Friday, January 1, 2010

2 Benda Terbang Pada 2009 Yang Lalu

2 benda aku miss masa 2009 haritu. Sedih gila benda dah lepas. Satu adalah ini.

Ye. Sekeping tiket dinner. Haha. Siot aku bleh miss menda ni kan? Sebab ape? Sebab niat awal2 da tamau pegi lepas dapat tau budak2 praktikal illegible untuk cabutan bertuah. Ala apa la sangat kan? Macam la confirm dapat. Tapi masa tu, hari tu aku boleh kena selsema teruk tahap H1N1. Sampai pegi keje pun dah rupa samurai. Mata pun merah cam momok. Haha. Pastu duk hahcuh2 setiap 10 minit. Mana tahan beb!!

Pastu boley balik awal. Maklum la, kata dinner. Boleh bersiap awal2. Tapi aku plak... Abang aku dah call dari kejauhan kat Seberang Jaya sana. Dia suh aku pi sana sebab dorang semua ada kat sana nak buat pasport. Siap kirim suruh amik birth cert ori si Atin dari Pak Su. Pak Su cuak je aku nak naik moto pegi sana. Dengan naik jambatan Penang tu semua. Silap2 terbang2 aku atas jambatan tu. Tapi laju camne pun Jonny tetap steady. Tak bagi dier tuan dier terbang2 time bawak moto. Steady gila potong LC atas jambatan. Cayalah Jonny!! Dan aku masih gian nak naik moto kelajuan 120 atas jambatan. Walaupun orang cakap itu keja gila.

Balik rumah memang ting-tong la. Tido tak hengat. Sedar2 lapar gila babi dan masa plak dah pukul 9 malam. Confirm2 la dah terlepas dinner tu. Alahaiiii...

Benda kedua adalah ini. Juga sekeping kertas yang hampir2 menyerupai tiket.

Ini kisahnya dapat atas kegigihan dan kerajinan aku... Eh? Sah hingga 31 Disember 2010...? Valid lagi la nihh~~!!! Ada jugak rupanya benda aku tak miss... Haha... Ingatkan dah terlepas 2 benda best tahun 2009...

Sapa mau mekdi free? Jom slambe aku belanja!! =)

Baru Nak Review

Secara rasminya 2009 dah abeh pada jam 12.00 tengah malam tadi. So, boleh la nak review by month apa aku dah lalui sepanjang tahun tersebut. Buat penaik semangat untuk aku menghadapi 2010 dengan lebih bermakna. =)

JANUARI 2009
Aku dapat lesen L moto pada bulan ni. Haha. Baru L ok. Gila lama aku guna L moto ni... Dekat setahun. Sebab takde masa nak amik P JPJ. Tapi dun worry. Skang aku dah pakai P. Boleh bawak2 orang. Tapi limited berat ok? Nanti terhoyong-hayang aku nak kontrol Jonny. =)

FEBRUARI 2009
Kali pertama aku berkenalan ngan Jonny. Ecewah. Lokasi? Of course la kedai moto. =) Dan time ni jugak pertama kali Jonny dapat cacat kekal sikit2 dekat nombor plet depan. Sebab aku fail control dia masa mula2 nak pi isi minyak. Dan dapat parut ni. Gila cerita macam sweet je. Huhu.
Abeh laa...Value hantaran aku dah kurang RM2000 sebab parut ni. Demm!!


MARCH 2009
Pertama kali Jonny menjejakkan tayar ke Kuala Selangor. Pherghh... Bukan secara pos, tapi abang aku selaku rider tegar telah manghantar Jonny direct ke rumah secara sendiri2.
Jonny tengah pose dekat2 tiang umah


APRIL 2009
Takde apa sangat bulan ni. Aku sibuk dengan final exam je. Entah apape aku bantai time final tu. Subjek Signal tu je siap kena repeat2 lagi. Tu la. Malas pegi kelas Signal sangat. Test pun main teka2 je jawap.

MEI 2009
Bulan ni masuk short-semester. Buat projek la konon2. Macam celaka sebab kawan2 baik aku boleh pulak tak lepas amik projek dengan aku. Akibatnya segala plan aku terbabas dan kena tukar group lain. Maka jadi la benda pelik entah apa namanya ni seperti gambar di bawah.
Entah apa nama benda pelik ni. Nampak macam hebat gila je.


