Tuesday, February 9, 2010

Baru Rasa Sakit... Huhuhhh...

Skang 1 badan sengal2... Kelas MCS pagi ni? Burn. Haha...

Masuk bilik air tadi menjerit tengok badan lebam2. Adoii... Patut la rasa sakit...

Ok la. Mau bawak Jonny pegi klenet.

P/S: Tengah geram dengan mereka yang selalu antar "page suggestion" dekat fesbuk. Dah 20 kali ignore pun still mau antar lagi ke? Tolong click nama orang lain plak bley?

Monday, February 8, 2010

Tak Serik

Harini agak takleh blah bagi aku. Masa balik kelas tadi bleh main kejar2 dengan hujan. Bukan band Hujan tu... Hujan betul2. Dah la main hujan setempat2. 500 meter hujan. Tiba2 lagi 1km tak hujan. Lepas tu tiba2 hujan lebat gila2 kat kilometer yang lain. Sampai kat Kuala Selangor, amik kau. Panas terik! Kering kontang baju n sluar aku yang kena hujan tadi.

Tu satu hal.

Lepas tu kelas malam.

Balik kelas, agaknya kecewa dan lapar kot pasal classmates tersayang semua dah pegi pasar malam dan makan kat umah Lan... Jadi aku tiba2 eksiden. Teruk tu tak la. Tapi Jonny punya mirror belah kiri berpusing, belah2 kiri calar abes sampai ke lampu. Lepas tu handle plak asik ke kiri. Nak tolak ke kanan, kalo moto tengah stop, ok lagi. Kalo tengah jalan, berat gila...

Masa jatuh tu... Aku tengah cuba brek mengejut nak elak pembahagi simpang 3 tu. Sumpah gelap situ. Memang aku tak nampak jalan. First time lalu situ malam2. Siang2 pun aku penah lalu skali je. Tu pun rasa jauh gila... Tapi situ la dekat kalo nak banding jalan belakang yang selalu aku lalu tu...

Ada 2 orang mamat tolong aku. Tolong matikan enjin dengan angkat moto. Dorang macam kaget tengok aku bangun selambe gile. Sebelum blah, sempat aa jugak dorang cakap... Ingatkan yang jatuh tu lelaki... Dorang perasan aku pompuan sebab aku cakap tenkiu kat sorang tu tolong angkat moto aku. Huhu... Lepas tu classmate aku lalu. Poji tuh. Macam risau gak dier siap ajak lepak minum2 dulu...

Baik aku balik je... Adoiyaii... Kekok gila dowh bawak moto lepas eksiden kecil-kecilan tu. Sebab handle asik ke kiri. Bawak pun slow je balik. Slow tak slow aku pun, tibai 80 jugak. Mana la abang aku tak bising. Bawak moto tak reti slow2...

Tapi aku tak serik weh...

Huhuhhh...

Semua aku cerita kat abang aku. Kecuali pasal kelajuan masa aku buat emergency brake sebab nak elak pembahagi simpang 3 tu.

Masa tu kelajuan Jonny adalah 100km/j.

Mujur aku tak jadi apape. Mujur sluar beli kat Tesco yang murah gila ni tak koyak. Mujur sweater merah yang tebal ni tak seret teruk. Senang cerita tak jadi apape la. Jatuh pun boleh tahan bergaya.

Kak Syima cakap:

Haritu tangkap gambar ngan Sam (Adnan Sempit) tu. Sebab tu la kena aura dier sikit. Jatuh ada gaya.

Gambar Hiasan. Nampak macam adik-beradik je kan? Haha...


Ending yang buat semua orang marah:

Macam la aku dah serik dan akan menunggang moto slow2 lepas ni... Ngahaha... Sila tendang aku laju2... Horeyyyy~~!!!

Sunday, February 7, 2010

Malas + Bosan

Semalam balik umah kul 5.41 pagi sebab melepak dengan budak2 "Ngangkung". Kekeke... Skang takde mood nak buat ape pun... Lapar pun ada nih... Huhu...


Ske gambar nih... Angah Raja Lawak tuh diapit oleh bodyguard comel2... Haha... Sume pelakon2 ni stok besar2 + tinggi la. Obvious betul aku duduk lepak2 dikalangan dorang. Tapi aku lebih tinggi sikit dari Ezlynn dengan Mila AF ok? Itu fakta. Ngahaha... Bangga skejap. Hoho...

