Monday, July 29, 2013

Pemandu Biadap

Sape jumpe atau pemandu bodoh tu sendiri terbaca blog ni, sila contact aku dengan kadar segera. Nak buat perhitungan sebab keta aku calar kerana kebodohan dan kedegilan dia. 

Pemandu bodo je menyelit dari tepi, tak bagi signal, main himpit2. Macam la dia sorang je yang puasa kat dalam Penang ni...

Ni la rupe si bodoh terbabit. Keta jenis wira kaler gelap, staff USM kot, mungkin, coz aku nampak sticker USM kat keta tu, no plet keta DBH 6981. 

Sorry, so far aku tak penah label orang bodoh, tapi pompuan ni bodoh tahap maximum. Dah la buat keje bangang himpit keta sebab nak potong line, signal tak bagi. So, aku pun hon mcm orang gila. Ada aku kesah dia malu? 

Ni kesan calar kat keta aku sebab kebodohan dia... 
Mesti malu gila sapa yang penah ajar pompuan ni memandu. Skolah memandu mana tah ajar dia boleh menyelit untuk potong line. Orang lain beratur kemain panjang lagi. Macam la dia sorang je nak cepat. Dia ni kira nasib baik la sebab aku tengah charging phone masa tu. Kalo tak, masuk keek pasal pemandu biadap dah dia ni.

Sunday, July 28, 2013

Edit gamba lagi


Haha. Paling latest. Actually banyak gamba yang da edit. Maklum la. Mana dapat nak bergambar bersama2. Edit pon jadi lerr...

Perit jugak kekadang long distance relationship bila aku free, dia bz, dia free, aku lak bz... Haish... Kalaula Newcastle Upon Tyne tu dekat macam Singapore, dah tentu tetiba aku hilang ke sana. Atau dia ke sini. Ini... 19 hours flight... Cost??!!! 

Bleh bikin aku gile. Hihi. Aku bukan la kaya sangat pun. Marilah kita teruskan perjuangan kumpul duit sampai hujung tahun ni. InsyaAllah ade rezeki, sape yg follow instagram aku, leh la layan gamba kalo2 aku dapat jumpe dier. Hehe ;-P

Hari yang Bosan

Actually banyak nak share kat sini... Lebih2 lagi pasal trip2 yang aku dah pegi. Hehe. Trip bajet orang cakap. Tapi cam malas plak. Haha. Aku gile gak berjalan2 ni. Cuma tahun ni, dari bulan ni sampai bulan December nanti aku senyap sket kot tak pegi memana. Haha. Bajet lari sikit weh :'(

Penat lak harini. Semalam sampai pukul 3 pagi kemas baju kekonon nak bagi kat orang, nak minimize baju2 dlm almari... Tapi satu plastik besar kuar pun macam tak surut pun baju kat dalam almari tu. dah la ada 6 pasang kain blom jadi baju ni ha. Adeihh... 

Harini masih lagi tinggal aku ngan Meow tu. So memang bosan la. Dia pun bosan. Tengok tv je harini. Haish bosan... Bosan...

Nak kuar, redup lak kat luar macam nak hujan. Da la ade moto je. Haish... Incik Jep lak maybe tengah tido lagi. Baru pepagi sangat kot kat sana. Semalam gig dia sampai pukul brape... Haishhh...

Gila la bosan harini.

Sunday, July 21, 2013

Kanak-kanak ditinggalkan

Lately, aku rasa dah 4 hari berturut aku dengar berita pasal kanak2 umo 6 tahun kebawah ditinggalkan bersendirian oleh parents dorang. 2 dalam keta, 2 kat rumah. Malangnya yang dalam keta ni sorang meninggal. Al-fatihah.

Yang kena tinggal kat rumah pulak, 2-2 kepala tersangkut kat jeriji besi tingkap, bermeter2 dari aras tanah. Punca dia sebab dorang bosan dalam rumah, pastu nak keluar. Itu pun mujur jiran terdengar dorang menangis sebab kepala tersangkut. Bayangkan kalau terlepas. Bayangkan apa yang orang ramai akan jumpa atas tanah nanti? Mayat dengan kepala bersepai.

Kite takyah la nak menuding jari siapa salah, kenapa jadi camni semua... Persoalannya, rapat ke tidak kita dengan jiran tetangga kita? Kenapa awal2 tak mintak tolong je tengokkan kalo emergency sangat... Apa la sangat hulur sikit2 sebab nama pun kecemasan kan, tak dapat hantar ke rumah pengasuh ke, sementara nak cari pengasuh ke... Hurmm...