JUN 2009
Merupakan bulan yang penuh dengan kejutan. Awal2 terkejut sebab dapat pegi Terengganu secara tak sengaja dengan Kak Syima. Lepas tu hujung2 bulan, pada 22 Jun 2009, aku plan nak balik mengejut. Tapi last2 aku yang terkejut sebab kehilangan ayahanda tersayang sebab kemalangan pada tarikh tersebut. Sedih la sebab officially aku takde both parents. Cuma tinggal sorang abang dan sedara2 yang masih prihatin dan ambil berat pasal aku. Huhu.
Tinggal kenangan =(


JULAI 2009
Apa ada ngan bulan ni? Secara rasminya aku berusia 14 tahun 24 tahun. Lepas tu adopt seko kucing yang ada bentuk love di kiri-kanan badan beliau yang diberi nama Molly Gedik. Dan jugak ada sesi berjumpe dengan blogger yang bukan dikalangan kawan2. Totally stranger lah. Entah mana datangnya aku pun tak brapa nak ingat. Siap blanje tengok citer Transformers 2 dengan Public Enemy pulak tu. Skang merupakan one of my best fren. Cayalah!! =D
Perhati betul2 dekat badan Molly Gedik ni. Sila abaikan perangai tak senonoh dia.


OGOS 2009
Bulan ni aku start praktikal di Intel Technology Penang. Nervousnya aku Allah aje yang tau sebab aku sorang2 je dari UNiSEL yang tercampak di situ. Yang pertama plak tu. Tanpe apape guide atau nasihat dari sapa2. Punyalah skema aku first day tu siap pakai baju kurung. Haha. Tapi nervous tu tak lama sebab tiba2 boleh terjumpa Qhadijah plak. Kebetulan dia keje situ. At least aku tak la sorang2 kat situ. Dan manage to kumpul kawan2 dari INTI College Penang. =)
Benda penting untuk aku selamba angkat tangan lambai2 pada guard.

SEPTEMBER 2009
Raya Aidilfitri jatuh dalam bulan ni. First time seumur hidup aku merasa beraya secara sorang2 pada raya ke-2 dan ke-3. Raya ke-4 dah keja balik sebab aku malas nak cuti lama2 dan malas nak ikut beraya di kampung kakak ipar aku kat Perak sana. Alhamdulillah aku tak gila sebab kena beraya sorang2. Kira aku lebih kurang sama la dengan budak2 yang beraya di perantauan tu. Bezanya dorang masih ada family di sini. Aku? Ade kubur mak ayah je kat sini. ='(
Aku masih lagi dapat kad raya secara pos. InsyaAllah Syawal 1431 nanti aku balas untuk korang ye?


OKTOBER 2009
Bulan ni pun takde apa sangat cuma pada tanggal 21 Oktober 2009 tu, genap la setahun pemergian arwah bonda tercinta. Huhu. 22 Oktober 2009 pulak genap la 4 bulan pemergian arwah ayahanda tersayang. Takde ape nak story bulan ni. Konon buat2 sibuk la dengan praktikal. Padahal nak hilangkan rasa sedih dengan rindu kat arwah. ='(

NOVEMBER 2009
Aku abeh praktikal. Yeayy!! Submit report dan kagum dengan diri sendiri sebab berjaya tulis benda berunsurkan ilmiah sebanyak 72 page. Satu pencapaian yang aku senirik pun tak jangka boleh buat. Sangka aku selama ni aku pandai merapu2 je.
Bergambar riang-ria dengan teammates lepas lunch dekat Eastin Hotel. Boss belanja nih. =)


DISEMBER 2009
Bulan ni paling menarik adalah trip pegi Singapura. Tapi ada la sikit citer palat disebalik hepi2 itu. But aku pasrah je. Benda dah nak jadi. Yang penting aku enjoy bagai nak rak kat sana. Makan pun non-stop. Cuma balik Penang je aku kena ruam tahap terlampau. Apapun aku sangat2 enjoy dengan pemandangan kat sana [sepupu2 yang hensem + tempat2 menarik] xP
Dengan trademark Singapore. Time ni sebenarnya dah letih gila sebab seharian berjalan2.


Hmm...Itu saja kot nak review pun. Ada aku miss kat mana2 ke? Kalo korang ade letak harapan nak baca kisah cintan-cintun sepanjang tahun 2009, sila berambus pegi blog orang lain. Sebab aku malas nak citer disaster2 yang aku alami sepanjang kenal2 orang, pastu orang tu boleh tiba2 rapat dengan aku, lepas tu boleh sesuka-hati consider aku awek beliau, dan sesuka-hati jugak menceroboh hak peribadi aku seperti check SMS dalam henset dan delete SMS yang tak berkenan dek mata beliau, lepas tu sesuka hati jugak nak clash dengan aku secara mintak awek baru beliau memaki-hamun aku secukup rasa. Padahal entah bila declare couple dengan aku pun aku tak pasti. Ke aku yang blur buat2 tak paham. Ntah. Malas aku nak amik pusing bab2 hati ni.