P/S: Hepi besday, my lil sis Atin... Yang ke-15. Haha... Study2 PMR... Jangan ingat kapel je... =p

Saturday, February 6, 2010

Bangga Betul Orang Tu!!!

Entry ini untuk my bro. Dia ada henset baru. Company sponsor. Gila cara jugak henset beliau. Gigih aku pegi meng-Google tau lepas dier SMS jenis enset dia. Jenuh jugak aku pikir ape tu myiman. Sekali hambik kau. MyIman rupanya.




Ustaz Ridzuan Tee Abdullah pun pakai enset ni ok? Sekarang my beloved bro tu ada 3 henset, 3 nombor. Tapi yang 3310 tu rasanya dah kena buang kot. Jadik tinggal 2 je lah. Sape2 yang jenis malas nak hendel henset banyak2 boleh la pegi terjah kedai2 beli henset ni... Buleh letak 2 simkad woo~~ Bosan2 kau boleh dengar Quran. Dari kau dengar mp3 lagu tak semenggah tu. *Oh, terasa sekejap.*

Pengumuman! Pengumuman! Sekarang sapa2 nak contact my bro bleh tekan mana2 nombor je yang korang dah save. Kecuali 012. Tu dia dah buang ke dalam gaung katanya.

Aku Betul2 Terharu Ni. Betul.

Seperti yang korang sume tau, salah sorang kawan skolah aku dulu dah pun pegi menghadap Ilahi lebih kurang 3 minggu lepas. Aku pun ade jugak buat entry pasal tu di sini. Memang kehilangan dier tu adalah 1 benda yang tak terjangka dan sangat berat untuk ditanggung oleh orang2 yang kenal arwah.

Just like aku lost both my parents. Last year n last 2 years. Berapa lama tu amik masa nak recover. Mujur kena pegi praktikal semester lepas. Mujur sangat2.

Tapi arwah kawan aku ni, yang betul2 terasa sesangat kehilangan dier adalah boyfren (or maybe tunang?) beliau. Kesian jugak aku tengok mamat tu. Tatau kenapa memang aku sebak gila tengok video pasal arwah yang dia tag aku dekat fesbuk.

Dat video. Click Here. Kalo ade dikalangan korang dah add dier... Tolong la bagi moral support. I know its really hard to face the fact that someone we love is gone to another world.

There is too album pasal wedding plan dorang. Arwah yang tulis. Huhu. I donno what to say anymore. Tapi dorang memang loving each other. Cuma jodoh tak panjang. Oh, ye... Sila abaikan "keseksian" arwah... Tolong fokus tentang motif video ini. Confirm korang pun akan terharu.

Guys out there~~ Berapa ramai yang macam mamat ni?

Huhuhu

Pagi2 dah kena culture shock tengok fesbuk ber-layout baru. Dah macam blog 3 column. Macam ni. Haha... Aku punya Google Chrome punya background adalah Pocoyo! Dia sangat comel. Sila abaikan itu.


Sumpah kekok gila sebab selalu "Home" sebelah kiri. Tiba2 dah berubah ke kanan. Huhuhh...

Oh, tolong juga abaikan segala update kawan2 aku... Malas betul nak padam2 bagai... Alaa... Kalo korang ade hati nak add dorang pun ape salahnye ye tak?

Friday, February 5, 2010

Gile

Sumpah aku takkan pegi makan dekat gerai kampung belakang yang dekat simpang tu. Yang dekat2 kuil kot kalo tak salah aku. Walaupun dipaksa oleh kawan2. Ala, yang macam pondok kayu tu... Yang siap ada estro tu... Kalo yang biasa pegi makan malam2 kat situ... Kedai yang servis paling lambat dan siap boleh salah2 antar makanan tu...

Ais kosong + nasi lemak + sambal sotong sejemput (sotong halus2) + ayam goreng. Alasan? Sotong mahal.

Makan macam ni je pun dia caj RM5.20. Kampung tu bai. Sapa cakap duduk belajar kawasan pedalaman ni jimat belanja? Habaq mai sat kat cek...

Kat Kuala Selangor camni selalu aku beli pun baru RM3.80. Sebab nasik lemak selalu aku cakap tamau timun + ikan bilis goreng + kacang. Yang ni pun tanpa timun + ikan bilis goreng + kacang. Nak pitam jugak aku masa nak bayar tu.

