Friday, August 27, 2010

Minggu Ke-MALANG-an.

Minggu ni aku sibuk dengan test. Macam-macam test. Sederet 3 hari pulak tu.

Dan merupakan minggu yang sangat malang bagi aku.

Isnin haritu siap tertunggu-tunggu kelas yang confirm-confirm cancel. Sape ntah bawak khabar angin cakap ada lecturer lain bakal ganti tempat beliau sementara takde nih. Sebenarnye takde pun sape-sape. Grrr... Masa terbuang sikit kat situ.

Selasa pulak tibe-tibe ade kuiz. Takde hal la. Memang expect pun kuiz atau test untuk haritu sebab minggu sebelum cuti dia cancel test/kuiz tuh. Sekali lecturer tu bilang nak buat test malam esok plak. Haaaaihhh... Esok pun ada test subjek lain jugak. Takde timbang rasa betul.

Rabu test untuk subjek lain. Mula-mula ingatkan dah kena berkampung dalam fakulti sebab kelas hari Rabu tu adalah pagi ngan petang. Sekali dia cancel kelas petang. Wuahh... Laju la balik umah. Cadang-cadang malam tu, lepas bukak puasa baru shoot datang fakulti balik untuk test malam.

Sekali on the way datang malam-malam tu... Kelam-kabut punya pasal ingatkan dah lambat, hampir-hampir langgar sorang pakcik berbasikal malam-malam. Apa motif dia bawak basikal hampir tengah-tengah jalan, aku pun tatau. Mujur sempat elak dier. Kalo tak, mesti terjadi aksi kemalangan antara moto aku yang selaju 100km/j dengan beskal dia dekat corner jalan tu... Dari arah bertentangan ada lori. Hah. Cantek sangat.

Aku punya la terkejut sampai hilang abes segala bende aku study sebelum test. Memang mereng-mereng je jawap test tu. Markah 0 tu memang expect la kot. Lebih dari 0, alhamdulillah!! Tulis banyak-banyak pun sebab nak memeriahkan kertas je dari tak jawap apape. Classmates semua pun musyikil apsal muka aku pucat macam tak cukup makanan berbuka masa datang test tu. Haih. Trauma kot. Mujur takde apape.

Ada jugak yang tau cerita. Siap tanye apsal aku tak berenti tengok ape terjadi. Huh? Gila???? Tak pasal-pasal esok hari kuar berita student mati kene bunuh dalam kebun kelapa sawit kang... Dah la malam-malam. Memang kalo aku langgar dia pun, aku terus lari kot sebab aku pompuan, terus lari pegi report kat balai polis. Dah la kawasan tu macam bahaya sikit. Dah tentu banyak gengster. Tamau amik risiko kene belasah. Tengah jawap test pun boleh black-out tiba-tiba. Memang otak aku pun black-out sama lah.

Khamis plak, pegi ngambik barang Mark kirim. Pegi kelas dengan perasaan entah apape la sebab memang rasa malas gila. Sebab kelas pukul 9.30 pagi, lecturer pulak masuk pukul 10.30 pagi. Huhuh... Sekali tengah-tengah kelas tu boleh ada spotcheck pulak. Spotcheck kasut. Dan ini kesimpulan aku dapat.

Crocs itu adalah selipar.

Aku baru tau.

Kad matrik aku kene rampas. Demm... Bukan takde budak pompuan lain dalam kelas aku pakai selipar macam kat atas tu. Budak laki pakai selipar boleh plak kene tahan sama. Tak puas hati betul. Lebih-lebih lagi yang pakai jenama Nose tuh.

Padahal kalo kau masuk workshop pun, andai kata bahan apa-kejadah-berat-berat jatuh pun, kalo pakai crocs masih selamat lagi. Macam celaka!

Kurang jugak pahala puasa aku semalam.

Isnin ni baru nak pegi amik balik kad matrik. Siap tanya aku kasut takde ke? Aku cakap je la takde. Tak mampu kot beli kasut "wanita". Crocs tu pun yang aku pakai pun FREE punya okehhh?? Takda makna aku nak beli kasut-baju-segala. Baju raya taon ni pun sebab abang aku paksa aku beli jugak walaupun tak beraya dengan dia.

Test petang tu berlangsung dengan mood yang paling hampeh sekali. Ye lah. Berasap tengok budak-budak lain time jawap test tu pakai macam-macam, tapi spotcheck tu cuma waktu pagi-pagi je.

UNISEL NIH, KALO TAKDE DUIT, SILA CAKAP AWAL-AWAL, TAKYAH AA NAK CARI JALAN MALUKAN STUDENT MACAM NI.

Sumpah malu kot. Entah. Sebab aku rasa lepas kasut safety boots, kasut sports pun berguna jugak. Crocs second option dari kasut sports tu. Sama jugak bertutup. Tapi apasal sandal pompuan bodoh boleh terlepas? Tambah pulak crocs aku jaaaaaaaaaaaaaaaaaaauhhhh lebih murah dari sandal Vincci, Nose, etc. Safety? Sandal camtu kalo aku pakai, tahan 3x je. Lepas tu boleh buang dah sebab haus + tali putus.

Ini adalah suara-suara seorang makhluk yang tak puas hati dengan peraturan. Siyes apa? Dalam ramai-ramai list kena amik nama + kad matrik tu, aku sorang je pompuan. Lain-lain semua lelaki. Aku jadi musyikil plak. Sejak bila budak-budak pompuan dalam fakulti minat memakai kasut bertutup seperti kasut penguin, kasut ala-ala nurse dan kasut sport nih??? Lecturer pun pakai kasut kemain bergaya lagi masuk kelas.

Arrrrggghhhhhhhhhh~~!!!

Oh, cerita sikit la. Semalam tension aku reda sikit sebab dapat jugak kuar dengan abang angkat aku. Lamaaa tuu da kenal, sejak aku form 1. Tapi tak pernah jumpa-jumpa. Dia pun 9 tahun tak balik Malaysia. Hehe. Dia comel. Tu je aku nak cakap. Lain-lain cerita pasal kesesatan mencari jalan ke Shah Alam tu, takyah la citer. Buat malu je. Haha....

Takde gambar. Malas nak bergambar sebab Kak Syima lupa bawak kamera. HAHAH...!!! Janji dapat makan best-best di rumah akak abang angkat aku tuh. Walaupun sebenarnye da lambat.

Apa cerita laptop dia tertinggal dalam teksi tu, aku tatau la. Sungguh optimistik dan cool macam takde apape. Padahal value laptop tu kat sini +/-RM10k. Huhuhh...

*Pitam*

Sunday, August 22, 2010

Entry Ini Ada Sikit Sexists.

Ini adalah personal opinion. Agak-agak tak suka boleh hentam aku kaw-kaw dalam ruangan komen tu. Tapi sila pastikan komen betul-betul bijak lah baru boleh letak situ.

Aku tak kisah kalo korang nak label aku pompuan materialistik ke apa ke lepas baca entry ini.

Punca aku buat entry ini:


Pegi link kat gambar tu. Klik play dan dengar la sendiri. Tak lupa jugak baca sebijik-sebijik komen kat situ.

Aku bukan nak condemn lelaki. Tapi pada aku, dier ni takyah jadik lelaki pun takpe. First impression aku dengar clip perbualan tu aku dah rasa loya gila. Sebab lelaki tu kuat mengadu. Macam hampeh je kalo kenal lelaki kuat mengadu camtu.

Aku rasa dia sendiri pilih jalan untuk memalukan diri sendiri. Apa point dia sampai nak mengadu dekat deejay tu? Sekarang clip tu pun tersebar merata-rata. Semua pakat-pakat nak share kat fesbuk dengan 1001 jenis ayat yang konon-konon sangat bersimpati dengan keceluparan mulut tunang dia menghina dia teruk-teruk sebab dia cuma jual burger.

Entah lah. Aku rasa dia tak layak langsung untuk dirasa simpati. Tolonglah. Personal matter macam tu? Bila mana tunang dia taknak cakap dengan dia... Atau bincang apa pun, at least korang dah bertunang... Hantar la mak ayah, consult la dengan cara baik-baik. Bukan tak boleh, kan???

Bila dah jadi consultation untuk kedua-dua pihak kat radio live pulak tu macam tu, sorang tengah marah sebab tak dilayan dengan elok, sorang lagi bengang sebab masalah macam ni pun nak masuk dalam radio segala, biar satu Malaysia tahu masalah dorang... Terus la jadi out of control. Masing-masing takleh nak handle secara professional.

Lelaki tu just attention seeker. C'mon laa... Ini baru 1% masalah dalam hidup dier... Dan belum pun kawen lagi tu... Kalo dah kawen, entah-entah terus call Aduan Rakyat TV3 tu sebab takleh setel masalah dengan wife dier. HAHAHAHAHH!!!!