Oleh itu pada tahun 2010 yang so far so good ni, aku nak menyeru kepada yang berminat nak amik aku jadik awek atau lebih afdal ajak aku nikah terus supaya aku tidak lagi beraya secara solo pada Syawal yang akan datang, sila kemukakan permohonan bertulis secara bercetak ataupun elektronik kepada aku. Bercetak boleh bagi aku terus. Elektronik boleh send dekat fesbuk sahaja. Format: Surat rasmi macam masa SPM dulu2. Approval? Ikut suka hati aku. Ini serius.

P/S: Tahun ni juga aku berazam tamau skandal2 dah. Huhu... Statement insaf ke apa ni?

Pengalaman Menyambut Tahun Baru Paling Rare

Adalah melihat "ayam dalam tin" lebih-kurang 15 tahun yang lepas. ORIGINAL PUNYAA!!!

P/S: Sebenarnya aku tengah ada mood nak sambung story pasal trip Terengganu tahun lepas dan trip Singapura yang baru2 nih. Tapi broadband pulak buat perangai macam celaka. Nak upload 1 gambar ni pun amik masa setengah hari. Gila apa?

Thursday, December 31, 2009

Karangan: Azam Tahun Baru Saya


Azam tahun baru saya pada 2010 ni adalah untuk memiliki punching bag. Kegunaan utama adalah untuk nak lekat muka2 mereka yang buat saya sedih lalu repeat paper pada semester yang lepas2. Lebih2 lagi muka lecturer-u-know-who. Nak print yang BESAR PUNYAA!!!

Tamau yang inflatable. Nanti baru 10 minit saya balun dah pecah. Rezan adalah saksi betapa dahsyatnya saya tumbuk punching bag sebab tak puas hati dengan ending citer Twilight : New Moon dulu. Ye lah, kalo dah diri sendiri terpelanting balik ke belakang sebab punching bag tu melantun, tak cukup kuat lagi ke namanya?

Saya rasa saya bertuah dalam tahun 2009 cuma ada 4. Iaitu berpeluang pegi praktikal kat Intel dan rileks2 dari amik final exam semester lepas. Lagi 2 adalah pegi oversea (baca: Singapore) dan berada tengah2 laut selama 12 jam (baca: candat sotong di Terengganu)

Lain2 tu semua sedih2. Majority adalah berkaitan kehilangan ahli keluarga dan sesi2 berhari raya secara solo sambil bertemankan laptop dan broadband yang boleh tahan celaka dier punya coverage.

Selain dari memiliki punching bag tersebut, saya juga berazam untuk bergembira sepanjang tahun 2010 tanpa menghiraukan apa jua situasi yang terpaksa saya hadapi. Kalau ada terselit sedih sikit2 tu saya tetap akan buat2 gembira sambil sing-a-long lagu Situasi nyanyian Bunk Face.

Semoga saya berjaya grad pada hujung2 tahun 2010. =)

Sekian, terima kasih.

Sebagai penutup dan hiburan para pengkritik blog ini untuk dapatkan markah A+ bagi karangan ini, terimalah lagu bertajuk Situasi nyanyian Bunk Face sempena menutup tirai 2009.



P/S: Karangan ni aku buat pun sebab terpaksa je. Ye la... Kang nampak sangat aku tak amik pusing pasal tahun baru. Dah la Tahun Baru Islam haritu pun sumpah aku buat donno je... And yes, I'm typical malay yang beriye nak buat azam baru setiap kali menjelang tiba tahun baru masehi. So, jangan nak komplen lebih2 ok?

Selongkar Album #3

Percaya atau tidak... 7 tahun lepas, kawasan ini adalah sebegini...


Tapi skang dah bertukar jadi macam ni...

Malangnye bila sembang2 dengan kawan2 lama, takde sorang pun ingat tempat tu adalah bekas tapak umah aku dan kampung tempat aku membesar dulu... Padahal dulu tiap2 minggu datang lepak umah aku. Huhu...

Rindu gila kat umah lama...

Wednesday, December 30, 2009

Misi Tahun 2010

Aku tau ramai menyampah dengan skin baru blog aku ni. Tapi korang saje buat2 suka kan? Siap tinggal jejak kat shoutbox tu cakap nice blog la...Ape bende la semua... Wahaha~~!! Dalam hati confirm menyumpah tengok background serabut camni.