Kalo alasannya tanak percayakan jiran, takut2 jiran adalah pedofile, pembunuh kanak2, etc, maka... Selamat lagi ke Malaysia ni? Mana nilainya hidup seorang kanak2... 

La Tahzan

Aku post bende ni kat fb. Share dari org lain. Tah berapa layer dah share pun tatau ler...

....
Pastu ade lak kan like, dan komen. 


PHD - perasaan hasad dengki kot bukan pizza hut delivery (sorry kalo sesape terbaca post ni tengah2 hari buta)

Pastu aku terfikir... Eh, bukan yang komen tu pun penah tanye bende yg lebih kurang ke? Hurmmm... Hihi!

P/s: Aku dah pandai edit nak hide nama orang dan muka orang. Tak semua orang suka kena expose dalam blog, ye tak...

Saturday, July 20, 2013

Dia dan dinosaur

Hadiah yg aku pos dah selamat sampai kepade incik buah hati. Maka tadi facetime aku cuma mampu bercakap dengan dinosaur berbentuk pen yang dihadiahkan kepada beliau. =.="


Huhu... Ingatkan dia tak suka hadiah tu. Maklum la haritu iye2 je cakap tak suka sangat dapat hadiah besday, tapi orang yang suka bagi, nak plak hadiah pen kepala dinosaur kan macam bebudak sket. Huh, takleh blah statement. Tapi jauh kot pen tu datang. Dari Universal Studio Singapore. Penat tau pikir nak beli apa untuk dia haritu. 

So harini, dalam 10 minit pertama, aku tengok drama haiwan2. Rupanya dia ada banyak collection bende2 merepek camtu okey!! Kira tak silap pilihan jugak la aku bagi pen camtu... Hehe...

Ada harimau, monyet, princess, finding nemo, dan dinosaur yang aku bagi. Boleh imagine tak drama apa yang aku tengok sebenarnya? Haha. Tu memang misteri, sebab aku pun layan je tatau hujung pangkal. Tapi ending tu, dinosaur kissing ngan harimau. Memang aku tak paham =.="

Actually saje call. Sebab dari akhir bulan Jun haritu asik dier je call aku. Dah la call time aku baru pas mandi tengah siap2 nak pegi keje. Aku cakap jangan call lagi sbb aku baru nak cari baju, laju je dia call. Eleh, macam la dapat tengok aku berkemban. Bahahaha. Senget betol.

Dier menang another singing competition. Tu ape yg dia msg tengahari tadi la.


Msg aku dulu sebelum post kat fb. Post la kat fb, bila boring baru aku stalk wall dia. Memang nampak la selalu kalo kat fb dia, mcm aku la manusia paling lambat dapat info. Padahal apape, share ngan aku dulu. Hehe. Pastu kalo post apape, kalo dia perasan aku lom bukak fb ke hape, laju je antar reminder kat aku. Padahal aku rajin je bukak fb. Tengok timeline je la. Timeline aku kan agak fun. Ni semua pengaruh sukan star ngan persatuan salah cakap la nih. Tak pun slalu pegi merepek komen/like kat post kengkawan... Tapi malas ah nak layan fb sangat. Wat sakit jiwa je.

Best kan ade bakat nyanyi ni... Senang2 je menang... £500 lak tu. Kalo convert ke RM dah jadi +/-RM2500. Pastu next months sampai ke taon depan dia start busy. Aku pon terpaksa la pura2 busy jugak walaupon sebenarnya aku lebih busy main candy crush. Ye lah sampai kene sound dengan kengkawan. Whatsapp aku, 4 jam kemudian baru aku reply. Tu pun kalau ingat nak reply. Nasib baik incik Jep memahami kegilaan aku ngan candy crush. Reply msg esok pun takpa katanya... Haha. Sentap iolls!

Sunday, July 14, 2013

Rindu...

Rindu pada yang dah takde ni kemain sakit rasanya... 

Hari2 aku rasa erghhh tengok update2 kat fb cakap berbuka mak masak itu ini, satu family...

Aku?? 

Hurmmm...

Agak2 kalo raya kalini aku buat gile sikit kan, kene kuntau dengan Angah tak?

Seriously aku rinduuu sangat nak beraya dengan orang yang bergelar mak ayah...

Nak plak dengan situasi aku ni kan... Sape yang tau tu, tau lah... Mana penah aku amik cuti raya... Boleh agak kan apesal? 

