: takleh tido
    (17:05:38) xord xavier: gi baca buku
    (17:06:25) chronic_imp: ko ni bosan lah
    (17:06:58) xord xavier: aku rasacam org lain jek nih
    (17:07:04) xord xavier: ni bukan aslina
    (17:07:16) chronic_imp: aishah
    (17:07:20) chronic_imp: hihik
    (17:07:37) xord xavier: aishah mana plak nih?
    (17:07:49) chronic_imp: tu la ko selenge
    (17:07:58) xord xavier: duhh
    (17:11:20) chronic_imp: apa pendapat ko ttg as?
    (17:12:11) xord xavier: jp
    (17:12:17) xord xavier: ni sape sebenarnye?
    (17:13:27) chronic_imp: aishah
    (17:13:30) chronic_imp: apa pendapat ko ttg as?
    (17:13:30) chronic_imp: aku musuh ketat dia,jgn risau,ko ckp je pasal dia
    (17:13:30) chronic_imp: aku takkan bgtau
    (17:13:42) chronic_imp: au tgh nak cari point dgn dia ni
    (17:14:10) xord xavier: ko pehal sebenarnye?
    (17:14:18) chronic_imp: aah ko ni bosan lah
    (17:14:19) chronic_imp: byee
    (17:14:44) xord xavier: pelik tol manusia camnih
    (17:15:02) chronic_imp: kan..
    (17:15:23) xord xavier: ko la
    (17:15:37) chronic_imp: aku ni sapa?
    (17:17:13) xord xavier: ye ler
    (17:18:38) chronic_imp: ko tu pun sama,gi la beli contact lense
    (17:18:41) chronic_imp: murah je skang
    (17:19:09) xord xavier: huh?
    (17:22:30) chronic_imp: blahla xord
    (17:23:04) xord xavier: haih
    (17:23:13) chronic_imp: ko mmg poyo
    (17:23:17) chronic_imp: gay pulak tu
    (17:23:19) xord xavier: aku mmg poyo
    (17:23:29) xord xavier: plus aku mmg bangga ngan keadaantuh
    (17:23:31) xord xavier: gay?
    (17:23:34) xord xavier: masyallah
    (17:24:48) chronic_imp: carikla awek sorang,tu pun kalau ada pompuan malang nak kat ko
    (17:27:34) xord xavier: hahah
    (17:27:39) xord xavier: thanks la borak ngan aku
    (17:27:55) xord xavier: long enough to discover your ip
    (17:28:11) chronic_imp: ip yahoo us ke hahaha
    (17:28:17) xord xavier: nanti carik member lawyer ko
    (17:28:34) chronic_imp: ko ingat ni blog komen ke nak dpt trace IP
    (17:28:44) xord xavier: tanye dia pasal akta komunikasi tentang menggunakan user id tanpa kebenaran
    (17:28:44) chronic_imp: lame la ko ni
    (17:28:45) xord xavier: haha
    (17:28:50) xord xavier: ko ingat blog jek boleh trace?
    (17:28:51) chronic_imp: konon2 terer IT tapi belajar tak abis
    (17:29:05) xord xavier: actually
    (17:29:08) xord xavier: aku tak blaja it
    (17:29:13) xord xavier: aku blaja elektronik
    (17:29:26) xord xavier: cuma my it knowledge much better than urs
    (17:29:28) chronic_imp: pc-ym server gw .my-yahoo us-hop1h
    (17:29:41) xord xavier: haha
    (17:29:45) xord xavier: pandai ko carik kan?
    (17:29:49) xord xavier: tapi tu bukan ip aku
    (17:30:00) chronic_imp: aku tak bgtau ip ko
    (17:30:07) xord xavier: ip is a string of numbers
    (17:30:13) chronic_imp: aku ajar ko yg ip aku ko takkan dpt,lembaabbb
    (17:30:24) chronic_imp: haa terasa bodoh kan?
    (17:30:32) xord xavier: haisehhhh
    (17:30:35) xord xavier: terasa sial
    (17:30:35) chronic_imp: ko nak aku crack id ko pulak?
    (17:30:42) xord xavier: boleh gak
    (17:30:43) xord xavier: try ler
    (17:31:10) chronic_imp: hahaha kecut tak?
    (17:31:25) chronic_imp: trace ip hahahaha?lawyer...
    (17:31:26) xord xavier: agak kecut gak la
    (17:31:30) chronic_imp: sedap ni post ni kat blog
    (17:31:42) xord xavier: tapi, kalau ko dapat hack my ubuntu machine, please try. nanti carik member lawyer ko
    (17:32:11) chronic_imp: ubuntu budak kecik je la pakai.orang bsd la sengal
    (17:32:56) xord xavier: ey
    (17:33:03) xord xavier: bila nak crack id?
    (17:33:04) xord xavier: please?
    (17:33:18) chronic_imp: org bodo je kot guna bsd as everyday machine
    (17:33:42) chronic_imp: ko ni tolol ke..manade orang pandai cam aku ni nak buang masa crack id orang tolol cam ko
    (17:33:44) chronic_imp: takde hasil
    (17:34:04) chronic_imp: byeee
    (17:34:06) xord xavier: tapi kenape eh ko crack id aslina nih?
    (17:34:56) chronic_imp: sbb ko tolol
    (17:35:03) chronic_imp: ubuntu abah ko
    (17:35:12) xord xavier: hmm, ok, tapi seriously
    (17:35:17) xord xavier: can u do me a favour
    (17:35:24) xord xavier: bley tak ko kasik aku ip aku?
    (17:35:28) xord xavier: aku tak sure la ip aku ape
    (17:35:30) chronic_imp: pakai window je la orang cam ko ni takpun pakai redhat 5 hias gnome cantik2 skit
    (17:35:52) xord xavier: redhat dah macam outdated kot
    (17:35:55) chronic_imp: http://www.facebook.com/home.php#/profile.php?id=561625838&v=feed&viewas=639733282 tak boleh blah
    (17:36:15) xord xavier: fedora la kot ok skang
    (17:36:16) xord xavier: haha
    (17:36:21) chronic_imp: tgk tu,punya la bangan ko ni..mmg la redhat 5 tu tahun 90an sesuai tuk orang lembab cam ko ni
    (17:36:22) xord xavier: pandai ko google kan
    (17:36:33) chronic_imp: haaisssh
    (17:36:35) chronic_imp: lawak2