Okeh-okeh... Aku maybe terlalu backup pompuan. Yeah, aku pompuan mestilah aku backup jantina sejenis aku... Lagipun sapa pun ada hak kan untuk pilih yang terbaik dalam hidup dia... Yang terbaik tu pulak macam-macam kriteria... Mungkin pada pompuan tu... Ada banyak duit boleh buat dia hepi. Apa salahnya buat sorang pompuan hepi. Anda pilih untuk sehidup-semati dengan dia... Mestilah anda punya sebab untuk buatkan dia bahagia sepanjang hayat dengan anda. So, bila dia rasa gembira sebab banyak duit, sila la penuhi permintaan dia.

Korang mungkin cakap, orang zaman dulu-dulu takyah banyak duit pun tapi hidup bahagia. Mungkin dorang jenis tak kisah sangat pasal harta sebab makan-pakai-segala semua cukup. Apa lagi jaminan masa depan. Yes. Jaminan masa depan tu sangatlah penting. Sebagai bakal ketua keluarga, seseorang lelaki tu pada aku SANGAT LOSER bila dia tak dapat nak bagi jaminan masa depan yang cerah-gemilang-terbilang dekat future wife dia. Haih... Zaman sekarang semua pun duit maa... Nak pegi buang air pun pakai duit ehh...

Senang cerita, dia mungkin berpendapat pompuan tu nafsu besar, tamak... Tapi, dia tau kemampuan dia setakat mana, tapi nafsu dia pun sama jugak besar sebab nak pompuan jenis hebat-hebat. Jangan cerita la kata pompuan ni tamak segala walaupun tak lawa. Well, itu lumrah seorang perempuan. Kalo dia tak hebat, masakan dia punya option lain yang lebih baik dari lelaki tadi??? Peduli hapa kalo lelaki pilihan lagi satu dia tu memang jenis buaya ke apa, tapi sekurangnya dia ada jugak pilihan lain. Lelaki jual burger tu?? Ada ke pilihan lain?? Kenapa anda masih mengharap pada yang tak sudi??

Semenjak-dua menjak ni aku cuba jadi sangat-sangat realistic. Segala segi aku cuba realistic. Lebih-lebih lagi bab relationship. Apa gila taknak realistic dalam relationship? Dah la ko plan nak sehidup-semati dengan orang yang ko suka dan at the same time dia pun suka kita. Tapi suka-suki sebegitu saje tak cukup untuk beli beras 10kg ye kawan-kawan... Ingat tuuu... Nak beli megi sebungkus 5 peket extra free satu kat dalam pun tak lepas kalo cuma cinta saja yang ada untuk survive dan takde duit.

Aku cuma amik langkah-langkah berjaga-jaga setelah menilai semua benda dari segala sudut positif-negatif-separa positif/negatif semua. Aku pun bukan la sempurna sangat nak demand macam-macam... Tapi at least aku pun nak yang terbaik dalam hidup. Bila dengar macam tu punya jenis pengaduan... Aku rasa, baik dier resign je la jadik lelaki. Aku ingat pompuan je suka mengadu perkara bukan-bukan... Tapi bila lelaki pun ada perangai camni... Baik dia jadi bapuk je. Bapuk pun takde nak terhegeh-hegeh mengadu macam dia.

Apa aku nak cakap kat sini adalah, berenti je la nak rasa simpati kat lelaki macam ni... Salah dia sendiri pilih untuk memalukan diri sendiri...

Tolong pikir secara waras. Anda lelaki. Anda nak ke masalah anda dengan pasangan, tengah gaduh, semua orang dengar anda bergaduh. Anda nak ke macam tu? Bergaduh pulak ada menghina-hina semua. Sebenarnya tak semua akan rasa simpati dengan nasib anda.

Tapi perempuan macam saya ni akan awal-awal lagi buang anda dari list lelaki idaman. Anda masih tak layak untuk memimpin sebuah keluarga.

Spoil brat.

Kat sini aku nak turunkan panduan memilih bini buat lelaki-lelaki di luar sana. Sila ukur kemampuan diri sebelum cuba-cuba nak tekel perempuan-perempuan yang dirasakan hebat-hebat dan punya maintenance tinggi. Cari sederhana sudah.

Aku plak, sebagai perempuan... Aku tak kisah pun sebenarnye dengan ape jenis pun lelaki yang nak jadik pasangan hidup aku. Tapi satu je lah aku nak cakap, aku memang mulut jenis tak tapis... Memang kawan-kawan sekelas aku ke ape ke semua awal-awal dah reject aku... Ape pun lebih baik berterus-terang benda yang orang tak sanggup dengar dari nak hipokrit, mulut manis tapi hidup pura-pura. Dan sememangnya jika banyak pilihan, dah tentu aku pilih yang terbaik dan punya jaminan masa depan yang takkan mengecewakan aku.

Berapa ramai pulak yang sanggup macam tu?

Friday, August 20, 2010

Shah Alam Best. Taknak Balik Kuala Selangor, Boleh?

Arghh... Sudah hari Jumaat. Tinggal Sabtu + Ahad je untuk menghadapi next week yang penuh-penuh dengan test. Berderet kot.

Oh, ye... Akibat kebosanan melampau gara-gara dah start cuti mid-sem dan terpaksa duduk di Kuala Selangor, aku mengambil keputusan balik je Shah Alam. Bukan nak balik Penang. Haha. Malas kot balik Penang. Jauh sangat. Shah Alam kan dekat je. Lepak rumah kazen aku ni hah.

Pegi Shah Alam nih, bleh laaa aku nak kuar beli barang-barang tesis nanti. Semalam baru kuar pegi beli barang-barang tu. Hari sebelum tu kuar beronggeng dengan kawan-kawan. Ingatkan ada yang da upload gambar. Boleh la curi-curi letak dalam blog ni.

Kuar beronggeng merapu-rapu pulak tu. Apa jadah pegi i-City petang-petang? Tapi syiok jugak la pegi petang-petang. Sebab takde orang langsung. Jadi kami berlima boleh bergambar secara berleluasa dan berlari-lari berkejaran dengan haiwan-haiwan liar yang statik kat situ. Termasuk la dinoso.

Lepas tu kami pegi berbuka dekat kedai Malaysia Negaraku. Style dowh tempat tu. Makan 2 hengget saje. Abeh makan, kene basuh pinggan sendiri. Macam zaman-zaman hostel dulu-dulu... Aduhh... Windu kot duduk MRSM dulu. *Ehh... Masa kat MRSM, ada kene cuci pinggan sendiri ke? Lupa sudah.*

Haha. Entah apa merapu petang-petang Jumaat ni. Sebenarnya tengah berperang dengan perasaan sendiri nih... Nak balik Kuala Selangor ke tak sebab cuaca kat luar pun macam tak bagi aku balik je... Haha...

Tapiiii... Balik pun ada ape ye tak? Nak harap aku study untuk test-test minggu depan tu? Jangan harap lah.

Ehehh... Tengah hepi-hepi nih sebab semalam amoi jual component elektronics tu cakap aku comel... Dier boleh suke tengok aku gelak. Suke, suke jugak... Janji bende RM85 dia bagi kurang sampai jadi RM60... Style apa... Haha...

Ntah apasal aku hepi sangat nih. Merapu betul...

Dia Berlagak Gay.

Macam biasa. Hari-hari stalk profile orang-orang yang aku macam suke tengok-tengok... Usya-usya... Serba-serbi suka lah...

Salah satunye yang aku admire dalam diam-diam.

Tengok-tengok balik.

Ada plak status in relationship.

Dengan sape?

Bukan aku.

Orang lain. Sama jantina plak tu. Bila cakap "Ko gay ke?"

Dia balas, "Hihihi..."

Err... Apa makna semua ni? Malas nak caye, tapi, statistik menunjukkan bahawa seorang mamat berwajah jambu, potential dia menjadi gay adalah sangat tinggi.

Tapi aku apa kisah ye tak? Paling lama aku crush ngan orang pun setakat 5-6 bulan je. Lepas tu aku crush dengan orang lain pulak.

Cuma sekarang takde idea nak crush dengan sape.

Ada cadangan?

Monday, August 16, 2010

Buang Bayi - The Chronology

Mak ayah hantar pegi sekolah. Siap duit belanja cukup-cukup. Tak cukup boleh mintak. Buat muka kesian sebab nak buat beli buku. Hakikat sebenar, dia lah kaki ponteng paling besar. Pegi sekolah pun setakat depan pagar je. Lepas tu ciao. Lepak lagi best. Ada jugak yang baik-baik. Tapi talam dua muka.

Nasib malang, ended up SPM fail. Keje merapu. Atau jadik penganggur yang suka berhibur sepenuh masa. Nasib baik, lulus jugak, boleh masuk kolej/universiti. Belajar tinggi-tinggi.

