Monday, March 29, 2010

Mangsa Letupan

Cerita last week... Konon2 last week sangat busy sampai lupa nak letak citer baru...


Ini adalah mangsa letupan yang ke-97 sejak aku berkecimpung dalam bidang letup2 ni... Heh! Tipu je. Haritu aku gigih nak tarik kabel masuk dalam bilik sebab tiba2 dapat ilham buat esemen. Pastu main tukar2 la kabel dengan power source sebab ku sangke kan adalah sama output voltage nya. Sebab hujung2 tu sama. Lagipun plug tu baek punya tersorok bawah kabinet. Kata nak cepat, kan... Mana la sempat nak belek2 plug mana- plug mana bawah kabinet tuu...

Yang kiri tu modem punya plug. Kanan tu switch tu punya plug.

Sekali, hambik kau! Pom! Meletup kat dalam. Siap kuar bau tak senonoh lagi. Kelam-kabut la SMS Kak Syima gitau mende ni meletup. Speeding pegi kedai PC tanya yang baru. Sekali Kak Syima suh tukar pakai wireless je terus.

Huhuhh... Akhirnye ada jugak la alasan kitorang nak pakai wireless dalam umah. So, sape2 yang duduk area2 Taman Desiran ni agak2 nak guna wireless dengan cemerlang tanpe gangguan, jangan la ragu2 ketuk pintu umah aku mintak pasword. Satu huruf pasword aku caj RM10 je.


Kalo ramai sangat mintak, tiap2 minggu aku tukar pasword. Amacam?

Sunday, March 28, 2010

What's your favorite season of the year?

durian season

Ask me anything


Huhuhhh... Aku pun da ngade2 letak menatang formspring tu kan.. Sile la tanye soklan kalo suka...

Mak Baru.

Dorang skang da ade mak baru yang super-besar dan lebih selesa. Sejak bila tah budak busuk ni pegi tukar gender aku pun tak pasti.
Banyak nak update. Tapi masih malas. Tengah pening2 dengan segala macam masalah study. Sebab tu la selalu sebulan-dua sebelum final exam, kalo tengah2 couple, boleh clash tiba2.

Lantak la. Bukan effect hidup pun. Lain la kalo couple tu bleh buat aku dapat dean list tiap2 semester. Mungkin frust gila la kalo clash. Tapi makin ceria kalo clash, apahal?

Adeh... Tolong la maybe next week ada test/kuiz lain2. Aku nak first week stadi balikkk~~!!! Huuu~~~ Sapa ada mesin masa tolong bagi pinjam...

Tapi pada masa yang sama aku rasa macam cepat la masa berlalu... Cepat la... Cepat la... Sebab hujung tahun ni aku abeh study. Awal January 2011 aku dah tak perlu susah2 tayang muka dekat Dewan Utama Unisel sambil terhegeh2 nak amik nombor bayar yuran pendaftaran.

Susah betul bila rasa cuak2 macam ni.

Monday, March 22, 2010

...

Cantik jugak Kuala Selangor ni kan???

Gambar ni adalah hari Khamis lepas. Saja aku baru letak sini time2 ni sebab nak memupuk semangat untuk pegi kelas malam skang. Cantik kan??

Sayang ahh nak blah dari sini... Hujung tahun ni je last sini... Huhuhh...

Sunday, March 21, 2010

Mood Kucar-Kacir

Buat apa pun serba tak kena. Jangan marah eh, kalo nampak aku update sini, tapi tak jalan2 kat blog korang atau reply komen2... Tengah mengalami tekanan perasaan yang semi-terlampau nih. Harap2 boleh overcome mende ni sebelum hari Khamis.

Aduhh... Mental betul.

Saturday, March 20, 2010

Random #32

Tukar dinding lagi. Kaler purple plak. Rasa macam best sikit.

Tapi anda tetap berada di blog yang sama. (^_^)

Random #31

Rasa menyampah sebab takleh menghayati pembacaan apape pun dengan tenang macam orang lain. Kenapa laa aku boleh baca dengan begitu laju? Tak feel langsung lahh~~!!!

Orang baru first page, aku dah pun page ke-5... Apahal?

Friday, March 19, 2010

Keje Gile #2

Sebenarnye aku nak tunjuk Jonny punya meter tu da cecah 8888.8 km (tapi dalam gambar 8889.2 km). Sangat ong itu number. Tapi disebabkan masa display tu adalah betul2 dekat selekoh tajam,aku pun tengah laju dan memang kucar-kacir jugak nak handle moto sebelah tangan sebab lori besar yang dari arah bertentangan plak boleh main potong2 kereta kancil depan dia.

Takpe la cacat sikit. Tapi tetap nampak banyak nombor 8 kat situ. Hahahh...

Tralalalala~~

Sewel sikit semenjak-dua menjak ni.

Terkezut dengan kisah kawan2... Terkezut2 je lah. Lagi 140 kali dapat kejutan macam tu, insyaAllah aku pindah umah ke 6 kaki dalam tanah. Tolong jangan buat kejutan2 yang dahsyat2 boleh tak?

Sekarang 8th week dah ke?