$y@zn! (13/2/2009 5:53:01 PM): tuh
$y@zn! (13/2/2009 5:53:03 PM): baca puas2
@$L!N@ (13/2/2009 5:54:18 PM): gile aku meroyan sat
@$L!N@ (13/2/2009 5:54:22 PM): sebab aku pun pening
$y@zn! (13/2/2009 5:54:26 PM): ok
@$L!N@ (13/2/2009 5:54:32 PM): dah lama aku tinggal term2 camni
@$L!N@ (13/2/2009 5:55:00 PM): sial gak dier ni eh
$y@zn! (13/2/2009 5:55:11 PM): hmm
@$L!N@ (13/2/2009 5:55:38 PM): aku rase...aku takde plak dump mana2 budak IT
@$L!N@ (13/2/2009 5:55:44 PM): huhu
@$L!N@ (13/2/2009 5:55:52 PM): aku single sejak tahun lepas
@$L!N@ (13/2/2009 5:55:59 PM): camno la jadik camni
$y@zn! (13/2/2009 5:56:16 PM): oh
$y@zn! (13/2/2009 5:56:18 PM): ok
@$L!N@ (13/2/2009 5:56:27 PM): kalo dier terer sangat...hack je la kewangan u aku tu
@$L!N@ (13/2/2009 5:56:33 PM): tolong aku update sikit yuran
@$L!N@ (13/2/2009 5:56:36 PM): huhu
$y@zn! (13/2/2009 5:57:00 PM): ingat boleh ke?
@$L!N@ (13/2/2009 5:57:01 PM): ni nak cari gado ngan ko
@$L!N@ (13/2/2009 5:57:08 PM): ape la dapat
@$L!N@ (13/2/2009 5:57:13 PM): takde faedah pun
$y@zn! (13/2/2009 5:57:22 PM): tah
$y@zn! (13/2/2009 5:57:24 PM): mana aku tau
@$L!N@ (13/2/2009 5:57:26 PM): huhu
@$L!N@ (13/2/2009 5:57:32 PM): pening gak aku
@$L!N@ (13/2/2009 5:57:39 PM): sebab
@$L!N@ (13/2/2009 5:57:54 PM): osmet aku yg dulu2 je tau ko bestfren aku
$y@zn! (13/2/2009 5:58:02 PM): ye eh?
@$L!N@ (13/2/2009 5:58:13 PM): ha`ah
$y@zn! (13/2/2009 5:58:19 PM): ooo
$y@zn! (13/2/2009 5:58:20 PM): ok
@$L!N@ (13/2/2009 5:58:22 PM): ana yg kuar ngan kite
$y@zn! (13/2/2009 5:58:26 PM): ooo
$y@zn! (13/2/2009 5:58:28 PM): ok
@$L!N@ (13/2/2009 5:58:31 PM): same atin yg add ko kat fs dulu
@$L!N@ (13/2/2009 5:58:44 PM): tapi atin skang cam cilake dah
$y@zn! (13/2/2009 5:58:52 PM): ooo
@$L!N@ (13/2/2009 5:58:52 PM): utang aku 400...pastu lari camtu je
$y@zn! (13/2/2009 5:59:07 PM): heh
@$L!N@ (13/2/2009 5:59:09 PM): sebab tu aku confuse apsal dier chat ngan ko
$y@zn! (13/2/2009 5:59:17 PM): tah
@$L!N@ (13/2/2009 5:59:53 PM): sudah la aku tego ko pun jarang2 dah skang
@$L!N@ (13/2/2009 6:00:07 PM): itu lagi la aku musyikil
@$L!N@ (13/2/2009 6:00:18 PM): memang aku tak tinggal trace yg kite ni bestfren ah
$y@zn! (13/2/2009 6:00:18 PM): itu ah
$y@zn! (13/2/2009 6:00:30 PM): hahaha
$y@zn! (13/2/2009 6:00:33 PM): itu la kot
@$L!N@ (13/2/2009 6:00:50 PM): kalo dalam achieve pun...mesti tersimpan kat laptop aku
@$L!N@ (13/2/2009 6:00:59 PM): takleh access kat lain kan?
$y@zn! (13/2/2009 6:01:02 PM): itu ah
@$L!N@ (13/2/2009 6:01:56 PM): misteri nusantara nih
@$L!N@ (13/2/2009 6:02:21 PM): aishah pulak tu nama...confirm tipu nih...
$y@zn! (13/2/2009 6:02:29 PM): itu ah
@$L!N@ (13/2/2009 6:05:36 PM): adeihhh
@$L!N@ (13/2/2009 6:05:46 PM): fenin...fenin...


So? Sape manusia ni? Ape motif dier nak crack id ym aku nih? Ape faedah dier dapat ha? Aku bukan terer sangat pun bab2 camni...Pulak tu dier bleh bantai chat dengan Xord...Sape la dier nih...Haihhh...Confuse aku skejap tau...