Orang kapel, dia pun sibuk nak kapel, sejak skolah kot. Kalo tak kapel, tak rock. Nanti kene kutuk ngan kawan-kawan. Takleh geng. Kawan-kawan ajak bersosial, dia pun laju je join. Takut kene sisih ngan kawan-kawan. Ye lah kawan-kawan kan penting.

Padahal tak salah pun jadik loner dalam skolah/universiti. Lagi rare dan lagi stylo. Takkkk!!! Tak boleh... Hidup kena bermasyarakat mak ayah pesan. Yes, fine.

Bila dah kapel, dah kene buktikan cinta. I sayang U, U sayang I tak? Tak bagi pegang-pegang, U tipu lah. U tak sayang I. Merajuk. Takmau contact dah sampai bile-bile. Kite klesh!!

Ok-ok... I sayang U... I ade U sorang je... Pegidahhh... Kalo pun ada family kacau-bilau sekalipun, ko tetap ada parents tau tak??? Sila sedar diri... Tapi, takkkk....!!! Buah hati lebih penting. Sebab hidup sunyi. Mak ayah sibuk ngan keje. Watdehel? Mak ayah keje untuk kau jugak. Bukan orang lain... Takkk... Dorang memang tak sayang I. U sorang je yang caring pasal I.

Sang lelaki di dalam hati : Yess!! Umpan dah kene... Tak lama boleh la rase. Takyah kuar duit. Cukup janji-janji manis. Itu pun pompuan dah melting. Modal tak banyak, ye tak?

Ok. I janji bla...bla...blaaa...

5-6 bulan kemudian...

U... Camne ni? I pregnant lahh... Aduihhh... Mati la I kalo parents semua tau... Baby makin besar... Nak buat abortion nanti, I takut. So, cemana ni?

Kalo nasib baik : Ok-ok, I bertanggungjawab kat semua yang terjadi ni. Jom nikah. Nanti I pegi jumpa family U cerita semua, ok? Jangan risau ye sayang...

Kalo nasib malang : Hishh!! Anak sapa U ngandungkan ni? Entah-entah jantan lain yang U tido, U nak salahkan I pulak... Syuh!! Syuh!! I tak pernah kenal U sapa... Pegi... Pegi...

Hari berganti hari, bulan berganti bulan...

Perut makin besar. Tapi masih boleh cover sebab selalunya benda-benda yang memang untuk disorokkan ni, memang baek je tersorok sampai orang pun tak sedar... Subhanallah, sebenarnya Allah dah selamatkan dia dari aib yang dahsyat mungkin dengan harapan dia akan bertaubat, insaf dan menyesali perbuatan lalu mengambil iktibar untuk menjaga bayi tersebut. Tengok? Begitu mudahnya jalan hidup diaa...


Tapiii...

Cukup 9 bulan atau tiba masa melahirkan...

Apa aku nak buat ni? Nak bela, nanti kantoi. Tinggal je la mana-mana...

Huhu...

Okeh. Ini imaginasi aku. Memang tinggi dan aku expect kebanyakkan lebih-kurang camni lah.

Percaya sangat dengan lelaki. Alangkan yang ada ikatan yang sah pun banyak menipu, inikan pulak takde apape ikatan. Kapel tu bukan lesen yang sah lagi confirm untuk menyebabkan seseorang lelaki tu nak amik anda jadik bini. Alangkan kawen pun boley cerai, inikan kapel semata-mata...

Nak kata bodoh, kebanyakkan yang buat kerja-kerja macam ni bukan cacat otak. Penat-penat la mak ayah bagi pendidikan terbaik siap sanggup berpisah dengan anak-anak semata-mata untuk pendidikan terbaik. Tak reti-reti nak bersyukur lagi ke???

Aku geram okeh.

Sekarang aku rasa aku gembira kot dengar hukuman untuk pembuang bayi tu. Harap-harapnya bukan la setakat perempuan tu saja yang kena. Ye lah, penat-penat 9 bulan dia mengandung, lepas tu kalo dia buang, dia sorang saja kena.

Mana boleh macam tu??

Kalo tak kerana sperma lelaki, manakan datang seorang bayi??

Cari jugak lelaki durjana tu sampai dapat. Hukum sekali. Harap pandai cakap je, mulut manis. Habis dapat madu, sepah buang merata-rata.

Kadang-kadang beruntung jugak jadi lelaki yang takde tanggungjawab ni. Tau nya benda free dan sedap. Tak payah kuar modal banyak-banyak. Ayat manis-manis dengan penampilan smart-smart, okeh, boleh makan semua pompuan.

Cinta itu memang buta. Pandai-pandai la blaja "love braille" untuk lead hidup yang lebih berkat dan dikurniakan pasangan yang betul-betul terbaik.

Jangan jadik desperate dan ikut kawan-kawan sangat.

Kita tentukan hidup kita sendiri, ye tak?

Kawan-kawan huha-huha tu ada ke peduli kalo tiba-tiba kita ada masalah macam ni? Kawan-kawan sejati je yang sanggup bagi kata-kata semangat dan tolong dari segala segi.

Tepuk dada, tanya iman.

P/S : Semua orang pun ada jugak buat silap... Bezanya besar tak besar la impak silap tu... Kalo boleh, sebelum mulakan sesuatu, baik pikir dulu baik-buruk. Bukan kene bayar pun nak pikir...

Hoii... Hoiii... Hoii... Sila Sedar Diri Sikit!!!

Bukan nak marah sapa-sapa...

Cuma peringatan untuk diri sendiri je...

Skang cuti. Lepas cuti adalah minggu ke- 7. Whattt??? 7???

Matilah.

+_+" ----> Tapi tesis tak bergerak-gerak. Watdehel ni As???

Help! Help!!

******************************************

Oh, pasir litter box budak 2 ekor tu dah hampir habes. Sila rajinkan diri kuar pegi beli sekarang. Nanti dorang murka. Bila murka, camni la jadinye. Emo lebih la budak-budak 2 ekor tu.

Tipu. Aku yang dera dorang camni. Hahahh... Sexy apa kucing telinga terkepak. 

Comel kan? Comel kan?


Sorry la aku masih tak pandai nak guna Fotowall kat ubuntu nih... Kekok gilaaa... Tu hasil merepek sikit...

*******************************************

Harini takde entry makanan sebab saya decide nak makan oat je berbuka nanti. Langkah-langkah awal untuk diet setelah masuk hari ke-6 puasa. T__________T"

Harini jugak hati berbunga-bunga riang sebab semalam sang secret admire cakap dia sayang saya. Wahahah. Saya???

Ok. Mari teka. Dia sayang aku sebagai??

a) Kawan-kawan.
b) Seorang budak selamba lagi comel.
c) Superhero dalam kelas. *Dier tau ke aku superhero ni?*
d) Classmate / Groupmate / Jiran tetangga / What-so-ever-mate. *Bila masa kita blaja sama sekelas?*
e) Jadi awek aku je lah. Long term relationship, nak?
f) Semua di atas.
g) Takde yang betul.

Hah... Jawap... Jawap!!!

P/S : Incik secret admire dalam diam-diam... Awak pegi layan lagu "Perhaps, Perhaps, Perhaps" buleh? Kira macam saya nyanyi kat awak la. Haha...

Sunday, August 15, 2010

Dia Jonny. Dia Taff.

Jonny adalah sebuah motosikal. Dah 2 tahun kitorang bersama. Taukah korang bahawa dia adalah sebuah moto yang sekali-sekala boleh menyamar jadi sebuah kereta??

Ini Jonny. Buah hati sayang.

Kadang-kadang orang boleh takjub cemana dia boleh angkut barang-barang yang kadang-kadang aku pun tak sedar terover-over beli masa shopping kat Tesco. Contohnya macam gambar kat bawah.



Kucing tak termasuk dalam senarai barang-barang. Semua tu adalah stok untuk puasa nih. Konon-konon terus insaf nak diet sebab nafsu makan over-over plak semenjak start puasa ni. Asik makan nasik jee... Tengok tu siap beli oat dengan coklat... Sebab dulu suka gila makan oat bancuh ngan air coklat. Sedapppp...

Lain-lain plak tu saje sibuk-sibuk bahan-bahan nak buat mee tomyam untuk berbuka harini. Hasilnya, kuah tomyam tu saja untuk nak berbuka sorang, tapi termasak macam 3-4 orang nak makan. Takpe. Bleh sambung sahur dengan berbuka esok-esok nanti.



Amacam? Terliur tak dengan tomyam aku buat nih. Masa post mende ni, perut dah bunyi-bunyi dah tak sabar-sabar nak berbuka sebab bau tomyam tu sangat la best sampai rasanya 2-3 umah pun bleh bau... Wuuu...

Apsal tiba-tiba dalam bulan puasa ni blog aku dah jadi blog makanan plak??