Nak kata ada service tax charge? Makan pun amik sendiri je. Dia taruh nasi je dalam pinggan. Kedai semalam tu siap tolong letakkan apa yang kita nak lagi. Tapi takde la mahal camni. Nak kata environment macam McD? Yang siap ada wifi semua tu? Anjing liar banyak la berkeliaran. Ahhh!! Sumpah aku takkan pegi situ bila2 masa pun dah!!

Old Town White Coffee pun kalah bro!

Nak caras loan student pun agak2 laa... Kalau makan pagi je dah RM5.20 untuk santapan paling basic gila... Cemana pulak makan tengah hari, makan malam? Jangan pelik la kenapa student lebih suka beli maggi makan dari makan makanan lengkap camni.

Maggi = RM3.00 ada 5 paket kat dalam. Sebungkus kau boleh pecah jadi 2. Makan tengah hari dengan makan malam. Lagi jenis save, pecah 3. Makan pagi, tengah hari , malam. Ikut portion. Tengok...!!! RM3.00 kau boleh survive sampai 5 hari. Makan nasi lemak macam ni boleh ke nak kenyang sampai 5 hari? Abeh kuat pun, 8 jam lepas tu kau pegi toilet jugak buang. Rugi. Tsk!

Thursday, February 4, 2010

Geli Dowh~

Haha... Berita lambat. Tak sempat nak baca surat khabo awal2 pagi kan? Baru terhegeh2 nak surf pasal berita2 terkini kat internet. Tak sedar diri betul padahal masih takde tajuk tesis. Dah la esok kene jumpe supervisor nak bincang2 pasal tajuk.

Sumpah geli sampai tersedak2 ni. Dah la sakit mulut. Tekak pulak perit sebab tersedak. Semua pasal statement "berani-mati" ni:

Can I fcuk you today?

Sudah la aku ni ada daya imaginasi yang super-duper tinggi. Kalo tak tinggi, cemana aku nak cekap buat matriks dengan state space, kan? Hoho.

Dan sekarang. Sila imagine kalo AKU YANG CAKAP MENDE NI KAT KORANG.

Korang nak report sex harrasment ke atau laju je setuju?

Mwahahaha~~

Oh, tolong aku masih takde idea nak buat tesis apa. Gila apa benda robot semua mentah2 kena reject. Semua nak system. Rasa macam nak bertukar jadi kamus dewan je sekarang.

Elak Kebun Kena Curi

Aku tau ramai tak brapa layan Barn Buddy dekat fesbuk tu. Tapi kadang2 yang suka layan ni pun macam melampau plak pegi suka2 curi kat kebun aku. Tambah2 bila aku tanam tanaman mahal2...

Skang aku ada cara effective paling best untuk elak kecurian. Blaja dari Kak Syima dan rakan2 beliau. Gigih, ok?


Susun bangsal dengan umah atas kebun. Hahahaa... Keji tak keji?

Jonny Pegi "Spa"

Harini macam sia2 je pegi kelas awal2. Sekali kelas cancel. Kelas En. Zul la. Thanesh call dia kenapa cancel kelas? Dia boleh jawap:

"Saya tak buat kelas sebab risau EAC terjah kelas saya nanti. Ala, nanti saya buat la kelas ganti."

Chehhhh~~~!!!

Power gila dorang sampai kebanyakkan kelas pagi2 semua cancel sebab lecturer2 cuak. Lepas tu student lepak berpeleseran dekat cafe. Cuma kelas Prof2 je jalan. Tu aku tak pasti kenapa. Tapi memang style la. Siap lab pun takde!! Pastu join Fazar, Din ngan sape tu nama dia makan kat Kampung.

Lepas tu aku malas nak lepak tunggu kelas pukul 2 nanti. Lepak jap ngan Fazar, pastu berambosss... Siap cakap malas nak datang kelas kul 2 nanti. Ye la. Lepak umah lagi beshhh...

Dah balik tu, sampai betul2 depan kedai moto paling besau kat CIMB Kuala Selangor tu, nak plak la moto aku jem tiba2. Pastu tayar blakang pun macam takde angin. Ahh, sudah... Dari aku plan nak bawak Jonny tu ber-"spa2" hari Sabtu, dah kena seret dia pegi kedai tuh.