Sori la kalo mata korang pinau2 tengok kaler2 sangat conversation nih...
Aku cume nak meluahkan ape yang terpendam je...Aku tengah bengang nih...Tatau la sape punye keje...

Yahoo Mesengger Pun Bleh Kene Hack Ke? [Part 1]

-Entry Ini Takde Gambar-

Aku marah!!!

Mula2 aku pelik apsal membe aku ni tego aku cam nak marah kat YM...Elok je aku nak reply...Tibe2 kat YM aku kuar display "You have been signed out because you signed in on a different computer or device"

Membe aku, En. Xord yang budiman terus sms aku sepantas yang boleh.

    Wey, ko kat mana?

    Ak kat umah la. Wey, ko ym dgn ak ke td? Nape mcm mrh2 je? Dah tu tibe2 plak ak xbleh login ym ak. Sbb 2 ak xreply. Ape da jd ha?

    jap, ko nak kenakan aku ke ape? apehal ko ym ngan aku cakap bebukan?

    Weh! Siyes ah. Ak xbleh nk on ym ak skang. Siap state sini aku sign in kat tempat len. Apsal aa weh? Ko biar btol. Ak xmemain ah bnd cmni.

    Dia kata nama dia aishah, aku tgk ko ol skang, siap chat ngan aku lagik

    Ak tgah musyikil. Asal dier chat dgn ko?

    Tatau, dia cakap dia musuh ko, nak carik point pasal ko, huhu

    Ko layan lbh2 sikit pastu korek2 sikit dia on9 katne. Keji btol ah! Ko printscreen mende dier merepek dgn ko, antar kat email aku bley?

    ok ok. Nti2

    Ak da reset pasword pun tetap xbleh sign in jugak dgn pasword baru. Ni yg ak geram ni. Mmg ak nk letak kat blog ni.

    Haih, asal ko ngan dia sama2 nak letak kat blog?

    Hah?! Sial doww...Sape gune identiti ak plak ni. Waa~ eh, jap ko tanye dier ape blog dia nk letak. Huhu...Reset pasword pun takleh masuk gak

    Sebab dia still online, ofcourse la ko takley ubah

    Ha`ah kan? Ko tny detail2 ck8. Ko tny dier chat dgn sapo laie... Ko test la tgk dier tau name penuh ko ke...bday ko ke...Ak kan tau sume tuh? Huhu...

    Dia dah offline. Ok.


Tu sms jek...Elok si senget tu offline, aku pun try la login dengan pasword baru...Boleh la pulak...Terus je aku terjah membe aku...Mintak conversation dier dengan celaka itu...

Sambung kat Part 2...Panjang sangat...Kang korang plak nak sepak aku...

Kat Part 2 aku sambung ape jadah conversation dorang untuk tatapan korang yeh?!!

Sunday, February 15, 2009

Uji Minda Lagi [UPDATE]


Menatang apekah ini?


Rasanya haritu aku dah tanya pasal menatang ni...Tapi macam tak dapat sambutan je...So, aku up balik gambar ni...Meh teka beramai2...

Try la google...Kalo bleh sertakan nama saintifik skali...Aku pun tak kenal sangat menatang ni...Tapi aku confident gile bapak aku bleh bagi penerangan yang jitu pasal mende nih...Tunggu jawapan dier nanti yehhh...

P/S: Jawapan soklan uji minda yang lepas dah kuar...

TAKDE SAPE PUN TEKA NGAN TEPAT



Uji minda ni extend sampai 15 Feb 2009 pulak...Jawapan di jangka kuar bulan Mac nanti...Lepas aku balik cuti semester...Huhu...

*Aku lupa ape bapak aku citer haritu...Peace!!*

Saturday, February 14, 2009

Eksperimen : Aku, Mereka Dan Henset

Hipotesis :
    Semakin canggih henset, semakin susah nak cari function "Silent"

Intro :
    Henset sekarang dah makin canggih. Budak2 skolah tadika pun tau gune enset. Malah, mase aku keje kat kedai nasi ayam dulu pun, ader sorang customer nih...Anak dier aku rase la baru je darjah satu...Tapi gune enset lagi canggih dari enset aku mase tu...Mana tahan beb...Panas hati je tengok budak tu call ayah dier ajak datang makan...Aku syak la dak tu punye enset mesti parents dier amik pakej 1+3 celcom (mase tu la)

    Penting sangat ke enset kepade dak skolah mcm budak tadi tu? No wonder la anak buah aku kecik2 dah ader boipreng...Ni kes tukar2 no enset kat tadika la nih...Ish3x!! Apehal dak2 tadika pun dah maju ngalahkan dak2 u nih?

    Knape intro macam takde kene-mengene dengan tajuk eksperiment nih?


Objektif :
  • Mengenal pasti jenis henset yang mudah ke mode "Silent"
  • Mengenal pasti jenis manusia yang tak suke silent henset
  • Mengenal pasti punca bunyi henset yang tak diundang
  • Mengenal pasti pengguna provider mana paling banyak terima sms/call dalam kelas


Kaedah :
  1. Ujikaji diadakan dalam satu kawasan yang agak bebas bergerak, udara agak nyaman, disertai kehadiran lecturer subjek yang boleh bikin hati berdebar setiap kali masuk kelas dan bilangan student yang selalu melebihi 40 orang.
  2. Ujikaji hendaklah dijalankan sepanjang waktu kelas. Perhatian: jangka masa kelas bikin-bontot-panas-mau-tunggu-sampai-abeh adalah dari kul 2 petang hingga mencecah 5.30 petang setiap hari Khamis setiap minggu tanpa gagal.
  3. Tunggu sehingga ader call masuk atau sms masuk.
  4. Cukup2 la kot kaedah tak boleh banyak2...Nanti aku sepak korang nak list kaedah banyak2 nih...