Saturday, August 14, 2010

Takde Mood

Harini dah hari ke-4 puasa... Sejak first puasa sampai la semalam aku tak jejak-jejak lagi kaki ke mana-mana bazar ramadan. Ntah apsal takde mood. Semalam kene tinggal sorang-sorang kat umah, blur sekejap nak masak ape sebab nak kuar pun hujan sepanjang hari.

Last-last semalam wat nasi goreng je... Entah apape kot nasi goreng janji bley makan. Harini tadi berkobar la nak pegi bazar ramadan tengok apa yang ada. Sekali satu pun takde berkenan kat tekak ni.

Last-last beli kuih tako dengan air soya gula merah je. Kuih tepung pelita tu lah. Bukan Tako Tau tu... Celah mana nak cari kat sini kot. Tibe-tibe dapat idea nak makan apa nanti berbuka + sahur.

Try la buat nasi kari. Haha. Apa nasi kari?

Ini nasik kari.

Apsal nasi kari? Ntah. Tibe-tibe bleh rasa teringin nak makan nasi kari. Nak masak kuah kari, sebelum tu kuar tak beli santan skali. Buat nasi kari takyah pakai santan. Hehe...

Apa benda dalam nasi kari ni? Semua main campak sedap-sedap hati je. Takde nak rasa-rasa... Jangan tak caya banyak ni aku makan sorang. Tapi sampai ke sahur lah. Apa gila aku nak makan sorang untuk berbuka je? Mau pengsan tak pegi terawikh lepas tu.

Korang nak try buat ke? Cara dia lebih-kurang je macam buat kari... Cuma ganti ngan nasik dan takyah nak susah-susah letak lauk-lauk dan aksesori kat dalam. Korang nampak sudu tu? Semua bahan-bahan pun main letak ujung-ujung sudu je.

Mula-mula basuh beras. Sampai jernih la rupenye. Lepas tu masuk garam sikit, butter sikit, air asam sikit, setengah sudu makan rempah kari daging... Tu je.. Sebab awal-awal lagi aku da malas nak menumis bawang-bawangan. Malas je keje aku kan? Bila nak rajin?

Lepas tu letak je atas dapo, tanak sampai masak... Oh, ye... Sebab dah letak macam-macam kat situ, so, air kena la lebih sikit. Kalo pakai rice cooker, senang la cerita... Tapi aku kureng sikit nak gune rice cooker sebab gune piok kecik je pun.

Untuk melengkapkan hidangan, goreng ikan kembong sampai garing. Uihh... Feveret tu garing-garing... Dan hasilnye... Jeng... Jeng... Jeng... Macam ni. Taruh kicap manis sikit... Pherhhh... Best gila dah.

Nasi kari dan ikan kembong goreng harus ada kicap. Baru kick!

Jangan tanya pasal sayur. Memang tak berapa makan sayur aku nih. Dapat ini pun dah cukup heaven. Dan... Ni juadah berbuka aku untuk arini. Enjoyy!!


  1. Air soya gula merah
  2. Kuih tako dengan buah kurma
  3. Nasi kari dengan kembong goreng.


Macam mewah kan? Bila la nak kurus nih... Selamat berpuasa semua!!!

Friday, August 13, 2010

Aku Boring Tengok Semua Blog Post Ucapan Selamat Berpuasa...

Jadi...

Kat sini aku nak tempek lirik lagu feveret aku sekarang...


"Perhaps, Perhaps, Perhaps"


You won't admit you love me.
And so how am I ever to know?
You only tell me
Perhaps, perhaps, perhaps.

A million times I ask you,
And then I ask you over again.
You only answer
Perhaps, perhaps, perhaps.

If you can't make your mind up,
We'll never get started.
And I don't wanna wind up
Being parted, broken-hearted.

So if you really love me,
Say yes.
But if you don't, dear, confess.
And please don't tell me
Perhaps, perhaps, perhaps.

If you can't make your mind up,
We'll never get started.
And I don't wanna wind up
Being parted, broken-hearted.

So if you really love me,
Say yes.

But if you don't, dear, confess.
And please don't tell me

Perhaps, perhaps, perhaps,
Perhaps, perhaps, perhaps,
Perhaps, perhaps, perhaps. 

Aku cuba cari yang Yuna menyanyi punye kat Youtube, tapi tak jumpa... Takpe la... Yang ni pun cukup sedap dan sexy untuk didengar. :)) Lain-lain feeling macam cilake... Hari-hari dok ulang2 pun yang Yuna menyanyi je...

Dan mestilah sangat bermakna lagu ni untuk aku yang kecut perut nak confess depan secret admire itu. Apakah gila? Muahahahaa...

Klasik kan? Mesti lah... Cik Agogo memang suka layan lagu-lagu camni...




Ok. Selamat berpuasa. Heh.

Tuesday, August 10, 2010

Aku La Yang Memalukan Tu.

Rasanya fenomena video clip kat Youtube pasal emak Khairuddin tu dah sampai pun kepenghujung. Anak makcik comel tu pun dah reply video mak dia kat Youtube tu... Rupanya video tu adalah salah satu teknik mengiklan. Memang super cool la makcik tu dengan anak dia... Aku tau pun dari Joegrimjow. Nice one!!


Dah tu pegi la gigih terjah site si Khairuddin nih. Sebab dia da suruh mak dia stop wat video dan pegi je website dia (-.-"). Sekali rupanya ada contest... Hadiah dia memang da bomb lahh... Rambang mata sekejap tengok duit... Heh.


Tengok?? Besar-besar dia highlight untuk blogger. Hah, apa lagi? Jom la join ramai-ramai!!!

Cerita untuk contest.

Hehe. Actually aku takde sangat kenangan yang memalukan dengan arwah mama ni sebab selalunya dia yang malu dengan aku. Tapi dia tak kisah dan masih bangga depan kawan-kawan sebab punya anak macam aku.

Paling aku tak boleh lupa sekali adalah masa aku umur 5-6 tahun camtu la. Rasanya bleh dimaafkan kot sebab aku blom mumaiyiz lagi masa tu +_+" (Baek punye cover kan???) Err... Masa tu kenduri kawen sape ntah. Aku pun dah lupa...

Masa tu aku rasa aku dah habis jujur la. Tak pandai nak menipu lagi... Kat kenduri tu, makan memang sedap lah... Semua superb lah. Maklum la kan orang tu agak kaya la jugak kan... Sekali time ketibaan pengantin... Rilek-rilek je aku boleh sound kuat pulak tu dengan tanpa rasa bersalah walau sekelumit pun...

"Mama... Kenapa perantin tu tak cantik??"

Oh, aku sikit pelat dan perantin tu adalah pengantin actually. Aku rasa mama dah blushing gila dah masa tu dan bercita-cita nak tampar je aku sebab mulut jujur sangat. Tapi last-last aku kene cubit je pun. Merah-merah jugak la pipi gebu aku ni... Kesian mama... Aku plak malukan dier... Huhu... Anyway, aku marah jugak ngan dia masa tu sebab cubit aku depan sorang budak kecik hensem... Kan da malu aku kat budak hensem tersebut... =P

Ok apa, aku jujur... Masa kecik-kecik dulu aku punya taste boleh tahan jugak sebab arwah suka langgan majalah Wanita, jadik aku tumpang la baca sekali... Tapi lebih pada tengok gambar saje lah... By then aku bleh la bezakan cantik dengan buruk pada mata aku. Kanak-kanak kan jujur... =)

Aku sengih-sengih sendiri je bila teringat cerita ni. Arwah selalu cerita balik kat aku dengan tujuan gurau-gurau. Kadang-kadang dia cerita jugak kat kawan-kawan dia... Malu agak malu jugak la sebab ada kawan-kawan dia yang selambe suke hati je refer aku dengan ayat,

"Ooo... Ni la budak yang komplen pengantin tak cantik tu kan?? Haa... Dah besaq pun noo..."

Malu gak la sikit-sikit. Haha...

------------------------------------------------------------------

Sorry la kalo citer tu tak kelakar... Sebab sepanjang hayat dia dengan aku, aku rasa jarang sangat aku rasa malu dengan dia. Aku mengada-ngada dengan dia lebih-lebih tu ada lah... Sampai tahap kena bahan dalam kuliah maghrib dekat surau masa form 5 sebab makan suap-suap dengan arwah, macam jarang jumpa... Padahal tiap-tiap bulan pun parents datang melawat aku kat hostel. Btw, aku yang ngade-ngade suruh suap pun.


Eleh, tukang tazkirah tu jeles la tuh.

-------------------------------------------------------------------

Hah! Korang yang ada banyak citer kelakar tu apa lagi? Join la contest ni cepat... Nak tunggu telur di hujung tanduk ke baru nak join?? xP


Friday, August 6, 2010

Sebelum Dan Selepas Dapat Loan.