Spa Jonny - Tukar segala2 yang dah season sebab tuan dia mengabaikan kesihatan dia selama setahun.

Banyak jugak yang barai. Paling tak tahan bearing tayar pun tahap hancus. Melayang jugak bajet aku... Takyah tau aa brape... Huhu... Yang penting skang tayar dah up guna tubeless dan ada rim yang cantek.

Balik umah. Online jap. Tapi bosan gila plak. Tambah plak teringat azam tamau ponteng kelas Prof... Langsung pecut pegi kelas pukul 2 tu. Pherghh... Sensasi bawak moto bertayar baru punya la best. Sampai meter cecah 140 km/j pun tak sedar. Nasib baik takde polis berkeliaran.

Minggu depan usya helmet baru plak. Lepas kemas-kini bajet. Ngahaha... Sila jangan bagitau Incik Asrul Akmal ye. Nanti dia bising =)

Jonny dengan tayar + rim baru. Tak sempat edit sebab laptop pun sibuk nak buat hal.

EAC - Engineering Acreditation Council.

Wednesday, February 3, 2010

Tak Paham

Sumpah aku tak paham. Orang yang aku suka bleh buat2 tak perasan atau memang sangat lurus tak detect langsung yang aku suka dia bagai nak rak.

Yang lagi sebulan nak kawen pulak terhegeh2 nak skandal ngan aku. Macam la aku nak layan orang2 macam tu. Tak mendatangkan hasil. Bukan boleh buat sugar daddy pun. Makan pun tahap cukup2.

Sekarang dah kantoi kau dah kawen. Bersepah bini lu tag gamba lu dekat fesbuk... Padan muka. Bro, aku add wife kau sekali la dalam fesbuk sebelum kau terhegeh2 nak skandal dengan aku. Nasib baik bini lu memang kenal perangai gua macam mana. Cuba kalo bini lu macam pompuan loser lain? Bernanah telinga gua kena maki nanti.

LU SANGAT LOSER, BROOO~~!!

Apa Nak Jadi Sekarang?

Bleh klik kat gambar untuk pergi ke berita penuh.

Pe nak jadik skang? Di mana tahap keselamatan yang betul2 boleh buat semua orang puas hati? Kesian gila kat mangsa tu. Kalau yang jenis suka condemn2 orang mesti komplen, kenapa pempuan tu sibuk nak tunggu kat situ. Benda takleh jangka, bro... Dia bukan saja2 nak duduk lepak situ... Dier tunggu abang dier datang dari Ipoh.

Kenapa aku amik peduli pasal berita nih? Sebab aku pun antara "penunggu2" tegar dekat stesen bas. Bukan sekali-dua je aku duduk stesen bas tunggu arwah ayah atau abang aku datang pikap. Tapi boleh kata tiap2 kali balik Penang. Kalo dari Penang plak, memang aku jadik penunggu bas jugak dekat kawasan Pudu tu. Dari pukul 4 pagi kadang2 sampai 6 pagi baru wujud bas ke Kuala Selangor.

Kalau kat Penang pulak, bukan tak pernah aku tunggu dari pukul 3.50 pagi sampai ke pukul 7.40 pagi semata2 nak tunggu abang aku balik keje dulu pastu baru boleh amik aku kat stesen bas tu. Horror tak horror la. Mujur takde ape terjadi. Ahh... Aku tau korang mesti komplen kenapa tak amik teksi/bas kan? Apa korang pikir teksi tu bleh hutang2? Atau bas tu pukul 3 pagi dah start operasi? Kalo sampai umah pun setakat nak panjat pagar lepas tu tido depan pintu umah, tak guna jugak kan? Maybe ada yang komplen kenapa tak mintak tolong kawan2 je? Hah! Lagi satu aku nak jawap... Aku bukan la suka sangat nak mintak tolong dengan orang2 yang tak related ngan aku. Kalo termintak tolong tu maknanya aku memang betul2 terdesak sangat2. Tapi pukul 4 pagi bai... Pikir la... Orang lain sedap lagi tido masa tu. Kalo call pun dah sah2 orang jawap tu mamai dan fikir dier mimpi aku call dier. Kata la aku call kau pukul 4 pagi. Walaupun kau tengah wat solat sunat ke,qiamullail ke, mesti amik masa kan? Atau mesti kau marah kan? Sebab mengganggu... Sama je.