Iklan sat :
Aku ngidam nak pakai henset siap booth camni...Mana nak cari?

Pemerhatian :
    Hah?!! Camne aku nak rekod pemerhatian ni?

    • Sepanjang kelas berlangsung, tak kurang dari 10 bunyi2 ringtone henset beraneka jenis lagu top masa kini dapat didengar.
    • Lecturer tu bukan macam Prof. Maselan dulu2 yang apabila dengar ringtone best, dia pun sama naik berjoget depan kelas. Huh!
    • Waktu puncak call/sms masuk adalah antara 10 minit kelas akan berakhir. Ada jugak yang dapat waktu break sekejap. Musyikil aku kalo2 orang yang call dorang tu ader instinct nak call waktu take five.
    • Selalunya penerima call/sms sesat dalam kelas adalah terdiri daripada pengguna Maxis.
    • Aku juga tak berkecuali menerima sms tak diundang dari Maxis setiap kali kelas itu. Pulak tu content yang sama sampai 3x...Apehal?
    • Takkan dengar ringtone berbunyi polifonik atau monofonik dalam kelas...Sebab masing2 dah gune henset yang serba canggih dan baru.


Perbincangan :
  • Sumpah budak2 ni cerita kat aku henset canggih sekarang susah nak jumpe function silent. Padahal tak salah aku, kebanyakkan henset Nokia yang paling mahal sekalipun dah tentu ader button short-cut ke mode silent kat # key itu. Senang citer, mungkin dorang dah modified semua profile kot. Silent pun boleh tukar nak letak ringtone...Apehal?
  • Masa yang di amik untuk unlock security code pun amik masa (konon2 la) tu pasal bunyi henset boleh berlarutan...Tak kurang gak responden yang kelihatan gelabah cari henset tak jumpe time2 henset tu berbunyi. Kantoi kat situ.
  • Maxis memang suke antar service sms mengarut2, mms yang ntahapa2, dan jugak promosi2 melalui sms time2 kelas...Mana depa tau aku tengah dalam kelas yang paling debar nak masuk...Bukan berdebar pasal lecturer hensem sangat...Tapi berdebar sebab takut tak paham dia ajar ape...Subjek Signal ni bukan boleh buat main2 oww...
  • Lain2 korang tambah senirik kat komen di bawah sana.


Kesimpulan :
    Hipotesis diterima walaupun pada aku hipotesis tu bapak la mengarut serta penuh berisi penipuan tak berasas...Cakap je la korang beli henset baru...Yang canggih serta pelbagai guna...Bak kata Kak Syima, henset canggih tapi asik silent nak wat apa...

    Ah! Ape aku merepek nih? Kire eksperiment ni gagal ke ape?
    Brape markah la agaknye cikgu nak bagi ni?

Friday, February 13, 2009

Kenapa Saya Menetap Di Kuala Selangor?

Aku bosan gile dah nak jawap soklan ni...

So, skang aku nak jawap segala persoalan2 yang bersawang kat kepala otak kawan2 aku...Memang la campus aku tu korang cakap jauh gila dari umah aku. Tapi aku belum gila lagi okeh? Nih bace cepat list sebab-musabab kenape aku stay sini dengan Kak Syima!

  1. Mengingatkan kenangan silam mase aku form 1 sampai form 3 dulu...Jauh segini la aku ulang-alik pegi skolah...Ye laa...Duduk ostel tak sampai 3 hari dah kene tendang kuar...Apehal?
  2. Aku dengan ostel memang tak brape ngam sebab aku suka langgar peraturan.
  3. Aku memang suka jalan jejauh.
  4. Bleh buat muke kesian kat lecturer bile cakap aku takleh datang kelas sebab transport takdak.
  5. Ada alasan untuk aku mintak moto kat bapak aku...Hahaha!!!
  6. Aku suka naik bas.
  7. Umah kat Kuala Selangor ni masih lagi murah...Aku duduk ngan Kak Syima pun bleh tahan la murah...Murah la untuk umah fully furnished camni...
  8. Aku tak suka duduk ramai2 dalam satu umah...Kat kampung belakang campus kene stay ramai2 kalo nak sewa umah kurang...Gile ape umah kecik nak suh aku duduk beramai2 untuk satu semester...Mau meroyan aku walaupun baru 2 minit tinggal situ...
  9. Aku suka jogging pagi2 bile bas sampai lambat sikit dalam campus...Jadi ada alasan untuk aku lari2 sampai ke kelas...Bagus untuk kesihatan!
  10. Aku sayang fakulti...Sebab gap kelas 4-5 jam pun aku sanggup lepak2 kat fakulti tu walaupun orang cakap bosan nak mampos. Nak bosan ape...WiFi ader...Gune je la!
  11. Kat sini seminggu 2x aku boleh telan yong tau foo...Agak murah la pasal aku beli selalu 7 hengget pun aku masih boleh makan share2 dengan Kak Syima...
  12. KFC dekat je ngan umah aku...Yang terbaru...Tesco pun bakal dekat dengan umah aku.
  13. Aku masih lagi suka makan bihun tomyam kat Restoran Fazillah. Kat sini je wujud bihun tomyam yang sangat kick!
  14. Kat sini aku boleh gaduh dengan beruk2 dan lotong2 kat Bukit Malawati sana. Kalo aku duduk kampung belakang campus...Ade aku boleh gaduh ngan natang2 ni? Silap2 haribulan aku kene gigit dengan anjing liar.
  15. Aku gembira tinggal kat sini...Tak caya bleh tanye Kak Syima...Kan akak,kan?
Nah...Untuk tatapan korang...

