By the way, korang nak kutuk, kutuk je la...Takyah nak sibuk2 jage hati owner blog ni... Aku suke face the fact. Ada pun yang komplen blog aku macam celaka dier punye background cuma 3 orang je. Tu pun kawan2 aku. Selagi boleh kutuk, kaw2 dorang bagi...Wahaha~~!! Bagus gila ada kawan2 yang super-jujur macam dorang.

Ok. Sempena tahun baru 2010 yang bakal menjelang tiba selang 1 hari dari sekarang ni, aku bercadang nak tukar background. Tapi masalahnye skang malas gila nak Google background yang simple n nice. Semua la malas2. Tolong la aku untuk jadi rajin kembali.

New year resolution? Tunggu karangan aku pasal tu nanti.

Tuesday, December 29, 2009

Baru Balik...

Still takde mood nak update. Satu badan itchy... Penuh ruam. Mentang2 la tak dapat nak roaming masa kat Singapore haritu... Skang amik!! Dia bagi ruam 1 badan. Muka pun bengkak2... Semalam ada ruam2... Merah2 dan rasa tebal2 je muke macam kena simbah dengan asid. Telinga pun tebal semacam. Abeh la semua merah2. Harini dah start menggelupas. Dah macam ular tukar kulit pulak. Nak kuar umah pun malu. Pegi beli topap untuk broadband pun dress up macam samurai. Cepat2 la baik...

Untuk tatapan korang...One of my favourite pic in Singapore... =)
Kat Orchard Road. [baca:oncet] funny lol!!

Tuesday, December 22, 2009

Pengumuman

Btol ke aku eja tu? Asal bunyinye ade dah la kan?

Kat sini aku nak buat pengumuman yang blog ni takkan ber-update dari 23 Disember 2009 sampai la 27 Disember 2009. Alaa...Korang kisah ape ye dok update ke tidak kan... Sebab banyak sangat dah update dari aku ni kan? Lagipun malas plak nak buat schedule entry. Nanti tak fresh la.

Adapun punca aku tak update tu bukan la sebab mogok ke ape... Tapi sebab pegi honeymoon holiday dengan kuarge terchenta nun jauh kat Singapore. Huh... Mati la kan, trip pegi Terengganu dulu tu pun tak update2... Ni kan plak dah tambah tempat pegi cuti2 plak kan?

Bukan tamau citer, cumanya malas nak upload gambar je... Edit? Lagi la malassss~~~

Oleh itu segala persoalan mengenai apa yang terjadi pada 23 Disember 2009 tu terjawap sudah. Pandai2 je kawan2 aku buat citer aku bertunang la, kawen la semua kat fesbuk tu... Sesungguhnye jawapan korang jauh menyimpang ok? Dan hampir2 jugak membuatkan saham aku jatuh menjunam.

Oh, ye sepeninggalan aku nih, segala cafe aku, kebun, akuarium pe jadah game tu semua aku dah mintak orang jagekan [gegeh ok?]. Dun worry, aku dah janji nak rasuah upah dier. Kalo nampak aku online kat fesbuk tu tentunya bukan aku ok? =)

Untuk menghilangkan rindu korang tu, terimalah lagu ni. Penat wo pilih tajuk paling rare dan ada muka Sofea Jane dalam video clip ni.


Boleh karaoke ramai2. Nak pilih lagu lain pun buleh.

Bestnya Masa Tu...

Aku terasa nak up entry ni pun sebab baca komen2 kawan2 pasal gambar2 zaman skolah yang aku upload kat fesbuk. Semua ada banyak cerita best2. Tapi dalam banyak2 tahun persekolahan aku... Yang paling aku tak boleh lupa adalah masa form 3. Seriously year 2000 was the best year ever. Even a friend of mine, Grace Teoh pun cakap "I dun mind taking PMR again!!"

Wahaha... Seriously tu kelas paling best yang pernah aku duduk dalam sejarah aku kat SGGS. Kelas kitorang ni trouble-some jugak la. Maklum la yang tercampak dalam kelas ni kebanyakkannye "gifted". Masing2 bijak, tapi agak malas blajar, tapi rajin gila buat kecoh. It was fun anyway. Blajar banyak2 pun bosan jugak kan?