Sebenarnya aku memang dah letih sangat jadi penunggu tiap kali balik kampung. Jangan komplen kenapa aku tak berapa suka nak balik. One of the reason adalah ini. TUNGGU. Kenapa aku takde kenderaan sendiri seperti kereta? Sapa cakap aku takde kenderaan? Jonny tu sape? Tapi aku takde la mampu nak beli keta. Nak makan pun sangkut. Duit minyak lagi. Student bro. Bukan keje tetap. Lain la arwah ayah aku ade tinggal harta taraf billionaire. Esok jugak aku pegi register amik lesen keta terus beli keta idaman secara CASH. Moto tu pun ada pun sebab curi2 amik lesen tau? Nak pikir amik lesen keta? Belanjawan setelah loan aku masuk ni pun dah ke laut peginye. Inikan pulak nak amik lesen. Lain la kau nak sponsor. Alang2 sponsor, sila sponsor kereta beserta pakej minyak selama setahun. Aku belajar tak lama. Setahun ni je lagi. Hujung tahun nanti habis la.

Dah tu? Balik je la kampung dengan moto, kan? Haha... Statement paling best pernah aku dengar. Bukan aku tak pernah nak cuba. Tapi orang2 yang extremely-super-duper caring pasal aku akan berkata :

"Kamu tu pompuan. Baik balik naik bas je. Lagi selamat. Nanti tengah jalan, apape jadi, susah."

Ok. Fine. Tu sorang punya ayat. Bayangkan kalo 40 orang dah repeat benda yang sama? Di buatnye time tu pintu langit terbuka dan tiba2 Allah nak makbulkan ayat dorang. Yang tanggung azabnye sape? AKU. Baiklah. Dilemma beb jadik pompuan. Penah la jugak aku rasa menyesal. Tapi kufur nikmat pulak kalo menyesal. Kalo aku dilahirkan sebagai lelaki pun, mesti menyesal jugak sebab takde excuse nak ponteng solat seminggu. Kan?

Apapun, memandangkan sekarang segala urusan berkaitan pengurusan kewangan 100% aku sendiri yang uruskan, dengan ini aku nak confess bahawa, Chinese New Year 2010 ini adalah kali terakhir aku balik naik bas. Jangan sibuk2 nak komplen lebih2 pasal aku baru je lepas SMS abang aku tanya kos dia hantar moto dari Penang ke Kuala Selangor adalah RM30 sahaja untuk duit minyak.

Sebab aku baca blog incik Mantot semalam, dari segi susunan ayat beliau aku macam nampak unsur2 harga minyak akan naik, jadi aku bajet kos mungkin akan meningkat paling2 bangsat pun +/-RM45 untuk 1 trip siap dengan pakej makan sweet-corn-in-a-cup dekat R&R sana. Lagipun aku dah Google peta perjalanan dari Taman Desiran ke Taman Tunas Muda. Ikut jalan lama je. Tu pun Google bajet 4 jam lebih2 kalo naik keta. Tu dengan kelajuan yang dier syorkan, dalam 60-80 km/j. Tanya kawan2 aku tengok, malam2 tak nampak jalan pun aku boleh bantai speeding sampai 100 km/j. Kurang2 bleh la cut jadi 3 jam lebih2 kan?


Beratus2 kali lebih berbaloi kalo nak banding kos aku balik Penang secara asing2 dengan Jonny yang konon2 selama ini selamat selagi tak keluar berita macam kat atas tu, iaitu:
  • Kuala Selangor - Pudu = RM 7.60
  • Pudu - Penang = RM 38.00
  • Skynet Jonny = RM 180.00
  • Jumlah = RM 225.60
Jumlah tu pulak x2 untuk perjalanan Penang - Kuala Selangor - Penang. RM 451.20. Sapa komplen murah, dia gila.

Ko nak banding kos +/-RM100 untuk perjalanan Penang - Kuala Selangor - Penang kalo aku balik naik moto dengan Jonny. Aku tak kaya bro. Aku pun takde nak harap sangat dengan bantuan abang aku walaupun dia satu2nya abang aku. Dia pun ada family jugak nak kena take care + tanggung. Aku nih dah lain taraf. Lain plak la nak kiranya.