Hahaha...Sori la Kak Syima...Saye upload gambar lama2 jek...Tapi umah kite memang maintain camnikan?

Nota untuk kawan2 aku yang suuuuuuka sangat tanya aku kenapa aku tinggal jejauh nih...
  1. Sile tatap gambar ni puas2. Bleh click untuk gambar lebih besar dan jelas.
  2. Dah korang tatap gambar nih...So, aku nak demand kat korang umah camni lengkap kat kampung belakang sana tu...Dengan harga bawah RM200 serta aku tak perlu tinggal dengan 8-10 orang housemates untuk tampung belanja bayar sewa umah.


KORANG BOLEH CARIKAN TAK?


Wednesday, February 11, 2009

Mood Tak Stabil

Arini je abeh sume orang kene ugut ngan aku...
Puncanya aku tengah menderita senggugut yang super teruk pada pagi tadi...
Mood pun abeh lari...

Takde maknenye nak gelak2 gumbira bile Ah Meng cube2 wat aksi bajet macho depan pintu study room...Siyes...Sume orang kene ugut ngan aku harini...

Nak hapdet pun terasa malas2...Taip ni pun amik masa 2 jam nak buat...

Monday, February 9, 2009

Khidmat Pelanggan Yang Paling "Sempoi"

Aku beli Incik Vostro dari 1 company nih...Nak aku reveal ke website dorang untuk tatapan korang tak? Mane la tau kot2 korang berminat ke nak beli dari sini. Aku namakan company ini ABS, ok? Aku juge harap korang atau sape2 pembace blog aku ni takde la nak kecoh2 pasal ape yang bakal aku taip nih...Aku tak suka nak gaduh2 dengan orang...Wat bazir bil telepon dorang je kang nak serang aku nih...

Kisah benar nih...

Sebelum ni aku beli Incik Vostro ni elok je payment aku dipotong dari loan PTPTpu...Ehh...Salah...PTPTN...Then...Sampai la ke akhir November 2008, tiba2 aku disuruh bank-in RM700 untuk payment bagi semester Disember nanti...Mana la aku ada duit masa tu...Aku plak baru je lepas kehilangan bonda tercinta mase tu...Bapak aku pun tak abeh berduka-nestapa lagi...Takkan aku nak mintak kat orang tua tu RM700...Mau kene heart-attack dia...Sebab sebelum tu aku dah mintak kat dia about thousand something untuk cover yuran pengajian aku kat sini...So, aku pun call la dorang nak citer situasi aku...Tapi dorang ni memang cam tak paham bahasa jek...Nak jugak2 suruh aku mintak duit ngan parent aku tu...

Last2 aku ignore je la. Dorang call pun aku wat tatau jek...Malas nak layan...Gile ko...Aku nak exam mase tu lagi nak kacau...Memang aku wat "bijak" je la... Sekali...Haa...Hambik ko...Sejak awal tahun 2009 sampai la sebelum loan aku masuk 5 Febuari lepas...Dekat 12 sms aku save...Itu pun yang sempat aku save la...Aku tak suka, aku delete je...Dorang call, haram aku tak jawap...Abeh kuat pun aku komplen kat abang aku mintak dier je setelkan...Huhu...

Note: Sila abaikan kesalahan ejaan...Sebab dorang memang sms aku camtu...Letih bai aku gelak masa cuba nak paham ape yang dorang ni nak...


-7 Januari 2009-
Perhatian: sila jelaskan pembayaran laptop/baki sebelum 8 jan 09, sekiranya tidak kami akan mengambil tindakan. Sila bayar dalam masa yang deberi. Pembayaran boleh dibuat di: xxxx bla...bla...bla...xxx. Selepas anda bank in sila sms kepada kami: xxx bla...bla...bla...xxx. Terima Kasih. ABS Sdn. Bhd

-9 Januari 2009-
Hai, sy dari ABS hendak mengingatkan berkenaan pembayaran laptop/baki sem 08/09. Sekiranya anda telah bank in sila hantar name, tarikh, no rujukan, amount dan bank yg digunakan. Kerjasama anda amat dihargai.

-12 Januari 2009-
Perhatian: Anda boleh membuat separuh pembayaran ansuran laptop sblm 13hb jan dan baki sblm 31 jan dan pembayaran boleh dibuat di: xxx bla...bla...bla...xxx. Sila talipon xxx bla...bla..bla...xxx utk sebarang pertanyaan. Mustahak - selepas "bank-in" ansuran tersebut, anda MESTI sms kepada kami: xxx bla...bla...bla...xxx. Terima Kasih. ABS Sdn. Bhd.

-15 Januari 2009-
Pemberitahuan? Pembayaran hendaklah dijelaskan sebelum 18 jan. Seliranya anda tidak dapat membayar dalam tempoh yang di beri, pihak kami akan mengambil tindakan seperti kenakan faedah dan sebagainya. Selepar pembayaran sila hantar maklumat pembayaran melalui sms name, Tarikh, no rujukan, jumlah pembayaran dan bank yg digunakan. Sila sms sekiranya ada masalah.

-22 Januari 2009-
Hai, kepada pelajar2 kami ingin memberi tahu anda berkenaan pembayaran ansuran\baki laptop. Anda diberi amaran utk membayar ansuran laptop sebelum 25 jan 2009. Sekiranya anda tidak menjelaskan pembayaran tersebut kami akan mengambil tindakan terhadap anda. Sila ambil perhatin terhadap pembayaran anda. Sekiranya anda ada masalah sila call atau sms kami. Selepas anda bank in sila hantar maklumat pembayar. Tk

-28 Januari 2009-

Perhatian: Anda dikehendaki membayar Rm700, kami telah memberi tempoh yg sangat panjang utk menjelaskan pembayaran ansuran laptop. Tarikh akhir pembayaran ialah 31 jan 2009. Pembayaran boleh dibuat di: xxx bla...bla...bla...xxx. Sila talipon xxx bla...bla..bla...xxx utk sebarang pertanyaan. Mustahak - selepas "bank-in" ansuran tersebut, anda MESTI sms kepada kami: xxx bla...bla...bla...xxx. Terima Kasih. ABS Sdn. Bhd.