Abeh laa...

Kenapa cepat sangat masa berlalu????




Mula2 rasa nak grad cepat2. Tapi bila dah jadi macam ni... Ohh tolongla kembalikan very2 first week semula...

Haihh~~

Wednesday, March 17, 2010

Never Again

Mari layan lagu jiwang dari group heavy metal Jepun feveret abang aku. Aku suka lagu ni. Siyes. Sangat-sangat-sangat suka. Saja2 layan. Takde unsur2 kekecewaan di sini. xP



Lost in a dream
In a dream of you
All that’s left is a tear
That I cried for you

When you held me in your arms
You made me feel just like a child
Safe from all harm

Once in love, now it’s gone
And I stand alone
There’s a place in my heart
You still have a home

And I’m holding onto dreams
And the memories of you
Haunting my soul

Never again will I wake and see you smile
Never again will I hold you
Never again, no more planning for tomorrow
Never again tells a story

It seems so, so long ago
When you held me near
I can’t take all the pain
It’s so hard to bear

Still I’m holding onto dreams
And the memories of you
Haunting my soul

Never again will I wake and see you smile
Never again will I hold you
Never again, no more planning for tomorrow
Never again tells the story

Never again
Never again
Never again
Never again

Apehallll???

Bukan aku tamau bertolak pegi kelas awal2... Tapi asal aku bertolak lewat 10 minit atau kadang2 bawak ke masa2 berlebihan pun aku tetap sampai awal ke kelas. Padahal aku stay dekat Kuala Selangor dowhh... Budak2 duduk hostel, duduk kampung belakang pun boleh sampai lambat dari aku. Macam la dorang tu semua stay dekat Sekinchan.

Palat betul rasa. Sampai on time kelas, lecturer pun kadang2 dah masuk. Tapi yang tinggal dekat2 boleh sampai last2. Lepas tu lecturer mula la tak percaya aku tinggal jejauh.

Lagi satu. Kenapa la orang susah sangat nak percaya aku ulang-alik pegi kelas dari Kuala Selangor tu? Macam la jauh sangat. Lain la kalau aku cakap aku ulang-alik dari Penang ke Unisel tiap2 hari.

Kenape? Sebab aku perempuan ke? Tak nak sangat percaya aku jenis boleh ulang-alik duduk jejauh?

Korang tatau betapa fun nya duduk jejauh nih... Hari2 kot aku bleh skodeng budak2 Unisel... Staff2 Unisel dengan scandal masing2 yang dorang tamau ramai2 orang tau hal2 dorang. Haha... Sapa nak dating dekat tempat orang ramai kenal dorang, btol tak?

Tapi jangan risau. Aku jenis simpan rahsia. Kau cuba buat hal... Abes laa...

Tuesday, March 16, 2010

Kaler Kulit 2-in-1


Tengok gambar ni baru aku percaya betapa berbezanya warna kulit aku yang original dan sekarang. Kalo tak, sampai bila2 pun masih tak sedar diri ingat diri sendiri memang semulajadi berkulit gelap. Tambah plak dengan kegiatan pegi-balik kelas naik moto sekarang.

Ada apape produk boleh memutihkan tangan yang BERKESAN tak? Nak bagi kaler sama dengan lengan balik. Tskkk~~!!

Oh, ini juga jawapan kepada "Mr. Parves" kenapa saya tak datang kelas anda. Kalau dia ada baca blog ni la lepas kuar entry ini. Kami semua pegi Old Town White Coffee Bukit Raja. Makan menu baru dorang yang kuar iklan macam dalam tv tu.

Kata dalam iklannye "Take your time and must enjoy slow-slow..."

Terpaksa la ikut. Betul tak?

Cerita lanjut pasal ini boleh didapati di Blog Mak Tiri Angkat Saye.

Busy Sikit Sejak Jadik Parent Ni

Senang hati tengok dorang dah tido kekenyangan. Kenyang ah kot. Banyak jugak susu dorang minum. =D. Esok bawak pegi veterinar. Hehehhh...

Misteri Di Sebalik Shoutbox

Misteri betul semenjak-dua menjak ni bersepah plak menyamar jadik lecturer aku dalam shout box tu. Aku rasa aku bleh agak kot sape....

Jeng jeng jenggg....

Ni yang terbaru.


Macam lahanat punya perangai. Sejak bila pulak Mr. Parves dengan Mr. Ong fluent gile berbahasa Melayu siap boleh tulis shortform-shortform nih?

Misteri gila...

Monday, March 15, 2010

Budak yang tumbuk aku tu da kawen. Haha. Congrats!! Takley pegi kan. Sempat belek2 gambar je. Tu pun yang photographer dorang tag dekat gambar fesbuk. Sihat dan hepi betul beliau sekarang. Semoge berbahagia ke akhir hayat ah kan... Tiba2 aku terfikir, agak2 la kan, sekarang kalo dia tumbuk aku macam dulu, sumpah setahun aku koma kan?

Minggu ni aku tak balik [pheh, cerita macam la tiap2 minggu aku balik kampung kan?]. Dah la tak balik, macam2 aktiviti pulak tu buat sepanjang weekend. Nak cerita pun letih. Esok2 aku update lain pasal hujung minggu aku yang pack tu.