Lastly korang mesti tanya aku apsal aku tak kawen je kan? Lepas tu ade orang take care lebih2 macam arwah parents aku. Mengarut! Ko tak percaya qada' dan qadar ke? Dats my only simple answer. Bak kata En. Zul masa kelas lepas, 3 benda yang takde jalan pintas. Salah satunya adalah jodoh. Jodoh takde datang golek2 secara senang-lenang bro. Ah, banyak sangat masalah dunia ni kan?

Lastly, kalo betul keputusan aku nak balik kampung lepas ni naik moto je, aku harap takde la sape2 nak psiko aku bukan2 soal KESELAMATAN tu. Kalo ikutkan nak cerita pasal mati? Dalam tido pun boleh mati. Kalo nak cerita pasal road-bully atau kena rogol? Nak tak orang tu rasa kena bunuh secara tikam bertubi2 dari aku? I really2 mean it. Pedulikkan orang cakap aku psiko atau what-so-ever. Dorang tak penah alami ape yang aku dah penah lalui. Senang la cakap. Sebab aku pompuan. Aku tak penah pun mintak aku dilahirkan sebagai seorang pompuan.

Hmm... Deep thought ni actually. Takde jalan pintas nak setel semua ni. Melainkan kalau aku dah ada pendapatan sendiri. Ala, setahun je lagi pun. Tahun ni je. Lepas ni aku janji takkan susahkan sapa2 lagi dah. Serius.

Ramai orang cakap aku berani. BERANI MATI. Yeah, kind of~ Berani untuk mati. Lepas kau mati nanti kau tak payah susah2 nak pikir hal2 dalam Malaysia. Paling kuat pun nanti pikir pasal amalan kat dunia dan soklan Munkar & Nangkir. Itu pun bergantung pada kau punya amalan. Aku tak rasa kena pikir sangat pasal tu, kan? U'll get what u deserve on the spot until the end of the world. Tapi aku nak mati secara baik2. Macam arwah.

Kadang2 Aku Rasa Macam LOSER!

Walaupun aku sampai ke tahap over-motivated akibat kata2 motivasi dari tiap2 lecturer yang masuk kelas tu... Tapi somehow, sebab agaknye dah lama aku tinggal dunia "masuk kelas" sebab praktikal semester lepas, then need LOTS of refreshment, aku rasa aku adalah seorang loser. Ter-lepak dengan budak2 macam hebat lepas kelas malam Isnin lepas pun aku rasa aku punya self-esteem dah jadi low gila, walaupun dorang asik bahankan crocs pink aku.

Serius aku memang sangat2 memerlukan masa yang agak panjangggg... Panjang tak panjang pun dalam sehari-dua, untuk refresh balik subjek2 yang aku penah belajar masa zaman2 diploma, atau awal2 taon pengajian dulu. Gila la... Sampai benda basic pun aku bleh lost kadang2. Apa lagi dengan gaya lecturer yang kadang2 tanya dengan sangat penuh gaya "horror".

Aku wish skang aku ade pintu suka-hati agar aku bleh balik Penang amik balik nota2 dalam kotak tu...

Aku jugak tak perlukan sesi motivasi hari2 dalam kelas. Aku cuma nak sorang je motivated aku. Macam dulu2. Tapi... Sekarang dah takde. Cemana? Orang lain takleh bagi motivation setanding ngan arwah ayah. Cukup dengan dia punya renungan mata. Terus aku rasa bersemangat.

Nasib baik la jugak aku dah pegi praktikal. Nampak gayanye prosedur nak pegi praktikal sekarang semakin pelik2. Siap kena isi borang yang ada list subjek, lepas tu dengan result kat tepi. Aku ni dah la sepanjang buat degree, sekali je aku pegi amik slip result. Itu pun masa mula2 masuk degree dulu. Lepas tu sekarang haram la nak pegi amik. Malas. Lepas tu buat2 lupa.

Segan jugak aku nak letak result tiap2 subjek aku tu. Bukan hebat sangat pun aku ni. Walaupun CPA dalam range 3... Tapi sebab-musabab seperti di atas tu menghantui aku... Aku still rasa aku loser. Macam budak2 lain tu semua lagi hebat dari aku. Sekarang aku memang betul2 blur... Lecturer plak skang macam jenis kedekut nak bagi contoh2. Terus test tanya benda basic. Kucar-kacir aku ni hah. Dah la duduk depan. Dengan rasa horror. Dah la sorang2 pompuan dalam kelas.