Maklum la, raya kedua je aku terus jem sebab kena beraya sesorang. Cuti raya kali ni lama weh!!! Sampai ahad la aku blur atau meroyan kang... 

Sunday, July 7, 2013

Kaki tido tegar.


Mana2 pon aku bleh tido. Lama ni. Sejam aku lena camni. Abang aku pon salute sebab biasa paskal je buat camni. Dia tatau adik dia ada talent tido di mana2. Kat opis je aku jarang tido. Tipu la kalo cakap tak penah kan? Haha. 

Abaikan kaki yang huduh. 

Serious stress semua hilang. Cuba la belajar apungkan diri kalo tak pandai berenang pun. Banyak benefit okeh!

P/s: orang GEMUK je pandai terapung camni. Semulajadi. Orang kurus? Mana boleh terapung senang2 camni... Paling2 pon kne kayuh2 kaki dalam air. Bahaha. 

Sunday, June 30, 2013

Mohon Penjelasan

IAku confuse. Ada sesape bleh berikan penjelasan tak? 

1. Mee Bak Kut Teh

Perhati betul2 logo halal dia. Sorry la kalo blur. Yang ni logo halal Asean katanya. Next, jap gamba2 related dengan ingredient mee bak kut teh ni




Bak kut teh ada jenis vegetarian?!! *confuse*

2. Company yang sama, Mee Rempahan Sup


Logo halal dari Malaysia, tapi aku tak pasti la betul2 logo halal terkini atau bertahun sudah punya :-/

Related to mee rempahan sup



Jangan betulkan PC anda. Bahan dia memang sama. Maybe kopipes kot.


Ada sesapa boleh tolong bagi penjelasan? Mungkin yang keje dengan company tu ke?

1. Boleh ke satu company, kuar produk makanan segera, packaging lebih-kurang sama, tapi logo halal lain-lain?

2. Sejak bila bak kut teh halal? Siap vegetarian lagi.

3. 2-2 pun kandungan serbuk rempah adalah sama: Garam, serbuk cili, I+G, serbuk kicap soya. I+G tu menatang apa?

Saturday, June 29, 2013

Twitter

Aku bukan ah pengguna twitter yg tegar, tapi tetiap pagi pegi keje aku dengar hotfm, balik keje pon hotfm, ada la sekali tu aku perasan ada sorang caller ni dia memang seorang yang kelakar abes. 

Tahap yakin diri dia ni memang terbaik la setakat ni yang penah aku dengar. Dia ada slang2 indon. Aku ingatkan dia ni orang indon... Tapi call dari johor... Aku personally gelak tak berenti tiap kali dia call. Baru cakap "Hello" pun aku dah berdekah gelak. Kalo yang ni masuk maharaja lawak, memang aku takkan miss tengok lahh!! Confirm!!

So aku tweet la sesaje letak hashtag #amkrew. Memang aku jarang gila kot tweet. Tetibe tadi aku discover FBI pon retweet mende aku tweet. Rase macam... Waahhh... Takleh blah okehhh...


Hahahahahaaa... Jarang kot public figure dalam Malaysia ni nak RT aku. Nak plak bende aku tak mention langsung. Satu2nye artis penah reply aku adelah Maya Karin. Haha. Tu pon takleh blah. 

Okey la, lets wish aku punya harapan tu menjadi. Ada jugak RT suruh bergandingan dengan Abon. Kalo 2-2 diberi peluang sehari jadi penyampai radio, agak2 aku terus MC kot. Rahang terkehel akibat gelak berlebihan. Haha.

Sape selalu dengar hotfm tu mesti perasan kan sorang caller nama Ela...

Wednesday, June 26, 2013

Bakal "madu"???

Hahahaaa... Conversation semalam... Kau ade camni? Introduce bakal madu sebelom kawen? Wakakaka...


Tapi cepat2 cover yang tu anak cikgu bahasa korea dia... Mihihi... Adeihhh... Baru ingatkan bakal madu ke camne. Gempak weh bakal madu adelah orang Korea. Kau hadeee??? 

Maklum la, dalam tv semua tunjuk yang orang melayu ni kalo bermadu kuat pendengki. Korea aku tatau la cemana sebab Korea banyak tayang citer hantu je. Hantu yang sedih lak tu. 

Dulu penah kot bukak citer aku tak kisah pon kalo dier ade org lain ke apa, tapi jangan sorok2, but bagitau aku terus terang. Sebab aku lagi stress dengan sedih kalo aku tatau apape, tetibe je kne buang camtu saje. Well, this some kind of prove. Walaupon gurau2.