Cecikgu dalam kelas kitorang ni sempoi2 jugak. Maklum la student pun sempoi, cikgu pun kene la sempoi kan? Cikgu kelas adalah Miss Neoh. Sangat penyabar orangnye. Nak plak layan perangai pelik2 student kelas ni. Oh, ye... Dat year jugak first time kena skolah pagi. Liat gila nak bangun pagi ya Allah tuhan aje yang tahu. Dah la umah aku kemain jauh lagi dengan skolah. Bas skolah paling awal datang pun pukul 5.30 pagi. Takmau aa aku membazirkan masa tido aku untuk bangun awal2. So, aku naik second trip je pukul 6.40 pagi. Tu pun malas2 lagi. Dah la bas penuh nak mati.

Aku malas nak citer karakter kawan2 aku dalam kelas. Semua degil2 dan nakal extreme. Yang baik2 semua student2 yang special. Dorang cacat penglihatan. Tapi budak2 kelas lain tak campur sangat ngan dorang ni. Aku pun tak pasti kenapa. Tapi once dah kenal dorang, percaya laa...Dorang la kawan2 paling fun yang pernah ko ade.

Dalam banyak2 cikgu yang ngajar kitorang plak, aku tak bleh lupa skali cikgu English. Miss Mah. Tatau la dia ni kena apa. Tapi setiap kali dia cakap, mesti kami akan rasa mengantuk. Even English tu adalah selepas kelas PJK. Selalu orang cakap lepas PJK mesti semangat nak blaja kan? Tapi kitorang tetap ngantuk.

Penah la skali dalam kelas tu... Dia tengah bebel2 pasal ape tah, pastu sambil2 tulis2 something kat black board tu. Aku masih boleh bertahan lagi. Tengah dok men cucuk2 pinggang dengan Husna. Sebab dier ske melatah. Pastu kitorang perasan kelas senyap-sunyi gila. Aku toleh kiri, tengok Esther tengah baek punye tido. Shaliza pun. Tengok blakang, Nisha ngan Hajar pun dah tersengguk2. Pastu dongak sikit tengok seisi kelas, masing2 tengah tido. Kepala dah lentok atas meja. Kami pun join the club la...

Tiba2 makcik tu pusing tengok blakang dan terus....

"Hey class!! Wake up! Wake up! Oo... U all sleep in my class haa!!! Wake up! Wake up!"

Sambil ketuk2 meja. Macam nak pecah jugak la meja tu. Haha.

"I want all of u keep ur chin 5 inches from the table NOW!!!"

Gelabah satu kelas cari pembaris ukur dagu jauh 5 inci dari meja. Dia mampu geleng2 kepala je la. Tak sangka plak dak2 kelas aku semua lurus bendul pegi kelam-kabut cari pembaris nak ukur dagu 5 inci dari meja. Sudahnya, masing2 tongkat dagu dengan pembaris je. Tapi mata still lelap2... Gila aa... Sejak haritu setiap kali dia masuk kelas, kami semua dah ready dengan pembaris pendek tongkat dagu.

Lain2 plak... Boleh kata hampir semua jugak la cikgu2 tak berkenan dengan kelas kami. Sejarah pun kami jugak worst. Hari2 kene maki dengan Miss Pillay.

"U stupid, donkey, monkey...Bla...Bla..Bla..."

Tu dah jadi ruji kami telan bulat2. Buat2 ok pun kene marah. Buat bodo lagi kena marah. Sampai ada sekali kecoh2 dia masuk hospital pasal sakit jantung kot, kata budak2 kelas lain la...Pun salahkan kitorang sampai dia jadi macam tu.

Waktu sains plak masing2 advance gila. Tau2 je la masa form 3 dulu first chapter hapa benda kan? Punya la expert budak2 kelas aku... Sampai cikgu sains tu pun segan2 nak ajar kitorang. Dah la dia pun first time ajar skolah semua pompuan. Lepas tu dapat student jenis macam kami plak. Tapi dalam ramai2 tu aku sorang je selalu dapat markah paling rendah dalam topic tu. Memang bengap sikit masa tu. Tapi sekarang dah expert. Wahahahhh...

Cikgu geografi, Mdm. Helen je sayang kami sebab kami suka bodek2 dia. Dia la cikgu paling terer bergaya dalam skolah. Hari2 kami usya baju kebaya dia, mekap dia, blouse dia, skirt dia, semua2 la. Branded2 plak tu beb! Dia pun baik gila ngan kami semua. Baik sampai ada sekali dia kena organize lawatan student2 dari Australia melawat skolah. Dia bawak dorang tu semua beramah mesra dengan kami. Kelas lain bengang je ngan kami. Mwahaha~~!!!