Huhuhuuu~~~

Pening2 sikit sebab tajuk tesis (takde tajuk actually, lebih pada plan) asik kene reject je. Rasa nak berenti blajar je camni. Masuk AF senang. Takyah pikir tesis. Haha!

Random #26

Pernah tak korang rasa gembira sampai tahap nak buat semua orang rasa annoying dengan menunggang moto pada kelajuan 40 km/j sambil menyanyi2 lagu "Alhamdulillah Syukur Nikmat, Malaysia Maju Rakyat Selamat"?

P/S: Loan dah masuk! Yeahoo~~

Tuesday, February 2, 2010

Random #25

Whatever you give a woman, she'll make it greater. Give her sperm,she'll give you a baby. Give her a house, she'll give you a home. Give her groceries, she'll give you a meal. Give her a smile, she'll give you her heart. She multiplies and enlarges what she is given. So if you give her crap, be ready to receive a ton of shit.

Taken from Emy's status on facebook.

Positif

Terpegun sekejap baca entry Kak Ell yang diskodeng secara tak sengaja dari hasil lalu-lalang di blog Kak Syima.

Ok. Aku takkan cakap aku lesbian lagi dah lepas ni.

Ahh~~ Dorang Dengki!!

Tak paham betul budak2 ni. Hari2 aku kene bahan dalam kelas. Pasal Skynet la... Rempit la... Moto paling laju laa... Kasut crocs pirate aku kaler pink ade gamba kambing dengan bunga2 pun nak bahan jugak.

Ramai betul caring sekarang. Padahal macam la aku tak biase balik malam2 dengan Jonny. Terharu tiba2. Oleh itu apa la salah kiranya korang belanja aku makan memandangkan loan pun belum masuk... Kan?

*Sambil buat muka comel*

Sunday, January 31, 2010

Random #24

Ayat paling legend minggu ni:

"Lagu2 Siti Nurhaliza kamu boleh hapal... Takkan assembly language simple 2-3 page camni kamu takleh ingat kot?" -En. Zulkifli Abd. Rahman.

All I Wanted...

Think of me when you're out, when you're out there
I'll beg you nice from my knees
And when the world treats you way too fairly
Well, it's a shame I'm a dream

All I wanted was you
All I wanted was you

I think I'll pace my apartment a few times
And fall asleep on the couch
And wake up early to black and white reruns
That escaped from the mouth, oh, oh

All I wanted was you
All I wanted was you
All I wanted was you
All I wanted was you

I could follow you to the beginning
Just to relive the start
And maybe then we'll remember to slow down
And all of our favorite parts

All I wanted was you
All I wanted was you
All I wanted was you
All I wanted was you
All I wanted was you



Rasanya lagu ni takde kaitan pun ngan citer New Moon tuh.
Tapi currently aku suke lagu nih.

Saturday, January 30, 2010

=(

Aku cuba ingat apa yang aku mimpi pagi tadi. Bersungguh2. Tapi sampai skang ingat sipi2 je. Cuma lagu ni je terngiang2 dalam kepala ni. Dulu2 join nasyid mase skolah rendah. Ada la nyanyi lagu ni. Tapi dalam mimpi tu bukan aku menyanyi lagu ni. Entah. Background ade lagu ni plak.

Huhu... Tercari2 jugak mp3 lagu ni. Dulu2 ada kaset lagu ni, tapi tajuk dier ayah. Sume perkataan ibu dalam tu da jadik ayah. Tapi entah mana pegi dah kaset tu... Pindah2 umah dulu kan...Tah2 dah terbuang. Ish, rugi...

Pape pun jom layan lirik nasyid ni...


Sewaktu
Azan mendayu-dayu
Ibuku
Pergi meninggalkanku...

Perginya takkan
Kembali lagi
Kerna takdir telah menentukan...

Doa restu
Kuutuskan untukmu ibu
Semoga diri
Ibu bahagia
Di akhirat yang kekal abadi

Ibuku
Walau kau pergi dulu
Namun
Ku tetap mengingatimu
Kasihmu padaku seperti dulu
Hanya Tuhan dapat membalasnya

Selamat tinggal ibuku...


Sedar tak sedar rupanya aku menangis dalam tido... Bangun tido je rase mata bengkak2 je... Lama da tak rasa situasi camni...