Oh ye, jam aku cepat 10 mins. Saje set cepat 10 mins, kang bile tak ingat cepatkan jam baru kalut nak siap2 pegi keje. At least aku ade baki 10 mins awal dari sampai keje ngam2. 

Sunday, June 23, 2013

5 tahun

Dekat 5 tahun aku punyai blog ni... Aku ade blog ni sejak lepas seminggu pemergian arwah mama. Entah apesal sunyi gila sampai kena buat blog.

Tetibe aku rase semacam sangat harini. Rupanya aku hampir terlupa, harini genap 4 tahun arwah ayah aku pegi. Lagi 4 bulan, genap 5 tahun arwah mama pergi. Semoga aku tak lupa la nanti.

Bukan aku lupakan dorang. Aku ingat je tarikh. Tapi bila tiba tarikhnye aku jadi tak sedar + lupa. Ah, bday sendiri pun selalu je lupa. Dah masuk hari baru, baru la teringat hari sebelum tu adelah bday aku. Bahahaha...

Memang aku dah lama move on. Aku cuba nak gembira2 jadi diri sendiri... Well, diam tak diam dah 4-5 tahun aku jadi anak yatim piatu. Eheh. Yatim piatu kan?

Mak takde, ayah takde. Ade abang kandung sorang je. Dan buah hati bakal suami yang aku sendiri pun tak sure bile nak jadi suami tu. Eh, jangan salah paham. Bukan dia yang elak, aku yang tak berapa nak ready lagi sebenarnya. 

Dia ada perancangan 5 tahun akan datang (dah tinggal 3 tahun pun). Aku plak up double dari dia. Plan aku sampai 10 tahun. Pastu baru nak mula plak tu. Haha. Kejadah ni Aslina oiii...!!! Sampai bile nak pospon bende baik ni hoiii...!! Adik ko si blogger (Huda Luna) yang paling rapat dengan ko pun dah dekat nak bersalin tu ha...

Entah la. Aku rindu kat arwah. Both. Tetiba je kan? Hurmm... Tapi takpe. Orang kata, orang tua dah takde, maka doa dorang utk kita dah terputus. Tah sape tah cakap camtu. Tapi aku yakin, dorang still jugak perati aku dari sini.

Plus aku ade lagi spare 2-3 pasang mak ayah angkat. Yang selalu tak lupa mendoakan kesejahteraan anak2 dorang, termasuk aku. Tak lupa jugak bakal mak mentua. Kuikuikui...

Tq, ma azizah + pa aziz, mak hasnah + abah kamal, ma sarah (+ pa yusoff (arwah)) dan bakal mak mentua, makcik aisyah + pakcik yg sy lupe namanye :)

Eh okeylah. Nak tido. Sok keje kot. Penang blom isytihar darurat jerebu lagi. Masih lagi nampak je jalan2 pada jarak penglihatan sepatutnya. Hurmmm. Gudnite! 

Saturday, June 22, 2013

Pucat

Muka aku hari2 lepas balik keje. Pucat kan? Tapi semalam special sket sebab semalam takyah stay buat replacement. Hahaha. 

Replacement abes khamis lepas. Sampai tak sempat nak contact2 incik buah hati.


Ni pon gigih letak filter bagi nampak dark2 sket. Kalo tak kemain cerah pucat gila aku. Ntah bila kulit aku mencerah pon aku tatau. Haha.

Sori la harini bosan. Maka kuar la 2 post merepek. Nanti kalo bosan lagi, kuar lagi post lain. Kbai!

Hurghhhh..!!

Aduhhhh... Bosan la 3 hari ni takde sape nak dikacau... Hurmmmm...


Dah la beberapa hari lepas pon neither me or him sempat facetime ke contact each other... Sempat whatsapp skejap2 je...

Waaa...!!! Benci betul laa long distance relationship ni... Hopefully next year je lah yang last macam ni... Hopefully la... Mampu berharap je la...

Aku takut lepas kawen pon still long distance jugak, cemana? 

Monday, June 17, 2013

Risau

Hurmm... Aku borak2 ngan abang aku... Dia bukak citer area umah aku da banyak umah kene pecah masuk...

Umah aku pon actually ade percubaan nak pecah masuk. Tapi rasanya gagal. 

No wonder la hari system down 2 hari tu aku balik awal sket tu aku tengok pintu dapo renggang. Dari dalam umah nak tolak balik bagi rapat memang payah sket. Tapi, kalo dari luar nak tolak bukak lagi la susah sebab kitorang sendal dengan tong gas.

