Tuesday, August 8, 2017

Jeffri Ramli's First Single - Cinta Abadi


Finally... 

Akan keluar nanti. InsyaAllah single dia akan keluar hujung Ogos atau awal September. Bawah ni teaser sikit. Lama dah aku edit sejak-sejak dapat master copy dari Komik Records. Hehe. Lagu ni digubah oleh brader Zairul Addry Komik Records... Liriknya 90% oleh aku... Haa sapa cakap programmer tak jiwang? LOL. Lagi 10% adalah diubah oleh brader Zairul dan juga penyanyi tu sendiri - Abam Jep sador...

EDIT: Sekali penyanyi tu marah daa... Dia suruh bilang dia edit 30%... Hahaa... Apapelaa labuuu 😆😆

Lagu ni basically bercerita pasal pasangan yang dalam situasi long distance relationship... Haa untuk pasangan-pasangan long distance ni, tak kira la berapa jauh pun jarak korang dengan pasangan, lagu ni khas untuk korang semua 😚.

Yang lain-lain tu sebenarnya lagu ni diinspirasikan daripada kisah kawan baik Abam Jep sador itteww...

Kisah kawan dia tu sedih gila... Dah la terpisah antara dua negara... Pastu takleh berjumpa pulak tu untuk lagi dua tahun, kalau tak silap bukan setakat tak boleh jumpa je, malah kekadang komunikasi pun disekat... Punca: hal-hal politik antara negara yang tak dapat dielakkan... Tapi kitorang manipulate lagu ni dengan harapan lepas dua tahun nanti, kawan tu happy ending... Dapat reunite balik dengan isteri dan anaknye... Overall lagu ni lebih-kurang camtu la cerita dia... 

So harap-harap korang nanti enjoy ah lagu ni... Bukan senang woi programmer hati kental macam aku nak tulis lirik penuh emosi camni... 😂😂😂
Post a Comment