Apa yang aku ingat cikgu2 skolah tu takde la target sangat kelas kami cemerlang PMR masa tu. Mana taknya, asal cikgu tak datang je, semua buat2 bising. Bukan bising apa pun. Cikgu2 kene hayati cara kami blajar. Kami bising pun sebab main game ala2 Pop Kuiz dulu tu. Jumie la selalu nanti baca soklan dalam kelas. Pastu masing2 berebut2 la nak jawap. Berkesan apa cara kami study? Cuma annoying je la sebab bising.

As the result, kelas kitorang antara yang terbaek la jugak PMR dat year. Almost half class dapat 8A. Including me. Haha. Pass with flying colors [honor]. =)

Semua tu memories beb!!

Rindu korang, beb!! Seriously. Nasib baik ada fesbuk.


P/S: Aku juga sangat sihat pada masa ini. Yang kene bulat kaler merah tu adalah aku. =)

Monday, December 21, 2009

Salah Faham

Kenapa sekarang ni bertunang pun persiapan gampang hebat macam nak sanding?

Congrats kepada kawan2 aku yang dah confirm ade life partner sehidup-semati ngan korang. Semoga bahagia sampai akhir zaman. Aku tamau wish sampai anak-cucu. Nanti dah dapat cucu ada plak berubah hati kan?

Cuma aku confuse la. Tolong sapa2 terangkan kat aku yang super-duper blur pasal protokol dan majlis2 nak menyatukan 2 hati tu. Sumpah aku confuse. Dah la berapa orang kawan2 aku nyaris kene marah sebab tak jemput aku pegi "kenduri kawen" dorang. Last2 dorang bagitau aku yang tu cuma majlis bertunang je. Apakah?

Zaman abang aku dulu simple gila je. Family2 yang terdiri dari golongan warga2 tua je pegi umah akak ipar aku pegi meminang. Kitorang kanak2 ni lepak umah makcik aku je. Pastu abang aku plak kene jaga kitorang. Fun gila kuar jalan2 sebab abang aku pun bosan kat umah. Maka kami yang kanak2 ni semua dia angkut pegi KFC kat Ipoh...

Aku tamau pikir cemana rupa-bentuk majlis aku nanti. Sapa nak tolong handle nanti? Simple2 cukup. Kalo kawen plak, kalo bleh... Sanding pun tamau. Huhuk!

Jalan2 Cari Pasal

Harini sangat free dan rasa malas pula nak duduk dalam umah. Lagipun akak ipar aku tak keje. Aku nak kuar menghirup udara luar yang tercemar sambil bayar bil air yang abang aku suruh semalam. Aku sempat bayar bil elektrik online je. Pejabat Bekalan Air Penang macam takde dalam list open bill Bank Islam. Sapa punya keja ni?

Pegi bayar bil pulak tu kat pejabat pos paling rare dalam Malaysia. Mana ada pejabat pos ala2 rumah selain pejabat pos tu? Siap sebelah kanan kaunter ada buaian mudah-alih dan ada sorang baby comel tengah tido kat dalam. Tak jauh dari situ ada barang2 baby tu semua. Belah2 belakang tak payah cerita la. Siap dengan toto dengan bantal semua siap. Belah kiri kaunter plak ada tv siap dengan astro. Rare kan? Pastu ada sorang pakcik pulak main2 potong line. Apa, ingat aku saja suka2 nak beratur situ ke? Diam sudah. Konon hormat orang tua. Makcik depan aku pun tak bising kat dia.

Abeh satu bab bayar2 bil. Malas nak balik umah, terus kuar jalan2 dengan Jonny.

Satu daerah barat daya jugak la aku tawaf. Ending lalu kat tepi2 pantai dekat2 Queensbay Mall tu. Waktu dah tengah hari rembang. Sambil2 tu jeling2 jugak kat kapel yang tengah dating tepi pantai tu. Tengah2 hari beserta panas terik pun nak jugak dating tepi pantai tu. Konon romantik la? Tunggu petang2 la baru best. Boleh jugak tangkap gambar matahari terbenam.

Pastu ada jugak tengah2 tangkap gambar peluk2 pokok. Agak2 nanti korang bukak Myspace, pastu nampak budak pompuan buat2 kiut dan peace tepi pokok kelapa kecik2 ala2 tepi laut dengan memakai baju pink tu, cepat2 la add dia. Kesian jugak la tengok pose comel2 tu tengah2 panas. Rugi korang tak add.

Last sekali...