Sebelum loan masuk.

Kawan A : As, apsal ko tak stylo macam minah tu dowh?? Baju macam girly-girly sikit... Mekap sikit... Siyes ko lagi cun dowh dari minah tu...

Kawan B : Ha'ah aa... Ko pakai baju kurung pun time presentation je... Tu pun merepek siap pakai crocs pulak dengan baju kurung... Bile lagi kitorang bley tengok ko dress up best-best sikit...

Kawan C : Da la hari-hari biasa ko datang kelas pakai camni je... Nak kata rempit sangat pun tak jugak... Rempit pun ramai je stylo...

Aku diam... Tarik nafas panjang-panjang... Tatap seko-seko kawan-kawan aku yang memang takleh tengok aweks-aweks cun sambil senyum aku balas...

Dia lain bai... Selain PT, dia ada loan dengan fa-ma (baca : father-mother)... Macam aku ni, nak makan pun sehari sekali... Lagi bercita-cita besar nak beli mekap segala... Kalo boleh simpan buat stok makanan setahun, nak jugak aku borong banyak-banyak... Mintak duit dengan abang aku pun kena tunggu time dia dapat gaji... Loan fa-ma takyah cakap lah. Takkan aku nak seru-seru arwah parents aku dalam kubo tu untuk dapat duit dari langit? Nih, dalam wallet aku ada 40 sen je ni... Duit minyak moto sapa nak setel???

Aku nampak si Kawan C dengan B mata dah berkaca-kaca dah. Tunggu masa je air mata tu gugur. Si Kawan A terus diam buat-buat busy salin nota.


Selepas loan masuk.

Kawan A dengan C : Loan dah masuk beb... Ko taknak ubah identity ke beb? Berubah laa... Nanti keje senang... Takyah sibuk-sibuk dah nak belajar mekap dengan pakai kasual segala...

Kawan B : Ntahnye... Nanti kot-kot ko bosan keje dengan kilang, ko join mana-mana company jadik consultant engineer ke... Keje opis je ke... Nak kene jaga penampilan dowhh...Ko tu pompuan...

Kawan D : Balance loan bukan banyak ke?? Takkan semua ko nak labur hala ke makan. Harap saiz je mini... Tapi kapasiti perut macam lori sampah!

Sambil sibuk-sibuk main game Zuma dalam henset aku balas,

Lu orang ingat gua ni barang display dalam almari kaca ke nak cantik-cantik. Aku datang kelas nak blaja dowhh... Bukan masuk pertandingan ratu cantek. Takde masa la aku nak bercantik-cantik kat depan orang-orang yang takde apape ikatan ngan aku... Asal aku selesa pakai dan bleh concentrate blaja sudah... Nak cantik-cantik nanti depan laki aku lahh kalo aku kawen nanti...


Aku rasa dalam hati seko-seko tu mesti,

...

Blur. Speechless.

Aku selesa je dengan diri aku. Bukan aku taknak berubah sikit dari gaya aku pegi kelas tu... Tapi agak-agak la... Orang dah biasa tengok aku macam tu... Kang aku berubah 360 darjah kang jenuh pulak nak bahankan aku sampai 10 tahun tak habis gelak.

Sapa cakap aku tak girlish? Masa praktikal dulu memang ladies abeh je style pakaian aku... Takde la sesempoi pegi kelas. Maklum laa... Kat sana takde manusia-manusia yang kenal aku macam mana gaya aku pegi kelas...

Lagipun dorang ke sponsor segala wardrobe aku untuk pegi kelas semua?? Kira bagus la osmet aku dulu-dulu sampai yang sekarang ni rajin nak sedekah-sedekah baju. Boleh kira kot baju apa je aku pernah beli sendiri... Lain-lain semua ihsan orang lain. Murah rezeki sangat kot.

Anyway, segala penantian dah berakhir. Loan dah masuk semalam. Lega dan boleh start buat projek. Minggu cuti nanti nak pulun habis-habisan. Doakan kejayaan aku semester ni. =)

Tuesday, August 3, 2010

Ehem!! Kepada Saudara Yang Berkenaan...

Klasik tak main tulis-tulis surat camni?? Tak clear bleh klik gambar tu untuk tumbesaran. Berjiwang-jiwang pukul 4 pagi lebih... Apa kejadah semua ini???


Ni semua sebab SMS dier la tadi. Haih... Tolong laa... Aku merayu gila jangan buat aku syiok sendiri pikir yang makhluk Allah yang subhanallah hensem tu suke aku. Eii... Eii... Nak buang jejauh perasaan tu boleh???

Tak logik lah sebab 1 word dia boleh buat aku melting dibuai-buai perasaan camtu? Padahal orang tu kot tak maksudkan apape. Aku saje yang over-over perasan. Tskk... +_+"

Ok myluvly cutiey.. *Terus pitam lepas baca SMS*

Tapi buang-buang pun, kat blog ni jugak la aku mengadu. Celah mana nak buang kalau dalam blog ni jugak yang aku simpan...

Tskk... Kalaulah orang yang aku tujukan surat ni tau...

Dan kalaulah orang yang sama-sama kenal beliau yang aku maksudkan tu tau jugak... Arghhh~~!!!!

*Blush*

Suka hati la kan, blog aku... Just tak nak reveal je sape yang aku maksudkan. Tapi kalo "penghantar SMS" tu baca la blog nih... Aaa... Maluuuu~!!

Siap aku check kot semua list follower aku... Pastikan bahawa orang yang berkenaan adalah bukan follower. Melalui fesbuk, dia bukan follower aku. Melalui blogger.com dia takde blog. Melalui twitter? Juga tidak wujud. Jadi dia taktau update. Habis, ape ke motifnya aku buat entry ini??

Bak kata Mark Royston,

"Only God knows what to do to help you." Dengan slang dan gaya Mr. Ahamed Khan.

Mau tido. =)

Harini kelas petang. Akan pergi dengan penuh semangat.

Friday, July 30, 2010

Muahahahahahh... Aku Puas Hatiii~~!!! MLM Tu Tumpasss~!!!

Biasa la aku dengan berita-berita sensasi ni lambat sikit nak komplen kat sini... Tatau la kenapa... Tapi dengan terbongkarnye mende ni sebab polis buat rush tangkap dorang... Skang aku dengan berbesar hati nak GELAK BESAR dekat sesape yang pernah kutuk-kutuk aku dengan osmet aku yang kurang berminat nak join segala jenis atok-nenek MLM ni.

Kazen osmet aku pernah kot bawak kitorang kuar jalan-jalan sebab nak ajak osmet aku join MLM camtu. Mujur jugak la osmet aku ada alasan yang bernas cakap dia dah memang takleh buat loan dah. Tapi gigih jugak tu nak convince osmet aku bahawa kalo nak buat loan join mende tu, senang-senang je approve walaupun overlimit.

Aku pun kemain la jugak dorang pengaruh sebab aku student. Ada student lain pun join dan da balik modal la apa jadah tu semua. Aku pulak diam je la. Last-last lepas dorang dah abeh cakap, aku cakap la aku memang tak mampu pun nak buat semua tu sebab takde sumber duit, kalo tiba-tiba aku tambah loan luar, mau PTPTN tarik balik pinjaman aku. Risk wohh... Kalo mende tu tak menjadi? Celah mana aku nak cari duit bayar yuran? Jangan buat bende mengarut final-final semester ni.

Nak tengok gambar-gambar yang dorang umpan-umpan orang suh join masa aku ikut osmet aku pegi taklimat tu tak?


Ramai kan? Yang pegang-pegang mic tu kira yang dah join la. Dorang siap buat bagi RM50 free-free je... Makan kat seafood mahal-mahal tuh. Order apa je suka. Memang mewah gila la makan free. Tapi sebab kami lambat sampai, maka table penuh. Satu tempat macam hall tu, dorang saja-saja la tempah. Apa yang aku tau, tokey kedai makan tu sure senyum sampai telinga sebab untung gila-gila malam tu. Maklum la, tempah tempat saja pun dah berapa kan...

Keta mewah takyah citer laa...


Camni hah...!!! Masa aku publish gambar-gambar ni dekat fesbuk, abang aku laju je tanya mana aku tengok keta-keta tu. Siap amik buat profile pic kot. Tapi aku cakap kat abang aku, tu semua dunia punya hal. Diam-diam duduk sudah.

So, alkisahnye, ada sorang kawan aku letak status malam hari Selasa haritu. Dekat-dekat pukul 11.30pm jugak la status dia. Polis buat serbuan angkut keta-keta mewah segala. Aku pun menyibuk la komen sebab lepas acara tu, selain aku dengan osmet di bawak makan tauhu bakar best dekat Port Klang tu, dorang gigih angkut kami ke tempat yang polis buat serbuan tu. Katanya selalu gathering kat situ. Memang ramai pun lah. Siap nak bawak jumpa sapa entah dia dulu kerja jaga, sekarang orang pulak kena "jaga" dia.