Ya Allah, ade jugak hikmahnye system down, aku balik awal sket tu... Cuba kalo percubaan tu berjaya, aku lak blom balik... Takut gak balik tengok rumah dah lengang. Orang tolong clear. Nauzubillahiminzalik laaa....

Semalam plak mase aku nak tido, dah tido pun terjaga sebab ade bunyi bising macam orang selongkar2 barang blakang umah... Bilik aku lokasi dia agak blakang, tapi bukan blakang betul laa... Blakang bilik aku macam ada ruang sket, ruang tu lak wat longgok2 besi/barang2 buruk... Cuak gila kot. Laju2 aku tarik selimut sambung tido. 

Haishh... Takut gila weh.

Engineer

I came across this conversation just now;

Guy A: so ayah dia engineer la? Takut aku nk ngorat anak engineer. Satgi dia boh hantaran mahai2...

Guy B: tu la kite keje apa je, lagipun budak tu hot kot, tak macam budak sebelah kita ni (aku la tu), dressing sempoi je, ayah keje ape la, biasa2 kot...

Guy A: *langsung tegur aku* sorg je ke? Dari mana ni? Membe2 takdak ka? Jom ronda2 naik moto...

Aku: bro, aku tak kenal pon hg, tapi beragak2 la sket. Alangkan anak engineer pon takut nak tekel, berani2 plak nak tekel aku yg dah tentu2 engineer. Haha. Moto? Takpe la, aku naik keta aku je la eh. Bye.

Aku rase 2 makhluk tgh lepak tu dapat teka kot keta mana aku naik, sebab dari jauh nampak mcm ternganga... Hurmm... 

Tadi aku kuar memang sempoi je, tracksuit besar, tshirt kat dalam, sweater pooh, tudung. Touch up semua takde. Kata nak antar orang pegi klinik, pastu straight pegi hospital, harus la simple2 je... 

Tapi bila simple sangat camtu mesti org cepat je ingat aku ni budak2 skolah. Padahal taon ni da nak masuk 28 kot. 

Cemana aku nk dress simple2 untuk kuar skejap2 je? Takkan nak dressup macam time aku nak kuar jejalan dengan membe2 or dengan cousin2 jugak? Harus la ada time simple2 je...

Aku plak bukan la cun sangat macam Che Ta sampai nak beli nasik lemak depan umah pon nak kene pakai bulu mata palsu... Hihi...

Monday, June 10, 2013

Hurmm...

Aku tak paham la. Aku kan pesen cepat ingat, cepat confuse. 

Aku tanya je orang tu tunang ke nikah... Dengar kepoh2 tunang je, tapi siap pakai inai. Memang aku confuse la. Tanye leklok pon tanak jawap leklok. Suke hati kau lah.

Lagi satu, kalau tak penah rasa camne takde mak ayah, baik duduk senyap2 je. Takyah sebok2 sangat la nak macam2 semua?

Saturday, June 8, 2013

ABC...

Semalam aku nampak status membe aku yg pening dengan anak dia nak blaja ABC memalam.


 Sorry la nama kene crop. Haha... Ni mak dier dulu amik chemical engineering. 

Agak2 nanti kedepan2 kalo aku ngan Incik Jep, kitorang combine network dengan structural engineer la kot? So mungkin sekali akan kuar;

A for Arch
B for Bridge
C for Cable
D for Digital... etc...

Haaa nampak tak? Nampak takkk??

LOL. Aku tengah bosan. Actually stuck level lain lak kat Candy Crush tu. Haha. Saje update isi masa lapang. 

Hurmm... Ada ke dlm blog ni aku penah update pasal aku nak quit keje dlm masa terdekat? Tak silap aku, tu setakat plan je. Tapi plan tu pon macam tak berapa nak menjadi. Sape laaa rajin pegi sebar rumous yang berjaya buat supervisor aku panic sekejap tu? 

Musyikil. Ade org follow blog merepek ni lagi ke?

Sunday, June 2, 2013

Yeay!!! Finally....


Lepas dah level nih!! Aaa... Top 3 hokey..!!

Ape je aku nk update sebenarnya... Hurmm... Ye, Incik Jep da lulus proficiency Korean language dier. Dengan markah keseluruhan 82.5... 

Congrats lalink!!  Hewhewhew...


Saturday, May 25, 2013

Blog ni takkan ade apape update walaupon banyak benda aku nak cerita sampai aku lepas level 147 candy crush saga tu. 

Refer post sebelum ni.

Tenkiu.