Masa sibuk2 nak balik, aku saing dengan sorang brader ni. Muka boleh tahan la. Awek pun cun stok bukan calang2. Pakai tudung. Baju belang fit. Sluar jeans low cut. Slim. Aku saje selit2 cari jalan je nak rapat ngan moto dorang ni. Bukan pe. Nak jugak aku usya brand hape spender awek dier tu. Cantek sangat ke? Kaler krim plak tu. Londeh gampang.

Dah dekat. Takde brand pun. Mesti beli 4 helai 10 hengget. Kat Jusco selalu jual2 macam tu. Alaa... Spender aku lagi mahal la woi. Siap ade gambar kartun2. Tapi saja aku tamau tayang kat orang.

Aku pecut depan sikit depan dorang. Siap hon lagi. Pastu aku buat2 betulkan sweater aku yang dah sedia labuh kat belakang. Tapi awek tu jeling balik macam marah. Aku nak buat cemane?

Takkan nak jerit,

"Woi, aku nampak spender murah ko kaler krim!!"

Kuat2. Lagi malu kan?

Aku rasa time tu jugak aku nak pegi beli jaket keselamatan yang kaler kuning terang tu dan bagi hadiah kat awek brader tu.

Random #11

Katalahkan ko sebelum ni normal. Tiba2 esok pagi lepas ko bangun tido ko dapati ko dah kidal. Perkara pertama terlintas kat kepala aku adalah...

Wajar tak ko swap function right-click atau left-click sebuah tetikus?

Sebab tiba2 ada rasa kekok dan confuse mana kiri, mana kanan.

Apahal?

Aku confuse ni.
Aku rasa takde la sampai tahap hari2 aku pegi beli burger.

Baru 3x aku beli kat stall yang sama dalam tempoh 4 bulan aku kat Penang ni.
Kalo ada lain2 pun aku biasa suh Mirul je belikan kat aku.
Malas nak kuar.

Tapi tadi dari jauh lagi aku brader tu dah sound aku...

"Haa... Yang kat atas moto tu burger daging special satu kan?"

Pherhh... Sungguh tak penyabar. Gile bai semua pandang tengok aku. Macam la aku regular customer. Drop my water face sungguh laa... Aku tak kisah kalo dier nak ingat customer kalo hari2 atau at least selalu la pegi stall dier beli burger. Sama macam aku keje kat kedai makan dulu. Sebab regular customer tu hari2 datang beli. Tapi tak gemuk2 pulak dia makan nasik ayam hari2. Haihh...

Ada 2 kemungkinan je.

  1. Dier still ingat aku adalah manusia yang memang takkan bagi no tepon kat dia. Ko takde hal nak call/SMS aku, ape jadah aku nak bagi no fon, ye tak? Lain la ko buat delivery. Senang2 hati aku call mintak burger delivery ke umah.

  2. Adakah aku pakai baju yang warne sama setiap kali rasa nak pegi beli burger?


P/S: Sesape yang baru kenal aku tu, jangan la anda berharap nak dapat no fon aku lepas tanya nama. Yang mana2 aku kenal online ni pun semua amik masa setahun untuk jadik kawan aku baru aku passing no fon. Itu pun sebab ada hal. Kalo takde hal, better contact aku kat YM sudah. Jangan nak mengada2.

Sunday, December 20, 2009

Selongkar Album #2

Terer jugak aku cat-walk rupanya.

Saturday, December 19, 2009

Huh?

Balik dari lepak2 dalam keta dan buang masa sikit tepi pantai belakang kilang. Sambil berangan nak berenang sampai ke Pulau Jerejak sebab naik bot pegi sana adalah mahal. Siap kira masa dengan kekuatan ombak lagi, ok?

Lelaki 1: Eh, sape antar kamu? Naik Vios plak tu... Taknak ajak masuk ke dia?

Pompuan 1: Nampak gayenye adik kamu ni tak lama le, ye dok? [paling pekat loghat Peraknye]

Pompuan 2: Elok le... Kamu pun setahun aje lagi ngaji kan?

Aku blur.

Lelaki 1: Kalo nak mintak tolong apape ke nanti kami bley tolong aje. Cakap je bilenye ye...

Aku bertambah2 la blur. Siap ternganga sekejap. Apahal dorang ni?

Pompuan 2: Sape orang tadi? [Hah! Baru ingat nak tanye?]

Aku: Kawan.

Lelaki 2: Mana la nak ngaku kan?

Aku diam. Rasa2 dah dapat tau dah punca sebenarnye ni.

Angah: Tu kawan skolah dia dulu tu. Rajin keluar ngan dia.