Bajet superb habes lah.

Dalam fesbuk tak payah cerita jugak lah. Kalo pasal MLM ni, siap dok kutuk kawan-kawan yang taknak join segala sebab katanya takmau ubah nasib la, sampai bila nak makan gaji la, rugi la, apa segala. Semua game psiko kot. Aku selama ni percaya MLM ni stok-stok macam abang aku dengan kakak ipar aku join macam Zhulian tu, Cosway, tu aku percaya la. Sebab barang bagus, dan kalo jadi ahli, lagi la macam-macam benefit dapat. Tak payah nak buat pinjaman banyak-banyak pun nak join.

Dah la dok tagging aku dekat gambar-gambar duit segala. Oh, tu citer lain.

Aku pun main guess je dekat status kawan aku tu. Cakap aku tau geng-geng yang ada keta-keta mewah ni. Tak sangka plak keta kena angkut sama. Dalam hati memang dok syak dah tu geng-geng Friendsclub la, Familyclub la, entah apa merepek-repek punya nama lagi la yang nampak macam mesra alam mengeratkan silatulrahim antara sesama ahli kuarga dan rakan-rakan. Padahal kawan makan kawan.

Sekali betul daaa... Siap terang-terang mention nama dalam surat khabar online tu... Aku siap print screen ni berita kat Berita Harian online. Bleh click gambar tu pegi ke berita panjang-panjang tu.


Memang sumpah aku gelak besar baca berita ni. Seriusss... Rasa puas hati sangat bila dorang kene angkut secara besar-besaran macam ni dengan polis. Lepas tu rasa macam nak jalan mendada depan orang yang sibuk-sibuk promote aku join mende ni dalam fesbuk sana. Yang aku kenal, tak kenal, semua belasah je aku nak berlagak sebab... Dorang tu dah la kena tipu buat loan yang tak berapa nak penting pun... Konon nak cepat kaya.


Rasa laa... Merana kot walaupun tak baik gelakkan orang... Tapi aku sangat-sangat puas hati. Semoga government cepat-cepat la reveal pasal ciri-ciri MLM berunsur tipu seperti dijanjikan kat sini. Biar orang-orang ni CELIK MATA SIKIT.

Ubah kehidupan konon. MLM macam ni, bukan ubah kehidupan ke arah lebih baik, makin menjahanamkan hidup ada la... Gila apa pasal MLM macam ni dah la boleh putus kawan, buang keluarga semua. Nak join MLM pun, biar la yang untung sikit-sikit sebab jual barang tu. At least nampak jugak apa benda hala tuju dia. Biar lambat asal selamat orang cakap? Dari join MLM sebab tipu orang... Apa pun tak dapat. Rugi dok ada la. Tak pasal je kene bayar loan yang sebenarnya nilai dia boleh guna untuk set-up perniagaan sendiri secara kecil-kecilan.

Sorry la kalo entry ni memang kutuk gila pasal MLM jenis tipu orang ni. Padan muka la. Memang dorang layak pun kene hanjeng kaw-kaw kat sini. Takde aku nak kesian-kesian lagi dah. Sendiri mau ingat lahh... Otak ada, sila guna dengan bijak lain kali...

Thursday, July 29, 2010

Gila Offer Mantap Kot...

Mesej paling superb yang pernah aku dapat dalam Tagged.Selalu dapat mesej copy-paste dari foreigner je. Kali ni real plak. Siap salah eja bersepah-sepah.

Suma gara-gara aku letak status ala-ala mencari cinta. Konon lah. Macam la aku percaya sangat dengan cinta-cinta ni. Bukan boleh buat tesis aku siap sekelip mata pun.

"How are you? Currently I'm seriously looking for a special girlfriend or a woman which looking forward for marriage. Let me intro a bit about myself, i'm 170 cm weight 55 kg, I'm mixed and currently I'm working in Penang. If you are not in penang, I will still consider if you are willing to meet me in person. I'm not very particular in your status. If you are interested, please contact me at this email address man2hire@gmail.com and we will start the relationship from there onward. Sincererity is a must because i don't want to waste my time and your time too. Only serious person may reply to the email. You can also reply in Bahasa Malaysia or English which ever you prefer. Hope to know u better.Tq"

Sapa-sapa berminat, boleh contact dia. Tengok kat profile, umo dia baru 24. Gambar profile nak Aaron Aziz je. Bajet hemsem la. Aku balas balik secara rilek-rilek je kat mesej dia;

"Sounds desperate. Btw, I'm not really that desperate to be in serious relationship. Good day, pal"

Heh.

Macam celaka tak?

Wednesday, July 28, 2010

Lensa Buruk The Contest

First-first terjah blog akak Ell sebab tajuk dia yang menarik ni, terus nampak nama kena tag untuk join contest ni jugak. Bwahaha... Punya la excited nak join contest ni sebab contest ni cuma untuk kamera bawah 10 MP je. Dan atas dari 1.3 MP. Ecehh... Kira aii layak la join. Kebetulan aii agak suka tangkap-tangkap gambar ni.

Ini penganjur yang baik hati serta budiman itu.


Comel bukan? Harap-harap ada la markah extra sebab puji-puji ni. Heh. xP

Ok... Tanpe membuang masa, mari kita tengok gambar apa yang aku gedik sangat nak letak bertanding mencuba-cuba nasib ni. Ini pun lepas buat rujukan dekat blog-blog lain yang dah bertanding, sebab ingatkan kena gambar hitam-putih je. Sekali kaler pun buleh daaa...

Taraaaa... Ini diaaa...

Macam pernah je upload gambar ni... Tapi entry mana ya... *malas nak cari*

Tajuk foto : Epal-Epal Kenduri
Model Telefon Bimbit : Nokia 5610 Xpress Music
Slogan : Saya suka blog Lensa Buruk kerana ....

Cerita-cerita dalam blog (sampai yang sempat saye jengah-jengah) semua ada gambar dan tentunya gambar sendiri-sendiri. Best woo baca blog bergambar yang tak guna gambar gugel. Unik wohhh~~!!!

Pastu syarat-syarat...

Hmm... Bla... Bla... Bla... Pumpang...Pumpang... *Bley pi sini baca* Suma setel. Rasa-rasa dah cukup umo syarat dah ni. Ok. Setel. :p

Tak lupa jugak jampi sikit-sikit untuk menang sambil tiup-tiup dekat laptop sikit.

Err... Kena tag kawan-kawan ke?

Sapa terbaca ni, wajib buat. Kalo takkk... Esok pagi korang bangun tido, kepala botak sebelah. Hahahh... Takut tak?? Takut takk???

Tuesday, July 27, 2010

Hmmphhh... Mulut Orang, Kan...

First of all, congrats kepada team EIMARace Unisel yang berjaya dapat tempat pertama buat 2 tahun berturut-turut. Aku tamau komen lebih-lebih pasal suara-suara sumbang yang kutuk Unisel macam-macam lepas pertandingan tu Sabtu lepas. Sebabnya, aku pun tak berada di tempat kejadian.

Dan aku cuma tahu usaha dorang sangat berbaloi bila dalam waktu yang singkat dan pack gila, dengan budak-budak fakulti yang terlibat tu sangat lah limited sebab masing-masing pulun dengan engineering projek, mana dengan lab report, assignment yang memang dapat stok-stok selalu last minute sebelum final exam, test, re-test, final exam, dalam masa yang sama, ada yang terlibat dengan Perodua Eco-Challenge tu (2nd Runner up, beb! Congrats lagi!) Lepas tu dengan EimaRace ni lagi... Memang tough la budak-budak yang terlibat tu. Masing-masing muka tak boleh blah je rupa masa masuk kelas. Punya sewel macam mati bini.

*Gambar ni aku amik dari orang yang tag aku dekat fesbuk. Sebagai budak engineering, memang aku bangga gila jugak la dengan kawan-kawan aku. Credit to tukang upload dan diz pic was captured by Raymee Yunus.*

Tabah la kan orang nak cakap apa pun, sebab dorang bukan dalam situasi korang. Aku pun takleh nak bagi komitmen mantap macam korang. Dah la budak engineering pun berapa kerat je dalam fakulti tu. Harap bangunan je besar. Lepas pukul 3.30 petang tiap-tiap hari, terus fakulti tu sunyi sepi macam rumah mayat. Padahal tempat lain kemain meriah lagi dengan manusia sampai ke malam. Memang misterius sikit fakulti engineering dalam Unisel ni. Dah la ujung-ujung alam.