-29 Januari 2009-

Perhatian: Anda dikehendaki membayar ansuran laptop, kami telah memberi tempoh yg sangat panjang utk menjelaskan pembayaran ansuran laptop. Tarikh akhir pembayaran ialah 31 jan 2009. Pembayaran boleh dibuat di: xxx bla...bla...bla...xxx. Sila talipon xxx bla...bla..bla...xxx utk sebarang pertanyaan. Mustahak - selepas "bank-in" ansuran tersebut, anda MESTI sms kepada kami: xxx bla...bla...bla...xxx. Terima Kasih. ABS Sdn. Bhd.

-3 Februari 2009-
Perhatian: Anda dikehendaki membayar laptop/baki pembayaran sebelum 5 feb sebelum pukul 5pm, sekiranya tidak kami akan kenakan faedah 1.5% dan Pembayaran boleh dibuat di: xxx bla...bla...bla...xxx. Sila talipon xxx bla...bla..bla...xxx utk sebarang pertanyaan. Mustahak - selepas "bank-in" ansuran tersebut, anda MESTI sms kepada kami: xxx bla...bla...bla...xxx. Terima Kasih. ABS Sdn. Bhd.

See? Rajin kan dorang sms aku? Skandal2 aku pun tak rajin nak sms aku...Huhu...Sedih gila...
Ada yang aku reply...Mengarut2 la aku reply...Tapi dorang wat tatau je...Call pulak...Jangan cerita la...Satu hari sampai 2x dorang cuba call aku...Tapi haram aku tak jawap.

Last2 dorang call Azim. Aku musyikil gak camne dorang bleh dapat no enset Azim... Rasanya aku letak penjamin tu abang aku dengan kazen aku...Huhu...Dah Azim plak amik alih jadik informer kat aku...Mark dah gelak2 kat aku cakap aku sedang "dikejar ah long"...

So...Pada 5 Februari 2009, tepat jam 7.09 pagi Bank Islam sms aku bagitau loan dah masuk. Tapi masa tu aku still wat flight mode kat enset...Sudahnya kul 9.45 pagi baru aku tau loan dah masuk...Aku tunggu jugak lagi sms kot2 dorang potong RM700 tu dari loan aku...Tapi takde mende pun...Cuma tempat aku belajar ni je yang dah kebas RM5000++ dari loan aku untuk yuran semester ini.

Kul 10.56 pagi aku pun terhegeh2 la masuk Bank Islam punye portal nak wat transfer kepade ABS nih...Dah siap semua aku pun sms butir2 peribadi aku...Dan untuk pengetahuan korang...Aku ter-transfer-kan sebanyak RM800...Sebab aku mati2 ingat tarikh haritu ialah 6 Februari...Then dorang call aku...Aku tak jawap jugak...20 saat pastu masuk satu sms dalam inbox aku...

ABS : Kenapa u bank in 800

Aku : Kata dgn 1.5% tu. Xpe la. So, next balance brape?

Rajin dier nak reply ni...Dah kire aku main sms ngan dorang ni plak.

ABS : Sepatutnya 700 tapi u dah bayar 100 lebih so u cuma tinggal 600 for next sem

ABS : Ptptn unisel dah masuk ke

Aku : Baru masuk je. Pukul 7 pg td dpt sms alert. Then td abeh klas, rush g cc buat online transaction [Teetttt!! Aku tipu...Pagi tu mana ada kelas!!]

ABS : Ok tq


Huarghhhh!!!! Aku lega gilaaaaaaaaaaaa dorang takkan kacau aku atau Azim dah lepas ni...

Sunday, February 8, 2009

Patut Ke Nak Kene Kecoh2?

Baru2 ni (last week) kecoh kat Buletin Utama sampai 3 hari berturut2 tentang latihan komando yang didakwa mendera orang tuh. Aku follow jugak tengok...Kesian memang la kesian... Tapi kan...Sepanjang pengetahuan aku la...Memang latihan untuk jadik Komando (untuk tentera darat)...Paskal (untuk tentera laut) atau Paskau (untuk tentera udara) memang tahap tak terjangkau dek akal kadang2 tu...Bapak aku la citer...

Satu je persoalan aku kat sini...Patut ke mende2 camni kene kecoh2...Kene rakam atau dibawak keluar untuk tatapan umum? Pada aku la kan...Kalo nak dakwa pun...Better dakwa je orang yang rakam mende2 camni pastu sebarkan...Takyah la susah2 nak pikir pasal orang dalam rakaman tu...Nak jadi pemegang "beret hijau" tu cabarannye dasat oww...

Aku pun tibe2 teringat pengalaman aku 3 bulan first dalam fasa induksi mase join Akademi Tentera Malaysia tu...Bukan best pun macam dalam citer yang Produksi KRU bikin tu...Ntah ape tajuk aku pun dah tak ingat...Tapi aku perasan la citer tu dirakam pada saat2 aku kene ngadap Lembaga No.3 kot kalo tak salah sebab dah nak kene dismiss...