Pompuan 1: Haa... Baguih la lama dah kenal dari sekolah lagi, kan?

Aku: Memang kenal pun. Sangat2 kenal. Dari tadika sampai form 3 satu skolah. Pegi rehat pun sama2.[Saja aku tekan kat form 3 tu lebih sikit]

Tiba2 suasana senyap sunyi. Agaknye dorang dah sedar kot yang form 1 sampai form 3 aku skolah kat skolah SEMUA POMPUAN. Masing2 menunjukkan riak muka yang agak kecewa.

Apa jadahnye aku nak kawen sesama jenis woi?

Early Morning Today...

It REALLY feel like the old times.
I appreciate what I saw and it reminds me of "them".

Eventho the feeling was not exactly the same, but still there, because they're not whom I expected and I am now grown up.

Pagi2 dah merepek. Layankan je. =)

Friday, December 18, 2009

Putus Nyambung

Bleh tak aku dah gile sing-a-long chorus lagu ni skang?
Sangat fun ok?

BBB – Putus Nyambung

Ini mimpi anak remaja
Seindahnya mimpi para dewa
Tak pernah berhenti ceritanya
Yang biasa jadi tak biasa

* Memangnya dunia ini punyamu

Apa memang hanya ada kamu
Banyak yang bisa menggantikan
Putus satu tumbuh seribu

reff:

Putus nyambung putus nyambung putus nyambung
Sekarang putus besoknya menyesal
Kalau loe laku hari ini putus
Ya putus aja

Putus nyambung putus nyambung putus nyambung
Kalau dekat benci kalau jauh kangen
Lihat saja nanti apa yang terjadi
Putus ataukah nyambung

Aku tau kamu masih suka
Aku dan kamu memang gengsian
Sampai kapan harus begini
Putus nyambung putus nyambung terus

repeat reff

repeat *

repeat reff [2x]

Putus nyambung putus nyambung putus nyambung putus nyambung
Putus nyambung putus nyambung putus nyambung putus nyambung
Gitu dong…
Ngarep loe..

Lirik lagu BBB – Putus Nyambung ini dipersembahkan oleh LirikLaguIndonesia.Net.


Rambut Aku Dah Panjang Gile2


Tu je aku nak citer. Saja letak gamba muke macam emo. Sebab cari disc kosong keliling bilik tapi tak jumpa2. Bengong betul. Entah sape dah makan disc tu time2 lapar tengah2 malam.

Ni FIRST TIME aku membela rambut secara berleluasa. Rekod tak gunting2 sejak 3 tahun lepas. Kalau arwah ada ni, mesti dia kagum ngan aku. Marah betul dia masa aku potong rambut ala2 abang2 askar 3 tahun lepas. Nasib baik tak kena pukul.

Sapa nak ngorat aku? Tawaran dibuka sekarang.

Thursday, December 17, 2009

Malaysia Menang~~ Yeayy~~!!

Yeayy~~ Lepas 20 tahun menanti, last2 menang jugak. Tahniah kepada diri sendiri juga sebab takyah susah-payah tukar kewarganegaraan. Wahaha... Sebab aku cuma sokong pasukan yang menang je. Nasib baik la Malaysia yang menang.

Malaysia Boleh!!

P/S: Aku tak tengok pun...Aku dengar je kat frenzy.fm. Confirm malam ni mesti dah kuar berita kat Sokernet.

Tajuk Apa Ni?

Uhh... Messy gila... Gambar terakhir pc antik kaler putih milik abang aku sebelum berpindah milik ke kawan dier.Nama je milik abang aku...Tapi yang tukang gunanya adalah aku. Antik dowh pc nih. Banyak berjasa kat aku since aku form 1. Bayangkan la berapa tahun punya pakai. PC ni jugak la selalu kene pukul ngan aku bila hang atau tamau on. Uhh... Sedih gila la nak berpisah dengan beliau...

Sekarang beliau masih lagi dalam proses format2. Dan install OS baru, application free2... Hmm...Semoga dier berbahagia dengan tuan baru lepas ni. Harap2 juga tuan baru tu tak berapa kejam macam aku. Harap2 tuan baru tu jugak takkan simpan "benda bukan2" kat dalam tu. Ehem. *Tiba2 sakit tekak*

P/S: CD sepah2 tu semua ori ok? CD hardware laptop tu pun ada... Laptop lama2 aku yang hilang ada, kamera baru, kamera hilang, semua2 la ada... Aku mengalami masalah nak cari CD2 asal untuk pc ni.