Yang pastinya aku memang percaya budak-budak ni dah buat habis baik dah
dalam bidang dorang, walaupun fakulti kitorang cuma ada course yang sangat lah basic-nya untuk engineering. Tak macam U lain... Spesific ada Engineering Automotive segala, tapi aku bajet budak-budak ni semua guna kepakaran dari tempat belajar yang lepas-lepas, pengalaman sendiri, etc. Buat U lain yang sibuk-sibuk cakap segala benda tempah la segala... Untuk pengetahuan korang la kan, sepanjang yang aku tau, benda-benda macam ni, lecturer bukak tender untuk budak-budak ni antar proposal dan pilih yang team mana yang sangat mantap cadangan untuk upgrade benda sedia ada, team tu la terpilih. No matter kau mekanikal ke, electrical ke, electronics ke, mechatronics sekalipun. Civil pun ok saja kot? Janji ada bahan, ada team work, ada komitmen, tight time pun takde hal.

Kalo facts aku salah, sori lah. Tapi sepanjang apa yang aku tau, itu la yang selalu aku nampak pun. Bab budget pun, walaupun kitorang IPTS, tapi bukan la well-known dan kaya sangat seperti yang orang sangkakan. Kalo kaya gila, takde la tiap kali buat proposal budget nak buat aktiviti, yang approve cuma tak sampai separuh dari proposed budget. Takda la time exam, kewangan begitu menekan budak-budak suruh setel semua hutang-hutang baru boleh amik slip exam, tanpa kompromi kecuali kalo alasan betul-betul munasabah. Sampai yang tengah buat tesis ni pun langsung semua pakai duit sendiri. Nak kata well-known pulak, tu untuk cerita Dunia Baru yang kadang-kadang aku rasa entah apape tu adalah. Kira good effort apa budak-budak ni pulun nak buang "stiker" Dunia Baru tu dari sinonim sangat dengan Unisel. As the kick-start, mula-mula skali budak-budak Civil dah tunjuk taring kongker buat kayak paling ringan tu. Fiber apa ke nama entah. Lepas tu naik lagi sebab CanSAT, then keep on naik untuk Perodua Eco-Challenge, EimaRace nih, dll. Bukan nak bangga terlebih-lebih... Tapi serius a reality yang Unisel ni bukan well-known sangat pun sebelum semua-semua ni selain Dunia Baru tu.

Sebagai contoh la, masa aku tercampak praktikal dekat Intel dulu. Sebelum aku mana ada student Unisel lain yang praktikal di situ? Memang nasib baik kot dapat praktikal situ, dan mula-mula sekali bila aku sebut Unisel, semua terpinga-pinga... Wujud ke universiti tu? Kat mana? Kalo makcik-makcik/akak-akak operator plak, reaksi dorang... "Ohhh.. Yang Dunia Baru tu ye? Depa belajaq sama ngan ampa ka?" Wah, meriah kot budak-budak tu sekelas ngan kitorang nih. Tak hagak betul. Lepas aku, ok la, well-known sikit dalam company besar macam tu. At least.

Tiba-tiba aku sayang gila dengan fakulti aku, Unisel dan kawan-kawan aku. Sebab? Tahun depan aku takde kat situ dah. Yeayy...

Dah, dah... Jangan nak mengarut lebih-lebih. Sila sambung buat tesis anda. Sekarang dah minggu ke-5 pun. Wuuu~~~~ :'(

Sorry la kalo rasa menyampah sebab aku bangga-banggakan Unisel dengan fakulti kejuruteraan nih. Tak suka jangan baca, ye tak? Kalo rasa nak komen kutuk-kutuk aku pasal bukak cerita ni, takpe la silakan je. Aku liberal. Tak kisah pun. Tapi kalo nak kutuk pun, kutuk betul-betul la, ada fakta, ada hujah, dan jangan nak berlindung dengan nama anonymous.

Thursday, July 22, 2010

Saya Adalah Saksi Kemalangan Dan Saya Trauma.

Gile tak tajuk?

Siyes tak main-main la aku saksi kemalangan. Dah la depan mata beb! Sumpah trauma.

Kemalangan apa?

Jeng... Jeng... Jeng... Tu la nye jadik isu hangat kat fesbuk antara aku dengan osmet aku. Tapi kitorang dok buat main-main plak taknak citer bende sebenar. Err... Tapi yang bab trauma tu memang aku tak tipu lah. Memang trauma kot.


Ni la lokasi kejadian. Biasa la rakyat Malaysia memang jenis busy body nak amik tau satu-satu hal terjadi. Tapi ni version kanak-kanak la. Aku pulak sejak nampak kemalangan tu terus macam berani-berani takut nak ke tempat yang korang nampak agak basah tu. Tu tempat kesan darah la tuh. Jiran sebelah yang cucikan. Huhu...

Ok lah. Malas nak bagi korang berteka-teki lama-lama. Sebenarnya yang eksiden tu adalah SEEKOR ANAK ANJING. Depan mata aku masa tengah feeling-feeling nak buang taik kucing dari pasir dorang tu. Mau tak terkejut. Dah la mula-mula sebelum kejadian anjing tu pun macam blur je jalan-jalan siap salah masuk kawasan umah aku ni ha.

Heh. Amacam? Mesti terasa hampeh je kan baca entry nih. Cuma aku tak bleh blah je bila sebenarnya kejadian yang berlaku depan mata aku tu, eksiden tu... Walaupun keta tu cuma langgar sekor anak anjing... Tapi at least bila dah rasa langgar sesuatu tu... Kurang-kurang pun berenti la tengok ke apa... Ni tidak... Jalan terus macam takde apape terjadi.

Teruk la orang macam tu... Tau la bawak keta besar, Avanza... Takkan la langgar pun tak rasa. Actually anak anjing tu pun da sikit besar. Memang nampak la. Kalo ye pun benci anjing, boleh tak ada rasa simpati sikit berenti turun dan tengok? Tak pasal je berbakul-bakul kene maki dengan tuan anjing tu.

Tapi aku rasa yang langgar tu memang benci anjing lah. Sebab tu dia blah buat tak reti je.

***UPDATE SEJEMPUT***

Nak tengok gambar lebih-lebih dan betapa semangat 1Malaysia nya jiran-jiran sini menghadapi pemergian seekor anak anjing, sila la ke sini

Wednesday, July 21, 2010

Takde Nak Tulis Panjang-Panjang.


Ini namanya melawan tuan. Ni lah keje dorang. Asal aku balik kelas je, penat-penat terbayang-bayang katil nak landing, dorang pun laju je meluru ikut aku masuk dalam bilik. Tengah aku sibuk-sibuk nak letak beg, bukak tudung, salin baju segala, dorang pun baek je landing atas katil aku. Siap kongker katil aku.

Abeh tu aku nak menyempit celah mana? Tengok la si Jacob tu. Kepala elok atas bantal siap. Aishh... Melawan tokey betul kucing-kucing ni.

Sorry gambar blur. Bukan selalu dapat tangkap gambar candid dorang ni. Nak cepat punya pasal. Lambat-lambat kang dah tak pose camtu dah.

Phergh. 3 hari tak update. Bukan sebab sibuk. Tapi, entah. Malas kot.

Sunday, July 18, 2010

Rimas La, Rimas... Tak Paham Bahase Ke??

Buat kesekian kali aku nak mengamuk kat sini. xP.

Kenapa la perlunye wujud manusia yang tak paham bahasa? Aku rimas betul dengan orang yang bile aku dah buat tak layan, tapi tak paham-paham lagi yang aku super-bosan dengan perangai dier dan keep on begging for something yang memang aku takkan buat dengan dier. Contohnye jumpe la. Aku rasa aku ok je kalo sekali aku cakap, orang dah terima. Dan alasan aku pun cukup munasabah apa? J.A.U.H. Jauh. Dan sebagai student sepenuh masa, aku rase aku ni takde hari yang senang-lenang ada duit, melainkan kalo ada pun banyak lagi benda penting yang aku kena setel selain nak melabur ke arah bukan-bukan.

Ok lah. Kalau taknak terima alasan jauh tu, sebab mungkin akan dipersoalkan, kenapa dulu awak boleh je jumpa saya?

Dulu lain lahhh... Masa tu kalo aku takde duit pun sumber kewangan lain masih ada... Sekarang? Ada ke orang peduli kalo aku hari-hari makan megi je? Atau ada ke orang kisah kalo aku takde duit nak isi minyak moto?

Lagipun bukan aku taknak terus-terang, tapi aku takut ko kecik hati je. Sebab perangai kau annoying sangat pantang tengok aku online je nak terjah... Jadi aku pun berterus-terang la bahawa kau adalah sangat membosankan. Apa gila aku keluar dengan orang yang suka biar aku cakap sorang-sorang, takde respon dan bila aku cakap orang tak fokus aku cakap, aku diam pastu dia boleh pulak tanya kenapa diam dan suke dengar aku cakap. Gila apa orang camni?