Aku sebagai orang awam masuk situ...Pastu 3 bulan first kene lenjan tak hengat pulak...Dah macam separa tak tahan...Tapi aku redah jugak sebab dorang umpan dengan elaun bulanan yang bleh tahan mahsyuknye...Ekeke...Korang kene paham...Aku ni mata duitan sikit macam Kirimaru dalam katun Ninja Boy tu...Bayangkan la...Masa mula2 aku masuk situ berat aku cecah 70kg...Dalam 2 bulan lebey je mase fasa induksi tu berat aku dah jadik 49kg...Sudah la kerempeng...Gelap pulak...Bapak aku pun tak kenal aku masa mula2 aku jejak Jetty Raja Tun Uda kat Georgetown tu...

Tengok...Aku bukan boleh nak ulas apape isu pun...Kalo ulas pun mesti nak jugak related dengan pengalaman aku...Hehe...Ape pun...Aku harap...Kes tu takkan kedengaran lagi dah pasni...Bukan ape...Itu kan ala2 spesis rahsia kerajaan jugak...

Takkan korang nak tengok mende camni terlepas masuk Youtube...Abeh plak satu dunia boleh tengok "kezaliman" latihan tentera kita. Mane tau kot2 negara lain plan nak serang kite tengah gelak2 tengok latihan camtu dan dorang bajet rakyat Malaysia ni takde la kuat mane pun...Sebab isu camni pun bleh bocor sana-sini...Hal2 camtu dah kata dera...Memang patut kawasan2 seperti tu kene strict sikit...Takleh bawak enset canggih2...Kadang2 kita bukan sedar pun orang tengah rakam kita...Gaya orang tu pulak baeeekkk punye macam tengah layan bace sms...

Takkan nak wat training komando dengan penuh kasih-sayang pulak...Secara logiknye...Ade ke perang2 kat dunia nih yang dilancarkan dengan penuh kasih-sayang? Kalo la banyak kasih-sayangnye...Takde la ramai kene bunuh macam Iraq serang Palestin tu...Kita tengok pun kesian kan? Tapi tu la hakikatnye tentera...Mana boleh kompromi dalam perang2...Bukan aku nak sokong Iraq tu...Aku pun bukan suka perang2 ni...Bosan tau...Mana nak tinggal kalo umah kene bom? Betul tak?


Gambar ni saje aku amik dari groups intake aku kat frenster...Takde kaitan pun dengan entry ni...Cuma aku je rindu kat dorang...Mintak2 la takde sape yang perasan, amin...Aku amik secara salah ni...Haha!! Entry aku pun berkaitan tentera darat...Harus la aku display gambar kawan2 aku yang darat...Kat aku takde gambar kenang2an camni...Setiap entry dalam blog aku kan kene ader gambar?

Apapun aku tetap suke tentera...Sebab dorang nampak smart dalam uniform...Lebih2 lagi NAVY...Hahaha~~!!

P/S: Oppss...Takde kene-mengena dengan sape2 ye...Aku juga ex-navy...Tak caya boleh tengok nombor tentera yang tercatat belakang mykad aku skang...

Saturday, February 7, 2009

Sudin Oh Sudin

Saje je takde keje wat tajuk ni.

"Sudin...Aku nak thumbdrive aku yang antik tu balik. Tolong la. Aku rindu sangat kat dia. Huhu..."

Mamat ni adalah partner esemen aku yang lepas. Jenuh oww aku wat gerakan mencari no tepon mamat ni. Dier ader frenster. Dengar citer masih single. Sape2 nak berkenalan ngan dier bleh cari aku. Mwahaha!!

Gile bai...Macam nak jual membe je...

Aku rindu kat thumbdrive aku yang besar gabak lagi antik berkapasiti 128 MB keluaran tahun 2003 berjenama Kingston. Jangan tanya aku kenapa aku takmo tukar ke thumbdrive baru yang lebih berkapasiti besar serta murah sekarang.

Ini bukan apa yang aku inginkan. Sumpah aku rasa seram tengok thumbdrive camni.

Aku Tengah Meroyan [UPDATE]

Sepanjang minggu nih aku bz dengan esemen, test, quiz dan jugak kelas2 yang kejap khabo angin cakap ade...Lagi sejam bleh plak datang sms cakap cancel. Oleh itu...Sorry la kalo korang rase weekend je aku wat entry baru...Last week ekceli banyak bende aku nak komplen kat sini...Tapi tak tercapai jari nak menaip kat keyboard. So, harini aku akan cube create sebanyak mungkin...Agar minggu depan korang tak sebosan minggu nih...

Maybe akan ader auto-publish pasni...

***********************************

Walaupun camne bz aku skalipun...Tapi aku tetap takkan abaikan Super Pets! aku kat frenster...Jom kite men bela2 pet kat frenster... Nama pet aku adalah ola-oli.

Comel tak? Comel tak? Comel tak?

Tag Kak Syima [Hubungan Saya Dan Dia]

Dekat 2 bulan tag ni pending dalam list tag aku...Last2 aku decide nak buat jugak walaupun Aku rasa ape yang aku buat ni langsung takde kaitan dengan kehendak tag nih...Tag ni jugak telah membuatkan aku rase serba-salah banyak la sampai kene buat keputusan yang paling drastik la kalo nak dikira dalam idup aku...Ekeke!!

Mana tak serba-salah beb...Nak letak relation aku ngan pakwe? Aku single-mingle lagi la bai...Nak letak skandal2 aku...Ramai sangat pulak dah...Gile ape skandal ader tujuh orang...Kalo pilih sorang kang lagi enam mesti kecik hati...Dah jenuh aku kene pulau dalam kelas nanti? Ngan sape plak aku nak manje2 a.k.a ngade2 nanti?

Ni gambar dier jek... Aku mana bleh bergambar dengan dier...Nak duduk dekat pun harus kene kutuk2 2-3 das dulu... Hah! Amacam? Ada gaya ah long Bukit Beruntung tak?