Harap2 lepas ni korang tak bosan bukak blog aku sebab lepas ni aku akan eksaited kot nak bercerita pasal Cyril dengan Flora. Hah? Sape tu? Tungguuuuuuu~~

Pfftt!! Sape2 add aku kat fesbuk mesti da tau kan? Kantoiii...

Saturday, March 13, 2010

Hahahahahahahahaa~~~~

Ekceli aku nak update pasal lain. Tapi tiba2 aku ternampak benda ni dekat shoutbox.

Sapa punya keja ah? Baik ngaku.


Sumpah gelak guling2. Err.. Marilah join aku gelak tanpa segan-silu. Hahahahaha...

P/S: Aku confident gila bahawa ini adalah keje kanak2 yang OVERRATED dengan Puspakom yang tengah amik DCS. Budak2 DCS je tengah obses dengan z-transform ni. Hah! Sapa? Sapa?

Geram

Bengang btol la aku. Dah seminggu hantar laptop, dah la bile mase datang balik ke kedai tu pun takde call aku. Tapi kalo call tak dapat tu nasib la. Aku memang suka-suki off/flight mode enset skang. Malas nak layan.

Alih2 harini pegi amik balik, bluetooth indicator tak nyala, tiap kali switch on wifi switch, takde plak dier letak bluetooth logo on dekat laptop macam selalu2. Nak kata rosak, sebelum antar kedai, elok je bleh guna.


Pastu bila ignore buat2 tatau konon2 terus nak send file/receive file, terus kuar dialog box nih,


Esok2 nak pegi Shah Alam. Nak antar dekat kedai lain plak. Aku nak technician tu bukak depan mata aku dan cuba plug-in balik bluetooth adapter tu. Itu je. Bukan susah pun. Huuu...

Ni ah kalo tak salah aku rupe bluetooth adapter dalam laptop aku. Credit to Google.

Bluetooth penting woh bagi aku skang. Sama penting macam bluetooth dekat henset. Adeihh...

Dorang suh aku antar lagi. Gila? Ingat aku takde keje lain ke? Lain la kalo dorang bleh bukak depan mata aku, fix waktu tu jugak, aku tak kisah la. Ni dorang pun pakai sub-con kedai lain. Kedai tu bleh handle software je kot.

Kawan2 pun kawan2 la. Ada ke dorang nak pegi tolong bagi pointer aku naik kalo keje aku tak siap sebab laptop problem ni?

Bukan aku tamau pinjam laptop Kak Syima. Tapi aku dah terbiasa install bukan2 untuk projek la entah apape lagi dalam laptop aku sendiri nih. Nanti jahanam pun, barang sendiri, btol tak? Lagipun takkan 24 jam aku nak guna laptop dia plak. Dah tentu dier pun nak gune gak. Laptop aku ni suka-hati aku la nak bukak application kadang2 sampai 72 jam direct sebab buat assignment punya pasal. Bukan tak pernah buat camtu.

Kalo ada bising suh beli external adaptor je, bak sini duit. Benda dah siap sedia kat dalam secara pakej, lagi mengada2 nak suruh2 tambah. Nak kene pukul ngan aku?

Friday, March 12, 2010

Projek Oh Projek

Confuse betul nak beli barang (konon2).

Lecturer syorkan beli dekat Cytron.

Baru2 ni tiba2 Farnell Newark datang buat demo siap hulur2 katalog barang2 lagi kat kitorang. Tapi harga dekat Farnell tu bapak ah 2x ganda Cytron. Sangat cekik darah sebab dia cerita kalau beli barang ngan dorang dapat free consultation. Tambahan plak barang2 dia takde simpan dalam Malaysia.

Ok2. Sekarang ada sapa2 nak convince aku supaya beli PIC Starter kit dengan beberapa bende lagi secara online tak? Aku takut barang2 tu sampai kat umah dalam keadaan yang meragukan. Dah la kene start buat projek nih. Dah nak masuk minggu ke-8 study dah skang. Tapi projek satu haram pun tak start lagi. Report jangan tanya la. Hari2 sibuk merepek dekat blog dengan fesbuk, celah mana nak start kan?

Nak pegi Jalan Pasar tu... Kena buat rombongan ramai2 pulak. Pegi sorang2 jap lagi ada yang hangus RM1000 sebab rambang mata beli barang bukan2 kang. Dah la duit pun limited nih. First time seumur hidup dalam semester ni 100% bergantung hidup dengan loan sampai final exam bulan Mei nanti. Mujur la Unisel tak buat hal tinggal RM300 je untuk aku survive sampai akhir semester macam awal2 buat degree dulu. Kalo tak, merana jugak. Mana nak cari keje part-time yang flexible dengan kelas aku yang memanjang merepek dia punya timing?

Balik haritu my beloved bro hulur2 RM50 jek. Aduh, sedih...
Oh, ye! Aku nak tempek gambar2 family trip pegi Singapore tahun lepas. Tapi laptop belum sembuh2 juga lagi. Tunggu je la ok?