Dan tiap patah perkataan kalo kuar dari mulut dier pun buat aku rasa loya gila. Geli. Huh. Aku bukan stok-stok sasterawan negara nak bercakap bahasa tinggi-tinggi ni. High level language programming tu aku tau la. 1000x aku sudi kalo ko sudi sembang dalam high level language dengan aku. Hah. Ada berani?

Kalau ada sekali aku pernah state pompuan sangat complicated, aku rasa lelaki yang desperate adalah 70x lebih complicated dari pompuan gedik.

Lelaki-lelaki idaman aku takde la semestinye lagi bijak dari aku. Kadang-kadang pun bengap pun aku suka jugak. Sebab tu dulu kene kutuk kaw-kaw dengan cik osmet sebab ex aku yang sempat dier kenal adalah seorang yang selenga. Haha. Untuk hiburan, dikikis dan cari pengalaman. Agak bosan, aku diamkan aje. Sampai aku kene dump.

Dulu arwah mak pesan, tak baik mainkan hati orang. Tak baik dump orang. So, dalam hidup aku cuma sekali je la aku dump orang. Tu pun ex first aku yang semua orang sayang tu. Lepas tu aku kene bebel tak hengat dengan arwah ayah. Phergh. Baru aku tau dia ada backup hebat dalam family aku. Lepas-lepas tu, bila aku mula bosan, aku senyap je la. Kalo dier paham bahasa, da tentu-tentu dier dump aku. So, nampak la macam aku ni innocent. Taktik beb.

Dan macam sekarang, aku lebih senang guna term kawan-kawan dari sibuk nak couple. So, bila dah kata kawan-kawan ni, tak kisah la nak contact bila pun, tak selalu contact pun takde terasa hati, kan? Jadi, bile da tak layan tu... Watpe nak terhegeh-hegeh lagi kan? Camtu jugak aku dengan orang lain. Bila aku selalu kaco, tibe-tibe da tak layan, aku pun paham je nak stop dan jarang contact. Jangan pelik la kenapa aku rajin diam lately. Orang yang layan aku borak je la yang aku rajin nak kacau pun.

Btw, aku pelik jugak kenapa orang yang aku "agak suka" sikit pun takde layan aku. Yang aku tak berapa suka pulak terhegeh-hegeh nak aku siap suh bagi alasan kenapa aku takleh accept dorang. Pasal hati bukan boleh buat main-main beb. Dah kata tak suka tu tak suka la. Ape jadah nak paksa aku lagi semua. Buat aku bertambah-tambah menyampah dan malas nak layan lelaki lagi ada lah.

Ada pulak yang aku sikit suka bagi reaksi sampai aku pun fobia nak suka lebih-lebih. Ye lah, aku suka sebab dier hensem. Standard la aku. Apa barang nak tunjuk yang aku suka sangat sampai dekat fesbuk nak kena komen selalu, YM nak kene tegur selalu, Tak, tak. Aku bukan jenis kalo suka akan tunjuk secara obviously suka. Nak pulak dekat orang hensem. Nanti ramai pulak cakap aku terhegeh-hegeh ngan orang. Maklum la, aku bukan dalam kategori gadis hot, dan sikit sedar diri bahawa lelaki-lelaki hensem mana nak pandang sangat orang macam aku. Dah la tak cun, rebel, degil, entah apape plak tu.

Nak pulak sejak kecik lagi aku membesar dikalangan budak-budak lelaki sampai sekarang bidang yang aku terbabas pun majority lelaki je. Lepas tu masa kecik-kecik dulu arwah atok sebelah arwah ayah pun sibuk compare aku dengan sepupu lain. Sebab aku paling buruk katanya. Yang lain-lain semua cun-cun. Low self-esteem kat situ. Sebab tu selalunya mati hidup balik pun kalo kata ada orang suka aku pun aku tetap tak caya selagi dier tak amik tindakan untuk ada ikatan yang agak rasmi dengan aku, walaupun pernah sekali menyebabkan nyawa aku sendiri hampir melayang.

****************************************

TM keje ke hari-hari Ahad camni? Aku sakit hati gila macam nak baling je telepon umah tu. Sebelum call customer nak inform ke, mintak hutang ke apa ke, boleh tak kalo prepare apape dokumen yang patut? Ini tak. 2x call umah. 2x jugak la suh tunggu sekejap. Macam nak sepak je sape yang call tu. Apa ingat aku takde keje lain ke nak buat selain nak tunggu dorang amik apape dokumen lepas dapat call umah? Pulak tu punya laa lama...

P/S: Hadra... Aku yakin ko tau pasal manusia-manusia yang aku describe dalam entry ni, jadi, kalo nak komen, plz jangan mention nama dorang ye. :)

Saturday, July 17, 2010

Kalau Dah Tau Harga Tak Masuk Akal, Kenapa Beli?

Aku agak geram bila baca cerita pasal karnival-karnival telefon bimbit. Bukan boleh percaya karnival tu semua... Baru tadi baca dekat Ondscene. Cerita baru pasal karnival tu jugak. Artis tu (artis ke?) nyaris kene tipu. Nasib baik la dapat balik duit deposit dier.

Actually karnival camni banyak gila kat mana-mana pun. Kalo perasan la, company yang terlibat tu lebih-kurang je nama yang sama... Lepas tu macam tak berapa ada office yang betul sangat. Yang keje kat booth tu pun kebanyakkan jenis kurang ajar gila kadang-kadang.

Masalahnye kan... Sape penganjur tu semua... Knape luluskan karnival-karnival macam tu walaupun dah tau henset-henset yang dijual tu tiruan. Kualiti entah ke laut ke apa... Pengguna pun lebih kurang jugak. Sedar diri tak mampu nak pakai henset super-mahal, tapi sanggup kena tipu untuk pakai yang tiruan, konon sebab harga runtuh la semua... Yang aku takleh blah tu, dalam Unisel ni pun pernah je ada karnival tu. Bukan tak pernah. Agak heran kat situ bila main approve je karnival macam tu tanpe selidik betul ke dorang tu jual barang ori macam yang dorang iklan tu.

Pada pendapat aku, company besar-besar macam Nokia, Apple, Sony Ericsson tu semua tak perlu susah-susah nak buat jualan harga runtuh untuk produk dorang sebab dari semasa ke semasa, produk dorang sentiasa je dapat sambutan hangat. Tambah-tambah lagi bila keluar sesuatu yang terbaru. Cuma kita sebagai pengguna ni pikir la sikit. Kalo setakat nak berlagak tu, baik lupakan saja.

Dulu henset-henset ni semua dalam kategori barangan mewah. Rileks je orang dulu-dulu takde kecoh nak pakai henset. Sekarang henset dah jatuh dalam kategori barang keperluan. Tapi keperluan ke kalo nak kena beli yang hebat-hebat konon ikut trend? Sila ukur baju kat badan sendiri.

Kadang-kadang aku pelik jugak dengan perangai orang-orang ni semua. Semua la sibuk nak ikut trend. Nak beli yang canggih-canggih je. Pakai pun belum tentu reti. Setakat nak berlagak depan orang. Lepas tu, dah berlagak, sekali kene ragut, kene rompak tau pulak meraung. Tau pun rugi. Eh, tu lain cerita.

Tapi karnival-karnival tu takkan berjaya kalo tak dapat sambutan dari pengguna yang jenis nak berlagak macam ni... Baik guna je henset jenama tempatan kalo agak-agak nak berlagak macam orang lain jugak. Cuma, aku tak paham la... Kenapa ye kalo orang guna henset murah-murah mesti kena kutuk kaw-kaw? Padahal fungsi henset tu untuk call dengan SMS je. Atau advance sikit, tangkap gambar dan dengar mp3 bila bosan.

Lain la kalo businessman, nak kene schedule macam-macam untuk kemajuan business dier, takpe la nak gune yang hebat-hebat. Untuk jaga reputasi. Tapi kalo budak sekolah rendah pun gedik nak pakai I-Phone, apa cerita bai?? Kalo family jenis kaya duit bersepah, takpe la. Ini jenis cukup-cukup makan je. Pastu sibuk beli henset tiruan yang harga asal tiruan tu sebenarnye jauh lebih murah dari yang sepatutnye. Tak sampai sebulan pakai, rosak. Lagi berkali-kali rugi.

Bukan takde jual henset bawah RM100. Senior engineer tempat aku praktikal pun rileks-rileks je pakai 3310. Lagi stylo. Duit berkepuk pun pakai henset jenis rilek-rilek je... Haih, sebenarnya apa dapat kalo pakai henset mahal-mahal ni? Ada dapat award ke? Cerita sikit kat aku.

P/S: Teringat kata besfren aku. Henset mahal-mahal kalo kredit asik takde je tak gune jugak. Muahahaha~~~