1. What is the relationship of you and him/her?
  • We were enemy since I knew him. Siap ader banner lagi...Hahaha!!


2. Your 5 impressions towards him/her
  • + Pretend to be cool all the time
  • + He gotta good looking
  • + He gotta sweeeeeeetest smile I ever seen
  • + A caring enemy (huh?!)
  • + Good in arguing dan putar-belit fakta

3. The most memorable things he/she had done for you.
  • He bought me a box of moon cake when we first meet eventhough he did not know me well, also he never seen nor taste the moon cake before "we dated" =p

4. The most memorable things he/she have said to you?
  • Musuh Never Dies (Mesti korang sangke aku gile kan?)
  • So u ingt musuh kite ni cam Lisdawati ngan Fazura ke? (Kekeke...Statement ni memang aku takleh blah...)
  • Walaupun musuh tu selalu kene kutuk ngan I, tapi die istimewa di hati I

5. If he/she become your lover, you will...
  • Find the numerous way EVERYDAY to annoy him. Hahaha!!!

6. If he/she become your enemy, you will...
  • We oredi enemy, maaa~~~!!!

7. If he/she become your lover, he has to improve on...
  • Perut jangan boroi
  • Rokok jangan isap
  • Bawak keta kene laju
  • Cenel radio jangan klasik fm
  • Jangan kutuk lebey2

8. If he/she become your enemy, the reason is...
  • Oww...I oredi got thousand of fwens and decided to take someone to be my enemy. So, he turns up and we were promise each other that there were no other enemy in our life except for both of us. Paham?

9. The most desirable thing to do on him/her is?
  • Suh dier pakai bikini, mintak tolong Jumie mekapkan dier cantik2 n wat catwalk depan orang ramai.

10. The overall impression of him/her is...
  • Sweetest enemy in the world. Ekeke!!!

11. How do you think the people around you will feel about you?
  • Ntah...Dorang rasa nak sepak aku aja kot?

12. The character of you for yourself is?
  • Sorang yang hepi2 dan sesetengah masa kuat meroyan.

13. On contrary, the character you hate of yourself is?
  • Gelabah tak tentu pasal.

14. The most ideal person that you wanna be is?
  • It has been almost 24 years old I`m being myself and I feel comfortable with it. Nak hipokrit pi jadi orang lain nak watpe, kan? Bajet ideal la sangaaaattttt!!!!

15. For the people who likes you, say something about them.
  • Wat susah2 je suke aku...Hehe!!

16. Ten people to tag:
  • Aku malas nak tag orang...Belum tentu korang buat pun tag aku...Siap aku kene sumpah-seranah 2-3 bakul pun korang tak jugak setel tag aku...So...Sape2 rase nak buat tag ni...Amik la tanpe rase segan-silu ye...

Tuesday, February 3, 2009

Jawapan Uji Minda

Haa...Mesti ader yang ternanti2 jawapan uji minda yang lepas, kan? Alaaa...Kalo korang tak nantikan pun...Buat2 la teruja sikit untuk amik hati aku...Sedih tau hati ai kalo takde orang amik peduli ni...Sob! Sob!

Hahaha!! Sudah2x!! Meh kite tengok ape jawapannye...

Soklan no.1 : Aku berdiri di mana untuk snap gambar ini?

Jawapannye : Aku duduk kat depan laa...Itu kamera aku main tangkap secara rambang...Tu pasal gambar nampak cam gegar2 sikit...Tambah plak bas tu tengah lalu kat jalan yang tak brape nak siap tu...Driver plak sibuk gayut phone...Huhuhu...


Soklan ke-2 : Di manakah konduktor bas?

Jawapannye...Sila tengok gambar kat bawah ni...



Soklan ke-3 : Berapakah kelajuan bas yang dibawa oleh driver bas?

Jawapannye : Slow nak mati...Aku siap buleh tengok panel meter kelajuan tuh...Tapi hampeh...Dari campus sampai ke pekan, meter menunjukkan 0 km/j...Haha!! Tapi aku yakin driver bas tu bawak dalam 20-40 km/j sebab risau aku jatuh tergolek kat tangga...Caring siot...Terharu ai...Haha!!


Soklan ke-4 : Apakah status manusia2 dalam bas ini? (maksud aku dorang ni student ke atau campo ngan orang luar sama...Bukan status single atau married tu...)

Jawapannye : Hehe...Mesti ramai je bleh jawab kan? Betulll...Sume tu student...Bas tu baru je kuar campus...Hehe...


Soklan ke-5 : Siapa yang kene jaga beg2 balik kampung yang diletakkan di hadapan dashboard bas?

Jawapannye : Dah aku duduk depan...Tentu2 aku yang kene guard beg2 tu sume...Waaa!!! Tu pasal la driver tu caring sangat takut aku jatuh tergolek untuk menyelamatkan beg2 besar2 tuh...Aku pun heran...Dorang ni nak balik 5 hari je ke...Atau nak balik 3 bulan?

Sunday, February 1, 2009

Sumpah Aku Masih Lagi Gelak Bile Layan Mende Nih!

Walaupun clip ni dah lama dah dekat setahun lebih dan aku pasti sangat ramai yang dah penah tengok...Tapi ape aku kisah? Aku tetap gelak tak berenti bile tengok clip ni walaupun dekat beratus kali dah aku layan clip nih...

Memang takleh blah laa...

Aku ngan Kak Syima penah sampai hilang suara dan mulut cramp sebab layan koleksi clip2 alih bahasa yang tak masuk akal kat Youtube nih...Credit to MarilahBerbaikBaik sebab anda telah menceriakan hidup saya!